PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
Minit mesyuarat 8
1. MINIT MESYUARAT PROGRAM “UKM AUTISM
AWARENESS FUN RUN 2014”
Tarikh : 28 Mac 2014 (Jumaat )
Masa : 8.00 malam.
Tempat : Surau D, Kolej Tun Syed
Nasir.
Kehadiran :
Mohd Haziq Bin Hasbuddin
Siti Fatimah Binti Kather Hussain
Arika Binti Khairul Azam
Deepa A/P Shanmugam
Thanusha A/P Rangiah
2. AGENDA TINDAKAN
1.0 Penerangan tugas-tugas exco protocol dan program.
Haziq Hasbuddin
2.0 PERKARA PERBINCANGAN:
2.1 : Pertukaran arah laluan selepas perbincangan dengan pihak polis.
- Memerlukan perhatian exco logistic dan sebagainya,
2.2 : Penyediaan buku program.
- Buku Program pada hari kejadian memerlukan perhatian dari exco protocol dan
program. Penyediaan buku program dicadangkan untuk disiapkan dalam bentuk buku
kulit keras. Gambar-gambar Majlis Tertinggi, Exco- exco yang terlibat dan pendahuluan.
Buku Program harus disiapkan dengan kerjasama dari pihak exco Multimedia kerana
memerlukan edit.
2.3 : Pengisian semasa program.
Exco Program dan Protokol bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran setiap
program. Sekiranya ada slot yang kosong, Exco program perlu mengisi kekosongan
tersebut dengan apa-apa aktiviti.
2.4 : Pembahagian tugas.
Setiap ahli exco program dan protocol telah diberikan pembahagiaan tugas untuk
menguruskan Usher dan Flower Girl semasa hari tersebut.
Exco Program Dan
Protokol.
3.0 Perkara-perkara Berbangkit:
- Penukaran pelan track larian dari pelan asal.
- Memerlukan kebenaran dari Pihak Kelab Golf untuk menggunakan jalan di
dalam kawasan mereka.
- Rehearsal program akan diadakan pada hari Sabtu 5 April 2014.
Makluman
3. 4.0 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 malam. Makluman
Disediakan oleh:
SITI FATIMAH BINTI KATHER HUSSAIN
Setiausaha Exco Program dan Protokol,
Program UKM Autisme Awareness Fun Run 2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disahkan oleh:
DR. NOOR AKMAL SHAREELA BINTI ISMAIL DR. NURUL IZZATI BINTI HASSAN
Penyelia Penyelia
Program UKM Autisme Awareness Fun Run 2014, Program UKM Autisme Awareness Fun Run 2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia