SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PERBAHASAN
KEPENGGUNAAN BAHASA MELAYU
PERINGKAT IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
TARIKH
9 HINGGA 12 APRIL 2013
TEMPAT
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
ANJURAN BERSAMA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
DENGAN KERJASAMA
KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUANKU BAINUN,
BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG.
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Perbahasan Kepenggunaan Bahasa Melayu Peringkat IPG
Kampus Tuanku Bainun ialah sebuah program yang dianjurkan hasil kerjasama
Jabatan Pengajian Bahasa Melayu dengan Gerakan Pengguna Siswa.
Pertandingan ini ialah serampang dua mata, iaitu untuk memperkenalkan
Gerakan Pengguna Siswa ( GPS ) kepada semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku
Bainun. Gerakan ini merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan.Gerakan ini dianggotai oleh
pelajar-pelajar IPT yang bertujuan untuk saling berkerjasama dan membantu, serta
berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.
Pertandingan ini merupakan sebuah program yang dikelolakan oleh guru
pelatih2PPISMP Bahasa Melayu Semester Dua.Pertandingan ini juga dirancang
bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara guru pelatih dengan pensyarah, di
samping mendedahkan kepada pelajar mengenai perjalanan program perbahasan bagi
peringkat IPG.Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk
mengadakan aktiviti dan memahami prosedur pengendalian aktiviti.
Akhir kata, program ini sangat bermanfaat untuk dilaksanakan bagi melahirkan
insan guru yang berkualiti dan berketerampilan tinggi. Oleh itu, kertas kerja ini akan
menjelaskan dengan secara teliti tentang aktiviti yang bakal dijalankanserta garis
panduan dan peraturan bagi pertandingan perbahasan.
2.0 RASIONAL
Melalui pelaksanaan aktiviti ini, para guru pelatih akan didedahkan
dengan seni perbahasan, teknik perdebatan yang betul, kemahiran berfikir
dengan pantas, dan sebagainya. Melalui aktviti ini, potensi yang ada pada diri
guru pelatih akan dapat dicungkil dan digilap bagi melahirkan guru yang
berkualiti dan serba boleh. Selain itu, aktiviti ini juga mampu membentuk para
guru yang berfikiran kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan mempunyai
teknikberkomunikasi yang baik.Bukan setakat itu sahaja, program ini juga
merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan
guru-guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu organisasi dengan cekap.
Dengan mengikuti projek ini, para guru pelatih dapat meningkatkan keyakinan
diri mereka dan membentuk sahsiah diri yang positif sebagai suatu proses
membentuk keterampilan ikhtisas keguruan.
3.0 OBJEKTIF
3.0 Mendedahkan kepada pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun pengetahuan
dalam membuat keputusan pembelian barangan dan perkhidmatan
melalui pendebatan.
3.1 Mencari pasukan pelapis debat IPG Tuanku Bainundan sekaligus
bertindak sebagai sukarelawan bagi membantu melindungi hak pengguna.
3.2 Mencungkil bakat dan potensi yang ada pada diri para guru pelatih bagi
mewujudkan gerakan kepenggunaan yang berinformasi, rasional, dan
peka.
3.3 Membentuk keyakinan diri yang tinggi supaya dapat melaksanakan
pelbagai program dan aktiviti penggunaan.
3.4 Menambahkan ilmu pengetahuan para guru pelatih mengenai hak mereka
sebagai seorang pengguna.
4.0 NAMA PROGRAM
Pertandingan Perbahasan Kepenggunaan ala Parlimen Peringkat IPG Kampus
Tuanku Bainun.
5.0 ANJURAN BERSAMA
Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Kelab Gerakan Pengguna Siswa
6.0 TARIKH
9 hingga 12 April 2013
7.0 TEMPAT
Dewan Aminuddin Baki
8.0 SASARAN
Semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun
9.0 ORGANISASI PELAKSANA
Penaung : Cik Khor Ceek Vung
Penasihat : En. Wang Hong Chee
: En. Abdul Halim bin Abd Rahman
9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Chen Peck Lian
Naib Pengerusi : En. Faez Mohamad Abdullah
Setiausaha : Pn. Chai Jia Zhi
Bendahari : En. Teh Khai Yang
Ahli Jawatankuasa : Pn. Norshabihah binti Ahmad
: En. Fihat bin Salleh
: Pn. Mozlina binti Othman
: En. Mat Nasir bin Che Ali
: Pn. Chan See See
: En. Ahmad bin Omar
: En. Hamdan bin Yaakub
: En. Mohamad Riyad bin Mohd Isa
9.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Muhammad Faizal bin Abdullah
Naib Pengerusi : Tieu Souk Hui
Setiausaha : Siti Intan Badariah binti Abd Latif
Bendahari : Muhamad Fuad bin A.Hamid
Urusetia : Norhidayah binti Ishak
: Mohammad Norhisham bin Wahab
Tempat : Hafizulizwan bin Ngah Temin
: Norshafiza binti Kamaruddin
Peralatan : Mohamad Bukhari bin Mat Zain
: Junaida binti Shukor
Publisiti : Akmal Hakim bin Abdul Majid
: Nor Zafirah binti Ibrahim
Siaraya : Mohd Syamim bin Abdullah
: Mohamad Sofian bin Husin
Penghakiman : Rosnazifa binti Romli
: Noor Izzati binti Abdul Hanid
Hadiah : Siti Aisyah binti Roslan
Dokumentasi : Zuziatie Anisha binti Zain
: Nor Farahana binti Mohd Bakri
Buku Program : Nor Munirah binti Abdul Malik
: Kuan Yew Keat
10.0 ANGGARAN KEWANGAN
Belanjawan adalah berdasarkan kepada perkara berikut:
1. Jangka masa program ini dijalankan iaitu selama empat hari.
2. Bilangan hakim yang terlibat.
3. Sasaran yang ditetapkan iaitu semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun.
BIL. PERKARA JUMLAH
1. Makanan dan minuman peserta/hakim RM 300.00
2. Fotostat bahan edaran dan nota RM 50.00
3.
Hadiah dan cenderahati
- Pertandingan
- Hakim
- Tetamu kehormat
- Hamper
RM 160.00
RM 50.00
RM 70.00
RM 200.00
4. Banner RM 120.00
5. Poster RM 40.00
6.
Lain-lain
- Alat tulis
- Perhiasan Pentas
- Kain Rentang
- Tanda nama
( Peserta, Urusetia, Hakim)
- Air Mineral
RM 160.00
7. Tabung kecemasan RM 150.00
JUMLAH BESAR RM 1300.00
11.0 TENTATIF PROGRAM
2 April 2013
6.00 hingga 9.00 malam
Taklimat kepada semua peserta dan AJK
9 April 2013
6.00 hingga 9.00 malam
Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat awal
Pusingan pertama dan kedua
10 April 2013
6.00 hingga 9.00 malam
Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat suku akhir
Pusingan pertama dan kedua
11 April 2013
6.00 hingga 9.00 malam
Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat separuh akhir
Pusingan pertama dan kedua
12 April 2013
5.00 hingga 9.00 malam
Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat akhir
Majlis penyampaian hadiah
12.0 PENUTUP
Semoga rancangan aktiviti ini akan menjadi satu platform bagi kami sebagai guru
pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun untuk menimba pelbagai ilmu dan
pengalaman baharu yang boleh dimanfaatkan untuk kerjaya kami sebagai
seorang pendidik yang bertaraf dunia pada masa hadapan kelak. Akhir sekali,
diharapkan agar segala objektif yang telah dirancang dan nilai-nilai murni yang
cuba diterapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian
para peserta dan juga pihak yang terlibat.
Disediakan oleh:
………………………………………
(SITI INTAN BADARIAH BT ABD LATIF)
Setiausaha,
Pertandingan Perbahasan Bahasa Melayu,
PPISMP Semester 2,
Bahasa Melayu
Disemak oleh : Disemak oleh :
…………………………… ………………………………
( TN. HJ. ZUBAIDI BIN AHMAD) (EN. ABD HALIM B. ABD RAHMAN)
Pensyarah Penasihat, Pensyarah Penasihat,
Timbalan Ketua Jabatan, Gerakan Pengguna Siswa.
Jabatan Pengajian Melayu.
Disahkan oleh :
……………………………..
(EN. IBRAHIM BIN ISMAIL)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu.
Diluluskan oleh :
……………………………
(TN. HAJI DAUD BIN MD SAMAN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.
ULASAN
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 2
BIL. NAMA NO. TELEFON NO. KP
1. Aina Mardhiah Binti Abdul Rashid 012-5416857 920513-02-5070
2. Akmal Hakim Bin Abdul Majid 013-4639392 920530-08-5809
3. Hafizulizwan Bin Ngah Temin 017-5895117 920520-08-6453
4. Junaida Binti Shukor 014-8908452 910305-13-5453
5. Mohamad Sofian Bin Hj Husin 013-5312647 920929-02-6069
6. Mohd Syamim Bin Abdullah 013-4434101 920307-02-5141
7. Muhamad Bukhari Bin Mat Zain 013-4158141 920811-02-5503
8. Muhamad Fuad Bin A.Hamid 013-5085484 920612-02-5543
9. Muhammad Faizal Bin Abdullah 013-5205373 920422-02-6211
10. Mohammad Norhisham Bin Wahab 019-4382562 910525-13-6481
11. Noor Farahana Binti Mohd Bakri 017-4685354 920302-05-5050
12. Noor Izzati Binti Abdul Hanid 013-4854016 920124-14-5888
13. Nor Munirah Binti Abdul Malik 019-4499178 920305-08-6178
14. Nor Zafirah Binti Ibrahim 012-5357283 920510-02-5374
15. Norhidayah Binti Ishak 019-5269544 920818-06-6068
16. Norshafiza Binti Kamaruddin 019-5157057 920421-02-5962
17. Nur Aziman Bin Di@Abdul Gani 019-8475244 920817-13-5631
18. Rosnazifa Binti Romli 017-4177060 920617-02-5016
19. Siti Aisyah Binti Roslan 014-5402506 920520-11-5306
20. Siti Intan Badariah Binti Abd Latif 013-4907181 920809-02-5934
21. Zuziatie Anisha Binti Zain 014-2413143 920523-09-5128
LAMPIRAN 2
PERATURAN UMUM PERTANDINGAN PERBAHASAN
1.0 STRUKTUR KEJOHANAN
1.1 Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu.
2.0 PENYERTAAN
2.1 Para peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya lima belas minit
(15 minit) sebelum masa pengundian.
2.2 Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan.
2.3 Penukaran peserta adalah dilarang kecuali dengan kebenaran jawatankuasa
penganjur.
2.4 Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, seperti mengucapkan
perkataan kasar dan keji.
2.5 Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran
dan hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar seperti buku, carta,
majalah dan lain-lain semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama
sekali.
2.6 Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.
3.0 SISTEM PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah system „power match berkumpulan‟
(kaedah „Swiss Bracket‟) untuk pusingan awal.
Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan
juga peranan mereka (pencadang / pembangkang).
3.2 Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan
dilakukan secara undian. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan
akan ditentukan kedudukan mereka.
Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan
adalah seperti yang berikut :
a) menang / kalah
b) juri
c) margin
d) markah
3.3 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan pertama
akan ditentukan secara undian.
3.4 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan yang
seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan
sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah
sesebuah pasukan itu menjadi pencadang atau pembangkang.
3.5 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan bagi
pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir adalah
berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan
masing-masing.
3.6 Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai pusingan awal. Ini adalah
untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya. Kedudukan
pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut :
a) Menang / kalah
b) Juri (jika sesuai)
c) Margin
d) Markah
3.7 Pertandingan pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan
mengikut sistem kalah mati.
4.0 STRUKTUR DEBAT
4.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-
Parlimen Malaysia.
4.2 Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan pencadang dan
pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang
pendebat simpanan.
4.3 Pasukan Pencadang terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota
pencadang manakala pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua
pembangkang dan dua orang anggota pembangkang.
4.4 Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi
pihak pencadang dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh
pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing.
4.5 Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut :
Ucapan Substantif :
Perdana Menteri / pencadang pertama 7 minit
Ketua Pembangkang / pembangkang pertama 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang / pencadang kedua 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang / pembangkang
kedua
7 minit
Anggota Kedua Pencadang / pencadang ketiga 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang
ketiga
7 minit
44 minit
Ucapan Gulungan :
Gulungan Pembangkang 4 minit
Gulungan Pencadang 4 minit
Keseluruhan 52 minit
4.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit
masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan
/ meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi
menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
4.7 Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit
terakhir dan dua kali apabila masa tamat.
4.8 Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran
oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan
ucapan dan boleh dikenakan penalti.
5.0 PERANAN SETIAP PASUKAN
5.1 Peranan pihak pencadang adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu
mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas
sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap usul mereka.
5.2 Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu
menjawab definisi yang dikemukakan pihak pencadang dengan hanya samada
MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah TIDAK
DIBENARKAN.
6.0 PENGHAKIMAN
6.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim yang
terdiri daripada tiga (3) anggota. Bilangan ahli panel mestilah ganjil.
6.2 Pada pusingan awal kebiasaannya, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang
Dipertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang Dipertua. Dalam pusingan
suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang Dipertua tidak semestinya dilantik dari
kalangan hakim.
6.3 Yang Dipertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap,
menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat
keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang
mungkin dipertikaikan.
6.4 Para Hakim mestilah :
a) Mencapai keputusan menang/ kalah, keputusan seri tidak dibenarkan.
b) Tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa perdebatan
berjalan.
6.5 Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding
dan memberi alasan / ulasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam
komentar yang tidak melebihi 5 minit.
6.6 Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan
sendiri.
6.7 Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan
majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan
dibenarkan selepas penyerahan undi.
6.8 Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan
harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan.
6.9 Keputusan hakim adalah muktamad.
7.0 PEMARKAHAN
7.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 bagi setiap
kepakaran penghakiman berdasarkan kepada :
Hakim Isi
Isi 50 markah
Gaya/Penyampaian 25 markah
Bahasa 25 markah
Hakim Gaya / Penyampaian
Isi 25 markah
Gaya/Penyampaian 50 markah
Bahasa 25 markah
Hakim Bahasa
Isi 25 markah
Gaya/Penyampaian 25 markah
Bahasa 50 markah
7.2 Isi
i) Diadili dari segi hujah yang dibentangkan atau dihuraikan, pengembangan dan
kekuatan fakta yang disokong dengan bukti sama ada dari segi contoh atau data
bagi hujah yang dibentangkan itu.
ii) Setiap hujah yang dibentangkan hendaklah bersesuaian dengan tajuk debat.
iii) Isi yang diketengahkan juga boleh memasukkan bidasan yang hendaklah
dikemukakan dengan tepat dan berkesan. Bidasan boleh dilakukan oleh setiap
pendebat sama ada pada permulaan atau pada akhir perdebatan ATAU
diselang-selikan semasa berdebat ATAU dengan merangkumkan bidasan
tersebut dalam hujahnya ATAU ketika menyuarakan bantahan (menolak) bagi
sebarang pandangan yang bertentangan dengan pendirian pasukannya.
iv) Penggulung haruslah memberikan ulasan yang ringkas, tetapi menyeluruh
tentang hujah-hujah yang telah dikemukakan terdahulu oleh pasukannya.
v) Penggulung juga dibenarkan membentangkan “isi yang baru”, iaitu hujah yang
tidak pernah dikemukakan oleh pasukannya sebelum masa penggulungan.
Walau bagaimanapun, contoh baru bagi menguatkan hujah asal atau bagi
menolak hujah lawan dibenarkan.
vi) Aspek bahasa dan gaya penyampaian semasa membuat penggulungan akan
diambil kira dalam pemarkahan.
vii) Markah untuk penggulung tidak akan diambil kira sebagai markah penilaian
pendebat terbaik.
8.0 FAKTA BARU
Tiada sebarang „fakta baru‟ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan
substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh
baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira „baru‟ kecuali:
a) ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu.
b) ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.
9.0 DEFINISI
9.1 Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan
adalah hak dan tangggungjawab pihak pencadang.
9.2 Pihak pembangkang boleh :
a) menerima definisi pencadang secara keseluruhan / mutlak, atau
b) menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.
Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak pencadang secara
keseluruhannya hanya jika;
a) definisi pihak pencadang tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud
sebenar usul.
b) Definisi pihak pencadang adalah „truistik : iaitu tidak boleh dibangkang dengan
hujahan rasional‟.
10.0 PENJELASAN
10.1 Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh
pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau
menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa
yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk
penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif.
10.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk
menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun,
penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan
sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius
oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya
dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had
maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan.
10.3 Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15
saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan
hendaklah duduk serta-merta.
10.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit
terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi
menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta
penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.
10.5 Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah
memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan
sebagainya).
10.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan
dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak,
pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu
peluang yang lain.
10.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh
menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah
atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahalu).
Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan
apabila penjelasan telah diterima.
11.0 BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG
11.1 Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat
kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik
perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti :
a) penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, atau
b) pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan / atau
ucapan gulungan, atau
c) mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.
11.2 Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap
sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Dipertua Dewan sama ada untuk
menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.
11.3 Jika bantahan diterima, Yang Dipertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang
terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk
membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap.
12.0 RAYUAN
12.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
12.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang
kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan
dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim
dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang.
LAMPIRAN 3
USUL PERDEBATAN
1. Produk mesra alam adalah mahal.
2. Tanggungjawab sosial korporat ringankan
penguatkuasaan undang-undang.
3. Kebajikan komuniti persekitaran tangungjawab syarikat.
4. Pengguna Malaysia tidak pentingkan keselamatan
makanan.
5. Graduan Malaysia tidak peka penggunaan lestari.
6. Institusi kewangan wajar didik perbelanjaan berhemat.
7. Iklan makanan ringan untuk kanak-kanak wajib
diharamkan
8. Pendidikan kepenggunaan perlu bermula di rumah
9. Jenama popular tidak jamin keselamatan dan kualiti
produk pengguna.
10.Hapuskan subsidi minyak: tingkatkan pengangkutan
awam.

More Related Content

What's hot

Bidang tugas ahli jawatankuasa
Bidang tugas ahli jawatankuasaBidang tugas ahli jawatankuasa
Bidang tugas ahli jawatankuasashimasbi70
 
Kertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppkiKertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppkiMazihas Sahizam
 
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Taufik Bujang
 
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaKertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaAidah Rabu
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013Hj Marlboro
 
Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Afshan Mbo
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSK Shah Alam
 
contoh Kertas kerja
contoh Kertas kerja contoh Kertas kerja
contoh Kertas kerja PKB -> USIM
 
Contoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan TahunanContoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan Tahunanafiz123
 
Kertas kerja maulid nabi
Kertas kerja maulid nabiKertas kerja maulid nabi
Kertas kerja maulid nabiFadzli Abdullah
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasNur Bahari
 
Contoh format surat panggilan mesyuarat
Contoh format surat panggilan mesyuaratContoh format surat panggilan mesyuarat
Contoh format surat panggilan mesyuaratChon Seong Hoo
 
Minit Mesyuarat (LM 2025)
Minit Mesyuarat (LM 2025)Minit Mesyuarat (LM 2025)
Minit Mesyuarat (LM 2025)Afifah Nabilah
 
Kertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahKertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahJojo Ern
 

What's hot (20)

Bidang tugas ahli jawatankuasa
Bidang tugas ahli jawatankuasaBidang tugas ahli jawatankuasa
Bidang tugas ahli jawatankuasa
 
Kertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppkiKertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppki
 
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
 
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITIPENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
 
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaKertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
 
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
Kertas kerja lawatan cameron highland 2013
 
Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011
 
Laporan Aktiviti
Laporan AktivitiLaporan Aktiviti
Laporan Aktiviti
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbang
 
contoh Kertas kerja
contoh Kertas kerja contoh Kertas kerja
contoh Kertas kerja
 
Contoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan TahunanContoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan Tahunan
 
Kertas kerja maulid nabi
Kertas kerja maulid nabiKertas kerja maulid nabi
Kertas kerja maulid nabi
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
 
Contoh format surat panggilan mesyuarat
Contoh format surat panggilan mesyuaratContoh format surat panggilan mesyuarat
Contoh format surat panggilan mesyuarat
 
Surat jemputan panel
Surat jemputan panelSurat jemputan panel
Surat jemputan panel
 
Minit Mesyuarat (LM 2025)
Minit Mesyuarat (LM 2025)Minit Mesyuarat (LM 2025)
Minit Mesyuarat (LM 2025)
 
modul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdfmodul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdf
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Kertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahKertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadah
 

Viewers also liked

1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-21 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2thanesvari isha
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan
Penulisan Kertas Cadangan dan LaporanPenulisan Kertas Cadangan dan Laporan
Penulisan Kertas Cadangan dan LaporanAzman Hj. Ayup
 
Label buku kehadiran pelajar
Label buku kehadiran pelajarLabel buku kehadiran pelajar
Label buku kehadiran pelajarYusnita Yusof
 
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg202.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2jasmi jaafar
 
Aktiviti persatuan tahun 2010
Aktiviti persatuan tahun 2010Aktiviti persatuan tahun 2010
Aktiviti persatuan tahun 2010Khairul Adli
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganfairyzan
 

Viewers also liked (12)

1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-21 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Teks penggulungan
Teks penggulunganTeks penggulungan
Teks penggulungan
 
Teks perdana menteri
Teks perdana menteriTeks perdana menteri
Teks perdana menteri
 
Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan
Penulisan Kertas Cadangan dan LaporanPenulisan Kertas Cadangan dan Laporan
Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan
 
disiplin
disiplindisiplin
disiplin
 
SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012
 
Label buku kehadiran pelajar
Label buku kehadiran pelajarLabel buku kehadiran pelajar
Label buku kehadiran pelajar
 
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg202.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
02.1 kandungan dan pengiraan skor skp mg2
 
Kertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminarKertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminar
 
Aktiviti persatuan tahun 2010
Aktiviti persatuan tahun 2010Aktiviti persatuan tahun 2010
Aktiviti persatuan tahun 2010
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 

Similar to SEOOPTIMIZED

Laporan akhir madela
Laporan akhir madelaLaporan akhir madela
Laporan akhir madelamelcassie
 
Laporan akhir madela
Laporan akhir madelaLaporan akhir madela
Laporan akhir madelamelcassie
 
Laporan opkim 14 1-
Laporan opkim 14  1-Laporan opkim 14  1-
Laporan opkim 14 1-Nikmat Yusop
 
Proposal kempen save the world
Proposal kempen save the worldProposal kempen save the world
Proposal kempen save the worldHaslisa Hariono
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011apz89
 
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppg
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppgContoh kertas kerja_perkhemahan_ppg
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppgHanxel Zelo
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011apz89
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011apz89
 
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsaProgram lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsaizz_zafran
 
50920047 kertas-kerja-lawatan-ilmiah
50920047 kertas-kerja-lawatan-ilmiah50920047 kertas-kerja-lawatan-ilmiah
50920047 kertas-kerja-lawatan-ilmiahHub Jauhar
 

Similar to SEOOPTIMIZED (20)

Laporan akhir madela
Laporan akhir madelaLaporan akhir madela
Laporan akhir madela
 
Laporan akhir madela
Laporan akhir madelaLaporan akhir madela
Laporan akhir madela
 
Laporan akhir madela
Laporan akhir madelaLaporan akhir madela
Laporan akhir madela
 
Laporan hp pemikiran kritikal
Laporan hp pemikiran kritikalLaporan hp pemikiran kritikal
Laporan hp pemikiran kritikal
 
Laporan hp pemikiran kritikal
Laporan hp pemikiran kritikalLaporan hp pemikiran kritikal
Laporan hp pemikiran kritikal
 
Laporan opkim 14 1-
Laporan opkim 14  1-Laporan opkim 14  1-
Laporan opkim 14 1-
 
Kertas kerja big 6
Kertas kerja big 6Kertas kerja big 6
Kertas kerja big 6
 
Proposal kempen save the world
Proposal kempen save the worldProposal kempen save the world
Proposal kempen save the world
 
Laporan hp pemikiran kritikal
Laporan hp pemikiran kritikalLaporan hp pemikiran kritikal
Laporan hp pemikiran kritikal
 
Pemplet3
Pemplet3Pemplet3
Pemplet3
 
Laporan hp kreatif & inovatif
Laporan hp kreatif & inovatifLaporan hp kreatif & inovatif
Laporan hp kreatif & inovatif
 
Laporan hp kreatif & inovatif
Laporan hp kreatif & inovatifLaporan hp kreatif & inovatif
Laporan hp kreatif & inovatif
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
 
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppg
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppgContoh kertas kerja_perkhemahan_ppg
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppg
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
 
Skfr kertas kerja kursus pengawas 2019
Skfr   kertas kerja kursus pengawas 2019Skfr   kertas kerja kursus pengawas 2019
Skfr kertas kerja kursus pengawas 2019
 
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsaProgram lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
 
50920047 kertas-kerja-lawatan-ilmiah
50920047 kertas-kerja-lawatan-ilmiah50920047 kertas-kerja-lawatan-ilmiah
50920047 kertas-kerja-lawatan-ilmiah
 
HBHE3203
HBHE3203HBHE3203
HBHE3203
 

SEOOPTIMIZED

  • 1. KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERBAHASAN KEPENGGUNAAN BAHASA MELAYU PERINGKAT IPG KAMPUS TUANKU BAINUN TARIKH 9 HINGGA 12 APRIL 2013 TEMPAT IPG KAMPUS TUANKU BAINUN ANJURAN BERSAMA JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS TUANKU BAINUN DENGAN KERJASAMA KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA IPG KAMPUS TUANKU BAINUN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
  • 2. 1.0 PENGENALAN Pertandingan Perbahasan Kepenggunaan Bahasa Melayu Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun ialah sebuah program yang dianjurkan hasil kerjasama Jabatan Pengajian Bahasa Melayu dengan Gerakan Pengguna Siswa. Pertandingan ini ialah serampang dua mata, iaitu untuk memperkenalkan Gerakan Pengguna Siswa ( GPS ) kepada semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun. Gerakan ini merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan.Gerakan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang bertujuan untuk saling berkerjasama dan membantu, serta berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan. Pertandingan ini merupakan sebuah program yang dikelolakan oleh guru pelatih2PPISMP Bahasa Melayu Semester Dua.Pertandingan ini juga dirancang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara guru pelatih dengan pensyarah, di samping mendedahkan kepada pelajar mengenai perjalanan program perbahasan bagi peringkat IPG.Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk mengadakan aktiviti dan memahami prosedur pengendalian aktiviti. Akhir kata, program ini sangat bermanfaat untuk dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti dan berketerampilan tinggi. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjelaskan dengan secara teliti tentang aktiviti yang bakal dijalankanserta garis panduan dan peraturan bagi pertandingan perbahasan.
  • 3. 2.0 RASIONAL Melalui pelaksanaan aktiviti ini, para guru pelatih akan didedahkan dengan seni perbahasan, teknik perdebatan yang betul, kemahiran berfikir dengan pantas, dan sebagainya. Melalui aktviti ini, potensi yang ada pada diri guru pelatih akan dapat dicungkil dan digilap bagi melahirkan guru yang berkualiti dan serba boleh. Selain itu, aktiviti ini juga mampu membentuk para guru yang berfikiran kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan mempunyai teknikberkomunikasi yang baik.Bukan setakat itu sahaja, program ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan guru-guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu organisasi dengan cekap. Dengan mengikuti projek ini, para guru pelatih dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan membentuk sahsiah diri yang positif sebagai suatu proses membentuk keterampilan ikhtisas keguruan. 3.0 OBJEKTIF 3.0 Mendedahkan kepada pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun pengetahuan dalam membuat keputusan pembelian barangan dan perkhidmatan melalui pendebatan. 3.1 Mencari pasukan pelapis debat IPG Tuanku Bainundan sekaligus bertindak sebagai sukarelawan bagi membantu melindungi hak pengguna. 3.2 Mencungkil bakat dan potensi yang ada pada diri para guru pelatih bagi mewujudkan gerakan kepenggunaan yang berinformasi, rasional, dan peka. 3.3 Membentuk keyakinan diri yang tinggi supaya dapat melaksanakan pelbagai program dan aktiviti penggunaan. 3.4 Menambahkan ilmu pengetahuan para guru pelatih mengenai hak mereka sebagai seorang pengguna.
  • 4. 4.0 NAMA PROGRAM Pertandingan Perbahasan Kepenggunaan ala Parlimen Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun. 5.0 ANJURAN BERSAMA Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Kelab Gerakan Pengguna Siswa 6.0 TARIKH 9 hingga 12 April 2013 7.0 TEMPAT Dewan Aminuddin Baki 8.0 SASARAN Semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun
  • 5. 9.0 ORGANISASI PELAKSANA Penaung : Cik Khor Ceek Vung Penasihat : En. Wang Hong Chee : En. Abdul Halim bin Abd Rahman 9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn. Chen Peck Lian Naib Pengerusi : En. Faez Mohamad Abdullah Setiausaha : Pn. Chai Jia Zhi Bendahari : En. Teh Khai Yang Ahli Jawatankuasa : Pn. Norshabihah binti Ahmad : En. Fihat bin Salleh : Pn. Mozlina binti Othman : En. Mat Nasir bin Che Ali : Pn. Chan See See : En. Ahmad bin Omar : En. Hamdan bin Yaakub
  • 6. : En. Mohamad Riyad bin Mohd Isa 9.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Muhammad Faizal bin Abdullah Naib Pengerusi : Tieu Souk Hui Setiausaha : Siti Intan Badariah binti Abd Latif Bendahari : Muhamad Fuad bin A.Hamid Urusetia : Norhidayah binti Ishak : Mohammad Norhisham bin Wahab Tempat : Hafizulizwan bin Ngah Temin : Norshafiza binti Kamaruddin Peralatan : Mohamad Bukhari bin Mat Zain : Junaida binti Shukor Publisiti : Akmal Hakim bin Abdul Majid : Nor Zafirah binti Ibrahim Siaraya : Mohd Syamim bin Abdullah : Mohamad Sofian bin Husin Penghakiman : Rosnazifa binti Romli : Noor Izzati binti Abdul Hanid Hadiah : Siti Aisyah binti Roslan Dokumentasi : Zuziatie Anisha binti Zain : Nor Farahana binti Mohd Bakri Buku Program : Nor Munirah binti Abdul Malik : Kuan Yew Keat
  • 7. 10.0 ANGGARAN KEWANGAN Belanjawan adalah berdasarkan kepada perkara berikut: 1. Jangka masa program ini dijalankan iaitu selama empat hari. 2. Bilangan hakim yang terlibat. 3. Sasaran yang ditetapkan iaitu semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun. BIL. PERKARA JUMLAH 1. Makanan dan minuman peserta/hakim RM 300.00 2. Fotostat bahan edaran dan nota RM 50.00 3. Hadiah dan cenderahati - Pertandingan - Hakim - Tetamu kehormat - Hamper RM 160.00 RM 50.00 RM 70.00 RM 200.00 4. Banner RM 120.00 5. Poster RM 40.00
  • 8. 6. Lain-lain - Alat tulis - Perhiasan Pentas - Kain Rentang - Tanda nama ( Peserta, Urusetia, Hakim) - Air Mineral RM 160.00 7. Tabung kecemasan RM 150.00 JUMLAH BESAR RM 1300.00
  • 9. 11.0 TENTATIF PROGRAM 2 April 2013 6.00 hingga 9.00 malam Taklimat kepada semua peserta dan AJK 9 April 2013 6.00 hingga 9.00 malam Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat awal Pusingan pertama dan kedua 10 April 2013 6.00 hingga 9.00 malam Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat suku akhir Pusingan pertama dan kedua 11 April 2013 6.00 hingga 9.00 malam Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat separuh akhir Pusingan pertama dan kedua 12 April 2013 5.00 hingga 9.00 malam Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat akhir Majlis penyampaian hadiah
  • 10. 12.0 PENUTUP Semoga rancangan aktiviti ini akan menjadi satu platform bagi kami sebagai guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baharu yang boleh dimanfaatkan untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik yang bertaraf dunia pada masa hadapan kelak. Akhir sekali, diharapkan agar segala objektif yang telah dirancang dan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian para peserta dan juga pihak yang terlibat. Disediakan oleh: ……………………………………… (SITI INTAN BADARIAH BT ABD LATIF) Setiausaha, Pertandingan Perbahasan Bahasa Melayu, PPISMP Semester 2, Bahasa Melayu Disemak oleh : Disemak oleh : …………………………… ……………………………… ( TN. HJ. ZUBAIDI BIN AHMAD) (EN. ABD HALIM B. ABD RAHMAN) Pensyarah Penasihat, Pensyarah Penasihat, Timbalan Ketua Jabatan, Gerakan Pengguna Siswa. Jabatan Pengajian Melayu.
  • 11. Disahkan oleh : …………………………….. (EN. IBRAHIM BIN ISMAIL) Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu. Diluluskan oleh : …………………………… (TN. HAJI DAUD BIN MD SAMAN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. ULASAN ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………
  • 12. LAMPIRAN 1 SENARAI NAMA PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 2 BIL. NAMA NO. TELEFON NO. KP 1. Aina Mardhiah Binti Abdul Rashid 012-5416857 920513-02-5070 2. Akmal Hakim Bin Abdul Majid 013-4639392 920530-08-5809 3. Hafizulizwan Bin Ngah Temin 017-5895117 920520-08-6453 4. Junaida Binti Shukor 014-8908452 910305-13-5453 5. Mohamad Sofian Bin Hj Husin 013-5312647 920929-02-6069 6. Mohd Syamim Bin Abdullah 013-4434101 920307-02-5141 7. Muhamad Bukhari Bin Mat Zain 013-4158141 920811-02-5503 8. Muhamad Fuad Bin A.Hamid 013-5085484 920612-02-5543 9. Muhammad Faizal Bin Abdullah 013-5205373 920422-02-6211 10. Mohammad Norhisham Bin Wahab 019-4382562 910525-13-6481 11. Noor Farahana Binti Mohd Bakri 017-4685354 920302-05-5050 12. Noor Izzati Binti Abdul Hanid 013-4854016 920124-14-5888 13. Nor Munirah Binti Abdul Malik 019-4499178 920305-08-6178 14. Nor Zafirah Binti Ibrahim 012-5357283 920510-02-5374 15. Norhidayah Binti Ishak 019-5269544 920818-06-6068 16. Norshafiza Binti Kamaruddin 019-5157057 920421-02-5962 17. Nur Aziman Bin Di@Abdul Gani 019-8475244 920817-13-5631 18. Rosnazifa Binti Romli 017-4177060 920617-02-5016 19. Siti Aisyah Binti Roslan 014-5402506 920520-11-5306 20. Siti Intan Badariah Binti Abd Latif 013-4907181 920809-02-5934 21. Zuziatie Anisha Binti Zain 014-2413143 920523-09-5128
  • 13. LAMPIRAN 2 PERATURAN UMUM PERTANDINGAN PERBAHASAN 1.0 STRUKTUR KEJOHANAN 1.1 Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu. 2.0 PENYERTAAN 2.1 Para peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya lima belas minit (15 minit) sebelum masa pengundian. 2.2 Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan. 2.3 Penukaran peserta adalah dilarang kecuali dengan kebenaran jawatankuasa penganjur. 2.4 Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, seperti mengucapkan perkataan kasar dan keji. 2.5 Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran dan hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar seperti buku, carta, majalah dan lain-lain semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali. 2.6 Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan. 3.0 SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah system „power match berkumpulan‟ (kaedah „Swiss Bracket‟) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (pencadang / pembangkang).
  • 14. 3.2 Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan secara undian. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah seperti yang berikut : a) menang / kalah b) juri c) margin d) markah 3.3 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan pertama akan ditentukan secara undian. 3.4 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu menjadi pencadang atau pembangkang. 3.5 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan bagi pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir adalah berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing. 3.6 Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai pusingan awal. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya. Kedudukan pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut : a) Menang / kalah b) Juri (jika sesuai) c) Margin d) Markah 3.7 Pertandingan pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan mengikut sistem kalah mati. 4.0 STRUKTUR DEBAT 4.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala- Parlimen Malaysia.
  • 15. 4.2 Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan pencadang dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang pendebat simpanan. 4.3 Pasukan Pencadang terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota pencadang manakala pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua pembangkang dan dua orang anggota pembangkang. 4.4 Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak pencadang dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing. 4.5 Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut : Ucapan Substantif : Perdana Menteri / pencadang pertama 7 minit Ketua Pembangkang / pembangkang pertama 7 minit Anggota Pertama Pembangkang / pencadang kedua 7 minit Anggota Pertama Pembangkang / pembangkang kedua 7 minit Anggota Kedua Pencadang / pencadang ketiga 7 minit Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga 7 minit 44 minit Ucapan Gulungan : Gulungan Pembangkang 4 minit Gulungan Pencadang 4 minit Keseluruhan 52 minit 4.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan / meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat. 4.7 Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit terakhir dan dua kali apabila masa tamat.
  • 16. 4.8 Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti. 5.0 PERANAN SETIAP PASUKAN 5.1 Peranan pihak pencadang adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap usul mereka. 5.2 Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi yang dikemukakan pihak pencadang dengan hanya samada MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah TIDAK DIBENARKAN. 6.0 PENGHAKIMAN 6.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim yang terdiri daripada tiga (3) anggota. Bilangan ahli panel mestilah ganjil. 6.2 Pada pusingan awal kebiasaannya, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang Dipertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang Dipertua. Dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang Dipertua tidak semestinya dilantik dari kalangan hakim. 6.3 Yang Dipertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan. 6.4 Para Hakim mestilah : a) Mencapai keputusan menang/ kalah, keputusan seri tidak dibenarkan. b) Tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa perdebatan berjalan. 6.5 Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan / ulasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam komentar yang tidak melebihi 5 minit. 6.6 Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan
  • 17. sendiri. 6.7 Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi. 6.8 Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan. 6.9 Keputusan hakim adalah muktamad. 7.0 PEMARKAHAN 7.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 bagi setiap kepakaran penghakiman berdasarkan kepada : Hakim Isi Isi 50 markah Gaya/Penyampaian 25 markah Bahasa 25 markah Hakim Gaya / Penyampaian Isi 25 markah Gaya/Penyampaian 50 markah Bahasa 25 markah Hakim Bahasa Isi 25 markah Gaya/Penyampaian 25 markah Bahasa 50 markah 7.2 Isi i) Diadili dari segi hujah yang dibentangkan atau dihuraikan, pengembangan dan kekuatan fakta yang disokong dengan bukti sama ada dari segi contoh atau data bagi hujah yang dibentangkan itu. ii) Setiap hujah yang dibentangkan hendaklah bersesuaian dengan tajuk debat.
  • 18. iii) Isi yang diketengahkan juga boleh memasukkan bidasan yang hendaklah dikemukakan dengan tepat dan berkesan. Bidasan boleh dilakukan oleh setiap pendebat sama ada pada permulaan atau pada akhir perdebatan ATAU diselang-selikan semasa berdebat ATAU dengan merangkumkan bidasan tersebut dalam hujahnya ATAU ketika menyuarakan bantahan (menolak) bagi sebarang pandangan yang bertentangan dengan pendirian pasukannya. iv) Penggulung haruslah memberikan ulasan yang ringkas, tetapi menyeluruh tentang hujah-hujah yang telah dikemukakan terdahulu oleh pasukannya. v) Penggulung juga dibenarkan membentangkan “isi yang baru”, iaitu hujah yang tidak pernah dikemukakan oleh pasukannya sebelum masa penggulungan. Walau bagaimanapun, contoh baru bagi menguatkan hujah asal atau bagi menolak hujah lawan dibenarkan. vi) Aspek bahasa dan gaya penyampaian semasa membuat penggulungan akan diambil kira dalam pemarkahan. vii) Markah untuk penggulung tidak akan diambil kira sebagai markah penilaian pendebat terbaik. 8.0 FAKTA BARU Tiada sebarang „fakta baru‟ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira „baru‟ kecuali: a) ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu. b) ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan. 9.0 DEFINISI 9.1 Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan tangggungjawab pihak pencadang. 9.2 Pihak pembangkang boleh :
  • 19. a) menerima definisi pencadang secara keseluruhan / mutlak, atau b) menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif. Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak pencadang secara keseluruhannya hanya jika; a) definisi pihak pencadang tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. b) Definisi pihak pencadang adalah „truistik : iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional‟. 10.0 PENJELASAN 10.1 Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif. 10.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan. 10.3 Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta-merta. 10.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan. 10.5 Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan sebagainya). 10.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak,
  • 20. pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain. 10.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahalu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan apabila penjelasan telah diterima. 11.0 BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG 11.1 Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti : a) penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, atau b) pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan / atau ucapan gulungan, atau c) mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat. 11.2 Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Dipertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad. 11.3 Jika bantahan diterima, Yang Dipertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap. 12.0 RAYUAN 12.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan. 12.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang. LAMPIRAN 3
  • 21. USUL PERDEBATAN 1. Produk mesra alam adalah mahal. 2. Tanggungjawab sosial korporat ringankan penguatkuasaan undang-undang. 3. Kebajikan komuniti persekitaran tangungjawab syarikat. 4. Pengguna Malaysia tidak pentingkan keselamatan makanan. 5. Graduan Malaysia tidak peka penggunaan lestari. 6. Institusi kewangan wajar didik perbelanjaan berhemat. 7. Iklan makanan ringan untuk kanak-kanak wajib diharamkan 8. Pendidikan kepenggunaan perlu bermula di rumah 9. Jenama popular tidak jamin keselamatan dan kualiti produk pengguna. 10.Hapuskan subsidi minyak: tingkatkan pengangkutan awam.