SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Penilaian dalam Subjek Sejarah
1.0 Pengenalan
Penilaian membawa maksud satu kaedah yang digunakan dalam usaha menjawab
persoalan sejauh mana ketersampaian maklumat yang telah diberikan oleh seseorang
guru berkesan dan dapat diterapkan dalam diri pelajar (Harzi Jamil, 2003). Dalam
konteks Pengajaran dan Pembelajaran bilik darjah (P&P), proses penilaian
sememangnya sangat perlu kerana kejayaan atau kegagalan proses pengajaran dan
pembelajaran boleh dilihat daripada pelbagai sudut dengan hanya melihat kepada
keputusan penilaian yang dilaksanakan dalam suatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Proses penilaian yang dilaksanakan akan dapat membantu guru-guru
khususnya dalam menjawab persoalan-persoalan yang menyentuh tentang
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian isi, kaedah
penyampaian, respon pelajar, pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan dan pelbagai lagi ( Hazri Jamil, 2003 ). Maka, dalam hal ini dapat dilihat
bahawa proses penilaian bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi
apabila berdepan dengan mata pelajaran sejarah yang umumnya berdepan dengan
masalah seperti kekurangan tindak balas positif pelajar yang bosan dengan
pembelajaran yang bersifat fakta dan kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Oleh yang demikian, proses ini perlu dilihat dari sudut yang lebih sistematik agar proses
ini berjaya mengurangkan dan menghindari masalah yang dihadapi oleh golongan guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2.0 Tujuan Penilaian Penilaian merupakan elemen pengajaran yang amat penting.
Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat dan membuat keputusan berkenaan
memajukan perkembangan, penguasaan dan pencapaian pelajar dalam pelajaran.
Ujian adalah alat pengukuran dalam proses penilaian. Menurut Ashworth (1982) dalam
Abd.Rahim Abd Rashid (1989), merumuskan beberapa sebab guru menggunakan ujian
iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan
meramalkan. Manakala, Dorothy C. Adkins (1974) dalam Abd.Rahim Abd Rashid
(1989), menyatakan tujuan umun ujian pencapaian pendidikan ialah untuk menguji
perbezaaan individu, ujian sebagai peramal dan ujian sebagai alat pembantu
pengajaran.
2.1 Ujian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Tujuan utama ujian adalah
untuk membaiki pelajaran seterusnya membantu dalam membuat keputusan-keputusan
pengajaran. Terdapat beberapa asas keputusan yang perlu dibuat oleh guru dalam
proses pengajaran. Ini merangkumi kesediaan pelajar melalui pengalaman
pembelajaran sebelum sesuatu ujian diberikan di samping memastikan kecekapan guru
dalam menjangka kemajuan pelajar berdasarkan pengalaman pembelajaran bagi mata
pelajaran Sejarah. Selain itu, ujian juga membantu guru merancang pengajaran dengan
lebih berkesan terutama daripada segi isi pelajaran dan aktiviti pembelajaran (Abd.
Rahim Abd. Rashid, 1989). Seterusnya ialah, guru sejarah dapat mengenal
pasti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah-masalah pembelajaran yang serius dan
memerlukan pembelajaran secara individu atau kerja-kerja pemulihan. Guru dapat
membantu para pelajar yang mempunyai prestasi yang tinggi, dipertingkatkan lagi
dengan program pengayaan khas. Ujian juga boleh membaiki keberkesanan cara-cara
pembelajaran dengan memberikan maklumat yang lebih objektif. Misalnya ujian
penggal (periodic test) boleh memberikan bukti bagi menentukan cara yang sesuai
untuk mengelompokkan pelajar bagi pengajaran secara berkumpulan, individu,
diagnosis atau pembelajaran pemulihan (Mohd Salleh Lebar , 1996).
2.2 Maklum Balas kepada Guru Maklumat yang diperolehi daripada keputusan-
keputusan ujian boleh digunakan bagi menilai pelbagai aspek dalam proses
pengajaran. Ia boleh menentukan sejauh mana objektif pengajaran tercapai ataupun
tidak dan sama ada kaedah pengajaran sesuai ataupun tidak. Keputusan-keputusan
ujian bukan sahaja mendedahkan kelemahan pembelajaran individu pelajar, tetapi jika
keputusan ujian kumpulan di ambil, ia boleh mendedahkan kelemahan pengajaran
guru. Jika keputusan ujian yang sama diperolehi oleh pelajar adalah rendah, maka
terdapat kesulitan pelajar untuk memahami pengajaran guru tersebut. Selain itu,
penilaian juga boleh memberi maklum balas kepada guru sama ada semasa proses
pengajaran berkesan ataupun tidak. Berdasarkan kekuatan dan kelemahan
pembelajaran pelajar, guru dapat membaiki setiap kelemahannya dari aspek kaedah
pengajaran dan penyampaian maklumat kepada pelajar (Ron Babbage, Richard Byers
& Helen Redding , 1991).
2.3 Diagnosis Sesuatu ujian diagnosis memberi kesan secara langsung
kepada pembelajaran pelajar. Hal ini disebabkan, ujian tersebut bukan sahaja
meningkatkan lagi dorongan kepada pelajar, malahan meningkatkan daya ingatan dan
transformasi pembelajaran. Di samping itu, guru juga mampu memahami diri sendiri.
Dua elemen utama diagnosis adalah diagnosis keperluan dan kemajuan individu serta
diagnosis kurikulum dan pengajaran. Diagnosis bagi keperluan dan kemajuan pelajar
ialah bermaksud mengenal pasti atau menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar
dalam sesuatu topik atau sesuatu isi pelajaran. Diagnosis kurikulum dan pengajaran
adalah bertujuan mengenal pasti atau menilai cara dan pendekatan pengajaran guru
yang berkaitan dengan kelemahan pelajar (Sumber: Hazri Jamil, 2003)
2.3.1 Dorongan Kepada Pelajar Sesuatu ujian diagnosis memberi petunjuk dan
dorongan kepada pelajar untuk mencapai matlamat jangka pendek yang berkaitan
dengan perkara yang perlu dilakukan (persediaan), hasil pembelajaran yang perlu
dikuasai dan dicapai untuk ujian berkenaan dan juga memberi maklum balas kepada
para pelajar berkenaan prestasi mereka dalam mata pelajaran Sejarah (Abd. Rahim
Abd. Rashid, 1989). Diagnosis adalah untuk menilai kebolehan pelajar sama
ada berdasarkan mengingat kembali fakta-fakta Sejarah, mengaplikasikan prinsip-
prinsip, membuat penilaian. Selain itu, diagnosis juga adalah mengkehendaki para
pelajar untuk menunjukkan kebolehan yang berbeza-beza mengikut aras ujian dan aras
kesukaran ujian tersebut. Oleh yang demikian, ujian yang dibentuk itu boleh mendorong
pelajar kepada usaha mencapai hasil pembelajaran melalui peningkatan dalam aktiviti
pembelajaran sekaligus membantu pelajar menunjukkan kebolehan dan keupayaan
mereka dan membawa kepada daya saing yang positif dalam kalangan pelajar (Abd.
Rahim Abd. Rashid, 1989). Contohnya ialah, pelajar yang mendapat keputusan
yang rendah akan menggunakan diagnosis ini untuk mengatasi kelemahan mereka.
Guru Sejarah boleh membimbing pelajar-pelajar tersebut dalam meningkatkan
pencapaian mereka. Maka, diagnosis boleh dijadikan asas kepada pembelajaran
pelajar.
2.3.2 Menguatkan Daya Ingatan Ujian diagnosis dapat membantu menguatkan daya
ingatan pelajar. Misalnya, sebelum menghadapi sesuatu ujian, mereka perlu membuat
bacaan, latihan dan ulang kaji secara intensif. Pembelajaran intensif akan menguatkan
daya ingatan dan proses pemindahan ingatan yang lebih kekal. Ujian diagnosis adalah
satu kaedah menggalakkan para pelajar memberi tumpuan dan perhatian terhadap
mata pelajaran Sejarah (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989). Umumnya, hasil
pembelajaran seperti kefahaman, aplikasi dan pentafsiran dapat dikekalkan dengan
lebih lama berbanding dengan hasil-hasil pembelajaran pada tahap mengingati
pengetahuan. Berdasarkan kepentingan diagnosis dalam penilaian pembelajaran,
secara langsung seorang guru Sejarah boleh memberi para pelajar pengukuhan latihan
dalam kefahaman kemahiran, aplikasi dan mentafsir yang merupakan aras
pembelajaran yang amat penting diuji untuk mata pelajaran Sejarah.
2.3.3 Memahami Diri Sendiri Tujuan utama pendidikan ialah untuk membantu
seseorang pelajar untuk memahami dirinya dengan lebih baik supaya dapat membuat
keputusan-keputusan yang lebih efektif untuk menilai pencapaian sendiri. Ujian
diagnosis tersebut dapat memberi maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan
pelajar. Melalui hasil keputusan ujian yang diperolehi maka mereka dapat menilai
kelemahan dan kekuatan terhadap mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, ujian diagnosis
juga membantu pelajar mengambil pendekatan untuk merancang kaedah belajar yang
sesuai dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran
Sejarah. Ujian perlu digunakan untuk meningkatkan pembelajaran bukannya untuk
menghukum atau melabel para pelajar (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989).
2.4 Mengekalkan Mutu (Standard) Penilaian mata pelajaran Sejarah penting bagi
tujuan mengekalkan mutu mata pelajaran tersebut. Tujuan ini juga berkaitan dengan
mengekalkan mutu akademik dan mutu pendidikan (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989).
Peningkatan mutu akademik bergantung kepada kualiti pengetahuan, kemahiran, sikap
dan nilai. Justeru guru Sejarah perlu mengambil langkah positif untuk mengurangkan
jumlah kegagalan pelajar dalam ujian-ujian yang telah diadakan. Ini tidak bermakna
ujian-ujian yang diberikan tidak memenuhi kriteria atau prinsip penilaian. Oleh itu
keputusan ujian atau penilaian haruslah digunakan bagi tujuan meningkatkan lagi
prestasi akademik pelajar. Guru Sejarah juga perlu berusaha meningkatkan lagi
kecermelangan akademik mata pelajaran Sejarah dengan meramaikan lagi jumlah
pelajar yang memperolehi keputusan yang cermerlang dalam ujian yang telah
diadakan.
2.5 Laporan Penilaian bertujuaan memberikan laporan kepada pihak sekolah.
Guru sejarah bertanggungjawb menyimpan rekod ujian dan prestasi pelajar. Rekod-
rekod ini menggambarkan pencapaian kemajuaan pelajar dalam mata pelajaran
sejarah. Tujuan melaporkan biasanya dikehendaki pada setiap pada setiap bulan,
penggal atau tahun. Hal ini penting untuk menjadi asas tindakan bersama panitia Guru
Sejarah di sekolah, penyeliaan, pemantauan dan pentadbiran pendidikan (Hazri Jamil,
2003).
3.0 Perkembangan Taksonomi Penilaian Penilaian Sintesis Analisis Aplikasi
Kefahaman Pengetahuan Membina, mengembangkan dan menguji kemahiran
intelektual Memberi dan mendapatkan maklumat asas Tinggi Rendah Rajah 1:
Perkembangan Taksonomi Penilaian ( Taksonomi Bloom 1956) (Sumber:
Hazri Jamil, 2003) Berdasarkan Taksonomi Bloom (1956), penilaian merupakan aras
tertinggi dalam siri taksonomi tersebut. Penilaian bukan sahaja untuk membina
pengetahuan malahan penilaian juga berupaya mengembangkan dan menguji
kemahiran intelektual yang telah dikuasai oleh pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (Hazri Jamil, 2003). Soalan aras pengetahuan adalah soalan untuk
menguji tahap pengetahuan pelajar. Ini adalah soalan pada aras yang paling rendah
dan mudah. Contoh soalan yang sering digunakan ialah nyatakan, namakan, terangkan
dan labelkan. Soalan aras kefahaman pula ialah untuk menguji kefahaman pelajar
terhadap sesuatu topik yang diajar. Contoh soalan ialah pilih, terangkan dan tulis
semula. Soalan aras aplikasi pula ialah menguji keupayaan dan kebolehan pelajar
menggunakan infomasi dan pengetahuan yang diperoleh dalam situasi yang berbeza.
Pelajar dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam bentuk penyelesaian
masalah dan sebagainya. Contoh soalan adalah selesaikan, ramalkan dan bina
ayat. Seterusnya ialah soalan aras analisis. Menurut Hazri Jamil (2003), soalan
pada aras ini adalah untuk menguji kemahiran pelajar menjana idea daripada idea yang
kecil kepada idea yang lebih besar dan bertambah baik sekiranya idea tersebut
diterjemahkan dalam luar kotak pemikiran mereka. Contoh soalan ialah bezakan,
pastikan dan pilih. Kemudian soalan aras sintesis. Soalan ujian pada aras ini adalah
untuk menguji kemahiran pelajar merumuskan idea atau menggabungkan keseluruhan
bahagian atau elemen secara menyeluruh. Penggunaan soalan adalah seperti
membina, menyusun dan mengembangkan. Soalan pada aras paling tinggi ialah aras
penilaian. Soalan jenis ini adalah untuk menguji pelajar dalam membuat penilaian
mengenai nilai, idea, rumusan kaedah dan sebagainya. Contoh soalan yang digunakan
ialah berikan ulasan dan buktikan.
4.1 Bentuk Penilaian Dalam Sejarah
4.1.1 Penilaian Secara Formatif Penilaian secara formatif ini bertujuan
menimbangkan mutu yang telah dicapai dan memutuskan siapa yang terbaik untuk
menimbangkan potensi atau pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.
Penilaian formatif ini melibatkan kaedah pengredan, dan pemilihan (Harzi Jamil,
Hashim Othman & Rohizami Yaakub, 2004). Kaedah pengredan ini ialah satu proses
pemberian gred terhadap sesuatu tahap pencapaian pelajar berdasarkan satu
peraturan yang telah ditetapkan. Menurut Loyd (1997) dalam Abd.Rahim Abd.Rashid
(1989), kegunaan penggredan ialah sebagai satu kaedah memberikan satu prosedur
yang formal dan bersistematik dalam penyampaian maklumat penaksiran guru tengtang
pencapaian pelajar kepada ibu bapa, penjaga, dan lain-lain. Selain itu, kaedah
penggredan ini digunakan secara langsung atau tidak langsung dalam sejarah, ini
bertujuan untuk memotivasikan pelajar dan memberikan ganjaran kepada pelajar yang
menunjukkan kecemerlangan dalam sikap dan pembelajaran. Selain itu, kaedah ini
difahami oleh setiap pelajar kerana kaedah ini dalam sejarah menentukan gred yang
diberikan kepada pelajar. Ciri-ciri kaedah penggredan ini ialah adil untuk semua pelajar,
tepat dalam menggambarkan apa yang pelajar telah pelajari, tekal dari segi
penggunaan dan boleh dipertahankan kepada pelajar dan lain-lain individu yang
berminat dengan sistem penggredan ini. Seterusnya, penggredan ini dalam
mata pelajaran sejarah melibatkan penggredan rujukan norma dan kriteria (Harzi Jamil,
Hashim Othman & Rohizami Yaakub, 2004). Penggredan norma dibentuk sebagai
sekumpulan pelajar. Guru akan menggunakan skor daripada kumpulan pelajar
berkenaan sebagai kriteria untuk menentukan bagaimana prestasi pelajar lain apabila
mengambil ujian yang sama. Melalui kaedah ini guru dapat menilai sejauhmana
kemampuan pelajar dalam mata pelajaran ini. Penggredan rujukan kriteria pula ialah
menentukan setakat mana pelajar dapat menguasai objektif kursus yang telah
ditetapkan oleh guru atau kurikulum. Melalui skor yang diperolehi menggambarkan
kecekapan pelajar dengan satu-satu tugasan. Selain itu, gred yang sama akan
menggambarkan pencapaian yang sama pelajar dalam ujian yang telah dijalankan
melalui kaedah ini. Kaedah pemilihan ialah kaedah pemilihan bahan dalam
pembelajaran dan pengajaran. Kaedah pemilihan ini dalam pengajaran mata pelajaran
sejarah melibatkan beberapa kriteria pemilihan dan penggunaan alat. Kriteria yang
penting dalam pemilihan ini ialah kriteria isi, kriteria aktiviti pembelajaran dan kriteria
kaedah pengajaran. Kriteria isi ini merupakan suatu alat yang digunakan mempunyai
hubungan dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Melalui ini, guru akan melakukan
kriteria pemilihan atau penggunaan alat yang perlu ditentukan oleh guru. Ini berkaitan
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar. Isi pelajaran sejarah
yang diajar oleh guru berkaitan dengan fakta-fakta, konsep-konsep, ataupun
pengalaman sejarah. Kriteria aktiviti pembelajaran ialah pemilihan dan penggunaan alat
untuk pengajaran dan pembelajaran sejarah perlu mengambil kira apakah aktiviti
pembelajaran yang akan melibatkan pelajara. Menurut Joreme A. Bruner (1966) dalam
Abd. Rahim Abd. Rashid (1989), membahagikan pengalaman pembelajaran ini kepada
tiga kategori. Tiga kategori ialah pengalaman langsung, pengalaman bergambar dan
pengalaman abstrak. Seterusnya, kriteria kaedah pengajaran ialah pemilihan dan
penggunaan alat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah perlu membantu
mempermudahkan dan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Dari segi kaedah
pengajaran, guru-guru harus tahu bagaimana alatan tersebut digunakan. Keadaan ini
umpamanya, sesuatu alat yang digunakan untuk membantu guru dalam menerangkan
fakta atau makulumat sejarah. Pemilihan dan penggunaan alatan yang sesuai
memudahkan objektif guru dicapai dengan lebih berkesan. Melalui pemilihan ini, guru
sejarah akan lebih yakin dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.1.2 Penilaian Secara Sumatif Penilaian secara sumatif ini ialah mendapatkan
maklumat dan memahami masalah, memutuskan apakah tindakan yang perlu dilakukan
dan memeriksa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar cara
pelajar sejarah. Penilaian secara sumatif ini melibatkan diagnosis, penilaian dan
bimbingan (Bhasah Abu Bakar, 2009). Diagnosis meliputi dua perkara iaitu diagnosis
keperluan dan kemajuan individu serta diagnosis kurikulum dan pengajaran. Ia
merupakan keperluan dan kemajuan pelajar ialah bermaksud mengenal pasti atau
menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu topik atau kandungan
mata pelajaran. Guru mampu menggunakan malumat yang diperolehi untuk merancang
dan melaksanakan strategi dalam pengajaran mata pelajaran sejarah. Penilaian ialah
adalah proses pengumpulan maklumat dan membuat keputusan berkenaan memajukan
perkembangan, pengguasaan dan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Proses
penilaian dalam sejarah menggunakan ujian bagi mengukur pencapaian pelajar di
dalam mata pelajaran sejarah (Harzi Jamil, 2003). Dalam mata pelajaran sejarah
penilaian ini melibatkan penilaian prestasi. Penilaian ini menyediakan cara yang
sistematik untuk menilai kemahiran berfikir dan menaakul serta hasilnya yang tidak
dapat diukur oleh ujian objektif dan esei yang biasa. Walaupun dalam ujian ini dapat
menyediakan data yang menunjukkan pelajar tahu melakukan sesuatu dalam keadaan-
keadaan tertentu. Penilaian ini penting dalam mata pelajaran sejarah kerana ia perlu
dalam menilai kemahiran-kemahiran sebenar yang sedang dilakukan dalam pengajaran
dan pembelajaran setiap hari. Ini akan mengambarkan keberkesanan pengajaran yang
dijalankan oleh guru, cara ini amat baik dalam menilai tahap penguasaan pelajar. Selain
itu, tujuan penilaian dalam ujian dalam proses pengajaran-pengajaran ialah
menentukan setakat manakah pelajar bersedia dengan pengalaman-pengalaman
pembelajaran sebelum ujian diberikan. Melalui keadaan ini penilaian terhadap pelajar
mudah dijalankan. Selain itu, guru dapat mengjangka pelajar-pelajar boleh terus maju
dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Penilaian ini
juga dapat membantu guru mengenalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah-
masalah pembelajaran yang serius dan memerlukan pengajaran individu atau kerja-
kerja pemulihan khusus. Bimbingan digunakan untuk membimbing pelajar bagi
membaiki kelemahan yang ada. Melalui maklumat yang diperolehi hasil dari penilaian
dilakukan oleh guru, pelajar dapat dibimbing dan diberikan dorongan bagi membaiki
serta mengatasi kelemahan pelajar. Bimbingan ini amat penting dalam pengajaran mata
pelajaran ini kerana tidak mahu pelajar sukar memahami mata pelajaran ini (Harzi
Jamil, 2003). Guru sejarah dalam bimbingan ini, ia memberi tumpuan yang lebih,
kerana ia melibatkan penglibatan guru secara sepenuhnya. Pelajar yang lemah akan
dapat diubah melalui bimbingan yang wajar oleh guru. Pencapaian pelajar akan
meningkat dan secara tidak langsung tahap minat pelajar terus meningkat. Penguasaan
pelajar dalam pembelajaran amat penting kerana ia akan melibatkan tahap pencapaian
pelajar.
4.2 Penilaian Secara Berterusan Menurut Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj
Abdul Aziz (2004), tujuan utama mengadakan ujian adalah untuk memperbaiki
pembelajaran Ujian membantu dalam membuat keputusan-keputusan pengajaran.
Dalam proses pengajaran terdapat banyak mementingkan keputusan yang dibuat oleh
guru. Ujian boleh membaiki keberkesanan cara-cara pengajaran dengan memberikan
maklumat-maklumat yang lebih ojektif untuk dipertimbangkan. Sebagai contoh, Pra-
ujian ( pre-test ) pada awalan sesuatu mata pelajaran boleh membantu menentukan
setakat manakah pelajar-pelajar mempunyai latar belakang pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan faedah daripada nota pelajaran. Ujian-
ujian penggal ( periodic test ) dan ujian-ujian khusus bila diperlukan boleh memberikan
bukti bagi menentukan cara yang paling baik mengelompokkan pelajar untuk
pengajaran kumpulan, pengajaran individu, diagnosis dan pembelajaran
pemulihan. Ujian-ujian mata pelajaran Sejarah perlu dibuat dari masa ke masa
bagi tujuan melaporkan kemajuan atau prestasi pelajar. Keputusan-keputusan ujian
dicatatkan di dalam buku rekod mengajar guru dan juga di dalam buku kemajuan
pelajar. Keputusan-keputusan ujian menjadi maklumat penting yang boleh digunakan
untuk melaporkan atau mengesahkan kebolehan seseorang pelajar dalam mata
pelajaran ini. Menjadi satu kesalahan jika ada guru-guru yang memberi
markah kepada pelajar mengikut sesuka hati tanpa mengadakan ujian berasaskan
kriteria-kriteria atau prinsip-prinsip penilaian yang sewajarnya ( Rosie Turner-Bisset,
2001). Oleh sebab penilaian ( termasuk ujian, peperiksaan, tugasan dan lain-lain )
merupakan faktor yang penting terhadap kejayaan dan kegagalan pelajar serta
beberapa amalan-amalan yang dibuat oleh pihak guru atau pihak sekolah seperti
pemilihan, pengelasan pelajar ( streaming ), menentukan kedudukan pelajar dalam bilik
darjah dan sebagainya. Oleh itu, amat penting bagi guru-guru berhati-
hati melaksanakan penilaian, melaporkan dan menggunakan keputusan-keputusan
penilaian tersebut supaya ia tidak menimbulkan masalah yang tidak
diingini. Terdapat berbagai-bagai jenis ujian yang boleh dilakukan oleh para
guru. Penilaian atau ujian boleh dibahagikan kepada soalan berbentuk objektif jenis
pilihan dan soalan berbentuk esei. Soalan objektif jenis pilihan boleh dibahagikan
kepada tiga jenis item penilaian atau ujian iaitu item benar palsu item padanan dan item
objektif aneka pilihan (Bhasah Abu Bakar, 2009). Bagi Item benar palsu soalan ini
merupakan soalan jenis dua pilihan. Pelajar dikehendaki menentukan betul atau salah
fakta atau kenyataan yang diberikan. Kebiasaannya pilihan yang diberikan adalah
seperti benar, ya, betul, palsu. tidak dan salah. Namun dalam soalan ini guru hendaklah
memastikan pernyataan atau butiran sebenarnya benar atau palsu. Elakkan pernyataan
yang terlalu umum sehingga pelajar yang pandai pun merasa kabur. Terdapat beberapa
cara mengelakkan kekaburan iaitu gunakan ayat-ayat yang pendek apabila perlu. Ayat-
ayat yang panjang dan kompleks menyebabkan sukar untuk mengenal pasti dalam
soalan. Kemudian gunakan bahasa yang lebih tepat semasa menulis pernyataan dan
cuba gunakan idea untuk satu item soalan. Penggunaan lebih daripada satu idea
mungkin menyebabkan pernyataaan separuh benar atau palsu. Selain itu, jika soalan
menyediakan butiran dalam bentuk pendapat, adalah lebih baik jika dinyatakan
sumbernya seperti berdasarkan kepada teks berikut: “Pada pendapat penulis...” kerana
adalah tidak adil mengarahkan pelajar menentukan sesuatu pendapat itu betul atau
salah dan akhir sekali cuba gunakan pernyataan yang positif dan elakkan pernyataan
yang negatif kerana ini akan mengelirukan calon. Soalan jenis item padanan
pula sebenarnya mampu menyediakan rangsangan dan beberapa tindak balas.
Contohnya, pelajar diminta memadankan atau menyesuaikan rangsangan dengan
tindak balas. Tugasan mengehendaki pelajar memadankan masalah dengan
penyelesaian atau stimulus dan respon yang betul. Dalam membina soalan jenis item
padanan, guru perlu pastikan perkara-perkara seperti pastikan kandungan premis dan
kandungan respons atau gerak balas adalah sama jenis dan jangan menggunakan
bilangan premis yang sama dengan respons dan berikan arahan sama ada respons
boleh digunakan sekali atau lebih atau tidak boleh digunakan langsung. Selain itu, jika
menulis ayat premis dan respons hendaklah dengan ringkas tetapi jelas dan tepat
malah arahan yang diberikan juga perlulah jelas. Ini kerana asas perhubungan antara
premis dengan respons perlu diberitahu dengan jelas. Kemudian letakkan semua
komponen bagi premis dan respons dalam muka surat yang sama. Ini memudahkan
calon untuk membaca gerak balas dan premis serta merujuk arahan tanpa
membalikkan muka surat. Item objektif aneka pilihan ini berbentuk memilih
respons dan paling luas penggunaanya. Item ini dapat mentaksirkan dengan berkesan
pelbagai objektif mata pelajaran iaitu daripada pengetahuan, kefahaman hinggalah
kepada kebolehan membuat pertimbangan, kemahiran dan menyelesaikan masalah,
kemahiran mengaplikasikan, kemahiran menganalisis dan kemahiran-kemahiran
lain. Menurut Bhasah Abu Bakar (2009), bagi soalan objektif berbentuk satu
pilihan pula hanya terdapat satu jawapan sahaja yang betul daripada beberapa
cadangan jawapan bagi soalan itu. Item objektif berbentuk satu pilihan ini terdiri
daripada jawapan yang betul, jawapan terbaik, analogi, negatif dan melengkapkan. Item
jawapan yang betul soalan ini berbentuk penyataan yang tidak lengkap dan diikuti oleh
beberapa pilihan jawapan. Terdapat hanya satu pilihan jawapan yang betul. Bagi
jawapan terbaik pula semua jawapan yang diberikan dalam soalan jenis ini adalah
munasabah namun terdapat satu jawapan yang paling tepat atau terbaik. Analogi pula
soalan jenis ini dikemukakan dalam bentuk pasangan perkataan dan diikuti oleh
jawapan yang terdiri dari empat pasangan perkataan. Pelajar diminta memilih pasangan
yang sama cirinya. Manakala item negatif pula soalan jenis ini meminta pelajar memilih
kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan yang diberikan. Soalan yang bercorak
seperti ini selalunya mengandungi perkataan bukan, kecuali, tidak benar dan paling
kurang. Kesemua pilihan jawapan adalah betul kecuali pilihan yang salah. Item
melengkapkan pula soalan jenis ini memerlukan pelajar mencari jawapan yang paling
tepat bagi melengkapkan pernyataan yang diberikan. Selain itu, terdapat juga
soalan berbentuk aneka gabungan. Soalan ini memerlukan pelajar memilih jawapan
yang betul. Jawapan yang diberikan terdiri daripada gabungan pernyataan. Pernyataan
yang diberikan bagi setiap soalan itu adalah saling berkait antara satu sama lain. Ujian
berbentuk soalan esei- subjektif adalah merupakan soalan yang bertujuan melihat
kebolehan pelajar mengeluarkan pendapat dan menganalisis secara mendalam tentang
persoalan yang diberikan (Bhasah Abu Bakar, 2009). Soalan ini mempamerkan
kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki pelajar. Item subjektif mampu
disesuaikan bagi menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksirkan
kemahiran menganalisis,mensintesiskan atau membuat pertimbangan mengenai
sesuatu perkara yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu
juga, item subjektif juga memberikan kebebasan yang luas kepada pelajar bukan
sahaja daripada segi menjawabnya tetapi juga panjang atau pendek jawapannya. Jenis
item esei bolehlah dikategorikan seperti Item respons terbuka, Item berpandu, Item
respons terhad dan Item berstruktur. Item respons terbuka ini mengandungi
pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Pelajar diberi peluang
menjawab secara bebas dengan menghuraikan idea atau pendapat mereka. Soalan
biasanya menggunakan istilah-istilah seperti huraikan, bagaimanakah, mengapakah,
bincangkan, bandingkan dan sebagainya. Bagi item berpandu pula memerlukan pelajar
mengemukakan respons berdasarkan rangsangan. Lazimnya menggunakan stimulus
seperti gambar rajah, gambar foto, peta, carta, jadual dan sebagainya untuk memandu
pelajar memberikan respons. Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan
stimulus yang disediakan. Cara mengemukakan soalan-soalan jenis ini selalunya
berdasarkan proses mental dari yang mudah hinggalah ke peringkat yang tinggi
mengikut taksonomi Bloom. Kata tugas yang digunakan seperti “Apakah”, “Siapakah”,
“Bilakah”, selalu digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan.
Manakala istilah-istilah seperti “Bandingkan”, “Bezakan”, “Terangkan”, “Huraikan”,
“Bincangkan”, “Rumuskan” dan “Simpulkan” digunakan untuk mendapatkan maklumat
bagi konstruksi yang kompleks (Bhasah Abu Bakar, 2009), Item respon terhad pula
berkecenderungan mengehadkan bentuk dan respon pelajar. Bentuk respon biasanya
dihadkan melalui skop yang disoal. Manakala panjangnya respon daripada segi
ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item memerlukan pelajar memberikan
jawapan dalam satu frasa atau beberapa atau satu perenggan. Manakala item
berstruktur pula ialah suatu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu proses yang
dikemukakan satu persatu. Jawapan yang diberikan adalah keseluruhan proses yang
berkenaan. Soalan berstruktur ialah dalam jenis item respons terhad. Siri soalan yang
mengandungi maklumat pokok item. Pelajar dikehendaki mengkaji maklumat tersebut
dan seterusnya memberi respons kepada maklumat tersebut dengan menjawab
persoalan daripada pokok item tersebut. Perkara-perkara yang perlu dijadikan
panduan untuk pembinaan item subjektif atau soalan berbentuk esei adalah pertama
keperluan menulis item, soalan hendaklah jelas dari segi tugasan dan perkataan,
soalan yang dikemukan hendaklah jelas dan tepat. Maka jauhkan daripada soalan-
soalan yang memerlukan jawapan “ya” atau “tidak” dan soalan-soalan yang
dibina hendaklah berkemampuan untuk membezakan pelajar lemah, sederhana atau
cemerlang dari segi perbendaharaan kata serta konsep dalam tajuk hendaklah sesuai
dengan sebilangan besar pelajar (Bhasah Abu Bakar, 2009). Keperluan menulis
item soalan yang hendak dibina mestilah berdasarkan Jadual Penentu Ujian (JPU) yang
telah ditetapkan (Bhasah Abu Bakar, (2009). Soalan digunakan untuk mentaksirkan
perkara yang hendak diperkembangkan dalam diri pelajar melalui mata pelajaran
sejarah. Guru yang menulis item mestilah mengetahui spesifikasi item yang akan dibina
seperti jenis item subjektif, konstruksi dan tajuk, aras kesukaran ( berasaskan
pertimbangan profesional guru ), peruntukan markah dan jenis pemarkahan. Selain itu,
pelajar sepatutnya tidak dikelirukan dengan apa yang dikehendaki oleh soalan. Tajuk
atau topik yang digunakan untuk menguji konstruksi tertentu biarlah yang sebenarnya
menguji kebolehan pelajar untuk menjawabnya dan bukannya meneka kehendak
soalan. Pelajar mesti faham apa yang diperlukan bagi menjawab soalan . Seterusnya,
guru tidak seharusnya menggunakan perkataan yang tidak berfungsi sebagai hiasan.
Soalan biarlah terus tetapi jangan terlalu ringkas sehingga boleh mengelirukan pelajar
dan menjadikan tugasannya tidak menepati kehendak soalan. Topik atau soalan yang
dikemukakan oleh bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Pelajar yang sederhana
sepatutnya dapat menjawab soalan pada aras mudah dan sederhana sukar. Manakala
pelajar-pelajar dari kelas yang pandai dapat menunjukkan kecerdasannya dengan
menjawab soalan yang mudah, sederhana dan sukar. Soalan yang dibina sepatutnya
memberi peluang kepada pelajar yang pintar untuk menjawab dengan lebih mendalam.
Di samping itu, sesuatu topik yang sukar hanya dapat mengasingkan pelajar yang
cemerlang daripada pelajar yang lain. Guru sejarah hendaklah berhati-hati dan teliti
dalam membina soalan yang berkaitan dengan topik atau tajuk-tajuk yang melibatkan
isu politik, ras, agama, kebudayaan atau sebagainya yang sensitif (Harzi Jamil,
2003). Penggunaan perkataan yang sesuai dan tidak menyinggung perasaan mana-
mana pihak atau kumpulan tertentu perlulah diberikan perhatian sewajarnya oleh guru
agar soalan yang dibina tidak menunjukkan bias tertentu seperti bias budaya, agama,
kaum dan sebagainya. Ini akan menunjukkan guru bersifat objektif dalam proses
pembinaan item penilaiannya dan dapat mengelakkan sebarang kontroversi yang
mungkin timbul.
Soalan yang akhir sekali paling sesuai adalah melalui kaedah lisan. Guru sejarah juga
boleh menggunakan kaedah penilaian lisan bagi menguji pengetahuan dan kemahiran
pelajar. Ujian lisan dapat digunakan bagi membuktikan pencapaian pelajar dari segi
mengemukakan pendapat dan mempertahankan hujah dan menguji kebolehan
daripada segi sebutan dan kelancaran bertutur (Mohd Salleh Lebar,1996). Perkara
yang dikemukakan perlu didengar dengan teliti, memproses apa yang didengar dan
menyampaikan maklumat, idea dan perasaan dengan secara verbal. Guru boleh
menggunakan gambar, petikan, rakaman perbualan, tayangan video sebagai agen
stimulus. Dalam melaksanakan ujian atau penilaian berbentuk lisan, perkara-perkara
berikut perlu diberikan pertimbangan iaitu tujuan ujian, perkara atau konstruksi yang
hendak diukur, menepati tajuk, penggunaan laras bahasa yang sesuai, soalan yang
jelas dan fokus, elakkan soalan yang memerlukan pelajar mengemukakan soalan
semula dan sediakan skema permarkahan.
4.0 Kesimpulan Daripada apa yang telah dibincangkan diatas, dapat disimpulkan
bahawa, proses penilaian yang dilakukan dalam bilik darjah harus melalui satu tahap ke
tahap yang lain. Dalam erti kata yang lainnya, proses secara tersusun dan sistematik
dititikberatkan agar penilaian yang dilakukan dapat mencapai objektifnya. Kegagalan
memahami proses ini akan mengakibatkan terganggunya kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru. Hal ini kerana
proses penilaian merupakan salah satu daripada kompenen penting semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, keberkesanan proses ini juga berganung kepada kebijaksanaan guru
menyesuaikan proses yang berlaku dengan keadaan semasa pelajar dan bilik darjah.
Guru mata pelajaran Sejarah khususnya harus mempunyai kemahiran yang baik untuk
melihat perhubungan antara proses pengajaran, maklumat yang disampaikan, kaedah
pengajaran, bahan yang digunakan dengan tindak balas dan reaksi pelajar terhadap
perkara-perkara tersebut.

More Related Content

What's hot

Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)EyzahEs Brabies
 
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHBMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHAfiqah Nooh
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Tujuan pengujian, penilaian
Tujuan pengujian, penilaianTujuan pengujian, penilaian
Tujuan pengujian, penilaianSohib AlQuran
 
Klasifikasi ujian (1)
Klasifikasi ujian (1)Klasifikasi ujian (1)
Klasifikasi ujian (1)Cik BaCo
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINNorhaniza Taharuddin
 
Pengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianPengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianezz_ally
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahFarah Waheeda
 

What's hot (17)

Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
 
Peniaian formatif
Peniaian formatifPeniaian formatif
Peniaian formatif
 
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHBMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Pentaksiran Matematik
Pentaksiran MatematikPentaksiran Matematik
Pentaksiran Matematik
 
1
11
1
 
Tujuan pengujian, penilaian
Tujuan pengujian, penilaianTujuan pengujian, penilaian
Tujuan pengujian, penilaian
 
Klasifikasi ujian (1)
Klasifikasi ujian (1)Klasifikasi ujian (1)
Klasifikasi ujian (1)
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
 
Tujuan pengukuran
Tujuan pengukuranTujuan pengukuran
Tujuan pengukuran
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Pengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianPengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaian
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
 

Similar to Bab 5

059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolahikhwankmk92
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Nurul Atiyah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Wana Ariza
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 
pentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianpentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianAin Nawi
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 

Similar to Bab 5 (20)

059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
PEMBENTANG 1
PEMBENTANG 1PEMBENTANG 1
PEMBENTANG 1
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
Pentaksiran, pengujian & penilaian
Pentaksiran, pengujian & penilaianPentaksiran, pengujian & penilaian
Pentaksiran, pengujian & penilaian
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
pentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianpentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaian
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
3
33
3
 

Recently uploaded

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 

Recently uploaded (15)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 

Bab 5

  • 1. Penilaian dalam Subjek Sejarah 1.0 Pengenalan Penilaian membawa maksud satu kaedah yang digunakan dalam usaha menjawab persoalan sejauh mana ketersampaian maklumat yang telah diberikan oleh seseorang guru berkesan dan dapat diterapkan dalam diri pelajar (Harzi Jamil, 2003). Dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran bilik darjah (P&P), proses penilaian sememangnya sangat perlu kerana kejayaan atau kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat daripada pelbagai sudut dengan hanya melihat kepada keputusan penilaian yang dilaksanakan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Proses penilaian yang dilaksanakan akan dapat membantu guru-guru khususnya dalam menjawab persoalan-persoalan yang menyentuh tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian isi, kaedah penyampaian, respon pelajar, pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang dibincangkan dan pelbagai lagi ( Hazri Jamil, 2003 ). Maka, dalam hal ini dapat dilihat bahawa proses penilaian bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan mata pelajaran sejarah yang umumnya berdepan dengan masalah seperti kekurangan tindak balas positif pelajar yang bosan dengan pembelajaran yang bersifat fakta dan kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai. Oleh yang demikian, proses ini perlu dilihat dari sudut yang lebih sistematik agar proses ini berjaya mengurangkan dan menghindari masalah yang dihadapi oleh golongan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2.0 Tujuan Penilaian Penilaian merupakan elemen pengajaran yang amat penting. Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat dan membuat keputusan berkenaan memajukan perkembangan, penguasaan dan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Ujian adalah alat pengukuran dalam proses penilaian. Menurut Ashworth (1982) dalam Abd.Rahim Abd Rashid (1989), merumuskan beberapa sebab guru menggunakan ujian iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramalkan. Manakala, Dorothy C. Adkins (1974) dalam Abd.Rahim Abd Rashid (1989), menyatakan tujuan umun ujian pencapaian pendidikan ialah untuk menguji
  • 2. perbezaaan individu, ujian sebagai peramal dan ujian sebagai alat pembantu pengajaran. 2.1 Ujian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Tujuan utama ujian adalah untuk membaiki pelajaran seterusnya membantu dalam membuat keputusan-keputusan pengajaran. Terdapat beberapa asas keputusan yang perlu dibuat oleh guru dalam proses pengajaran. Ini merangkumi kesediaan pelajar melalui pengalaman pembelajaran sebelum sesuatu ujian diberikan di samping memastikan kecekapan guru dalam menjangka kemajuan pelajar berdasarkan pengalaman pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Selain itu, ujian juga membantu guru merancang pengajaran dengan lebih berkesan terutama daripada segi isi pelajaran dan aktiviti pembelajaran (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989). Seterusnya ialah, guru sejarah dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah-masalah pembelajaran yang serius dan memerlukan pembelajaran secara individu atau kerja-kerja pemulihan. Guru dapat membantu para pelajar yang mempunyai prestasi yang tinggi, dipertingkatkan lagi dengan program pengayaan khas. Ujian juga boleh membaiki keberkesanan cara-cara pembelajaran dengan memberikan maklumat yang lebih objektif. Misalnya ujian penggal (periodic test) boleh memberikan bukti bagi menentukan cara yang sesuai untuk mengelompokkan pelajar bagi pengajaran secara berkumpulan, individu, diagnosis atau pembelajaran pemulihan (Mohd Salleh Lebar , 1996). 2.2 Maklum Balas kepada Guru Maklumat yang diperolehi daripada keputusan- keputusan ujian boleh digunakan bagi menilai pelbagai aspek dalam proses pengajaran. Ia boleh menentukan sejauh mana objektif pengajaran tercapai ataupun tidak dan sama ada kaedah pengajaran sesuai ataupun tidak. Keputusan-keputusan ujian bukan sahaja mendedahkan kelemahan pembelajaran individu pelajar, tetapi jika keputusan ujian kumpulan di ambil, ia boleh mendedahkan kelemahan pengajaran guru. Jika keputusan ujian yang sama diperolehi oleh pelajar adalah rendah, maka terdapat kesulitan pelajar untuk memahami pengajaran guru tersebut. Selain itu, penilaian juga boleh memberi maklum balas kepada guru sama ada semasa proses pengajaran berkesan ataupun tidak. Berdasarkan kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar, guru dapat membaiki setiap kelemahannya dari aspek kaedah
  • 3. pengajaran dan penyampaian maklumat kepada pelajar (Ron Babbage, Richard Byers & Helen Redding , 1991). 2.3 Diagnosis Sesuatu ujian diagnosis memberi kesan secara langsung kepada pembelajaran pelajar. Hal ini disebabkan, ujian tersebut bukan sahaja meningkatkan lagi dorongan kepada pelajar, malahan meningkatkan daya ingatan dan transformasi pembelajaran. Di samping itu, guru juga mampu memahami diri sendiri. Dua elemen utama diagnosis adalah diagnosis keperluan dan kemajuan individu serta diagnosis kurikulum dan pengajaran. Diagnosis bagi keperluan dan kemajuan pelajar ialah bermaksud mengenal pasti atau menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu topik atau sesuatu isi pelajaran. Diagnosis kurikulum dan pengajaran adalah bertujuan mengenal pasti atau menilai cara dan pendekatan pengajaran guru yang berkaitan dengan kelemahan pelajar (Sumber: Hazri Jamil, 2003) 2.3.1 Dorongan Kepada Pelajar Sesuatu ujian diagnosis memberi petunjuk dan dorongan kepada pelajar untuk mencapai matlamat jangka pendek yang berkaitan dengan perkara yang perlu dilakukan (persediaan), hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dan dicapai untuk ujian berkenaan dan juga memberi maklum balas kepada para pelajar berkenaan prestasi mereka dalam mata pelajaran Sejarah (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989). Diagnosis adalah untuk menilai kebolehan pelajar sama ada berdasarkan mengingat kembali fakta-fakta Sejarah, mengaplikasikan prinsip- prinsip, membuat penilaian. Selain itu, diagnosis juga adalah mengkehendaki para pelajar untuk menunjukkan kebolehan yang berbeza-beza mengikut aras ujian dan aras kesukaran ujian tersebut. Oleh yang demikian, ujian yang dibentuk itu boleh mendorong pelajar kepada usaha mencapai hasil pembelajaran melalui peningkatan dalam aktiviti pembelajaran sekaligus membantu pelajar menunjukkan kebolehan dan keupayaan mereka dan membawa kepada daya saing yang positif dalam kalangan pelajar (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989). Contohnya ialah, pelajar yang mendapat keputusan yang rendah akan menggunakan diagnosis ini untuk mengatasi kelemahan mereka. Guru Sejarah boleh membimbing pelajar-pelajar tersebut dalam meningkatkan pencapaian mereka. Maka, diagnosis boleh dijadikan asas kepada pembelajaran pelajar.
  • 4. 2.3.2 Menguatkan Daya Ingatan Ujian diagnosis dapat membantu menguatkan daya ingatan pelajar. Misalnya, sebelum menghadapi sesuatu ujian, mereka perlu membuat bacaan, latihan dan ulang kaji secara intensif. Pembelajaran intensif akan menguatkan daya ingatan dan proses pemindahan ingatan yang lebih kekal. Ujian diagnosis adalah satu kaedah menggalakkan para pelajar memberi tumpuan dan perhatian terhadap mata pelajaran Sejarah (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989). Umumnya, hasil pembelajaran seperti kefahaman, aplikasi dan pentafsiran dapat dikekalkan dengan lebih lama berbanding dengan hasil-hasil pembelajaran pada tahap mengingati pengetahuan. Berdasarkan kepentingan diagnosis dalam penilaian pembelajaran, secara langsung seorang guru Sejarah boleh memberi para pelajar pengukuhan latihan dalam kefahaman kemahiran, aplikasi dan mentafsir yang merupakan aras pembelajaran yang amat penting diuji untuk mata pelajaran Sejarah. 2.3.3 Memahami Diri Sendiri Tujuan utama pendidikan ialah untuk membantu seseorang pelajar untuk memahami dirinya dengan lebih baik supaya dapat membuat keputusan-keputusan yang lebih efektif untuk menilai pencapaian sendiri. Ujian diagnosis tersebut dapat memberi maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan pelajar. Melalui hasil keputusan ujian yang diperolehi maka mereka dapat menilai kelemahan dan kekuatan terhadap mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, ujian diagnosis juga membantu pelajar mengambil pendekatan untuk merancang kaedah belajar yang sesuai dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Ujian perlu digunakan untuk meningkatkan pembelajaran bukannya untuk menghukum atau melabel para pelajar (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989). 2.4 Mengekalkan Mutu (Standard) Penilaian mata pelajaran Sejarah penting bagi tujuan mengekalkan mutu mata pelajaran tersebut. Tujuan ini juga berkaitan dengan mengekalkan mutu akademik dan mutu pendidikan (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1989). Peningkatan mutu akademik bergantung kepada kualiti pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Justeru guru Sejarah perlu mengambil langkah positif untuk mengurangkan jumlah kegagalan pelajar dalam ujian-ujian yang telah diadakan. Ini tidak bermakna ujian-ujian yang diberikan tidak memenuhi kriteria atau prinsip penilaian. Oleh itu keputusan ujian atau penilaian haruslah digunakan bagi tujuan meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar. Guru Sejarah juga perlu berusaha meningkatkan lagi
  • 5. kecermelangan akademik mata pelajaran Sejarah dengan meramaikan lagi jumlah pelajar yang memperolehi keputusan yang cermerlang dalam ujian yang telah diadakan. 2.5 Laporan Penilaian bertujuaan memberikan laporan kepada pihak sekolah. Guru sejarah bertanggungjawb menyimpan rekod ujian dan prestasi pelajar. Rekod- rekod ini menggambarkan pencapaian kemajuaan pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Tujuan melaporkan biasanya dikehendaki pada setiap pada setiap bulan, penggal atau tahun. Hal ini penting untuk menjadi asas tindakan bersama panitia Guru Sejarah di sekolah, penyeliaan, pemantauan dan pentadbiran pendidikan (Hazri Jamil, 2003). 3.0 Perkembangan Taksonomi Penilaian Penilaian Sintesis Analisis Aplikasi Kefahaman Pengetahuan Membina, mengembangkan dan menguji kemahiran intelektual Memberi dan mendapatkan maklumat asas Tinggi Rendah Rajah 1: Perkembangan Taksonomi Penilaian ( Taksonomi Bloom 1956) (Sumber: Hazri Jamil, 2003) Berdasarkan Taksonomi Bloom (1956), penilaian merupakan aras tertinggi dalam siri taksonomi tersebut. Penilaian bukan sahaja untuk membina pengetahuan malahan penilaian juga berupaya mengembangkan dan menguji kemahiran intelektual yang telah dikuasai oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Hazri Jamil, 2003). Soalan aras pengetahuan adalah soalan untuk menguji tahap pengetahuan pelajar. Ini adalah soalan pada aras yang paling rendah dan mudah. Contoh soalan yang sering digunakan ialah nyatakan, namakan, terangkan dan labelkan. Soalan aras kefahaman pula ialah untuk menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar. Contoh soalan ialah pilih, terangkan dan tulis semula. Soalan aras aplikasi pula ialah menguji keupayaan dan kebolehan pelajar menggunakan infomasi dan pengetahuan yang diperoleh dalam situasi yang berbeza. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam bentuk penyelesaian masalah dan sebagainya. Contoh soalan adalah selesaikan, ramalkan dan bina ayat. Seterusnya ialah soalan aras analisis. Menurut Hazri Jamil (2003), soalan pada aras ini adalah untuk menguji kemahiran pelajar menjana idea daripada idea yang kecil kepada idea yang lebih besar dan bertambah baik sekiranya idea tersebut
