SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
MENGESAN KEROSAKAN BEKALAN KUASA
Kandungan:
• Fungsi dan Pengendalian Bekalan Kuasa
• Jenis-jenis Bekalan kuasa
• Pengujian Komponen-komponen Utama Bekalan Kuasa
• Mengesan dan Membaik Pulih Kerosakan Bekalan Kuasa
Fungsi dan Pengendalian Bekalan Kuasa
Pengenalan
Bekalan kuasa sebenarnya bukanlah menjanakan kuasa kepada peralatan
elektrik tetapi hanyalah sekadar penukar (converter) dari bekalan kuasa TNB atau pada
soket di dinding dalam bentuk arus ulangalik kepada beberapa paras voltan arus terus
yang diperlukan oleh peralatan elektronik seperti CPU komputer, pencetak, unit paparan
dan lain-lain.
Dalam sistem komputer, bekalan kuasa merupakan punca utama yang harus
dipastikan semasa mengenalpasti kerosakan pada sistem. Ini kerana kebanyakan
komponen elektronik tidak berfungsi jika nilai bekalan yang tidak mencukupi diberikan.
Jenis-jenis Bekalan kuasa
Bekalan kuasa boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu:
1. Bekalan kuasa jenis linear/pengubah
2. Bekalan kuasa jenis pensuisan
syamsulum@yahoo.com 1
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Bekalan kuasa jenis linear/pengubah
Gambarajah di bawah menunjukkan gambarajah blok bekalan kuasa jenis pengubah:
terdapat 5 bahagian utama iaitu:
• penapis hingar dan fius (noise filter dan fius)
ia merupakan bahagian mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa dari TNB ke
bekalan kuasa komputer. Ia berfungsi untuk menjaga keselamatan bekalan
kuasa dari lebihan voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh
menganggu talian bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer.
Penapis hinggar (noise filter) berfungsi utnuk menapis hinggar pada talian
masukan dan fius pula digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada
komputer sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa.
Penapis hinggar yang biasa digunakan adalah “Metal okside Varistor”(MOV)
• pengubah (transformer)
ia digunakan untuk menaikan dan menurunkan voltan dari TNB. Ia juga
berfungsi sebagai pengasing di antara bekalan dari TNB dengan sistem
komputer. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan jika berlaku
sebarang litar pintas pada sebelah yang lain ( jika berlaku pada gelung sekunder
ia tidak mempengaruhi geluang primer). Keluaran sekundernya adalah masih
lagi arus ulangalik. Bagi pengubah yang menurunkan voltan pada bahagian
syamsulum@yahoo.com 2
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
sekunder berbanding primer dipanggil ‘step down’ dan pengubah yang
menaikkan voltan pada sekunder dipanggil ‘step up’. Bagi transformer yang
sama nilai voltan sekunder dan primer dipanggil ‘isolation transfomer’. Jenis
pengubah yang digunakan dalam bekalan kuasa adalah jenis ‘step down’.
• penerus (rectifier)
ia digunakan untuk menghasilkan bentuk gelombang penuh atau separuh.
Gelombang ini akan digunakan oleh penapis untuk menghasilkan gelombang
arus terus. Biasanya gelombang yang dikeluarkan oleh penerus bekalan kuasa
adalah gelombang penuh. Jenis penerus yang digunakan adalah jenis ‘bridge
rectifier’. Komponen yang digunakan untuk menghasilkan bridge rectifier adalah
4 diod yang disusun.
• penapis (filter)
ia berfungsi menapis gelombang yang dikeluarkan oleh penerus untuk
membentuk gelombang arus terus. Ia biasanya menggunakan komponen seperti
kapasitor dan perintang.
syamsulum@yahoo.com 3
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
• pengatur voltan (regulator)
ia berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa seperti mana yang
dikehendaki. Biasanya bahagian ini menggunakan IC chip yang khas. Ia
dipanggil ‘voltage regulator’ seperti 7815 (+12VDC), 7805 (+5VDC), 7905 (-
5VDC) dan 7915 (-12VDC) dan lain-lain lagi.
Bekalan kuasa Jenis Pensuisan
Gambarajah di bawah menunjukkan litar mudah bekalan kuasa jenis pensuisan
yang mempunyai bahagian-bahagian berikut:
• penapis hinggar dan fius.
ia merupakan bahagian mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa dari TNB ke
bekalan kuasa komputer. Ia berfungsi untuk menjaga keselamtan bekalan kuasa
dari lebihan voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh menganggu talian
bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer. Penapis hinggar
(noise filter) berfungsi utnuk menapis hinggar pada talian masukan dan fius pula
digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada komputer sekiranya
terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa. Penapis hinggar
yang biasa digunakan adalah “Metal okside Varistor”(MOV)
• Voltage double rectifier
Ia adalah bahagian kedua selepas penapis hinggar dan fius. Ia berfungsi untuk
menjanakan masukan voltan arus terus yang tinggi kepada sepasang transistor
syamsulum@yahoo.com 4
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
yang digunakan sebagai pensuisan dengan cara memenggal (chooped) voltan
masukan DC kepada gelombang empat segi. Hasil keluaran ‘voltage double
rectifier’ adalah voltan arus terus yang tinggi (120/240 VDC). Keluaran ini akan
dialirkan kepada masukan ‘power transformer’.
• Pengubah frekuensi tinggi
Ia digunakan untuk mendapat beberapa paras voltan keluaran yang lebih rendah
dan juga sebagai pengasingan daripada masukan DC dari ‘voltage double
rectifier’ yang tinggi. Hasil keluarannya adalah voltan segi empat yang rendah
seperti yang diperlukan oleh komputer.
• Penerus
Ia berfungsi untuk menukar gelombang empat segi dari ‘power transformer’
kepada nilai voltan DC yang biasa. Cara kerjanya sama dengan penerus dalam
bekala kuasa jenis pengubah.
• Litar pensuisan dan kawalan
Ia merupakan bahagian utama dalam bekalan kuasa jenis ini. Fungsinya adalah
untuk mengawal pensuisan sepasang transistor yang disambung pada masukan
‘power transformer’. Kawalan ini akan menentukan gelombang DC empat segi
yang dihasilkan oleh pengubah tersebut. Ia juga untuk mengawal nilai voltan
yang tetap dikeluarkan oleh bekalan kuasa. Cara ia mengawalnya adalah
dengan mendapatkan nilai keluaran pada penerus dan membandingkan nilai
tersebut dengan nilai piawai sekiranya tidak sama, maka ia akan menghantar
isyarat kawalan melalui ‘photo isolator’ kepada ‘ controlled osillator’ supaya
mengawal masa pensuisan bagi transistor-transistor tersebut. Dengan
mengawal masa pensuisan bagi kedua-dua transistor tersebut keluaran dapat
ditetapkan.
• Pengatur voltan
Fungsinya sama dengan bekalan kuasa jenis linear/pengubah
Perbezaan bekalan kuasa jenis pengubah dengan pensuisan.
Berdasarkan perbincangan di atas terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis
bekalan kuasa tersebut. Jadual di bawah menyenaraikan perbezaan tersebut.
Bekalan kuasa jenis pengubah Bekalan kuasa jenis pensuisan
Perubahan beban mempengaruhi
keluaran
Perubahan beban tidak mempengaruhi
keluaran (kerana adanya litar kawalan)
Litar yang senang dan mudah dibaiki Litar yang kompleks dan susah dibaiki
Murah Mahal
Saiz perumah (casing) dan pengubah
(transformer) yang lebih besar dan berat
Saiz perumah dan pengubah yang lebih
kecil dan ringan
Banyak digunakan untuk kegunaan
produk audio (tiada hingar bunyi)
Banyak digunakan bagi produk elektronik
dan perkakasan rumah
Kurang efisyen – 50-60% (tenaga banyak
terbazir sebagai haba pada transformer)
Efesyen – sekitar 85% (penggunaan
frekuensi tinggi – transformer kecil)
syamsulum@yahoo.com 5
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Piawai rekabentuk bekalan kuasa (Form Factor)
‘Form factor’ atau piawai rekabentuk bekalan kuasa merupakan garis panduan yang
perlu dipatuhi oleh pengilang bekalan kuasa sewaktu penghasilannya. Antara piawai
bekalan kuasa yang yang ada adalah seperti:
1. AT (Advance Technology)
2. ATX (Advance Technology Extended)
3. BTX (Balance Technology Extended)
Setiap piawai memiliki perbezaan dari segi:
1. Bentuk fizikal (ukuran saiz dan bentuk perumah bekalan kuasa)
2. Bentuk palam keluaran voltan (palam molex)
3. Voltan keluaran*
4. Kod warna kabel*
*ketara bagi piawai AT kepada ATX sahaja
Bekalan Kuasa AT
Palam P8
Palam P9
Pemasangan kabel kuasa,
untuk kabel P8 dan P9,
kabel warna hitam mesti
bersebelah dengan kabel
hitam.
Bekalan kuasa AT secara umumnya
membekalkan kuasa 5V dan 12V bagi
kegunaan komponen komputer.
Ciri-cirinya ialah ia menggunakan 2
palam (P8 & P9) bagi kegunaan
‘motherboard’, dan menggunakan suis
on/off manual.
Suis kuasa on/off manual
syamsulum@yahoo.com 6
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Bekalan Kuasa ATX
Bekalan kuasa ATX dibangunkan oleh intel
bagi menggantikan format AT dengan
menambahkan;
 Kuasa 3.3V* (3.3V, 5V, dan
12V)
 Palam molex P1 (20 pin)
untuk kegunaan ‘motherboard’.
 Fungsi ‘soft shutdown’
(on/off otomatik) oleh pin 14
 Fungsi semakan kestabilan
kuasa oleh pin 8 (power good)
 Fungsi on otomatik (isyarat
melalui modem/network) oleh pin 9
(standby)
* untuk mengurangkan tugas motherboard yang
sebelum itu turut menukar voltan dari bekalan kuasa
AT kepada voltan lebih kecil bagi kegunaan cipset
komputer.
Bekalan Kuasa BTX
Palam BTX dibangunkan sebagai format
baru untuk menggantikan ATX.
Tidak banyak perubahan yang berlaku
kecuali;
Tambahan 4 pin (12V, 5V, 3.3V, dan
ground) seperti yang ditandakan di dalam
gambar palam molex P1 disebelah,
menjadikan jumlahnya 24 pin.
Tambahan ini adalah bagi membolehkan
bekalan kuasa membekalkan kuasa yang
cukup untuk kegunaan komputer masakini.
Lain-lain Piawai Rekabentuk Bekalan Kuasa
• Setara AT - XT, BabyAT, LPX
• Setara ATX - NLX, SFX
• WTX
syamsulum@yahoo.com 7
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Ringkasan ‘Form Factor’ Bekalan Kuasa
Form
Factor
Typical
Dimensions
(W x D x H,
mm)
Usual
Style(s)
Motherboard
Connectors
Match to Case Form
Factor
Match to
Motherboard
Form Factor
PC/XT 222 x 142 x 120 Desktop AT Style PC/XT PC/XT
AT 213 x 150 x 150
Desktop or
Tower
AT Style AT AT, Baby AT
Baby AT 165 x 150 x 150
Desktop or
Tower
AT Style
Baby AT, AT,
AT/ATX Combo
AT, Baby AT,
AT/ATX Combo
LPX 150 x 140 x 86 Desktop AT Style
LPX, some Baby AT,
AT/ATX Combo
LPX, AT, Baby AT,
AT/ATX Combo
ATX/NLX 150 x 140 x 86
Desktop or
Tower
ATX Style
ATX, Mini-ATX,
Extended ATX, NLX,
microATX, AT/ATX
Combo
ATX, Mini-ATX,
Extended ATX, NLX,
microATX, FlexATX
SFX
100 x 125 x 63.5
*
Desktop or
Tower
ATX Style
microATX, FlexATX,
ATX, Mini-ATX,
NLX
microATX, FlexATX,
ATX, Mini-ATX, NLX
WTX
150 x 230 x 86
(single fan)
224 x 230 x 86
(double fan)
Tower WTX Style WTX WTX
syamsulum@yahoo.com 8
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Palam-palam Keluaran Bekalan Kuasa
Kod Warna Kabel Keluaran Bekalan Kuasa
Secara umumnya, kabel keluaran (output) bekalan kuasa akan ditandakan dengan kod
warna yang piawai. Berikut disenaraikan kod warna beserta voltan atau fungsinya:
Kabel Kuasa (volt) Fungsi Umum
Kuning 12v Kuasa untuk motor dan kipas
Merah 5v Kuasa untuk chipset & CPU (3.3v digunakan oleh CPU,
memori (RAM), slot AGP dan cipset berkuasa rendah)
Oren 3.3v
Hitam Ground / Bumi Untuk ‘bumi’kan arus dan melengkapkan litar
Ungu 5vsb (standby) Kuasa ‘persediaan’ (hidupkan komputer bila ada isyarat
daripada modem atau rangkaian)
Biru -12v Kuasa untuk ‘serial port’
Putih -5v Kuasa untuk ‘ISA slot’ dan ‘floppy controller’
Hijau Ps_on Hidupkan komputer (soft power / suis otomatik)
Kelabu Pwr_ok /
Pwr_good
Uji kestabilan voltan (matikan jika tidak stabil)
syamsulum@yahoo.com 9
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Kuasa Yang Dibekalkan Oleh Bekalan Kuasa
Sebelum memasang bekalan kuasa, ambil kira jumlah
kuasa (disukat dalam unit Watt - W) yang diperlukan
oleh sistem. Secara umumnya, sistem komputer
dengan perkakasan yang paling asas (built-in), tidak
memerlukan kuasa yang tinggi (250W – 300W sudah
mencukupi). Semakin banyak perkakasan tambahan
digunakan, maka bekalan kuasa yang lebih tinggi
kuasanya (lebih 350W) diperlukan.
(Kuasa) P = IV (Arus x Voltan)
Contoh di sebelah (300W)
=[(5x30)+(3.3x14)]*+
[(12x12)+(5x0.3)+(12x1)+(5x0.85)]
*5v & 3.3v guna kuasa maksima 150W sahaja
=[ 150W ]+[ 161.75W ]
=311.75W
Ini adalah kuasa maksima yang mampu
dibekalkan oleh bekalan kuasa tersebut
Berikut disenaraikan keperluan kuasa oleh komponen-komponen komputer:
PC Item Watts
AGP 20 to 30W
PCI 5W
SCSI 20 to 25W
floppy disk drive 5W
network interface card 4W
50X CD-ROM drive 10 to 25W
RAM 10W per 128M
5200 RPM Integrated Drive Electronics (IDE) hard disk drive 5 to 11W
7200 RPM IDE hard disk drive 5 to 15W
Motherboard (without CPU or RAM) 20 to 30W
550 MHz Pentium III 30W
733 MHz Pentium III 23.5W
300 MHz Celeron 18W
600 MHz Athlon 45W
syamsulum@yahoo.com 10
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Langkah-langkah keselamatan semasa membaikpulih bekalan kuasa
1) Biarkan seketika sebelum membaikpulih.
Selepas membuat pengujian, bekalan kuasa hendaklah dibiarkan seketika. Ini
bertujuan untuk membenarkan ia membuangkan cas yang ada pada komponen
bekalan kuasa terutamanya kapasitor. Cas yang ada pada bekalan kuasa
biasanya tinggi dan lambat dinyah caskan.
2) Gunakan julat/skala yang sesuai semasa menguji bekalan kuasa dengan
multimeter. Ini untuk mengelakkan kerosakan pada multimeter. Setkan julat
multimeter yang lebih besar dari nilai yang hendak diukur.
3) Gunakan probe penguji yang tajam dan berpenebat.
Ini untuk mengelakkan berlakunya pintasan kesebelah semasa membuat
pengujian. Ini juga untuk mengelakkan berlakunya penyalahan voltan pada
komponen yang tidak sepatutnya diberikan. Penggunaan probe berpenebat juga
mengelakkan berlaku litar pintas kepada pengguna.
4) Pastikan ada pembantu
Semasa pengujian dan membaikpulih peralatan voltan tinggi terutamanya
bekalan kuasa komputer pastikan ada pembantu yang akan membantu semasa
kecemasan.
5) Bekerja dengan satu tangan sahaja.
Elakkan bekerja menggunakan kedua-dua belah tangan semasa bekalan
diberikan pada alat yang dibaiki. Ini untuk mengelakkan litar pintas pada badan.
Langkah yang terpenting dalam membaikpulih bekalan kuasa adalah memastikan voltan
yang tepat. Walaupun bekalan kuasa komputer tidak tinggi, tetapi untuk keselamatan
pembaiki dan komputer pastikan jika tidak digunakan komputer sila bukakkan plug 3 pin
pada soket dan jika dipasang dan komputer tidak digunakan anggapkan ia ada bekalan.
Pengujian Komponen-komponen Utama Bekalan Kuasa
Kerosakan bekalan kuasa boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu:
• rosak sepenuhnya (complete failure)
• separuh rosak ( intermittent failure)
Kerosakan sepenuhnya perlu dibaiki yang mana ia langsung tiada keluaran, manakala
separuh rosak adalah masalah keluaran yang sekejap ada dan sebaliknya.
Separuh Rosak
Dalam keadaan ini, bekalan kuasa biasanya masih boleh berfungsi dan membekalkan
voltan. Antara tanda-tanda masalah ini wujud adalah; komputer yang yang
dihidupkan (power on) akan tiba-tiba mati selepas beberapa saat. Biasanya ini
berlaku kerana fungsi ‘power ok’ atau ‘power good’ (pin 8) yang mengesan ketidak-
stabilan voltan yang dibekalkan kepada sistem komputer (bekalan kuasa akan
dimatikan sekiranya voltan yang dibekalkan tidak stabil).
Cara termudah melakukan ujian ialah dengan menyukat voltan output dan
membandingkannya dengan kadar yang dibenarkan (sekitar 5%). Lihat gambarajah
di bawah:
syamsulum@yahoo.com 11
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Bacaan yang dibaca seharusnya tidak kurang daripada bacaan minimum dan tidak
lebih daripada bacaan maksimum. Jika sebaliknya, bekalan kuasa tersebut mungkin
sudah rosak dan boleh menggangu fungsi komputer.
syamsulum@yahoo.com 12
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Cara mendapatkan bacaan voltan;
• Hidupkan bekalan kuasa
• Letakkan skala bacaan multimeter pada sukatan DCV (bacaan voltan arus
terus)
• Pilih skala DCV yang sesuai (jika menggunakan multimeter analog)*
• Menggunakan kaedah ‘back probing’ (seperti gambar di bawah), cucuk pin
ujian hitam multimeter kepada palam pin hitam (ground – bumi) dan pin
ujian merah multimeter kepada salah satu pin yang hendak diuji.
• Dapatkan bacaan voltan.
*untuk multimeter analog sahaja. Ubah skala bacaan untuk dapatkan bacaan lebih
tepat (skala 10V untuk menguji voltan dibawah 10V; skala 50V untuk bacaan
melebihi 10V). Ubah kedudukan pin ujian multimeter (pin merah kepada palam
hitam bekalan kuasa & pin hitam kepada palam yang hendak diuji) jika jarum
bacaan bergerak ke arah bertentangan – bacaan negatif.
syamsulum@yahoo.com 13
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Rosak Sepenuhnya
Hal ini berlaku sekiranya bekalan kuasa gagal berfungsi sepenuhnya atau tidak dapat
dihidupkan.
Secara umumnya, ada beberapa komponen yang sering diuji sewaktu proses baikpulih
bekalan kuasa. Antaranya ialah fius, penapis (capacitor), pearuh (inductor), penerus
(diod/rectifier), pengubah (transformer).
Ujian boleh dilakukan menggunakan multimeter melalui ‘ujian keterusan’. Ujian
keterusan adalah bagi menentukan wujudnya sambungan dari satu kaki (input) kepada
satu kaki (output) yang lain bagi komponen yang diuji. Caranya adalah dengan
menyentuhkan pin penguji multimeter kepada salah satu kaki komponen dan satu lagi
pin penguji kepada kaki yang lain menggunakan julat ohm (ujian kerintangan)**.
Setiap komponen elektronik lazimnya mempunyai tahap kerintangan; sama ada besar
ataupun kecil. Nilai kerintangan disukat dengan nilai ohm ( Ω ). Secara teori, jika sesuatu
komponen elektronik itu memberikan bacaan sewaktu diuji, ia sepatutnya berkeadaan
baik (tidak putus). Sebaliknya, jika bacaan yang diperoleh adalah 0 ohm (0Ω), ini
bermakna komponen tersebut mungkin rosak (putus atau terbakar).
** ujian ini dilakukan dalam keadaan bekalan kuasa ‘off’ (mati).
syamsulum@yahoo.com 14
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Mengesan dan Membaik Pulih Kerosakan Bekalan Kuasa
Ada beberapa petanda yang boleh dilihat pada bekalan kuasa yang bermasalah.
Antaranya:
• Sistem tidak dapat dihidupkan
• Sistem ‘restart’ (dimatikan) dengan sendiri ataupun ‘hang’ (tersekat).
• Timbul skrin biru (blue screen of death) ralat memori atau ‘parity check’
• Harddisk atau kipas kerap gagal berfungsi (bekalan 12V bermasalah)
• Renjatan elektrik (kebocoran)
Tanda bekalan kuasa mengalami lebihan beban.
Ada beberapa tanda menunjukkan bekalan kuasa mengalami lebihan beban.
Antaranya adalah seperti dibawah:
• Fius terbakar dan mendakan warna timah dan berpeluh
• Kedengaran bunyi aneh pada bekalan kuasa
• Komponen pada bekalan kuasa menjadi lampau panas
• Keluar asap pada bekalan kuasa
• Berlaku retakan kecil atau bau/bunyi terbakar pada bekalan kuasa
Menganalisa kegagalan fius pada bekalan kuasa
Fius adalah komponen perlindungan kepada bekalan kuasa dan juga komputer dari
rosak yang disebabkan oleh litar pintas, lebihan beban dan sebagainya. Fius yang
terputus perlu ditukar dengan fius yang baru yang mempunyai julat kuasa yang sama
dengan fius asal. Menganalisa kegagalan fius boleh membantu menentukan kerosakan
pada sistem. Di bawah menunjukkan contoh kerosakan hasil analisa kegagalan fius.
Fius jenis kaca cerah (soft fius)
• Titik hitam yang cair – fius lama
• Mendakan warna timah dan berpeluh – lebihan beban
• Terbakar – litar pintas
Pada keadaan biasa ‘soft fius’ akan menunjukkan tanda-tanda terbakar apabila berlaku
litar pintas pada sistem komputer atau bekalan kuasa itu sendiri. Jadi untuk memastikan
litar pintas tersebut berlaku pada komputer atau bekalan kuasa, maka pengenalpastian
yang sesuai adalah perlu, seperti menggunakan bekalan kuasa yang lain pada komputer
asal. Sekiranya masalah yang sama berlaku pada bekalan kuasa yang baru, maka
masalah litar pintas adalah pada komputer; jika sebaliknya maka litar pintas adalah pada
bekalan kuasa itu sendiri.
Berpandukan gambarajah dibawah analisa boleh dibahagi kepada 4 peringkat iaitu:
• Keluaran pengubah (titik A)
• Keluaran penerus (titik B)
• Keluaran penapis (titik C)
• Keluaran pengatur voltan (titik D)
syamsulum@yahoo.com 15
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
Gambarajah di bawah menunjukkan cara asas mengesan litar pintas dalam bekalan
kuasa
240VAC Regulator
Load
C1 C2
B
B
A C D
+ +
_ _
)(
)(
)( )( )(
Putuskan litar pada titik A, berikan bekalan pada bekalan kuasa dan lihat berlaku litar
pintas atau tidak, jika ada maka litar pintas/lebihan beban pada transformer atau
penerus. Kemungkinan pada titik selepas A adalah tidak benar.
Selepas itu putuskan litar pada titik B, berikan bekalan pada bekalan kuasa dan lihat
terdapat lebihan/litar pintas atau tidak, jika ada maka pengubah ada litar pintas, jika
tidak litar pintas pada penerus.
Jika lebihan beban/litar pintas tidak ada selepas ujian pada titik A,maka litar pintas
berlaku pada bahagian selepas titik A, mungkin penapis, pengatur voltan atau beban itu
sendiri.
Sambung balik titik A dan B,putuskan titik C. berikan bekalan pada bekalan kuasa lihat
jika ada lebihan beban berlaku lagi. Jika ada maka litar penapis C1 atau C2 berlaku litar
pintas,jika tidak mungkin pengatur voltan atau beban litar pintas.
Sambung balik titik C dan putuskan titik D dan ulangi dengan memberikan bekalan pada
bekalan kuasa dan lihat jika ada lebihan beban atau tidak. Jika ada maka pengatur
voltan yang berlaku litar pintas, jika tidak maka beban yang litar pintas.
syamsulum@yahoo.com 16
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa
syamsulum@yahoo.com 17

More Related Content

Similar to 17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf

Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrikydry rdya
 
Bekalan kuasa
Bekalan kuasaBekalan kuasa
Bekalan kuasaKEN KEN
 
375793592-Bab-5-RBT-Elektronik.pptx
375793592-Bab-5-RBT-Elektronik.pptx375793592-Bab-5-RBT-Elektronik.pptx
375793592-Bab-5-RBT-Elektronik.pptxMohdTaufek2
 
Servo Encoder
Servo EncoderServo Encoder
Servo Encodermrg timoq
 
5 sistem bekalan elektrik latest
5 sistem bekalan elektrik latest5 sistem bekalan elektrik latest
5 sistem bekalan elektrik latestZurainah MS
 
Esei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuEsei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuSy Asyikin
 
Papan suis utama
Papan suis utamaPapan suis utama
Papan suis utamaEzuan Atok
 
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasaPengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasalinangabi
 
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3NOR ILYANI
 
Pengenalan lukisan 3 Fasa
Pengenalan lukisan 3 FasaPengenalan lukisan 3 Fasa
Pengenalan lukisan 3 FasaZakiSmktl
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfTs Norazah Abdullah
 
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCELOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCEAkilan36
 

Similar to 17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf (20)

Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrik
 
Bekalan kuasa
Bekalan kuasaBekalan kuasa
Bekalan kuasa
 
Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrik
 
375793592-Bab-5-RBT-Elektronik.pptx
375793592-Bab-5-RBT-Elektronik.pptx375793592-Bab-5-RBT-Elektronik.pptx
375793592-Bab-5-RBT-Elektronik.pptx
 
Servo Encoder
Servo EncoderServo Encoder
Servo Encoder
 
5 sistem bekalan elektrik latest
5 sistem bekalan elektrik latest5 sistem bekalan elektrik latest
5 sistem bekalan elektrik latest
 
Maintopik6
Maintopik6Maintopik6
Maintopik6
 
8.4
8.48.4
8.4
 
Esei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik akuEsei rbt elktronik aku
Esei rbt elktronik aku
 
Litar pengguna
Litar penggunaLitar pengguna
Litar pengguna
 
Litar pengguna
Litar penggunaLitar pengguna
Litar pengguna
 
Papan suis utama
Papan suis utamaPapan suis utama
Papan suis utama
 
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasaPengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
 
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
 
Bab 4 litar akhir
Bab 4 litar akhirBab 4 litar akhir
Bab 4 litar akhir
 
Pengenalan lukisan 3 Fasa
Pengenalan lukisan 3 FasaPengenalan lukisan 3 Fasa
Pengenalan lukisan 3 Fasa
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
 
Kawalan utama
Kawalan utamaKawalan utama
Kawalan utama
 
Relay dan contactor
Relay dan contactorRelay dan contactor
Relay dan contactor
 
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCELOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Recently uploaded (12)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf

  • 1. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa MENGESAN KEROSAKAN BEKALAN KUASA Kandungan: • Fungsi dan Pengendalian Bekalan Kuasa • Jenis-jenis Bekalan kuasa • Pengujian Komponen-komponen Utama Bekalan Kuasa • Mengesan dan Membaik Pulih Kerosakan Bekalan Kuasa Fungsi dan Pengendalian Bekalan Kuasa Pengenalan Bekalan kuasa sebenarnya bukanlah menjanakan kuasa kepada peralatan elektrik tetapi hanyalah sekadar penukar (converter) dari bekalan kuasa TNB atau pada soket di dinding dalam bentuk arus ulangalik kepada beberapa paras voltan arus terus yang diperlukan oleh peralatan elektronik seperti CPU komputer, pencetak, unit paparan dan lain-lain. Dalam sistem komputer, bekalan kuasa merupakan punca utama yang harus dipastikan semasa mengenalpasti kerosakan pada sistem. Ini kerana kebanyakan komponen elektronik tidak berfungsi jika nilai bekalan yang tidak mencukupi diberikan. Jenis-jenis Bekalan kuasa Bekalan kuasa boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu: 1. Bekalan kuasa jenis linear/pengubah 2. Bekalan kuasa jenis pensuisan syamsulum@yahoo.com 1
  • 2. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Bekalan kuasa jenis linear/pengubah Gambarajah di bawah menunjukkan gambarajah blok bekalan kuasa jenis pengubah: terdapat 5 bahagian utama iaitu: • penapis hingar dan fius (noise filter dan fius) ia merupakan bahagian mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa dari TNB ke bekalan kuasa komputer. Ia berfungsi untuk menjaga keselamatan bekalan kuasa dari lebihan voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh menganggu talian bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer. Penapis hinggar (noise filter) berfungsi utnuk menapis hinggar pada talian masukan dan fius pula digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada komputer sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa. Penapis hinggar yang biasa digunakan adalah “Metal okside Varistor”(MOV) • pengubah (transformer) ia digunakan untuk menaikan dan menurunkan voltan dari TNB. Ia juga berfungsi sebagai pengasing di antara bekalan dari TNB dengan sistem komputer. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan jika berlaku sebarang litar pintas pada sebelah yang lain ( jika berlaku pada gelung sekunder ia tidak mempengaruhi geluang primer). Keluaran sekundernya adalah masih lagi arus ulangalik. Bagi pengubah yang menurunkan voltan pada bahagian syamsulum@yahoo.com 2
  • 3. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa sekunder berbanding primer dipanggil ‘step down’ dan pengubah yang menaikkan voltan pada sekunder dipanggil ‘step up’. Bagi transformer yang sama nilai voltan sekunder dan primer dipanggil ‘isolation transfomer’. Jenis pengubah yang digunakan dalam bekalan kuasa adalah jenis ‘step down’. • penerus (rectifier) ia digunakan untuk menghasilkan bentuk gelombang penuh atau separuh. Gelombang ini akan digunakan oleh penapis untuk menghasilkan gelombang arus terus. Biasanya gelombang yang dikeluarkan oleh penerus bekalan kuasa adalah gelombang penuh. Jenis penerus yang digunakan adalah jenis ‘bridge rectifier’. Komponen yang digunakan untuk menghasilkan bridge rectifier adalah 4 diod yang disusun. • penapis (filter) ia berfungsi menapis gelombang yang dikeluarkan oleh penerus untuk membentuk gelombang arus terus. Ia biasanya menggunakan komponen seperti kapasitor dan perintang. syamsulum@yahoo.com 3
  • 4. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa • pengatur voltan (regulator) ia berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa seperti mana yang dikehendaki. Biasanya bahagian ini menggunakan IC chip yang khas. Ia dipanggil ‘voltage regulator’ seperti 7815 (+12VDC), 7805 (+5VDC), 7905 (- 5VDC) dan 7915 (-12VDC) dan lain-lain lagi. Bekalan kuasa Jenis Pensuisan Gambarajah di bawah menunjukkan litar mudah bekalan kuasa jenis pensuisan yang mempunyai bahagian-bahagian berikut: • penapis hinggar dan fius. ia merupakan bahagian mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa dari TNB ke bekalan kuasa komputer. Ia berfungsi untuk menjaga keselamtan bekalan kuasa dari lebihan voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh menganggu talian bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer. Penapis hinggar (noise filter) berfungsi utnuk menapis hinggar pada talian masukan dan fius pula digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada komputer sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa. Penapis hinggar yang biasa digunakan adalah “Metal okside Varistor”(MOV) • Voltage double rectifier Ia adalah bahagian kedua selepas penapis hinggar dan fius. Ia berfungsi untuk menjanakan masukan voltan arus terus yang tinggi kepada sepasang transistor syamsulum@yahoo.com 4
  • 5. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa yang digunakan sebagai pensuisan dengan cara memenggal (chooped) voltan masukan DC kepada gelombang empat segi. Hasil keluaran ‘voltage double rectifier’ adalah voltan arus terus yang tinggi (120/240 VDC). Keluaran ini akan dialirkan kepada masukan ‘power transformer’. • Pengubah frekuensi tinggi Ia digunakan untuk mendapat beberapa paras voltan keluaran yang lebih rendah dan juga sebagai pengasingan daripada masukan DC dari ‘voltage double rectifier’ yang tinggi. Hasil keluarannya adalah voltan segi empat yang rendah seperti yang diperlukan oleh komputer. • Penerus Ia berfungsi untuk menukar gelombang empat segi dari ‘power transformer’ kepada nilai voltan DC yang biasa. Cara kerjanya sama dengan penerus dalam bekala kuasa jenis pengubah. • Litar pensuisan dan kawalan Ia merupakan bahagian utama dalam bekalan kuasa jenis ini. Fungsinya adalah untuk mengawal pensuisan sepasang transistor yang disambung pada masukan ‘power transformer’. Kawalan ini akan menentukan gelombang DC empat segi yang dihasilkan oleh pengubah tersebut. Ia juga untuk mengawal nilai voltan yang tetap dikeluarkan oleh bekalan kuasa. Cara ia mengawalnya adalah dengan mendapatkan nilai keluaran pada penerus dan membandingkan nilai tersebut dengan nilai piawai sekiranya tidak sama, maka ia akan menghantar isyarat kawalan melalui ‘photo isolator’ kepada ‘ controlled osillator’ supaya mengawal masa pensuisan bagi transistor-transistor tersebut. Dengan mengawal masa pensuisan bagi kedua-dua transistor tersebut keluaran dapat ditetapkan. • Pengatur voltan Fungsinya sama dengan bekalan kuasa jenis linear/pengubah Perbezaan bekalan kuasa jenis pengubah dengan pensuisan. Berdasarkan perbincangan di atas terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis bekalan kuasa tersebut. Jadual di bawah menyenaraikan perbezaan tersebut. Bekalan kuasa jenis pengubah Bekalan kuasa jenis pensuisan Perubahan beban mempengaruhi keluaran Perubahan beban tidak mempengaruhi keluaran (kerana adanya litar kawalan) Litar yang senang dan mudah dibaiki Litar yang kompleks dan susah dibaiki Murah Mahal Saiz perumah (casing) dan pengubah (transformer) yang lebih besar dan berat Saiz perumah dan pengubah yang lebih kecil dan ringan Banyak digunakan untuk kegunaan produk audio (tiada hingar bunyi) Banyak digunakan bagi produk elektronik dan perkakasan rumah Kurang efisyen – 50-60% (tenaga banyak terbazir sebagai haba pada transformer) Efesyen – sekitar 85% (penggunaan frekuensi tinggi – transformer kecil) syamsulum@yahoo.com 5
  • 6. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Piawai rekabentuk bekalan kuasa (Form Factor) ‘Form factor’ atau piawai rekabentuk bekalan kuasa merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengilang bekalan kuasa sewaktu penghasilannya. Antara piawai bekalan kuasa yang yang ada adalah seperti: 1. AT (Advance Technology) 2. ATX (Advance Technology Extended) 3. BTX (Balance Technology Extended) Setiap piawai memiliki perbezaan dari segi: 1. Bentuk fizikal (ukuran saiz dan bentuk perumah bekalan kuasa) 2. Bentuk palam keluaran voltan (palam molex) 3. Voltan keluaran* 4. Kod warna kabel* *ketara bagi piawai AT kepada ATX sahaja Bekalan Kuasa AT Palam P8 Palam P9 Pemasangan kabel kuasa, untuk kabel P8 dan P9, kabel warna hitam mesti bersebelah dengan kabel hitam. Bekalan kuasa AT secara umumnya membekalkan kuasa 5V dan 12V bagi kegunaan komponen komputer. Ciri-cirinya ialah ia menggunakan 2 palam (P8 & P9) bagi kegunaan ‘motherboard’, dan menggunakan suis on/off manual. Suis kuasa on/off manual syamsulum@yahoo.com 6
  • 7. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Bekalan Kuasa ATX Bekalan kuasa ATX dibangunkan oleh intel bagi menggantikan format AT dengan menambahkan;  Kuasa 3.3V* (3.3V, 5V, dan 12V)  Palam molex P1 (20 pin) untuk kegunaan ‘motherboard’.  Fungsi ‘soft shutdown’ (on/off otomatik) oleh pin 14  Fungsi semakan kestabilan kuasa oleh pin 8 (power good)  Fungsi on otomatik (isyarat melalui modem/network) oleh pin 9 (standby) * untuk mengurangkan tugas motherboard yang sebelum itu turut menukar voltan dari bekalan kuasa AT kepada voltan lebih kecil bagi kegunaan cipset komputer. Bekalan Kuasa BTX Palam BTX dibangunkan sebagai format baru untuk menggantikan ATX. Tidak banyak perubahan yang berlaku kecuali; Tambahan 4 pin (12V, 5V, 3.3V, dan ground) seperti yang ditandakan di dalam gambar palam molex P1 disebelah, menjadikan jumlahnya 24 pin. Tambahan ini adalah bagi membolehkan bekalan kuasa membekalkan kuasa yang cukup untuk kegunaan komputer masakini. Lain-lain Piawai Rekabentuk Bekalan Kuasa • Setara AT - XT, BabyAT, LPX • Setara ATX - NLX, SFX • WTX syamsulum@yahoo.com 7
  • 8. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Ringkasan ‘Form Factor’ Bekalan Kuasa Form Factor Typical Dimensions (W x D x H, mm) Usual Style(s) Motherboard Connectors Match to Case Form Factor Match to Motherboard Form Factor PC/XT 222 x 142 x 120 Desktop AT Style PC/XT PC/XT AT 213 x 150 x 150 Desktop or Tower AT Style AT AT, Baby AT Baby AT 165 x 150 x 150 Desktop or Tower AT Style Baby AT, AT, AT/ATX Combo AT, Baby AT, AT/ATX Combo LPX 150 x 140 x 86 Desktop AT Style LPX, some Baby AT, AT/ATX Combo LPX, AT, Baby AT, AT/ATX Combo ATX/NLX 150 x 140 x 86 Desktop or Tower ATX Style ATX, Mini-ATX, Extended ATX, NLX, microATX, AT/ATX Combo ATX, Mini-ATX, Extended ATX, NLX, microATX, FlexATX SFX 100 x 125 x 63.5 * Desktop or Tower ATX Style microATX, FlexATX, ATX, Mini-ATX, NLX microATX, FlexATX, ATX, Mini-ATX, NLX WTX 150 x 230 x 86 (single fan) 224 x 230 x 86 (double fan) Tower WTX Style WTX WTX syamsulum@yahoo.com 8
  • 9. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Palam-palam Keluaran Bekalan Kuasa Kod Warna Kabel Keluaran Bekalan Kuasa Secara umumnya, kabel keluaran (output) bekalan kuasa akan ditandakan dengan kod warna yang piawai. Berikut disenaraikan kod warna beserta voltan atau fungsinya: Kabel Kuasa (volt) Fungsi Umum Kuning 12v Kuasa untuk motor dan kipas Merah 5v Kuasa untuk chipset & CPU (3.3v digunakan oleh CPU, memori (RAM), slot AGP dan cipset berkuasa rendah) Oren 3.3v Hitam Ground / Bumi Untuk ‘bumi’kan arus dan melengkapkan litar Ungu 5vsb (standby) Kuasa ‘persediaan’ (hidupkan komputer bila ada isyarat daripada modem atau rangkaian) Biru -12v Kuasa untuk ‘serial port’ Putih -5v Kuasa untuk ‘ISA slot’ dan ‘floppy controller’ Hijau Ps_on Hidupkan komputer (soft power / suis otomatik) Kelabu Pwr_ok / Pwr_good Uji kestabilan voltan (matikan jika tidak stabil) syamsulum@yahoo.com 9
  • 10. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Kuasa Yang Dibekalkan Oleh Bekalan Kuasa Sebelum memasang bekalan kuasa, ambil kira jumlah kuasa (disukat dalam unit Watt - W) yang diperlukan oleh sistem. Secara umumnya, sistem komputer dengan perkakasan yang paling asas (built-in), tidak memerlukan kuasa yang tinggi (250W – 300W sudah mencukupi). Semakin banyak perkakasan tambahan digunakan, maka bekalan kuasa yang lebih tinggi kuasanya (lebih 350W) diperlukan. (Kuasa) P = IV (Arus x Voltan) Contoh di sebelah (300W) =[(5x30)+(3.3x14)]*+ [(12x12)+(5x0.3)+(12x1)+(5x0.85)] *5v & 3.3v guna kuasa maksima 150W sahaja =[ 150W ]+[ 161.75W ] =311.75W Ini adalah kuasa maksima yang mampu dibekalkan oleh bekalan kuasa tersebut Berikut disenaraikan keperluan kuasa oleh komponen-komponen komputer: PC Item Watts AGP 20 to 30W PCI 5W SCSI 20 to 25W floppy disk drive 5W network interface card 4W 50X CD-ROM drive 10 to 25W RAM 10W per 128M 5200 RPM Integrated Drive Electronics (IDE) hard disk drive 5 to 11W 7200 RPM IDE hard disk drive 5 to 15W Motherboard (without CPU or RAM) 20 to 30W 550 MHz Pentium III 30W 733 MHz Pentium III 23.5W 300 MHz Celeron 18W 600 MHz Athlon 45W syamsulum@yahoo.com 10
  • 11. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Langkah-langkah keselamatan semasa membaikpulih bekalan kuasa 1) Biarkan seketika sebelum membaikpulih. Selepas membuat pengujian, bekalan kuasa hendaklah dibiarkan seketika. Ini bertujuan untuk membenarkan ia membuangkan cas yang ada pada komponen bekalan kuasa terutamanya kapasitor. Cas yang ada pada bekalan kuasa biasanya tinggi dan lambat dinyah caskan. 2) Gunakan julat/skala yang sesuai semasa menguji bekalan kuasa dengan multimeter. Ini untuk mengelakkan kerosakan pada multimeter. Setkan julat multimeter yang lebih besar dari nilai yang hendak diukur. 3) Gunakan probe penguji yang tajam dan berpenebat. Ini untuk mengelakkan berlakunya pintasan kesebelah semasa membuat pengujian. Ini juga untuk mengelakkan berlakunya penyalahan voltan pada komponen yang tidak sepatutnya diberikan. Penggunaan probe berpenebat juga mengelakkan berlaku litar pintas kepada pengguna. 4) Pastikan ada pembantu Semasa pengujian dan membaikpulih peralatan voltan tinggi terutamanya bekalan kuasa komputer pastikan ada pembantu yang akan membantu semasa kecemasan. 5) Bekerja dengan satu tangan sahaja. Elakkan bekerja menggunakan kedua-dua belah tangan semasa bekalan diberikan pada alat yang dibaiki. Ini untuk mengelakkan litar pintas pada badan. Langkah yang terpenting dalam membaikpulih bekalan kuasa adalah memastikan voltan yang tepat. Walaupun bekalan kuasa komputer tidak tinggi, tetapi untuk keselamatan pembaiki dan komputer pastikan jika tidak digunakan komputer sila bukakkan plug 3 pin pada soket dan jika dipasang dan komputer tidak digunakan anggapkan ia ada bekalan. Pengujian Komponen-komponen Utama Bekalan Kuasa Kerosakan bekalan kuasa boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu: • rosak sepenuhnya (complete failure) • separuh rosak ( intermittent failure) Kerosakan sepenuhnya perlu dibaiki yang mana ia langsung tiada keluaran, manakala separuh rosak adalah masalah keluaran yang sekejap ada dan sebaliknya. Separuh Rosak Dalam keadaan ini, bekalan kuasa biasanya masih boleh berfungsi dan membekalkan voltan. Antara tanda-tanda masalah ini wujud adalah; komputer yang yang dihidupkan (power on) akan tiba-tiba mati selepas beberapa saat. Biasanya ini berlaku kerana fungsi ‘power ok’ atau ‘power good’ (pin 8) yang mengesan ketidak- stabilan voltan yang dibekalkan kepada sistem komputer (bekalan kuasa akan dimatikan sekiranya voltan yang dibekalkan tidak stabil). Cara termudah melakukan ujian ialah dengan menyukat voltan output dan membandingkannya dengan kadar yang dibenarkan (sekitar 5%). Lihat gambarajah di bawah: syamsulum@yahoo.com 11
  • 12. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Bacaan yang dibaca seharusnya tidak kurang daripada bacaan minimum dan tidak lebih daripada bacaan maksimum. Jika sebaliknya, bekalan kuasa tersebut mungkin sudah rosak dan boleh menggangu fungsi komputer. syamsulum@yahoo.com 12
  • 13. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Cara mendapatkan bacaan voltan; • Hidupkan bekalan kuasa • Letakkan skala bacaan multimeter pada sukatan DCV (bacaan voltan arus terus) • Pilih skala DCV yang sesuai (jika menggunakan multimeter analog)* • Menggunakan kaedah ‘back probing’ (seperti gambar di bawah), cucuk pin ujian hitam multimeter kepada palam pin hitam (ground – bumi) dan pin ujian merah multimeter kepada salah satu pin yang hendak diuji. • Dapatkan bacaan voltan. *untuk multimeter analog sahaja. Ubah skala bacaan untuk dapatkan bacaan lebih tepat (skala 10V untuk menguji voltan dibawah 10V; skala 50V untuk bacaan melebihi 10V). Ubah kedudukan pin ujian multimeter (pin merah kepada palam hitam bekalan kuasa & pin hitam kepada palam yang hendak diuji) jika jarum bacaan bergerak ke arah bertentangan – bacaan negatif. syamsulum@yahoo.com 13
  • 14. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Rosak Sepenuhnya Hal ini berlaku sekiranya bekalan kuasa gagal berfungsi sepenuhnya atau tidak dapat dihidupkan. Secara umumnya, ada beberapa komponen yang sering diuji sewaktu proses baikpulih bekalan kuasa. Antaranya ialah fius, penapis (capacitor), pearuh (inductor), penerus (diod/rectifier), pengubah (transformer). Ujian boleh dilakukan menggunakan multimeter melalui ‘ujian keterusan’. Ujian keterusan adalah bagi menentukan wujudnya sambungan dari satu kaki (input) kepada satu kaki (output) yang lain bagi komponen yang diuji. Caranya adalah dengan menyentuhkan pin penguji multimeter kepada salah satu kaki komponen dan satu lagi pin penguji kepada kaki yang lain menggunakan julat ohm (ujian kerintangan)**. Setiap komponen elektronik lazimnya mempunyai tahap kerintangan; sama ada besar ataupun kecil. Nilai kerintangan disukat dengan nilai ohm ( Ω ). Secara teori, jika sesuatu komponen elektronik itu memberikan bacaan sewaktu diuji, ia sepatutnya berkeadaan baik (tidak putus). Sebaliknya, jika bacaan yang diperoleh adalah 0 ohm (0Ω), ini bermakna komponen tersebut mungkin rosak (putus atau terbakar). ** ujian ini dilakukan dalam keadaan bekalan kuasa ‘off’ (mati). syamsulum@yahoo.com 14
  • 15. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Mengesan dan Membaik Pulih Kerosakan Bekalan Kuasa Ada beberapa petanda yang boleh dilihat pada bekalan kuasa yang bermasalah. Antaranya: • Sistem tidak dapat dihidupkan • Sistem ‘restart’ (dimatikan) dengan sendiri ataupun ‘hang’ (tersekat). • Timbul skrin biru (blue screen of death) ralat memori atau ‘parity check’ • Harddisk atau kipas kerap gagal berfungsi (bekalan 12V bermasalah) • Renjatan elektrik (kebocoran) Tanda bekalan kuasa mengalami lebihan beban. Ada beberapa tanda menunjukkan bekalan kuasa mengalami lebihan beban. Antaranya adalah seperti dibawah: • Fius terbakar dan mendakan warna timah dan berpeluh • Kedengaran bunyi aneh pada bekalan kuasa • Komponen pada bekalan kuasa menjadi lampau panas • Keluar asap pada bekalan kuasa • Berlaku retakan kecil atau bau/bunyi terbakar pada bekalan kuasa Menganalisa kegagalan fius pada bekalan kuasa Fius adalah komponen perlindungan kepada bekalan kuasa dan juga komputer dari rosak yang disebabkan oleh litar pintas, lebihan beban dan sebagainya. Fius yang terputus perlu ditukar dengan fius yang baru yang mempunyai julat kuasa yang sama dengan fius asal. Menganalisa kegagalan fius boleh membantu menentukan kerosakan pada sistem. Di bawah menunjukkan contoh kerosakan hasil analisa kegagalan fius. Fius jenis kaca cerah (soft fius) • Titik hitam yang cair – fius lama • Mendakan warna timah dan berpeluh – lebihan beban • Terbakar – litar pintas Pada keadaan biasa ‘soft fius’ akan menunjukkan tanda-tanda terbakar apabila berlaku litar pintas pada sistem komputer atau bekalan kuasa itu sendiri. Jadi untuk memastikan litar pintas tersebut berlaku pada komputer atau bekalan kuasa, maka pengenalpastian yang sesuai adalah perlu, seperti menggunakan bekalan kuasa yang lain pada komputer asal. Sekiranya masalah yang sama berlaku pada bekalan kuasa yang baru, maka masalah litar pintas adalah pada komputer; jika sebaliknya maka litar pintas adalah pada bekalan kuasa itu sendiri. Berpandukan gambarajah dibawah analisa boleh dibahagi kepada 4 peringkat iaitu: • Keluaran pengubah (titik A) • Keluaran penerus (titik B) • Keluaran penapis (titik C) • Keluaran pengatur voltan (titik D) syamsulum@yahoo.com 15
  • 16. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa Gambarajah di bawah menunjukkan cara asas mengesan litar pintas dalam bekalan kuasa 240VAC Regulator Load C1 C2 B B A C D + + _ _ )( )( )( )( )( Putuskan litar pada titik A, berikan bekalan pada bekalan kuasa dan lihat berlaku litar pintas atau tidak, jika ada maka litar pintas/lebihan beban pada transformer atau penerus. Kemungkinan pada titik selepas A adalah tidak benar. Selepas itu putuskan litar pada titik B, berikan bekalan pada bekalan kuasa dan lihat terdapat lebihan/litar pintas atau tidak, jika ada maka pengubah ada litar pintas, jika tidak litar pintas pada penerus. Jika lebihan beban/litar pintas tidak ada selepas ujian pada titik A,maka litar pintas berlaku pada bahagian selepas titik A, mungkin penapis, pengatur voltan atau beban itu sendiri. Sambung balik titik A dan B,putuskan titik C. berikan bekalan pada bekalan kuasa lihat jika ada lebihan beban berlaku lagi. Jika ada maka litar penapis C1 atau C2 berlaku litar pintas,jika tidak mungkin pengatur voltan atau beban litar pintas. Sambung balik titik C dan putuskan titik D dan ulangi dengan memberikan bekalan pada bekalan kuasa dan lihat jika ada lebihan beban atau tidak. Jika ada maka pengatur voltan yang berlaku litar pintas, jika tidak maka beban yang litar pintas. syamsulum@yahoo.com 16
  • 17. BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa syamsulum@yahoo.com 17