2. ORGANISASI SEL
• ( Daripada struktur mudah kepada struktur
kompleks. )
• Daripada SEL kepada TISU.
• Daripada TISU kepada ORGAN.
• Daripada ORGAN kepada SISTEM.
• Daripada SISTEM kepada ORGANISMA.
SEL TISU ORGAN SISTEM ORGANISMA
3. SISTEM RESPIRASI
• Sistem pernafasan atau sistem respirasi adalah sistem organ yang digunakan untuk pertukaran gas.
Pada haiwan berkaki empat, sistem pernafasan umumnya termasuk saluran yang digunakan untuk
membawa udara ke dalam paru-paru di mana terjadi pertukaran gas. Diafragma menarik udara masuk
dan juga mengeluarkannya. Pelbagai variasi sistem pernafasan ditemui pada pelbagai jenis makhluk
hidup. Bahkan pohon pun memiliki sistem pernafasan.
• Pernafasan dada
• Pernafasan dada adalah pernafasan yang melibatkan otot antara tulang rusuk. Mekanismenya dapat
didedahkan sebagai berikut.
• Fase inspirasi. Fase ini diawali dengan berkontraksinya otot antara tulang rusuk sehingga rongga
dada terangkat atau membesar, akibatnya tekanan dalam rongga dada menjadi lebih kecil daripada
tekanan di luar sehingga udara luar yang kaya oksigen masuk.
• Fase ekspirasi. Fase ini merupakan fase relaksasi atau kembali ditariknya otot antara tulang rusuk ke
kebelakang yang diikuti oleh turunnya tulang rusuk sehingga rongga dada menjadi kecil. Sebagai
akibatnya, tekanan di dalam rongga dada menjadi lebih besar daripada tekanan luar, sehingga udara
dalam rongga dada yang kaya karbon dioksida keluar.
• Pernafasan perut
• Pernafasan perut adalah pernafasan yang melibatkan otot diafragma. Mekanismenya dapat
didedahkan sebagai berikut.
• Fase inspirasi. Fase ini berupa berelaksasinya otot diafragma sehingga rongga dada membesar,
akibatnya tekanan dalam rongga dada menjadi lebih kecil daripada tekanan di luar sehingga udara
luar yang kaya oksigen masuk.
• Fase ekspirasi. Fase ini merupakan fase kontraksi atau kembalinya otot diafragma ke posisi semula
yang dikuti oleh turunnya tulang rusuk sehingga rongga dada menjadi kecil. Sebagai akibatnya,
tekanan di dalam rongga dada menjadi lebih besar daripada tekanan luar, sehingga udara dalam
rongga dada yang kaya karbon dioksida keluar.
7. KEPENTINGAN AIR DALAM SISTEM
RESPIRASI
KEPENTINGAN AIR
Darah yang terdiri daripada air
merupakan pengangkut
utama di dalam badan kita.
Air bertindak sebagai pelarut di
dalam badan kita. Bahan yang
dilarutkan termasuklah makanan
yang tercerna dan oksigen
dan bahan buangan seperti
urea dan karbon dioksida.
Air penting dalam
kawalan suhu badan.
8. KEGUNAAN SISTEM
RESPIRASI
• Ketika kita bernafas masuk dan keluar, sistem
pernafasan kita bekerja. Sistem pernafasan
terdiri dari pelbagai organ yang memungkinkan
kita untuk mengambil oksigen dan
mengeluarkan karbon dioksida. Jika kita tidak
memiliki oksigen, dan kita tidak dapat
menyingkirkan karbon dioksida, tubuh kita tidak
boleh hidup lebih lama dari beberapa minit.
9. KOMPONEN SISTEM PERNAFASAN
• Sistem pernafasan terdiri
daripada beberapa organ
yang bekerjasama secara
erat untuk membantu anda
bernafas. Jika ada yang
salah dengan salah satu
dari organ-organ ini, maka
yang lainnya dari mereka
tidak bekerja dengan baik.
Rajah di sebelah ini
mencakup pelbagai
komponen sistem
pernafasan kita.
ORGAN
PERNAFASAN
Hidung, mulut,
laring, faring,
trakea, peparu
dan bronkus.
SALURAN
PERNAFASAN
ATAS
Hidung, rongga,
sinus, laring
dan trakea.
SALURAN
PERNAFASAN
BAWAH
Peparu, saluran
udara, dan
kantung udara
atau alveoli.
11. CONTOHNYA: ASAP ROKOK
• Asap rokok banyak
mengandungi bahan
berbahaya seperti nikotin
dan tar yang mencemari
udara. Asap mempunyai
kesan yang dapat
merosakkan sistem
respirasi. Bahan-bahan
berbahaya dalam asap
rokok yang
mengakibatkan
kerosakan kepada sistem
respirasi ialah:
12. KESIMPULAN
Sistem pernafasan adalah salah satu
daripada nikmat Tuhan. Kita harus
bersyukur kerana dikurniakan organ
pernafasan yang membolehkan kita
bernafas untuk terus hidup.
Oleh itu, kita mestilah menjaga dan
memelihara kesihatan paru-paru kita agar
ia dapat melaksanakan fungsinya dengan
lebih cekap.
13. ^~*SOALAN*~^
1) Apakah fasa-fasa yang berlaku di antara pembetukkan
tisu sehingga pembentukan organisma dalam organisasi
sel? Jawapan: Organ dan sistem.
2) Apakah jenis sel yang terlibat dalam sistem respirasi?
Jawapan: Sel darah merah
3) Nyatakan salah satu daripada saluran pernafasan bawah.
Jawapan: Peparu / saluran udara / kantung udara / alveoli
4) Nyatakan dua contoh bahan yang memudaratkan sistem
respirasi.
Jawapan: Asap rokok / toksin / sulfur dioksida / karbon
monoksida
5) Nyatakan dua salur pernafasan dan cara peredarannya
Jawapan: Tarik nafas:Hidung-saluran pernafasan-
peparu......Hembus nafas:Peparu-saluran pernafasan-hidung.