SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
YAB PERDANA MENTERI
PENERBANGAN TAMBANG MURAH
MENGUNTUNGKAN PENGGUNA
Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan
seperjuangan yang berkarisma delegasi kerajaan, proksi
pembangkang yang dimuliakan, seterusnya saf-saf
perwakilan dan hadirin hadirat yang saya hormati
sekalian. Salam perpaduan, salam perdebatan, salam
kelestarian bumi Tuhan.
Tuan Yang Dipertua,
Pada hari ini, sidang parlimen menyaksikan pro dan
kontra bagi membahaskan usul perwakilan kerajaan iaitu
PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN
PENGGUNA.
Selaku pihak pencadang, kami berlima-lima di barisan
delegasi kerajaan bersepakat tanpa kompromi
menyokong 100% usul perbahasan pada hari ini
DITERIMA.
Sidang perwakilan dan kabinet kerajaan,
Selaku Perdana Menteri di barisan kerajaan, terlebih
dahulu izinkan saya memberikan pendefinisian
1
berkenaan usul. Berpaksikan pada bukti-bukti yang
konkrit secara KONSEPTUALNYA
Frasa PENERBANGAN TAMBANG MURAH bermaksud
SATU KONSEP YANG AGAK BARU DALAM
PERKHIDMATAN KAPAL TERBANG. TUJUAN UTAMA
IALAH KOS TAMBANG YANG MURAH. SUATU KETIKA
DAHULU KAPAL TERBANG DIANGGAP SEBAGAI GAYA
HIDUP MEWAH DAN TENTUNYA GOLONGAN ELIT
SAHAJA YANG MAMPU MENAIKINYA, KINI SEMUA
ORANG BOLEH MERASAINYA. WALAU
BAGAIMANAPUN, PENERBANGAN TAMBANG MURAH
BUKANLAH BERMAKSUD KITA MEMILIH
PERKHIDMATAN TIDAK BERKUALITI ATAU TIDAK
SELAMAT SEMATA-MATA UNTUK MURAH. KUALITI DAN
KESELAMATAN TETAP MENJADI KEUTAMAAN. CUMA,
PENERBANGAN TAMBANG MURAH HANYA
MEMERLUKAN KITA MEMBAYAR BAGI SERVIS YANG
KITA PERLUKAN SAHAJA. KITA TIDAK PERLU
MEMBAYAR KOS MAKANAN DAN KOS MUATAN JIKA
KITA HANYA MAHU MEMBAWA SEBUAH BEG
SANDANG. MENGAPA PERLU BAYAR LEBIH?
Rangkai kata MENGUNTUNGKAN pula kami katakan
SESUATU YANG BESINONIM DENGAN MENDATANGKAN
UNTUNG, MENDATANGKAN LABA, MEMBERI
KEMEWAHAN, MEMBERI REZEKI, BERSINONIM
DENGAN MERUGIKAN. BERSINONIM DENGAN
BERGUNA, BERHARGA, DAN TINGGI NILAINYA.
2
BERSINONIM JUGA DENGAN MEMBAHAGIAKAN,
MEMANFAATKAN, MENYENTOSAKAN,
MENYENANGKAN, MEMBERI RAHMAT, MEMAKMURKAN
DAN MENGAMANKAN. BERANTONIM DENGAN
MENYIALKAN.
Rangkai kata PENGGUNA membawa maksud
SESEORANG INDIVIDU YANG MEMBELI BARANG DAN
PERKHIDMATAN UNTUK KEGUNAAN ATAU
PENGGUNAAN DIRI, RUMAH TANGGA ATAU ISI RUMAH
ATAU APA-APA SAHAJA YANG DIHASILKAN DALAM
EKONOMI
Dalam isu PENERBANGAN TAMBANG MURAH
MENGUNTUNGKAN PENGGUNA, teringat pula saya
akan sebuah filem Melayu yang bertajuk Siapa Besar
lakonan seniman Ahmad Nisfu, Udo Umar, Mat
Sentul, Wahid Satay, Anita Sarawak dan beberapa
orang lagi yang saya tidak ingat namanya. Filem
yang berkisar mengenai dua buah kedai jahit yang
bersaing mempromosi syarikat masing-masing.
Persaingan antara Kulup Kecil dengan Kulup Besar.
Masing-masing merendahkan harga, memberikan
potongan harga, sampai akhirnya ‘percuma’.
Penghujungnya yang mendapat faedah ialah
pelanggan. ITULAH KONSEP SEBENARNYA
PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN
PENGGUNA.
3
Tuan Yang Dipertua dan barisan pembangkang yang
dimuliakan,
Selesai sudah pentakrifan usul kita hari ini. Ingin kami
tegakkan pendirian kami barisan kerajaan secara
konsensus , memantapkan kedudukan secara strategik
dan pragmatik PENDIRIAN kami bahawa usul
PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN
PENGGUNA perlu DITERIMA. Kecuali pihak
pembangkang boleh membuktikan perkara sebaliknya.
Janganlah pihak pembangkang bermimpi di siang hari
sehingga ghairah menafikan suatu kenyataan yang utuh
dan jitu ini. Hal ini demikian kerana PENERBANGAN
TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.
Oleh itu, strategi kerajaan sudah tentu melihat kepada
kata kunci PEMANGKIN yang akan dihuraikan kepada 3
aspek menjadi hujah dan pembawaan kami di barisan
kerajaan.
1.DARI ASPEK SEMUA ORANG MAMPU
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
UDARA
2.DARI ASPEK MENJANA EKONOMI NEGARA YANG
MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.
4
3.DARI ASPEK MENIKMATI PERKHIDMATAN YANG
LEBIH BERKUALITI DAN MENGUNTUNGKAN.
Seterusnya, izinkan saya sebagai PERDANA MENTERI
yang membawa panji-panji kebenaran untuk
menyatakan peranan ketiga-tiga barisan kerajaan hari
ini.
Tuan Yang Dipertua,
Selaku PERDANA MENTERI di pihak kerajaan, saya
bertanggungjawab untuk meyakinkan dewan dengan
membawakan hujah yang pertama dan saya melakukan
sesi penggulungan.
Berdirinya YB MENTERI KEDUA pula akan membidas
menteri pertama pembangkang dan membincangkan
dua hujah yang berikutnya.
YB MENTERI KETIGA kerajaan pula akan membidas
semua hujah rapuh pihak pembangkang agar terungkai
segala kesangsian dan kekeliruan yang ditimbulkan.
Barisan Pembangkang dan perwakilan sekalian,
Seterusnya kita meniti pula hujah kami yang pertama di
bawah lembayung kata SEMUA ORANG MAMPU
5
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
UDARA.
Tan Sri Tony Fernandes, Pengasas Air Asia Sdn Bhd
berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan
datang secara spontan semasa beliau berada di
London, ketika menonton televisyen.
“Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat
penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya
bergegas ke Lapangan Terbang Luton di London dan
menghabiskan masa selama dua hari di sana. Saya
tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang
untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia
dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep
itu di rantau Asia.”
Tambahan pula, beliau mendapat tahu bahawa hanya 6
peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki
kapal terbang. Peratusan yang sangat sedikit itu
membuatkan beliau berfikir. Beliau berkata, “saya kenal
rakyat di negara saya. Pertama, jika kita meletakkan
harga yang rendah, mereka sanggup membahayakan
nyawa mereka. Kedua, semua orang suka melancong,
tetapi kebanyakan orang membelanjakan kos yang
melebihi gaji sebulan untuk melancong di dalam
negara.”
6
Beliau berkata lagi, “saya berpendapat bahawa apabila
kita memulakan sebuah perniagaan, perkara paling
penting ialah sama ada terdapat permintaan atau tidak.
Saya tahu pasaran menginginkannya. Jika ianya benar,
semua perkara dapat diatasi kerana kuasa permintaan
itu lebih kuat.”
Kini, penerbangan tambang murah banyak
mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia.
Golongan pelajar, misalnya tidak mempunyai masalah
untuk membeli tiket kapal terbang untuk melaporkan diri
di universiti dan kolej di seluruh negara bagi
meneruskan pengajian. Rakyat dari Sabah dan
Sarawak, naik kapal terbang bagaikan naik bas di
bandaraya Kuching mahupun Kota Kinabalu. Tambang
kapal terbang lebih murah atau sama nilainya dengan
tambang bas dari Kuching ke Sibu atau dari Kuching ke
Miri. Semua orang mampu!
Pelbagai urusan masyarakat dengan jabatan-jabatan
kerajaan dapat diselesaikan dengan begitu mudah
dengan adanya penerbangan tambang murah, Tun Dr
Mahathir (2007). Rakyat dari seluruh negara boleh
sampai ke Putrajaya pada waktu pagi dan balik semula
ke tempat mereka pada sebelah petang atau esok hari
menggunakan pengangkutan udara. Mereka tidak perlu
7
menunggu lama untuk menyelesaikan kes-kes tertentu
seperti pendaftaran kelahiran lewat di Jabatan
Pendaftaran Negara dan sebagainya. (Tun Abdullah
Ahmad Badawi, 2005)
Pengarah Urusan MAS, Idrus Jala, pernah berkata
Tambang Firefly bermula dari RM9 seorang, lebih sedikit
dari harga sepinggan nasi kandar. Dengan harga
tambang AirAsia serendah 30 sen satu hala, apa lagi
pengguna mahu? Menurut aktivis konsumer V.
Supramaniam, perang harga antara MAS, Air Asia,
Malindo Air dan Firefly serta yang terbaharu Riyani Air
sangat baik untuk pengguna. Semua orang mampu naik
kapal terbang! Bukan seperti dahulu, hanya orang kaya
dan kakitangan kerajaan yang berkursus sahaja yang
berpeluang naik kapal terbang.
Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib
Mahmud, rakyat Sarawak mendapat manfaat yang
banyak dengan adanya penerbangan tambang murah
apabila berlakunya penghijrahan anak-anak muda ke
tanah Semenanjung meningkat secara drastik untuk
bekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan
dan pembinaan. Kira-kira 13% daripada penduduk
negeri Johor merupakan rakyat Sarawak. Situasi ini
berlaku kerana mereka mampu membeli tiket
penerbangan untuk membawa rakan-rakan dan keluarga
8
mencari pekerjaan demi membaiki taraf hidup. Realiti ini,
memang terjadi dan terbukti.
Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
sejak MAS melancarkan kempen 'Tambang Murah
Setiap Hari' bermula 5 Mei 2008 lalu dan memperluas
pula ke laluan antarabangsa terutamanya ke negara
ASEAN bagaikan satu bonus kepada orang ramai yang
sebelum ini berkira-kira untuk melancong kerana harga
tambang penerbangan yang mahal. Sewaktu harga
bahan keperluan utama kehidupan seperti beras, petrol,
gula, tepung dan sebagainya naik, ada jugalah
kesempatan untuk rakyat Malaysia menghilangkan
‘stres’ untuk terbang pergi bercuti ke destinasi pilihan
keluarga masing-masing. “Viva MAS!” “Viva AirAsia!”
“Now everybody lets fly.”
Penerbangan Tambang Murah Menguntungkan
Pengguna kerana urusan-urusan kerajaan menjadi lebih
lancar dan berkesan. Kini, penerbangan dari Kuala
Lumpur ke Sibu dilakukan sebanyak 6 kali sehari. Oleh
itu, pengguna tidak perlu menunggu waktu yang lama
untuk terbang kerana secara puratanya setiap 2 jam 30
minit ada satu penerbangan akan dilangsungkan.
Pengguna boleh merancang waktu. Bagi kakitangan
kerajaan terutamanya golongan guru yang perlu
berkursus, mereka masih boleh mengajar pada sebelah
pagi dan terbang pada sebelah petang kerana terikat
9
dengan konsep MMI, yakni Melindungi Masa
Instruksional (Bekas Pengarah Pendidikan Sarawak,
Encik Abdillah Adam)
Nama Datuk Seri Anthony Fernandes cukup tersohor
sebagai ikon dunia penerbangan komersil pada hari ini.
Beliau mampu memimpian syarikat AirAsia sehingga
diiktiraf sebagai penerbangan tambang murah terbaik di
dunia. AirAsia cukup sinonim dengan slogan “Now
