1. Pidato ini menyeru kepada perpaduan dan persatuan di kalangan anggota Puteri UMNO untuk memperkukuhkan parti.
2. Pemimpin menekankan pentingnya mempertahankan parti terhadap fitnah dan kepercayaan kepada kepimpinan presiden.
3. Anggota diminta berjuang untuk mempertahankan idealisme parti.
1. Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu
wassalamu ‘ala ashrafil anbiyai walmursalin.Wa’ala alihi wasahbihi
wabarik wasallim.i.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam
1 Malaysia
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dapat
dipertemukan dengan adik-adik puteri perwakilan dari seluruh Pekan.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Puan Azlina Azma
Azmi ketua Puteri Pahang dan sahabat-sahabat dari Rompin yang hadir
selaku wakil perhubungan negeri. Selamat datang ke Pekan. Ayahda2
dari bahagia Pekan dan juga Dato Yb terima kasih atas kehadiran..saya
sangat menghargainya..
Siding hadirin yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, berkat wawasan kepimpinan UMNO selama ini, Malaysia
bukan sahaja telah mengukir sejarah sebagai negara yang berjaya
mengekalkan keharmonian kaum, kestabilan politik dan keamanan
negara, tetapi juga telah berada dalam kelompok teratas dalam
kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi. Hari ini, di bawah
kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri, Malaysia sedang
tekun meletakkan asas-asas yang kukuh untuk melangkah ke era baru
kemajuan ekonomi, iaitu untuk muncul sebagai negara maju yang
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Berdasarkan pencapaian
inilah rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan Barisan
Nasional untuk memerintah. Dengan mandat ini juga, UMNO telah
berjaya meneruskan agenda perjuangan politik inklusif yang menjadi
kunci kepada kestabilan, kemanan dan kemakmuran negara
Adik-adik Puteri yang dikasihi,
Cabaran yang dihadapi oleh UMNO seterusnya ialah bagaimana untuk
mengekalkan kejayaan dan memperkukuhkan perpaduan. Kunci kepada
kejayaan UMNO selama ini ialah kebijaksanaannya dalam mengurus
hubungan kaum dan mengekalkan kestabilan politik serta ekonomi yang
mampan. Namun hakikatnya, kita tidak pernah sunyi daripada
berhadapan dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum, segala
macam fitnah yang ditaburkan. Malahan kini kita berhadapan bukan
sahaja musuh di luar parti tapi juga dikalangan ahli UMNO itu sendiri.
Kepimpinan YAB Dato seri dipertikai. Seolah-olah yang diberi mandate
ini main letak sahaja tanpa ada kelebihan. Bukankah beliau diangkat
kerana kelayakkan dan keistimewaan yang dimiliki???
2. Samada sedar atau tidak, ada pihak yang menjanjikan bulan dan
bintang kepada rakyat di negara ini. Mereka hanya berjanji. Sedangkan
UMNO telah mengotakan janji. Kita telah buktikan selama ini bahawa di
bawah teraju UMNO, semua kaum mendapat jaminan hak yang adil.
Inilah bukti keadilan dan keterangkuman UMNO.
Adik-adik Puteri yang dikasihi
Selaras dengan pendirian inilah, kita menjunjung Gagasan 1Malaysia
yang dicetuskan oleh YAB Presiden sebagai satu gagasan perpaduan
yang memberi jaminan hak kepada semua wargenagara berlandaskan
prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukunegara. Gagasan ini akan
mencetuskan kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat majmuk yang
bersatu padu.
Kita juga harus sedar bahawa perpaduan Melayu adalah prasyarat
kestabilan politik Malaysia. Perpaduan Melayu tidak boleh dilihat secara
terpisah daripada perpaduan nasional. Perpaduan Melayu itu sendiri
merupakan teras perpaduan nasional. Untuk itu, UMNO akan terus
menerajui perjuangan untuk menyatupadukan bangsa Melayu dan umat
Islam. UMNO akan berganding bahu dengan mana-mana pertubuhan
bukan kerajaan Melayu dan Islam untuk memperkukuhkan perpaduan,
menyemarakkan syi'ar Islam dan memastikan kestabilan politik terus
terjamin.
Melangkah ke hadapan, orang Melayu juga perlu mengatasi segala
kelemahan yang ada. Hari ini dan masa hadapan tidak lagi boleh
bergantung semata-mata kepada jaminan politik dan perundangan untuk
maju. Ini kerana landskap politik dan ekonomi dunia sudah berubah.
Ledakan maklumat dan teknologi komunikasi telah meruntuhkan
sempadan politik dan ekonomi, dan menjadikan dunia semakin global.
Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, kesejahteraan ekonomi,
sosial dan politik bangsa Melayu amat bergantung kepada kemampuan
diri untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Transformasi ekonomi
yang lebih terbuka bukanlah satu proses yang boleh diundur. Mahu tidak
mahu, bangsa Melayu perlu lebih dinamis dan bersedia untuk
melakukan anjakan minda yang signifikan. Bangsa Melayu mesti
bermujahadah untuk meningkatkan kemampuan diri.
Dalam menghadapi realiti ekonomi berasaskan pengetahuan, yang
dipacu oleh kekuatan modal insan, pembinaan modal insan Melayu
yang berilmu dan berkemahiran tinggi adalah satu tuntutan. Gerakan
kesedaran pendidikan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera mesti
diperhebatkan. Hanya dengan pendidikan orang Melayu dapat
3. mengasah minda dan menggarap kemahiran untuk bersaing dalam
dunia yang semakin mencabar hari ini. Pembudayaan ilmu akan menjadi
kunci kepada kejayaan orang Melayu hari ini dan masa depan.
Kita juga sedar bahawa perubahan landskap politik telah meletakkan
nilai dan etika politik di suatu tempat yang amat disanjung tinggi oleh
rakyat. Rakyat amat berharap agar pemimpin dapat mengamalkan nilai-
nilai politik luhur seperti kejujuran, keihlasan, kebertanggungjawaban
dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah kepemimpinan.
Bahkan, masa depan sesuatu organisasi politik akan ditentukan oleh
sejauhmana nilai-nilai yang baik ini dapat diamalkan oleh para pemimpin
dan ahli-ahlinya. Justeru, selaras dengan tekad kita untuk melakukan
perubahan dan pembaharuan, dan untuk melangkah ke hadapan
dengan penuh keyakinan, marilah kita pupuk dan suburkan nilai-nilai
luhur ini dalam perjuangan politik kita, dan marilah kita lahirkan
pemimpin-pemimpin yang berketerampilan, beretika dan berakhlak
mulia. Saya pasti, jika setiap lapisan pemimpin dan ahli UMNO
menjunjung nilai-nilai murni ini, UMNO akan dipandang mulia dan
disanjung tinggi oleh rakyat.
Sehubungan itu saya memohon kepada semua adik-adik dalam
pergerakan Puteri UMNO ahagian Pekan..janganlah sesekali memberi
ruang dan membuka peluang kepada orang lain untuk manjadikan kita
bahan isu. Jagalah tingkahlaku terutamanya.. bukan sahaja di khalayak
ramai tetapi juga di media massa. Xsalah nk selfie..tp pastikan yg dipost
itu gambar yg menutup aurat..tempat yg tidak meragukan..nk update
status xsalah.. tp biarlah cerita yang berilmu..xmenyakitkan hati orang
atau menunjukkan kelemahan diri sendiri..
Saya bukanlah insan sempurna untuk memberi nasihat..tetapi saling
ingat mengingati adalah jalan terbaik untuk menginsafi kekhilafan diri…
Ayuhlah:
Kita junjung amanah kepemimpinan
Kita selusuri haluan perjuangan
Kita tekad melakukan perubahan
Kita bawa sinar harapan
4. Tugas kita besar dan cabarannya pun banyak. Pastinya, tugas besar ini
boleh dilaksanakan dengan mudah dan berkesan jika kita semua
bersatu hati dan berpadu tenaga dalam wadah yang utuh.
Kalau ke bukit sama mendaki
Kalau ke laut sama berenang
Kalau kita bersatu hati
Kerja yang berat menjadi senang
Justeru, saya menyeru kepada sahabat2 semua supaya merapatkan
saf dan memperkukuh ikatan silaturrahim. Jangan ada walau sekelumit
perasaan amarah sesama kita. Jangan ada walau sedikit perasaan iri
yang membinasakan. Jangan ada walau setitik perasaan dendam yang
memusnahkan.
Yakinlah, bahawa kita berada pada landasan perjuangan yang benar.
Yakinlah bahawa orang Melayu dan Bumiputera menaruh harapan yang
tinggi kepada Puteri sebagai pelopor perjuangan UMNO. Yakinlah
dengan sumpah setia kita bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada
landasan perjuangan membela agama, bangsa dan negara. InsyaAllah,
jika kita terus istiqamah berada pada landasan perjuangan ini, kita akan
sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menjulang misi
perjuangan suci UMNO.
Marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati, memperteguhkan
kesatuan minda, memperkuatkan kesatuan amal dan membulatkan
kesatuan matlamat dalam wadah perjuangan suci UMNO. Marilah kita
memberikan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk menjayakan
pembaharuan di dalam parti dan kerajaan. Marilah kita berikan
keyakinan, kepercayaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
kepada YAB Presiden untuk memperkukuhkan parti dan mengangkat
martabat perjuangan UMNO.
Saya menyeru kepada adik-adik puteri sekalian:
Bangkitlah pertahankan parti!
Bangkitlah menjulang idealisme kita yang murni!
Bangkitlah memerangi segala fitnah dan pembohongan keji yang
dilemparkan kepada parti dan Dato SERI!
5. Maralah ke barisan hadapan perjuangan! Julanglah panji-panji parti
dengan penuh kemegahan dan keazaman! Jangan takut, jangan gentar.
Allah bersama kita.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatu