Penyakit Kelamin PengenalanPenyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkitikuman, s...
Tanda dan GejalaAnda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaranlendir, sakit da...
Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice)Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk...
•   Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu.   •   Trichomonas vaginalis (TV): muda...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

PenyakitKelamin

3,407 views

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,407
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
28
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

PenyakitKelamin

  1. 1. Penyakit Kelamin PengenalanPenyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkitikuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seksmelalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah darisetahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks danmelakukan seks bebas pada umur yang muda.Apakah jenis-jenis penyakit kelamin?Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:STD OrganismaGonorea bacteria Neisseria gonorrhoeaeSifilis bacteria Treponema pallidumNon-gonococcal urethritis (NGU) Chlamydia trachomatisVaginal candidiasis Candida albicans (fungus)Genital herpes Herpes simplex virus type 1 & 2Genital warts (Ketuat kemaluan) Human papilloma virusHIV/AIDS Human immunodeficiency virusHepatitis B Hepatitis B virusTrichomoniasis Trichomonas vaginalisBagaimanakah penyakit kelamin merebak?Penyakit kelamin merebak melalui: • Perhubungan seks • Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkitiBeberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air manidan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B,NGU dan gonorea.Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebakmelalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibuyang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktudilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti.
  2. 2. Tanda dan GejalaAnda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaranlendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.ChlamydiaInfeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakitmungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendirdari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluarlendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batangzakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari.Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts)Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluanatau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkandoktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut.Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes)Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, panas dan bengkak di bahagian kemaluan.Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasamembuang air kecil.GonorrhoeaGonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkitikawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadukeluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.SifilisGejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudisini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakitmungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.HIVPesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIVini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikansamada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jikadidapati negatif. Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akansukar melawan penyakit.Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis)Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara gejala penyakit ini adalah terasa sakit semasamembuang air kecil dan pengeluaran lendir dari pangkal saluran air kencing.TrichomoniasisOrganisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV).Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalamikeluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelakitidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini.
  3. 3. Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice)Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk-serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluardalam.Kudis buta (Scabies)Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan.Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.Kulat(Thrush)Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik-bintik keputihan di bahagian faraj atau zakar.Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit inijika anda mengamalkan atau melakukan: • Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom, • Hubungan seks melalui dubur • Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau, • Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.DiagnosaKebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikutidengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsiaantara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batangzakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal. Kementerianmerangka untuk mewujudkan satu ujian yang mudah bagi pesakit melakukannya di rumah,menggunakan air kencing atau sapuan dari pangkal faraj sahaja. Pesakit boleh mengambilnyasendiri dan ini boleh mengurangkan rasa malu pesakit ketika mendapat rawatan bagi penyakitini. Dalam sesetengah keadaan, seperti kutu kemaluan, ujian yang lebih rapi tidak perludilakukan. Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakanpesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).KomplikasiPenyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disesase), mengandung luar rahim ataukemandulan.RawatanPenyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakanuntuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiritanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuksebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogenyang akan membekukan ketuat tersebut.Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidakmenunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:
  4. 4. • Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu. • Trichomonas vaginalis (TV): mudah dirawat dengan antibiotik. • Gonorrhea: biasanya antibiotik diberi untuk sekali sahaja. • Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) mudah dirawat dengan antibiotik tetapi boleh menyebabkan masalah kepada saluran air kencing setelah pulih. • Virus yang menyebabkan herpes di bahagian kemaluan boleh hidup dalam badan dan tiada rawatan boleh menghilangkannya. Tetapi ubat antiviral boleh mengurangkan simptomnya. Pesakit dinasihat mengamal beberapa amalan sihat yang boleh mengurangkan kebarangkalian virus itu kembali seperti: menghindari dari stres, banyak berehat, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan tidak berjemur di tempat panas. • Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) boleh dirawati dengan shampu khas, krim atau losyen yang boleh membunuh kutu dan telur-telur kutu. • Kudis buta (Scabies) boleh dirawati dengan losyen khas yang dilumur ke seluruh badan dan dibasuh 24 jam kemudian. • Setakat ini tiada rawatan untuk AIDS (hyperlink AIDS), tetapi ada ubat yang dapat mengurangkan virus HIV dalam badan dan menolong mengekalkan sistem imuniti seberapa lama yang boleh. Penyakit yang berkaitan dengan AIDS boleh juga dirawat. • Sifilis boleh dirawat pada peringkat awal menggunakan antibiotik untuk 2 minggu. Ia juga boleh dirawat semasa peringkat akhir penyakit. Tetapi komplikasi kepada jantung dan sistem saraf tidak boleh dirawat. • Kulat (Thrush) boleh dirawat dengan pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam faraj), krim atau ubat pil makan. Lelaki selalunya menggunakan krim yang disapu dibahagian kemaluan. • Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) boleh dirawat dengan menyapu ubat cecair khas atau membekukannya dengan ubat semburan. Rawatan perlu diulangi beberapa kali untuk beberapa sesi.PencegahanHindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektifdan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Andadigalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelumberkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan andadigalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatanjika didapati mengidap penyakit kelamin.Kumpulan SokonganMajlis AIDS MalaysiaSemakan Akhir : 22 April 2008

×