Everyone Can Fly” — (Kini Semua Orang Boleh
Terbang). Perkataan ‘semua’ bermaksud tiada yang
tertinggal. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat itu,
AirAsia cukup bertungkus lumus menyediakan pebagai
kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua
orang dapat ‘terbang’. Hasilnya hampir semua orang
mampu terbang hingga ke hari ini. Terima kasih Datuk
Seri Tony Fernandes! Dahulu, jika si anak pergi ke
Semenanjung Malaysia untuk bekerja atau melanjutkan
pelajaran, hanya surat jadi pengubat rindu bagi si ayah
dan si ibu. Kini, jika rindu, klik sahaja laman web MAS,
Air Asia, atau Malindo Air, tengok harga tiket dan beli,
esok datanglah ibu, muncullah ayah di depan mata!
Hubungan kekeluargaan tidak terjejas walaupun kita
bekerja jauh beribu batu. Inilah nikmat dan keseronokan
dengan adanya penerbangan tambang murah.
Nikmat yang diperoleh daripada penerbangan tambang
murah ialah integrasi wilayah dapat diperhebat. Jika
10
dahulu, hubungan penduduk di tanah semenanjung
dengan borneo bagaikan terlalu jauh, kini segala-
galanya amat mudah dengan adanya penerbangan
tambang murah. Segala syak wasangka dan curiga
dapat dikikis dari jiwa apabila kita datang sendiri dan
melihat sendiri, cara hidup dan adat resam antara
sesama (Bekas Menteri Kesenian, Budaya dan
Warisan, Datuk Seri Rais Yatim) Dengan adanya
tambang yang murah, rakyat Perlis mampu ke Sabah
manakah rakyat Sabah mampu ke Perlis, mampu ke
Kedah.
Anirban Chowdhury, penulis The Econimic Times
menyatakan penerbangan tambang murah seperti Air
Asia memberi peluang kepada segenap lapisan
masyarakat merasai keseronokan melihat indahnya
awan di udara. Dengan adanya peluang ini mereka
mampu menjelajah sekurang-kurangnya di negara
sendiri dengan lebih mudah dan murah. Hidup menjadi
lebih bermakna dan lebih ceria. Masalah harga tiket
bukanlah masalah utama, luangkan sedikit masa,
terbanglah ke mana-mana untuk memulihkan semangat
yang kian pudar agar kembali bercahaya dan bersinar.
The Wall Street Journal bertarikh 08.08.2015 pernah
melaporkan tentang kelebihan penerbangan tambang
murah kepada pengguna daripada aspek rekreasi
11
minda. Urusan beli belah jadi lebih mudah. Pada hujung
minggu, kita boleh beriadah ke destinasi-destinasi yang
diingini. Pergi petang Jumaat dan balik pada hari Ahad.
Isnin boleh bekerja semula. Ini memang menguntungkan
pengguna.
Pengguna untung kerana tidak perlu membayar lebih.
Mereka boleh tidur sepanjang perjalanan tanpa perlu
dikejutkan oleh kabin krew untuk makan kerana kos
makanan tidak dimasukkan dalam kos tambang
pengangkutan. Makanan dan minuman akan dijual atau
ditempah terlebih dahulu sebelum penerbangan. Jadi, ini
lebih jimat bagi pengguna. Mereka juga tidak perlu
menanggung kos bagasi yang banyak. Kos bagasi boleh
dibeli sendiri mengikut kemampuan. Bagi yang tidak
mampu, guna sahaja beg sandang. Oleh itu, kos
penerbangan boleh dikurangkan. Pengguna hanya
membayar mengikut keperluan mereka sahaja.
Maka saya tegakkan kembali kes dan pendirian kami di
barisan kerajaan, betapa kami percaya dan yakin DARI
ASPEK SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNAKAN
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA. Saya
mohon agar usul yang diperdebatkan pada hari ini
diterima. Mohon untuk terus mencadang.
12
13

More Related Content

What's hot

Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5kavitha_mnm
 
Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasiKertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasiKHAIRULKHBDG
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 
Lirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaLirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaAh Zi Zi
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Bab 5 francais
Bab 5    francaisBab 5    francais
Bab 5 francaisWanBK Leo
 
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)Amir Azros Abdul Aziz
 
Karangan mengenai perihal diri
Karangan mengenai perihal diriKarangan mengenai perihal diri
Karangan mengenai perihal diriAmirul Syafiq
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Kharrenyanyan1605
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacanaRubini Rubi
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Namafiro HAR
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 

What's hot (20)

Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasiKertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Lirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwaLirik lagu sehati sejiwa
Lirik lagu sehati sejiwa
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Bab 5 francais
Bab 5    francaisBab 5    francais
Bab 5 francais
 
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
Geografi Tingkatan 2 : Pengangkutan di Malaysia (Bab 5)
 
Karangan mengenai perihal diri
Karangan mengenai perihal diriKarangan mengenai perihal diri
Karangan mengenai perihal diri
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Sukan & Rekreasi
Sukan & RekreasiSukan & Rekreasi
Sukan & Rekreasi
 
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Jurnal refleksi
Jurnal refleksiJurnal refleksi
Jurnal refleksi
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajar
 

Recently uploaded

Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99
 
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024ADYSULISTIYO2
 
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOTIDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOTNeta
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfachsofyan1
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikssuser328cb5
 
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99
 
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang MaxwinSakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang MaxwinSakai99
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...Neta
 
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang MaxwinBento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang MaxwinBento88slot
 

Recently uploaded (9)

Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
 
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
 
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOTIDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
 
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
 
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang MaxwinSakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
 
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang MaxwinBento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
 

SEMUA MAMPU TERBANG

  • 1. YAB PERDANA MENTERI PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan seperjuangan yang berkarisma delegasi kerajaan, proksi pembangkang yang dimuliakan, seterusnya saf-saf perwakilan dan hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Salam perpaduan, salam perdebatan, salam kelestarian bumi Tuhan. Tuan Yang Dipertua, Pada hari ini, sidang parlimen menyaksikan pro dan kontra bagi membahaskan usul perwakilan kerajaan iaitu PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA. Selaku pihak pencadang, kami berlima-lima di barisan delegasi kerajaan bersepakat tanpa kompromi menyokong 100% usul perbahasan pada hari ini DITERIMA. Sidang perwakilan dan kabinet kerajaan, Selaku Perdana Menteri di barisan kerajaan, terlebih dahulu izinkan saya memberikan pendefinisian 1
  • 2. berkenaan usul. Berpaksikan pada bukti-bukti yang konkrit secara KONSEPTUALNYA Frasa PENERBANGAN TAMBANG MURAH bermaksud SATU KONSEP YANG AGAK BARU DALAM PERKHIDMATAN KAPAL TERBANG. TUJUAN UTAMA IALAH KOS TAMBANG YANG MURAH. SUATU KETIKA DAHULU KAPAL TERBANG DIANGGAP SEBAGAI GAYA HIDUP MEWAH DAN TENTUNYA GOLONGAN ELIT SAHAJA YANG MAMPU MENAIKINYA, KINI SEMUA ORANG BOLEH MERASAINYA. WALAU BAGAIMANAPUN, PENERBANGAN TAMBANG MURAH BUKANLAH BERMAKSUD KITA MEMILIH PERKHIDMATAN TIDAK BERKUALITI ATAU TIDAK SELAMAT SEMATA-MATA UNTUK MURAH. KUALITI DAN KESELAMATAN TETAP MENJADI KEUTAMAAN. CUMA, PENERBANGAN TAMBANG MURAH HANYA MEMERLUKAN KITA MEMBAYAR BAGI SERVIS YANG KITA PERLUKAN SAHAJA. KITA TIDAK PERLU MEMBAYAR KOS MAKANAN DAN KOS MUATAN JIKA KITA HANYA MAHU MEMBAWA SEBUAH BEG SANDANG. MENGAPA PERLU BAYAR LEBIH? Rangkai kata MENGUNTUNGKAN pula kami katakan SESUATU YANG BESINONIM DENGAN MENDATANGKAN UNTUNG, MENDATANGKAN LABA, MEMBERI KEMEWAHAN, MEMBERI REZEKI, BERSINONIM DENGAN MERUGIKAN. BERSINONIM DENGAN BERGUNA, BERHARGA, DAN TINGGI NILAINYA. 2
  • 3. BERSINONIM JUGA DENGAN MEMBAHAGIAKAN, MEMANFAATKAN, MENYENTOSAKAN, MENYENANGKAN, MEMBERI RAHMAT, MEMAKMURKAN DAN MENGAMANKAN. BERANTONIM DENGAN MENYIALKAN. Rangkai kata PENGGUNA membawa maksud SESEORANG INDIVIDU YANG MEMBELI BARANG DAN PERKHIDMATAN UNTUK KEGUNAAN ATAU PENGGUNAAN DIRI, RUMAH TANGGA ATAU ISI RUMAH ATAU APA-APA SAHAJA YANG DIHASILKAN DALAM EKONOMI Dalam isu PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA, teringat pula saya akan sebuah filem Melayu yang bertajuk Siapa Besar lakonan seniman Ahmad Nisfu, Udo Umar, Mat Sentul, Wahid Satay, Anita Sarawak dan beberapa orang lagi yang saya tidak ingat namanya. Filem yang berkisar mengenai dua buah kedai jahit yang bersaing mempromosi syarikat masing-masing. Persaingan antara Kulup Kecil dengan Kulup Besar. Masing-masing merendahkan harga, memberikan potongan harga, sampai akhirnya ‘percuma’. Penghujungnya yang mendapat faedah ialah pelanggan. ITULAH KONSEP SEBENARNYA PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA. 3
  • 4. Tuan Yang Dipertua dan barisan pembangkang yang dimuliakan, Selesai sudah pentakrifan usul kita hari ini. Ingin kami tegakkan pendirian kami barisan kerajaan secara konsensus , memantapkan kedudukan secara strategik dan pragmatik PENDIRIAN kami bahawa usul PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA perlu DITERIMA. Kecuali pihak pembangkang boleh membuktikan perkara sebaliknya. Janganlah pihak pembangkang bermimpi di siang hari sehingga ghairah menafikan suatu kenyataan yang utuh dan jitu ini. Hal ini demikian kerana PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA. Oleh itu, strategi kerajaan sudah tentu melihat kepada kata kunci PEMANGKIN yang akan dihuraikan kepada 3 aspek menjadi hujah dan pembawaan kami di barisan kerajaan. 1.DARI ASPEK SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA 2.DARI ASPEK MENJANA EKONOMI NEGARA YANG MENGUNTUNGKAN PENGGUNA. 4
  • 5. 3.DARI ASPEK MENIKMATI PERKHIDMATAN YANG LEBIH BERKUALITI DAN MENGUNTUNGKAN. Seterusnya, izinkan saya sebagai PERDANA MENTERI yang membawa panji-panji kebenaran untuk menyatakan peranan ketiga-tiga barisan kerajaan hari ini. Tuan Yang Dipertua, Selaku PERDANA MENTERI di pihak kerajaan, saya bertanggungjawab untuk meyakinkan dewan dengan membawakan hujah yang pertama dan saya melakukan sesi penggulungan. Berdirinya YB MENTERI KEDUA pula akan membidas menteri pertama pembangkang dan membincangkan dua hujah yang berikutnya. YB MENTERI KETIGA kerajaan pula akan membidas semua hujah rapuh pihak pembangkang agar terungkai segala kesangsian dan kekeliruan yang ditimbulkan. Barisan Pembangkang dan perwakilan sekalian, Seterusnya kita meniti pula hujah kami yang pertama di bawah lembayung kata SEMUA ORANG MAMPU 5
  • 6. MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA. Tan Sri Tony Fernandes, Pengasas Air Asia Sdn Bhd berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen. “Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton di London dan menghabiskan masa selama dua hari di sana. Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia.” Tambahan pula, beliau mendapat tahu bahawa hanya 6 peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki kapal terbang. Peratusan yang sangat sedikit itu membuatkan beliau berfikir. Beliau berkata, “saya kenal rakyat di negara saya. Pertama, jika kita meletakkan harga yang rendah, mereka sanggup membahayakan nyawa mereka. Kedua, semua orang suka melancong, tetapi kebanyakan orang membelanjakan kos yang melebihi gaji sebulan untuk melancong di dalam negara.” 6
  • 7. Beliau berkata lagi, “saya berpendapat bahawa apabila kita memulakan sebuah perniagaan, perkara paling penting ialah sama ada terdapat permintaan atau tidak. Saya tahu pasaran menginginkannya. Jika ianya benar, semua perkara dapat diatasi kerana kuasa permintaan itu lebih kuat.” Kini, penerbangan tambang murah banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia. Golongan pelajar, misalnya tidak mempunyai masalah untuk membeli tiket kapal terbang untuk melaporkan diri di universiti dan kolej di seluruh negara bagi meneruskan pengajian. Rakyat dari Sabah dan Sarawak, naik kapal terbang bagaikan naik bas di bandaraya Kuching mahupun Kota Kinabalu. Tambang kapal terbang lebih murah atau sama nilainya dengan tambang bas dari Kuching ke Sibu atau dari Kuching ke Miri. Semua orang mampu! Pelbagai urusan masyarakat dengan jabatan-jabatan kerajaan dapat diselesaikan dengan begitu mudah dengan adanya penerbangan tambang murah, Tun Dr Mahathir (2007). Rakyat dari seluruh negara boleh sampai ke Putrajaya pada waktu pagi dan balik semula ke tempat mereka pada sebelah petang atau esok hari menggunakan pengangkutan udara. Mereka tidak perlu 7
  • 8. menunggu lama untuk menyelesaikan kes-kes tertentu seperti pendaftaran kelahiran lewat di Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya. (Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2005) Pengarah Urusan MAS, Idrus Jala, pernah berkata Tambang Firefly bermula dari RM9 seorang, lebih sedikit dari harga sepinggan nasi kandar. Dengan harga tambang AirAsia serendah 30 sen satu hala, apa lagi pengguna mahu? Menurut aktivis konsumer V. Supramaniam, perang harga antara MAS, Air Asia, Malindo Air dan Firefly serta yang terbaharu Riyani Air sangat baik untuk pengguna. Semua orang mampu naik kapal terbang! Bukan seperti dahulu, hanya orang kaya dan kakitangan kerajaan yang berkursus sahaja yang berpeluang naik kapal terbang. Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, rakyat Sarawak mendapat manfaat yang banyak dengan adanya penerbangan tambang murah apabila berlakunya penghijrahan anak-anak muda ke tanah Semenanjung meningkat secara drastik untuk bekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan dan pembinaan. Kira-kira 13% daripada penduduk negeri Johor merupakan rakyat Sarawak. Situasi ini berlaku kerana mereka mampu membeli tiket penerbangan untuk membawa rakan-rakan dan keluarga 8
  • 9. mencari pekerjaan demi membaiki taraf hidup. Realiti ini, memang terjadi dan terbukti. Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL sejak MAS melancarkan kempen 'Tambang Murah Setiap Hari' bermula 5 Mei 2008 lalu dan memperluas pula ke laluan antarabangsa terutamanya ke negara ASEAN bagaikan satu bonus kepada orang ramai yang sebelum ini berkira-kira untuk melancong kerana harga tambang penerbangan yang mahal. Sewaktu harga bahan keperluan utama kehidupan seperti beras, petrol, gula, tepung dan sebagainya naik, ada jugalah kesempatan untuk rakyat Malaysia menghilangkan ‘stres’ untuk terbang pergi bercuti ke destinasi pilihan keluarga masing-masing. “Viva MAS!” “Viva AirAsia!” “Now everybody lets fly.” Penerbangan Tambang Murah Menguntungkan Pengguna kerana urusan-urusan kerajaan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kini, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu dilakukan sebanyak 6 kali sehari. Oleh itu, pengguna tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk terbang kerana secara puratanya setiap 2 jam 30 minit ada satu penerbangan akan dilangsungkan. Pengguna boleh merancang waktu. Bagi kakitangan kerajaan terutamanya golongan guru yang perlu berkursus, mereka masih boleh mengajar pada sebelah pagi dan terbang pada sebelah petang kerana terikat 9
  • 10. dengan konsep MMI, yakni Melindungi Masa Instruksional (Bekas Pengarah Pendidikan Sarawak, Encik Abdillah Adam) Nama Datuk Seri Anthony Fernandes cukup tersohor sebagai ikon dunia penerbangan komersil pada hari ini. Beliau mampu memimpian syarikat AirAsia sehingga diiktiraf sebagai penerbangan tambang murah terbaik di dunia. AirAsia cukup sinonim dengan slogan “Now Everyone Can Fly” — (Kini Semua Orang Boleh Terbang). Perkataan ‘semua’ bermaksud tiada yang tertinggal. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat itu, AirAsia cukup bertungkus lumus menyediakan pebagai kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua orang dapat ‘terbang’. Hasilnya hampir semua orang mampu terbang hingga ke hari ini. Terima kasih Datuk Seri Tony Fernandes! Dahulu, jika si anak pergi ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran, hanya surat jadi pengubat rindu bagi si ayah dan si ibu. Kini, jika rindu, klik sahaja laman web MAS, Air Asia, atau Malindo Air, tengok harga tiket dan beli, esok datanglah ibu, muncullah ayah di depan mata! Hubungan kekeluargaan tidak terjejas walaupun kita bekerja jauh beribu batu. Inilah nikmat dan keseronokan dengan adanya penerbangan tambang murah. Nikmat yang diperoleh daripada penerbangan tambang murah ialah integrasi wilayah dapat diperhebat. Jika 10
  • 11. dahulu, hubungan penduduk di tanah semenanjung dengan borneo bagaikan terlalu jauh, kini segala- galanya amat mudah dengan adanya penerbangan tambang murah. Segala syak wasangka dan curiga dapat dikikis dari jiwa apabila kita datang sendiri dan melihat sendiri, cara hidup dan adat resam antara sesama (Bekas Menteri Kesenian, Budaya dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim) Dengan adanya tambang yang murah, rakyat Perlis mampu ke Sabah manakah rakyat Sabah mampu ke Perlis, mampu ke Kedah. Anirban Chowdhury, penulis The Econimic Times menyatakan penerbangan tambang murah seperti Air Asia memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat merasai keseronokan melihat indahnya awan di udara. Dengan adanya peluang ini mereka mampu menjelajah sekurang-kurangnya di negara sendiri dengan lebih mudah dan murah. Hidup menjadi lebih bermakna dan lebih ceria. Masalah harga tiket bukanlah masalah utama, luangkan sedikit masa, terbanglah ke mana-mana untuk memulihkan semangat yang kian pudar agar kembali bercahaya dan bersinar. The Wall Street Journal bertarikh 08.08.2015 pernah melaporkan tentang kelebihan penerbangan tambang murah kepada pengguna daripada aspek rekreasi 11
  • 12. minda. Urusan beli belah jadi lebih mudah. Pada hujung minggu, kita boleh beriadah ke destinasi-destinasi yang diingini. Pergi petang Jumaat dan balik pada hari Ahad. Isnin boleh bekerja semula. Ini memang menguntungkan pengguna. Pengguna untung kerana tidak perlu membayar lebih. Mereka boleh tidur sepanjang perjalanan tanpa perlu dikejutkan oleh kabin krew untuk makan kerana kos makanan tidak dimasukkan dalam kos tambang pengangkutan. Makanan dan minuman akan dijual atau ditempah terlebih dahulu sebelum penerbangan. Jadi, ini lebih jimat bagi pengguna. Mereka juga tidak perlu menanggung kos bagasi yang banyak. Kos bagasi boleh dibeli sendiri mengikut kemampuan. Bagi yang tidak mampu, guna sahaja beg sandang. Oleh itu, kos penerbangan boleh dikurangkan. Pengguna hanya membayar mengikut keperluan mereka sahaja. Maka saya tegakkan kembali kes dan pendirian kami di barisan kerajaan, betapa kami percaya dan yakin DARI ASPEK SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA. Saya mohon agar usul yang diperdebatkan pada hari ini diterima. Mohon untuk terus mencadang. 12
  • 13. 13