SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
Download to read offline
1.0   PENDAHULUAN.


      Perancangan dalam konteks perancangan bandar boleh diertikan sebagai persembahan
      fizikal tentang sesuatu seperti peta lukisan dan lain-lain. Selain daripada itu ianya juga
      boleh dimaksudkan kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang teratur
      untuk mencapai sesuatu objktif.




      Perancangan bandar adalah merupakan proses menyusun atur sesuatu kawasan
      berdasarkan kepada rancangan Pemajuan yang disediakan di sampig kawalan ke atas
      proses   pembangunan. Di sektor        awam     pihak   yang   bertanggungjawab untuk
      menjalankan proses perancangan ini adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
      Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan desa Negeri dan Jabatan
      Perancangan Bandar Kerajaan Tempatan Berkenaan.




      Di Malaysia, sistem kerajaan yang di amalkan adalah merupakan sistem federalisme di
      mana ianya mengandungi tiga peringkat. Peringkat peringkat tersebut masing-masing
      memainkan peranan penting dalam pentadbiraan kerajaan di Malaysia. Peringkat-
      peringkat tersebut ialah peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
      Tempatan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah ditubuhkan melalui
      proses pilihanraya umum. Kerajaan Tempatan selepas Perang Dunia Kedua juga
      ditubuhkan secara demokratik tetapi oleh kerana kekecohan yang berlaku pada tahun
      1960an, Kerajaan Persekutuan telah mansuhkan sistem pilihanraya untuk Kerajaan
      Tempatan. Kini Kerajaan Tempatan ditubuhkan melalui perlantikan Yang DiPertua dan
      Ahli-Ahli Majlis oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan
      1976.




      Setiap peringkat kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidangkuasa masing-
      masing. Kerajaan Persekutuan misalnya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara
      berkenaan dengan keselamatan negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan,


                      Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                        1
pendidikan dan lain-lain lagi. Tiga tanggungjawab utama Kerajaan Negeri pula ialah
perkara-perkara berkenaan dengan tanah, ugama dan kerajaan tempatan. Kesemua
tanggungjawab ini adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di
bawah Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.




Sebelum Akta Perancang Bandar dan Desa (PBD) 1976, kuasa dan perhubungan
antara pihak berkuasa-pihak berkuasa berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan
tanah tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang semasa. Khususnya
perhubungan di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan pihak berkuasa-pihak berkuasa
tempatan begitu rumit sekali pada awal tahun 1960an terutamanya di kawasan-kawasan
pihak berkuasa tempatan yang diperintah oleh parti politik yang berlainan daripada parti
politik yang menubuhkan kerajaan negeri. Bahagian II (Dasar dan Pentadbiran) Akta
PBD 1976 membetulkan kekurangan ini dengan menetapkan tugas dan kuasa setiap
pihak berkuasa yang ada urusan terhadap hal ehwal tanah.




               Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                       2
2.0       SISTEM PENTADBIRAN PERANCANGAN BANDAR




                                          Majlis Negara Kerajaan Tempatan


Peringkat Kerajaan Persekutuan

          Rancangan fizikal Negara
      -
                                           Kementerian Perumahan Dan
                                              Kerajaan Tempatan




                                         Jabatan Perancangan Bandar dan
                                           Desa Semenanjung Malaysia.




Peringkat Kerajaan Negeri
                                         Jawatankuasa Perancang Negeri
          Rancangan Struktur
      -
          Negeri.
          Rancangan Tempatan
      -
          Daerah                        Jabatan Perancangan Bandar dan
          Rancangan Kawasan
      -                                           Desa Negeri
          Khas




                                            Pihak Berkuasa Tempatan
Peringkat Kerajaan Tempatan




                      Rajah 1.1   : Carta aliran Sistem Perancangan Bandar




                         Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar               3
2.1   Peringkat Kerajaan Persekutuan.


      Dalam sistem perancangan pada peringkat Persekutuan ianya melibatkan aspek
      penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Segala
      penerangan berkenaan sistem perancangan pada peringkat ini, ianya akan menjelaskan
      proses yang terlibat pada setiap peringkat. Proses ini juga akan menerangkan tentang
      perincian aktiviti-aktiviti pada setiap peringkat dan disamping mengenalpasti agensi-
      agensi yang berkaitan bagi setiap peringkat.




      2.1.1   Penggubalan Dasar

              Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan di mana ianya bertujuan untuk
              menyatakan tujuan dan matlamatnya mengenai sesuatu perkara. Dengan
              tergubalnya sesuatu dasar maka usaha-usaha perancangan untuk mencapai
              matlamatnya bolehlah diadakan.




              Pembentukan dasar-dasar awam negara adalah dilakukan oleh Kabinet.
              Lantaran daripada itu, salah satu daripada peranan yang penting dimainkan oleh
              pegawai-pegawai tinggi awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua
              Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan iaitu untuk memberi nasihat dan membatu
              Kabinet menggubal dasar-dasar tersebut.




              Sesuatu dasar awam negara dapat dibentuk melalui salah satu daripada tiga
              proses. Pertamanya adalah melalui proses dan saluran politik sama ada
              berikutan daripada arahan Kabinet atau anggota parti berkenaan. Kedua melalui
              proses pentadbiran terutamanya diperingkat kementerian dan ketiga melalui
              proses yang melibatkan kedua-dua saluran iaitu politik dan pentadbiran dengan
              berdasarkan interaksi secara bersepadu melalui Majlis Kebangsaan dan
              Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan. Dasar tersebut akan dibincang
              dalam mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.




                      Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                    4
Sesuatu dasar yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri akan
dibincangkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa
Perhubungan Persekutuan dan Negeri atau mesyuarat yang melibatkan menteri-
menteri besar atau ketua-ketua menteri atau mesyuarat di kalangan Setiausaha
Kerajaan Negeri. Biasanya dasar-dasar penting dikemukan sehingga ke
peringkat Majlis Raja-raja untuk mendapatkan pertimbangannya. Selain itu,
dasar-dasar kebangsaan mengenai tanah, kewangan, kerajaan tempatan dan
agama akan dibincangkan oleh majlis-majlis berkenaan yang ditubuhkan di
bawah Perlembagaan Persekutuan. Majlis-majlis tersebut akan dianggotai oleh
wakil-wakil dari kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis tersebut termasuklah
Majlis Negara Kerajaan Tempatan.




a) Majlis Negara Kerajaan Tempatan



   Menurut Phang Siew Nooi (1989) Majlis Negara Kerajaan Tempatan
   memainkan peranan sebagai penasihat dan akan membolehkan pertukaran
   fikiran antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Dasar yang
   dikeluarkan oleh Majlis Negara ini dianggap perlu kepada wakil-wakilnya.
   Dasar yang telah dipersetujui dan dikeluarkan mestilah diikuti dan
   digunapakai.   Hanya    Sabah    dan    Sarawak,    mengikut    Artikel   95E
   Perlembagaan Persekutuan tidak perlu mematuhi dasar Majlis Negara
   Kerajaan Tempatan itu sekiranya tidak mahu.



   Pada tahun 1960, telahpun berlaku dua perkara iaitu, Pertama ialah
   kelulusan Parlimen terhadap Akta pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 yang
   memindahkan penyeliaan pilihanraya kerajaan tempatan dari kerajaan
   negeri, (kecuali di Majlis-majlis Tempatan), kepada suruhanjaya Pilihanaraya.
   Perkara kedua ialah kelulusan Akta Ibu Kota Persekutaan 1960 yang
   menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota persekutuan.


   Sehingga tahun 1963, kegiatan kerajaan tempatan telah didapati bukan
   hanya di bandar sahaja tetapi juga ianya juga terdapat di luar bandar.



        Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                      5
Berbagai-bagai penguasa tempatan telah wujud di negara ini untuk
   memenuhi kehendak rakyat di merata-rata tempat. Sehigga kini pentadbiran
   kerajaan tempatan telah menjadi satu tugas yang kompleks kerana telah
   wujud struktur penguasa-penguasa tempatan yang berbeza-beza di antara
   sesebuah kawasan.


   Pada 25 November 1971, kerajaan persekutuan melalui Majlis Negara telah
   menetapkan supaya kerajaan tempatan menyusun semula penguasa-
   penguasa tempatan di negara ini supaya         mereka boleh memberi
   perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik dan mentadbir dengan cekap.
   Dengan keputusan ini, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan
   Sementara) 1973 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973, digubal serta
   diluluskan oleh Parlimen pada 29 Ogos 1973. Akta-akta ini merupakan
   banyak erti dan kepentingan kepada perkembangan kerajaan tempatan pada
   masa hadapan.




b) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


   Kementerian ini memainkan peranan utama dalam beberapa perkara iaitu:

       Merancang   dan melaksanakan dasar      dan program     Kementerian
   •
       Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan matlamat dasar
       pembangunan negara.
       Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada semua
   •
       rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah
       Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan mampu
   •
       menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang maju dan
       persekitaran yang selesa dan indah
       Memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran yang
   •
       cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda




        Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                 6
Memperkukuhkan dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, sosial,
           •
                 ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa berdasarkan Akta
                 Perancangan Bandar dan Desa, 1976
                 Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan
           •
                 landskap seluruh negara
                 Merancang, mengawalselia dan menguatkuasakan semua peraturan
           •
                 yang berkaitan dengan sektor pembetungan di negara ini mengikut Akta
                 Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508)




2.1.2   Perancangan

        Perancangan sosioekonomi merupakan suatu usaha untuk mengadakan cara
        bagi mencapai sesuatu matlamat yang terkandung di dalam dasar-dasar awam
        dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap agensi kerajaan
        bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pembangunan masing-
        masing bagi kedua-dua rancangan tahunan dan Rancangan Lima Tahun.
        Perancangan yang dibuat oleh agensi-agensi yang terletak di abwah sesyatu
        kementerian pula akan disatukan untuk menjadi satu perancangan bagi
        seluruhkementerian. Di peringkat pentadbiran negeri, setiap agensi kerajaan
        negeri    juga   bertanggungjawab   menyediakan   rancangan   masing-masing.
        Rancangan-rancangan itu akan diteliti dan diperiksa oleh Unit Perancang
        Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertanggungjawab menyediakan perancangan
        negeri untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, Majlis
        Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri.




        Rancangan-rancangan tahunan dan lima tahun yang disediakan oleh pihak
        kementerian dan negeri akan diteliti dan diperiksa oleh Bahagian Perancang
        Ekonomi (BPE), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang lain untuk
        dijadikan satu rancangan pembangunan negara. Draf rancangan itu, akan
        dibincang di peringkat peagawai dalam Majlis Perancangan dan Pembangunan
        Negara (MPPN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)




                  Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                 7
sebelum dibawa ke Majlis Ekonomi Negara (MEN), Kabinet dan seterusnya ke
Parlimen.




Di bawah aktiviti perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek
perancangan yang berkesan. Bagi memastikan perancangan kegunaan,
pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat
iaitu peringkat persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut :




a) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Peringkat
   Persekutuan.


   • Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal
      perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan
      tanah,
   • Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang
      dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
   • Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen
      melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian
      perancangan, piawaian dan prosedur perancangan,
   • Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan
      spatial mengikut formula guna tanah dan dasar                  serta program
      penempatan,
   • Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi
      kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan
      Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah,
   • Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan
      kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.




        Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                        8
2.1.3   Pelaksanaan

        Pada peringkat perlaksanaan ini setiap agensi kerajaan yang bertanggungjawab
        menyediakan rancangan pembangunan secara automatik ditugaskan untuk
        melaksanakan rancangan tersebut. Pelaksaan rancangan merupakan kegiatan
        untuk menjalankan kerja-kerja bagi menyiapkan program atau projek tertentu.




        Banyak usaha perancangan tertumpu pada peingkat ibu pejabat kementerian,
        jabatan dan perbadanan awam. Tumpuan kegiatan pelaksanaan pula adalah di
        peringkat   cawangan   agensi    di   negeri,   daerah,   mukim    dan   kampung.
        Sungguhpun     demikian    ibu   pejabat     jabatan   dan     perbadanan    awam
        bertanggungjawab    bagi   mengawasi       segala   kegiatan   pelaksanaan   yang
        dijalankan oleh cawangan masing-masing. Sekiranya cawangan menghadapi
        masalah yang tidak dapat diselesaikannya masalah-masalah tersebut akan
        dikemukakan kepada pihak ibu pejabat.




        Pada peringkat perlaksanaan ini, antara rancangan pembangunan yang
        disediakan adalah Rancangan Fizikal Negara.




        a) Rancangan Fizikal Negara

           Rancangan Fizikal Negara (RFN) adalah merupakan suatu pernyataan
           bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju
           pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia.
           Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal
           Negara pada 26 April 2005.

           Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan
           panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan
           negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya:




                Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                       9
Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-
    •
        dasar sektoral lain yang berkaitan.
        Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di
    •
        peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi
        menjadi asas pembangunan semua negeri, dan
        Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan
    •
        oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan
        projek Rancangan Malaysia Lima Tahun.




Rancangan Fizikal Negara berfungsi dalam mengukuhkan perancangan negara
melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara,          menyelaras agensi
sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral,
membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan
dan membentuk polisi perancangan fizikal.




Selain daripada itu antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah :

        Pembentukan kerangka spatial negara.
•
        Peningkatan daya saing ekonomi negara. Pemodenan sektor pertanian.
•
        Pengukuhan pembangunan          pelancongan.   Pengurusan    petempatan
        manusia.    Pemuliharaan     sumber   semulajadi   dan     alam   sekitar.
        Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara.
        Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian
•




Rancangan Fizikal Negara hendaklah dikaji semula setiap lima tahun seiring
dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara, atau jika
dan apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara.




         Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                       10
2.1.4   Penyelarasan

        Peringkat ini adalah merupakan peringkat yang penting yang dapat menentukan
        kejayaan dan kegagalan sesuatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan.
        Penyelerasan adalah kegiatan yang bertujuan untuk mengadakan perhubungan
        dan pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang terlibat di dalam
        pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan.




        Diperingkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Unit Perancang
        Ekonomi Negeri dan pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan
        penyelarasan   ke   atas   cawangan     agensi-agensi   persekutuan   dengan
        mengadakan perhubungan dan kerjasama yang rapat.




2.1.5   Penilaian

        Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu program atau
        projek pembangunan terhadap golongan masyarakat yang menjadi sasaran.
        Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai perancang
        mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin kejayaan yang lebih
        besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang.




                Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                  11
2.2   Peringkat Kerajaan Negeri


      Dalam sistem perancangan di peringkat negeri ianya adalah serupa dengan sistem yang
      terdapat di peringkat persekutuan di mana ianya melibatkan aspek penggubalan dasar,
      perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Adalah menjadi kebiasaan
      bahawa pihak kerajaan negeri mengambilkira dasar-dasar yang wujud di peringkat
      persekutuan sebelum sesuatu dasar negeri dibentuk. Dalam konteks ini, Dasar Ekonomi
      Baru merupakan asas yang penting yang menjadi panduan utama pembentukan dasar
      peringkat negeri.




      Pembentukan dasar-dasar awam negeri dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
      Negeri yang para anggotanya terdiri daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta
      dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan, iaitu Setiausaha Kerajaan
      Negeri. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu dibentuk, Kerajaan Negeri juga
      menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji sesuatu dasar
      sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.




      Untuk rancangan lima tahun, Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana Menteri
      merupakan penggerak utama yang mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat-
      maklumat yang dikehendaki dari semua negeri. Unit ini akan menghubungi semua
      Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dan memberitahu bahawa tiap-tiap
      negeri supaya menyediakan kertas-kertas tertentu bagi menyatakan projek-projek
      pembangunan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dimasukkan ke dalam
      Rancangan Malaysia Lima Tahun itu. Di peringkat Negeri pula, setiausaha Kerajaan
      Negeri akan memberi arahan kepada semua Pegawai Daerah bagi negeri itu supaya
      membuat rundingan dan mengemukakan projek-projek pembangunan yang dikehendaki
      dalam sesebuah daerah atau jajahan. Di peringkat Daerah pula, pegawai daerah selaku
      Pegerusi Jawatankuasa Pembangunan dan tindakan Daerah dan Jawatankuasa Kerja
      Perancangan Daerah akan meminta setiap ketua jabatan yang ada diperingkat daerah
      supaya supaya mengemukakan projek-projek pembangunan sebagai projek jabatan itu.




                      Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                 12
Pada lazimnya, sesebuah jabatan itu akan mengemukakan kertas kerja untuk
menyebutkan projek-projek yang dikehendaki, anggaran harganya dan tempat
pembinaannya. Kertas kerja yang disiapkan itu akan dibincangkan oleh ketua-ketua
jabatan dan pegawai daerah yang semuanya menjadi ahli kepada kedua-dua
jawatankuasa tersebut. Segala keputusan dan kertas kerja yang berkaitan akan
diserahkan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan kepada Pegawai Kemajuan
Negeri.




Pegawai Kemajuan Negeri seterusnya akan meneliti semula perakuan-perakuan yang
diperolehi daripada semua daerah dan akan membawanya ke dalam perbincangan yang
akan diadakan di peringkat negeri. Badan peringkat negeri yang akan membincangkan
permohonan projek-projek itu ialah, Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang
mempengerusikan oleh Menteri Besar Besar atau Ketua Menteri. Setiausaha Kerajaan
Negeri berfungsi selaku Timbalan Pengerusi dan Pegawai Kemajuan Negeri pula
menjadi setaiusaha jawatankuasa tersebut. Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri
serta beberapa orang wakil rakyat menjadi anggota jawatankuasa ini. Segala perakuan
mengenai   pembangunan     di   peringkat   negeri   itu   akan   diserahkan   kepada
Perbendaharaan dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.




Pendekatan perancangan yang kerap diamalkan ialah perancangan dari bawah iaitu
bahawa rakyat melalui wakil rakyat, ketua kampung dan pegawai di peringkat daerah,
diberi peluang mengemukakan kehendak pembangunan yang sesuai dengan keperluan
daerah. Perakuan menyeluruh yang menyatupadukan kehendak-kehendak itu akan
dikemukakan pula ke peringkat persekutuan iaitu kepada Bahagian Perancang
Ekonomi.   Walaubagaimanapun,     mengikut    amalannya,     kedua-dua    pendekatan
perancangan dari bawah dan perancangan dari atas di amalkan di negara ini. Ini
bermakna kedua-dua peringkat kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan
penting dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negeri itu.           Di peringkat
negeri, kerajaan negeri dapat menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam
sesuatu negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur
majunya sesebuah daerah itu. Di peringkat negeri, Kerajaan Negeri dapat menentukan




              Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                     13
daerah atau wilayah yang patut dan sesuai menerima sesuatu projek pembangunan
tertentu dengan mengambilkira kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan.




2.2.1     Jawatankuasa Perancang Negeri




          Apabila Akta PBD 1976 diterimapakai di sesebuah negeri, suatu Jawatankuasa
          Perancang Negeri (JPN) hendaklah ditubuhkan (s. 4(1)). JPN mengandungi
          anggota-anggota berikut:

           i.    Pengerusi (Mentri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu);
          ii.    Timbalan Pengerusi (seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, EXCO yang
                 dilantik oleh PBN);
         iii.    Setiausaha Kerajaan Negeri;
         iv.     Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri (yang menjadi Setiausaha
                 JPN);
          v.     Pengarah Tanah dan Galian Negeri;
         vi.     Pengarah    Unit    Perancang    Ekonomi     Negeri atau   pegawai   yang
                 bertanggungjawab jika tiada jawatan pengarah negeri;
        vii.     Pengarah Kerja Raya Negeri;
        viii.    Penasihat Undang-Undang Negeri;
         ix.     Pegawai Kewangan Negeri;
          x.     Pegawai Kemajuan Negeri;
         xi.     Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri;
        xii.     tidak lebih dari 4 ahli lain yang dilantik oleh PBN.


          Ahli-ahli (ix) hingga (xi) telah ditambahkan melalui Akta Perancang Bandar dan
          Desa (Pindaan) 1995. Sekurang-kurangnya 2 Ahli JPN adalah Ahli EXCO, iaitu
          ahli politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya umum.
          Sembilan Ahli JPN adalah pegawai kerajaan. Empat ahli lain boleh dilantik atas
          budibicara Pihakberkuasa Negeri. Jelaslah bahawa keanggotaan JPN berat
          sebelah kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam peringkat negeri. Akta
          PBD 1976 tidak menyatakan bagaimana JPN patut bertindak atau membuat
          keputusan. Andaiannya ialah setiap ahli mempunyai kuasa yang sama dan


                  Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                      14
mengikut amalan biasa JPN akan membuat keputusan melalui konsensus atau
secara mengundi. Sebagai perbandingan, Pengerusi Lembaga Rayuan yang
ditubuhkan di bawah Akta PBD 1976 mempunyai kuasa luarbiasa dan boleh
membuat keputusan yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli lain.


Bidang kuasa setiap JPN terhad kepada kawasan negeri masing-masing.
Jelaslah wujudnya suatu kuasa berasingan untuk perancangan diperingkat
negeri. Perhatikan bahawa cadangan asal dalam draf Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1972 ialah penubuhan suatu Pihak Berkuasa Perancangan Negeri
dengan Pengerusi yang tidak semestinya Menteri Besar atau Ketua Menteri..
Secara bandingan, kuasa perancangan di peringkat tempatan telah dikekalkan
dengan pihak berkuasa tempatan.




a) Tugas Jawatankuasa Perancang Negeri

   Berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (s.4(3)) tugas-tuga
   JPN ini ialah :


       menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah;
   •
       menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di atas; dan
   •
       mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi
   •
       berhubung dengan perancangan bandar.




b) Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri

       memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT)
   •
       dan arahan itu mesti dipatuhi (s. 4(5));
       mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau pendengaran
   •
       tempatan (s. 4(7));
       tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD 1976 (s. 4(6)).
   •
       Peruntukan ini amat luas. Misalnya, JPN nampaknya boleh peruntukan ini
       untuk menjalankan suatu kajian dan seterusnya sediakan sesuatu



        Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                   15
Rancangan Pembangunan untuk peringkat Negeri dan rancangan ini
      dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk pemajuan
      tanah. Kekurangannya ialah proses quot;perancanganquot; itu mungkin tertutup
      dan tidak terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. Rancangan
      Pembangunan Negeri ini juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT
      ataupun tidak dibuka untuk pemeriksaan orang ramai.




c) Rancangan Pemajuan

  Untuk memastikan bahawa PBPT mematuhi dasar kerajaan negeri bagi
  penggunaan tanah, JPN boleh :

      menetapkan tempoh masa untuk PBPT menyediakan draf rancangan
  •
      struktur (s. 8(1)),
      mengarahkan pemeriksaan baru dijalankan (s. 7(2)), iaitu sebagai asas
  •
      untuk mengkaji semula rancangan struktur yang telah diluluskan,
      meluluskan, menolak, atau mengubahsuaikan draf rancangan struktur (s.
  •
      10(1)) yang dikemukakan kepada JPN untuk kelulusan,
      mengarahkan       perubahan   kepada   rancangan   struktur   yang   telah
  •
      diluluskan dan berkuatkuasa (s. 11(1)).
      mengarahkan PBPT menyediakan rancangan tempatan (s. 12(6) & (8))
  •
      walaupun penyediaan rancangan tempatan tidak diwajibkan dan boleh
      disediakan atas budibicara PBPT. Dalam hal ini, JPN perlu bincang
      arahan ini dengan PBPT berkenaan terlebih dahulu.
      mengarahkan PBPT mengubah, memansuh, menggantikan rancangan
  •
      tempatan (s. 16(2)).




       Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                       16
2.2.2   Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri

        Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri
        tertentu, jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan
        Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.
        Antara fungsi jabatan ini adalah;

               Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua
        •
               hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah;
               Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri
        •
               yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
               (Akta 172),
               Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan
        •
               kawalan perancangan tanah dan bangunan,
               Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai
        •
               perancangan bandar dan desa, serta pemajuan dan penggunaan tanah
               Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal
        •
               selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan;
               Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan
        •
               kerajaan negeri; dan
               Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan
        •
               pembangunan tanah.
               Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya
        •
               Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak
               berkuasa perancang tempatan.
               Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu
        •
               Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan
               Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama ada yang diarahkan atau
               atas inisiatif jabatan,
               Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan,
        •
               Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai
        •
               perancangan bandar dan desa.




                Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                  17
i)   Rancangan Struktur

     Rancangan struktur merupakan sistem perancangan diperingkat negeri yang
     mana ianya mengandungi suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar
     dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan
     penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-
     langkah untuk.;


            Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
     •
            Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
     •
            Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi;
     •
            Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
     •
            Memudahkan pembangunan secara mampan.
     •


     Kaedah penyediaannya juga adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 8,
     Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976(Akta 172) dan Akta Pindaan 2001
     (Akta A 1129),

     RS juga hendaklah mengandungi gambar rajah, gambaran-gambaran dan
     lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-
     cadangan yang dikemukakan.

     Antara fungsi Rancangan Struktur ialah;

            Mentafsirkan dasar negara dan wilayah
     •
            Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum
     •
            Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan RT
     •
            Menyediakan garis panduan untuk kawalan pembangunan
     •
            Menyediakan asas untuk penyelarasan segala keputusan
     •
            Menyediakan asas panduan dan menggalakkan pembangunan
     •
            Membentang isu-isu dan keputusan-keputusan.
     •




             Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                               18
Seranta Dan
                             Draf
 Asas Rujukan
                                                        Bantahan Awam
                          Rancangan
                           Struktur
                            Negeri
 Laporan awal
                                                       Laporan Bantahan               Pewartaan
                                                            Awam                     Rancangan
                                                                                    Struktur Negeri
                        Laporan Perwakilan
Laporan Teknikel
                              Awam                       Rundingan
                                                        Dengan Majlis
                                                        Perancangan
                                                        Fizikal negara              Kelulusan Draf
  Laporan
                           Seranta dan                                               Rancangan
Pemeriksaan
                         Perwakilan Awam                                            Struktur Negeri




Rajah 1.2       : Kaedah Penyediaan Rancangan Struktur Negeri




      b)      Rancangan Tempatan Daerah.


              Rancangan Tempatan(RT) adalah merupakan satu dokumen penerangan yang
              mana ianya mengandungi Peta cadangan dan pernyataan bertulis beserta Garis
              Panduan Perlaksanaan ianya juga merupakan satu dokumen rasmi yang
              mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di
              dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.



              Rancangan Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di
              dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang
              menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung
              dalam Rancangan Struktur.



                       Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                          19
Rancangan Tempatan ini disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga
16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan (PBPT)



Antara fungsi Rancangan Tempatan ini adalah;


      Melaksanakan serta menterjemah strategi yang telah digariskan oleh
•
      Rancangan Struktur Negeri dengan lebih terperinci.
      Memperincikan dasar kawalan perancangan bandar sebagai panduan
•
      pembangunan.
      Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan
•
      tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan
      mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan
      tersebut.

      Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas
•
      untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, aturcara pembangunan,
      perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh
      RT.
      Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang
•
      awam.




        Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                  20
RANCANGAN STRUKTUR                          PENGUBAHAN DAN PENGGANTIAN

Pernyataan dasar dan cadangan am                 Setiap lima tahun/    bila-bila   masa
pemajuan dan penggunaan tanah.                   sekiranya perlu.




    SERANTA AWAL RANCANGAN
           TEMPATAN
                                                          MEWARTAKAN RT
Mendapatkan maklumbalas dari orang
                                                 Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
ramai mengenai objektif, tujuan dan
                                                 diberitahu dan Pihak Berkuasa Negri
perkara lain yang akan dicadangkan
                                                 akan menyiarkannya di dalam warta
dalam RT
                                                 negeri.



      RANCANGAN TEMPATAN

Mengandungi suatu Peta Cadangan dan
Pernyataan Bertulis yang menepati dasar/           KELULUSAN DRAF RANCANGAN
cadangan Rancangan Struktur Negeri.                        TEMPATAN

                                                 Oleh Jawatankuasa Perancang Negeri
                                                 dengan mengambilkira bantahan dan
                                                 rayuan hasil siasatan Jawatankuasa
                                                 Penyiasatan dan Perbicaraan Awam.
 SERANTA DRAF RANCANGAN
        TEMPATAN

Pameran diadakan selama sebulan
bagi membolehkan orang ramai                       PENYIASATAN DAN PERBICARAAN
membuat    bantahan mengenai
                                                   Penyiasatan      tempatan       atau
kandungan Rancangan Tempatan
                                                   perbicaraan awam



                Rajah 1.3 : Kaedah Penyediaan Rancangan Tempatan




                     Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                21
c)   Rancangan Kawasan Khas.


     Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah merupakan satu pelan cadangan
     terperinci yang mana terdahulunya ianya dikenali sebagai Pelan Tindakan RKK
     mengandungi cadangan bagi memaju, memajukan semula, memperelok,
     memulihara dan menguruskan keseluruhan atau sebahagian kawasan tersebut.


     Penyediaan RKK adalah bertujuan untuk penyelesaian kepada masalah
     setempat secara sistematik serta panduan bagi membangunkan kawasan
     dengan lebih cekap


     Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta
     172), penyediaan RKK adalah salah satu Rancangan Pemajuan yang
     memperincikan tindakan pembangunan setiap lot.


     Rancangan Pemajuan pada peringkat yang lebih tinggi telah menformulasi dasar
     dan garis panduan pembangunan bagi sesuatu kawasan. RKK pula berfungsi
     menterjemahkan pembangunan secara terperinci dan tepat di dalam bentuk
     spatial ke atas lot-lot tanah yang berkenaan.


     Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan
     Desa 1976 (Akta 172), kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. RKK adalah
     disediakan diperingkat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi kawasan
     pentadbirannya.




             Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                  22
Mengenalpasti Kawasan Rancangan
                                   Kawasan Khas



                                   Asas Rujukan




   Perlantikan                     Menentukan
  Jawatankuasa               Penyerahan Rancangan             Seranta Awal
Pembicaraan Awam                    Tempatan




                         Draf Laporan Rancangan Kawasan
                                      Khas




                                                           Penyiasatan Tempatan
  Seranta Laporan Draf
Rancangan Kawasan Khas




                            Pindaan Laporan Rancangan
                                  Kawasan Khas


                         Kelulusan jawatankuasa Perancangan
                                       Negeri



                         Pewartaan Rancangan Kawasan Khas

                               (Oleh Kerajaan Negeri)



             Rajah 1.4       : Kaedah Penyediaan Rancangan Kawasan Khas


                 Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                            23
2.3   Peringkat Kerajaan Tempatan


      Menurut Phang Siew Nooi dalam bukunya yang bertajuk, Sistem Kerajaan Tempatan Di
      Malaysia, hanya Malcolm W. Norris (1980) yang dapat memberi definisi yang lebih tepat
      iaitu:

      “kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan di
      kawasan-kawasan Bandar, luar Bandar atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di
      bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan tempatan mempunyai
      kedudukan yang sah dan berdaulat daripada kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan
      ialah peringkat ketiga dalam struktur Persekutuan Malaysia.”




      Akta PBD 1976 memperuntukkan bahawa taip-taip pihak berkuasa tempatan (kerajaan
      tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bagi
      kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s. 5(1)). Walaupun ini bermakna pihak berkuasa
      tempatan secara automatik menjadi PBPT, ada dua tindakan yang perlu diambil
      sebelum peruntukan ini berkuatkuasa. Pertama, Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis
      pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri
      (PBN) mengikut s. 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kedua, PBN hendaklah
      menetapkan kawasan-kawasan PBPT yang akan menerima-pakai Akta PBD 1976.
      Dengan tindakan-tindakan ini, Yang Di Pertua (atau Datuk Bandar) bersama Ahli-Ahli
      Majlis pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi anggota pihak berkuasa perancang
      tempatan.




      PBN boleh mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian
      daripada kawasan mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan pihak berkuasa
      perancang tempatan (s. 5(2)). Di kawasan-kawasan ini, PBN boleh melantik seorang
      atau beberapa orang sebagai PBPT (s. 5(3)). Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat
      dengan perlantikan Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan
      di luar kawasan Majlis-Majlis Bandaran. Kuasa ini juga telah digunakan untuk melantik




                     Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                    24
Datuk Zainuddin Mohamed merangkap Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai PBPT untuk Putrajaya (1995/96) yang masih
belum dibangunkan (pada masa itu) dan belum mempunyai pihak berkuasa tempatan.




Dari segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau
pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera
pentadbiran yang sama. Misalnya, pihak berkuasa tempatan apabila mengambil
tindakan perancangan (seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang)
ia bertindak sebagai suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. Di
sebaliknya PBPT tidak boleh bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti
mengutip cukai, memungut sampah, mengawal kesihatan bandar, dll). Biasanya, PBPT
tidak mengambil gelaran yang berasingan tetapi mengguna nama pihak berkuasa
tempatan. Contohnya, apabila seseorang memohon kebenaran merancang daripada
PBPT Pulau Pinang ia sebenarnya berurus dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP), iaitu nama pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang. Surat kelulusan
kebenaran merancang juga disediakan di atas surat resmi MPPP (MPPP letterhead).




2.3.1   Tugas dan Kuasa PBPT



        Akta PBD 1976 menetapkan dua tugas utama PBPT iaitu, perancangan dan
        penyebaran maklumat berkenaan dengan perancangan. Disamping itu, PBPT
        juga wajib menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh PBN atau JPN.
        Secara terperinci s. 6(1) Akta PBD 1976 menyatakan bahawa PBPT hendaklah :

              mengatur, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan semua
        •
              tanah dan bangunan dalam kawasannya;
              mengusaha,      membantu      dan     menggalakkan      pemungutan,
        •
              penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan
              lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa
              dan metodologinya; dan




               Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                 25
melaksanakan apa-apa tugas lain yang ditanggungkan ke atasnya dari
•
       masa kesemasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa
       Perancang Negeri.

PBPT juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada syarat-syarat yang
dinyatakan dalam surat hakmilik tanah terutamanya apabila mempertimbangkan
permohonan kebenaran merancang. Contohnya, jika kategori hakmilik tanah
ialah pertanian, PBPT tidak akan membenarkan pembangunan walaupun
rancangan struktur menetapkan bahawa tanah berkenaan boleh dibangunan
untuk perumahan atau kegunaan lain yang bertentangan dengan kategori tanah.
Pemaju atau pemohon perlu melalui proses tukar syarat (ia itu, ubah kategori
kegunaan tanah) dahulu sebelum kebenaran merancang boleh diberi. Di
sebaliknya pula, jika PBN telah tukar syarat sesuatu tanah dari pertanian kepada
bangunan, PBPT terpaksa anggap ini sebagai penukaran dasar kerajaan negeri
yang perlu dipatuhi walaupun tanah tersebut ditunjukkan sebagai kawasan
pertanian dalam rancangan struktur yang telah diluluskan oleh JPN.




a)     Rancangan Pemajuan

       Akta PBD 1976 juga menyatakan beberapa tindakan yang perlu diambil
       oleh PBPT berkenaan dengan rancangan pemajuan, khususnya :

              Memulakan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang mungkin
       •
              menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan (s. 7(1)).
              Walaupun PBPT hanya dikehendaki menjalankan pemeriksaan di
              kawasannya ia juga dibenarkan memeriksa kawasan yang
              berhampiran jika perlu. Pemeriksaan ini menjadi asas untuk
              perancangan kawasan PBPT.
              Menyampaikan Laporan Pemeriksaan dan draf rancangan struktur
       •
              untuk kelulusan JPN (s. 8(1)).
              Memberi perhatian kepada dasar sosial dan ekonomi negara dan
       •
              negeri semasa membentukkan dasar penggunaan tanah dalam
              rancangan struktur (s. 8(4)).




           Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                   26
Mewartakan penerimaan draf rancangan tempatan dalam WARTA
     •
            Negeri dan 2 akhbar (s. 15(4)). Walaupun PBPT tidak perlu
            mendapat kelulusan JPN bagi rancangan tempatan tetapi ia mesti
            gazetkan penerimaan sesuatu rancangan tempatan.




b)   Kawalan Perancangan

     Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan diberi melalui s.
     19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang kecuali
     PBPT mesti mendapat kebenaran merancang. Permohonan untuk
     kebenaran merancang hendaklah dibuat kepada PBPT (s. 21(1)).




         Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                               27
3.0    KESIMPULAN


Secara kesimpulannya sistem pentadbiran perancangan bandar adalah dibahagikan kepada
tiga peringkat iaitu peringkat kerajaan persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan peringkat
kerajaan tempatan.




Dalam peringkat kerajaan persekutuan ianya mempunyai pelbagai peringkat dan ianya
termasuklah peggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian.
Antara peringkat jabatan kerajaan yang terletak diperingkat ini ialah Majlis Negara Kerajaan
Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Jabatan Perancangan
bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Rancangan pemajuan yang terlibat di peringkat ini
adalah Rancangan Fizikal Negara.




Pada peringkat kerajaan negeri ianya berperanan dalam membuat rancangan pemajuan seperti
Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Jabatan-jabatan
yang terlibat dalam peringkat ini ialah Jawatankuasa Perancang Negeri dan Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri.




Manakala pada peringkat kerajaan tempatan ianya menerangkan kuasa pihak berkuasa
perancang tempatan. Di mana pihak berkuasa ini memainkan peranan utama dalam rancangan
pemajuan dan kawalan perancangan.




                      Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                                    28
SUMBER RUJUKAN


1.   Ahmad Atory Hussain, Kerajaan Tempatan Teori dan Peranan Di Malaysia.
2.   Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(Akta 172), International Law Book
     Services.
3.   Halmi b. Zainol, Pendahuluan Kepada Perancangan Fizikal, Biroteks Universiti
     Teknologi Mara, Shah Alam.
4.   Phang Siew Nooi, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, Dewan Bahasa dan
     Pustaka.
5.   Malaysia Kita.
6.   http://www.townplan.gov.my




                      Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar                         29

More Related Content

What's hot

Sejarah, trend dan proses pembandaran
Sejarah, trend dan proses pembandaranSejarah, trend dan proses pembandaran
Sejarah, trend dan proses pembandaranAwatif Atif
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam Miss Jia
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Thivyaapriya Sambamoorthy
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMKacang Pistachio
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanZoul Omar
 
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)anuarhab
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Kepentingan pemetaan utiliti
Kepentingan pemetaan utilitiKepentingan pemetaan utiliti
Kepentingan pemetaan utilitiIjan Ahmad
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.shafikah zakaria
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimannasywah79
 
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraMis Sem
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmadib danial
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKamilah Kam
 
Pentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeriPentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negerinasywah79
 

What's hot (20)

KERAJAAN NEGERI
KERAJAAN NEGERIKERAJAAN NEGERI
KERAJAAN NEGERI
 
Sejarah, trend dan proses pembandaran
Sejarah, trend dan proses pembandaranSejarah, trend dan proses pembandaran
Sejarah, trend dan proses pembandaran
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuan
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Kepentingan pemetaan utiliti
Kepentingan pemetaan utilitiKepentingan pemetaan utiliti
Kepentingan pemetaan utiliti
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakiman
 
Rmk 11
Rmk 11Rmk 11
Rmk 11
 
Contoh borang soal selidik
Contoh borang soal selidik Contoh borang soal selidik
Contoh borang soal selidik
 
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara
Dasar Sosial Negara
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologi
 
Pentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeriPentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeri
 

Similar to Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014Muhammad Razlan
 
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)smk batu sapi
 
Zy ts mz ky pengajian am
Zy ts mz ky pengajian amZy ts mz ky pengajian am
Zy ts mz ky pengajian amZheung Yik
 
Meizhen & kahyee
Meizhen & kahyeeMeizhen & kahyee
Meizhen & kahyeeZheung Yik
 
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayahPLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayahMohammad Syahmi
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian amExTrEmm
 
Skp2101 1307066680
Skp2101 1307066680Skp2101 1307066680
Skp2101 1307066680Wan Arirz
 
Jentera pentadbiran bab 9
Jentera pentadbiran bab 9Jentera pentadbiran bab 9
Jentera pentadbiran bab 9azah narowi
 
Kerajaan negeri
Kerajaan negeriKerajaan negeri
Kerajaan negerirahanaz
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanUNie ONie
 
Jabatan negeri 15.10 15.19
Jabatan negeri 15.10 15.19Jabatan negeri 15.10 15.19
Jabatan negeri 15.10 15.19Faizah Yahya
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysiaNur Az
 

Similar to Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar (19)

Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
Ddpn3193 kuliah-2-urp-di-malaysia-konteks-25112014
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
 
Zy ts mz ky pengajian am
Zy ts mz ky pengajian amZy ts mz ky pengajian am
Zy ts mz ky pengajian am
 
Meizhen & kahyee
Meizhen & kahyeeMeizhen & kahyee
Meizhen & kahyee
 
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayahPLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
PLANMalaysia_Jawatankuasa perancang wilayah
 
JPW Wilayah.pdf
JPW Wilayah.pdfJPW Wilayah.pdf
JPW Wilayah.pdf
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian am
 
Skp2101 1307066680
Skp2101 1307066680Skp2101 1307066680
Skp2101 1307066680
 
Jentera pentadbiran bab 9
Jentera pentadbiran bab 9Jentera pentadbiran bab 9
Jentera pentadbiran bab 9
 
Tadbir urus negara
Tadbir urus negaraTadbir urus negara
Tadbir urus negara
 
Kerajaan negeri
Kerajaan negeriKerajaan negeri
Kerajaan negeri
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan Perumahan
 
Jabatan negeri 15.10 15.19
Jabatan negeri 15.10 15.19Jabatan negeri 15.10 15.19
Jabatan negeri 15.10 15.19
 
Kerajaan tempatan
Kerajaan  tempatanKerajaan  tempatan
Kerajaan tempatan
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
La21
La21La21
La21
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 

Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN. Perancangan dalam konteks perancangan bandar boleh diertikan sebagai persembahan fizikal tentang sesuatu seperti peta lukisan dan lain-lain. Selain daripada itu ianya juga boleh dimaksudkan kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang teratur untuk mencapai sesuatu objktif. Perancangan bandar adalah merupakan proses menyusun atur sesuatu kawasan berdasarkan kepada rancangan Pemajuan yang disediakan di sampig kawalan ke atas proses pembangunan. Di sektor awam pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses perancangan ini adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan desa Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar Kerajaan Tempatan Berkenaan. Di Malaysia, sistem kerajaan yang di amalkan adalah merupakan sistem federalisme di mana ianya mengandungi tiga peringkat. Peringkat peringkat tersebut masing-masing memainkan peranan penting dalam pentadbiraan kerajaan di Malaysia. Peringkat- peringkat tersebut ialah peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah ditubuhkan melalui proses pilihanraya umum. Kerajaan Tempatan selepas Perang Dunia Kedua juga ditubuhkan secara demokratik tetapi oleh kerana kekecohan yang berlaku pada tahun 1960an, Kerajaan Persekutuan telah mansuhkan sistem pilihanraya untuk Kerajaan Tempatan. Kini Kerajaan Tempatan ditubuhkan melalui perlantikan Yang DiPertua dan Ahli-Ahli Majlis oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setiap peringkat kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidangkuasa masing- masing. Kerajaan Persekutuan misalnya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkenaan dengan keselamatan negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan, Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 1
  • 2. pendidikan dan lain-lain lagi. Tiga tanggungjawab utama Kerajaan Negeri pula ialah perkara-perkara berkenaan dengan tanah, ugama dan kerajaan tempatan. Kesemua tanggungjawab ini adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Sebelum Akta Perancang Bandar dan Desa (PBD) 1976, kuasa dan perhubungan antara pihak berkuasa-pihak berkuasa berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang semasa. Khususnya perhubungan di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan begitu rumit sekali pada awal tahun 1960an terutamanya di kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan yang diperintah oleh parti politik yang berlainan daripada parti politik yang menubuhkan kerajaan negeri. Bahagian II (Dasar dan Pentadbiran) Akta PBD 1976 membetulkan kekurangan ini dengan menetapkan tugas dan kuasa setiap pihak berkuasa yang ada urusan terhadap hal ehwal tanah. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 2
  • 3. 2.0 SISTEM PENTADBIRAN PERANCANGAN BANDAR Majlis Negara Kerajaan Tempatan Peringkat Kerajaan Persekutuan Rancangan fizikal Negara - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Peringkat Kerajaan Negeri Jawatankuasa Perancang Negeri Rancangan Struktur - Negeri. Rancangan Tempatan - Daerah Jabatan Perancangan Bandar dan Rancangan Kawasan - Desa Negeri Khas Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Kerajaan Tempatan Rajah 1.1 : Carta aliran Sistem Perancangan Bandar Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 3
  • 4. 2.1 Peringkat Kerajaan Persekutuan. Dalam sistem perancangan pada peringkat Persekutuan ianya melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Segala penerangan berkenaan sistem perancangan pada peringkat ini, ianya akan menjelaskan proses yang terlibat pada setiap peringkat. Proses ini juga akan menerangkan tentang perincian aktiviti-aktiviti pada setiap peringkat dan disamping mengenalpasti agensi- agensi yang berkaitan bagi setiap peringkat. 2.1.1 Penggubalan Dasar Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan di mana ianya bertujuan untuk menyatakan tujuan dan matlamatnya mengenai sesuatu perkara. Dengan tergubalnya sesuatu dasar maka usaha-usaha perancangan untuk mencapai matlamatnya bolehlah diadakan. Pembentukan dasar-dasar awam negara adalah dilakukan oleh Kabinet. Lantaran daripada itu, salah satu daripada peranan yang penting dimainkan oleh pegawai-pegawai tinggi awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan iaitu untuk memberi nasihat dan membatu Kabinet menggubal dasar-dasar tersebut. Sesuatu dasar awam negara dapat dibentuk melalui salah satu daripada tiga proses. Pertamanya adalah melalui proses dan saluran politik sama ada berikutan daripada arahan Kabinet atau anggota parti berkenaan. Kedua melalui proses pentadbiran terutamanya diperingkat kementerian dan ketiga melalui proses yang melibatkan kedua-dua saluran iaitu politik dan pentadbiran dengan berdasarkan interaksi secara bersepadu melalui Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan. Dasar tersebut akan dibincang dalam mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 4
  • 5. Sesuatu dasar yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri akan dibincangkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan dan Negeri atau mesyuarat yang melibatkan menteri- menteri besar atau ketua-ketua menteri atau mesyuarat di kalangan Setiausaha Kerajaan Negeri. Biasanya dasar-dasar penting dikemukan sehingga ke peringkat Majlis Raja-raja untuk mendapatkan pertimbangannya. Selain itu, dasar-dasar kebangsaan mengenai tanah, kewangan, kerajaan tempatan dan agama akan dibincangkan oleh majlis-majlis berkenaan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Majlis-majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil-wakil dari kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis tersebut termasuklah Majlis Negara Kerajaan Tempatan. a) Majlis Negara Kerajaan Tempatan Menurut Phang Siew Nooi (1989) Majlis Negara Kerajaan Tempatan memainkan peranan sebagai penasihat dan akan membolehkan pertukaran fikiran antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Dasar yang dikeluarkan oleh Majlis Negara ini dianggap perlu kepada wakil-wakilnya. Dasar yang telah dipersetujui dan dikeluarkan mestilah diikuti dan digunapakai. Hanya Sabah dan Sarawak, mengikut Artikel 95E Perlembagaan Persekutuan tidak perlu mematuhi dasar Majlis Negara Kerajaan Tempatan itu sekiranya tidak mahu. Pada tahun 1960, telahpun berlaku dua perkara iaitu, Pertama ialah kelulusan Parlimen terhadap Akta pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 yang memindahkan penyeliaan pilihanraya kerajaan tempatan dari kerajaan negeri, (kecuali di Majlis-majlis Tempatan), kepada suruhanjaya Pilihanaraya. Perkara kedua ialah kelulusan Akta Ibu Kota Persekutaan 1960 yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota persekutuan. Sehingga tahun 1963, kegiatan kerajaan tempatan telah didapati bukan hanya di bandar sahaja tetapi juga ianya juga terdapat di luar bandar. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 5
  • 6. Berbagai-bagai penguasa tempatan telah wujud di negara ini untuk memenuhi kehendak rakyat di merata-rata tempat. Sehigga kini pentadbiran kerajaan tempatan telah menjadi satu tugas yang kompleks kerana telah wujud struktur penguasa-penguasa tempatan yang berbeza-beza di antara sesebuah kawasan. Pada 25 November 1971, kerajaan persekutuan melalui Majlis Negara telah menetapkan supaya kerajaan tempatan menyusun semula penguasa- penguasa tempatan di negara ini supaya mereka boleh memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik dan mentadbir dengan cekap. Dengan keputusan ini, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara) 1973 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973, digubal serta diluluskan oleh Parlimen pada 29 Ogos 1973. Akta-akta ini merupakan banyak erti dan kepentingan kepada perkembangan kerajaan tempatan pada masa hadapan. b) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian ini memainkan peranan utama dalam beberapa perkara iaitu: Merancang dan melaksanakan dasar dan program Kementerian • Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan matlamat dasar pembangunan negara. Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada semua • rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan mampu • menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang maju dan persekitaran yang selesa dan indah Memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran yang • cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 6
  • 7. Memperkukuhkan dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, sosial, • ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan • landskap seluruh negara Merancang, mengawalselia dan menguatkuasakan semua peraturan • yang berkaitan dengan sektor pembetungan di negara ini mengikut Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) 2.1.2 Perancangan Perancangan sosioekonomi merupakan suatu usaha untuk mengadakan cara bagi mencapai sesuatu matlamat yang terkandung di dalam dasar-dasar awam dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap agensi kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pembangunan masing- masing bagi kedua-dua rancangan tahunan dan Rancangan Lima Tahun. Perancangan yang dibuat oleh agensi-agensi yang terletak di abwah sesyatu kementerian pula akan disatukan untuk menjadi satu perancangan bagi seluruhkementerian. Di peringkat pentadbiran negeri, setiap agensi kerajaan negeri juga bertanggungjawab menyediakan rancangan masing-masing. Rancangan-rancangan itu akan diteliti dan diperiksa oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertanggungjawab menyediakan perancangan negeri untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri. Rancangan-rancangan tahunan dan lima tahun yang disediakan oleh pihak kementerian dan negeri akan diteliti dan diperiksa oleh Bahagian Perancang Ekonomi (BPE), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang lain untuk dijadikan satu rancangan pembangunan negara. Draf rancangan itu, akan dibincang di peringkat peagawai dalam Majlis Perancangan dan Pembangunan Negara (MPPN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 7
  • 8. sebelum dibawa ke Majlis Ekonomi Negara (MEN), Kabinet dan seterusnya ke Parlimen. Di bawah aktiviti perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek perancangan yang berkesan. Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut : a) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Peringkat Persekutuan. • Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah, • Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); • Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian dan prosedur perancangan, • Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan, • Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, • Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 8
  • 9. 2.1.3 Pelaksanaan Pada peringkat perlaksanaan ini setiap agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan rancangan pembangunan secara automatik ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut. Pelaksaan rancangan merupakan kegiatan untuk menjalankan kerja-kerja bagi menyiapkan program atau projek tertentu. Banyak usaha perancangan tertumpu pada peingkat ibu pejabat kementerian, jabatan dan perbadanan awam. Tumpuan kegiatan pelaksanaan pula adalah di peringkat cawangan agensi di negeri, daerah, mukim dan kampung. Sungguhpun demikian ibu pejabat jabatan dan perbadanan awam bertanggungjawab bagi mengawasi segala kegiatan pelaksanaan yang dijalankan oleh cawangan masing-masing. Sekiranya cawangan menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikannya masalah-masalah tersebut akan dikemukakan kepada pihak ibu pejabat. Pada peringkat perlaksanaan ini, antara rancangan pembangunan yang disediakan adalah Rancangan Fizikal Negara. a) Rancangan Fizikal Negara Rancangan Fizikal Negara (RFN) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005. Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya: Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 9
  • 10. Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar- • dasar sektoral lain yang berkaitan. Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di • peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan • oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun. Rancangan Fizikal Negara berfungsi dalam mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara, menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral, membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan dan membentuk polisi perancangan fizikal. Selain daripada itu antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah : Pembentukan kerangka spatial negara. • Peningkatan daya saing ekonomi negara. Pemodenan sektor pertanian. • Pengukuhan pembangunan pelancongan. Pengurusan petempatan manusia. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian • Rancangan Fizikal Negara hendaklah dikaji semula setiap lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 10
  • 11. 2.1.4 Penyelarasan Peringkat ini adalah merupakan peringkat yang penting yang dapat menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Penyelerasan adalah kegiatan yang bertujuan untuk mengadakan perhubungan dan pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan. Diperingkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan penyelarasan ke atas cawangan agensi-agensi persekutuan dengan mengadakan perhubungan dan kerjasama yang rapat. 2.1.5 Penilaian Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu program atau projek pembangunan terhadap golongan masyarakat yang menjadi sasaran. Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai perancang mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin kejayaan yang lebih besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 11
  • 12. 2.2 Peringkat Kerajaan Negeri Dalam sistem perancangan di peringkat negeri ianya adalah serupa dengan sistem yang terdapat di peringkat persekutuan di mana ianya melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Adalah menjadi kebiasaan bahawa pihak kerajaan negeri mengambilkira dasar-dasar yang wujud di peringkat persekutuan sebelum sesuatu dasar negeri dibentuk. Dalam konteks ini, Dasar Ekonomi Baru merupakan asas yang penting yang menjadi panduan utama pembentukan dasar peringkat negeri. Pembentukan dasar-dasar awam negeri dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang para anggotanya terdiri daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu dibentuk, Kerajaan Negeri juga menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji sesuatu dasar sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Untuk rancangan lima tahun, Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana Menteri merupakan penggerak utama yang mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat- maklumat yang dikehendaki dari semua negeri. Unit ini akan menghubungi semua Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dan memberitahu bahawa tiap-tiap negeri supaya menyediakan kertas-kertas tertentu bagi menyatakan projek-projek pembangunan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun itu. Di peringkat Negeri pula, setiausaha Kerajaan Negeri akan memberi arahan kepada semua Pegawai Daerah bagi negeri itu supaya membuat rundingan dan mengemukakan projek-projek pembangunan yang dikehendaki dalam sesebuah daerah atau jajahan. Di peringkat Daerah pula, pegawai daerah selaku Pegerusi Jawatankuasa Pembangunan dan tindakan Daerah dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Daerah akan meminta setiap ketua jabatan yang ada diperingkat daerah supaya supaya mengemukakan projek-projek pembangunan sebagai projek jabatan itu. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 12
  • 13. Pada lazimnya, sesebuah jabatan itu akan mengemukakan kertas kerja untuk menyebutkan projek-projek yang dikehendaki, anggaran harganya dan tempat pembinaannya. Kertas kerja yang disiapkan itu akan dibincangkan oleh ketua-ketua jabatan dan pegawai daerah yang semuanya menjadi ahli kepada kedua-dua jawatankuasa tersebut. Segala keputusan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan kepada Pegawai Kemajuan Negeri. Pegawai Kemajuan Negeri seterusnya akan meneliti semula perakuan-perakuan yang diperolehi daripada semua daerah dan akan membawanya ke dalam perbincangan yang akan diadakan di peringkat negeri. Badan peringkat negeri yang akan membincangkan permohonan projek-projek itu ialah, Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang mempengerusikan oleh Menteri Besar Besar atau Ketua Menteri. Setiausaha Kerajaan Negeri berfungsi selaku Timbalan Pengerusi dan Pegawai Kemajuan Negeri pula menjadi setaiusaha jawatankuasa tersebut. Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri serta beberapa orang wakil rakyat menjadi anggota jawatankuasa ini. Segala perakuan mengenai pembangunan di peringkat negeri itu akan diserahkan kepada Perbendaharaan dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Pendekatan perancangan yang kerap diamalkan ialah perancangan dari bawah iaitu bahawa rakyat melalui wakil rakyat, ketua kampung dan pegawai di peringkat daerah, diberi peluang mengemukakan kehendak pembangunan yang sesuai dengan keperluan daerah. Perakuan menyeluruh yang menyatupadukan kehendak-kehendak itu akan dikemukakan pula ke peringkat persekutuan iaitu kepada Bahagian Perancang Ekonomi. Walaubagaimanapun, mengikut amalannya, kedua-dua pendekatan perancangan dari bawah dan perancangan dari atas di amalkan di negara ini. Ini bermakna kedua-dua peringkat kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan penting dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negeri itu. Di peringkat negeri, kerajaan negeri dapat menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam sesuatu negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur majunya sesebuah daerah itu. Di peringkat negeri, Kerajaan Negeri dapat menentukan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 13
  • 14. daerah atau wilayah yang patut dan sesuai menerima sesuatu projek pembangunan tertentu dengan mengambilkira kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan. 2.2.1 Jawatankuasa Perancang Negeri Apabila Akta PBD 1976 diterimapakai di sesebuah negeri, suatu Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hendaklah ditubuhkan (s. 4(1)). JPN mengandungi anggota-anggota berikut: i. Pengerusi (Mentri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu); ii. Timbalan Pengerusi (seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, EXCO yang dilantik oleh PBN); iii. Setiausaha Kerajaan Negeri; iv. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri (yang menjadi Setiausaha JPN); v. Pengarah Tanah dan Galian Negeri; vi. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab jika tiada jawatan pengarah negeri; vii. Pengarah Kerja Raya Negeri; viii. Penasihat Undang-Undang Negeri; ix. Pegawai Kewangan Negeri; x. Pegawai Kemajuan Negeri; xi. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri; xii. tidak lebih dari 4 ahli lain yang dilantik oleh PBN. Ahli-ahli (ix) hingga (xi) telah ditambahkan melalui Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995. Sekurang-kurangnya 2 Ahli JPN adalah Ahli EXCO, iaitu ahli politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya umum. Sembilan Ahli JPN adalah pegawai kerajaan. Empat ahli lain boleh dilantik atas budibicara Pihakberkuasa Negeri. Jelaslah bahawa keanggotaan JPN berat sebelah kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam peringkat negeri. Akta PBD 1976 tidak menyatakan bagaimana JPN patut bertindak atau membuat keputusan. Andaiannya ialah setiap ahli mempunyai kuasa yang sama dan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 14
  • 15. mengikut amalan biasa JPN akan membuat keputusan melalui konsensus atau secara mengundi. Sebagai perbandingan, Pengerusi Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta PBD 1976 mempunyai kuasa luarbiasa dan boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli lain. Bidang kuasa setiap JPN terhad kepada kawasan negeri masing-masing. Jelaslah wujudnya suatu kuasa berasingan untuk perancangan diperingkat negeri. Perhatikan bahawa cadangan asal dalam draf Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 ialah penubuhan suatu Pihak Berkuasa Perancangan Negeri dengan Pengerusi yang tidak semestinya Menteri Besar atau Ketua Menteri.. Secara bandingan, kuasa perancangan di peringkat tempatan telah dikekalkan dengan pihak berkuasa tempatan. a) Tugas Jawatankuasa Perancang Negeri Berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (s.4(3)) tugas-tuga JPN ini ialah : menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah; • menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di atas; dan • mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi • berhubung dengan perancangan bandar. b) Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) • dan arahan itu mesti dipatuhi (s. 4(5)); mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau pendengaran • tempatan (s. 4(7)); tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD 1976 (s. 4(6)). • Peruntukan ini amat luas. Misalnya, JPN nampaknya boleh peruntukan ini untuk menjalankan suatu kajian dan seterusnya sediakan sesuatu Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 15
  • 16. Rancangan Pembangunan untuk peringkat Negeri dan rancangan ini dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk pemajuan tanah. Kekurangannya ialah proses quot;perancanganquot; itu mungkin tertutup dan tidak terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. Rancangan Pembangunan Negeri ini juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT ataupun tidak dibuka untuk pemeriksaan orang ramai. c) Rancangan Pemajuan Untuk memastikan bahawa PBPT mematuhi dasar kerajaan negeri bagi penggunaan tanah, JPN boleh : menetapkan tempoh masa untuk PBPT menyediakan draf rancangan • struktur (s. 8(1)), mengarahkan pemeriksaan baru dijalankan (s. 7(2)), iaitu sebagai asas • untuk mengkaji semula rancangan struktur yang telah diluluskan, meluluskan, menolak, atau mengubahsuaikan draf rancangan struktur (s. • 10(1)) yang dikemukakan kepada JPN untuk kelulusan, mengarahkan perubahan kepada rancangan struktur yang telah • diluluskan dan berkuatkuasa (s. 11(1)). mengarahkan PBPT menyediakan rancangan tempatan (s. 12(6) & (8)) • walaupun penyediaan rancangan tempatan tidak diwajibkan dan boleh disediakan atas budibicara PBPT. Dalam hal ini, JPN perlu bincang arahan ini dengan PBPT berkenaan terlebih dahulu. mengarahkan PBPT mengubah, memansuh, menggantikan rancangan • tempatan (s. 16(2)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 16
  • 17. 2.2.2 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri tertentu, jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas. Antara fungsi jabatan ini adalah; Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua • hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah; Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri • yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan • kawalan perancangan tanah dan bangunan, Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai • perancangan bandar dan desa, serta pemajuan dan penggunaan tanah Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal • selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan; Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan • kerajaan negeri; dan Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan • pembangunan tanah. Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak berkuasa perancang tempatan. Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu • Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif jabatan, Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan, • Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai • perancangan bandar dan desa. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 17
  • 18. i) Rancangan Struktur Rancangan struktur merupakan sistem perancangan diperingkat negeri yang mana ianya mengandungi suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah- langkah untuk.; Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal; • Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas; • Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi; • Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan • Memudahkan pembangunan secara mampan. • Kaedah penyediaannya juga adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976(Akta 172) dan Akta Pindaan 2001 (Akta A 1129), RS juga hendaklah mengandungi gambar rajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan- cadangan yang dikemukakan. Antara fungsi Rancangan Struktur ialah; Mentafsirkan dasar negara dan wilayah • Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum • Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan RT • Menyediakan garis panduan untuk kawalan pembangunan • Menyediakan asas untuk penyelarasan segala keputusan • Menyediakan asas panduan dan menggalakkan pembangunan • Membentang isu-isu dan keputusan-keputusan. • Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 18
  • 19. Seranta Dan Draf Asas Rujukan Bantahan Awam Rancangan Struktur Negeri Laporan awal Laporan Bantahan Pewartaan Awam Rancangan Struktur Negeri Laporan Perwakilan Laporan Teknikel Awam Rundingan Dengan Majlis Perancangan Fizikal negara Kelulusan Draf Laporan Seranta dan Rancangan Pemeriksaan Perwakilan Awam Struktur Negeri Rajah 1.2 : Kaedah Penyediaan Rancangan Struktur Negeri b) Rancangan Tempatan Daerah. Rancangan Tempatan(RT) adalah merupakan satu dokumen penerangan yang mana ianya mengandungi Peta cadangan dan pernyataan bertulis beserta Garis Panduan Perlaksanaan ianya juga merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 19
  • 20. Rancangan Tempatan ini disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) Antara fungsi Rancangan Tempatan ini adalah; Melaksanakan serta menterjemah strategi yang telah digariskan oleh • Rancangan Struktur Negeri dengan lebih terperinci. Memperincikan dasar kawalan perancangan bandar sebagai panduan • pembangunan. Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan • tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut. Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas • untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh RT. Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang • awam. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 20
  • 21. RANCANGAN STRUKTUR PENGUBAHAN DAN PENGGANTIAN Pernyataan dasar dan cadangan am Setiap lima tahun/ bila-bila masa pemajuan dan penggunaan tanah. sekiranya perlu. SERANTA AWAL RANCANGAN TEMPATAN MEWARTAKAN RT Mendapatkan maklumbalas dari orang Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ramai mengenai objektif, tujuan dan diberitahu dan Pihak Berkuasa Negri perkara lain yang akan dicadangkan akan menyiarkannya di dalam warta dalam RT negeri. RANCANGAN TEMPATAN Mengandungi suatu Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang menepati dasar/ KELULUSAN DRAF RANCANGAN cadangan Rancangan Struktur Negeri. TEMPATAN Oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dengan mengambilkira bantahan dan rayuan hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasatan dan Perbicaraan Awam. SERANTA DRAF RANCANGAN TEMPATAN Pameran diadakan selama sebulan bagi membolehkan orang ramai PENYIASATAN DAN PERBICARAAN membuat bantahan mengenai Penyiasatan tempatan atau kandungan Rancangan Tempatan perbicaraan awam Rajah 1.3 : Kaedah Penyediaan Rancangan Tempatan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 21
  • 22. c) Rancangan Kawasan Khas. Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah merupakan satu pelan cadangan terperinci yang mana terdahulunya ianya dikenali sebagai Pelan Tindakan RKK mengandungi cadangan bagi memaju, memajukan semula, memperelok, memulihara dan menguruskan keseluruhan atau sebahagian kawasan tersebut. Penyediaan RKK adalah bertujuan untuk penyelesaian kepada masalah setempat secara sistematik serta panduan bagi membangunkan kawasan dengan lebih cekap Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), penyediaan RKK adalah salah satu Rancangan Pemajuan yang memperincikan tindakan pembangunan setiap lot. Rancangan Pemajuan pada peringkat yang lebih tinggi telah menformulasi dasar dan garis panduan pembangunan bagi sesuatu kawasan. RKK pula berfungsi menterjemahkan pembangunan secara terperinci dan tepat di dalam bentuk spatial ke atas lot-lot tanah yang berkenaan. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. RKK adalah disediakan diperingkat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi kawasan pentadbirannya. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 22
  • 23. Mengenalpasti Kawasan Rancangan Kawasan Khas Asas Rujukan Perlantikan Menentukan Jawatankuasa Penyerahan Rancangan Seranta Awal Pembicaraan Awam Tempatan Draf Laporan Rancangan Kawasan Khas Penyiasatan Tempatan Seranta Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Pindaan Laporan Rancangan Kawasan Khas Kelulusan jawatankuasa Perancangan Negeri Pewartaan Rancangan Kawasan Khas (Oleh Kerajaan Negeri) Rajah 1.4 : Kaedah Penyediaan Rancangan Kawasan Khas Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 23
  • 24. 2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan Menurut Phang Siew Nooi dalam bukunya yang bertajuk, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, hanya Malcolm W. Norris (1980) yang dapat memberi definisi yang lebih tepat iaitu: “kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan di kawasan-kawasan Bandar, luar Bandar atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan tempatan mempunyai kedudukan yang sah dan berdaulat daripada kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan ialah peringkat ketiga dalam struktur Persekutuan Malaysia.” Akta PBD 1976 memperuntukkan bahawa taip-taip pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s. 5(1)). Walaupun ini bermakna pihak berkuasa tempatan secara automatik menjadi PBPT, ada dua tindakan yang perlu diambil sebelum peruntukan ini berkuatkuasa. Pertama, Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut s. 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kedua, PBN hendaklah menetapkan kawasan-kawasan PBPT yang akan menerima-pakai Akta PBD 1976. Dengan tindakan-tindakan ini, Yang Di Pertua (atau Datuk Bandar) bersama Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi anggota pihak berkuasa perancang tempatan. PBN boleh mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (s. 5(2)). Di kawasan-kawasan ini, PBN boleh melantik seorang atau beberapa orang sebagai PBPT (s. 5(3)). Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat dengan perlantikan Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan di luar kawasan Majlis-Majlis Bandaran. Kuasa ini juga telah digunakan untuk melantik Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 24
  • 25. Datuk Zainuddin Mohamed merangkap Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai PBPT untuk Putrajaya (1995/96) yang masih belum dibangunkan (pada masa itu) dan belum mempunyai pihak berkuasa tempatan. Dari segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera pentadbiran yang sama. Misalnya, pihak berkuasa tempatan apabila mengambil tindakan perancangan (seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang) ia bertindak sebagai suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. Di sebaliknya PBPT tidak boleh bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti mengutip cukai, memungut sampah, mengawal kesihatan bandar, dll). Biasanya, PBPT tidak mengambil gelaran yang berasingan tetapi mengguna nama pihak berkuasa tempatan. Contohnya, apabila seseorang memohon kebenaran merancang daripada PBPT Pulau Pinang ia sebenarnya berurus dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), iaitu nama pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang. Surat kelulusan kebenaran merancang juga disediakan di atas surat resmi MPPP (MPPP letterhead). 2.3.1 Tugas dan Kuasa PBPT Akta PBD 1976 menetapkan dua tugas utama PBPT iaitu, perancangan dan penyebaran maklumat berkenaan dengan perancangan. Disamping itu, PBPT juga wajib menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh PBN atau JPN. Secara terperinci s. 6(1) Akta PBD 1976 menyatakan bahawa PBPT hendaklah : mengatur, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan semua • tanah dan bangunan dalam kawasannya; mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, • penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan metodologinya; dan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 25
  • 26. melaksanakan apa-apa tugas lain yang ditanggungkan ke atasnya dari • masa kesemasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. PBPT juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat hakmilik tanah terutamanya apabila mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang. Contohnya, jika kategori hakmilik tanah ialah pertanian, PBPT tidak akan membenarkan pembangunan walaupun rancangan struktur menetapkan bahawa tanah berkenaan boleh dibangunan untuk perumahan atau kegunaan lain yang bertentangan dengan kategori tanah. Pemaju atau pemohon perlu melalui proses tukar syarat (ia itu, ubah kategori kegunaan tanah) dahulu sebelum kebenaran merancang boleh diberi. Di sebaliknya pula, jika PBN telah tukar syarat sesuatu tanah dari pertanian kepada bangunan, PBPT terpaksa anggap ini sebagai penukaran dasar kerajaan negeri yang perlu dipatuhi walaupun tanah tersebut ditunjukkan sebagai kawasan pertanian dalam rancangan struktur yang telah diluluskan oleh JPN. a) Rancangan Pemajuan Akta PBD 1976 juga menyatakan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh PBPT berkenaan dengan rancangan pemajuan, khususnya : Memulakan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang mungkin • menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan (s. 7(1)). Walaupun PBPT hanya dikehendaki menjalankan pemeriksaan di kawasannya ia juga dibenarkan memeriksa kawasan yang berhampiran jika perlu. Pemeriksaan ini menjadi asas untuk perancangan kawasan PBPT. Menyampaikan Laporan Pemeriksaan dan draf rancangan struktur • untuk kelulusan JPN (s. 8(1)). Memberi perhatian kepada dasar sosial dan ekonomi negara dan • negeri semasa membentukkan dasar penggunaan tanah dalam rancangan struktur (s. 8(4)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 26
  • 27. Mewartakan penerimaan draf rancangan tempatan dalam WARTA • Negeri dan 2 akhbar (s. 15(4)). Walaupun PBPT tidak perlu mendapat kelulusan JPN bagi rancangan tempatan tetapi ia mesti gazetkan penerimaan sesuatu rancangan tempatan. b) Kawalan Perancangan Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan diberi melalui s. 19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang kecuali PBPT mesti mendapat kebenaran merancang. Permohonan untuk kebenaran merancang hendaklah dibuat kepada PBPT (s. 21(1)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 27
  • 28. 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya sistem pentadbiran perancangan bandar adalah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat kerajaan persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan peringkat kerajaan tempatan. Dalam peringkat kerajaan persekutuan ianya mempunyai pelbagai peringkat dan ianya termasuklah peggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Antara peringkat jabatan kerajaan yang terletak diperingkat ini ialah Majlis Negara Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Jabatan Perancangan bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Rancangan pemajuan yang terlibat di peringkat ini adalah Rancangan Fizikal Negara. Pada peringkat kerajaan negeri ianya berperanan dalam membuat rancangan pemajuan seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Jabatan-jabatan yang terlibat dalam peringkat ini ialah Jawatankuasa Perancang Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. Manakala pada peringkat kerajaan tempatan ianya menerangkan kuasa pihak berkuasa perancang tempatan. Di mana pihak berkuasa ini memainkan peranan utama dalam rancangan pemajuan dan kawalan perancangan. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 28
  • 29. SUMBER RUJUKAN 1. Ahmad Atory Hussain, Kerajaan Tempatan Teori dan Peranan Di Malaysia. 2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(Akta 172), International Law Book Services. 3. Halmi b. Zainol, Pendahuluan Kepada Perancangan Fizikal, Biroteks Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. 4. Phang Siew Nooi, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Malaysia Kita. 6. http://www.townplan.gov.my Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 29