SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Hari ini merupakan hari yang pertama ambo bertemu dengan adik kakak di Dewan
Zulkifli sebagai seorang menteri besar di sebuah negeri yang diberi nama Kelantan
Darul Naim atau nama jolokannya Serambi Makkah. Ambo hendak sebut sepatah dua di
sini, walaupun benda yang sama telah ambo sebut di Masjid Pulau Melaka malam
kelmarin. Pertamanya, ambo ucap ribuan syukur kepada Allah S.W.T. di alas kuasa-Nya
yang tidak boleh ditolak oleh sesiapapun, dalam memenangkan perjuangan Islam yang
dipimpin oleh Parti Islam se-Malaysia atau disebut PAS.
Keduanya, syukur juga bahawa menteri besar negeri ini sudah mula berubah, daripada
orang yang tidak disebut tok guru, kepada orang yang disebut-sebut tok guru. Siapa dia
tok guru tidak menjadi masalah, yang pentingnya satu perubahan pemikiran sudah
berlaku. Selama ini - hingga sudah terlekat di kepala kita - bila disebut tok guru ialah
orang yang mengepalai ratib, orang yang membaca doa sahaja. Usahkan hendak sebut
tok guru sebagai menteri besar, hendak sebut tok guru sebagai tok penghulu pun berasa
tidak begitu kena, berasa tidak serasi, berasa tidak boleh duduk setempat. Lagi tidak
sedap kalau tok guru disebut sebagai tok penggawa ke, sebagai DO. ke. Alhamdulillah
mulai daripada sekarang kesilapan kita dalam memahami penyelewengan yang berlaku
mengenai perkara tersebut, dapat dihapuskan sedikit demi sedikit. Kita berdoa supaya
pemikiran yang betul ini dapat diteruskan dan ditolong oleh Allah seterusnya untuk
masa-masa akan datang.
Ketiganya, semua bangsa di muka dunia yang beragama hatta agama ciptaan bumi
sekalipun, bila dia berdepan dengan orang yang dikira pandai dalam agama, dia beri
satu perkataan khas. Cara dia berbahasa pun ada cara tertentu, sebagai curahan isi hati
memberi hormat. Oleh yang demikian kepada kawan-kawan ambo - jenis tok-tok guru,
jenis tok-tok lebai, jenis ustaz-ustaz yang belum lagi menjadi menteri besar, tolong
teruskan character ataupun watak demo sebagai tok guru supaya orang kampung boleh
berasa kalau hendak tengok akhlak Nabi Muhammad, tengok dia inilah. Kalau hendak
dengar ajaran Nabi Muhammad, dengar ajaran dia inilah. Hendak tengok peel perangai
Nabi Muhammad, tengok peel perangai demo inilah.
Ini satu hal yang cukup payah, yang cukup penat bagi seseorang tok guru untuk menjaga
statusnya sebagai seorang pewaris anbiya. Pertamanya, sangat sedikit ilmu kita
mengenai diri Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Dalil sedikitnya, pengajian kita selama ini
tidak banyak ditumpukan untuk mengenali syakhsiah identiti Nabi s.a.w .. Apa yang kita
kenal mengenai Nabi sedikit sebanyaknya diperolehi dari kitab-kitab fikah, sedangkan
kitab-kitab fikah ini hanya menumpu kepada bahagian-bahagian ibadat sahaja. Itu
kaedah ilmu, kerana tiap-tiap ilmu ada keistimewaan masing-masing, fikah ada
keistimewaan cara dia, tauhid ada keistimewaan cara dia, dan sejarah ada keistimewaan
cara dia. Pada umumnya di tempat kita ini, pengajian fikah sungguh tinggi dan seiring
dengan itu kita mengaji ilmu nahu dan ilmu soraf. Alasannya, kedua-dua ilmu ini boleh
membantu kita memahami sungguh-sungguh ilmu Hadis dan Quran. Tetapi
dukacitanya, bila sepuluh tahun dihabiskan untuk mengaji ilmu-ilmu alat, zaman
pemikiran subur untuk menerima ilmu pun habis. Tamatlah pengajian kita dan masingmasing balik - ke kampung, berumahtangga - tidak sempat sampai ke peringkat
mempelajari ilmu Quran dan Hadis.
Oleh yang demikian pengenalan kita terhadap syakhsiah Nabi Muhammad tidak berapa
jelas; dari segi tutur katanya, dari segi tingkah lakunya, dari segi pentadbirannya, dari
segi senyum simpulnya, marah sukanya, perang damainya. Jadi bila ilmu-ilmu begitu
tidak banyak kita ketahui, maka payahlah kita hendak meniru Nabi. Ini dicampur
dengan suasana yang ada di sekitar kita, payah benar bagi kita hendak mengikuti
contoh Nabi Muhammad s.a.w .. Yang mudah bagi kitanya ialah menurut benda-benda
yang orang Eropah bawa - melalui suratkhabar, melalui majalah. melalui radio, melalui
tv kerana benda-benda inilah yang terdedah di depan kita setiap hari. Apabila kita baca
suratkhabar di dalamnya ada gambar-gambar tertentu. ada makalah-makalah tertentu.
Bila kita buka tv dalam siarannya ada gambar-gambar tertentu. ada lakonan-lakonan
tertentu. Begitu juga apabila kita membaca majalah-majalah dunia. Boleh dikatakan
media massa sedunia ini selaras belaka dalam membawa manusia hanyut semakin jauh
hubungan dengan Nabi Muhammad S.A.W.. Ini fakta penting.
Oleh yang demikian, sekiranya kita sebagai pejuang Islam sungguh-sungguh ikhlas
untuk berpatah balik semula kepada pengkalan Nabi Muhammad s.a.w., maka tidak ada
cara lain selain daripada mengaji semula ilmu-ilmu yang boleh membawa kita
mengenali syakhsiah baginda. Bagi memudahkan kita mengenali syakhsiah Nabi. kita
boleh baca sejarah hidupnya. yang sekarang ini dikenali dengan perkataan sirah. Bukan
setakat sirah Nabi sahaja. bahkan sejarah anak-anak murid Nabi - pelajar-pelajar yang
berlaga lutut duduk dengan Nabi - yang kita panggil sahabat-sahabat Nabi. Sebab itulah
apabila kita selawat kepada Nabi, kita tidak selawat kepada Nabi seorang tetapi kita kait
tiga sekali gus: Hei Tuhan! Aku minta pada Kamu selawat kepada Nabi Muhammad, dan
keluarga Nabi Muhammad dan juga sahabat-sahabat Nabi. Apabila kita menghargai
usaha dan perjuangan Nabi s.a.w., kita juga mesti menghargai usaha yang dilakukan
oleh keluarga Rasulullah s.a.w. - yang di sini dipanggil tok sayed - dan juga usaha yang
dibuat oleh sahabat-sahabat Nabi, yang kebetulan orang Melayu pun panggil sahabat.
Tidak boleh lari dari tiga unsur ini kerana perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. ini
sambung-menyambung seperti mata rantai. Kalau tidak ada mata rantai perjuangan
begini, perjuangan Nabi akan putus dan sudah tentu tidak akan sampai kepada kita hari
ini.
Kalau di Kelantan negeri yang dikira sebagai lubuk ilmu, pun kurang mengaji ilmu-ilmu
begini, maka di negeri-negeri lain sudah tentu lagi kurang. Lebih-Iebih lagi mengikut
sejarahnya negeri-negeri lain di Tanah Melayu zaman hari itu, menumpang tuah ilmu
Islam daripada Kelantan. Kelantan sendiri menumpang tuah daripada tok-tok guru di
Patani. seperti Tok Sheikh Daud dan sebagainya .. Jadi satu hal yang perlu kita kena fikir
sekarang ialah bagaimana cara hendak memperluaskan ke kampung-kampung
pengajian ilmu sirah Nabi Muhammad, sejarah ahli-ahli keluarga dan sejarah sahabat-
sahabat baginda. Kepada ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu yang Allah taala beri kepada
mereka semangat agama dan mempunyai lidah untuk bercakap agama, tolong tanam
semangat supaya masyarakat di kampung jangan hanya berasa padan setakat mengaji
fikah dan mengaji tauhid sahaja. Jangan sampai dia tidak herasa apa-apa kalau tidak
mengaji sirah. Ini tidak betul!! Tauhid ada tumpuannya, fikah ada tumpuannya dan sirah
juga ada tumpuannya.
Seterusnya, ambo hendak sebut bila kita memegang jawatan, tentulah ada gaji, ada
upah.Sistem upah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi kerana kita dibolehkan
mengambil upah dari tiap-tiap kerja yang halal. Banyak mana upahnya? Alhamdulillah
Islam tidak menetapkan, terletaklah di atas budi bicara masing-masing. Imam Syafie di
dalam syairnya memberi panduan kepada masyarakat mengenai gaji untuk tok-tok guru
yang mengajar. Dia berkata: Sesungguhnya berhak diberi upah 1000 dirham bagi
sepatah ajaran. Tok guru ajar alif kena beri upah 1000 rial, ba kena beri upah 1000 rial.
Jadi Imam Syafie meminta masyarakat memberi gaji kepada guru ini - sama ada kita
hendak panggil tok guru ke, cikgu ke. ustaz ke. asalkan dia mengajar ilmu yang memberi
guna dunia akhirat - tiap-tiap sepatah perkataan 1000 dirham. Oleh yang demikian,
ambo tentulah ada gaji sebagai menteri besar, ambo sendiri tidak bertanya khabar pun
berapa banyak gaji ambo. Cuma ambo hendak beritahu dua perkara. pertamanya, adab
semua wakil rakyat Pas di Kelantan dan juga di luar negeri, kita memotong 20%
daripada elaun yang diberi. Dengan erti dalam serial kita potong 20 sen. Jadi kalau elaun
wakil rakyat 2,000, maka dia kena potong 400 kepada parti. Biarlah ambo sendirinya
potong 40%. Jadi dalam 1000 rial ambo hendak potong 400, tinggal 600 rial. Keduanya,
ambo hendak masukkan balik 5% ke dalam khazanah negeri untuk pembangunan.
Ambo beri 5% sebagai satu simbolik, mudah-mudahan menteri besar Pas selepas ambo
boleh potong banyak lagi. Kalau ambo potong banyak mungkin yang akan datang tidak
boleh hendak tambah, sedangkan kita hendak kepada peningkatan. Ertinya kalau
hendak buat jalan raya pitis ambo terlibal, hendak buat sekolah pitis ambo terlibat,
hendak buat apa pun di dalam Kelantan ini, insya-Allah pitis ambo terlibat. Dengan cara
ini orang Melayu boleh rasa, orang Cina boleh rasa, orang Umno boleh rasa, orang Pas
pun boleh rasa. Di akhirat kelak insya-Allah banyaklah saksi yang akan menolong ambo:
Hei Tuhan! Aku terima manfaat daripada orang sekian bin sekian.
Ini semua hendak beritahu kepada masyarakat yang sibuk sangat menyangka bahawa
Islam ini ganas, Islam ini pecah belah, Islam ini karut, Islam ini huru-hara, bahawa Islam
sebenarnya tidak begitu. Dalilnya., ketua kerajaan negeri Kelantan daripada parti Pas
beri pitis dia untuk dimasukkan ke dalam khazanah negeri, untuk dirasai oleh semua
rakyat; tanpa kira Pas tidak Pas, Umno tidak Umno, Siam, Boyan, China., Jepun, Dayak,
atau orang Asli di dalam hutan. Ertinya semua penyokong Pas tidak boleh tidak, kena
berderma juga. Maknanya tidaklah kata bila Kelantan dikuasai oleh Pas, derma tidak
diperlukan lagi. Derma ini kita ken a beri terus-menerus, kerana ambo tidak suka
tengok kita berpilihan raya menggunakan duit yang tidak halal, belanja dengan duit
rasuah. Ambo tidak mahu duit pilihan raya di negeri Kelantan di masa-masa akan
datang diperolehi dari duit yang tidak bersih. Kalau kita start berpilihan raya dengan
tidak molek, kerajaan yang dihasilkan tidak molek juga. Serupa kita meletak asas untuk
tapak rumah. Jika di waktu meletak tapak itu senget, maka rumah yang terbina nanti
akan senget juga.
Dalam masa pilihan raya baru-baru ini, banyak orang bertanya macam mana kalau kita
guna duit interest. Interest ini barang tidak baik tetapi dengan sebab bank beri juga
maka kita terpaksa ambil. Ambo pun suruh orang ambil duit interest jangan dibiarkan
dalam bank begitu sahaja. Kita ambil duit interest tetapi kita belanjakan untuk
kepentingan ramai. Biasanya kita beli tanah empat lima lori ke, pasir empat lima lori ke,
tambun di tempat-tempat yang dikira lecah kemudiannya pakat jijak ramai-ramai. Itu
benda-benda yang boleh kita buat. Alhamdulillah, orang-orang pejuang Islam tahu
mengenai perkara ini. Jadi dalam masa pilihan raya barn ini banyak orang bertanya:
Bagaimana kalau kita guna duit interest untuk beli minyak kereta ke, buat pos pilihan
raya ke? Ambo kata jangan! Minta maaf, jangan! Setakat ada duit halal, kita berpilihan
raya dengan duit halal. Kalau tidak ada, apa boleh buat, biar Tuhan tahu kita
sudah kehabisan pitis, sudah kehabisan ikhtiar. Ketika itu jangan berputus asa.
Bila Tuhan tahu di pihak kita sudah kehabisan ikhtiar, Tuhan tidak akan
tinggalkan kita dalam keadaan begitu. Mesti ada spare turun dari langit.
Ambo berasa hasil pilihan raya baru ini, macam ada persefahaman di antara malaikat di
langit dengan pengundi-pengundi di muka bumi ini. Kalau tidak bagaimana boleh jadi
serupa baru-baru ini? Ambo tanya kerani-kerani ambo di bilik gerakan, satu pun tidak
serupa pendapat padahal orang Pas sudah buat cula kira-kira setahun dahulu. Bila padu
cula dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya lebih tinggi berlipat ganda dari
jangkaan bilik gerakan. Ambo rasa bilik gerakan pihak lawan kita pun begitu juga., tidak
sangka benda ini berlaku. Benda seperti ini tidak susah hendak kata., selain daripada
mesti ada bantuan secara langsung daripada Allah S.W.t.. Selama ini kita mengempen
juga, merayu juga, berdoa juga tetapi tidak menjadi sebagaimana tahun ini. Tahun ini di
samping kita mengempen dan berdoa, kita bersembahyang hajat dan berqunut nazilah.
Ambo tidak berhenti-henti membaca qunut ini sejak dari peristiwa pembunuhan
Memali (di Kedah, pada 19 November 1985), kecuali terlupa sekali dua. Ambo minta
Allah taala tonjolkan perjuangan Islam dan minta Allah taala leburkan perjuanganperjuangan yang tidak Islam dengan cara mana sekalipun.
Setakat ini benih pertama telah ditanam. InsyaAllah benih ini bernas, berjumpa dengan
tanah yang subur dan kita pakat memagarinya daripada serangan musuh. InsyaAllah
benih ini akan tumbuh dengan selamat dan akan membuahkan hasil yang baik untuk
semua masyarakat di seluruh negeri dan negara. Itulah benda yang ambo hendak sebut
sepatah dua., insya-Allah kita sama-sarna berdoa meminta kerajaan ini berpanjangan,
berdoa supaya ambo kukuh iman, tidak kelabu mata dengan pitis, tidak kelabu mata
dengan pangkat.
- Dipetik dari Tafsir Surah Hud m/s :60-63 – Edited by Abe Joe

More Related Content

What's hot

Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)Andri Goodwood
 
Laporan kegiatan ramadhan for kids
Laporan kegiatan ramadhan for kidsLaporan kegiatan ramadhan for kids
Laporan kegiatan ramadhan for kidsWhinda Y. Sabri
 
Kelompok wawancara
Kelompok wawancaraKelompok wawancara
Kelompok wawancaradian19
 
Kunci Sukses PNS, berpola pikir positif, mengayomi dan peka terhadap kepentin...
Kunci Sukses PNS, berpola pikir positif, mengayomi dan peka terhadap kepentin...Kunci Sukses PNS, berpola pikir positif, mengayomi dan peka terhadap kepentin...
Kunci Sukses PNS, berpola pikir positif, mengayomi dan peka terhadap kepentin...Lytagenia
 
Contoh teks wawancara untuk simulasi wawancara
Contoh teks wawancara untuk simulasi wawancaraContoh teks wawancara untuk simulasi wawancara
Contoh teks wawancara untuk simulasi wawancaraAhmad Afandi
 
Refleksi kerjaya E.Hafizi
Refleksi kerjaya E.HafiziRefleksi kerjaya E.Hafizi
Refleksi kerjaya E.HafiziEmirul Roslan
 
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaAku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaRini Handayani
 

What's hot (8)

Ucapan
Ucapan Ucapan
Ucapan
 
Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)
 
Laporan kegiatan ramadhan for kids
Laporan kegiatan ramadhan for kidsLaporan kegiatan ramadhan for kids
Laporan kegiatan ramadhan for kids
 
Kelompok wawancara
Kelompok wawancaraKelompok wawancara
Kelompok wawancara
 
Kunci Sukses PNS, berpola pikir positif, mengayomi dan peka terhadap kepentin...
Kunci Sukses PNS, berpola pikir positif, mengayomi dan peka terhadap kepentin...Kunci Sukses PNS, berpola pikir positif, mengayomi dan peka terhadap kepentin...
Kunci Sukses PNS, berpola pikir positif, mengayomi dan peka terhadap kepentin...
 
Contoh teks wawancara untuk simulasi wawancara
Contoh teks wawancara untuk simulasi wawancaraContoh teks wawancara untuk simulasi wawancara
Contoh teks wawancara untuk simulasi wawancara
 
Refleksi kerjaya E.Hafizi
Refleksi kerjaya E.HafiziRefleksi kerjaya E.Hafizi
Refleksi kerjaya E.Hafizi
 
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaAku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
 

Viewers also liked

Lecture 2 Mayas, Incas, Aztecs
Lecture 2 Mayas, Incas, AztecsLecture 2 Mayas, Incas, Aztecs
Lecture 2 Mayas, Incas, Aztecskecuador
 
Ancient American Pre-Columbian Civilization
Ancient American Pre-Columbian CivilizationAncient American Pre-Columbian Civilization
Ancient American Pre-Columbian CivilizationLaurissa Agosta
 
Aztec Inca Maya Power Point
Aztec Inca Maya Power PointAztec Inca Maya Power Point
Aztec Inca Maya Power Pointmontathomas
 
Presentación sde herramientas (1)
Presentación sde herramientas (1)Presentación sde herramientas (1)
Presentación sde herramientas (1)Xavi Ponce
 

Viewers also liked (9)

Mayas
MayasMayas
Mayas
 
Lecture 2 Mayas, Incas, Aztecs
Lecture 2 Mayas, Incas, AztecsLecture 2 Mayas, Incas, Aztecs
Lecture 2 Mayas, Incas, Aztecs
 
Aztecs, Inca & Maya
Aztecs, Inca & MayaAztecs, Inca & Maya
Aztecs, Inca & Maya
 
Ppt mayas
Ppt mayas Ppt mayas
Ppt mayas
 
Mayas
MayasMayas
Mayas
 
Ancient American Pre-Columbian Civilization
Ancient American Pre-Columbian CivilizationAncient American Pre-Columbian Civilization
Ancient American Pre-Columbian Civilization
 
Resumen mayas incas aztecas
Resumen mayas incas aztecasResumen mayas incas aztecas
Resumen mayas incas aztecas
 
Aztec Inca Maya Power Point
Aztec Inca Maya Power PointAztec Inca Maya Power Point
Aztec Inca Maya Power Point
 
Presentación sde herramientas (1)
Presentación sde herramientas (1)Presentación sde herramientas (1)
Presentación sde herramientas (1)
 

Similar to MB_PAS_Beri_Manfaat

Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)arvin2014
 
Jati diri wanita muslimah
Jati diri wanita muslimahJati diri wanita muslimah
Jati diri wanita muslimahBella Seba
 
Khutbah ttg akhlak rasul
Khutbah ttg akhlak rasulKhutbah ttg akhlak rasul
Khutbah ttg akhlak rasulFaridah Mustapa
 
Tarby magazine salafiyah kajen
Tarby magazine  salafiyah kajenTarby magazine  salafiyah kajen
Tarby magazine salafiyah kajenRoziq Bahtiar
 
Kisah nyata seorang muallaf
Kisah nyata seorang muallafKisah nyata seorang muallaf
Kisah nyata seorang muallafErsan Sabiyl
 
Ceramah maulid nabi
Ceramah maulid nabiCeramah maulid nabi
Ceramah maulid nabiAffan Dhafir
 
Benarkahpksprorakyat testimoniiniditulisolehseorangmantankaderpksdariuibernam...
Benarkahpksprorakyat testimoniiniditulisolehseorangmantankaderpksdariuibernam...Benarkahpksprorakyat testimoniiniditulisolehseorangmantankaderpksdariuibernam...
Benarkahpksprorakyat testimoniiniditulisolehseorangmantankaderpksdariuibernam...Denny Wahyudi
 
Haidar baqir ttg radikalisme
Haidar baqir ttg radikalismeHaidar baqir ttg radikalisme
Haidar baqir ttg radikalismePi SA
 
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniTeks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniKPM
 
Shalawat Nabi Kasih Sayang - Zainal Abidin
Shalawat Nabi Kasih Sayang - Zainal AbidinShalawat Nabi Kasih Sayang - Zainal Abidin
Shalawat Nabi Kasih Sayang - Zainal AbidinZainal Abidin Mustofa
 
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkahTriez Triadhie
 

Similar to MB_PAS_Beri_Manfaat (20)

Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)
 
Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)Atheis (m. dawam rahardjo)
Atheis (m. dawam rahardjo)
 
Khutbah Jum'at
Khutbah Jum'atKhutbah Jum'at
Khutbah Jum'at
 
Hikmah maulid nabi muhammad saw
Hikmah maulid nabi muhammad sawHikmah maulid nabi muhammad saw
Hikmah maulid nabi muhammad saw
 
Jaim Itu Penting
Jaim Itu PentingJaim Itu Penting
Jaim Itu Penting
 
Buletin pmb 2015
Buletin pmb 2015Buletin pmb 2015
Buletin pmb 2015
 
Kotbah pemuda
Kotbah pemudaKotbah pemuda
Kotbah pemuda
 
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang KuliahMengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
 
Assigment etnik
Assigment etnikAssigment etnik
Assigment etnik
 
Jati diri wanita muslimah
Jati diri wanita muslimahJati diri wanita muslimah
Jati diri wanita muslimah
 
Khutbah ttg akhlak rasul
Khutbah ttg akhlak rasulKhutbah ttg akhlak rasul
Khutbah ttg akhlak rasul
 
Tarby magazine salafiyah kajen
Tarby magazine  salafiyah kajenTarby magazine  salafiyah kajen
Tarby magazine salafiyah kajen
 
Kisah nyata seorang muallaf
Kisah nyata seorang muallafKisah nyata seorang muallaf
Kisah nyata seorang muallaf
 
Ceramah maulid nabi
Ceramah maulid nabiCeramah maulid nabi
Ceramah maulid nabi
 
Benarkahpksprorakyat testimoniiniditulisolehseorangmantankaderpksdariuibernam...
Benarkahpksprorakyat testimoniiniditulisolehseorangmantankaderpksdariuibernam...Benarkahpksprorakyat testimoniiniditulisolehseorangmantankaderpksdariuibernam...
Benarkahpksprorakyat testimoniiniditulisolehseorangmantankaderpksdariuibernam...
 
Mat sabu
Mat sabuMat sabu
Mat sabu
 
Haidar baqir ttg radikalisme
Haidar baqir ttg radikalismeHaidar baqir ttg radikalisme
Haidar baqir ttg radikalisme
 
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniTeks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
 
Shalawat Nabi Kasih Sayang - Zainal Abidin
Shalawat Nabi Kasih Sayang - Zainal AbidinShalawat Nabi Kasih Sayang - Zainal Abidin
Shalawat Nabi Kasih Sayang - Zainal Abidin
 
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
 

MB_PAS_Beri_Manfaat

  • 1. Hari ini merupakan hari yang pertama ambo bertemu dengan adik kakak di Dewan Zulkifli sebagai seorang menteri besar di sebuah negeri yang diberi nama Kelantan Darul Naim atau nama jolokannya Serambi Makkah. Ambo hendak sebut sepatah dua di sini, walaupun benda yang sama telah ambo sebut di Masjid Pulau Melaka malam kelmarin. Pertamanya, ambo ucap ribuan syukur kepada Allah S.W.T. di alas kuasa-Nya yang tidak boleh ditolak oleh sesiapapun, dalam memenangkan perjuangan Islam yang dipimpin oleh Parti Islam se-Malaysia atau disebut PAS. Keduanya, syukur juga bahawa menteri besar negeri ini sudah mula berubah, daripada orang yang tidak disebut tok guru, kepada orang yang disebut-sebut tok guru. Siapa dia tok guru tidak menjadi masalah, yang pentingnya satu perubahan pemikiran sudah berlaku. Selama ini - hingga sudah terlekat di kepala kita - bila disebut tok guru ialah orang yang mengepalai ratib, orang yang membaca doa sahaja. Usahkan hendak sebut tok guru sebagai menteri besar, hendak sebut tok guru sebagai tok penghulu pun berasa tidak begitu kena, berasa tidak serasi, berasa tidak boleh duduk setempat. Lagi tidak sedap kalau tok guru disebut sebagai tok penggawa ke, sebagai DO. ke. Alhamdulillah mulai daripada sekarang kesilapan kita dalam memahami penyelewengan yang berlaku mengenai perkara tersebut, dapat dihapuskan sedikit demi sedikit. Kita berdoa supaya pemikiran yang betul ini dapat diteruskan dan ditolong oleh Allah seterusnya untuk masa-masa akan datang. Ketiganya, semua bangsa di muka dunia yang beragama hatta agama ciptaan bumi sekalipun, bila dia berdepan dengan orang yang dikira pandai dalam agama, dia beri satu perkataan khas. Cara dia berbahasa pun ada cara tertentu, sebagai curahan isi hati memberi hormat. Oleh yang demikian kepada kawan-kawan ambo - jenis tok-tok guru, jenis tok-tok lebai, jenis ustaz-ustaz yang belum lagi menjadi menteri besar, tolong teruskan character ataupun watak demo sebagai tok guru supaya orang kampung boleh berasa kalau hendak tengok akhlak Nabi Muhammad, tengok dia inilah. Kalau hendak dengar ajaran Nabi Muhammad, dengar ajaran dia inilah. Hendak tengok peel perangai Nabi Muhammad, tengok peel perangai demo inilah. Ini satu hal yang cukup payah, yang cukup penat bagi seseorang tok guru untuk menjaga statusnya sebagai seorang pewaris anbiya. Pertamanya, sangat sedikit ilmu kita mengenai diri Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Dalil sedikitnya, pengajian kita selama ini tidak banyak ditumpukan untuk mengenali syakhsiah identiti Nabi s.a.w .. Apa yang kita kenal mengenai Nabi sedikit sebanyaknya diperolehi dari kitab-kitab fikah, sedangkan kitab-kitab fikah ini hanya menumpu kepada bahagian-bahagian ibadat sahaja. Itu kaedah ilmu, kerana tiap-tiap ilmu ada keistimewaan masing-masing, fikah ada keistimewaan cara dia, tauhid ada keistimewaan cara dia, dan sejarah ada keistimewaan cara dia. Pada umumnya di tempat kita ini, pengajian fikah sungguh tinggi dan seiring dengan itu kita mengaji ilmu nahu dan ilmu soraf. Alasannya, kedua-dua ilmu ini boleh membantu kita memahami sungguh-sungguh ilmu Hadis dan Quran. Tetapi dukacitanya, bila sepuluh tahun dihabiskan untuk mengaji ilmu-ilmu alat, zaman
  • 2. pemikiran subur untuk menerima ilmu pun habis. Tamatlah pengajian kita dan masingmasing balik - ke kampung, berumahtangga - tidak sempat sampai ke peringkat mempelajari ilmu Quran dan Hadis. Oleh yang demikian pengenalan kita terhadap syakhsiah Nabi Muhammad tidak berapa jelas; dari segi tutur katanya, dari segi tingkah lakunya, dari segi pentadbirannya, dari segi senyum simpulnya, marah sukanya, perang damainya. Jadi bila ilmu-ilmu begitu tidak banyak kita ketahui, maka payahlah kita hendak meniru Nabi. Ini dicampur dengan suasana yang ada di sekitar kita, payah benar bagi kita hendak mengikuti contoh Nabi Muhammad s.a.w .. Yang mudah bagi kitanya ialah menurut benda-benda yang orang Eropah bawa - melalui suratkhabar, melalui majalah. melalui radio, melalui tv kerana benda-benda inilah yang terdedah di depan kita setiap hari. Apabila kita baca suratkhabar di dalamnya ada gambar-gambar tertentu. ada makalah-makalah tertentu. Bila kita buka tv dalam siarannya ada gambar-gambar tertentu. ada lakonan-lakonan tertentu. Begitu juga apabila kita membaca majalah-majalah dunia. Boleh dikatakan media massa sedunia ini selaras belaka dalam membawa manusia hanyut semakin jauh hubungan dengan Nabi Muhammad S.A.W.. Ini fakta penting. Oleh yang demikian, sekiranya kita sebagai pejuang Islam sungguh-sungguh ikhlas untuk berpatah balik semula kepada pengkalan Nabi Muhammad s.a.w., maka tidak ada cara lain selain daripada mengaji semula ilmu-ilmu yang boleh membawa kita mengenali syakhsiah baginda. Bagi memudahkan kita mengenali syakhsiah Nabi. kita boleh baca sejarah hidupnya. yang sekarang ini dikenali dengan perkataan sirah. Bukan setakat sirah Nabi sahaja. bahkan sejarah anak-anak murid Nabi - pelajar-pelajar yang berlaga lutut duduk dengan Nabi - yang kita panggil sahabat-sahabat Nabi. Sebab itulah apabila kita selawat kepada Nabi, kita tidak selawat kepada Nabi seorang tetapi kita kait tiga sekali gus: Hei Tuhan! Aku minta pada Kamu selawat kepada Nabi Muhammad, dan keluarga Nabi Muhammad dan juga sahabat-sahabat Nabi. Apabila kita menghargai usaha dan perjuangan Nabi s.a.w., kita juga mesti menghargai usaha yang dilakukan oleh keluarga Rasulullah s.a.w. - yang di sini dipanggil tok sayed - dan juga usaha yang dibuat oleh sahabat-sahabat Nabi, yang kebetulan orang Melayu pun panggil sahabat. Tidak boleh lari dari tiga unsur ini kerana perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. ini sambung-menyambung seperti mata rantai. Kalau tidak ada mata rantai perjuangan begini, perjuangan Nabi akan putus dan sudah tentu tidak akan sampai kepada kita hari ini. Kalau di Kelantan negeri yang dikira sebagai lubuk ilmu, pun kurang mengaji ilmu-ilmu begini, maka di negeri-negeri lain sudah tentu lagi kurang. Lebih-Iebih lagi mengikut sejarahnya negeri-negeri lain di Tanah Melayu zaman hari itu, menumpang tuah ilmu Islam daripada Kelantan. Kelantan sendiri menumpang tuah daripada tok-tok guru di Patani. seperti Tok Sheikh Daud dan sebagainya .. Jadi satu hal yang perlu kita kena fikir sekarang ialah bagaimana cara hendak memperluaskan ke kampung-kampung pengajian ilmu sirah Nabi Muhammad, sejarah ahli-ahli keluarga dan sejarah sahabat-
  • 3. sahabat baginda. Kepada ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu yang Allah taala beri kepada mereka semangat agama dan mempunyai lidah untuk bercakap agama, tolong tanam semangat supaya masyarakat di kampung jangan hanya berasa padan setakat mengaji fikah dan mengaji tauhid sahaja. Jangan sampai dia tidak herasa apa-apa kalau tidak mengaji sirah. Ini tidak betul!! Tauhid ada tumpuannya, fikah ada tumpuannya dan sirah juga ada tumpuannya. Seterusnya, ambo hendak sebut bila kita memegang jawatan, tentulah ada gaji, ada upah.Sistem upah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi kerana kita dibolehkan mengambil upah dari tiap-tiap kerja yang halal. Banyak mana upahnya? Alhamdulillah Islam tidak menetapkan, terletaklah di atas budi bicara masing-masing. Imam Syafie di dalam syairnya memberi panduan kepada masyarakat mengenai gaji untuk tok-tok guru yang mengajar. Dia berkata: Sesungguhnya berhak diberi upah 1000 dirham bagi sepatah ajaran. Tok guru ajar alif kena beri upah 1000 rial, ba kena beri upah 1000 rial. Jadi Imam Syafie meminta masyarakat memberi gaji kepada guru ini - sama ada kita hendak panggil tok guru ke, cikgu ke. ustaz ke. asalkan dia mengajar ilmu yang memberi guna dunia akhirat - tiap-tiap sepatah perkataan 1000 dirham. Oleh yang demikian, ambo tentulah ada gaji sebagai menteri besar, ambo sendiri tidak bertanya khabar pun berapa banyak gaji ambo. Cuma ambo hendak beritahu dua perkara. pertamanya, adab semua wakil rakyat Pas di Kelantan dan juga di luar negeri, kita memotong 20% daripada elaun yang diberi. Dengan erti dalam serial kita potong 20 sen. Jadi kalau elaun wakil rakyat 2,000, maka dia kena potong 400 kepada parti. Biarlah ambo sendirinya potong 40%. Jadi dalam 1000 rial ambo hendak potong 400, tinggal 600 rial. Keduanya, ambo hendak masukkan balik 5% ke dalam khazanah negeri untuk pembangunan. Ambo beri 5% sebagai satu simbolik, mudah-mudahan menteri besar Pas selepas ambo boleh potong banyak lagi. Kalau ambo potong banyak mungkin yang akan datang tidak boleh hendak tambah, sedangkan kita hendak kepada peningkatan. Ertinya kalau hendak buat jalan raya pitis ambo terlibal, hendak buat sekolah pitis ambo terlibat, hendak buat apa pun di dalam Kelantan ini, insya-Allah pitis ambo terlibat. Dengan cara ini orang Melayu boleh rasa, orang Cina boleh rasa, orang Umno boleh rasa, orang Pas pun boleh rasa. Di akhirat kelak insya-Allah banyaklah saksi yang akan menolong ambo: Hei Tuhan! Aku terima manfaat daripada orang sekian bin sekian. Ini semua hendak beritahu kepada masyarakat yang sibuk sangat menyangka bahawa Islam ini ganas, Islam ini pecah belah, Islam ini karut, Islam ini huru-hara, bahawa Islam sebenarnya tidak begitu. Dalilnya., ketua kerajaan negeri Kelantan daripada parti Pas beri pitis dia untuk dimasukkan ke dalam khazanah negeri, untuk dirasai oleh semua rakyat; tanpa kira Pas tidak Pas, Umno tidak Umno, Siam, Boyan, China., Jepun, Dayak, atau orang Asli di dalam hutan. Ertinya semua penyokong Pas tidak boleh tidak, kena berderma juga. Maknanya tidaklah kata bila Kelantan dikuasai oleh Pas, derma tidak diperlukan lagi. Derma ini kita ken a beri terus-menerus, kerana ambo tidak suka tengok kita berpilihan raya menggunakan duit yang tidak halal, belanja dengan duit rasuah. Ambo tidak mahu duit pilihan raya di negeri Kelantan di masa-masa akan
  • 4. datang diperolehi dari duit yang tidak bersih. Kalau kita start berpilihan raya dengan tidak molek, kerajaan yang dihasilkan tidak molek juga. Serupa kita meletak asas untuk tapak rumah. Jika di waktu meletak tapak itu senget, maka rumah yang terbina nanti akan senget juga. Dalam masa pilihan raya baru-baru ini, banyak orang bertanya macam mana kalau kita guna duit interest. Interest ini barang tidak baik tetapi dengan sebab bank beri juga maka kita terpaksa ambil. Ambo pun suruh orang ambil duit interest jangan dibiarkan dalam bank begitu sahaja. Kita ambil duit interest tetapi kita belanjakan untuk kepentingan ramai. Biasanya kita beli tanah empat lima lori ke, pasir empat lima lori ke, tambun di tempat-tempat yang dikira lecah kemudiannya pakat jijak ramai-ramai. Itu benda-benda yang boleh kita buat. Alhamdulillah, orang-orang pejuang Islam tahu mengenai perkara ini. Jadi dalam masa pilihan raya barn ini banyak orang bertanya: Bagaimana kalau kita guna duit interest untuk beli minyak kereta ke, buat pos pilihan raya ke? Ambo kata jangan! Minta maaf, jangan! Setakat ada duit halal, kita berpilihan raya dengan duit halal. Kalau tidak ada, apa boleh buat, biar Tuhan tahu kita sudah kehabisan pitis, sudah kehabisan ikhtiar. Ketika itu jangan berputus asa. Bila Tuhan tahu di pihak kita sudah kehabisan ikhtiar, Tuhan tidak akan tinggalkan kita dalam keadaan begitu. Mesti ada spare turun dari langit. Ambo berasa hasil pilihan raya baru ini, macam ada persefahaman di antara malaikat di langit dengan pengundi-pengundi di muka bumi ini. Kalau tidak bagaimana boleh jadi serupa baru-baru ini? Ambo tanya kerani-kerani ambo di bilik gerakan, satu pun tidak serupa pendapat padahal orang Pas sudah buat cula kira-kira setahun dahulu. Bila padu cula dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya lebih tinggi berlipat ganda dari jangkaan bilik gerakan. Ambo rasa bilik gerakan pihak lawan kita pun begitu juga., tidak sangka benda ini berlaku. Benda seperti ini tidak susah hendak kata., selain daripada mesti ada bantuan secara langsung daripada Allah S.W.t.. Selama ini kita mengempen juga, merayu juga, berdoa juga tetapi tidak menjadi sebagaimana tahun ini. Tahun ini di samping kita mengempen dan berdoa, kita bersembahyang hajat dan berqunut nazilah. Ambo tidak berhenti-henti membaca qunut ini sejak dari peristiwa pembunuhan Memali (di Kedah, pada 19 November 1985), kecuali terlupa sekali dua. Ambo minta Allah taala tonjolkan perjuangan Islam dan minta Allah taala leburkan perjuanganperjuangan yang tidak Islam dengan cara mana sekalipun. Setakat ini benih pertama telah ditanam. InsyaAllah benih ini bernas, berjumpa dengan tanah yang subur dan kita pakat memagarinya daripada serangan musuh. InsyaAllah benih ini akan tumbuh dengan selamat dan akan membuahkan hasil yang baik untuk semua masyarakat di seluruh negeri dan negara. Itulah benda yang ambo hendak sebut sepatah dua., insya-Allah kita sama-sarna berdoa meminta kerajaan ini berpanjangan, berdoa supaya ambo kukuh iman, tidak kelabu mata dengan pitis, tidak kelabu mata dengan pangkat. - Dipetik dari Tafsir Surah Hud m/s :60-63 – Edited by Abe Joe