  • 6. diterjemahkan dalam luar kotak pemikiran mereka. Contoh soalan ialah bezakan, pastikan dan pilih. Kemudian soalan aras sintesis. Soalan ujian pada aras ini adalah untuk menguji kemahiran pelajar merumuskan idea atau menggabungkan keseluruhan bahagian atau elemen secara menyeluruh. Penggunaan soalan adalah seperti membina, menyusun dan mengembangkan. Soalan pada aras paling tinggi ialah aras penilaian. Soalan jenis ini adalah untuk menguji pelajar dalam membuat penilaian mengenai nilai, idea, rumusan kaedah dan sebagainya. Contoh soalan yang digunakan ialah berikan ulasan dan buktikan. 4.1 Bentuk Penilaian Dalam Sejarah 4.1.1 Penilaian Secara Formatif Penilaian secara formatif ini bertujuan menimbangkan mutu yang telah dicapai dan memutuskan siapa yang terbaik untuk menimbangkan potensi atau pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Penilaian formatif ini melibatkan kaedah pengredan, dan pemilihan (Harzi Jamil, Hashim Othman & Rohizami Yaakub, 2004). Kaedah pengredan ini ialah satu proses pemberian gred terhadap sesuatu tahap pencapaian pelajar berdasarkan satu peraturan yang telah ditetapkan. Menurut Loyd (1997) dalam Abd.Rahim Abd.Rashid (1989), kegunaan penggredan ialah sebagai satu kaedah memberikan satu prosedur yang formal dan bersistematik dalam penyampaian maklumat penaksiran guru tengtang pencapaian pelajar kepada ibu bapa, penjaga, dan lain-lain. Selain itu, kaedah penggredan ini digunakan secara langsung atau tidak langsung dalam sejarah, ini bertujuan untuk memotivasikan pelajar dan memberikan ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam sikap dan pembelajaran. Selain itu, kaedah ini difahami oleh setiap pelajar kerana kaedah ini dalam sejarah menentukan gred yang diberikan kepada pelajar. Ciri-ciri kaedah penggredan ini ialah adil untuk semua pelajar, tepat dalam menggambarkan apa yang pelajar telah pelajari, tekal dari segi penggunaan dan boleh dipertahankan kepada pelajar dan lain-lain individu yang berminat dengan sistem penggredan ini. Seterusnya, penggredan ini dalam mata pelajaran sejarah melibatkan penggredan rujukan norma dan kriteria (Harzi Jamil, Hashim Othman & Rohizami Yaakub, 2004). Penggredan norma dibentuk sebagai sekumpulan pelajar. Guru akan menggunakan skor daripada kumpulan pelajar
  • 7. berkenaan sebagai kriteria untuk menentukan bagaimana prestasi pelajar lain apabila mengambil ujian yang sama. Melalui kaedah ini guru dapat menilai sejauhmana kemampuan pelajar dalam mata pelajaran ini. Penggredan rujukan kriteria pula ialah menentukan setakat mana pelajar dapat menguasai objektif kursus yang telah ditetapkan oleh guru atau kurikulum. Melalui skor yang diperolehi menggambarkan kecekapan pelajar dengan satu-satu tugasan. Selain itu, gred yang sama akan menggambarkan pencapaian yang sama pelajar dalam ujian yang telah dijalankan melalui kaedah ini. Kaedah pemilihan ialah kaedah pemilihan bahan dalam pembelajaran dan pengajaran. Kaedah pemilihan ini dalam pengajaran mata pelajaran sejarah melibatkan beberapa kriteria pemilihan dan penggunaan alat. Kriteria yang penting dalam pemilihan ini ialah kriteria isi, kriteria aktiviti pembelajaran dan kriteria kaedah pengajaran. Kriteria isi ini merupakan suatu alat yang digunakan mempunyai hubungan dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Melalui ini, guru akan melakukan kriteria pemilihan atau penggunaan alat yang perlu ditentukan oleh guru. Ini berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar. Isi pelajaran sejarah yang diajar oleh guru berkaitan dengan fakta-fakta, konsep-konsep, ataupun pengalaman sejarah. Kriteria aktiviti pembelajaran ialah pemilihan dan penggunaan alat untuk pengajaran dan pembelajaran sejarah perlu mengambil kira apakah aktiviti pembelajaran yang akan melibatkan pelajara. Menurut Joreme A. Bruner (1966) dalam Abd. Rahim Abd. Rashid (1989), membahagikan pengalaman pembelajaran ini kepada tiga kategori. Tiga kategori ialah pengalaman langsung, pengalaman bergambar dan pengalaman abstrak. Seterusnya, kriteria kaedah pengajaran ialah pemilihan dan penggunaan alat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah perlu membantu mempermudahkan dan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Dari segi kaedah pengajaran, guru-guru harus tahu bagaimana alatan tersebut digunakan. Keadaan ini umpamanya, sesuatu alat yang digunakan untuk membantu guru dalam menerangkan fakta atau makulumat sejarah. Pemilihan dan penggunaan alatan yang sesuai memudahkan objektif guru dicapai dengan lebih berkesan. Melalui pemilihan ini, guru sejarah akan lebih yakin dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.1.2 Penilaian Secara Sumatif Penilaian secara sumatif ini ialah mendapatkan maklumat dan memahami masalah, memutuskan apakah tindakan yang perlu dilakukan
  • 8. dan memeriksa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar cara pelajar sejarah. Penilaian secara sumatif ini melibatkan diagnosis, penilaian dan bimbingan (Bhasah Abu Bakar, 2009). Diagnosis meliputi dua perkara iaitu diagnosis keperluan dan kemajuan individu serta diagnosis kurikulum dan pengajaran. Ia merupakan keperluan dan kemajuan pelajar ialah bermaksud mengenal pasti atau menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu topik atau kandungan mata pelajaran. Guru mampu menggunakan malumat yang diperolehi untuk merancang dan melaksanakan strategi dalam pengajaran mata pelajaran sejarah. Penilaian ialah adalah proses pengumpulan maklumat dan membuat keputusan berkenaan memajukan perkembangan, pengguasaan dan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Proses penilaian dalam sejarah menggunakan ujian bagi mengukur pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran sejarah (Harzi Jamil, 2003). Dalam mata pelajaran sejarah penilaian ini melibatkan penilaian prestasi. Penilaian ini menyediakan cara yang sistematik untuk menilai kemahiran berfikir dan menaakul serta hasilnya yang tidak dapat diukur oleh ujian objektif dan esei yang biasa. Walaupun dalam ujian ini dapat menyediakan data yang menunjukkan pelajar tahu melakukan sesuatu dalam keadaan- keadaan tertentu. Penilaian ini penting dalam mata pelajaran sejarah kerana ia perlu dalam menilai kemahiran-kemahiran sebenar yang sedang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Ini akan mengambarkan keberkesanan pengajaran yang dijalankan oleh guru, cara ini amat baik dalam menilai tahap penguasaan pelajar. Selain itu, tujuan penilaian dalam ujian dalam proses pengajaran-pengajaran ialah menentukan setakat manakah pelajar bersedia dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran sebelum ujian diberikan. Melalui keadaan ini penilaian terhadap pelajar mudah dijalankan. Selain itu, guru dapat mengjangka pelajar-pelajar boleh terus maju dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Penilaian ini juga dapat membantu guru mengenalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah- masalah pembelajaran yang serius dan memerlukan pengajaran individu atau kerja- kerja pemulihan khusus. Bimbingan digunakan untuk membimbing pelajar bagi membaiki kelemahan yang ada. Melalui maklumat yang diperolehi hasil dari penilaian dilakukan oleh guru, pelajar dapat dibimbing dan diberikan dorongan bagi membaiki serta mengatasi kelemahan pelajar. Bimbingan ini amat penting dalam pengajaran mata
  • 9. pelajaran ini kerana tidak mahu pelajar sukar memahami mata pelajaran ini (Harzi Jamil, 2003). Guru sejarah dalam bimbingan ini, ia memberi tumpuan yang lebih, kerana ia melibatkan penglibatan guru secara sepenuhnya. Pelajar yang lemah akan dapat diubah melalui bimbingan yang wajar oleh guru. Pencapaian pelajar akan meningkat dan secara tidak langsung tahap minat pelajar terus meningkat. Penguasaan pelajar dalam pembelajaran amat penting kerana ia akan melibatkan tahap pencapaian pelajar. 4.2 Penilaian Secara Berterusan Menurut Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (2004), tujuan utama mengadakan ujian adalah untuk memperbaiki pembelajaran Ujian membantu dalam membuat keputusan-keputusan pengajaran. Dalam proses pengajaran terdapat banyak mementingkan keputusan yang dibuat oleh guru. Ujian boleh membaiki keberkesanan cara-cara pengajaran dengan memberikan maklumat-maklumat yang lebih ojektif untuk dipertimbangkan. Sebagai contoh, Pra- ujian ( pre-test ) pada awalan sesuatu mata pelajaran boleh membantu menentukan setakat manakah pelajar-pelajar mempunyai latar belakang pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan faedah daripada nota pelajaran. Ujian- ujian penggal ( periodic test ) dan ujian-ujian khusus bila diperlukan boleh memberikan bukti bagi menentukan cara yang paling baik mengelompokkan pelajar untuk pengajaran kumpulan, pengajaran individu, diagnosis dan pembelajaran pemulihan. Ujian-ujian mata pelajaran Sejarah perlu dibuat dari masa ke masa bagi tujuan melaporkan kemajuan atau prestasi pelajar. Keputusan-keputusan ujian dicatatkan di dalam buku rekod mengajar guru dan juga di dalam buku kemajuan pelajar. Keputusan-keputusan ujian menjadi maklumat penting yang boleh digunakan untuk melaporkan atau mengesahkan kebolehan seseorang pelajar dalam mata pelajaran ini. Menjadi satu kesalahan jika ada guru-guru yang memberi markah kepada pelajar mengikut sesuka hati tanpa mengadakan ujian berasaskan kriteria-kriteria atau prinsip-prinsip penilaian yang sewajarnya ( Rosie Turner-Bisset, 2001). Oleh sebab penilaian ( termasuk ujian, peperiksaan, tugasan dan lain-lain ) merupakan faktor yang penting terhadap kejayaan dan kegagalan pelajar serta beberapa amalan-amalan yang dibuat oleh pihak guru atau pihak sekolah seperti pemilihan, pengelasan pelajar ( streaming ), menentukan kedudukan pelajar dalam bilik
  • 10. darjah dan sebagainya. Oleh itu, amat penting bagi guru-guru berhati- hati melaksanakan penilaian, melaporkan dan menggunakan keputusan-keputusan penilaian tersebut supaya ia tidak menimbulkan masalah yang tidak diingini. Terdapat berbagai-bagai jenis ujian yang boleh dilakukan oleh para guru. Penilaian atau ujian boleh dibahagikan kepada soalan berbentuk objektif jenis pilihan dan soalan berbentuk esei. Soalan objektif jenis pilihan boleh dibahagikan kepada tiga jenis item penilaian atau ujian iaitu item benar palsu item padanan dan item objektif aneka pilihan (Bhasah Abu Bakar, 2009). Bagi Item benar palsu soalan ini merupakan soalan jenis dua pilihan. Pelajar dikehendaki menentukan betul atau salah fakta atau kenyataan yang diberikan. Kebiasaannya pilihan yang diberikan adalah seperti benar, ya, betul, palsu. tidak dan salah. Namun dalam soalan ini guru hendaklah memastikan pernyataan atau butiran sebenarnya benar atau palsu. Elakkan pernyataan yang terlalu umum sehingga pelajar yang pandai pun merasa kabur. Terdapat beberapa cara mengelakkan kekaburan iaitu gunakan ayat-ayat yang pendek apabila perlu. Ayat- ayat yang panjang dan kompleks menyebabkan sukar untuk mengenal pasti dalam soalan. Kemudian gunakan bahasa yang lebih tepat semasa menulis pernyataan dan cuba gunakan idea untuk satu item soalan. Penggunaan lebih daripada satu idea mungkin menyebabkan pernyataaan separuh benar atau palsu. Selain itu, jika soalan menyediakan butiran dalam bentuk pendapat, adalah lebih baik jika dinyatakan sumbernya seperti berdasarkan kepada teks berikut: “Pada pendapat penulis...” kerana adalah tidak adil mengarahkan pelajar menentukan sesuatu pendapat itu betul atau salah dan akhir sekali cuba gunakan pernyataan yang positif dan elakkan pernyataan yang negatif kerana ini akan mengelirukan calon. Soalan jenis item padanan pula sebenarnya mampu menyediakan rangsangan dan beberapa tindak balas. Contohnya, pelajar diminta memadankan atau menyesuaikan rangsangan dengan tindak balas. Tugasan mengehendaki pelajar memadankan masalah dengan penyelesaian atau stimulus dan respon yang betul. Dalam membina soalan jenis item padanan, guru perlu pastikan perkara-perkara seperti pastikan kandungan premis dan kandungan respons atau gerak balas adalah sama jenis dan jangan menggunakan bilangan premis yang sama dengan respons dan berikan arahan sama ada respons boleh digunakan sekali atau lebih atau tidak boleh digunakan langsung. Selain itu, jika
  • 11. menulis ayat premis dan respons hendaklah dengan ringkas tetapi jelas dan tepat malah arahan yang diberikan juga perlulah jelas. Ini kerana asas perhubungan antara premis dengan respons perlu diberitahu dengan jelas. Kemudian letakkan semua komponen bagi premis dan respons dalam muka surat yang sama. Ini memudahkan calon untuk membaca gerak balas dan premis serta merujuk arahan tanpa membalikkan muka surat. Item objektif aneka pilihan ini berbentuk memilih respons dan paling luas penggunaanya. Item ini dapat mentaksirkan dengan berkesan pelbagai objektif mata pelajaran iaitu daripada pengetahuan, kefahaman hinggalah kepada kebolehan membuat pertimbangan, kemahiran dan menyelesaikan masalah, kemahiran mengaplikasikan, kemahiran menganalisis dan kemahiran-kemahiran lain. Menurut Bhasah Abu Bakar (2009), bagi soalan objektif berbentuk satu pilihan pula hanya terdapat satu jawapan sahaja yang betul daripada beberapa cadangan jawapan bagi soalan itu. Item objektif berbentuk satu pilihan ini terdiri daripada jawapan yang betul, jawapan terbaik, analogi, negatif dan melengkapkan. Item jawapan yang betul soalan ini berbentuk penyataan yang tidak lengkap dan diikuti oleh beberapa pilihan jawapan. Terdapat hanya satu pilihan jawapan yang betul. Bagi jawapan terbaik pula semua jawapan yang diberikan dalam soalan jenis ini adalah munasabah namun terdapat satu jawapan yang paling tepat atau terbaik. Analogi pula soalan jenis ini dikemukakan dalam bentuk pasangan perkataan dan diikuti oleh jawapan yang terdiri dari empat pasangan perkataan. Pelajar diminta memilih pasangan yang sama cirinya. Manakala item negatif pula soalan jenis ini meminta pelajar memilih kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan yang diberikan. Soalan yang bercorak seperti ini selalunya mengandungi perkataan bukan, kecuali, tidak benar dan paling kurang. Kesemua pilihan jawapan adalah betul kecuali pilihan yang salah. Item melengkapkan pula soalan jenis ini memerlukan pelajar mencari jawapan yang paling tepat bagi melengkapkan pernyataan yang diberikan. Selain itu, terdapat juga soalan berbentuk aneka gabungan. Soalan ini memerlukan pelajar memilih jawapan yang betul. Jawapan yang diberikan terdiri daripada gabungan pernyataan. Pernyataan yang diberikan bagi setiap soalan itu adalah saling berkait antara satu sama lain. Ujian berbentuk soalan esei- subjektif adalah merupakan soalan yang bertujuan melihat kebolehan pelajar mengeluarkan pendapat dan menganalisis secara mendalam tentang
  • 12. persoalan yang diberikan (Bhasah Abu Bakar, 2009). Soalan ini mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki pelajar. Item subjektif mampu disesuaikan bagi menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksirkan kemahiran menganalisis,mensintesiskan atau membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu juga, item subjektif juga memberikan kebebasan yang luas kepada pelajar bukan sahaja daripada segi menjawabnya tetapi juga panjang atau pendek jawapannya. Jenis item esei bolehlah dikategorikan seperti Item respons terbuka, Item berpandu, Item respons terhad dan Item berstruktur. Item respons terbuka ini mengandungi pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Pelajar diberi peluang menjawab secara bebas dengan menghuraikan idea atau pendapat mereka. Soalan biasanya menggunakan istilah-istilah seperti huraikan, bagaimanakah, mengapakah, bincangkan, bandingkan dan sebagainya. Bagi item berpandu pula memerlukan pelajar mengemukakan respons berdasarkan rangsangan. Lazimnya menggunakan stimulus seperti gambar rajah, gambar foto, peta, carta, jadual dan sebagainya untuk memandu pelajar memberikan respons. Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan stimulus yang disediakan. Cara mengemukakan soalan-soalan jenis ini selalunya berdasarkan proses mental dari yang mudah hinggalah ke peringkat yang tinggi mengikut taksonomi Bloom. Kata tugas yang digunakan seperti “Apakah”, “Siapakah”, “Bilakah”, selalu digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan. Manakala istilah-istilah seperti “Bandingkan”, “Bezakan”, “Terangkan”, “Huraikan”, “Bincangkan”, “Rumuskan” dan “Simpulkan” digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi konstruksi yang kompleks (Bhasah Abu Bakar, 2009), Item respon terhad pula berkecenderungan mengehadkan bentuk dan respon pelajar. Bentuk respon biasanya dihadkan melalui skop yang disoal. Manakala panjangnya respon daripada segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item memerlukan pelajar memberikan jawapan dalam satu frasa atau beberapa atau satu perenggan. Manakala item berstruktur pula ialah suatu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu proses yang dikemukakan satu persatu. Jawapan yang diberikan adalah keseluruhan proses yang berkenaan. Soalan berstruktur ialah dalam jenis item respons terhad. Siri soalan yang mengandungi maklumat pokok item. Pelajar dikehendaki mengkaji maklumat tersebut
  • 13. dan seterusnya memberi respons kepada maklumat tersebut dengan menjawab persoalan daripada pokok item tersebut. Perkara-perkara yang perlu dijadikan panduan untuk pembinaan item subjektif atau soalan berbentuk esei adalah pertama keperluan menulis item, soalan hendaklah jelas dari segi tugasan dan perkataan, soalan yang dikemukan hendaklah jelas dan tepat. Maka jauhkan daripada soalan- soalan yang memerlukan jawapan “ya” atau “tidak” dan soalan-soalan yang dibina hendaklah berkemampuan untuk membezakan pelajar lemah, sederhana atau cemerlang dari segi perbendaharaan kata serta konsep dalam tajuk hendaklah sesuai dengan sebilangan besar pelajar (Bhasah Abu Bakar, 2009). Keperluan menulis item soalan yang hendak dibina mestilah berdasarkan Jadual Penentu Ujian (JPU) yang telah ditetapkan (Bhasah Abu Bakar, (2009). Soalan digunakan untuk mentaksirkan perkara yang hendak diperkembangkan dalam diri pelajar melalui mata pelajaran sejarah. Guru yang menulis item mestilah mengetahui spesifikasi item yang akan dibina seperti jenis item subjektif, konstruksi dan tajuk, aras kesukaran ( berasaskan pertimbangan profesional guru ), peruntukan markah dan jenis pemarkahan. Selain itu, pelajar sepatutnya tidak dikelirukan dengan apa yang dikehendaki oleh soalan. Tajuk atau topik yang digunakan untuk menguji konstruksi tertentu biarlah yang sebenarnya menguji kebolehan pelajar untuk menjawabnya dan bukannya meneka kehendak soalan. Pelajar mesti faham apa yang diperlukan bagi menjawab soalan . Seterusnya, guru tidak seharusnya menggunakan perkataan yang tidak berfungsi sebagai hiasan. Soalan biarlah terus tetapi jangan terlalu ringkas sehingga boleh mengelirukan pelajar dan menjadikan tugasannya tidak menepati kehendak soalan. Topik atau soalan yang dikemukakan oleh bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Pelajar yang sederhana sepatutnya dapat menjawab soalan pada aras mudah dan sederhana sukar. Manakala pelajar-pelajar dari kelas yang pandai dapat menunjukkan kecerdasannya dengan menjawab soalan yang mudah, sederhana dan sukar. Soalan yang dibina sepatutnya memberi peluang kepada pelajar yang pintar untuk menjawab dengan lebih mendalam. Di samping itu, sesuatu topik yang sukar hanya dapat mengasingkan pelajar yang cemerlang daripada pelajar yang lain. Guru sejarah hendaklah berhati-hati dan teliti dalam membina soalan yang berkaitan dengan topik atau tajuk-tajuk yang melibatkan isu politik, ras, agama, kebudayaan atau sebagainya yang sensitif (Harzi Jamil,
  • 14. 2003). Penggunaan perkataan yang sesuai dan tidak menyinggung perasaan mana- mana pihak atau kumpulan tertentu perlulah diberikan perhatian sewajarnya oleh guru agar soalan yang dibina tidak menunjukkan bias tertentu seperti bias budaya, agama, kaum dan sebagainya. Ini akan menunjukkan guru bersifat objektif dalam proses pembinaan item penilaiannya dan dapat mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul. Soalan yang akhir sekali paling sesuai adalah melalui kaedah lisan. Guru sejarah juga boleh menggunakan kaedah penilaian lisan bagi menguji pengetahuan dan kemahiran pelajar. Ujian lisan dapat digunakan bagi membuktikan pencapaian pelajar dari segi mengemukakan pendapat dan mempertahankan hujah dan menguji kebolehan daripada segi sebutan dan kelancaran bertutur (Mohd Salleh Lebar,1996). Perkara yang dikemukakan perlu didengar dengan teliti, memproses apa yang didengar dan menyampaikan maklumat, idea dan perasaan dengan secara verbal. Guru boleh menggunakan gambar, petikan, rakaman perbualan, tayangan video sebagai agen stimulus. Dalam melaksanakan ujian atau penilaian berbentuk lisan, perkara-perkara berikut perlu diberikan pertimbangan iaitu tujuan ujian, perkara atau konstruksi yang hendak diukur, menepati tajuk, penggunaan laras bahasa yang sesuai, soalan yang jelas dan fokus, elakkan soalan yang memerlukan pelajar mengemukakan soalan semula dan sediakan skema permarkahan. 4.0 Kesimpulan Daripada apa yang telah dibincangkan diatas, dapat disimpulkan bahawa, proses penilaian yang dilakukan dalam bilik darjah harus melalui satu tahap ke tahap yang lain. Dalam erti kata yang lainnya, proses secara tersusun dan sistematik dititikberatkan agar penilaian yang dilakukan dapat mencapai objektifnya. Kegagalan memahami proses ini akan mengakibatkan terganggunya kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru. Hal ini kerana proses penilaian merupakan salah satu daripada kompenen penting semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, keberkesanan proses ini juga berganung kepada kebijaksanaan guru menyesuaikan proses yang berlaku dengan keadaan semasa pelajar dan bilik darjah. Guru mata pelajaran Sejarah khususnya harus mempunyai kemahiran yang baik untuk
  • 15. melihat perhubungan antara proses pengajaran, maklumat yang disampaikan, kaedah pengajaran, bahan yang digunakan dengan tindak balas dan reaksi pelajar terhadap perkara-perkara tersebut.