SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1
1.0 PENGENALAN
“Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang
bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan.” (Crowell, 1971).
Rajah 1: Konsep teknologi (Crowell, 1971)
Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan
pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Antaranya merupakan 6 langkah yang
terdapat dalam model ASSURE.
A Analyse Learner
(Analisis Pelajar)
S State Objective
(Nyatakan Objektif)
S Select method, media dan materials
(Pilih kaedah, media dan bahan)
U Utlilise media dan materials
(Gunakan media dan bahan)
R Require Learner Participation
(Dorong Penglibatan Pelajar)
E Evaluate dan revise
(Nilai dan Semak)
Rajah 2: Model ASSURE
gabungan
manusia
peralatan teknik
peristiwa
2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR TAHUN 1
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tahun : 1 Bintang
Tarikh : 27 Ogos 2013 ( Selasa )
Masa : 8.45 – 9.45 pagi ( 60 minit )
Fokus : Penghasilan Muzik -
Standard Kandungan : Pengalaman Muzikal
1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.
2. Membuat gerakan mengikut muzik.
Standard Pembelajaran : 1. Mendemonstrasikan warna ton yang didengar dengan betul
2. Mengajuk pic dengan cepat.
3. Mengenal perubahan tempo.
Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. Mengecam tempo dan bunyi yang didengari.
2. Membuat pergerakan kreatif berdasarkan pic dan bunyi yang
dimainkan.
Pengalaman sedia ada : Murid pernah bermain alat perkusi.
Bahan Bantu Mengajar : Kibod
Rakaman bunyi
Kad ikon : kompang, tik tok dan kerincing
Penyerapan Nilai : Berdisiplin – Mengikut arahan
Kemahiran Berfikir : Meneroka pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara dan
bunyi menggunakan anggota badan
EMK( Elemen Merentas Kurikulum ) : 1. Kreativiti – menjana idea
2. Nilai Murni - kerajinan
3
Masa /
Langkah
Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Warna ton 1. Guru mempamerkan kad gambar ayam, itik
dan burung.
2. Guru meminta murid menamakan kad
gambar haiwan yang dipamerkan.
3. Guru meminta murid menutup mata dan
mendengar bunyi yang dimainkan oleh
guru.
 ayam
 itik
 burung
4. Guru memainkan semula bunyi haiwan dan
murid meneka gambar haiwan yang
menghasilkan bunyi – bunyi tersebut.
5. Guru memperkenalkan konsep warna ton
dan pic kepada murid - murid
BBM :
 Kad gambar
ayam, itik dan
burung
Teknik:
 Soal jawab
 Perbincangan
4
Masa /
Langkah
Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Langkah 1
(7 minit)
Nyanyian “Lagu
Binatang”
1. Guru menunjukkan tayangan video “Lagu
Binatang”.
2. Guru bersama murid menyanyikan “Lagu
Binatang.”
3. Murid – murid dibahagikan kepada 3
kumpulan untuk membuat bunyi ayam, itik
dan burung.
4. Murid berdiri dalam tiga barisan di hadapan
guru.
5. Murid diperdengarkan dengan video “Lagu
Binatang” sambil membuat bunyi haiwan
yang telah dipilh.
A B C
TKP:
 interpersonal
 intrapersonal
 verbal
 kinestatik
KB:
 mengecam
BCB:
 Kemahiran
mendengar
 Kemahiran
bertutur
Teknik:
5
 Perbincangan
Nilai :
 patuh
 bekerjasama
Langkah 2
(7 minit)
Mengajuk bunyi
pic alat muzik
1. Murid diminta untuk berdiri dalam
bentuk bulatan.
2. Guru bermain kompang, kerincing dan
tik tok di hadapan murid.
3. Murid diminta untuk mengajuk bunyi:
 kompang
“ pak pak dum dum”
 kerincing
“cing cing cing”
 tik tok
“tik tok tik tok”
- pelajar
- guru
BBM :
 Alat muzik
kompang, tik tok
dan kerincing
6
TKP:
 interpersonal
 intrapersonal
 kinestatik
BCB:
 Kemahiran
mendengar
Teknik:
 penerangan
Nilai :
 patuh
 bekerjasama
Langkah 4
(6 minit)
Persembahan
muzikal murid.
1. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan.
 Kumpulan A
 Kumpulan B
2. Setiap kumpulan diminta untuk memilih
salah satu daripada tiga alat muzik
untuk dimainkan bersama dengan
pergerakan bebas bersama dengan
ahli kumpulan.
3. Murid diberi masa untuk merancang
dan berbincang bersama ahli kumpulan
masing – masing.
4. Kumpulan A dan B diminta untuk
mempersembahkan hasil perbincangan
kumpulan bersama dengan mainan alat
muzik dan juga pergerakan bebas.
5. Murid diminta untuk mendengar dan
Nilai:
 peka
 mendengar
arahan
7
merasai permainan kumpulan yang
baik dari segi
 ton yang jelas
 mengikut tempo
 bunyi yang seimbang
 pergerakan yang sesuai
Penutup
(5 minit)
1. Murid bersoal jawab dengan guru
tentang matapelajaran pada hari ini.
2. Murid dikehendaki memberikan contoh
aktiviti yang lain yang dapat
memperlihatkan warna ton dan tempo
suatu muzik itu.
3. Murid diminta untuk menyatakan nilai –
nilai murni yang diperoleh dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran
4. Murid bersama guru bermain alat muzik
dan membuat pergerakan bebas
bersama.
TKP:
 Muzik
Teknik:
 perbincangan
KB:
 merumus
Nilai murni:
 prihatin
8
REFLEKSI
STEHANIE UNSIL ANAK RAKEY
910502-13-5056
Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Semester 4,
kami telah diwajibkan untuk mengikuti Teknologi dalam Pengaharan dan Pembelajaran yang
melibatkan pengetahuan dan kefahaman komponen mikro – makro dan peranan teknologi
dalam pendidikan di dalam bilik darjah. Malah, mata pelajaran ini melibatkan pemahaman
terhadap konsep – konsep asas seni visual, muzik dan teknologi sebagai cara
menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
Teknologi dalam Pendidikan ini membawa kepada pengaplikasian teknologi di dalam
pelbagai mata pelajaran yang lain. Di sini, proses penggabungjalinan berlaku di mana,
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah lebih menarik dan mampu
menghasilkan hasil pendidikan yang berkualiti. Kerja kursus pendek ini sememangnya telah
memberi impak yang besar kepada diri saya dari segi pengetahuan dan pemahaman saya
dalam transformasi pendidikan negara, di mana perkara ini patut diketahui oleh bakal guru
sebagai panduan mengajar kelak.
.
strategi
pendekatan
kaedah
teknik pengajaran
9
Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas saya, PISMP
Muzik Semester Empat untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai matlamat dalam
melaksanakan tajuk kerja kursus ini dengan berkesan di mana kami harus melihat ke
hadapan dan meletakkan situasi kami sebagai seorang guru kelak. Transformasi kurikulum
pendidikan negara membawa kepada penambaikan dalam sistem pendidikan kita. Oleh itu,
sebagai seorang bakal yang menjadi guru, pengetahuan tentang kandungan yang sedia ada
dalam kurikulum setiap matapelajaran di sekolah nanti adalah perlu.
Melalui tugasan ini, saya harus meneliti dan meneroka sendiri bagaimana teknologi
itu dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam
Pendidikan itu boleh diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah yang
mempunyai tiga tunjang utama iaitu seni visual, muzik dan pergerakan.
Bagi Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik, elemen muzik sememangnya sudah
wujud dalam sesi pengajaran tersebut. Setelah mendapatkan semua maklumat ini, saya
melihat tajuk ini agak membebankan di mana selama ini saya tidak pasti di mana saya
mampu menyelitkan unsur teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik di
dalam kelas. Melalui kerja kursus ini, saya harus meneliti sendiri bagaimana saya patut
menggunakan konsep grafik. Video dan audio di dalam pengajaran Pendidikan Muzik di
dalam kelas. Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan
Muzik
Pergerakan
Seni
visual
10
menekankan kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru
masa hadapan. Secara tidak langsung, saya telah meneroka sendiri tentang kepelbagaian
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dari segi penyuntingan video dan power point
dalam mempelbagaikan teknik pengajaran saya di dalam kelas muzik. Malah, teknik – teknik
tersebut bukanlah perkara perkara yang asing lagi kerana, semua teknik – teknik ini pernah
dilalui sejak di bangku sekolah lagi. Pembelajaran di dalam kelas sememangnya amat
menarik apabila guru menggunakan kemudahan teknologi, yang berunsurkan audio, grafik
dan video sekaligus mampu menyediakan pakej aktiviti pengajaran – pengajaran yang
berkualiti.
Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga –
pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja kursus
ini. Selama ini, saya masih belum pasti dengan komponen – komponen pengajaran mikro
dan makro serta teknik pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Selama ini, saya
hanya bertindak sebagai penonton dan peserta kepada aktiviti pengajaran yang dilakukan
oleh guru di dalam bilik darjah. Di bangku sekolah, saya hanya berperanan sebagai pelajar
dan melihat sendiri keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru
saya. Kini, sebagai bakal guru, sayalah yang menjadi akan penganjur kepada aktiviti untuk
anak – anak didik saya agar perjalanan sesi pengajaran itu mencapai objektif yang
disasarkan. Oleh itu, pada awal perbincangan saya, rakan sekelas bersama pensyarah, saya
hanya berdiam diri kerana saya kurang pasti dengan tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi
masalah ini, saya berusaha mencari sebanyak maklumat yang diperlukan bagi memberi
pemahaman yang lebih tentang kehendak kerja kursus ini.
Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah seperti
yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini,
teknik – teknik dalam pengajaran Pendidikan Muzik yang perlu menyelitkan konsep – konsep
asas teknologi bukanlah suatu yang boleh didapati mudah di ruangan perpustakaan dan juga
internet. Kebanyakkan buku yang saya peroleh adalah lebih kepada pengajaran yang
tunggal, tidak pelbagai dan tidak merangkumi aspek lain. Di sini, saya meminta bantuan
daripada rakan – rakan saya untuk bertukar – tukar idea dan bahan rujukan bagi
melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.
11
Halangan seterusnya ialah, saya telah mengalami kesukaran dalam menghasilkan dan
melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah yang
sesuai dalam satu sesi pengajaran. Namun begitu, saya bersyukur kerana mempunyai rakan
– rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan menyiapkan kerja kursus
ini dan juga pensyarah tidak berhenti memberi teguran positif serta bimbingan sepenuh
masa. Pada masa ini, saya mendapati bahawa kaedah komunikasi yang digunakan sewaktu
perbincangan adalah lebih memudahkan proses pembelajaran sekaligus membantu secara
langsung dalam menyempurnakan kerja kursus.
Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan kerja
kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap individu yang
ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan berkenaan dengan tajuk
kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya untuk mendengar pendapat
orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu di dalam kerja kursus ini. Dengan
kata lain, saya telah melihat kelemahan diri saya melalui tahap pemikiran rakan – rakan yang
lain dan berusaha untuk memperbaiki diri saya. Hal ini demikian, guru harus peka dan cekap
dalam memperbaiki kelemahan diri kerana gurulah yang sentiasa diperhatikan oleh
masyarakat pada masa hadapan.
Di dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas, guru masih lagi memainkan peranan
utama sebagai penggerak pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik –
teknik yang sedia ada ini bergerak sebagai panduan bagi guru dalam melaksanakan
tanggungjawabnya di sekolah. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah melihat
begitu besarnya tanggungjawab seorang guru. Pengetahuan tentang teknik – teknik
pengajaran adalah tidak cukup sekiranya tidak mampu mengaplikasikan teknik – teknik
tersebut dengan baik di dalam kelas. Oleh itu, saya telah mempelajari bahawa guru masih
perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka
dan juga murid. Hal Ini akan menggalakkan murid secara aktif dalam pembelajaran
seterusnya meningkatkan kecekapan guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran.
Saya juga mendapati sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan
bersahaja adalah penting bagi mengelakkan tekanan emosi di dalam kelas. Adanya
teknologi dalam pendidikan membekalkan saya dalam kebolehan merancang, mereka
12
bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan
kepekaan deria kanak – kanak. Malah nilai – nilai murni juga mampu diterapkan melalui
pengalaman seni di dalam bilik darjah. Sebagai bakal guru, saya harus bijak merancang
segala penyelesaian yang wujud di dalam kelas saya dan mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid dari awal hingga akhir pengajaran
saya. Sama ada mata pelajaran Pendidikan Muzik atau sebaliknya, tujuan utama pendidikan
ialah untuk memperlihatkan potensi dan kebolehan murid dikembangkan dengan seimbang
melalui semua aspek JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan
menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang
penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang positif
terhadap gaya pembelajaran yang berkesan dan bekerja secara kumpulan.

More Related Content

What's hot

Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala... Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...Amna Omar
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminarFKIP UHO
 
JURNAL "PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
JURNAL "PENGARUH  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...JURNAL "PENGARUH  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
JURNAL "PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...Alorka 114114
 
Pergertian ABM
Pergertian ABMPergertian ABM
Pergertian ABMAriel Lee
 
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)amirahmiyati12
 
Laporan media pembelajaran
Laporan media pembelajaranLaporan media pembelajaran
Laporan media pembelajaraninesnurjanah
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiabcirohil
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranZanari Zainon
 
Karya tulis ilmiah Pemanfaatan multimedia dan cetak emboss untuk bahan perkul...
Karya tulis ilmiah Pemanfaatan multimedia dan cetak emboss untuk bahan perkul...Karya tulis ilmiah Pemanfaatan multimedia dan cetak emboss untuk bahan perkul...
Karya tulis ilmiah Pemanfaatan multimedia dan cetak emboss untuk bahan perkul...ekajulianam
 
Laporan media pembelajaran
Laporan media pembelajaranLaporan media pembelajaran
Laporan media pembelajaransyamsiahsiah
 
ABM matematik
ABM matematikABM matematik
ABM matematikamoi286
 
Media pembelajaran biologi
Media pembelajaran biologiMedia pembelajaran biologi
Media pembelajaran biologideniindriani
 
Laporan Media Pembelajaran
Laporan Media PembelajaranLaporan Media Pembelajaran
Laporan Media Pembelajaranismawati01
 

What's hot (15)

Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala... Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
 
JURNAL "PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
JURNAL "PENGARUH  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...JURNAL "PENGARUH  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
JURNAL "PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
 
Pergertian ABM
Pergertian ABMPergertian ABM
Pergertian ABM
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
Prinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbmPrinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbm
 
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
Laporan pengaplikasian media untuk anak sekolah menenggah atas (SMA)
 
Laporan media pembelajaran
Laporan media pembelajaranLaporan media pembelajaran
Laporan media pembelajaran
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesia
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaran
 
Karya tulis ilmiah Pemanfaatan multimedia dan cetak emboss untuk bahan perkul...
Karya tulis ilmiah Pemanfaatan multimedia dan cetak emboss untuk bahan perkul...Karya tulis ilmiah Pemanfaatan multimedia dan cetak emboss untuk bahan perkul...
Karya tulis ilmiah Pemanfaatan multimedia dan cetak emboss untuk bahan perkul...
 
Laporan media pembelajaran
Laporan media pembelajaranLaporan media pembelajaran
Laporan media pembelajaran
 
ABM matematik
ABM matematikABM matematik
ABM matematik
 
Media pembelajaran biologi
Media pembelajaran biologiMedia pembelajaran biologi
Media pembelajaran biologi
 
Laporan Media Pembelajaran
Laporan Media PembelajaranLaporan Media Pembelajaran
Laporan Media Pembelajaran
 

Similar to Teknologi Muzik

Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTSherly Jewinly
 
Modul Ajar Kelas 7 SMP Seni Tari Fase D Unit 2
Modul Ajar Kelas 7 SMP Seni Tari Fase D Unit 2Modul Ajar Kelas 7 SMP Seni Tari Fase D Unit 2
Modul Ajar Kelas 7 SMP Seni Tari Fase D Unit 2Modul Guruku
 
Modul Ajar Seni Tari Kelas 8 SMP Fase D
Modul Ajar Seni Tari Kelas 8 SMP Fase DModul Ajar Seni Tari Kelas 8 SMP Fase D
Modul Ajar Seni Tari Kelas 8 SMP Fase DModul Guruku
 
UP-ptk smp 016.docx
UP-ptk smp 016.docxUP-ptk smp 016.docx
UP-ptk smp 016.docxUMARNAYO
 
Refleksi Makro Pengajaran Gracehor
Refleksi Makro Pengajaran GracehorRefleksi Makro Pengajaran Gracehor
Refleksi Makro Pengajaran Gracehorgracehor
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
0.5 PJOK_SD_FASE A KELAS I_04 GERAK BERIRAMA.docx
0.5 PJOK_SD_FASE A KELAS I_04 GERAK BERIRAMA.docx0.5 PJOK_SD_FASE A KELAS I_04 GERAK BERIRAMA.docx
0.5 PJOK_SD_FASE A KELAS I_04 GERAK BERIRAMA.docxYusufYusuf602991
 
contoh Model assure dalam RPH
contoh Model assure dalam RPHcontoh Model assure dalam RPH
contoh Model assure dalam RPHatiq firdauz
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalanMimi Liau
 
Modul Ajar Seni Tari Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Seni Tari Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Seni Tari Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Seni Tari Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Guruku
 
Modul Ajar Seni Musik Kelas 11 SMA Fase F
Modul Ajar Seni Musik Kelas 11 SMA Fase FModul Ajar Seni Musik Kelas 11 SMA Fase F
Modul Ajar Seni Musik Kelas 11 SMA Fase FModul Guruku
 

Similar to Teknologi Muzik (20)

Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
Unit study
Unit studyUnit study
Unit study
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
 
Audio Visual
Audio VisualAudio Visual
Audio Visual
 
Modul Ajar Kelas 7 SMP Seni Tari Fase D Unit 2
Modul Ajar Kelas 7 SMP Seni Tari Fase D Unit 2Modul Ajar Kelas 7 SMP Seni Tari Fase D Unit 2
Modul Ajar Kelas 7 SMP Seni Tari Fase D Unit 2
 
Modul Ajar Seni Tari Kelas 8 SMP Fase D
Modul Ajar Seni Tari Kelas 8 SMP Fase DModul Ajar Seni Tari Kelas 8 SMP Fase D
Modul Ajar Seni Tari Kelas 8 SMP Fase D
 
PTK
PTK PTK
PTK
 
UP-ptk smp 016.docx
UP-ptk smp 016.docxUP-ptk smp 016.docx
UP-ptk smp 016.docx
 
Refleksi Makro Pengajaran Gracehor
Refleksi Makro Pengajaran GracehorRefleksi Makro Pengajaran Gracehor
Refleksi Makro Pengajaran Gracehor
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Resos
ResosResos
Resos
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
0.5 PJOK_SD_FASE A KELAS I_04 GERAK BERIRAMA.docx
0.5 PJOK_SD_FASE A KELAS I_04 GERAK BERIRAMA.docx0.5 PJOK_SD_FASE A KELAS I_04 GERAK BERIRAMA.docx
0.5 PJOK_SD_FASE A KELAS I_04 GERAK BERIRAMA.docx
 
contoh Model assure dalam RPH
contoh Model assure dalam RPHcontoh Model assure dalam RPH
contoh Model assure dalam RPH
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalan
 
Tajuk_10.pptx
Tajuk_10.pptxTajuk_10.pptx
Tajuk_10.pptx
 
Modul Ajar Seni Tari Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Seni Tari Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Seni Tari Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Seni Tari Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Modul Ajar Seni Musik Kelas 11 SMA Fase F
Modul Ajar Seni Musik Kelas 11 SMA Fase FModul Ajar Seni Musik Kelas 11 SMA Fase F
Modul Ajar Seni Musik Kelas 11 SMA Fase F
 
Teknik bercerita
Teknik berceritaTeknik bercerita
Teknik bercerita
 

More from Stephanie Unsil

Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuKertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuStephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Stephanie Unsil
 
Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4Stephanie Unsil
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Stephanie Unsil
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanStephanie Unsil
 
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokDivider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokStephanie Unsil
 
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokMuka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokStephanie Unsil
 
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTKertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTStephanie Unsil
 

More from Stephanie Unsil (20)

Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa MelayuKertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 6
 
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
 
Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3
 
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
 
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Intervensi KBAT
Intervensi KBATIntervensi KBAT
Intervensi KBAT
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
 
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokDivider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
 
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokMuka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
 
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTKertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
 
FAIL KOKURIKULUM 2021
FAIL KOKURIKULUM 2021FAIL KOKURIKULUM 2021
FAIL KOKURIKULUM 2021
 

Teknologi Muzik

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN “Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan.” (Crowell, 1971). Rajah 1: Konsep teknologi (Crowell, 1971) Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Antaranya merupakan 6 langkah yang terdapat dalam model ASSURE. A Analyse Learner (Analisis Pelajar) S State Objective (Nyatakan Objektif) S Select method, media dan materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U Utlilise media dan materials (Gunakan media dan bahan) R Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar) E Evaluate dan revise (Nilai dan Semak) Rajah 2: Model ASSURE gabungan manusia peralatan teknik peristiwa
  • 2. 2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR TAHUN 1 Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Tahun : 1 Bintang Tarikh : 27 Ogos 2013 ( Selasa ) Masa : 8.45 – 9.45 pagi ( 60 minit ) Fokus : Penghasilan Muzik - Standard Kandungan : Pengalaman Muzikal 1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan. 2. Membuat gerakan mengikut muzik. Standard Pembelajaran : 1. Mendemonstrasikan warna ton yang didengar dengan betul 2. Mengajuk pic dengan cepat. 3. Mengenal perubahan tempo. Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat : 1. Mengecam tempo dan bunyi yang didengari. 2. Membuat pergerakan kreatif berdasarkan pic dan bunyi yang dimainkan. Pengalaman sedia ada : Murid pernah bermain alat perkusi. Bahan Bantu Mengajar : Kibod Rakaman bunyi Kad ikon : kompang, tik tok dan kerincing Penyerapan Nilai : Berdisiplin – Mengikut arahan Kemahiran Berfikir : Meneroka pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara dan bunyi menggunakan anggota badan EMK( Elemen Merentas Kurikulum ) : 1. Kreativiti – menjana idea 2. Nilai Murni - kerajinan
  • 3. 3 Masa / Langkah Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Warna ton 1. Guru mempamerkan kad gambar ayam, itik dan burung. 2. Guru meminta murid menamakan kad gambar haiwan yang dipamerkan. 3. Guru meminta murid menutup mata dan mendengar bunyi yang dimainkan oleh guru.  ayam  itik  burung 4. Guru memainkan semula bunyi haiwan dan murid meneka gambar haiwan yang menghasilkan bunyi – bunyi tersebut. 5. Guru memperkenalkan konsep warna ton dan pic kepada murid - murid BBM :  Kad gambar ayam, itik dan burung Teknik:  Soal jawab  Perbincangan
  • 4. 4 Masa / Langkah Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Langkah 1 (7 minit) Nyanyian “Lagu Binatang” 1. Guru menunjukkan tayangan video “Lagu Binatang”. 2. Guru bersama murid menyanyikan “Lagu Binatang.” 3. Murid – murid dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk membuat bunyi ayam, itik dan burung. 4. Murid berdiri dalam tiga barisan di hadapan guru. 5. Murid diperdengarkan dengan video “Lagu Binatang” sambil membuat bunyi haiwan yang telah dipilh. A B C TKP:  interpersonal  intrapersonal  verbal  kinestatik KB:  mengecam BCB:  Kemahiran mendengar  Kemahiran bertutur Teknik:
  • 5. 5  Perbincangan Nilai :  patuh  bekerjasama Langkah 2 (7 minit) Mengajuk bunyi pic alat muzik 1. Murid diminta untuk berdiri dalam bentuk bulatan. 2. Guru bermain kompang, kerincing dan tik tok di hadapan murid. 3. Murid diminta untuk mengajuk bunyi:  kompang “ pak pak dum dum”  kerincing “cing cing cing”  tik tok “tik tok tik tok” - pelajar - guru BBM :  Alat muzik kompang, tik tok dan kerincing
