Dokumen ini membahas tentang kuih dan kopi. Kuih memberikan pengalaman rasa yang berbeda karena beragam warna, bentuk, dan rasa. Tanggapan pertama seseorang terhadap makanan dapat mempengaruhi persepsi mereka kemudian. Kopi juga memberikan berbagai variasi rasa dan aroma yang dapat melengkapi kenikmatan kuih. Kopi populer di seluruh dunia karena manfaatnya meningkatkan metabolisme tubuh dan memberikan energi.
1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
KEMAHIRAN TUMPUAN
DALAM SAINS
BBR 36903
NOOR HAYATI BINTI MUHAMMAD
DB100318
UNTUK PERHATIAN:
EN.GHAZALLY SPAHAT
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
4. Sepotong Kuih
Sepotong kuih memberikan kelainan rasa dan kenikmatan. Kuih yang mempunyai aneka warna
bentuk dan rasa memberikan pengalaman yang berbeza kepada orang yang memakannya. Pada
pandangan pertama kuih yang mempunyai dekorasi cantik akan menarik minat orang untuk
merasanya. Sesuatu makan akan meninggalkan kesan tanggapan yang berbeza dengan berlainan
orang. Seseorang yang mempunyai citarasa yang tinggi akan menilai kuih itu dari aspek rasa,
kualiti pembuatan, lokasi tempat makanan, kebersihan dan sebagainya. Kebiasaannya tanggapan
pertama menjadi nilai ukur seseorang terhadap kualiti makanan di sesuatu tempat. Contoh yang
dapat diberi:
‘Si A memesan Tomyam Udang di restoran ABC. Beliau merasakan tomyam di restoran
ABC sangat masin. Maka tanggapan pertama bahawa restoran ABC tidak mahir dalam
kawalan bahan yang digunakan dalam memasak makanan.
Tanggapan pertama ini akan memberi kesan kepaada keseluruhan tanggapan terhadap makanan
yang lain direstoran tersebut. Sekali dirasakan tidak sedap maka semua makanan direstoran
tersebut tidak sedap’. Ini berbeza pula jika seseorang membina tanggapan pertama melalui
makanan yang enak. Ia memberikan tanggapan serta persepsi yang baik kepada orang yang
merasanya bahawa restoran itu makanannya semua enak-enak belaka. Walaupun mungkin
sesekali ada yang dirasa tidak enak namun persepsi negatif boleh dipintas oleh tanggapan
pertama tadi.
Sepotong kuih melambangkan citarasa. Citarasa yang tinggi bergantung pada nilai dan bahan
yang digunakan terhadap kuih itu. Variasi resepi kini menyaksikan penyerapan budaya dari
seluruh dunia. Dari barat terkenal dengan kek kejunya. Bahan-bahan berunsurkan krim banyak
digunakan. Dari timur terkenal dengan penggunaan tepung berasnya serta penggunaan sumber
semula jadi seperti sushi. Kuih tempatan tak kurang hebatnya bersama menyaingi variasi kuih
yang menghiasi rona-rona rasa dipersada negara.
5. Secangkir Kopi.
Sepotong kuih tidakkan lengkap tanpa secangkir kopi. Kopi melengkapkan kenikmatan rasa dan
menjadikan hari lebih ceria. Secawan kopi susu, kopi O, atau kopi tanpa gula cukup
menyegarkan hari anda. Diminum panas atau sejuk bergantung kepada citarasa penggemarnya.
Saya sendiri merupakan penggemar kopi. Hari tanpa kopi bagai kertas tanpa pena. Kosong.
Sesungguhnya kebaikan kopi memberi warna dalam hidup anda. Seperti kuih, kopi juga
mempunyai variasi rasa dan aroma. Aroma secangkir kopi menentukan kualiti kopi yang
diminum.
Cappuccino,Latte, Arabica Gum, Antara kopi yang popular di seluruh dunia. Sejuk,panas,
topping cream, menjadikan kopi dengan pelbagai variasi kelainan. Pengalaman bersama
secangkir kopi membawa anda pada satu kepuasan jiwa yang tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata.
Koopi dipersada antarabangsa merupakan minuman yang paling digemari. Meningkatkan
metabolisme tubuh dan memberikan tenaga segera kepada tubuh ketika diperlukan.