SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Wani6300@gmail.com
1
ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam sesuatu ayat.
Sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ‘Sun’ yang bererti ´dengan´ dan
tattein yang bererti ‘menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok
kata atau ayat´. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda
dan syntax dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis
ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau
konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164),
sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan
kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
2.0 TUJUAN
2.1 Menganalisis binaan dan jenis ayat.
2.2 Membuat perbandingan dalam binaan ayat dalam jenis ayat dari segi subjenis
masing-masing.
Wani6300@gmail.com
2
3.0 BIDANG
Kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis iaitu jenis binaan dan jenis ayat dan
subjenis masing-masing. Jenis teks yang dipilih merupakan tema sosial dan isu terkini
mengenai pergaulan bebas dalam kalangan remaja.
4.0 BAHAN
Bahan yang diambil bertajuk “Budaya Rave Cemar Minda Muda Mudi” yang
diketengahkan oleh Ali Rustam Kassim dan bahan ini ditulis pada 03.03.2014. Bahan
ini diperolehi daripada Http://Www.Sinarharian.Com.My/Budaya-Rave-Cemar-
Minda-Muda-Mudi-1.261512. Tumpuan dan sasaran bahan ini ialah kepada pembaca
yang tahu berbahasa Melayu dan khususnya kepada pembaca yang ingin mendalami
isu semasa yang berlaku di Malaysia.
5.0 KAEDAH
Kajian ini bersandarkan kepada kaedah kuantitatif yang melibatkan analisis bilangan
unsur dan peratusan. Bahan diperolehi daripada Sinar Harian Online. Setiap ayat
daripada teks ini akan dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1 dan teks penuh akan
dilampirkan pada Lampiran 2. Analisis melibatkan empat jadual iaitu jadual analisis
keseluruhan Jadual Ayat Tunggal, Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal, Analisis Ayat
Tunggal, Analisis Ayat Majmuk dan Analisis Jenis Ayat. Setiap perincian jenis, sub-
jenis dan peratusan akan dilakukan.
Wani6300@gmail.com
3
6.0 KONSEP
6.1 Ayat
Ayat merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa
Melayu. Ayat juga mempunyai susunan yang mempunyai hujung dan pangkal
ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan
kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Sementara itu, ayat tidak
semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya
dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami dan mestilah mempunyai
subjek dan predikat.
6.2 Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa. daripada ayat dasar, akan melahirkan ayat
terbitan pula. Ayat ini menjadi asas kepada kepada kata terbitan yang tidak
terbilang banyaknya dalam disiplin bahasa. Dalam disiplin bahasa Melayu,
semua ayat yang panjang mahupun pendek, ayat majmuk, ayat tunggal, ayat
songsang mahupun ayat biasa semestinya dapat dikembalikan dalam bentuk
dasar. Ayat ini juga dikenali juga dikenali sebagai ayat mudah dan ayat inti.
6.3 Ayat Tunggal
Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi 1 subjek dan satu predikat.
Wani6300@gmail.com
4
6.4 Jenis Ayat
a) Jenis Ayat Penyata
Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
b) Jenis Ayat Tanya
Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara,
tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
c) Jenis Ayat Perintah
Bertujuan untuk menimbulkan tindak balas daripada orang kedua.Umumnya
tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan dan
permintaan. Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat
perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta,
tolongdan sebagainya. Ayat perintah terbahagi kepada:
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
d) Jenis Ayat Seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan,
dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda
seru (!).
Wani6300@gmail.com
5
7.0 ANALISIS
Isu yang diketengahkan oleh Ali Rustam Kassim merupakan isu terkini yang baru
melanda kepada anak muda di negara kita. Pengkaji urut membuat analisis bagi setiap
ayat yang terdapat didalam teks. Skop analisis kajian melibatkan Ayat Tunggal, Ayat
Majmuk dan Jenis Ayat. Hasil dapatan telah dilampirkan pada Lampiran 1 termasuk
peratusannya.
Analisis pertama yang dikaji ialah Ayat Tunggal. Terdapat 4 sub dalam Ayat Tunggal
iaitu Ayat Tunggal FN+FN, Ayat Tunggal FN+FK, Ayat Tunggal FN+FA dan Ayat
Tunggal FN+FS. Dapatan kajian menunjukkan hanya terdapat satu jenis Ayat
Tunggal iaitu sebanyak 2.3 peratus sahaja. Perkara ini jelas menunjukkan pengarang
jarang menggunakan Ayat Tunggal dalam penulisan beliau. Contoh penggunaan Ayat
Tunggal ialah:
Bil Ayat
11 Dilengkapi dengan MDMA, Syurga Kelab Ibiza menjadi tumpuan.
Wani6300@gmail.com
6
Analisis kedua merujuk kepada penggunaan Ayat Majmuk. Skop yang dikaji ialah Ayat
Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan Relatif, Ayat Majmuk Pancangan Komplemen,
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan dan Ayat Majmuk Campuran. Analisis mendapati
penulis menggunakan Ayat Majmuk Gabungan sebanyak 11 ayat (25%), Ayat Majmuk
Pancangan Relatif sebanyak 1 ayat (2.3%), Ayat Majmuk Pancangan Keterangan sebanyak 5
ayat (11.5%). Selain itu, sebanyak 22 ayat atau 50% penggunaan Ayat Majmuk Campuran
didalam teks yang dikaji. Dibawah merupakan contoh Ayat Majmuk Gabungan:
Bil. Ayat
4 Ramai akan berkata, Malaysia harus menidakkan pandangan saya ini, tetapi dalam
proses asimilasi dengan budaya dunia dan cyber nyata di Amerika Syarikat (AS);
ciri-ciri adab diberi perhatian.
6 Dadah dan muzik berkembang bersama-sama selama beberapa tahun.
24 Orang yang menghadiri parti sambutan hangat biasanya mengambil kuantiti besar
alkohol dan dadah.
25 Garis pemisah di antara konsert, parti dan konsert rave sering kabur.
26 Tetapi jika anda bertanya kepada mereka yang pernah menghadirinya pasti akan
mendapat penerangan yang agak konsisten.
29 Dadah yang dijumpai termasuk ganja, asid, GHB, ketamin, cendawan dan yang
paling popular, Ecstasy, atau X.
34 Dadah membuat muzik lebih baik dan begitu juga sebaliknya.
40 Muzik budaya DJ juga berteraskan arak, dadah dan pil mengkhayalkan.
37 Festival Future Music Asia March 2014 menyaksikan peristiwa yang meragut nyawa
penonton yang didapati mengalami “overdose” arak dan dadah “rekreasi”.
Wani6300@gmail.com
7
Selain itu, terdapat 5 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan iaitu:
Bil. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
5 Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan
rave, haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya.
11 Dilengkapi dengan MDMA, Syurga Kelab Ibiza menjadi tumpuan.
14 Elemen penuh kerahsiaan parti memberikannya status “underground” dalam
kalangan pengunjung konsert.
22 'Kejutan budaya' adalah istilah paling sesuai untuk menggambarkan parti
sebiasanya berlangsung selama 5 hingga 10 jam atau lebih lama lagi.
42 Tambah pula lagi dengan menggalakkan amalan minuman keras sambil
berhibur di medan awam yang terbuka.
Didapati sebanyak 22 ayat atau 50% penggunaan Ayat Majmuk Campuran terdapat
didalam teks yang dikaji. Contoh penggunaan Ayat Majmuk Campuran ialah:
Bil. Ayat Majmuk Campuran
1 Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda mudi
masa kini, saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya konsert parti “rave”
berkonsepkan konsert terbuka dengan persembahan utama ialah DJ
memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil di selang seli dengan persembahan
artis yang melibatkan budaya muzik house dan techno yang membawa budaya
arak, dadah dan pergaulan bebas.
2 Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan
kepada jenama minuman keras?
7 Selain daripada muzik electronica-berkhayal dan menari tanpa batas, konsert
rave dan EDM biasanya dikaitkan dengan pesta Asid House di mana
pengunjung mengambil dadah Psychedelic semi-sintetik dipanggil asid
Lysergic diethylamide, biasanya dirujuk sebagai Asid.
8 Menjelang musim panas tahun 1985, kerajaan AS mengklasifikasikan dadah
MDMA sebagai barangan Kawalan Bahan- Jadual 1 yakni bahan yang
Wani6300@gmail.com
8
berpotensi tinggi untuk penyalahgunaan….Dadah yang mulanya digelar Adam
kini bertukar menjadi Ecstasy.
9 Menjelang lewat 80-an, istilah "rave"- yang berasal dari Perancis,
menunjukkan tanda-tanda kecelaruan dan Ecstasy menyemarakkan satu
budaya dadah dan muzik.
12 Party rave bermula secara eksklusif anjuran kelab-kelab Eropah pada 1980-an
dan selalunya secara bersembunyi, lewat malam ke hening pagi bagi
memastikan gangguan minimum daripada pegawai undang-undang.
13 Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal
dengan rapi yang mana hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan
diberitahu hanya beberapa jam sebelum bermula bagi melindungi daripada
kehadiran pelawat yang tidak diingini.
15 Selepas itu, satu budaya baru rave muzik menular apabila remaja mula
meminati muzik rave dan acara yang sebelum ini beroperasi secara
underground mendapat perhatian penaja besar lalu konsert rave
dikomersialkan secara meluas.
16 Dari 2008 dan 2011 muzik techno dan EDM berjaya menjadi sebuah trend
muzik baru kegilaan remaja dengan DJ mendapat sambutan dan status
sehangat artis pop dan rock.
17 Ia benar-benar menjadi kegilaan para penggemar muzik di antara akhir tahun
2010 dan awal tahun 2011 apabila konsert rave berubah wajah menjadi
Festival.
19 Kegunaan secara meluas dadah designer, lokasi persembahan yang kecil dan
kelam, bilik “chill” yang mana remaja boleh menenangkan kehangatan
berpesta tetapi selalunya disalahgunakan untuk perbuatan seks rambang.
20 Pemilik kelab dan penganjur di negara barat tampil untuk menggalakkan
penggunaan ubat-ubatan - terutamanya MDMA.
21 Mereka menyediakan air botol dan minuman sukan untuk menguruskan
hyperthermia dan dehidrasi; termasuk puting untuk mengelakkan gigi
terkancing dan inhaler hidung menthol, lampu kimia, dan kayu neon cahaya
untuk meningkatkan kesan mengambil MDMA.
Wani6300@gmail.com
9
27 Menurut dari mereka yang hadir , pengalaman termasuk merasai rangsangan
cahaya yang berkelip dengan degupan rentak tekno muzik elektronik , DJ dan
dadah.
28 Jumlah dadah tidak sentiasa dikenali , tetapi menjadi suatu fakta ciri konsert
parti Rave yang ianya satu pra syarat untuk pengalaman yang amat
merangsang secara maksima.
30 Ada yang jenis hallucinogenics , seperti ketamin dan Ecstasy yang kesan ini
dipertingkatkan dengan lampu berkelip.
31 Walaupun ramai peserta yang tidak mengambil dadah atau arak ,tetapi konsert
rave bagi mereka membawa kepada aspek kerohanian berpaksikan dadah dan
muzik.
35 Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi
oleh arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti
menimbulkan rangsangan sesama mereka.
39 Apakah kerana hiburan ianya dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan
lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama
yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?
41 Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni
tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi
kebenaran untuk di anjurkan di khalayak umum?
44 Inginkah pihak yang meluluskan konsert terbuka ini menjadi pencetus budaya
tidak sihat dalam kalangan muda-mudi generasi 1 Malaysia yang akan datang?
Wani6300@gmail.com
10
Analisis Jenis Ayat (JA) yang meliputi Jenis Ayat Penyata, Jenis Ayat Tanya, Jenis Ayat
Perintah dan Jenis Ayat Seruan. Didapati bahawa, sebanyak 29 ayat menggunakan Jenis Ayat
Penyata. Penulis tidak menggunakan sebarang Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan.
Contoh Jenis Ayat yang menggunakan Ayat Penyata ialah:
Bil Ayat Penyata
1 Sebenarnya sejak zaman kegemilangan Plato hingga pengkritik Anthony
Giddens, sastera adalah lambang kekuatan keilmuan sesebuah bangsa.
2 Sastera sentiasa berkembang sejajar dengan zaman malah tidak memusuhi
kemajuan dan permodenan.
3 Pada masa yang sama sastera terus menjadi pengisi pemikiran masyarakatnya.
4 Sekiranya diperhalusi lagi, salah satu genre dalam sastera iaitu puisi dalam
konteks kontemporari telah berkembang sejajar dengan penemuan kerangka
ilmu-ilmu sosial ataupun kebudayaan yang baharu.
5 Gagasan daripada aktiviti-aktiviti kesusasteraan kotemporari turut
mempengaruhi pemikiran para ilmuwan, aspek stilistik dalam sastera untuk
menemukan format ideal persembahan karya.
6 Begitu juga dalam konteks sastera Melayu, genre puisi merupakan warisan teras
hati budi orang Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur.
7 Pengaruh daripada puisi tradisional seperti nazam, seloka, syair dan gurindam
menggabungkan antara estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta
kesantunan orang Melayu.
8 Pengertian paling mudah ialah budi mewakili perasaan, kesedaran, keyakinan
dan dorongan manakala budi pula ialah akal atau daya fikir yang memahami
untuk memahami sesuatu.
9 Sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal.
10 Ketinggian nilai cerapan terhadap unsur-unsur tersebut membolehkan karya-
karya sastera Melayu tradisional mempunyai falsafah serta keupayaan akal budi
yang memukau.
Wani6300@gmail.com
11
11 Acara ‘Kata Suara: Puisi Suara Alternatif Dunia’ yang dianjurkan oleh RA Fine
Arts di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur minggu lalu membuktikan puisi sebagai
suara penyair melontarkan pemikiran dan sudut pandangan kritis terhadap isu
sosial, budaya dan politik dunia.
12 Acara yang dianjurkan sempena Hari Puisi Dunia itu menemukan seniman
daripada pelbagai bidang; penyair, pelukis, pemuzik dan penyanyi lagu-lagu
puisi.
13 Walaupun acara berteraskan puisi ini kecil dan sederhana tetapi yang
membanggakan apabila mendapat sokongan daripada penyair dan sasterawan
mapan yang menunjangi kesusasteraan Melayu negara ini.
14 Acara yang sederhana tanpa disuntik elemen spektakular seperti konsert hiburan
tetapi tetap memagut perhatian. Ini adalah acara ilmu yang digerakkan secara
santai tetapi bukan untuk bersantai-santai.
15 Walaupun tidak ada artis popular seperti sesetengah acara deklamasi puisi, acara
petang Sabtu itu memberikan suatu yang menarik, puisi-puisi yang
dideklamasikan juga keluar jauh daripada bentuk atau pun gaya konvensional.
16 Ini satu acara puisi yang wajar dipuji kerana pemusatannya kepada puisi dan
mengangkat kalangan penyair dan sasterawan yang menyuarakan suara fikir
mereka.
17 Ini cukup terbukti dengan puisi tradisional juga walaupun mengandungi unsur-
unsur imaginatif atau fantasi, namun ia tetap rasional kerana disokong oleh
pengetahuan yang luas penyairnya.
18 Maka boleh disimpulkan bahawa penyair berjaya menemukan satu kaedah dalam
puisi-puisi mereka untuk menyebarkar nilai akar dan budi tanpa mengetepikan
aspek estetika.
19 Sesuai dengan nilai-nilai dalam Islam, keindahan sentiasa berada pada tahap
tertinggi. Pandangan-pandangan itulah yang terus dipegang kukuh dalam puisi-
puisi tradisional Melayu.
20 Keberadaan puisi-puisi Melayu lama sesunggunya sesuatu yang unik. Ia sama
sekali berbeza dengan mana-mana karya klasik di seluruh dunia.
21 Bagi pengarah R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah, puisi bukan sahaja
menyajikan persembahan yang baik malah mempunyai nasihat dan pengisian
yang bermakna terutamanya luahan oleh penyairnya.
Wani6300@gmail.com
12
22 Beliau percaya bahawa setiap penyair mempunyai pemikiran dan suara-suara ini
mempunyai maknanya yang besar.
25 Beliau berharap semua pihak melihat dan mendengar sisi karya sastera
terutamanya puisi ini kerana ia bukan sahaja sebagai penyambung warisan kita
namun ada sesuatu yang ingin diluahkan oleh setiap penyair.
26 Pada acara petang itu, persembahan penyair Rona Sinar cukup menarik perhatian
apabila mendukung anaknya yang kurang upaya menggambarkan perasaan
seorang bapa dalam memperjuangkan perjalanan hidup anaknya.
27 Dalam puisinya, Rona Sinar tidak sesekali menyalahkan takdir namun bersyukur
kerana Tuhan masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menjaga dan
mendidik anak kesayangannya itu.
28 Selain itu tokoh korporat Datuk Johan Jaaffar tidak ketinggalan
mendeklamasikan puisinya memeriahkan acara petang itu.
29 Johan antara generasi seniman di Kuala Lumpur yang dibesarkan oleh kumpulan
Anak Alam bersama beberapa penyair lagi antaranya Siti Zainon Ismail dan
Mustapha Haji Ibrahim.
30 Anggota kumpulan Kopratasa, Sani Sudin menyanyikan lagu puisi. Sebenarnya
Sani Sudin bermula sebagai seorang penyair yang mempopularkan acara
membaca puisi di bawah tiang lampu di Pasar Budaya Kuala Lumpur.
31 Sani adalah seniman jalanan tetapi pemikiran kritisnya membuktikan beliau
banyak belajar daripada alam dan persekitaran.
32 Dalam pada itu, persembahan puisi berbahasa Jawa oleh Dr. Ibrahim Gafar
mempunyai keunikan tersendiri, tambahan pula lengkap berpakaian tradisional
silat Jawa, Ibrahim juga ada pandangannya yang tersendiri.
34 Antara penyair lain yang turut menjayakan acara itu ialah Yassin Salleh, Dr.
Zakaria Ali, Siti Zainon Ismail dan Mustapa Hj. Ibrahim, Siti Raihani Mohd.
Said, Farez Karim, Tan Sei Hon dan Rozan Azen.
Wani6300@gmail.com
13
8.0 PENUTUP
Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati penulis menggunakan satu Ayat
Tunggal FN+FN. Ayat Majmuk yang paling banyak terdapat didalam teks ialah Ayat
Majmuk Campuran (79%) dan penulis tidak memasukkan Ayat Majmuk Pancangan
Komplemen di dalam teks beliau. Rumusan analisis Jenis Ayat pula menunjukkan Ayat
Penyata merupakan ayat yang mendominasi teks dan penulis tidak menggunakan Ayat Tanya,
Ayat Perintah mahupun Ayat Seruan. Kelebihan yang didapati berdasarkan teks yang ditulis
oleh Rasdan Ahmad ialah penulis menggunakan kosa kata Bahasa Melayu yang agak tinggi
dan jarang digunakan seperti kontemporari, stilistik, estetika dan elemen spektakular.
Dicadangkan kajian lanjutan dibuat sama ada dengan menambahkan kepelbagaian genre
penulisan bagi memberikan variasi pada penulisan.
Wani6300@gmail.com
14
9.0 BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis Untuk Guru
dan Pelajar. Bentong: PTS Publications.
Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. PTS Professional.
Maslida Yusof, 2006b. “Struktur Leksikal dalam Sintaksis dan Semantik: Kajian Terhadap
Kata Kerja dan Preposisi Bahasa Melayu”. Tesis PHD. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nik Safiah Karim et al. 1987. Tatabahasa Dewan Jilid I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Karim et. al. 1995. Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu.
Http://Www.Sinarharian.Com.My/Budaya-Rave-Cemar-Minda-Muda-Mudi-1.261512
Ramli Md Salleh et al .1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

Recently uploaded

aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 

Recently uploaded (20)

aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Sistaksis (analisis teks)

  • 1. Wani6300@gmail.com 1 ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum- hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam sesuatu ayat. Sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ‘Sun’ yang bererti ´dengan´ dan tattein yang bererti ‘menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat´. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. 2.0 TUJUAN 2.1 Menganalisis binaan dan jenis ayat. 2.2 Membuat perbandingan dalam binaan ayat dalam jenis ayat dari segi subjenis masing-masing.
  • 2. Wani6300@gmail.com 2 3.0 BIDANG Kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis iaitu jenis binaan dan jenis ayat dan subjenis masing-masing. Jenis teks yang dipilih merupakan tema sosial dan isu terkini mengenai pergaulan bebas dalam kalangan remaja. 4.0 BAHAN Bahan yang diambil bertajuk “Budaya Rave Cemar Minda Muda Mudi” yang diketengahkan oleh Ali Rustam Kassim dan bahan ini ditulis pada 03.03.2014. Bahan ini diperolehi daripada Http://Www.Sinarharian.Com.My/Budaya-Rave-Cemar- Minda-Muda-Mudi-1.261512. Tumpuan dan sasaran bahan ini ialah kepada pembaca yang tahu berbahasa Melayu dan khususnya kepada pembaca yang ingin mendalami isu semasa yang berlaku di Malaysia. 5.0 KAEDAH Kajian ini bersandarkan kepada kaedah kuantitatif yang melibatkan analisis bilangan unsur dan peratusan. Bahan diperolehi daripada Sinar Harian Online. Setiap ayat daripada teks ini akan dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1 dan teks penuh akan dilampirkan pada Lampiran 2. Analisis melibatkan empat jadual iaitu jadual analisis keseluruhan Jadual Ayat Tunggal, Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal, Analisis Ayat Tunggal, Analisis Ayat Majmuk dan Analisis Jenis Ayat. Setiap perincian jenis, sub- jenis dan peratusan akan dilakukan.
  • 3. Wani6300@gmail.com 3 6.0 KONSEP 6.1 Ayat Ayat merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu. Ayat juga mempunyai susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Sementara itu, ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami dan mestilah mempunyai subjek dan predikat. 6.2 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. daripada ayat dasar, akan melahirkan ayat terbitan pula. Ayat ini menjadi asas kepada kepada kata terbitan yang tidak terbilang banyaknya dalam disiplin bahasa. Dalam disiplin bahasa Melayu, semua ayat yang panjang mahupun pendek, ayat majmuk, ayat tunggal, ayat songsang mahupun ayat biasa semestinya dapat dikembalikan dalam bentuk dasar. Ayat ini juga dikenali juga dikenali sebagai ayat mudah dan ayat inti. 6.3 Ayat Tunggal Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi 1 subjek dan satu predikat.
  • 4. Wani6300@gmail.com 4 6.4 Jenis Ayat a) Jenis Ayat Penyata Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan. b) Jenis Ayat Tanya Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. c) Jenis Ayat Perintah Bertujuan untuk menimbulkan tindak balas daripada orang kedua.Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolongdan sebagainya. Ayat perintah terbahagi kepada: a. Ayat Suruhan b.Ayat Permintaan c.Ayat Larangan d.Ayat Silaan d) Jenis Ayat Seruan Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!).
  • 5. Wani6300@gmail.com 5 7.0 ANALISIS Isu yang diketengahkan oleh Ali Rustam Kassim merupakan isu terkini yang baru melanda kepada anak muda di negara kita. Pengkaji urut membuat analisis bagi setiap ayat yang terdapat didalam teks. Skop analisis kajian melibatkan Ayat Tunggal, Ayat Majmuk dan Jenis Ayat. Hasil dapatan telah dilampirkan pada Lampiran 1 termasuk peratusannya. Analisis pertama yang dikaji ialah Ayat Tunggal. Terdapat 4 sub dalam Ayat Tunggal iaitu Ayat Tunggal FN+FN, Ayat Tunggal FN+FK, Ayat Tunggal FN+FA dan Ayat Tunggal FN+FS. Dapatan kajian menunjukkan hanya terdapat satu jenis Ayat Tunggal iaitu sebanyak 2.3 peratus sahaja. Perkara ini jelas menunjukkan pengarang jarang menggunakan Ayat Tunggal dalam penulisan beliau. Contoh penggunaan Ayat Tunggal ialah: Bil Ayat 11 Dilengkapi dengan MDMA, Syurga Kelab Ibiza menjadi tumpuan.
  • 6. Wani6300@gmail.com 6 Analisis kedua merujuk kepada penggunaan Ayat Majmuk. Skop yang dikaji ialah Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan Relatif, Ayat Majmuk Pancangan Komplemen, Ayat Majmuk Pancangan Keterangan dan Ayat Majmuk Campuran. Analisis mendapati penulis menggunakan Ayat Majmuk Gabungan sebanyak 11 ayat (25%), Ayat Majmuk Pancangan Relatif sebanyak 1 ayat (2.3%), Ayat Majmuk Pancangan Keterangan sebanyak 5 ayat (11.5%). Selain itu, sebanyak 22 ayat atau 50% penggunaan Ayat Majmuk Campuran didalam teks yang dikaji. Dibawah merupakan contoh Ayat Majmuk Gabungan: Bil. Ayat 4 Ramai akan berkata, Malaysia harus menidakkan pandangan saya ini, tetapi dalam proses asimilasi dengan budaya dunia dan cyber nyata di Amerika Syarikat (AS); ciri-ciri adab diberi perhatian. 6 Dadah dan muzik berkembang bersama-sama selama beberapa tahun. 24 Orang yang menghadiri parti sambutan hangat biasanya mengambil kuantiti besar alkohol dan dadah. 25 Garis pemisah di antara konsert, parti dan konsert rave sering kabur. 26 Tetapi jika anda bertanya kepada mereka yang pernah menghadirinya pasti akan mendapat penerangan yang agak konsisten. 29 Dadah yang dijumpai termasuk ganja, asid, GHB, ketamin, cendawan dan yang paling popular, Ecstasy, atau X. 34 Dadah membuat muzik lebih baik dan begitu juga sebaliknya. 40 Muzik budaya DJ juga berteraskan arak, dadah dan pil mengkhayalkan. 37 Festival Future Music Asia March 2014 menyaksikan peristiwa yang meragut nyawa penonton yang didapati mengalami “overdose” arak dan dadah “rekreasi”.
  • 7. Wani6300@gmail.com 7 Selain itu, terdapat 5 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan iaitu: Bil. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan 5 Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan rave, haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya. 11 Dilengkapi dengan MDMA, Syurga Kelab Ibiza menjadi tumpuan. 14 Elemen penuh kerahsiaan parti memberikannya status “underground” dalam kalangan pengunjung konsert. 22 'Kejutan budaya' adalah istilah paling sesuai untuk menggambarkan parti sebiasanya berlangsung selama 5 hingga 10 jam atau lebih lama lagi. 42 Tambah pula lagi dengan menggalakkan amalan minuman keras sambil berhibur di medan awam yang terbuka. Didapati sebanyak 22 ayat atau 50% penggunaan Ayat Majmuk Campuran terdapat didalam teks yang dikaji. Contoh penggunaan Ayat Majmuk Campuran ialah: Bil. Ayat Majmuk Campuran 1 Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda mudi masa kini, saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya konsert parti “rave” berkonsepkan konsert terbuka dengan persembahan utama ialah DJ memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil di selang seli dengan persembahan artis yang melibatkan budaya muzik house dan techno yang membawa budaya arak, dadah dan pergaulan bebas. 2 Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras? 7 Selain daripada muzik electronica-berkhayal dan menari tanpa batas, konsert rave dan EDM biasanya dikaitkan dengan pesta Asid House di mana pengunjung mengambil dadah Psychedelic semi-sintetik dipanggil asid Lysergic diethylamide, biasanya dirujuk sebagai Asid. 8 Menjelang musim panas tahun 1985, kerajaan AS mengklasifikasikan dadah MDMA sebagai barangan Kawalan Bahan- Jadual 1 yakni bahan yang
  • 8. Wani6300@gmail.com 8 berpotensi tinggi untuk penyalahgunaan….Dadah yang mulanya digelar Adam kini bertukar menjadi Ecstasy. 9 Menjelang lewat 80-an, istilah "rave"- yang berasal dari Perancis, menunjukkan tanda-tanda kecelaruan dan Ecstasy menyemarakkan satu budaya dadah dan muzik. 12 Party rave bermula secara eksklusif anjuran kelab-kelab Eropah pada 1980-an dan selalunya secara bersembunyi, lewat malam ke hening pagi bagi memastikan gangguan minimum daripada pegawai undang-undang. 13 Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal dengan rapi yang mana hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan diberitahu hanya beberapa jam sebelum bermula bagi melindungi daripada kehadiran pelawat yang tidak diingini. 15 Selepas itu, satu budaya baru rave muzik menular apabila remaja mula meminati muzik rave dan acara yang sebelum ini beroperasi secara underground mendapat perhatian penaja besar lalu konsert rave dikomersialkan secara meluas. 16 Dari 2008 dan 2011 muzik techno dan EDM berjaya menjadi sebuah trend muzik baru kegilaan remaja dengan DJ mendapat sambutan dan status sehangat artis pop dan rock. 17 Ia benar-benar menjadi kegilaan para penggemar muzik di antara akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011 apabila konsert rave berubah wajah menjadi Festival. 19 Kegunaan secara meluas dadah designer, lokasi persembahan yang kecil dan kelam, bilik “chill” yang mana remaja boleh menenangkan kehangatan berpesta tetapi selalunya disalahgunakan untuk perbuatan seks rambang. 20 Pemilik kelab dan penganjur di negara barat tampil untuk menggalakkan penggunaan ubat-ubatan - terutamanya MDMA. 21 Mereka menyediakan air botol dan minuman sukan untuk menguruskan hyperthermia dan dehidrasi; termasuk puting untuk mengelakkan gigi terkancing dan inhaler hidung menthol, lampu kimia, dan kayu neon cahaya untuk meningkatkan kesan mengambil MDMA.
  • 9. Wani6300@gmail.com 9 27 Menurut dari mereka yang hadir , pengalaman termasuk merasai rangsangan cahaya yang berkelip dengan degupan rentak tekno muzik elektronik , DJ dan dadah. 28 Jumlah dadah tidak sentiasa dikenali , tetapi menjadi suatu fakta ciri konsert parti Rave yang ianya satu pra syarat untuk pengalaman yang amat merangsang secara maksima. 30 Ada yang jenis hallucinogenics , seperti ketamin dan Ecstasy yang kesan ini dipertingkatkan dengan lampu berkelip. 31 Walaupun ramai peserta yang tidak mengambil dadah atau arak ,tetapi konsert rave bagi mereka membawa kepada aspek kerohanian berpaksikan dadah dan muzik. 35 Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi oleh arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka. 39 Apakah kerana hiburan ianya dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama yang menentang budaya hidup negatif sedemikian? 41 Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi kebenaran untuk di anjurkan di khalayak umum? 44 Inginkah pihak yang meluluskan konsert terbuka ini menjadi pencetus budaya tidak sihat dalam kalangan muda-mudi generasi 1 Malaysia yang akan datang?
  • 10. Wani6300@gmail.com 10 Analisis Jenis Ayat (JA) yang meliputi Jenis Ayat Penyata, Jenis Ayat Tanya, Jenis Ayat Perintah dan Jenis Ayat Seruan. Didapati bahawa, sebanyak 29 ayat menggunakan Jenis Ayat Penyata. Penulis tidak menggunakan sebarang Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan. Contoh Jenis Ayat yang menggunakan Ayat Penyata ialah: Bil Ayat Penyata 1 Sebenarnya sejak zaman kegemilangan Plato hingga pengkritik Anthony Giddens, sastera adalah lambang kekuatan keilmuan sesebuah bangsa. 2 Sastera sentiasa berkembang sejajar dengan zaman malah tidak memusuhi kemajuan dan permodenan. 3 Pada masa yang sama sastera terus menjadi pengisi pemikiran masyarakatnya. 4 Sekiranya diperhalusi lagi, salah satu genre dalam sastera iaitu puisi dalam konteks kontemporari telah berkembang sejajar dengan penemuan kerangka ilmu-ilmu sosial ataupun kebudayaan yang baharu. 5 Gagasan daripada aktiviti-aktiviti kesusasteraan kotemporari turut mempengaruhi pemikiran para ilmuwan, aspek stilistik dalam sastera untuk menemukan format ideal persembahan karya. 6 Begitu juga dalam konteks sastera Melayu, genre puisi merupakan warisan teras hati budi orang Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. 7 Pengaruh daripada puisi tradisional seperti nazam, seloka, syair dan gurindam menggabungkan antara estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu. 8 Pengertian paling mudah ialah budi mewakili perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan manakala budi pula ialah akal atau daya fikir yang memahami untuk memahami sesuatu. 9 Sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal. 10 Ketinggian nilai cerapan terhadap unsur-unsur tersebut membolehkan karya- karya sastera Melayu tradisional mempunyai falsafah serta keupayaan akal budi yang memukau.
  • 11. Wani6300@gmail.com 11 11 Acara ‘Kata Suara: Puisi Suara Alternatif Dunia’ yang dianjurkan oleh RA Fine Arts di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur minggu lalu membuktikan puisi sebagai suara penyair melontarkan pemikiran dan sudut pandangan kritis terhadap isu sosial, budaya dan politik dunia. 12 Acara yang dianjurkan sempena Hari Puisi Dunia itu menemukan seniman daripada pelbagai bidang; penyair, pelukis, pemuzik dan penyanyi lagu-lagu puisi. 13 Walaupun acara berteraskan puisi ini kecil dan sederhana tetapi yang membanggakan apabila mendapat sokongan daripada penyair dan sasterawan mapan yang menunjangi kesusasteraan Melayu negara ini. 14 Acara yang sederhana tanpa disuntik elemen spektakular seperti konsert hiburan tetapi tetap memagut perhatian. Ini adalah acara ilmu yang digerakkan secara santai tetapi bukan untuk bersantai-santai. 15 Walaupun tidak ada artis popular seperti sesetengah acara deklamasi puisi, acara petang Sabtu itu memberikan suatu yang menarik, puisi-puisi yang dideklamasikan juga keluar jauh daripada bentuk atau pun gaya konvensional. 16 Ini satu acara puisi yang wajar dipuji kerana pemusatannya kepada puisi dan mengangkat kalangan penyair dan sasterawan yang menyuarakan suara fikir mereka. 17 Ini cukup terbukti dengan puisi tradisional juga walaupun mengandungi unsur- unsur imaginatif atau fantasi, namun ia tetap rasional kerana disokong oleh pengetahuan yang luas penyairnya. 18 Maka boleh disimpulkan bahawa penyair berjaya menemukan satu kaedah dalam puisi-puisi mereka untuk menyebarkar nilai akar dan budi tanpa mengetepikan aspek estetika. 19 Sesuai dengan nilai-nilai dalam Islam, keindahan sentiasa berada pada tahap tertinggi. Pandangan-pandangan itulah yang terus dipegang kukuh dalam puisi- puisi tradisional Melayu. 20 Keberadaan puisi-puisi Melayu lama sesunggunya sesuatu yang unik. Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana karya klasik di seluruh dunia. 21 Bagi pengarah R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah, puisi bukan sahaja menyajikan persembahan yang baik malah mempunyai nasihat dan pengisian yang bermakna terutamanya luahan oleh penyairnya.
  • 12. Wani6300@gmail.com 12 22 Beliau percaya bahawa setiap penyair mempunyai pemikiran dan suara-suara ini mempunyai maknanya yang besar. 25 Beliau berharap semua pihak melihat dan mendengar sisi karya sastera terutamanya puisi ini kerana ia bukan sahaja sebagai penyambung warisan kita namun ada sesuatu yang ingin diluahkan oleh setiap penyair. 26 Pada acara petang itu, persembahan penyair Rona Sinar cukup menarik perhatian apabila mendukung anaknya yang kurang upaya menggambarkan perasaan seorang bapa dalam memperjuangkan perjalanan hidup anaknya. 27 Dalam puisinya, Rona Sinar tidak sesekali menyalahkan takdir namun bersyukur kerana Tuhan masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menjaga dan mendidik anak kesayangannya itu. 28 Selain itu tokoh korporat Datuk Johan Jaaffar tidak ketinggalan mendeklamasikan puisinya memeriahkan acara petang itu. 29 Johan antara generasi seniman di Kuala Lumpur yang dibesarkan oleh kumpulan Anak Alam bersama beberapa penyair lagi antaranya Siti Zainon Ismail dan Mustapha Haji Ibrahim. 30 Anggota kumpulan Kopratasa, Sani Sudin menyanyikan lagu puisi. Sebenarnya Sani Sudin bermula sebagai seorang penyair yang mempopularkan acara membaca puisi di bawah tiang lampu di Pasar Budaya Kuala Lumpur. 31 Sani adalah seniman jalanan tetapi pemikiran kritisnya membuktikan beliau banyak belajar daripada alam dan persekitaran. 32 Dalam pada itu, persembahan puisi berbahasa Jawa oleh Dr. Ibrahim Gafar mempunyai keunikan tersendiri, tambahan pula lengkap berpakaian tradisional silat Jawa, Ibrahim juga ada pandangannya yang tersendiri. 34 Antara penyair lain yang turut menjayakan acara itu ialah Yassin Salleh, Dr. Zakaria Ali, Siti Zainon Ismail dan Mustapa Hj. Ibrahim, Siti Raihani Mohd. Said, Farez Karim, Tan Sei Hon dan Rozan Azen.
  • 13. Wani6300@gmail.com 13 8.0 PENUTUP Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati penulis menggunakan satu Ayat Tunggal FN+FN. Ayat Majmuk yang paling banyak terdapat didalam teks ialah Ayat Majmuk Campuran (79%) dan penulis tidak memasukkan Ayat Majmuk Pancangan Komplemen di dalam teks beliau. Rumusan analisis Jenis Ayat pula menunjukkan Ayat Penyata merupakan ayat yang mendominasi teks dan penulis tidak menggunakan Ayat Tanya, Ayat Perintah mahupun Ayat Seruan. Kelebihan yang didapati berdasarkan teks yang ditulis oleh Rasdan Ahmad ialah penulis menggunakan kosa kata Bahasa Melayu yang agak tinggi dan jarang digunakan seperti kontemporari, stilistik, estetika dan elemen spektakular. Dicadangkan kajian lanjutan dibuat sama ada dengan menambahkan kepelbagaian genre penulisan bagi memberikan variasi pada penulisan.
  • 14. Wani6300@gmail.com 14 9.0 BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan. 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis Untuk Guru dan Pelajar. Bentong: PTS Publications. Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. PTS Professional. Maslida Yusof, 2006b. “Struktur Leksikal dalam Sintaksis dan Semantik: Kajian Terhadap Kata Kerja dan Preposisi Bahasa Melayu”. Tesis PHD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Safiah Karim et al. 1987. Tatabahasa Dewan Jilid I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et. al. 1995. Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu. Http://Www.Sinarharian.Com.My/Budaya-Rave-Cemar-Minda-Muda-Mudi-1.261512 Ramli Md Salleh et al .1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.