  • 6. 6 TKP:  interpersonal  intrapersonal  kinestatik BCB:  Kemahiran mendengar Teknik:  penerangan Nilai :  patuh  bekerjasama Langkah 4 (6 minit) Persembahan muzikal murid. 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.  Kumpulan A  Kumpulan B 2. Setiap kumpulan diminta untuk memilih salah satu daripada tiga alat muzik untuk dimainkan bersama dengan pergerakan bebas bersama dengan ahli kumpulan. 3. Murid diberi masa untuk merancang dan berbincang bersama ahli kumpulan masing – masing. 4. Kumpulan A dan B diminta untuk mempersembahkan hasil perbincangan kumpulan bersama dengan mainan alat muzik dan juga pergerakan bebas. 5. Murid diminta untuk mendengar dan Nilai:  peka  mendengar arahan
  • 7. 7 merasai permainan kumpulan yang baik dari segi  ton yang jelas  mengikut tempo  bunyi yang seimbang  pergerakan yang sesuai Penutup (5 minit) 1. Murid bersoal jawab dengan guru tentang matapelajaran pada hari ini. 2. Murid dikehendaki memberikan contoh aktiviti yang lain yang dapat memperlihatkan warna ton dan tempo suatu muzik itu. 3. Murid diminta untuk menyatakan nilai – nilai murni yang diperoleh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran 4. Murid bersama guru bermain alat muzik dan membuat pergerakan bebas bersama. TKP:  Muzik Teknik:  perbincangan KB:  merumus Nilai murni:  prihatin
  • 8. 8 REFLEKSI STEHANIE UNSIL ANAK RAKEY 910502-13-5056 Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Semester 4, kami telah diwajibkan untuk mengikuti Teknologi dalam Pengaharan dan Pembelajaran yang melibatkan pengetahuan dan kefahaman komponen mikro – makro dan peranan teknologi dalam pendidikan di dalam bilik darjah. Malah, mata pelajaran ini melibatkan pemahaman terhadap konsep – konsep asas seni visual, muzik dan teknologi sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Teknologi dalam Pendidikan ini membawa kepada pengaplikasian teknologi di dalam pelbagai mata pelajaran yang lain. Di sini, proses penggabungjalinan berlaku di mana, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah lebih menarik dan mampu menghasilkan hasil pendidikan yang berkualiti. Kerja kursus pendek ini sememangnya telah memberi impak yang besar kepada diri saya dari segi pengetahuan dan pemahaman saya dalam transformasi pendidikan negara, di mana perkara ini patut diketahui oleh bakal guru sebagai panduan mengajar kelak. . strategi pendekatan kaedah teknik pengajaran
  • 9. 9 Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas saya, PISMP Muzik Semester Empat untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai matlamat dalam melaksanakan tajuk kerja kursus ini dengan berkesan di mana kami harus melihat ke hadapan dan meletakkan situasi kami sebagai seorang guru kelak. Transformasi kurikulum pendidikan negara membawa kepada penambaikan dalam sistem pendidikan kita. Oleh itu, sebagai seorang bakal yang menjadi guru, pengetahuan tentang kandungan yang sedia ada dalam kurikulum setiap matapelajaran di sekolah nanti adalah perlu. Melalui tugasan ini, saya harus meneliti dan meneroka sendiri bagaimana teknologi itu dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam Pendidikan itu boleh diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah yang mempunyai tiga tunjang utama iaitu seni visual, muzik dan pergerakan. Bagi Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik, elemen muzik sememangnya sudah wujud dalam sesi pengajaran tersebut. Setelah mendapatkan semua maklumat ini, saya melihat tajuk ini agak membebankan di mana selama ini saya tidak pasti di mana saya mampu menyelitkan unsur teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik di dalam kelas. Melalui kerja kursus ini, saya harus meneliti sendiri bagaimana saya patut menggunakan konsep grafik. Video dan audio di dalam pengajaran Pendidikan Muzik di dalam kelas. Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan Muzik Pergerakan Seni visual
  • 10. 10 menekankan kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru masa hadapan. Secara tidak langsung, saya telah meneroka sendiri tentang kepelbagaian teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dari segi penyuntingan video dan power point dalam mempelbagaikan teknik pengajaran saya di dalam kelas muzik. Malah, teknik – teknik tersebut bukanlah perkara perkara yang asing lagi kerana, semua teknik – teknik ini pernah dilalui sejak di bangku sekolah lagi. Pembelajaran di dalam kelas sememangnya amat menarik apabila guru menggunakan kemudahan teknologi, yang berunsurkan audio, grafik dan video sekaligus mampu menyediakan pakej aktiviti pengajaran – pengajaran yang berkualiti. Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga – pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja kursus ini. Selama ini, saya masih belum pasti dengan komponen – komponen pengajaran mikro dan makro serta teknik pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Selama ini, saya hanya bertindak sebagai penonton dan peserta kepada aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah. Di bangku sekolah, saya hanya berperanan sebagai pelajar dan melihat sendiri keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru saya. Kini, sebagai bakal guru, sayalah yang menjadi akan penganjur kepada aktiviti untuk anak – anak didik saya agar perjalanan sesi pengajaran itu mencapai objektif yang disasarkan. Oleh itu, pada awal perbincangan saya, rakan sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana saya kurang pasti dengan tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha mencari sebanyak maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentang kehendak kerja kursus ini. Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini, teknik – teknik dalam pengajaran Pendidikan Muzik yang perlu menyelitkan konsep – konsep asas teknologi bukanlah suatu yang boleh didapati mudah di ruangan perpustakaan dan juga internet. Kebanyakkan buku yang saya peroleh adalah lebih kepada pengajaran yang tunggal, tidak pelbagai dan tidak merangkumi aspek lain. Di sini, saya meminta bantuan daripada rakan – rakan saya untuk bertukar – tukar idea dan bahan rujukan bagi melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.
  • 11. 11 Halangan seterusnya ialah, saya telah mengalami kesukaran dalam menghasilkan dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah yang sesuai dalam satu sesi pengajaran. Namun begitu, saya bersyukur kerana mempunyai rakan – rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan menyiapkan kerja kursus ini dan juga pensyarah tidak berhenti memberi teguran positif serta bimbingan sepenuh masa. Pada masa ini, saya mendapati bahawa kaedah komunikasi yang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih memudahkan proses pembelajaran sekaligus membantu secara langsung dalam menyempurnakan kerja kursus. Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan kerja kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap individu yang ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan berkenaan dengan tajuk kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya untuk mendengar pendapat orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu di dalam kerja kursus ini. Dengan kata lain, saya telah melihat kelemahan diri saya melalui tahap pemikiran rakan – rakan yang lain dan berusaha untuk memperbaiki diri saya. Hal ini demikian, guru harus peka dan cekap dalam memperbaiki kelemahan diri kerana gurulah yang sentiasa diperhatikan oleh masyarakat pada masa hadapan. Di dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas, guru masih lagi memainkan peranan utama sebagai penggerak pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik – teknik yang sedia ada ini bergerak sebagai panduan bagi guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya di sekolah. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah melihat begitu besarnya tanggungjawab seorang guru. Pengetahuan tentang teknik – teknik pengajaran adalah tidak cukup sekiranya tidak mampu mengaplikasikan teknik – teknik tersebut dengan baik di dalam kelas. Oleh itu, saya telah mempelajari bahawa guru masih perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka dan juga murid. Hal Ini akan menggalakkan murid secara aktif dalam pembelajaran seterusnya meningkatkan kecekapan guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Saya juga mendapati sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja adalah penting bagi mengelakkan tekanan emosi di dalam kelas. Adanya teknologi dalam pendidikan membekalkan saya dalam kebolehan merancang, mereka
  • 12. 12 bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak – kanak. Malah nilai – nilai murni juga mampu diterapkan melalui pengalaman seni di dalam bilik darjah. Sebagai bakal guru, saya harus bijak merancang segala penyelesaian yang wujud di dalam kelas saya dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid dari awal hingga akhir pengajaran saya. Sama ada mata pelajaran Pendidikan Muzik atau sebaliknya, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperlihatkan potensi dan kebolehan murid dikembangkan dengan seimbang melalui semua aspek JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang positif terhadap gaya pembelajaran yang berkesan dan bekerja secara kumpulan.