Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG GALAU RAJANG
TARIKH : 10 Januari 2015
HARI : Sabtu
MASA : 1...
AGENDA PERKARA TINDAKAN
1. Perutusan Pengerusi
Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Yussof bin Abas
mengucapkan ribuan terima...
(RPT) supaya para guru seterusnya bersedia untuk
membuat Rancangan Pengajaran Harian. Sila
rujuk Lampiran I. Aktiviti peng...
6. Cikgu Yussof memaklumkan tentang GPS UPSR
oleh PPD bagi tahun 2015 ialah 2.31.
5. HAL-HAL LAIN
1. Pada 5 Disember 2014,...
Penutup
Pengerusi berharap segala apa yang telah dirancang dapat diambil tindakan dengan baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Minit mesyuarat bil. 1 (2015)

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Minit mesyuarat bil. 1 (2015)

  1. 1. MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG GALAU RAJANG TARIKH : 10 Januari 2015 HARI : Sabtu MASA : 1000 - 1130 TEMPAT : Bilik Akses SK Abang Galau Rajang KEHADIRAN Penolong Kanan Pentadbiran/ Pengerusi : En Yussof bin Abas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Puan Sara binti Bustamam Penolong Kanan KoKurikulum : En Rusli bin Jantan KEHADIRAN Guru-Guru : 1. Cik Salwa Sakinah binti Sulong 2. Cik Sazlina binti Mohd Razi 3. Cik Najjah Salaamah binti Jusoh 4. Cik Teh Laili bin Mohamad Daud 5. Encik Rizzal bin Wahab 6. Encik Ramlie bin Shaari 7. Encik Hirman bin Hossen 8. Encik Zaidin bin Sapian 9. Puan Alina binti Jamalukhair 10. Puan Faridah binti Amin 11. Puan Faridah binti Ahmad 12. Puan Joliha binti Hossen
  2. 2. AGENDA PERKARA TINDAKAN 1. Perutusan Pengerusi Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Yussof bin Abas mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang sudi hadir dalam mesyuarat Kurikulum bilangan 1 pada tahun ini. Beliau turut memaklumkan tentang guru besar baharu iaitu Encik Masaad bin Mohamad Rais yang sebelum ini merupakan guru besar dari SK Sebako. 2. PENGURUSAN 1. Guru diminta untuk lebih bersedia bagi sesi persekolahan 2015 ini kerana pihak dari Pejabat Pelajaran Daerah Daro (PPD) akan datang untuk membuat pemerhatian. Justeru para guru juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan-peraturan serta etika sebagai seorang guru dalam memastikan sesi persekolahan dapat dimulakan dengan lancar. 2. Disamping itu, Cikgu Yussof memaklumkan, sekiranya para guru berkursus atau bercuti, para guru perlu memaklumkan kepada pihak atasan untuk tujuan pengisian kehadiran guru secara atas talian (online). 3. Cikgu Yussof juga mengingatkan para guru untuk mengambil tindakan yang segera berkenaan dengan tugas-tugas secara atas talian (online). 4. Cikgu Yussof memaklumkan tentang pengisian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi tahun ini yang telah diisi oleh beliau iaitu 76.28 yang berkedudukan sederhana. Semua Guru 3. KURIKULUM 1. Cikgu Yussof mengedarkan jadual waktu bagi setiap guru. Justeru itu, para guru diminta untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan
  3. 3. (RPT) supaya para guru seterusnya bersedia untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian. Sila rujuk Lampiran I. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu dijalankan pada hari pertama sesi persekolahan. 2. Selain itu beliau turut mengedarkan jadual waktu kelas bagi setiap guru kelas yang telah dilantik. Sila rujuk Lampiran II. Guru kelas diminta untuk menyediakan jadual waktu serta jadual bertugas sebelum menjelang bulan Februari. Beliau turut memaklumkan kepada guru kelas berkenaan visi dan misi KPM yang perlu diletakkan di dalam bilik darjah. Guru kelas juga perlu mengemaskini bilik darjah masing-masing seperti bilangan kerusi dan meja mengikut jumlah murid di dalam kelas tersebut. Para guru perlu menyusun kedudukan meja murid secara berkelompok. 3. Cikgu Yussof turut mengedarkan jadual bertugas harian para guru. Beliau menasihatkan para guru yang bertugas untuk datang 15 minit lebih awal ke sekolah. Sila rujuk Lampiran III. 4. Selain itu juga, Cikgu Yussof merumuskan Gred Purata Sekolah (GPS) untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2014 adalah seperti berikut: a) Bahasa Melayu : 2.04 b) Bahasa Inggeris : 2.30 c) Matematik : 2.6 d) Sains : 3.28 5. GPS secara keseluruhan adalah sebanyak 2.74 dan sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun lepas ialah sebanyak 2.50. Walaubagaimanapun terdapat peningkatan pada nilai GPS tersebut berbanding dengan tahun terdahulu. Semua guru Guru kelas Semua guru
  4. 4. 6. Cikgu Yussof memaklumkan tentang GPS UPSR oleh PPD bagi tahun 2015 ialah 2.31. 5. HAL-HAL LAIN 1. Pada 5 Disember 2014, Cikgu Yussof telah bermesyuarat di Daro mengenai profil PPPB individu. Di dalam profil tersebut perlu dimasukkan tentang maklumat individu dan perkara-perkara lain. Satu bengkel penataran berkenaan Pembangunan Pendidikan Profesionalisme Berterusan (PPPB) akan diberikan kepada para guru. 2. Cikgu Yussof memaklumkan bahawa pemberian duit Bantuan Khas Awal Pesekolahan dijangka akan diagihkan pada minggu hadapan. 3. Berkenaan dengan flat guru, Cikgu Yussof memaklumkan terdapat sebuah flat guru kosong. Oleh itu para guru diminta memaklumkan kepada kerani jika berminat untuk mengisi kekosongan flat tersebut. 4. Cikgu Yussof turut memaklumkan tentang Key Perfomance Index (KPI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang perlu dilengkapkan. 5. Berkenaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pula, Cikgu Yussof memaklumkan kepada para guru berkenaan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan yang perlu diketahui oleh para guru. 6. Bagi unit Hal Ehwal Murid (HEM) pula, Cikgu Yussof menyatakan bahawa keperluan murid untuk belajar perlu dibuat perancangan yang lebih awal supaya ianya dapat dimaklumkan kepada para ibu bapa atau penjaga dengan lebih awal. Semua guru Guru kelas Ketua Panitia & Guru UPSR Semua guru Unit HEM
  5. 5. Penutup Pengerusi berharap segala apa yang telah dirancang dapat diambil tindakan dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi. Disediakan oleh Disemak oleh …………………………. ..………………………… NAJJAH SALAAMAH BINTI JUSOH YUSSOF BIN ABAS Setiausaha Kurikulum Pengerusi Unit Kurikulum SK Abang Galau Rajang SK Abang Galau Rajang

×