SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
Konsep Merkantilisme, Imperialisme dan Kolonialisme
Merkentilisme
1. Sejak abad ke-16, benua Eropah mengalami perubahan ekonomi dan politik yang
pesat. Sistem feudal yang menjadi amalan ekonomi dan politik di Eropah
mengalami kemerosotan. Keruntuhan system feudal telah membentuk beberapa
buah negara bangsa seperti England, Sepanyol, Portugal, Perancis dan Belanda.
2. Pembentukan negara bangsa dan pembentukan system kerajaan berpusat
membolehkan berlakunya percantuman bidang politik dan ekonomi. Kerajaan-
kerajaan di Eropah telah dapat meningkatkan pembinaan system perhubungan
yang lebih baik bagi menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain.
3. Perkembangan sistem perhubungan ini telah membantu membina sebuah pasaran
ekonomi yang tunggal bagi negara-negara berkenaan. Akhir sekali, pelaksanaaan
dasar ekonomi yang tinggal menyumbang kepada perkembangan pertanian,
industri dan perdagangan. Sektor ekonomi nasional ini dibangunkan dengan
matlamat untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekuatan ekonomi negara.
4. Perubahan dan perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah sejak abad ke-16,
ada kaitan dengan dasar ekonomi negara-negara berkenaan. Dasar ekonomi yang
diamalkan oleh negara-negara Eropah pada abad ke-16 hingga pertengahan abad
ke-18 dikenali sebagai merkantilisme.
5. Merkantilisme boleh ditakrifkan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan
dalam hal ehwal ekonomi negara. Merkantilisme bertujuan untuk
mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. Melalui campur
tangan secara langsung dalam bidang ekonomi, kerajaan dapat memastikan
supaya perkembangan ekonomi yang berlaku seiring dengan matlamat dan
kepentingan sesebuah negara bangsa.
6. Mengikut Abdul Ghapa Harun, dasar merkantilisme mempunyai tiga unsur
penting. Unsur pertama dasar ialah bersifat nasionalisme.. Hal ini bermaksud,
setiap negara perlu membina satu sistem ekonomi yang bersifat kendiri iaitu tidak
memerlukan pergantungan ekonomi kepada negara lain. Dengan itu, sesebuah
negara dapat mengekalkan kedaulatan, kebanggaan, dan menambahkan kekuatan
politik dan kekayaan ekonominya.
7. Untuk mencapai tahap kendiri dalam bidang ekonomi, negara perlu
membangunkan ekonominya dalam sektor pertanian dan sektor perindustrian.
Dasar ekonomi yang perlu diberi perhatian dan perlindungan ialah sektor
perindustrian.
8. Kemajuan dalam bidang ekonomi dapat memenuhi permintaan dalam negara dan
mengelakkan pengimportan barangan dari luar. Keupayaan mengeksport hasil
sektor industri menambahkan kekuatan ekonomi sesebuah negara.1
1
Hasil eksport
Nilai eksport Britain pada tahun 1701 ialah enam juta pound meningkat kepada 36 juta pound pada tahun
1801, manakala di Perancis pula, nilai eksport barangannya meningkat lima kali ganda. Peningkat terhadap
eksport menyebabkan menyebabkan sektor pembuatan barangan industri menjadi semakin penting dalam
ekonomi di Eropah. Di Britain misalnya para saudagar dan pengusaha tekstil terpaksa mengimport beribu-
ribu tenaga pekerja untuk menghasilkan barangan yang diperlukan.
9. Unsur kedua dalam merkantilisme ialah paternalisme. Paternalisme bererti
kerajaan perlu memainkan peranan yang besar dan secara langsung dalam
mengatur aktiviti ekonomi, politik dan sosial rakyatnya. Dengan cara ini.
kehidupan rakyat dapat dirangka sesuai dengan kehendak dan matlamat negara.
Antaranya termasuklah kerajaan melaksanakan peraturan tentang perkahwinan,
aspek berkaitan pertumbuhan penduduk, menentukan kualiti dan kuantiti barang
industri, menetapkan harga barang, menetapkan harga upah buruh dan jumlah jam
bekerja. Melalui dasar ini, rakyat terpaksa akur dengan aspirasi dan matlamat
ekonomi dan politik negara.
10. Unsur ketiga ialah imperialisme. Melalui unsur imperialisme, tanah jajahan
menjadi simbol kebanggaan sesebuah negara. Tanah jajahan penting bagi
memenuhi keperluan ekonomi negara induknya. Dengan itu, sesebuah negara
akan dapat membebaskan diri daripada bergantung kepada negara lain. Justeru,
dasar ekonomi yang ketat sangat perlu bagi mengawal tanah jajahan supaya tidak
menjalin hubungan perdagangan dengan negara lain. Tanah jajahan juga perlu
disekat daripada mengembangkan kegiatan ekonomi yang menyaingi sektor
ekonomi di negara induk. Pendek kata, tanah jajahan diwujudkan semata-mata
untuk membekalkan keperluan bahan mentah dan menjadi pasaran untuk hasil
keluaran industri negara.
11. Selain itu, kerajaan perlu melakukan tiga cara untuk menguasai perdagangan
asing iaitu memonopoli keluaran barangan eksport, mengawal pertukaran asing
dan mendapatkan imbangan perdagangan yang positif. Fahaman imperialisme
biasanya lebih mengutamakan cara ketiga iaitu mendapatkan imbangan
pembayaran yang positif. Hampir kesemua negara di Eropah mementingkan
imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Pengaliran keluar
emas dan perak ke luar negara tidak dibenarkan sama sekali.
12. Amalan dasar imperialisme di Eropah mempunyai implikasi khususnya dalam
bidang ekonomi yang cukup besar di Eropah. Kesannya yang paling ketara ialah
berlakunya revolusi pertanian dan perindustrian di Britain pada abad ke-18 dan
negara-negara lain di Eropah.
13. Kesan daripada amalan dasar merkantilisme di Eropah telah mewujudkan
persaingan yang sengit di kalangan negara bangsa di Eropah bagi menguasai
perdagangan dunia. Setiap negara berlumba-lumba membangunkan industri
perkapalan dan persenjataan bagi membolehkan mereka memonopoli
perdagangan.
14. Di samping itu, perkembangan perdagangan dalam negeri dan galakan kerajaan
telah membuka peluang luas kepada para saudagar di Eropah mengumpul
kekayaan yang mereka peroleh dalam perdagangan dalam mahupun luar negeri.2
15. Amalan merkantilisme di Eropah dikatakan berakhir pada akhir abad ke-18,
apabila beberapa orang penulis menekankan bahawa kekayaan negara bukan
2
Galakan
Galakan kepada perniagaan dan perdagangan bebas di dalam negeri mempercepatkan pembentukan sebuah
ekonomi pasaran yang bersifat nasional. Manakala pengpusan halangan dalam perniagaan dan perdgangan
serta penyeragaman peraturan dan undang yang dilakukan oleh kerajaan menyebabkan berlakunya proses
integrasi politik dan ekonomi di kebanyakan negara Eropah. Selain itu pelbagai kemudahan disediakan
seperti pemberian subsidi
hanya boleh dicapai melalui simpanan emas dan perak. Mereka menyatakan
bahawa kekayaan juga boleh dicapai melalui tanah, buruh dan modal. Antara
penulis-penulis yang beranggapan sedemikian ialah Adam Smith yang
menyarankan ideanya dalam buku Wealth of Nation. Selain Adam Smith,
Thomas Malthus dan david Ricardo turut mengkritik dasar merkantilisme kerana
bagi mereka, kekayaan negara perlu dinikmati bersama oleh semua rakyat.
16. Pada akhir abad ke-18 juga menunjukkan kelemahan dasar merkantilisme ini
leboh ketara apabila Britain sendiri kehilangan 13 koloninya di Amerika Utara
pada tahun 1776.
17. Pemberontakan tersebut dikatakan berpunca daripada dasar kejaan Britain yang
kurang mengambil berat tentang masalah penduduk tempatan. Pemberontakan
tersebut merugikan Britain kerana terpaksa mencari pasaran baru.
Imperialisme
1. Secara umumnya, imperialisme bermaksud kecenderungan dan kegiatan
sesebuah masyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap
masyarakat atau negara lain. Imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan
(hegomoni) oleh sesuatu bangsa ke atas bangsa lain.
2. Konsep imperialime juga meragkumi gerak perluasan masyarakat atau negara
bangsa tertentu untuk membina empayar. Bentuk empayar boleh bersifat tanah
jajahan atau memperoleh kedudukan istimewa dalam kegiatan pasaran,
penguasaan bahan-bahan mentah dan penindasan terhadap penggunaan buruh.
Justru, konsep imperialisme mempunyai kaitan dengan hubungan ekonomi yang
tidak seimbang antara dengan rakan perdagangan kecil, besar, miskin dan kaya,
yang akan melibatkan pergantungan politik dan ekonomi pihak yang miskin dan
kecil kepada negara yang besar dan kaya.
3. Para sarjana membahagikan imperialisme kepada dua bentuk iaitu imperialisme
lama dan imperialisme baru. Imperialisme lama mendukung cita-cita
antarabangsa( internationalisme) kerana sesebuah kerajaan akan
mengembangkan kawalan dan pengaruhnya ke atas kawasan-kawasan yang
diduduki. Cita-cita antarabangsa ini bermula daripada kebanggaan rupa bangsa
yang berkembang dalam sesebuah kerajaan tersebut. Ciri-ciri seperti ini wujud
dalam perluasan empayar Rom, Perancis semasa Napoleon, Jerman semasa
diperintah oleh Charlemagne dan empayar Turki Uthmaniyyah.3
4. Berbanding dengan imperialisme lama, imperialisme baru tidak berteraskan
cita-cita nasionalisme dan antarabangsa. serangan dan penindasan terhadap
3
Empayar Jepun dan Siam
Terdapat juga empayar yang tidak mahu mengenakan pengaruhnya yang ketat terhadap negara jajahannya.
Empayar China walaupun memaksa Vietnam menerima banyak unsure China selama penjajahannya, tetapi
China tidak mempunyai persamaan bangsa. China menganggap kerajaannya sebagai negara perantaraan
antara bumi dan syurga, mempunyai mandat syurga, bertanggungjawab mentadbir dan memajukan orang
gasar yang mendiami dunia luar China. Martabat China kekal tinggi daripada bangsa-bangsa lain yang
sering kali dianggap sebagai benaung melalui sistem ufti kepada empayar China. Kerajaan Thai juga
mengamalkan hubungan bersifat ufti dengan jajahan takluknya. Oleh itu, corak imperialisme China dan
Thailand mempunyai sedikit persamaan imperialisme baru terutamanya dalam aspek eksploitasi dan
pencerobohan, tetapi persamaan itu terhad kepada aspek tersebut sahaja.
bangsa yang lemah menjadi fenomena biasa dalam dasar imperialisme baru.
Selain itu kewujudan golongan berkepentingan ekonomi dan agama mendorong
kerajaan mereka bertindak melakukan pencerobohan ke atas kerajaan dan
bangsa lain. Setelah berjaya mewujudkan empayar, sesebuah kerajaan itu akan
mempertahankan ancaman terhadap empayar mereka dari dalam dan luar
negeri. Faktor-faktor kepentingan dan persaingan itulah yang menjadi cirri
utama imperialisme baru.
5. Imperialisme baru dikatakan bermula pada zaman penjelajahan Barat. Biarpun
begitu, terdapat pendapat yang mengatakan imperialisme sebelum 1870, masih
bercirikan imperialisme lama kerana kebanyakan perluasan kuasa dilakukan
melalui penghijrahan.
6. Selepas tahun 1870-an, imperialisme baru berlaku sepenuhnya. Persaingan
sengit antara kuasa-kuasa Barat terus berlaku khususnya untuk merebut tanah
jajahan baru di Asia dan Afrika.Persaingan tersebut disebabkan oleh
kepentingan golongan kapitalis dan menjaga maruah politik masing-masing.
7. Negara-negara imperialis ingin memperoleh keuntungan daripada negeri yang
mereka jajah kerana hasil ekonomi mereka tidak mencukupi. Biasanya negara-
negara yang dijajah menghadapi masalah politik dalaman, tidak mempunyai
pertahanan yang kuat.
8. Selain itu terdapat kepercayaan bahawa bangsa sendiri lebih mulia daripada
bangsa lain seperti bangsa Aryan (Jerman) dan Itali.
9. China dan India menjadi sasaran kuasa-kuasa Barat kerana jumlah penduduk
yang ramai mampu mewujudkan potensi pasaran yang luas bagi hasil barangan
Barat.
10. Pertambahan kawasan empayar kuasa-kuasa Barat berlaku secara mendadak
selepas tahun 1870. Keadaan ini berpunca daripada sebahagian besarnya oleh
faktor ekonomi perindustrian.4
11. Menurut Khazrin Tamrin dan Nabir Abdullah, huraian tentang berlakunya
imperialisme dapat dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, huraian yang
menunjukkan perkembangan imperialisme berpunca daripada perkembangan
yang berlaku di Eropah. Kedua, huraian yang menunjukkan keadaan di kawasan
pinggir seperti di Asia dan Afrika yang menjadi punca perluasan imperialisme.
12. Menurut mereka lagi, huraian kategori pertama lebih popular dan teori
imperialisme kapitalis adalah satu daripadanya. Kategori pertama ini pula
dilelaskan kepada tiga jenis. Jenis pertama menumpukan perhatian kepada
peranan ahli politik dan menjelaskan bahawa pengambilan tanah kerana
kepentingan politik atau strategi keselamatan. Jenis kedua lebih menumpukan
penelitian kepada pandangan awam orang Eropah dan menerangkan bahawa
imperialisme adalah berpunca daripada perluapan semangat kebangsaan. Bagi
4
Perluasan kuasa Jepun
Berlainan pula dengan Jepun yang membentuk empayarnya pada tahun 1895 hingga 1945. Sungguhpun
terdapat motif ekonomi, namun pembentukan empayar Jepun lebih bertujuan memenuhi keinginan
mencapai taraf kuasa besar standing dengan kuasa-kuasa Barat dan kerana aspek ketenteraan. Walaupun
cara perluasan empayarnya menyerupai kaedah Barat, iaitu melalui penghijrahan dan pencerobohan, tetapi
kedua-dua kaedah itu berlaku dalam tempoh yang cukup singkat.
jenis ketiga pula, berpendirian bahawa bahawa imperialisme berpunca daripada
keperluan perdagangan negara-negara Eropah.
13. Teori imperialisme yang menggunakan kawasan pinggir sebagai asas
penghuraian menetapkan bahawa penjajahan merebak ke kawasan-kawasan
berdekatan (daripada tanah jajahan lama) khususnya pada awal abad ke-19.
Perluasan itu dikatakan berlaku kerana tindakan peneroka bangsa Eropah
untuk mendapatkan lebih banyak tanah atau tenaga buruh tempatan.
14. Perluasan jajahan juga dihuraikan sebagai berpunca daripada keadaan tidak
aman di kawasan jiran sehingga memerlukan percantuman dengan kawasan
yang dijajah bagi mewujudkan keadaan yang lebih terjamin.
15. Perluasan itu juga boleh berlaku daripada peranan mubaligh agama, peladang
Eropah, pencari buruh dan pengembara Eropah.
16. Pada akhir abad ke-19, wujud pula semangat kapitalisme telah menjadi
penggerak utama kepada kolonialisme. Fahaman kapitalisme dan imperialisme
inilah yang mencorakkan sejarah dunia khususnya di negara-negara Asia
termasuk Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.
Kolonialisme
1. Secara umumnya istilah kolonialisme mempunyai dua pengertian. Pertama,
bermaksud proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan petempatan baru
melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Kaedah penaklukan bererti
perluasan penaklukan melalui tindakan ketenteraan. Kaedah penghijrahan pula
bererti perpindahan rakyat sesebuah negara ke kawasan yang belum diterokai
atau didiami orang lain seperti penghijrahan rakyat British ke Australia, dan
Amerika Syarikat. Oleh itu para penghijrah mengekalkan hubungan dan
menerima kuasa pemerintahan British. Kawasan tersebut juga merupakan
sebahagian daripada tanah jajahan British.5
2. Pengertian kedu pula, kolonialisme merujuk kepada dasar melalui aktiviti
imperialisme. Apabila disebut kolonialisme, terjelmalah kefahaman tentang
masalah penindasan, penghinaan atau eksploitasi yang dilakukan oleh kuasa-
kuasa imperialis Barat terhadap penduduk peribumi.
3. Koloni merupakan negeri, tanah jajahan yang ditakluk oleh sesebuah kuasa
asing dan berada di luar sempadan negara asal atau negara induk. Biasanya
koloni merupakan kawasan yang kurang maju dan terletak jauh daripada negara
induk.Bagaimanapun koloni yang dijajah memiliki bahan-bahan mentah yang
banyak.
4. Oleh itu negara induk menjangka akan menerima bahan-bahan mentah dari
koloni dan koloni pula akan merima barang-barang kilang dari Eropah. Pada
5
Pandangan sarjana tentang kolonialisme
Evans dan Newnham menyatakan kolonialisme melibatkan pertapakan kuasa asing, pemerintahan sebuah
kuasa luar ke atas masyarakat golongan bawahan dan pemisahan golongan bawahan daripada golongan
pemerintah. Rakyat asing mendominasikan politik dan ekonomi negara berkenaan menyebabkan
ketidakseimbangan kaum dan kebudayaan. Kolonialisme akan memisahkan pusat kota metropolitan bagi
menguatkan kekuasaan koloni dan menindas golongan bawahan.
masa yang sama, negara-negara di Asia Tenggara yang dijajah menerima
banyak model tanaman dagangan yang diusahakan untuk kepentingan penjajah.
5. Melalui dasar kolonialisme, satu bentuk pemerintahan telah dilaksanakan sama
ada melalui paksaan atau secara aman. Penaklukan dilakukan secara langsung
atau tidak langsung. Pada mulanya, kuasa-kuasa Barat membeli barang-barang
daripada pemerintah tempatan. Untuk memastikan bekalan barangan boleh
didapati secara tetap, kuasa-kuasa Barat itu mula campur tangan dalam
pentadbiran negara berkenaan dan seterusnya menjadikan negara tersebut
sebagai tanah jajahan.
6. Setelah menguasai bidang politik (pemerintahan), kuasa-kuasa Barat cuba
memisahkan masyarakat golongan bawahan daripada golongan pemerintah.
Golongan pemerintah adalah golongan minoriti yang terdiri daripada kolonial.
7. Di Asia Tenggara, kolonialisme dikaitkan dengan kemasukan golongan imigran
bagi merealisasikan hasrat penjajah untuk menguasai hasil bumi koloni dengan
cepat dalam dalam kuantiti yang banyak. Kedatangan imigran dari China di
Indonesia dan Filipina serta imigran India ke Myanmar jelas menunjukkan sikap
rakus penjajah untuk menguasai hasil bumi negara-negara yang dijajah.
8. Kolonialisme berkembang pesat sebelum Perang Dunia Pertama (1914-1918).
Pihak penjajah mula menguasai pelabuhan-pelabuhan strategik dan jalan
perdagangan utama pada masa itu. Modal yang dimiliki saudagar mewujudkan
pasaran baru dan perkembangan ini menggalakkan pengeluaran barangan serta
meningkatkan persaingan bagi menguasai bekalan bahan mentah.
9. Selepas Perang Dunia Kedua (1945), konsep dan pelengamalan kolonialisme
mula ditentang oleh penduduk tempatan. Jepun dan sekutunya telah menanam
semangat bencikan penjajahan. Keadaan ini menimbulkan kesedaran
kebangsaan apabila Jepun mengalahkan kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara.
10. Gerakan antiimperialisme dan antikolonialisme dikenali sebagai gerakan
kebangsaan atau nasionalisme yang melihat penindasan atau eksploitasi yang
tidak memberikan apa-apa keistimewaan atau hak kepada penduduk tempatan
cuba dihapuskan.

More Related Content

Viewers also liked

Next- Level eCommerce = Next-Level Revenue
Next- Level eCommerce = Next-Level RevenueNext- Level eCommerce = Next-Level Revenue
Next- Level eCommerce = Next-Level RevenuePress At Guidance
 
ме имя существительное
ме  имя существительноеме  имя существительное
ме имя существительное15041982
 
คัมภีร์แพทย์ฉันทศาสตร์
คัมภีร์แพทย์ฉันทศาสตร์คัมภีร์แพทย์ฉันทศาสตร์
คัมภีร์แพทย์ฉันทศาสตร์tanakornsonic
 
τεύχος 2
τεύχος 2τεύχος 2
τεύχος 2pahomios
 
AS Media Studies Evaluation
AS Media Studies EvaluationAS Media Studies Evaluation
AS Media Studies Evaluationchlojacksonxo
 
ми для юристов_2_семестр(new)
ми для юристов_2_семестр(new)ми для юристов_2_семестр(new)
ми для юристов_2_семестр(new)20051980olga
 
δ΄τάξη
δ΄τάξηδ΄τάξη
δ΄τάξηpahomios
 
2012 Holiday eCommerce Results & Trends Review & 2013 Recommended Investments
2012 Holiday eCommerce Results & Trends Review & 2013 Recommended Investments2012 Holiday eCommerce Results & Trends Review & 2013 Recommended Investments
2012 Holiday eCommerce Results & Trends Review & 2013 Recommended InvestmentsPress At Guidance
 
φώτο γραφής
φώτο γραφήςφώτο γραφής
φώτο γραφήςpahomios
 
Pink heals (2)
Pink heals (2)Pink heals (2)
Pink heals (2)jmains58
 
φώτο γραφής
φώτο γραφήςφώτο γραφής
φώτο γραφήςpahomios
 
правописание безударных гласных в корне слова»
правописание безударных гласных в корне слова»правописание безударных гласных в корне слова»
правописание безударных гласных в корне слова»20051980olga
 

Viewers also liked (20)

Recensies westerhout
Recensies westerhoutRecensies westerhout
Recensies westerhout
 
Next- Level eCommerce = Next-Level Revenue
Next- Level eCommerce = Next-Level RevenueNext- Level eCommerce = Next-Level Revenue
Next- Level eCommerce = Next-Level Revenue
 
Contractdeal ppt
Contractdeal pptContractdeal ppt
Contractdeal ppt
 
ме имя существительное
ме  имя существительноеме  имя существительное
ме имя существительное
 
Gw final
Gw finalGw final
Gw final
 
Process
ProcessProcess
Process
 
Coffee Corazon
Coffee CorazonCoffee Corazon
Coffee Corazon
 
คัมภีร์แพทย์ฉันทศาสตร์
คัมภีร์แพทย์ฉันทศาสตร์คัมภีร์แพทย์ฉันทศาสตร์
คัมภีร์แพทย์ฉันทศาสตร์
 
τεύχος 2
τεύχος 2τεύχος 2
τεύχος 2
 
Advocate packet
Advocate packetAdvocate packet
Advocate packet
 
AS Media Studies Evaluation
AS Media Studies EvaluationAS Media Studies Evaluation
AS Media Studies Evaluation
 
ми для юристов_2_семестр(new)
ми для юристов_2_семестр(new)ми для юристов_2_семестр(new)
ми для юристов_2_семестр(new)
 
δ΄τάξη
δ΄τάξηδ΄τάξη
δ΄τάξη
 
2012 Holiday eCommerce Results & Trends Review & 2013 Recommended Investments
2012 Holiday eCommerce Results & Trends Review & 2013 Recommended Investments2012 Holiday eCommerce Results & Trends Review & 2013 Recommended Investments
2012 Holiday eCommerce Results & Trends Review & 2013 Recommended Investments
 
φώτο γραφής
φώτο γραφήςφώτο γραφής
φώτο γραφής
 
Pink heals (2)
Pink heals (2)Pink heals (2)
Pink heals (2)
 
φώτο γραφής
φώτο γραφήςφώτο γραφής
φώτο γραφής
 
нити
нитинити
нити
 
Restaurant ereburger
Restaurant ereburgerRestaurant ereburger
Restaurant ereburger
 
правописание безударных гласных в корне слова»
правописание безударных гласных в корне слова»правописание безударных гласных в корне слова»
правописание безударных гласных в корне слова»
 

Similar to A 2

Sejarah STPM Masyarakat Agraria
Sejarah STPM  Masyarakat AgrariaSejarah STPM  Masyarakat Agraria
Sejarah STPM Masyarakat AgrariaKhai Khairy
 
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMBab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
SISTEM EKONOMI
SISTEM EKONOMISISTEM EKONOMI
SISTEM EKONOMIsuziana15
 
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikat
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikatFeudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikat
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikatCornard Conot
 
KEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCIS
KEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCISKEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCIS
KEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCISsuziana15
 
Asement kum sosio
Asement kum sosioAsement kum sosio
Asement kum sosioAFIQAH
 
SEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptxSEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptxssuserd269d9
 
Raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis
Raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis Raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis
Raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis SMK Bukit Gading [STPM]
 
Pitos 107 kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
Pitos 107  kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)Pitos 107  kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
Pitos 107 kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)Wong Keong
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropahamiraaa96
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamaNoha Fiq
 
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdfMODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdfNurulAlis3
 
Sistem ekonomi kapitalisme di england dan amerika syarikat pada abad ke
Sistem ekonomi kapitalisme di england dan amerika syarikat pada abad keSistem ekonomi kapitalisme di england dan amerika syarikat pada abad ke
Sistem ekonomi kapitalisme di england dan amerika syarikat pada abad keSuverinus Sanan II
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik Stephanie Unsil
 

Similar to A 2 (20)

Sejarah STPM Masyarakat Agraria
Sejarah STPM  Masyarakat AgrariaSejarah STPM  Masyarakat Agraria
Sejarah STPM Masyarakat Agraria
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMBab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
 
SISTEM EKONOMI
SISTEM EKONOMISISTEM EKONOMI
SISTEM EKONOMI
 
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikat
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikatFeudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikat
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikat
 
Sejarah bab 9
Sejarah bab 9 Sejarah bab 9
Sejarah bab 9
 
KEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCIS
KEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCISKEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCIS
KEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCIS
 
Asement kum sosio
Asement kum sosioAsement kum sosio
Asement kum sosio
 
SEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptxSEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptx
 
Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5Bab 3-ting-5
Bab 3-ting-5
 
Raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis
Raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis Raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis
Raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis
 
Penyatuan negara bangsa
Penyatuan negara bangsaPenyatuan negara bangsa
Penyatuan negara bangsa
 
Pitos 107 kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
Pitos 107  kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)Pitos 107  kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
Pitos 107 kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
 
Nota Mini Sejarah SPM
Nota Mini Sejarah SPMNota Mini Sejarah SPM
Nota Mini Sejarah SPM
 
Nota sejarah
Nota sejarahNota sejarah
Nota sejarah
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertama
 
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdfMODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
 
Sistem ekonomi kapitalisme di england dan amerika syarikat pada abad ke
Sistem ekonomi kapitalisme di england dan amerika syarikat pada abad keSistem ekonomi kapitalisme di england dan amerika syarikat pada abad ke
Sistem ekonomi kapitalisme di england dan amerika syarikat pada abad ke
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Recently uploaded (14)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

A 2

  • 1. Konsep Merkantilisme, Imperialisme dan Kolonialisme Merkentilisme 1. Sejak abad ke-16, benua Eropah mengalami perubahan ekonomi dan politik yang pesat. Sistem feudal yang menjadi amalan ekonomi dan politik di Eropah mengalami kemerosotan. Keruntuhan system feudal telah membentuk beberapa buah negara bangsa seperti England, Sepanyol, Portugal, Perancis dan Belanda. 2. Pembentukan negara bangsa dan pembentukan system kerajaan berpusat membolehkan berlakunya percantuman bidang politik dan ekonomi. Kerajaan- kerajaan di Eropah telah dapat meningkatkan pembinaan system perhubungan yang lebih baik bagi menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain. 3. Perkembangan sistem perhubungan ini telah membantu membina sebuah pasaran ekonomi yang tunggal bagi negara-negara berkenaan. Akhir sekali, pelaksanaaan dasar ekonomi yang tinggal menyumbang kepada perkembangan pertanian, industri dan perdagangan. Sektor ekonomi nasional ini dibangunkan dengan matlamat untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekuatan ekonomi negara. 4. Perubahan dan perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah sejak abad ke-16, ada kaitan dengan dasar ekonomi negara-negara berkenaan. Dasar ekonomi yang diamalkan oleh negara-negara Eropah pada abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-18 dikenali sebagai merkantilisme. 5. Merkantilisme boleh ditakrifkan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara. Merkantilisme bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. Melalui campur tangan secara langsung dalam bidang ekonomi, kerajaan dapat memastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku seiring dengan matlamat dan kepentingan sesebuah negara bangsa. 6. Mengikut Abdul Ghapa Harun, dasar merkantilisme mempunyai tiga unsur penting. Unsur pertama dasar ialah bersifat nasionalisme.. Hal ini bermaksud, setiap negara perlu membina satu sistem ekonomi yang bersifat kendiri iaitu tidak memerlukan pergantungan ekonomi kepada negara lain. Dengan itu, sesebuah negara dapat mengekalkan kedaulatan, kebanggaan, dan menambahkan kekuatan politik dan kekayaan ekonominya. 7. Untuk mencapai tahap kendiri dalam bidang ekonomi, negara perlu membangunkan ekonominya dalam sektor pertanian dan sektor perindustrian. Dasar ekonomi yang perlu diberi perhatian dan perlindungan ialah sektor perindustrian. 8. Kemajuan dalam bidang ekonomi dapat memenuhi permintaan dalam negara dan mengelakkan pengimportan barangan dari luar. Keupayaan mengeksport hasil sektor industri menambahkan kekuatan ekonomi sesebuah negara.1 1 Hasil eksport Nilai eksport Britain pada tahun 1701 ialah enam juta pound meningkat kepada 36 juta pound pada tahun 1801, manakala di Perancis pula, nilai eksport barangannya meningkat lima kali ganda. Peningkat terhadap eksport menyebabkan menyebabkan sektor pembuatan barangan industri menjadi semakin penting dalam ekonomi di Eropah. Di Britain misalnya para saudagar dan pengusaha tekstil terpaksa mengimport beribu- ribu tenaga pekerja untuk menghasilkan barangan yang diperlukan.
  • 2. 9. Unsur kedua dalam merkantilisme ialah paternalisme. Paternalisme bererti kerajaan perlu memainkan peranan yang besar dan secara langsung dalam mengatur aktiviti ekonomi, politik dan sosial rakyatnya. Dengan cara ini. kehidupan rakyat dapat dirangka sesuai dengan kehendak dan matlamat negara. Antaranya termasuklah kerajaan melaksanakan peraturan tentang perkahwinan, aspek berkaitan pertumbuhan penduduk, menentukan kualiti dan kuantiti barang industri, menetapkan harga barang, menetapkan harga upah buruh dan jumlah jam bekerja. Melalui dasar ini, rakyat terpaksa akur dengan aspirasi dan matlamat ekonomi dan politik negara. 10. Unsur ketiga ialah imperialisme. Melalui unsur imperialisme, tanah jajahan menjadi simbol kebanggaan sesebuah negara. Tanah jajahan penting bagi memenuhi keperluan ekonomi negara induknya. Dengan itu, sesebuah negara akan dapat membebaskan diri daripada bergantung kepada negara lain. Justeru, dasar ekonomi yang ketat sangat perlu bagi mengawal tanah jajahan supaya tidak menjalin hubungan perdagangan dengan negara lain. Tanah jajahan juga perlu disekat daripada mengembangkan kegiatan ekonomi yang menyaingi sektor ekonomi di negara induk. Pendek kata, tanah jajahan diwujudkan semata-mata untuk membekalkan keperluan bahan mentah dan menjadi pasaran untuk hasil keluaran industri negara. 11. Selain itu, kerajaan perlu melakukan tiga cara untuk menguasai perdagangan asing iaitu memonopoli keluaran barangan eksport, mengawal pertukaran asing dan mendapatkan imbangan perdagangan yang positif. Fahaman imperialisme biasanya lebih mengutamakan cara ketiga iaitu mendapatkan imbangan pembayaran yang positif. Hampir kesemua negara di Eropah mementingkan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Pengaliran keluar emas dan perak ke luar negara tidak dibenarkan sama sekali. 12. Amalan dasar imperialisme di Eropah mempunyai implikasi khususnya dalam bidang ekonomi yang cukup besar di Eropah. Kesannya yang paling ketara ialah berlakunya revolusi pertanian dan perindustrian di Britain pada abad ke-18 dan negara-negara lain di Eropah. 13. Kesan daripada amalan dasar merkantilisme di Eropah telah mewujudkan persaingan yang sengit di kalangan negara bangsa di Eropah bagi menguasai perdagangan dunia. Setiap negara berlumba-lumba membangunkan industri perkapalan dan persenjataan bagi membolehkan mereka memonopoli perdagangan. 14. Di samping itu, perkembangan perdagangan dalam negeri dan galakan kerajaan telah membuka peluang luas kepada para saudagar di Eropah mengumpul kekayaan yang mereka peroleh dalam perdagangan dalam mahupun luar negeri.2 15. Amalan merkantilisme di Eropah dikatakan berakhir pada akhir abad ke-18, apabila beberapa orang penulis menekankan bahawa kekayaan negara bukan 2 Galakan Galakan kepada perniagaan dan perdagangan bebas di dalam negeri mempercepatkan pembentukan sebuah ekonomi pasaran yang bersifat nasional. Manakala pengpusan halangan dalam perniagaan dan perdgangan serta penyeragaman peraturan dan undang yang dilakukan oleh kerajaan menyebabkan berlakunya proses integrasi politik dan ekonomi di kebanyakan negara Eropah. Selain itu pelbagai kemudahan disediakan seperti pemberian subsidi
  • 3. hanya boleh dicapai melalui simpanan emas dan perak. Mereka menyatakan bahawa kekayaan juga boleh dicapai melalui tanah, buruh dan modal. Antara penulis-penulis yang beranggapan sedemikian ialah Adam Smith yang menyarankan ideanya dalam buku Wealth of Nation. Selain Adam Smith, Thomas Malthus dan david Ricardo turut mengkritik dasar merkantilisme kerana bagi mereka, kekayaan negara perlu dinikmati bersama oleh semua rakyat. 16. Pada akhir abad ke-18 juga menunjukkan kelemahan dasar merkantilisme ini leboh ketara apabila Britain sendiri kehilangan 13 koloninya di Amerika Utara pada tahun 1776. 17. Pemberontakan tersebut dikatakan berpunca daripada dasar kejaan Britain yang kurang mengambil berat tentang masalah penduduk tempatan. Pemberontakan tersebut merugikan Britain kerana terpaksa mencari pasaran baru. Imperialisme 1. Secara umumnya, imperialisme bermaksud kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain. Imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegomoni) oleh sesuatu bangsa ke atas bangsa lain. 2. Konsep imperialime juga meragkumi gerak perluasan masyarakat atau negara bangsa tertentu untuk membina empayar. Bentuk empayar boleh bersifat tanah jajahan atau memperoleh kedudukan istimewa dalam kegiatan pasaran, penguasaan bahan-bahan mentah dan penindasan terhadap penggunaan buruh. Justru, konsep imperialisme mempunyai kaitan dengan hubungan ekonomi yang tidak seimbang antara dengan rakan perdagangan kecil, besar, miskin dan kaya, yang akan melibatkan pergantungan politik dan ekonomi pihak yang miskin dan kecil kepada negara yang besar dan kaya. 3. Para sarjana membahagikan imperialisme kepada dua bentuk iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperialisme lama mendukung cita-cita antarabangsa( internationalisme) kerana sesebuah kerajaan akan mengembangkan kawalan dan pengaruhnya ke atas kawasan-kawasan yang diduduki. Cita-cita antarabangsa ini bermula daripada kebanggaan rupa bangsa yang berkembang dalam sesebuah kerajaan tersebut. Ciri-ciri seperti ini wujud dalam perluasan empayar Rom, Perancis semasa Napoleon, Jerman semasa diperintah oleh Charlemagne dan empayar Turki Uthmaniyyah.3 4. Berbanding dengan imperialisme lama, imperialisme baru tidak berteraskan cita-cita nasionalisme dan antarabangsa. serangan dan penindasan terhadap 3 Empayar Jepun dan Siam Terdapat juga empayar yang tidak mahu mengenakan pengaruhnya yang ketat terhadap negara jajahannya. Empayar China walaupun memaksa Vietnam menerima banyak unsure China selama penjajahannya, tetapi China tidak mempunyai persamaan bangsa. China menganggap kerajaannya sebagai negara perantaraan antara bumi dan syurga, mempunyai mandat syurga, bertanggungjawab mentadbir dan memajukan orang gasar yang mendiami dunia luar China. Martabat China kekal tinggi daripada bangsa-bangsa lain yang sering kali dianggap sebagai benaung melalui sistem ufti kepada empayar China. Kerajaan Thai juga mengamalkan hubungan bersifat ufti dengan jajahan takluknya. Oleh itu, corak imperialisme China dan Thailand mempunyai sedikit persamaan imperialisme baru terutamanya dalam aspek eksploitasi dan pencerobohan, tetapi persamaan itu terhad kepada aspek tersebut sahaja.
  • 4. bangsa yang lemah menjadi fenomena biasa dalam dasar imperialisme baru. Selain itu kewujudan golongan berkepentingan ekonomi dan agama mendorong kerajaan mereka bertindak melakukan pencerobohan ke atas kerajaan dan bangsa lain. Setelah berjaya mewujudkan empayar, sesebuah kerajaan itu akan mempertahankan ancaman terhadap empayar mereka dari dalam dan luar negeri. Faktor-faktor kepentingan dan persaingan itulah yang menjadi cirri utama imperialisme baru. 5. Imperialisme baru dikatakan bermula pada zaman penjelajahan Barat. Biarpun begitu, terdapat pendapat yang mengatakan imperialisme sebelum 1870, masih bercirikan imperialisme lama kerana kebanyakan perluasan kuasa dilakukan melalui penghijrahan. 6. Selepas tahun 1870-an, imperialisme baru berlaku sepenuhnya. Persaingan sengit antara kuasa-kuasa Barat terus berlaku khususnya untuk merebut tanah jajahan baru di Asia dan Afrika.Persaingan tersebut disebabkan oleh kepentingan golongan kapitalis dan menjaga maruah politik masing-masing. 7. Negara-negara imperialis ingin memperoleh keuntungan daripada negeri yang mereka jajah kerana hasil ekonomi mereka tidak mencukupi. Biasanya negara- negara yang dijajah menghadapi masalah politik dalaman, tidak mempunyai pertahanan yang kuat. 8. Selain itu terdapat kepercayaan bahawa bangsa sendiri lebih mulia daripada bangsa lain seperti bangsa Aryan (Jerman) dan Itali. 9. China dan India menjadi sasaran kuasa-kuasa Barat kerana jumlah penduduk yang ramai mampu mewujudkan potensi pasaran yang luas bagi hasil barangan Barat. 10. Pertambahan kawasan empayar kuasa-kuasa Barat berlaku secara mendadak selepas tahun 1870. Keadaan ini berpunca daripada sebahagian besarnya oleh faktor ekonomi perindustrian.4 11. Menurut Khazrin Tamrin dan Nabir Abdullah, huraian tentang berlakunya imperialisme dapat dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, huraian yang menunjukkan perkembangan imperialisme berpunca daripada perkembangan yang berlaku di Eropah. Kedua, huraian yang menunjukkan keadaan di kawasan pinggir seperti di Asia dan Afrika yang menjadi punca perluasan imperialisme. 12. Menurut mereka lagi, huraian kategori pertama lebih popular dan teori imperialisme kapitalis adalah satu daripadanya. Kategori pertama ini pula dilelaskan kepada tiga jenis. Jenis pertama menumpukan perhatian kepada peranan ahli politik dan menjelaskan bahawa pengambilan tanah kerana kepentingan politik atau strategi keselamatan. Jenis kedua lebih menumpukan penelitian kepada pandangan awam orang Eropah dan menerangkan bahawa imperialisme adalah berpunca daripada perluapan semangat kebangsaan. Bagi 4 Perluasan kuasa Jepun Berlainan pula dengan Jepun yang membentuk empayarnya pada tahun 1895 hingga 1945. Sungguhpun terdapat motif ekonomi, namun pembentukan empayar Jepun lebih bertujuan memenuhi keinginan mencapai taraf kuasa besar standing dengan kuasa-kuasa Barat dan kerana aspek ketenteraan. Walaupun cara perluasan empayarnya menyerupai kaedah Barat, iaitu melalui penghijrahan dan pencerobohan, tetapi kedua-dua kaedah itu berlaku dalam tempoh yang cukup singkat.
  • 5. jenis ketiga pula, berpendirian bahawa bahawa imperialisme berpunca daripada keperluan perdagangan negara-negara Eropah. 13. Teori imperialisme yang menggunakan kawasan pinggir sebagai asas penghuraian menetapkan bahawa penjajahan merebak ke kawasan-kawasan berdekatan (daripada tanah jajahan lama) khususnya pada awal abad ke-19. Perluasan itu dikatakan berlaku kerana tindakan peneroka bangsa Eropah untuk mendapatkan lebih banyak tanah atau tenaga buruh tempatan. 14. Perluasan jajahan juga dihuraikan sebagai berpunca daripada keadaan tidak aman di kawasan jiran sehingga memerlukan percantuman dengan kawasan yang dijajah bagi mewujudkan keadaan yang lebih terjamin. 15. Perluasan itu juga boleh berlaku daripada peranan mubaligh agama, peladang Eropah, pencari buruh dan pengembara Eropah. 16. Pada akhir abad ke-19, wujud pula semangat kapitalisme telah menjadi penggerak utama kepada kolonialisme. Fahaman kapitalisme dan imperialisme inilah yang mencorakkan sejarah dunia khususnya di negara-negara Asia termasuk Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Kolonialisme 1. Secara umumnya istilah kolonialisme mempunyai dua pengertian. Pertama, bermaksud proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Kaedah penaklukan bererti perluasan penaklukan melalui tindakan ketenteraan. Kaedah penghijrahan pula bererti perpindahan rakyat sesebuah negara ke kawasan yang belum diterokai atau didiami orang lain seperti penghijrahan rakyat British ke Australia, dan Amerika Syarikat. Oleh itu para penghijrah mengekalkan hubungan dan menerima kuasa pemerintahan British. Kawasan tersebut juga merupakan sebahagian daripada tanah jajahan British.5 2. Pengertian kedu pula, kolonialisme merujuk kepada dasar melalui aktiviti imperialisme. Apabila disebut kolonialisme, terjelmalah kefahaman tentang masalah penindasan, penghinaan atau eksploitasi yang dilakukan oleh kuasa- kuasa imperialis Barat terhadap penduduk peribumi. 3. Koloni merupakan negeri, tanah jajahan yang ditakluk oleh sesebuah kuasa asing dan berada di luar sempadan negara asal atau negara induk. Biasanya koloni merupakan kawasan yang kurang maju dan terletak jauh daripada negara induk.Bagaimanapun koloni yang dijajah memiliki bahan-bahan mentah yang banyak. 4. Oleh itu negara induk menjangka akan menerima bahan-bahan mentah dari koloni dan koloni pula akan merima barang-barang kilang dari Eropah. Pada 5 Pandangan sarjana tentang kolonialisme Evans dan Newnham menyatakan kolonialisme melibatkan pertapakan kuasa asing, pemerintahan sebuah kuasa luar ke atas masyarakat golongan bawahan dan pemisahan golongan bawahan daripada golongan pemerintah. Rakyat asing mendominasikan politik dan ekonomi negara berkenaan menyebabkan ketidakseimbangan kaum dan kebudayaan. Kolonialisme akan memisahkan pusat kota metropolitan bagi menguatkan kekuasaan koloni dan menindas golongan bawahan.
  • 6. masa yang sama, negara-negara di Asia Tenggara yang dijajah menerima banyak model tanaman dagangan yang diusahakan untuk kepentingan penjajah. 5. Melalui dasar kolonialisme, satu bentuk pemerintahan telah dilaksanakan sama ada melalui paksaan atau secara aman. Penaklukan dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Pada mulanya, kuasa-kuasa Barat membeli barang-barang daripada pemerintah tempatan. Untuk memastikan bekalan barangan boleh didapati secara tetap, kuasa-kuasa Barat itu mula campur tangan dalam pentadbiran negara berkenaan dan seterusnya menjadikan negara tersebut sebagai tanah jajahan. 6. Setelah menguasai bidang politik (pemerintahan), kuasa-kuasa Barat cuba memisahkan masyarakat golongan bawahan daripada golongan pemerintah. Golongan pemerintah adalah golongan minoriti yang terdiri daripada kolonial. 7. Di Asia Tenggara, kolonialisme dikaitkan dengan kemasukan golongan imigran bagi merealisasikan hasrat penjajah untuk menguasai hasil bumi koloni dengan cepat dalam dalam kuantiti yang banyak. Kedatangan imigran dari China di Indonesia dan Filipina serta imigran India ke Myanmar jelas menunjukkan sikap rakus penjajah untuk menguasai hasil bumi negara-negara yang dijajah. 8. Kolonialisme berkembang pesat sebelum Perang Dunia Pertama (1914-1918). Pihak penjajah mula menguasai pelabuhan-pelabuhan strategik dan jalan perdagangan utama pada masa itu. Modal yang dimiliki saudagar mewujudkan pasaran baru dan perkembangan ini menggalakkan pengeluaran barangan serta meningkatkan persaingan bagi menguasai bekalan bahan mentah. 9. Selepas Perang Dunia Kedua (1945), konsep dan pelengamalan kolonialisme mula ditentang oleh penduduk tempatan. Jepun dan sekutunya telah menanam semangat bencikan penjajahan. Keadaan ini menimbulkan kesedaran kebangsaan apabila Jepun mengalahkan kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara. 10. Gerakan antiimperialisme dan antikolonialisme dikenali sebagai gerakan kebangsaan atau nasionalisme yang melihat penindasan atau eksploitasi yang tidak memberikan apa-apa keistimewaan atau hak kepada penduduk tempatan cuba dihapuskan.