Cerita ini mengisahkan Hawa yang enggan mengikuti suaminya, Adam pulang ke Malaysia walaupun sudah lapan tahun menunggu anak. Hawa ingin terus mempertahankan perusahaan warisan keluarga di Amerika Syarikat. Namun, janin dalam kandungannya berdialog dengan Hawa untuk mengikuti Adam pulang ke tanah air. Akhirnya Hawa menerima nasihat anaknya dan memutuskan untuk pulang bersama Adam ke Malaysia.
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Tanggar amanat
1.
2. PENDAHULUAN
• Cerpen ini mengisahkan seorang wanita bernama Hawa yang bakal menjadi seorang ibu. Dia amat
menyayangi kandungannya yang berusia empat bulan. Zuriat itu telah dinantikan hampir empat lapan
tahun. Hawa menghadapi konflik sama ada mahu pulang ke tanah air atau terus berada di
Yellowstone, Amerika untuk mempertahankan empayar perniagaan Ahmad Abdullah. Adam,
suaminya mahu pulang ke tanah air. Mereka harus pulang untuk memulakan sesuatu yang baharu.
Bagaimanapun, Hawa tetap mempertahankan hasratnya untuk terus berada di Amerika. Akhirnya,
anak dalam kandungannya telah bertindak sebagai suara hati nurani untuk mengajak ibunya melihat
secara mendalam akan rasional keputusan yang dibuatnya. Melalui dialog, janinnya Berjaya
menyedarkan Hawa bahawa dia tidak perlu bersekongkol dengan Amerika kerana keuntungan
perniagaan tersebut secara tidak langsung membiayai musuh Islam. Akhirnya, Hawa membuat
keputusan untuk pulang ke tanah air bersama-sama suaminya, Adam.
3. TEMA
Semangat untuk meneruskan warisan keluarga
Semangat untuk meneruskan warisan keluarga.
Hawa enggan mengikut suaminya, Adam pulang ke tanah air kerana dia ingin terus
mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah di
Yellowstone, Amerika yang merupakankawasan lingkaran gunung berapi.
4. PERSOALAN
• Kegigihan mencari rezeki di negara orang
Adam dan Hawa gigih mencari rezeki di Yellowstone dengan meneruskan perusahaan warisan
keluarga Ahmad Abdullah
• Semangat patriotik untuk kembali ke tanah air
Adam mengajak Hawa supaya pulang ke Malaysia untuk memulakan sesuatu yang bahru di tanah
air sendiri
• Anak merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai
Hawa berhalusinasi dengan janin dalam kandungannya sehingga mengubah pendiriannya untuk
mengikut suaminya pulang ke Malaysia
• Tanggungjawab isteri terhadap suami
Hawa mengambil keputusan unuk mengikut suaminya, Adam pulang ke Malaysia
5. PERSOALAN
• Perbezaan cara hidup di tempat orang
Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri menyebabkan Adam
ingin pulang ke Malaysia
• Ketaqwaan iaitu kepercayaan kepada Allah
Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah dan dia perlu redha dengan takdir
yang ditentukan
• Kasih sayang terhadap anak
Walaupun belum dilahirkan, Hawa menyayangi janin yang dikandungnya setelah menunggu
hamper lapan tahun
6. WATAK DAN PERWATAKAN
HAWA
• Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
• Seorang yang penyayang.
Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam
• Seorang yang setia dengan hubungan keluarga.
Amat menyayangi Adam suaminya
• Seorang yang penakut.
Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia
• Isteri kepada Adam
7. WATAK SAMPINGAN
ADAM
• Suami Hawa
• Seorang yang penyabar.
Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali
ke Malaysia
• Mempunyai sifat patriotik yang tinggi.
Ingin kembali dan menetap di Malaysia
JANIN
• Generasi ke-8 Ahmad Abdullah
• Mempunyai keberanian yang tinggi untuk
menyatakan pendiriannya.
• Berani memberi pandangan terhadap ibunya
supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia
• Ikhlas memberi pandangan
• Dia ikhlas memberi pandangan kepada ibunya
• Mempunyai semangat patriotic terhadap
tanah tumpah darah ayahnya, Adam.
8. LATAR
LATAR MASA
• Lapan tahu menunggu zuriat
• Generasi kelapan Ahmad Abdullah
LATAR TEMPAT
• Yellowstone
• Devils Tower
• Canyon Village
9. LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan
Hawa menyayangi janinnya
• Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga
Hawa yang berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya
• Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan
Perusahaan Taman Nasional Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan
• Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan
Janin yang mendengar degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan
10. GAYA BAHASA
KATA
GANDA
METAFORA HIPERBOLA PERSONAFIKASI KATA
PINJAMAN
Tiba-tiba Perut bumi Kita akan
terpelanting, lebur
berkecai, entah ke
mana
Kita kembangkan
saya p warisan ke
tempat lain
Bahasa Arab
(Kun Fayakun)
11. NILAI
• Kegigihan
-Hawa dan suaminya gigih meneruskan perniagaan warisan keluarga di tempat orang
• Kasih sayang
-Hawa sangat menyayangi janin dalam kandungannya setelah menunggu selama lapan tahun untuk memperoleh zuriat.
• Tanggungjawab
-Hawa melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri apabila mengambil keputusan mengikut suaminya pulang ke Malaysia
• Ketaqwaan
-Hawa percaya bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi dan dia redha
• Patriotik
-Adam ingin pulang ke tanah air untuk memulakan kehidupan yang baharu setelah lama berkelana di tempat orang
• Prihatin
-Janin dalam kandungan Hawa semangat prihatin dengan kegelisahan ibunya sehingga berdialog dengan ibunya untuk mengurangkan
kegelisahan itu
12. PENGAJARAN
• Kita hendaklah mempertahankan hak warisan keluarga
• Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kerana mereka adalah anugerah Allah
• Kita haruslah patuh kepada suami
• Suami hendaklah bersabar dengan karenah isteri
13. PENUTUP
– Berdasarkan cerpen ini saya mendapati bahawa cerita ini banyak berkisarkan tentang semangat
patriotik yang kuat terutamanya pada Adam kerana ingin pulang ke tanah airnya iaitu Malaysia.
– Tidak kurang hebatnya juga , Hawa iaitu isteri kepada Adam tetap tidak mahu mengikuti suaminya
dek kerana ingin mempertahankan warisan Ahmad Abdullah yang telah lama bertapak di
Yellowstone, Amerika Syarikat iaitu tanah kelahirannya.
– Selepas ditinggalkan oleh Adam, Hawa secara tiba-tiba mendengar janinnya berkata-kata kepada
dirinya supaya mengikuti Adam kerana itu sudah menjadi tanggungjawab dirinya sebagai isteri
kepada Adam.
– Akhirnya Hawa mengikuti Adam pulang ke Malaysia setelah mendengar nasihat janinnya dan
memulakan perniagaan yang baharu.