Dokumen tersebut membahas tentang identiti Yesus sebagai Anak Allah dan Mesias yang diurapi berdasarkan beberapa ayat Alkitab dalam Injil Lukas. Yesus diterima sebagai lebih dari sekadar anak Yusuf, dan hanya Dia yang disebut sebagai "Anak Allah" dalam bentuk tunggal. Dokumen juga menjelaskan bahwa Yesus datang sebagai Anak Manusia untuk menebus dosa umat manusia dan menyelamatkan yang hilang.
Pelajaran Sekolah Sabat 3 Kuarter 2 2015 Siapakah Yesus Kristus
1. Pelajaran 3 Utk 18hb April 2015
Diadaptasi Dari : fustero.es
Diedit Oleh : HaislerVL
2.
3. “Maka berkatalah Ia kepada mereka: "Tentu kamu akan mengatakan pepatah ini
kepada-Ku: Hai tabib, sembuhkanlah diri-Mu sendiri. Perbuatlah di sini juga, di
tempat asal-Mu ini, segala yang kami dengar yang telah terjadi di Kapernaum!"
(Lukas 4:23)
Bagi orang di Nazaret, Yesus adalah
anak Yusuf (Lukas 4:22)
Di dalam nubuatan, Yesus
memperkenalkan diriNya sebagai
Mesias (Luk. 4:18-21). Dia juga
menggelarkan diriNya “nabi” (Luk.
4:23) dan Dia menegur mereka kerana
tidak percaya (Luk. 4:24-27).
Mereka tidak mahu mempercayai Dia.
Malah, mereka cuba untuk
membunuh Juruselamat pada masa
itu (Luk. 4:29).
Menerima Yesus sebagai lebih
daripada sekadar anak Yusuf
merupakan soal hidup dan mati.
4. “Ketika Yohanes mendapat kabar tentang segala peristiwa itu dari murid-
muridnya, ia memanggil dua orang dari antaranya dan menyuruh mereka
bertanya kepada Tuhan: "Engkaukah yang akan datang itu atau haruskah kami
menantikan seorang lain?" (Lukas 7:18-19)
Yesus menghidupkan kembali seorang budak
lelaki, lalu orang ramai menggelarkan Dia
“nabi”. Pada masa yang sama, Yohanes
masih dipenjarakan dan Yesus tidak
berusaha untuk membebaskannya. Yohanes
berusaha untuk percaya.
“Kata-kata Juruselamat –
“Berbahagialah orang yang tidak
menjadi kecewa dan menolak Aku." -
ialah suatu peringatan buat Yohanes
& dia tidak pernah melupakannya.
Dia berserah sepenuhnya kepada
Allah sama ada di dalam hidup atau
mati setelah memahami dengan lebih
jelas akan misi Kristus.”
E.G.W. (The Desire of Ages, cp. 22, pg. 218)
5. “Jawab malaikat itu kepadanya: "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah
Yang Mahatinggi akan menaungi engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan
itu akan disebut kudus, Anak Allah.”(Lukas 1:35)
Hanya Adam yang dipanggil sebagai “anak Allah”
selain daripada Yesus. Lukas berkata dia adalah
anak Allah kerana dia tidak dilahirkan (Lukas
3:38). Apabila merujuk kepada manusia, Alkitab
menggunakan kata jamak (plural form) - "anak-
anak Allah.“
Hal yang sama bagi gelaran orang lain seperti
Kristus, Mesias, Penebus, Raja Israel … (Yohanes
1:49; 11:27).
Yesus adalah Anak Allah; Dia adalah sebahagian
dari Triniti Ketuhanan. Dia adalah "Tuhan atas
semua.” (Romans 9:5).
Gelaran “Anak Allah” (di dalam bentuk tunggal) boleh ditemui sebanyak 46
kali di dalam Alkitab. Kesemuanya merujuk hanya kepada Yesus.
6. “Kemudian Anak Manusia datang, Ia makan dan minum, dan kamu berkata:
Lihatlah, Ia seorang pelahap dan peminum, sahabat pemungut cukai dan orang
berdosa.” (Lukas 7:34)
Mengikut Lukas, apakah tujuan sebenarnya tujuan Yesus menjadi “Anak Manusia”?
Dia adalah seorang manusia
yang hidup dengan rendah
hati, tidak mempunyai tempat
untuk meletakkan kepala-Nya
(Luk 7:34; 9:58).
Dia adalah satu-satunya
manusia dengan hak istimewa
Ilahi. Dia ialah Tuhan Sabat dan
Dia boleh mengampunkan
dosa (Luk 6:5; 5:24).
Dia datang untuk menebus
dosa kita serta untuk
mencari dan menyelamatkan
yang hilang
(Luk 9:56;19:10).
Dia memahami harga Penebusan
yang harus dibayar dengan
penderitaan dan kematian di kayu
salib. Dia kemudiannya akan
menjadi Pengantara kita di
hadapan Bapa (Luk 18:31-32;
22:22; 12:9).
Dia akan kembali ke bumi untuk memberi upah orang-
orang kudus dan untuk mengakhiri Kontroversi Besar
(Luk 9:26; 12:4; 17:24-30; 21:36; 22:69).
7. “Yesus bertanya kepada mereka: "Menurut kamu, siapakah Aku
ini?" Jawab Petrus: "Mesias dari Allah.” (Lukas 9:20)
Tidak kira apa yang orang lain berfikir tentang Yesus.
Perkara yang paling penting adalah apa yang kita
fikirkan tentang Dia.
Siapakah Yesus bagi saya?
Jika kita menerima Dia sebagai Kristus, Yang Diurapi,
Anak Allah, Anak Manusia dan Penebus, maka
penyerahan sepenuhnya akan mengikuti. Kita akan
komited kepada Dia yang menjadi Juruselamat.
Raja segala raja akan datang segera.
Dia rindu untuk memberikan
KerajaanNya kepada mereka yang
telah menerima Dia sebagai Kristus,
Tuhan dalam hidup mereka.
8. “Kami menyaksikan, bagaimana Ia menerima kehormatan dan kemuliaan dari Allah Bapa,
ketika datang kepada-Nya suara dari Yang Mahamulia, yang mengatakan: "Inilah Anak yang
Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan." Suara itu kami dengar datang dari sorga, ketika kami
bersama-sama dengan Dia di atas gunung yang kudus.” (2 Petrus 1:17-18)
Berdasarkan kepada Lukas 9:28, Yesus telah naik
ke atas gunung untuk berdoa. Petrus, Yakobus
and Yohanes mengikut Dia. Kemudian, Nabi
Musa & Elia menjelma & memberitakan kepada
Yesus tentang perjalanan terakhirNya ke
Yerusalem.
Pada ketika itu, suara Bapa mengesahkan misi
dan identiti Yesus. Kegelapan datang menyusul,
tetapi cahaya yang datang dari mesej Allah kekal
dalam fikiran mereka.
Petrus menulis tentang pengalaman itu
bertahun-tahun kemudian. Dia tahu kepada
siapa dia beriman. Itu bukan cerita dongeng atau
mitos. Dia telah melihat dengan matanya sendiri
dan dia mahu kita percaya sepertinya (2 Pet 1:16-
18).