SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
KERTAS KONSEP
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan
Ala Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Dalam situasi sebenar di Parlimen, pihak Kerajaan akan mengemukakan usul untuk
dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk
dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada
Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut
manakala Wakil Rakyat daripada pihak Pembangkang pula akan mencadangkan
pihak dewan untuk menolak usul berdasarkan hujah yang telah diberi. Setelah
perdebatan tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli
Dewan terdiri daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan
membuat pengundian sama ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut.
Usul kerajaan akan diterima sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua
pertiga daripada Ahli Dewan. Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang
daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan
dengan sendirinya pihak Kerajaan tiada mandat untuk melaksanakannya.
Perdebatan / perbahasan di Parlimen seperti yang dijelaskan di atas menjadi model
atau contoh. Bahas Ala Parlimen merujuk bentuk perbahasan sesuatu usul
(cadangan) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam
membahaskan sesuatu usul, pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana
Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan
menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka
mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak
dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat
mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua
Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan
cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan
menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai
diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Dalam
Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi
keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh
Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang DiPertua
Dewan Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat / Parlimen. Yang DiPertua Dewan
akan mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut :
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima
ATAU
Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak
2.0 OBJEKTIF
2.1Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar
kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai
pusat kecemerlangan.
2.2 Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani
dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara spontan.
2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dan teratur.
3.0 NASIONAL
3.1Banyak pihak semakin mempertikaikan kemenjadian murid di sekolah
menengah berkaitan dengan keterampilan diri. Menyedari hakikat itu,
usaha harus dilakukan supaya sekolah dapat dijadikan medan bagi
membina keterampilan diri murid sebagai seorang yang berani
mengemuka dan mempertahankan pendapat tersebut.
3.2Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format
bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk
melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan
mental yang membolehkan mereka bertindak secara aktif, kreatif, dan
kritis.
4.0 NAMA
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala
Parlimen
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
5.0 FORMAT
5.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima orang
pembahas dari sekolah yang sama.
5.2 Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan
akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.
5.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB
Perdana Menteri, manakala empat orang lagi pembahas dalam
pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri
Ketiga, YB Menteri Keempat, dan YB Menteri Kelima. Pembahas
pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua
Pembangkang, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan
tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB
Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB
Pembangkang Kelima.
5.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti berikut :
KERAJAAN PEMBANGKANG MASA
1 Pertama 2 Pertama 8-10 minit
3 Kedua 4 Kedua 8-10 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 8-10 minit
Ke empat dan Kelima Keempat dan Kelima 1 minit
8 Ucapan Menggulung
Pertama/Kedua
7 Ucapan Menggulung
Pertama/Kedua
4 minit
5.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya
mengutarakan satu hujah, manakala pembahas kedua daripada
kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga
daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang
baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan.
Tugas pembahas keempat dan kelima adalah untuk mencelah
pembahas pihak lawan yang sedang berhujah. Masa yang
diperuntukan untuk celahan ini maksimum satu minit sahaja dengan
keizinan Yang DiPertua Dewan Rakyat
5.6 Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin
Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan
daripada pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua izin laluan
5.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau
pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh
pasukan kerajaan.
6.0 KELAYAKAN
6.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid tingkatan satu
hingga tingkatan lima, sekolah-sekolah menengah harian yang
berumur tidak melebihi 18 tahun pada tahun pertandingan tidak
termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama
Penuh.
6.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk
pertandingan tersebut.
6.3 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh pelajar yang sedang belajar
di sekolah tersebut.
7.0 PENGHAKIMAN
7.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri
daripada tiga atau lima orang hakim. Lima orang hakim diwajibkan di
peringkat kebangsaan.
7.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit
sebelum perbahasan bermula.
7.3 Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang
hakim bahas Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah /
negeri.
7.4 Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan
sekolahnya sendiri.
7.5 Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah.
Pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim
(sistem juri) dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan
berbincang untuk memilih pasukan yang menang.
7.6 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan
merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada Yang
Dipertua Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
7.7 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik berdasarkan majoriti.
Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan
menentukan pembahas terbaik.
7.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
8.0 TATACARA PERBAHASAN
8.1 Pengendalian Perbahasan
8.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding
sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya
pertandingan.
8.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk
menentukan usul, pihak kerajaan dan pembangkang dan lawan
masing-masing sebelum pertandingan.
8.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan
yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-
masing selama 1 (satu) jam.
8.1.4 Hanya para pelajar dalam pasukan itu yang dibenarkan berada
di dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti guru penasihat /
jurulatih / ahli keluarga / penyokong dilarang berada di bilik
persediaan semasa pasukan dikuarantinkan.
8.1.5 Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam
bilik kuarantin.
8.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan /
perbahasan lima minit sebelum perbahasan bermula supaya
pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang
didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan
penyertaannya.
8.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan
keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang
disediakan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
8.2 Peranan Yang Dipertua Dewan.
8.2.1 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan
perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim,
dan pembahas-pembahas.
8.2.2 Yang Dipertua Dewan tidak dibenar membuat komen tentang
usul perbahasan ataupun pembahas - pembahas yang sedang
bertanding.
8.2.3 Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah
bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap.
8.2.4 Yang Dipertua Dewan mempunyai kuasa untuk membenarkan
celahan oleh pembahas keempat dan kelima sepanjang sesi
perbahasan. (Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat
celahan sebanyak 2 (dua) kali sepanjang sesi perbahasan)
8.2.5 Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan
pertandingan.
8.3 Peranan Penjaga Masa
8.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minit
diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan empat minit untuk
ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berhujah.
8.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir
minit kedua dan akhir minit kelapan untuk menandakan bahawa
ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin laluan dan
celahan. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit
kesepuluh sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas
berhujah telah tamat.
8.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah
memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit
sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut
membuat penggulungan.
8.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan
membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng
dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk
pembahas.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
8.4 Larangan
8.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan
menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.
8.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan
hujah adalah dilarang sama sekali.
8.5 Peranan Pembahas
Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 8-10 Minit
8.5.1 Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi
atau penakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam
perbahasan tersebut.
8.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak
kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan.
8.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan
strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh
Menteri-menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak
kerajaan.
8.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan
satu hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul
yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.
8.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan
pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah
dibentangkan.
8.5.6 Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan dan
menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
Pembahas Pertama Pembangkang ( Ketua Pembangkang ) 8-10
Minit
8.5.7 Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan
pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan
menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan
atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
menolak definisi tersebut.Mereka boleh mengemukakan definisi
mengikut takrifan mereka.
8.5.8 Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri
(Pembahas Pertama Kerajaan).
8.5.9 Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan
pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang
diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.
8.5.10 Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan
strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan
oleh pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan
pendirian pihak pembangkang.
8.5.11 Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk
mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta
berdasarkan pendirian pihak pembangkang.
8.5.12 Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk
mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam
membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.
8.5.13 Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan
dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
Pembahas Kedua Kerajaan ( Menteri Kedua) 8-10 Minit
8.5.14 Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan
pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima
definisi baharu yang telah diberikan oleh pihak pembangkang
atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan
menolak definisi semula oleh pihak pembangkang, Menteri
Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang
telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
8.5.15 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah
dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.
8.5.16 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan
memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
8.5.17 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas
pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah
dibentangkan.
8.5.18 Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan
menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 8-10 Minit
8.5.19 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.
8.5.20 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.
8.5.21 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk
mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk
menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak
pembangkang.
8.5.22 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk
mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam
membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.
8.5.23 Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan
dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 8-10 Minit
8.5.24 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.
8.5.25 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.
8.5.26 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang
telah dibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian
pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.
8.5.27 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan
menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 8-10 Minit
8.5.28 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.
8.5.29 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.
8.5.30 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas
hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.
8.5.31 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk
memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak
pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang
dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh
kerajaan.
8.5.32 Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan
dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
8.6 PERANAN PENGGULUNG
Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua)
4 Minit
8.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk
membidas hujah/ usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta
menyatakan kelemahan/ kesilapan yang telah dilakukan oleh
pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.
8.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah
menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan
membuat penegasan untuk menutup hujah pembangkang
dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh
kerajaan.
Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua) - 4 Minit
8.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk
membidas hujah/ usul dan fakta-fakta pihak pembangkang
dalam membahaskan usul tersebut.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
8.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung
perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan
untuk menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang
telah dibentangkan.
9.0 IZIN LALUAN
9.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan
dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah
celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah. Izin
laluan boleh dilakukan dalam bentuk :
• soalan;
• kenyataan;
• fakta;
• ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang
diutarakan oleh pembahas.
9.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta
maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan
boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan
juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak
lawan.
9.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin
laluan haruslah padat dan bernas.
9.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu
pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan
dikurangkan jika melanggar etika ini.
9.4.1 Etika Izin Laluan.
9.4.2 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara
minit ketiga dan minit kelapan hujahan pembahas. Izin laluan
tidak boleh dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelapan
semasa pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan
untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap
untuk izin laluan.
9.4.3 Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.
9.4.4 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat
tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa
memohon izin laluan. Pelakuan yang kasar dan biadap seperti
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-
lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja
dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan
pengurangan markah.
9.4.5 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus
dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan
budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah, dan mengejek
pihak lawan adalah dilarang.
9.4.6 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri
dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap
tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan
kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh:
• Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang
hormat;
• Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
• Menerima izin laluan tersebut ketika itu.
9.5 Memohon dan Menerima Izin Laluan
9.5.1 Sepanjang perbahasan seorang pembahas DIWAJIBKAN
memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas
ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang
ditujukan kepadanya.
9.5.2 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali
akan kehilangan markah isi dan strategi.
• Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang
keemasan.
• Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan
sebagai pembahas.
9.5.3 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan
daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.
• Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas
tidak memberi peluang kepada pihak lawan.
• Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas
tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut
menghadapi cabaran.
9.5.4 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu
berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam
izin laluan.
9.0 CELAHAN
9.1 Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima
kedua-dua pihak.
9.2 Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit
kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua
pasukan sedang berhujah sahaja.
9.3 Masa celahan hanyalah satu minit sahaja.
9.4 Celahan mestilah dalam bentuk hujah bagi mempertahankan
pendirian pasukan, memberi penjelasan, membetulkan fakta dan
bukan dalam bentuk soalan atau memohon penjelasan.
9.5 Sekiranya pembahas keempat dan kelima tidak mencelah, pasukan
tersebut akan kehilangan markah kerjasama sepasukan
9.6 Celahan mesti mendapat izin Yang Dipertua Dewan.
9.7 Yang Dipertua Dewan berhak menangguh sementara celahan untuk
memberi peluang pihak lawan meneruskan perbahasan.
9.8 Sekiranya timbul masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kes
kecemasan, peserta pasukan hanya tinggal 3 atau 4 orang peserta
sahaja. Maka YB keempat terpaksa mengambil bahagian dalam
celahan sepanjang pertandingan berlangsung. Jika gagal memainkan
peranan tersebut markah keseluruhan pasukan hendaklah ditolak.
10.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH
1.0Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut :
i. ISI
ii. STRATEGI
iii. GAYA
iv. BAHASA
1.1 ISI
1.1.1 Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang
disampaikan dan bukannya gaya penyampaian hujah.
Hakim sewajarnya menilai ketepatan dan kemantapan
hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas
berkata-kata.
1.1.2 Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi
ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati
menilai isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah
menengah.
1.1.3 Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta
ketepatan hujah dan bukannya kebolehan pasukan
lawan membidas hujah yang diberi.
1.1.4 Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan
adalah lemah, dan hujah tersebut tidak dapat dibidas
oleh pihak lawan, pihak lawan tersebut telah melakukan
kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan
membidas hujah yang lemah tersebut. Namun begitu,
bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan
berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh
sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada
membidas perkara-perkara yang lebih penting.
1.1.5 Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh
kepercayaan, prejudis atau pengetahuan sedia ada
masing-masing.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
1.2 STRATEGI
1.2.1 Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi meliputi
dua konsep:
i) Struktur dan tempoh masa penghujahan .
ii) Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.
1.1.2 Struktur
Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan,
huraian, dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan
diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju
pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan
menunjukkan kesinambungan. Oleh itu, gaya penyampaian
hujah merupakan salah satu komponen strategi.
1.2.3 Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua
aspek berkenaan dengan hal ini :
i) Berhujah dalam had masa yang dibenarkan.
ii) Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu
penghujahan.
1.2.4 Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang
lebih penting. Secara umumnya adalah lebih baik jika
pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan
isu / hujah. Hal ini kerana, adalah lebih logik untuk
menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak
pendirian pembahas pula.
1.2.5 Oleh itu, hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan
kemantapan penghujahan sahaja, tetapi juga harus
mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu.
1.2.6 Pemahaman tentang isu
Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam
perbahasan. Membazir masa jika persoalan yang penting
tidak dibidas. Pembahas tidak akan mendapat markah yang
tinggi dalam bahagian strategi, sekiranya pembahas tidak
memahami isu penting dalam perbahasan itu. Sebaliknya,
pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat
membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi
dalam bahagian strategi.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
1.2.7 Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi.
Bayangkan dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang
cuba membidas isu / hujah akan mendapat markah yang
rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau
bagaimanapun pembahas itu akan mendapat markah agak
baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut.
1.3 GAYA
1.3.1 Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya
yang keterlaluan.
1.3.2 Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:
1.3.3 sebutan
1.3.4 bahasa gerak badan ( ‘body language’ )
Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan
yang berbeza oleh pembahas.
1.3.3 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak
seharusnya didenda kecuali jika pembahas ternyata
membaca daripada nota.
1.3.4 Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya tutur dan
kepantasan penyampaian hujah dan markah hanya boleh
dipotong jikalau gaya perbahasan melampaui batas.
1.4 BAHASA
1.4.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:
iii) Gaya bahasa
iv) Struktur ayat
v) Tatabahasa
1.4.2 Hal ini juga termasuk:
i) sebutan baku
ii) kelancaran
iii) nada
iv) intonasi
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim
perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan
menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang
betul.
1.4.3 Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti pengunaan
kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat mengikuti situasi,
sewajarnya diberikan markah yang tinggi dalam bahagian
bahasa.
2.0 BIDASAN
2.1 Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas
contoh. Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi
contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap.
Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh
kerana itulah kehendak perbahasan.
2.2 Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi
menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas
daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk
menumbangkan kesemua contoh yang diberi maka pembahas
tidak perlu membidas setiap contoh.
3.0 PENGGULUNGAN
3.1 Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan
pembahas tentang isu yang dibahaskan. Oleh itu, pembahas
sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing
dalam perbahasan tersebut.
4.0 IZIN LALUAN
4.1 Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang
seseorang pembahas menyampaikan hujahnya. Pembahas itu
boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jika izin laluan itu
diterima, pihak lawan boleh membetulkan maklumat
perbahasan itu atau menanyakan soalan tentang isu yang
sedang diutarakan dalam perbahasan itu.
4.2 Dengan adanya izin laluan, bermakna setiap pembahas akan
mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masing-
masing.
4.3 Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberi
pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak
diterima, tetapi sekurang-kurangnya hal ini menunjukkan
pembahas itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri
dalam perbahasan itu. Malah pembahas yang tidak memberi /
menerima izin laluan akan mendapat markah yang rendah
dalam bahagian isi dan strategi.
5.0 CELAHAN
5.1 Celahan boleh dilakukan oleh pihak lawan (pembahas keempat
dan kelima sahaja) sepanjang seseorang pembahas
menyampaikan hujahnya. Pembahas itu wajib menerima
celahan dan boleh memberi penjelasan semula tentang isu
yang dikemukakan.
5.2 Pembahas keempat dan kelima hanya boleh mencelah ketika
pembahas sedang berhujah.
5.3 Sekiranya pembahas keempat atau kelima tidak mencelah,
akan menjejaskan markah kerjasama sepasukan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
SISTEM PEMARKAHAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 HUJAHAN (JUMLAH = 110 MARKAH) – MASA – 8 MINIT
1.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian
berikut:
(a) Isi = 30 markah
(b) Strategi = 30 markah
(c) Gaya = 20 markah
(d) Bahasa = 20 markah
(e) Kerjasama = 10 markah
GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN)
NO MUTU/TAHAP ISI
(30
)
STRATEGI
(30)
GAYA
(20)
BAHASA
(20)
KERJASAMA
(10)
JUMLAH
(110)
1 Cemerlang 26-
30
26 – 30 18 –
20
18 – 20 8-10 96 – 110
2 Sangat baik 21
–
25
21 – 25 15
-17
15 – 17 6-7 78 – 95
3 Baik 16
–
20
16 – 20 12 –
14
12 – 14 4-5 64 -77
4 Sederhana 11
–
15
11 – 15 9 –
11
9 -11 2-3 42 – 63
5 Lemah 6 –
10
6 – 10 6 – 8 6 – 8 0-1 24 – 41
1.2 PERTIMBANGAN PEMARKAHAN
1.2.1 ISI
1.2.1.1 Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan
berdasarkan:
- ketetapan hujah
- kemantapan hujah
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
1.2.1.2 Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan
bidasan.
1.2.1.3 Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya
penyampaian hujah.
1.2.1.4 Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan
kemantapan hujah dan bukannya sama ada pasukan
lawan boleh membidas hujah yang diberi. Begitulah
sebaliknya.
Contohnya :
USUL : Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diteruskan Di
Malaysia
Hujah Pembangkang: Pekerja asing telah menimbulkan
pelbagai masalah sosial.
• Masalah jenayah - perogol bersiri
- pembunuh upahan
- rompakan
• Mengganggu ketenteraman masyarakat
- ganggu gadis
- amalan dan tingkah laku
• Masalah setinggan
• Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para
remaja
1.2.1.5 Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi
ketepatan dan kemantapan dan hujah itu tidak dibidas.
Justeru, pihak yang tidak membidas hujah tersebut
telah melakukan kesilapan yang lebih serius
berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah
yang lemah itu kerana gagal mengambil kesempatan
membidas hujah yang lemah itu.
1.2.1.6 Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan
hujah dan bukannya berdasarkan contoh. Perkara-
perkara penting yang terlebih dahulu perlu dibidas.
1.2.1.7 Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh
kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam
sesuatu bidang.
1.2.1.8 Mutu soalan/ jawapan izin laluan boleh mempengaruhi
markah isi.
1.2.1.9 Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah/ isi
mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
1.2.2 STRATEGI
1.2.2.1 Strategi meliputi dua konsep :
i. struktur dan tempoh masa penghujahan.
ii. pahaman pembahas tentang isu perbahasan.
1.2.2.2 Struktur
Penghujahan yang bermutu mempunyai
pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas.
Semasa penghujahan, kata kunci diberi sebagai
panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus
bersifat logik dan ada kesinambungan.
1.2.2.3 Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua
aspek:
i. Berhujah dalam masa yang dibenarkan.
ii. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk
aspek-aspek penghujahan.
1.2.2.4 Susunan isi perlu dititikberatkan. Isi-isi yang penting
perlu didahulukan dan diikuti isi yang kurang penting.
1.2.2.5 Daripada segi strategi, adalah lebih wajar pembahas
mengemukakan bidasannya sebelum menyatakan
hujah/ fakta.
1.2.2.6 Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan
keutamaan isu ketika mempertimbangkan markah
strategi.
1.2.2.7 Pemahaman tentang isu.
Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam
perbahasan. Persoalan penting perlu dibidas.
Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam
perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi
dalam bahagian strategi.
Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang
diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik
akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian
strategi.
1.2.2.8 Penglibatan pembahas dalam memberi/ menerima
izin laluan juga perlu dinilai dalam bahagian strategi.
1.2.2.9 Hakim mesti dapat membezakan antara strategi dan
isu. Bayangkan dalam satu situasi, seorang
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
pembahas cuba membidas isu akan mendapat
markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya
lemah. Walau bagaimanapun, pembahas itu akan
mendapat markah agak baik untuk strategi kerana
dapat membidas hujah yang diutarakan oleh pihak
lawan.
1.2.3 GAYA
1.2.3.1 Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:-
i. daripada segi sebutan – suara yang jelas.
ii. bahasa gerak badan (body language)
- dipelbagaikan
- bersesuaian dengan pengucapan yang dilafazkan.
1.2.3.2 Penggunaan nota dan kod nota dibenarkan dan tidak
harus didenda kecuali jika pembahas ternyata terlalu
banyak bergantung pada nota atau membaca daripada
nota.
1.2.3.3 Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur
dan kepantasan.
1.2.3.4 Hakim dinasihati menitikberatkan cara berhujah yang
berbeza oleh para pembahas.
1.2.3.5 Gaya yang berjaya menarik/ memikat hati penonton perlu
diberi pertimbangan.
1.2.3.6 Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak
keterlaluan atau melampaui batas.
1.2.4 BAHASA
1.2.4.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:
i. gaya bahasa
ii. struktur ayat
iii. tatabahasa
1.2.4.2 Aspek bahasa yang lain termasuklah:
i. sebutan (baku)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
ii. kelancaran
iii. nada
iv. intonasi
Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Hakim perlu
memastikan bahawa pembahas berhujah dengan
menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul.
1.2.4.3 Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan
bahasa kiasan, peribahasa dan seumpamanya tepat
mengikut situasi dan isi, sewajarnya diberi markah
tinggi dalam bahagian bahasa.
2.0 UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) – MASA = 4 MINIT
2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut:
a. Isi = 15 markah
b. Strategi = 15 markah
c. Gaya = 10 markah
d. Bahasa = 10 markah
--------------------------------------------------
Jumlah 50 markah
==============================
2.2 Garis Panduan / Skala Pemberian Markah (Anggaran)
NO MUTU/TAHAP ISI
(15)
STRATE
GI
(15)
GAYA
(10)
BAHA
SA
(10)
JUMLAH
(50)
1 Cemerlang 14 – 15 14 – 15 9 – 10 9 – 10 46 – 50
2 Sangat baik 12 – 13 12 – 13 7 – 8 7 – 8 38 – 42
3 Baik 10 – 11 10 -11 5 – 6 5 – 6 30 – 35
4 Sederhana 8 – 9 8 – 9 4 4 24 – 29
5 Lemah 6 -7 6 -7 3 3
2.3 PERTIMBANGAN PEMARKAHAN
2.3.1 ISI
2.3.1.1 Isi dinilai daripada aspek:
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2424
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP
i. Kemampuan pembahas merumus dan hujah
pihak lawan.
ii. Kemampuan pembahas menggulung dan
menegaskan hujah pasukan.
2.3.1.2 Ketepatan dan kemantapan bidasan dan
penggulungan yang dibentangkan oleh pembahas
mempengaruhi markah isi.
2.3.1.3 Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi.
2.3.1 STRATEGI
2.3.1.1 Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi
tujuan membidas dan menggulung kes pasukan
mempengaruhi markah strategi.
2.3.1.2 Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti
dengan penggulungan.
2.3.1.3 Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah
pihak lawan.
2.3.1.4 Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung
perlu diambil kira oleh hakim.
*** Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberian
markah strategi semasa sesi penggulungan.
2.3.2 GAYA / BAHASA
2.3.2.1 Rujuk pertimbangan pemarkahan bahagian
penghujahan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

More Related Content

What's hot

Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafDefinisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafimranczar
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruanbmerni
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimannasywah79
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumNoor Syamila Mohd
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifsuseintay
 
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampangKertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampangMohd Noor CK
 
Esei spm sejarah 2007
Esei spm sejarah 2007Esei spm sejarah 2007
Esei spm sejarah 2007Sharifah Ali
 

What's hot (20)

Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafDefinisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruan
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakiman
 
Maksud kemerdekaan
Maksud kemerdekaanMaksud kemerdekaan
Maksud kemerdekaan
 
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premiumMM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
MM Tingkatan 5, 3.1.2 mengira premium
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampangKertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
Kertas kerja karnival bahasa melayu peringkat zon ampang
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Esei spm sejarah 2007
Esei spm sejarah 2007Esei spm sejarah 2007
Esei spm sejarah 2007
 

Viewers also liked

87368389 kertas-kerja-debat-new
87368389 kertas-kerja-debat-new87368389 kertas-kerja-debat-new
87368389 kertas-kerja-debat-newGi Riedy
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
Laporan pertandingan koakademik daerah melaka tengah2014 bola sepak mss melak...
Laporan pertandingan koakademik daerah melaka tengah2014 bola sepak mss melak...Laporan pertandingan koakademik daerah melaka tengah2014 bola sepak mss melak...
Laporan pertandingan koakademik daerah melaka tengah2014 bola sepak mss melak...Hanafiah Zainuddin
 
Laporan aktiviti ko-akademik 2015
Laporan aktiviti ko-akademik 2015Laporan aktiviti ko-akademik 2015
Laporan aktiviti ko-akademik 2015Parmesuria Ananthan
 
Kecemerlangan akademik
Kecemerlangan akademikKecemerlangan akademik
Kecemerlangan akademikEiza Alias
 
Pelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmPelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmRAHMAT ABD RAHIM
 
Kertas kerja koakademik 2015
Kertas kerja koakademik 2015Kertas kerja koakademik 2015
Kertas kerja koakademik 2015FIRDAUS YUSOF
 
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 2
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 2Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 2
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 2Razah Dollah
 
Kertas kerja
Kertas kerja Kertas kerja
Kertas kerja firo HAR
 
Pengelolaan pertandingan
Pengelolaan pertandinganPengelolaan pertandingan
Pengelolaan pertandinganzikriamri86
 
应用文 (公函)
应用文 (公函)应用文 (公函)
应用文 (公函)EDNASERENE
 
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg202.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2jasmi jaafar
 
Penulisan Minit Mesyuarat
Penulisan Minit MesyuaratPenulisan Minit Mesyuarat
Penulisan Minit MesyuaratHazwani Hashim
 

Viewers also liked (20)

Teks penggulungan
Teks penggulunganTeks penggulungan
Teks penggulungan
 
Teks timbalan perdana menteri
Teks timbalan perdana menteriTeks timbalan perdana menteri
Teks timbalan perdana menteri
 
87368389 kertas-kerja-debat-new
87368389 kertas-kerja-debat-new87368389 kertas-kerja-debat-new
87368389 kertas-kerja-debat-new
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
DEFINISI INTERNET
DEFINISI INTERNETDEFINISI INTERNET
DEFINISI INTERNET
 
Laporan pertandingan koakademik daerah melaka tengah2014 bola sepak mss melak...
Laporan pertandingan koakademik daerah melaka tengah2014 bola sepak mss melak...Laporan pertandingan koakademik daerah melaka tengah2014 bola sepak mss melak...
Laporan pertandingan koakademik daerah melaka tengah2014 bola sepak mss melak...
 
Laporan aktiviti ko-akademik 2015
Laporan aktiviti ko-akademik 2015Laporan aktiviti ko-akademik 2015
Laporan aktiviti ko-akademik 2015
 
Kecemerlangan akademik
Kecemerlangan akademikKecemerlangan akademik
Kecemerlangan akademik
 
Ciri ciri perbahasan
Ciri ciri perbahasanCiri ciri perbahasan
Ciri ciri perbahasan
 
Pelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmPelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bm
 
Kertas kerja koakademik 2015
Kertas kerja koakademik 2015Kertas kerja koakademik 2015
Kertas kerja koakademik 2015
 
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 2
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 2Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 2
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 2
 
disiplin
disiplindisiplin
disiplin
 
SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012
 
Kertas kerja
Kertas kerja Kertas kerja
Kertas kerja
 
Forum
ForumForum
Forum
 
Pengelolaan pertandingan
Pengelolaan pertandinganPengelolaan pertandingan
Pengelolaan pertandingan
 
应用文 (公函)
应用文 (公函)应用文 (公函)
应用文 (公函)
 
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg202.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
 
Penulisan Minit Mesyuarat
Penulisan Minit MesyuaratPenulisan Minit Mesyuarat
Penulisan Minit Mesyuarat
 

1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2

  • 1. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan Ala Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Dalam situasi sebenar di Parlimen, pihak Kerajaan akan mengemukakan usul untuk dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut manakala Wakil Rakyat daripada pihak Pembangkang pula akan mencadangkan pihak dewan untuk menolak usul berdasarkan hujah yang telah diberi. Setelah perdebatan tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli Dewan terdiri daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan membuat pengundian sama ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut. Usul kerajaan akan diterima sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada Ahli Dewan. Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan dengan sendirinya pihak Kerajaan tiada mandat untuk melaksanakannya. Perdebatan / perbahasan di Parlimen seperti yang dijelaskan di atas menjadi model atau contoh. Bahas Ala Parlimen merujuk bentuk perbahasan sesuatu usul (cadangan) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat / Parlimen. Yang DiPertua Dewan akan mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 2. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima ATAU Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak 2.0 OBJEKTIF 2.1Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan. 2.2 Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara spontan. 2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur. 3.0 NASIONAL 3.1Banyak pihak semakin mempertikaikan kemenjadian murid di sekolah menengah berkaitan dengan keterampilan diri. Menyedari hakikat itu, usaha harus dilakukan supaya sekolah dapat dijadikan medan bagi membina keterampilan diri murid sebagai seorang yang berani mengemuka dan mempertahankan pendapat tersebut. 3.2Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan mental yang membolehkan mereka bertindak secara aktif, kreatif, dan kritis. 4.0 NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 3. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 5.0 FORMAT 5.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima orang pembahas dari sekolah yang sama. 5.2 Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang. 5.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana Menteri, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat, dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima. 5.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut : KERAJAAN PEMBANGKANG MASA 1 Pertama 2 Pertama 8-10 minit 3 Kedua 4 Kedua 8-10 minit 5 Ketiga 6 Ketiga 8-10 minit Ke empat dan Kelima Keempat dan Kelima 1 minit 8 Ucapan Menggulung Pertama/Kedua 7 Ucapan Menggulung Pertama/Kedua 4 minit 5.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan satu hujah, manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan. Tugas pembahas keempat dan kelima adalah untuk mencelah pembahas pihak lawan yang sedang berhujah. Masa yang diperuntukan untuk celahan ini maksimum satu minit sahaja dengan keizinan Yang DiPertua Dewan Rakyat 5.6 Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua izin laluan 5.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 4. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan. 6.0 KELAYAKAN 6.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga tingkatan lima, sekolah-sekolah menengah harian yang berumur tidak melebihi 18 tahun pada tahun pertandingan tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama Penuh. 6.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan tersebut. 6.3 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh pelajar yang sedang belajar di sekolah tersebut. 7.0 PENGHAKIMAN 7.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga atau lima orang hakim. Lima orang hakim diwajibkan di peringkat kebangsaan. 7.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perbahasan bermula. 7.3 Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim bahas Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah / negeri. 7.4 Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan sekolahnya sendiri. 7.5 Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. Pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri) dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang. 7.6 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 5. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 7.7 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik berdasarkan majoriti. Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan menentukan pembahas terbaik. 7.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 8.0 TATACARA PERBAHASAN 8.1 Pengendalian Perbahasan 8.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya pertandingan. 8.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan usul, pihak kerajaan dan pembangkang dan lawan masing-masing sebelum pertandingan. 8.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing- masing selama 1 (satu) jam. 8.1.4 Hanya para pelajar dalam pasukan itu yang dibenarkan berada di dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokong dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan. 8.1.5 Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik kuarantin. 8.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasan lima minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya. 8.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 6. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 8.2 Peranan Yang Dipertua Dewan. 8.2.1 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim, dan pembahas-pembahas. 8.2.2 Yang Dipertua Dewan tidak dibenar membuat komen tentang usul perbahasan ataupun pembahas - pembahas yang sedang bertanding. 8.2.3 Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap. 8.2.4 Yang Dipertua Dewan mempunyai kuasa untuk membenarkan celahan oleh pembahas keempat dan kelima sepanjang sesi perbahasan. (Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat celahan sebanyak 2 (dua) kali sepanjang sesi perbahasan) 8.2.5 Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan pertandingan. 8.3 Peranan Penjaga Masa 8.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minit diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan empat minit untuk ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berhujah. 8.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit kedua dan akhir minit kelapan untuk menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin laluan dan celahan. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat. 8.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan. 8.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 7. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 8.4 Larangan 8.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. 8.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali. 8.5 Peranan Pembahas Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 8-10 Minit 8.5.1 Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau penakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut. 8.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan. 8.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan. 8.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. 8.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 8.5.6 Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Pertama Pembangkang ( Ketua Pembangkang ) 8-10 Minit 8.5.7 Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 8. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP menolak definisi tersebut.Mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka. 8.5.8 Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan). 8.5.9 Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan tersebut. 8.5.10 Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang. 8.5.11 Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak pembangkang. 8.5.12 Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. 8.5.13 Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Kedua Kerajaan ( Menteri Kedua) 8-10 Minit 8.5.14 Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini. 8.5.15 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. 8.5.16 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 9. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 8.5.17 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 8.5.18 Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 8-10 Minit 8.5.19 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua. 8.5.20 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri. 8.5.21 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang. 8.5.22 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. 8.5.23 Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 8-10 Minit 8.5.24 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua. 8.5.25 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. 8.5.26 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah dibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan. 8.5.27 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 10. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 8-10 Minit 8.5.28 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga. 8.5.29 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua. 8.5.30 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri. 8.5.31 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. 8.5.32 Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian. 8.6 PERANAN PENGGULUNG Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua) 4 Minit 8.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas hujah/ usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/ kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut. 8.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua) - 4 Minit 8.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas hujah/ usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 11. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 8.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang telah dibentangkan. 9.0 IZIN LALUAN 9.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk : • soalan; • kenyataan; • fakta; • ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas. 9.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan. 9.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas. 9.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini. 9.4.1 Etika Izin Laluan. 9.4.2 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ketiga dan minit kelapan hujahan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelapan semasa pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan. 9.4.3 Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan. 9.4.4 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Pelakuan yang kasar dan biadap seperti KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 12. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai- lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah. 9.4.5 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah, dan mengejek pihak lawan adalah dilarang. 9.4.6 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh: • Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat; • Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut; • Menerima izin laluan tersebut ketika itu. 9.5 Memohon dan Menerima Izin Laluan 9.5.1 Sepanjang perbahasan seorang pembahas DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan kepadanya. 9.5.2 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akan kehilangan markah isi dan strategi. • Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan. • Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai pembahas. 9.5.3 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi. • Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas tidak memberi peluang kepada pihak lawan. • Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapi cabaran. 9.5.4 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 13. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan. 9.0 CELAHAN 9.1 Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima kedua-dua pihak. 9.2 Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua pasukan sedang berhujah sahaja. 9.3 Masa celahan hanyalah satu minit sahaja. 9.4 Celahan mestilah dalam bentuk hujah bagi mempertahankan pendirian pasukan, memberi penjelasan, membetulkan fakta dan bukan dalam bentuk soalan atau memohon penjelasan. 9.5 Sekiranya pembahas keempat dan kelima tidak mencelah, pasukan tersebut akan kehilangan markah kerjasama sepasukan 9.6 Celahan mesti mendapat izin Yang Dipertua Dewan. 9.7 Yang Dipertua Dewan berhak menangguh sementara celahan untuk memberi peluang pihak lawan meneruskan perbahasan. 9.8 Sekiranya timbul masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kes kecemasan, peserta pasukan hanya tinggal 3 atau 4 orang peserta sahaja. Maka YB keempat terpaksa mengambil bahagian dalam celahan sepanjang pertandingan berlangsung. Jika gagal memainkan peranan tersebut markah keseluruhan pasukan hendaklah ditolak. 10.0 AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 14. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH 1.0Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut : i. ISI ii. STRATEGI iii. GAYA iv. BAHASA 1.1 ISI 1.1.1 Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang disampaikan dan bukannya gaya penyampaian hujah. Hakim sewajarnya menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata. 1.1.2 Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah. 1.1.3 Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta ketepatan hujah dan bukannya kebolehan pasukan lawan membidas hujah yang diberi. 1.1.4 Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan adalah lemah, dan hujah tersebut tidak dapat dibidas oleh pihak lawan, pihak lawan tersebut telah melakukan kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah tersebut. Namun begitu, bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada membidas perkara-perkara yang lebih penting. 1.1.5 Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kepercayaan, prejudis atau pengetahuan sedia ada masing-masing. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 15. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 1.2 STRATEGI 1.2.1 Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi meliputi dua konsep: i) Struktur dan tempoh masa penghujahan . ii) Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan. 1.1.2 Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian, dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan menunjukkan kesinambungan. Oleh itu, gaya penyampaian hujah merupakan salah satu komponen strategi. 1.2.3 Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua aspek berkenaan dengan hal ini : i) Berhujah dalam had masa yang dibenarkan. ii) Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu penghujahan. 1.2.4 Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang lebih penting. Secara umumnya adalah lebih baik jika pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu / hujah. Hal ini kerana, adalah lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula. 1.2.5 Oleh itu, hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan penghujahan sahaja, tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu. 1.2.6 Pemahaman tentang isu Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Membazir masa jika persoalan yang penting tidak dibidas. Pembahas tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi, sekiranya pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 16. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 1.2.7 Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi. Bayangkan dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang cuba membidas isu / hujah akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau bagaimanapun pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut. 1.3 GAYA 1.3.1 Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang keterlaluan. 1.3.2 Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu: 1.3.3 sebutan 1.3.4 bahasa gerak badan ( ‘body language’ ) Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan yang berbeza oleh pembahas. 1.3.3 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak seharusnya didenda kecuali jika pembahas ternyata membaca daripada nota. 1.3.4 Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya tutur dan kepantasan penyampaian hujah dan markah hanya boleh dipotong jikalau gaya perbahasan melampaui batas. 1.4 BAHASA 1.4.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah: iii) Gaya bahasa iv) Struktur ayat v) Tatabahasa 1.4.2 Hal ini juga termasuk: i) sebutan baku ii) kelancaran iii) nada iv) intonasi KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 17. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang betul. 1.4.3 Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti pengunaan kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat mengikuti situasi, sewajarnya diberikan markah yang tinggi dalam bahagian bahasa. 2.0 BIDASAN 2.1 Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas contoh. Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh kerana itulah kehendak perbahasan. 2.2 Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk menumbangkan kesemua contoh yang diberi maka pembahas tidak perlu membidas setiap contoh. 3.0 PENGGULUNGAN 3.1 Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan pembahas tentang isu yang dibahaskan. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut. 4.0 IZIN LALUAN 4.1 Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang seseorang pembahas menyampaikan hujahnya. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jika izin laluan itu diterima, pihak lawan boleh membetulkan maklumat perbahasan itu atau menanyakan soalan tentang isu yang sedang diutarakan dalam perbahasan itu. 4.2 Dengan adanya izin laluan, bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 18. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masing- masing. 4.3 Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberi pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak diterima, tetapi sekurang-kurangnya hal ini menunjukkan pembahas itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan itu. Malah pembahas yang tidak memberi / menerima izin laluan akan mendapat markah yang rendah dalam bahagian isi dan strategi. 5.0 CELAHAN 5.1 Celahan boleh dilakukan oleh pihak lawan (pembahas keempat dan kelima sahaja) sepanjang seseorang pembahas menyampaikan hujahnya. Pembahas itu wajib menerima celahan dan boleh memberi penjelasan semula tentang isu yang dikemukakan. 5.2 Pembahas keempat dan kelima hanya boleh mencelah ketika pembahas sedang berhujah. 5.3 Sekiranya pembahas keempat atau kelima tidak mencelah, akan menjejaskan markah kerjasama sepasukan. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 19. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP SISTEM PEMARKAHAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1.0 HUJAHAN (JUMLAH = 110 MARKAH) – MASA – 8 MINIT 1.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian berikut: (a) Isi = 30 markah (b) Strategi = 30 markah (c) Gaya = 20 markah (d) Bahasa = 20 markah (e) Kerjasama = 10 markah GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN) NO MUTU/TAHAP ISI (30 ) STRATEGI (30) GAYA (20) BAHASA (20) KERJASAMA (10) JUMLAH (110) 1 Cemerlang 26- 30 26 – 30 18 – 20 18 – 20 8-10 96 – 110 2 Sangat baik 21 – 25 21 – 25 15 -17 15 – 17 6-7 78 – 95 3 Baik 16 – 20 16 – 20 12 – 14 12 – 14 4-5 64 -77 4 Sederhana 11 – 15 11 – 15 9 – 11 9 -11 2-3 42 – 63 5 Lemah 6 – 10 6 – 10 6 – 8 6 – 8 0-1 24 – 41 1.2 PERTIMBANGAN PEMARKAHAN 1.2.1 ISI 1.2.1.1 Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan berdasarkan: - ketetapan hujah - kemantapan hujah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 20. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 1.2.1.2 Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan bidasan. 1.2.1.3 Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya penyampaian hujah. 1.2.1.4 Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan kemantapan hujah dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi. Begitulah sebaliknya. Contohnya : USUL : Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diteruskan Di Malaysia Hujah Pembangkang: Pekerja asing telah menimbulkan pelbagai masalah sosial. • Masalah jenayah - perogol bersiri - pembunuh upahan - rompakan • Mengganggu ketenteraman masyarakat - ganggu gadis - amalan dan tingkah laku • Masalah setinggan • Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para remaja 1.2.1.5 Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi ketepatan dan kemantapan dan hujah itu tidak dibidas. Justeru, pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesilapan yang lebih serius berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana gagal mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. 1.2.1.6 Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan hujah dan bukannya berdasarkan contoh. Perkara- perkara penting yang terlebih dahulu perlu dibidas. 1.2.1.7 Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam sesuatu bidang. 1.2.1.8 Mutu soalan/ jawapan izin laluan boleh mempengaruhi markah isi. 1.2.1.9 Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah/ isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 21. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP 1.2.2 STRATEGI 1.2.2.1 Strategi meliputi dua konsep : i. struktur dan tempoh masa penghujahan. ii. pahaman pembahas tentang isu perbahasan. 1.2.2.2 Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan, kata kunci diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan ada kesinambungan. 1.2.2.3 Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua aspek: i. Berhujah dalam masa yang dibenarkan. ii. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk aspek-aspek penghujahan. 1.2.2.4 Susunan isi perlu dititikberatkan. Isi-isi yang penting perlu didahulukan dan diikuti isi yang kurang penting. 1.2.2.5 Daripada segi strategi, adalah lebih wajar pembahas mengemukakan bidasannya sebelum menyatakan hujah/ fakta. 1.2.2.6 Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu ketika mempertimbangkan markah strategi. 1.2.2.7 Pemahaman tentang isu. Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Persoalan penting perlu dibidas. Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. 1.2.2.8 Penglibatan pembahas dalam memberi/ menerima izin laluan juga perlu dinilai dalam bahagian strategi. 1.2.2.9 Hakim mesti dapat membezakan antara strategi dan isu. Bayangkan dalam satu situasi, seorang KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 22. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP pembahas cuba membidas isu akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau bagaimanapun, pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang diutarakan oleh pihak lawan. 1.2.3 GAYA 1.2.3.1 Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:- i. daripada segi sebutan – suara yang jelas. ii. bahasa gerak badan (body language) - dipelbagaikan - bersesuaian dengan pengucapan yang dilafazkan. 1.2.3.2 Penggunaan nota dan kod nota dibenarkan dan tidak harus didenda kecuali jika pembahas ternyata terlalu banyak bergantung pada nota atau membaca daripada nota. 1.2.3.3 Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan. 1.2.3.4 Hakim dinasihati menitikberatkan cara berhujah yang berbeza oleh para pembahas. 1.2.3.5 Gaya yang berjaya menarik/ memikat hati penonton perlu diberi pertimbangan. 1.2.3.6 Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak keterlaluan atau melampaui batas. 1.2.4 BAHASA 1.2.4.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah: i. gaya bahasa ii. struktur ayat iii. tatabahasa 1.2.4.2 Aspek bahasa yang lain termasuklah: i. sebutan (baku) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 23. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP ii. kelancaran iii. nada iv. intonasi Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul. 1.2.4.3 Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa kiasan, peribahasa dan seumpamanya tepat mengikut situasi dan isi, sewajarnya diberi markah tinggi dalam bahagian bahasa. 2.0 UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) – MASA = 4 MINIT 2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut: a. Isi = 15 markah b. Strategi = 15 markah c. Gaya = 10 markah d. Bahasa = 10 markah -------------------------------------------------- Jumlah 50 markah ============================== 2.2 Garis Panduan / Skala Pemberian Markah (Anggaran) NO MUTU/TAHAP ISI (15) STRATE GI (15) GAYA (10) BAHA SA (10) JUMLAH (50) 1 Cemerlang 14 – 15 14 – 15 9 – 10 9 – 10 46 – 50 2 Sangat baik 12 – 13 12 – 13 7 – 8 7 – 8 38 – 42 3 Baik 10 – 11 10 -11 5 – 6 5 – 6 30 – 35 4 Sederhana 8 – 9 8 – 9 4 4 24 – 29 5 Lemah 6 -7 6 -7 3 3 2.3 PERTIMBANGAN PEMARKAHAN 2.3.1 ISI 2.3.1.1 Isi dinilai daripada aspek: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 24. 2424 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP i. Kemampuan pembahas merumus dan hujah pihak lawan. ii. Kemampuan pembahas menggulung dan menegaskan hujah pasukan. 2.3.1.2 Ketepatan dan kemantapan bidasan dan penggulungan yang dibentangkan oleh pembahas mempengaruhi markah isi. 2.3.1.3 Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi. 2.3.1 STRATEGI 2.3.1.1 Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi tujuan membidas dan menggulung kes pasukan mempengaruhi markah strategi. 2.3.1.2 Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti dengan penggulungan. 2.3.1.3 Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah pihak lawan. 2.3.1.4 Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung perlu diambil kira oleh hakim. *** Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberian markah strategi semasa sesi penggulungan. 2.3.2 GAYA / BAHASA 2.3.2.1 Rujuk pertimbangan pemarkahan bahagian penghujahan. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA