SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
ISI KANDUNGAN                                        MUKA SURAT

1.0 TAJUK

2.0 PENDAHULUAN

3.0 LOKASI SEKOLAH

4.0 BIODATA GURU
    a) Guru cemerlang
    b) Guru biasa

5.0 PENGENALAN SOALAN
      5.1 TUJUAN MERANCANG PENGAJARAN

      5.2 CARA MENGHASILKAN RANCANGAN MENGAJAR YANG BAIK
          a) Perkara-perkara yang diutamakan
          b) Sumber dan bahan rujukan

      5.3 CARA MENGHASILKAN OBJEKTIF YANG BAIK

      5.4 CIRI-CIRI OBJEKTIF PENGAJARAN YANG BAIK


      5.5 KAITAN ANTARA PERANCANGAN PENGAJARAN
          DENGAN OBJEKTIF PENGAJARAN

      5.6 BENTUK OBJEKTIF PENGAJARAN YANG PERLU DITULIS

      5.7 MASA PENGAJARAN GURU,BILANGAN KELAS DAN MATA PELAJARAN


      5.8 CARA MEMILIH PENDEKATAN DAN STRAREGI PENGAJARAN

6.0 KESIMPULAN

7.0 REFLEKSI

8.0 LAMPIRAN

9.0 RUJUKAN
1.0 TAJUK
“Perancangan dan persediaan mengajar bagi guru biasa dan guru cemerlang yang berkhidmat
lebih dari lima tahun di sekolah menengah”




2.0 PENDAHULUAN



Dalam kursus GGGA3213 Pengurusan dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran, kami telah
dikehendaki untuk menyiapkan satu tugasan berkumpulan iaitu perlu menemu bual secara
berasingan dua orang guru iaitu guru biasa dan guru cemerlang yang telah berkhidmat lebih
daripada lima tahun di sebuah sekolah menengah bagi mendapatkan maklumat-maklumat
berkaitan dengan perancangan dan persediaan mengajar mereka. Soalan-soalan yang diberikan
tersebut telah kami kemukakan semasa sesi temu bual tersebut berjalan. Antara soalan tersebut
adalah seperti di bawah ini :


   a) Apakah tujuan anda merancang sebelum melaksanakan pengajaran?
   b) Bagaimanakah untuk menghasilkan perancangan dan persediaan mengajar yang baik?
       Apakah perkara-perkara yang perlu diutamakan? Apakah sumber-sumber atau bahan
       rujukan yang boleh digunakan?
   c) Bagaimanakah untuk menghasilkan objektif pengajaran yang baik?
   d) Apakah ciri-ciri objektif pengajaran yang baik?
   e) Apakah kaitan antara perancangan pengajaran dan objektif pengajaran?
   f) Dalam bentuk apakah (implisit/eksplisit) objektif pengajaran perlu ditulis? Mengapa?
   g) Berapakah masa pengajaran anda seminggu? Berapa kelas? Berapa mata pelajaran?
   h) Bagaimana untuk menentukan atau memilih pendekatan/ strategi/ kaedah/ teknik
       pengajaran yang berkesan?


Di samping itu juga, kumpulan kami dikehendaki membanding bezakan serta menganalisis hasil
temu bual di antara kedua-dua guru tersebut bagi tujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan
mahupun persamaan di antara mereka dalam melaksanakan perancangan dan persediaan
mengajar di dalam bilik darjah.
3.0 LOKASI SEKOLAH




   Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya




Lokasi SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur
4.0 BIODATA GURU


a) Guru Cemerlang




   Nama : Othman bin Omar
   Tarikh Lahir : 8 September 1962
   Status : Sudah berkahwin
   Asal : Terengganu
   Pendidikan : 1986 - Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian, Universiti
       Kebangsaan Malaysia.(UKM)
       1989 - Diploma Pendidikan, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus
        Pendidikan Islam (IPGM)

   Pengalaman mengajar : Telah terlibat dalam perkhidmatan guru selama 22 tahun dan telah

mengajar di beberapa buah sekolah iaitu :

                            1) SMK      Munsyi   Ibrahim,   Labis,   Segamat   Johor   Darul
                                Takzim(1989-1995)
                            2) SMK Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan( 1995-
                                2003)
                            3) SMK Cheras Jaya, Balakong( 2003 hingga sekarang)
Anugerah : 1) 1997 Anugerah Guru Cemerlang

               2) 1997 Dan 2005 Anugerah Cemerlang Kokurikulum

               3) 2007 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang




   b) Guru Biasa




Nama : Hanafi Bin Mohd Yassin

Tarikh Lahir : 3 September 1963

Status : Sudah berkahwin

Asal :Kuala Lumpur

Pendidikan : 1983-1985 - Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur (Seni Perusahaan dan

                           Pendidikan Jasmani)

            1991 - Maktab Perguruan Ilmu Khas (Diploma Pendidikan Khas Bermasalah
Pendengaran)

           1993-1996 - Sarjana Muda Pendidikan,Pendidikan Khas Dengan Kepujian,UKM

           1996-1999 - Master Pendidikan Khas,UKM

      2001-2004 - PHD Pendidikan Khas,UKM

Pengalaman mengajar : Telah berkhidmat selama 15 tahun di sekolah berikut :

                       1) 1986-1991 SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur


                       2) 1992-2001 SMK Tun Mutahir, Melaka
5.0 PENGENALAN SOALAN


Perancangan mengajar merupakan satu bentuk persediaan mengajar yang disediakan untuk
tempoh satu tahun, semester, seminggu dan harian.Perancangan pengajaran ini adalah selaras
antara guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan. Persediaan mengajar didefinisikan
sebagai satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu mata pelajaran yang
mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai , isi kandungan ayang
akan disampaikan, penentuan pencapaian matlamat dan sebagainya. Selain itu, persediaan
mengajar juga dikatakan sebagai rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan
digunakan semasa berhadapan dengan kelas. Dalam menyediakan rancangan mengajar
beberapa keperluan dalam menyediakan persediaan mengajar ini diambil kira seperti
memberi keyakinan kepada guru, membantu memikirkan perkara yang akan diajar,
kesukaran, masalah , kawalan disiplin, motivasi murid dan sebagainya. Seterusnya,
merancang penggunaan media pengajaran, memastikan semua maklumat yang hendak
disampaikan dimasukkan, memastikan langkah disusun mengikut urutan, dan yang terakhir
sebagai rekod pengajaran yang telah diajar dan belum diajar.


   Oleh itu, untuk melihat bahawa persediaan mengajar ini sebenarnya merupakan satu
perkara yang begitu penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah, kami telah menjalankan satu temu bual bersama dua orang guru yang
sudah berpengalaman lebih 5 tahun ini, iaitu seorang guru biasa yang telah berpengalaman
mengajar selama 15 tahun dan seorang lagi pula iaitu seorang guru cemerlang telah
berpengalaman mengajar selama        22 tahun dan semestinya pengalaman mereka yang
bertahun-tahun ini telah sedikit sebanyak memberikan mereka cabaran dalam mengajar dan
mendidik anak-anak bangsa untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan hidup agar
kehidupan mereka akan lebih bermakna.
5.1 TUJUAN MERANCANG PENGAJARAN


  Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah “merancang” ini didefinisikan sebagai
  mengatur sesuatu terlebih dahulu manakala istilah “pengajaran” membawa maksud perihal
  mengajar atau segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya ,dan
  sistemnya. Justeru, “merancang pengajaran adalah merupakan tindakan guru untuk
  mempersiapkan atau merencanakan sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru secara
  sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai
  di dalam bilik darjah. Hasil daripada temu bual bersama kedua-dua guru tersebut, kami
  melihat bahawa tujuan merancang pengajaran ini tidak jauh berbeza antara kedua-dua guru
  ini kerana mereka menyatakan bahawa tujuan sebenar merancang pengajaran adalah sebagai
  persediaan mengajar sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran(p&p). Sebagai
  tambahan guru cemerlang ada menyatakan bahawa tujuan merancang pengajaran ini adalah
  untuk memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan lancar tanpa
  sebarang permasalahan yang akan timbul. Beliau ada juga menjelaskan bahawa apabila
  rancangan mengajar ini disediakan dengan cukup lengkap dan sistematik, maka setiap
  perancangan yang dibuat untuk mengajar pada hari tersebut akan terlaksana dengan jayanya
  jika dibandingkan dengan ketiadaan perancangan mengajar yang ditulis di dalam buku
  persediaan mengajar.


  Manakala, guru biasa pula turut memberikan jawapan yang lebih kurang sama dengan guru
  cemerlang iaitu menyatakan bahawa dengan adanya perancangan mengajar sekali gus dapat
  membantu guru mengawal disiplin bilik darjah dengan lebih baik kerana setiap aktiviti
  pembelajaran yang dibina dan dirancang dengan sistematik akan melancarkan aktiviti
  pengajaran maka guru boleh mengawal murid dengan mudah. Namun menurut nya lagi,
  tujuan beliau merancang pengajaran adalah untuk membantu beliau dalam merancang
  penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai di digunakan ketika proses pengajaran dan
  pembelajaran (p&p). Selain itu juga, perancangan mengajar ini membolehkan guru
  menganggar masa yang diperlukan untuk setiap tajuk dan sekali gus dapat merekod perkara
  yang diajar pada hari tersebut.
5.2 CARA MENGHASILKAN RANCANGAN MENGAJAR YANG BAIK
       1) Perkara-perkara yang diutamakan
       2) Sumber dan bahan rujukan



   Hasil daripada temu bual kedua-dua guru tersebut, kami telah mendapati bahawa terdapat
beberapa strategi dalam menghasilkan rancangan mengajar yang baik yang mana merangkumi
aspek-aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas. Antara
cara penghasilan rancangan pengajaran yang baik adalah berpandukan kurikulum sekolah yang
telah disediakan iaitu mengikut kepada pernyataan yang diberikan oleh guru biasa. Kurikulum
sekolah ini adalah sangat penting dirujuk oleh setiap guru sebelum menyediakan rancangan
pengajarankerana setiap pengajaran guru perlulah berdasarkan kepada kurikulum yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Guru cemerlang juga turut menyatakan
perkara yang sama seperti guru biasa malahan menyatakan lagi bahawa dalam penghasilan
rancangan mengajar yang baik semasa beliau mengajar adalah dengan menggunakan satu
rancangan pengajaran tahunan yang mana dengan ada nya rancangan pengajaran tahunan ini
sedikit sebanyak dapat membantu guru memastikan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan mengikut jadual. Selain itu, melalui penyediaan rancangan pengajaran
tahunan juga, pengajaran guru dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta dapat membentuk
sikap guru ke arah lebih positif.

Seterusnya, perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam menghasilkan rancangan mengajar
yang baik adalah memahami keadaan murid. Pernyataan ini adalah daripada guru biasa yang
lebih mementingkan murid dalam proses pengajarannya. Memang tidak dapat dinafikan lagi
bahawa setiap guru seharusnya mementingkan keadaan murid sebelum menghasilkan rancangan
mengajar kerana pengajaran yang berkesan dapat dinilai melalui objektif yang dibina adakah
objektif pengajarannya tercapai ataupun tidak.Oleh hal demikian, ketika merancang pengajaran
guru perlu menitik beratkan keadaan pelajar iaitu dengan mengambil kira tahap dan kemampuan
murid dan sebagainya.Begitu juga dengan guru cemerlang, dalam menghasilkan perancangan
dan persediaan mengajar yang baik tahap dan kemampuan murid dijadikan keutamaan beliau
ketika merancang pengajaran. Sebagai contoh, jika guru menyediakan rancangan pengajaran
yang tidak mengikut tahap dan kemampuan murid ,contohnya mengajar topik yang belum
dikuasai oleh murid ,dijamin pengajaran dan pembelajaran guru tersebut tidak akan berjalan
dengan lancar dan objektif yang dibina itu tidak akan tercapai sekali gus pengajaran guru
tersebut tidak akan berkesan kerana murid tidak sedikit pun menguasai apa yang diajar oleh guru
tersebut.Menurut Brophy dan Good (1998), seorang guru yang digelar sebagai guru berkesan
ialah mengajar untuk pelajar menguasai bukan mengajar untuk menghabiskan silibus semata-
mata.Oleh itu, pentingnya setiap guru merancang pengajaran mengikut tahap dan kemampuan
murid terlebih dahulu. Menurut guru cemerlang ,beliau mengutamakan juga takwim sekolah
yang mana berfungsi untuk dijadikan sebagai jadual hari-hari tertentu ataupun peristiwa tertentu
sepanjang satu tahun di sekolah. Guru ini merancang pengajarannya berdasarkan kepada takwim
sekolah ini kerana sekiranya berlaku sesuatu peristiwa di sekolah, sebagai contoh Hari Guru,
Hari Kantin, Hari Sukan, cuti sekolah ataupun banyak lagi, keadaan ini akan mengganggu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal demikian, pada hari-hari tersebut, guru tidak
dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran(p&p) dan pengajaran yang sepatutnya itu akan
dibawa ke hari-hari yang seterusnya. Tetapi di dalam rancangan mengajar guru perlulah menulis
pada tarikh tersebut sekolah mengadakan hari guru dan p&p tidak dapat dilaksanakan.

   Sumber-sumber atau bahan rujukan kedua-dua guru ini adalah daripada buku teks, buku
rujukan ,huraian sukatan pelajaran, kurikulum sekolah ,internet dan sebagainya. Kesemua
sumber dan rujukan ini memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan rancangan
mengajar yang baik kerana penggunaan sumber dan rujukan dapat membantu guru menjelaskan
isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber
dan rujukan yang terdiri daripada pelbagai jenis dan fungsinya sebagai contoh sumber daripada
bahan bercetak, bahan bukan bercetak, media, dan sebagainya sedikit sebanyak perlu dititik
beratkan penggunaannya di dalam membina rancangan mengajar juga semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dilakukan.
5.3 CARA MENGHASILKAN OBJEKTIF YANG BAIK

Dalam menghasilkan objektif pengajaran yang baik, cikgu Hanafi berpendapat guru perlu
mengetahui pengetahuan sedia ada murid sebelum membina objektif pengajaran. Dengan
mengetahui pengetahuan yang sudah sedia ada murid ini,akan memudahkan guru untuk
mengaitkan topik baru yang ingin diajar dengan pengetahuan yang sedia ada murid. Ini sekaligus
bukan sahaja dapat membantu guru dalam menghasilkan sesuatu objektif pengajaran yang baik
malahan ianya akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Bagi cikgu Othman pula berpendapat untuk menghasilkan objektif pengajaran yang baik guru
perlu mengetahui tahap kemampuan murid yang dijar. Hal ini adalah kerana dengan membina
objektif pengajaran yang terlalu banyak terutamanya untuk murid lemah ianya dibimbangi
diakhir pengajaran dan pembelajaran tidak ada satu objektif yang akan tercapai. Untuk murid
lemah cikgu Othman berpendapat adalah lebih baik guru hanya membina satu atau dua objektif
pengajaran sahaja manakala untuk murid cemerlang guru boleh untuk membina tiga atau empat
objektif pengajaran.

Sebagai contoh untuk topik berkaitan Haji dan Umrah, objektif pengajaran yang boleh dibina
oleh seseorang guru untuk kelas lemah adalah seperti:-

       Diakhir pengajaran murid dapat
       1)Menyatakan maksud Haji dan Umrah
       2)Membezakan antara ibadah Haji dan Umrah


Bagi kelas cemerlang pula objektif pengajaran boleh dibina seperti:-


       Di akhir pengajaran murid dapat
       1)Menyatakan maksud Haji dan Umrah
       2)Membezakan Antara ibdah Haji dan Umrah
       3)Menyenaraikan syarat wajib Haji dan Umrah
       4)Menyatakan jenis-jenis Haji.
5.7 MASA PENGAJARAN GURU,BILANGAN KELAS DAN MATA PELAJARAN



Bagi guru biasa iaitu Cikgu Hanafi masa pengajaran adalah 23 hingga 26 waktu dalam
seminggu. Yang mana 23 hingga 26 waktu ini melibatkan enam buah kelas yang perlu diajar.
Sewaktu disekolah Cikgu Hanafi mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup,Sains dan
Matematik.
Manakala bagi guru cemerlang iaitu Cikgu Othman masa pengajaran adalah kurang dari 12
waktu dalam seminggu.Dimana 12 waktu ini melibatkan 4 buah kelas dan hanya mengajar satu
mata pelajaran sahaja iaitu Pendidikan Islam.
   Perbezaan yang berlaku dalam masa pengajaran seminggu, jumlah kelas yang perlu diajar
dan mata pelajaran yang diajar antara Cikgu Hanafi dan Cikgu Othman adalah disebabkan
disekolah Cikgu Othman memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid . Yang
mana dengan jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ini, memerlukan Cikgu
Othman menguruskan lebih banyak hal-hal pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan sekolah
bagi mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Antara bidang tugas yang perlu dimainkan
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah:-
       Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua dan penolong kanan.
       Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahan pengetua
       Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal-hal disiplin dan kaunseling, keselamatan
       dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan dan
       percetakan, koperasi sekolah, kantin sekolah dan pengawasan asrama(jika ada).
       Membantu pengetua dalam pentadbiran hal ehwal murid sesi petang bagi sekolah-
       sekolah yang mempunyai sesi petang.
       Membantu pengetua dalam menilai perkara-perkara berkaitan hal-hal disiplin dan
       kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan
       kewangan, penerbitan dan percetakan, koperasi sekolah, kantin sekolah dan pengawasan
       asrama(jika ada).
       Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan hal ehwal muird
       di sekolah.
Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh pengetua dari semasa ke
        semasa.
        Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang berkaitan dengan tugas
        rasmi diberikan oleh pengetua dari semasa ke semasa.
  Berdasarkan Pekeliling Bilangan Waktu Mengajar Guru Seminggu, untuk guru biasa tidak
ditetapkan bilangan waktu mengajar oleh pihak kementerian tetapi waktu mengajar seseorang
guru ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah berdasarkan kepakaran dan keperluan sekolah
kecuali Guru Data iaitu 12 waktu dan Guru Penolong Kanan 8 hingga 12 waktu dalam seminggu.
Bilangan waktu mengajar guru data hanya 12 minggu adalah kerana guru data mempunyai
tanggungjawab yang besar terutamanya berkaitan data murid-murid. Antara tugas-tugas guru
data disekolah ialah:-
   Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang
   ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua.
   Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan
   oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah
   (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.


   a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu
       melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan,
       pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah
       dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
                   i. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
                   ii. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
                  iii. Staf bukan guru;
                  iv. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
                   v. Pendaftaran PTK;
                  vi. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan
       seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid
       (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.
   c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari
       tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.



   d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat
       sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.



          Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat
          peringkat sekolah.
          Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah
          Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa
          ke semasa.




5.8 CARA MEMILIH PENDEKATAN DAN STRAREGI PENGAJARAN

Menurut cikgu Hanafi, untuk menentukan atau memilih pendekatan/strategi/kaedah/teknik
pengajaran yang berkesan guru perlu sentiasa menambah ilmu dengan memperbanyakkan
bacaan.Hal ini adalah kerana melalui bahan-bahan bacaan ini guru dapat mengetahui teknik-
teknik pengajaran yang lebih berkesan dan terkini mengikut aliran semasa.Zaman dunia tanpa
sempadan kini contohnya memerlukan seorang guru untuk begitu mahir dalam penggunaan
komputer kerana sekarang ini banyak perisian-perisian terbaru yang dapat membantu guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mudah dah lebih berkesan.Sebagai
contoh penggunaan komputer untuk perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar
bekeperluan khas.
Menurut cikgu Hanafi lagi, seseorang guru itu juga perlu bersifat kreatif dalam membuat
pemilihan pendekatan/strategi/kaedah/teknik pengajaran yang berkesan.Hal ini adalah kerana
murid-murid kita adalah berbeza dalam kemampuan penerimaan dan pemprosesan sesuatu
maklumat yang diterima terutamanya murid-murid pendidikan khas, maka disebabkan itu guru
tidak boleh terlalu bergantung pada teknik-teknik yang tercatat dalam buku tetapi sebaliknya
perlu kreatif dalam mengubahsuai teknik-teknik tersebut agar bersesuaian dengan murid-murid
yang kita ajar.Selain itu juga, guru perlu kreatif dalam memilih teknik pengajaran kerana
sesetengah sekolah tidak begitu banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah
terutamanya sekolah yang terletak dikawasan perdalaman.Oleh itu guru perlu kreatif dalam
menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada dan memanipulasi persekitaran dalam mencipta
teknik-teknik pengajaran yang baru.


Manakala bagi cikgu Othman pula untuk menentukan atau memilih pendekatan/
strategi/kaedah/teknik pengajaran yang berkesan guru perlu lihat kepada kemampuan murid.Bagi
pelajar lemah kaedah atau teknik pengajaran seseorang guru perlulah lebih berbentuk
simulasi.Sebagai contoh untuk mengajar topik berkaitan Haji dan Umrah guru boleh bekerjasama
dengan pihak Tabung Haji untuk membuat demonstrasi mengenai perjalanan dan ibadah yang
perlu dijalani oleh jemaah haji di Mekah.Bagi murid yang cemerlang pula kaedah pegajaran yang
paling sesuai untuk digunakan dalam memastikan pengajaran kita lebih berkesan adalah dengan
menggunkan kaedah perbincangan dan soal jawab kerana murid-murid cemerlang kebiasaannya
mempunyai idea-idea dan persoalan yang banyak untuk diajukan dan dibincangkan bersama.


Selain melihat kepada kemampuan murid guru juga perlu melihat kepada minat murid,
kebiasaanya murid-murid tidak kira murid lemah mahupun murid cemerlang mereka tidak begitu
menggemari kaedah pengajaran yang terlalu fokus kepada sillibus tetapi sebaliknya lebih
menggemari kaedah pengajaran yang ada unsure penceritaan.Yang mana semasa mengajar guru-
guru perlu bijak menyelitkan cerita yang berkait rapat dan tidak lari dari topik yang diajar.
Sebagi contoh sekiranya kita ingin mengajar topik berkaitan Ibadah Korban, kita boleh selitkan
dengan pengalaman kita mengadakan ibadah korban ataupun meminta murid-murid
menceritakan mengenai Ibadah Korban yang pernah mereka lihat.
.




6.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan dari temubual yang telah kumpulan kami jalankan keatas cikgu Hanafi
sebagai responden untuk guru biasa dan Cikgu Othman sebagai responden untuk guru
cemerlang, kami dapati bahawa kedua-dua guru ini memberi kerjasama dan komitmen yang amat
baik dalam menjawab setiap persoalan yang kami ajukan kepada mereka terutamanya cikgu
Othman kerana sanggup untuk datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) untuk kami
temu bual beliau. Manakala hasil temubual yang telah kami jalankan keatas kedua-dua orang
guru tersebut kami mendapati terdapat beberapa persamaan dan juga terdapat sedikit perbezaan
dalam persoalan yang kami ajukan. Dari aspek persamaan yang kami dapat lihat ialah mengenai
bentuk penulisan objektif pegajaran yang mana kedua-dua responden ini telah menyatakan
bahawa guru perlu menulis objektif pengajaran dalam bentuk eksplisit yang mana eksplisit ini
bermaksud objektif pengajaran tersebut mestilah boleh dilihat bagi tujuan penilain diakhir
pengajaran dan pembelajaran. Manakala dari aspek perbezaan kami dapati kedua-dua guru ini
mempunyai perbezaan pandangan dan pendapat berkaitan pemilihan pendekatan/ strategi/kaedah
dan teknik pengajaran.Yang mana menurut pandangan cikgu Hanafi, dalam memilih pendekatan
/strategi/kaedah dan teknik pengajaran guru perlu menambahkan ilmu pengetahuan dengan
memperbanyakkan bahan bacaan manakala menurut cikgu othman pula guru perlu lihat kepada
minat dan kemampuan murid. Oleh itu, sebagai seorang yang bergelar guru dan juga pendidik,
guru tidak kira guru biasa mahupun guru yang telah diiktiraf sebagai guru cemerlang,
perancangan persediaan mengajar adalah suatu perkara yang amat penting dan seharusnya
menjadi keutamaan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) di dalam
bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Hal ini adalah kerana perancangan dan persediaan
mengajar akan menentukan samada objektif yang kita bina dapat tercapai ataupun sebaliknya
pada akhir proses pengajaran dan pembelajarn(P&P).




7.0 REFLEKSI INDIVIDU
A)Zalia Binti Ibrahim

Dalam sepanjang proses saya dan rakan menyiapkan tugasan ini, secara jujur saya amat tertarik
dengan tajuk tugasan yang telah diberikan kepada kami ini iaitu berkaitan dengan menemu bual
dua orang guru yang telah berpengalaman lebih daripada 5 tahun iaitu daripada seorang guru
cemerlang dan seorang lagi ialah guru biasa. Saya mengatakan secara demikian kerana, rasa
ingin tahu secara mendalam mengenai kedua-dua guru tersebut tentang cara bagaimana mereka
boleh memperoleh kejayaan dan ingin mendapatkan petua-petua daripada kedua-dua orang guru
yang telah berpengalaman ini dari segi teknik dan strategi untuk mengajar, cara hendak
mengurus bilik darjah, pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh mereka dan
banyak lagi. Dan melalui maklumat dan perkongsian pengalaman mereka itu sedikit sebanyak
dapat membantu saya untuk memotivasikan diri sendiri untuk menjadi seperti mereka kelak nanti
yang mana mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak terhingga sehingga
mampu untuk terus maju jaya dalam dunia pendidikan kini yang saya tidak nafikan mempunyai
banyak halangan dan cabarannya yang perlu dihadapi dan ditangani .

    Daripada hasil temu bual kedua-dua guru tersebut saya merasakan bahawa bukan mudah
untuk memperoleh sesuatu kejayaan yang kita bangga-banggakan tanpa usaha yang gigih ,tekun
dan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada profesion kita sebagai seorang guru. Hal ini kerana
kesemua nilai yang saya sebut itu tadi sememangnya dimiliki oleh kedua-dua guru tersebut.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya guru biasa tidak mampu untuk memperoleh kejayaan
yang besar, mendapat berbagai-bagai anugerah, pangkat, gelaran atau sebagainya kerana
semuanya terletak pada diri sendiri. Kejayaan yang dimiliki atas usaha diri sendiri yang tidak
putus-putus akan memberikan nikmat kepuasan kepada diri kita sendiri yang tidak terhingga.
Oleh hal demikian, saya merasakan bahawa melalui temu bual ini, saya mula berfikir dengan
lebih mendalam tentang tanggungjawab dan peranan utama sebagai seorang guru dalam
melaksanakan tugasnya sebagai pendidik iaitu dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas seharusnya guru mengutamakan murid-murid mereka dari segi kekuatan dan
kelemahan mereka dan perlu sentiasa mengutamakan persediaan perancangan mengajar sebelum
mengajar di dalam bilik darjah kerana pengajaran yang berkesan adalah melalui perancangan
pengajaran guru yang baik juga menitikberatkan tahap keupayaan murid mereka. Oleh itu saya
berharap, saya juga mampu untuk menjadi seperti mereka kelak nanti dalam menjalankan
tanggungjawab saya sebagai seorang guru dalam mendidik anak bangsa.




B)Norsahrina Binti Asmawi

Berdasarkan pengalaman membuat tugasan menemubual dua orang guru iaitu guru biasa dan
guru cemerlang, apa yang boleh saya katakana tugasan ini pada mulanya amatlah mencabar
kerana kumpulan kami agak sukar mencari responden untuk ditemubual lebih-lebih lagi kami
adalah kumpulan pertama yang perlu membentangkan hasil dapatan kami. Alhamdulillah pada
minggu terakhir sebelum kami membentangkan tugasan kami ini kami telah berjaya mencari
responden yang boleh ditemubual walaupun pada awalnya responden untuk guru biasa adalah
individu lain tetapi disebabkan individu tersebut enggan ditemubual maka kami terpaksa merayu
untuk menemubual rakan kepada individu terbabit iaitu cikgu Hanafi dan syukur Alhamdulillah
Cikgu hanafi sanggup untuk meluangkan sedikit masa beliau untuk kami temuramah walaupun
kami sedar bahawa Cikgu Hanafi sangat sibuk ketika itu. Pengalaman menemubual cikgu Hanafi
ini bolehlah saya katakan sangat seronok kerana kalau didalam kelas beliau kelihatan agak tegas
tetapi sewaktu ditemubual beliau sangat mudah mesra dengan kami dan ini membuatkan kami
tidak begitu kekok sepanjang temu bual dilakukan.

Sepanjang temubual yang dilakukan keatas guru cemerlang apa yang saya lihat cikgu Othman
merupkan seorang guru yang sangat komited dan mempunyai sifat empati yang tinggi dan tidak
hairanlah mengapa beliau dianugerahkan sebagai guru cemerlang. Saya mengatakan beliau
mempunyai empati yang tinggi adalah kerana beliau sanggup untuk datang ke kolej kediaman
kami untuk kami temubual apabila beliau merasakan agak sukar untuk kami datang kesekolah
beliau kerana jarak dari UKM ke SMK Sheras Jaya agak jauh dan tindakan beliau ini ini adalah
satu perkara yang amat mustahil kita jumpa pada guru-guru lain. Selain itu apa yang saya dapat
lihat pada cikgu Othman ini beliau sentiasa ingin berkongsikan pengalaman suka duka sebagai
seorang guru kepada kami yang masih baru dalam dunia pendidikan.

Hasil dari kedua-dua temubual ini, saya dapati bahawa untuk menjadi seorang yang begelar guru
bukanlah hanya satu bentuk tugasan tetapi ia diiringi sekali dengan amanah yang perlu kita pikul
untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna pada negara dan masyarakat.
Disamping itu juga, apabila menjadi guru kita mesti melihat dimana kurangnya kita daripada
asyik melihat dimana kurangnya orang lain dan guru kena sentiasa berfikiran positif iaitu guru
mestilah melihat cabaran yang dihadapi sebagai pendidik ini satu pengalaman.




C)Rumaisah Binti Sidi Ali
8.0 LAMPIRAN

BIODATA AHLI KUMPULAN




Nama : Zalia Bt Ibrahim
Nama Panggilan : Aleeya atau Liya
No .Matrik : A127678
Umur : 22 Tahun
Tahun : 3 ( 2011/2012)
Program : Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
No.Tel: 013-9550136
Asal : Pekan, Pahang
Alamat semasa : K8J 207 Kolej Ungku Omar, 43600, Bangi, UKM.
Alamat rumah : No. 5 Kg. Kajang, Merchong, 26680, Pekan, Pahang D.M
Bilangan adik- beradik : 6 Orang anak ke-3
Status :Belum Berkahwin
Hobi : Suka melukis
Idola : Leonardo Da Vinci dan pelukis-pelukis Malaysia seperti Syed Ahmad Jamal
Pengalaman Belajar : Dalam sepanjang proses belajar ini terlalu banyak sangat cabaran dan
dugaan yang terpaksa dihadapi ,suka duka, gembira dan sebagainya dan ketika inilah berbagai-
bagai pengalaman dapat dirasai dan dinikmati sepanjang berada di UKM ini.




Nama :Norsahrina Binti Asmawi
Nama Panggilan :ina
No .Matrik : A126723
Umur : 21 Tahun
Tahun : 3 ( 2011/2012)
Program : Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
No.Tel.: 013-4072120
Asal : Bagan Serai, Perak
Alamat semasa :K8D 107 Kolej Kediaman Ungku Omar,UKM
Alamat rumah : No 133, Parit Haji Taib 2, 34300 Bagan Serai, Perak D.R.
Bilangan adik- beradik : 7 Orang anak ke-7
Status : Belum Berkahwin
Hobi :“blogging”
Idola : Ibu saya sendiri
Pengalaman belajar: Pengalaman belajar di UKM adalah satu pengalaman paling indah sebagai
seorang yang begelar pelajar dan terasa masa berlalu dengan begitu pantas dan rasa sangat
bangga begelar mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM.
Gambar semasa temu bual
9.0 RUJUKAN

1) http://www.scribd.com/doc/18240009/Peranan-Penolong-Kanan-Hal-Ehwal-Murid
2)http://www.google.com.my/search?sourceid=chrome&ie=UTF8&q=map+SMK+Raja+Abdull
ah%2C+Jalan+Kepong%2C+Kuala+Lumpur
3) http://directory.yellavia.com/schools/smk-cheras-jaya-20049/

More Related Content

What's hot

Pngajaran makro ppt
Pngajaran makro pptPngajaran makro ppt
Pngajaran makro ppt
Abd Haris
 
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalHuraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Zuzan Michael Japang
 
Keterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaKeterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematika
Susand Susand
 
Model pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektifModel pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektif
debriz
 
Model pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektifModel pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektif
Ary Shiddiqi
 
8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar
Jeny Hardiah
 
Model model pembelajaran yang efektif
Model model pembelajaran yang efektifModel model pembelajaran yang efektif
Model model pembelajaran yang efektif
Yusron Ayang
 

What's hot (18)

Keterampilan Dasar Mengajar
Keterampilan Dasar MengajarKeterampilan Dasar Mengajar
Keterampilan Dasar Mengajar
 
Keterampilan dasar guru part 1
Keterampilan dasar guru part 1Keterampilan dasar guru part 1
Keterampilan dasar guru part 1
 
Keterampilan dasar mengajar
Keterampilan dasar mengajarKeterampilan dasar mengajar
Keterampilan dasar mengajar
 
Keterampilan Dasar Mengajar
Keterampilan Dasar MengajarKeterampilan Dasar Mengajar
Keterampilan Dasar Mengajar
 
Pngajaran makro ppt
Pngajaran makro pptPngajaran makro ppt
Pngajaran makro ppt
 
metode pembelajaran
metode pembelajaranmetode pembelajaran
metode pembelajaran
 
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalHuraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
 
Keterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaKeterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematika
 
Model pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektifModel pembelajaran yang efektif
Model pembelajaran yang efektif
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaran
 
Penelitian tindakan sekolah p pt_oky sudarto
Penelitian  tindakan  sekolah p pt_oky sudartoPenelitian  tindakan  sekolah p pt_oky sudarto
Penelitian tindakan sekolah p pt_oky sudarto
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Model pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektifModel pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektif
 
8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Model model pembelajaran yang efektif
Model model pembelajaran yang efektifModel model pembelajaran yang efektif
Model model pembelajaran yang efektif
 
Borang Sarana Peer Coaching
Borang Sarana Peer CoachingBorang Sarana Peer Coaching
Borang Sarana Peer Coaching
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingKomuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
 

Similar to Report pnp

Bab14 pengurusan alam pembelajaran
Bab14 pengurusan alam pembelajaranBab14 pengurusan alam pembelajaran
Bab14 pengurusan alam pembelajaran
zuraidanasri
 
SME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruSME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guru
Loreta Long
 
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.pptKEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
AsrolFaezal1
 
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
Runy Chaerunnyza
 

Similar to Report pnp (20)

Bab14 pengurusan alam pembelajaran
Bab14 pengurusan alam pembelajaranBab14 pengurusan alam pembelajaran
Bab14 pengurusan alam pembelajaran
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
SME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruSME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guru
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
KEPERCAYAAN GURU
KEPERCAYAAN GURUKEPERCAYAAN GURU
KEPERCAYAAN GURU
 
Kepercayaan Guru Terhadap Matematik
Kepercayaan Guru Terhadap MatematikKepercayaan Guru Terhadap Matematik
Kepercayaan Guru Terhadap Matematik
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
KEPERCAYAAN GURU
KEPERCAYAAN GURU KEPERCAYAAN GURU
KEPERCAYAAN GURU
 
Perencanaan pembelajaran
Perencanaan pembelajaranPerencanaan pembelajaran
Perencanaan pembelajaran
 
Muzakarah profesi
Muzakarah profesiMuzakarah profesi
Muzakarah profesi
 
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.pptKEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
KEPEMIMPINAN__INSTRUKSIONAL_PENGETUA_DAN_GURU_BESAR.ppt
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelas
 
Pengantar kurikulum
Pengantar kurikulumPengantar kurikulum
Pengantar kurikulum
 
Akzh1343183231
Akzh1343183231Akzh1343183231
Akzh1343183231
 
panduan pemgembangan bahan ajar
 panduan pemgembangan bahan ajar panduan pemgembangan bahan ajar
panduan pemgembangan bahan ajar
 
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
 
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
 

Report pnp

  • 1. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 TAJUK 2.0 PENDAHULUAN 3.0 LOKASI SEKOLAH 4.0 BIODATA GURU a) Guru cemerlang b) Guru biasa 5.0 PENGENALAN SOALAN 5.1 TUJUAN MERANCANG PENGAJARAN 5.2 CARA MENGHASILKAN RANCANGAN MENGAJAR YANG BAIK a) Perkara-perkara yang diutamakan b) Sumber dan bahan rujukan 5.3 CARA MENGHASILKAN OBJEKTIF YANG BAIK 5.4 CIRI-CIRI OBJEKTIF PENGAJARAN YANG BAIK 5.5 KAITAN ANTARA PERANCANGAN PENGAJARAN DENGAN OBJEKTIF PENGAJARAN 5.6 BENTUK OBJEKTIF PENGAJARAN YANG PERLU DITULIS 5.7 MASA PENGAJARAN GURU,BILANGAN KELAS DAN MATA PELAJARAN 5.8 CARA MEMILIH PENDEKATAN DAN STRAREGI PENGAJARAN 6.0 KESIMPULAN 7.0 REFLEKSI 8.0 LAMPIRAN 9.0 RUJUKAN
  • 2. 1.0 TAJUK “Perancangan dan persediaan mengajar bagi guru biasa dan guru cemerlang yang berkhidmat lebih dari lima tahun di sekolah menengah” 2.0 PENDAHULUAN Dalam kursus GGGA3213 Pengurusan dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran, kami telah dikehendaki untuk menyiapkan satu tugasan berkumpulan iaitu perlu menemu bual secara berasingan dua orang guru iaitu guru biasa dan guru cemerlang yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun di sebuah sekolah menengah bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan perancangan dan persediaan mengajar mereka. Soalan-soalan yang diberikan tersebut telah kami kemukakan semasa sesi temu bual tersebut berjalan. Antara soalan tersebut adalah seperti di bawah ini : a) Apakah tujuan anda merancang sebelum melaksanakan pengajaran? b) Bagaimanakah untuk menghasilkan perancangan dan persediaan mengajar yang baik? Apakah perkara-perkara yang perlu diutamakan? Apakah sumber-sumber atau bahan rujukan yang boleh digunakan? c) Bagaimanakah untuk menghasilkan objektif pengajaran yang baik? d) Apakah ciri-ciri objektif pengajaran yang baik? e) Apakah kaitan antara perancangan pengajaran dan objektif pengajaran? f) Dalam bentuk apakah (implisit/eksplisit) objektif pengajaran perlu ditulis? Mengapa? g) Berapakah masa pengajaran anda seminggu? Berapa kelas? Berapa mata pelajaran? h) Bagaimana untuk menentukan atau memilih pendekatan/ strategi/ kaedah/ teknik pengajaran yang berkesan? Di samping itu juga, kumpulan kami dikehendaki membanding bezakan serta menganalisis hasil temu bual di antara kedua-dua guru tersebut bagi tujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan mahupun persamaan di antara mereka dalam melaksanakan perancangan dan persediaan mengajar di dalam bilik darjah.
  • 3. 3.0 LOKASI SEKOLAH Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya Lokasi SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur
  • 4. 4.0 BIODATA GURU a) Guru Cemerlang Nama : Othman bin Omar Tarikh Lahir : 8 September 1962 Status : Sudah berkahwin Asal : Terengganu Pendidikan : 1986 - Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia.(UKM) 1989 - Diploma Pendidikan, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam (IPGM) Pengalaman mengajar : Telah terlibat dalam perkhidmatan guru selama 22 tahun dan telah mengajar di beberapa buah sekolah iaitu : 1) SMK Munsyi Ibrahim, Labis, Segamat Johor Darul Takzim(1989-1995) 2) SMK Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan( 1995- 2003) 3) SMK Cheras Jaya, Balakong( 2003 hingga sekarang)
  • 5. Anugerah : 1) 1997 Anugerah Guru Cemerlang 2) 1997 Dan 2005 Anugerah Cemerlang Kokurikulum 3) 2007 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang b) Guru Biasa Nama : Hanafi Bin Mohd Yassin Tarikh Lahir : 3 September 1963 Status : Sudah berkahwin Asal :Kuala Lumpur Pendidikan : 1983-1985 - Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur (Seni Perusahaan dan Pendidikan Jasmani) 1991 - Maktab Perguruan Ilmu Khas (Diploma Pendidikan Khas Bermasalah
  • 6. Pendengaran) 1993-1996 - Sarjana Muda Pendidikan,Pendidikan Khas Dengan Kepujian,UKM 1996-1999 - Master Pendidikan Khas,UKM 2001-2004 - PHD Pendidikan Khas,UKM Pengalaman mengajar : Telah berkhidmat selama 15 tahun di sekolah berikut : 1) 1986-1991 SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur 2) 1992-2001 SMK Tun Mutahir, Melaka
  • 7. 5.0 PENGENALAN SOALAN Perancangan mengajar merupakan satu bentuk persediaan mengajar yang disediakan untuk tempoh satu tahun, semester, seminggu dan harian.Perancangan pengajaran ini adalah selaras antara guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan. Persediaan mengajar didefinisikan sebagai satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu mata pelajaran yang mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai , isi kandungan ayang akan disampaikan, penentuan pencapaian matlamat dan sebagainya. Selain itu, persediaan mengajar juga dikatakan sebagai rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan digunakan semasa berhadapan dengan kelas. Dalam menyediakan rancangan mengajar beberapa keperluan dalam menyediakan persediaan mengajar ini diambil kira seperti memberi keyakinan kepada guru, membantu memikirkan perkara yang akan diajar, kesukaran, masalah , kawalan disiplin, motivasi murid dan sebagainya. Seterusnya, merancang penggunaan media pengajaran, memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan, memastikan langkah disusun mengikut urutan, dan yang terakhir sebagai rekod pengajaran yang telah diajar dan belum diajar. Oleh itu, untuk melihat bahawa persediaan mengajar ini sebenarnya merupakan satu perkara yang begitu penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kami telah menjalankan satu temu bual bersama dua orang guru yang sudah berpengalaman lebih 5 tahun ini, iaitu seorang guru biasa yang telah berpengalaman mengajar selama 15 tahun dan seorang lagi pula iaitu seorang guru cemerlang telah berpengalaman mengajar selama 22 tahun dan semestinya pengalaman mereka yang bertahun-tahun ini telah sedikit sebanyak memberikan mereka cabaran dalam mengajar dan mendidik anak-anak bangsa untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan hidup agar kehidupan mereka akan lebih bermakna.
  • 8. 5.1 TUJUAN MERANCANG PENGAJARAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah “merancang” ini didefinisikan sebagai mengatur sesuatu terlebih dahulu manakala istilah “pengajaran” membawa maksud perihal mengajar atau segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya ,dan sistemnya. Justeru, “merancang pengajaran adalah merupakan tindakan guru untuk mempersiapkan atau merencanakan sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai di dalam bilik darjah. Hasil daripada temu bual bersama kedua-dua guru tersebut, kami melihat bahawa tujuan merancang pengajaran ini tidak jauh berbeza antara kedua-dua guru ini kerana mereka menyatakan bahawa tujuan sebenar merancang pengajaran adalah sebagai persediaan mengajar sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran(p&p). Sebagai tambahan guru cemerlang ada menyatakan bahawa tujuan merancang pengajaran ini adalah untuk memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan yang akan timbul. Beliau ada juga menjelaskan bahawa apabila rancangan mengajar ini disediakan dengan cukup lengkap dan sistematik, maka setiap perancangan yang dibuat untuk mengajar pada hari tersebut akan terlaksana dengan jayanya jika dibandingkan dengan ketiadaan perancangan mengajar yang ditulis di dalam buku persediaan mengajar. Manakala, guru biasa pula turut memberikan jawapan yang lebih kurang sama dengan guru cemerlang iaitu menyatakan bahawa dengan adanya perancangan mengajar sekali gus dapat membantu guru mengawal disiplin bilik darjah dengan lebih baik kerana setiap aktiviti pembelajaran yang dibina dan dirancang dengan sistematik akan melancarkan aktiviti pengajaran maka guru boleh mengawal murid dengan mudah. Namun menurut nya lagi, tujuan beliau merancang pengajaran adalah untuk membantu beliau dalam merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai di digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Selain itu juga, perancangan mengajar ini membolehkan guru menganggar masa yang diperlukan untuk setiap tajuk dan sekali gus dapat merekod perkara yang diajar pada hari tersebut.
  • 9. 5.2 CARA MENGHASILKAN RANCANGAN MENGAJAR YANG BAIK 1) Perkara-perkara yang diutamakan 2) Sumber dan bahan rujukan Hasil daripada temu bual kedua-dua guru tersebut, kami telah mendapati bahawa terdapat beberapa strategi dalam menghasilkan rancangan mengajar yang baik yang mana merangkumi aspek-aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas. Antara cara penghasilan rancangan pengajaran yang baik adalah berpandukan kurikulum sekolah yang telah disediakan iaitu mengikut kepada pernyataan yang diberikan oleh guru biasa. Kurikulum sekolah ini adalah sangat penting dirujuk oleh setiap guru sebelum menyediakan rancangan pengajarankerana setiap pengajaran guru perlulah berdasarkan kepada kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Guru cemerlang juga turut menyatakan perkara yang sama seperti guru biasa malahan menyatakan lagi bahawa dalam penghasilan rancangan mengajar yang baik semasa beliau mengajar adalah dengan menggunakan satu rancangan pengajaran tahunan yang mana dengan ada nya rancangan pengajaran tahunan ini sedikit sebanyak dapat membantu guru memastikan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut jadual. Selain itu, melalui penyediaan rancangan pengajaran tahunan juga, pengajaran guru dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta dapat membentuk sikap guru ke arah lebih positif. Seterusnya, perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam menghasilkan rancangan mengajar yang baik adalah memahami keadaan murid. Pernyataan ini adalah daripada guru biasa yang lebih mementingkan murid dalam proses pengajarannya. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap guru seharusnya mementingkan keadaan murid sebelum menghasilkan rancangan mengajar kerana pengajaran yang berkesan dapat dinilai melalui objektif yang dibina adakah objektif pengajarannya tercapai ataupun tidak.Oleh hal demikian, ketika merancang pengajaran guru perlu menitik beratkan keadaan pelajar iaitu dengan mengambil kira tahap dan kemampuan murid dan sebagainya.Begitu juga dengan guru cemerlang, dalam menghasilkan perancangan dan persediaan mengajar yang baik tahap dan kemampuan murid dijadikan keutamaan beliau
  • 10. ketika merancang pengajaran. Sebagai contoh, jika guru menyediakan rancangan pengajaran yang tidak mengikut tahap dan kemampuan murid ,contohnya mengajar topik yang belum dikuasai oleh murid ,dijamin pengajaran dan pembelajaran guru tersebut tidak akan berjalan dengan lancar dan objektif yang dibina itu tidak akan tercapai sekali gus pengajaran guru tersebut tidak akan berkesan kerana murid tidak sedikit pun menguasai apa yang diajar oleh guru tersebut.Menurut Brophy dan Good (1998), seorang guru yang digelar sebagai guru berkesan ialah mengajar untuk pelajar menguasai bukan mengajar untuk menghabiskan silibus semata- mata.Oleh itu, pentingnya setiap guru merancang pengajaran mengikut tahap dan kemampuan murid terlebih dahulu. Menurut guru cemerlang ,beliau mengutamakan juga takwim sekolah yang mana berfungsi untuk dijadikan sebagai jadual hari-hari tertentu ataupun peristiwa tertentu sepanjang satu tahun di sekolah. Guru ini merancang pengajarannya berdasarkan kepada takwim sekolah ini kerana sekiranya berlaku sesuatu peristiwa di sekolah, sebagai contoh Hari Guru, Hari Kantin, Hari Sukan, cuti sekolah ataupun banyak lagi, keadaan ini akan mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal demikian, pada hari-hari tersebut, guru tidak dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran(p&p) dan pengajaran yang sepatutnya itu akan dibawa ke hari-hari yang seterusnya. Tetapi di dalam rancangan mengajar guru perlulah menulis pada tarikh tersebut sekolah mengadakan hari guru dan p&p tidak dapat dilaksanakan. Sumber-sumber atau bahan rujukan kedua-dua guru ini adalah daripada buku teks, buku rujukan ,huraian sukatan pelajaran, kurikulum sekolah ,internet dan sebagainya. Kesemua sumber dan rujukan ini memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan rancangan mengajar yang baik kerana penggunaan sumber dan rujukan dapat membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber dan rujukan yang terdiri daripada pelbagai jenis dan fungsinya sebagai contoh sumber daripada bahan bercetak, bahan bukan bercetak, media, dan sebagainya sedikit sebanyak perlu dititik beratkan penggunaannya di dalam membina rancangan mengajar juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
  • 11. 5.3 CARA MENGHASILKAN OBJEKTIF YANG BAIK Dalam menghasilkan objektif pengajaran yang baik, cikgu Hanafi berpendapat guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid sebelum membina objektif pengajaran. Dengan mengetahui pengetahuan yang sudah sedia ada murid ini,akan memudahkan guru untuk mengaitkan topik baru yang ingin diajar dengan pengetahuan yang sedia ada murid. Ini sekaligus bukan sahaja dapat membantu guru dalam menghasilkan sesuatu objektif pengajaran yang baik malahan ianya akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Bagi cikgu Othman pula berpendapat untuk menghasilkan objektif pengajaran yang baik guru perlu mengetahui tahap kemampuan murid yang dijar. Hal ini adalah kerana dengan membina objektif pengajaran yang terlalu banyak terutamanya untuk murid lemah ianya dibimbangi diakhir pengajaran dan pembelajaran tidak ada satu objektif yang akan tercapai. Untuk murid lemah cikgu Othman berpendapat adalah lebih baik guru hanya membina satu atau dua objektif pengajaran sahaja manakala untuk murid cemerlang guru boleh untuk membina tiga atau empat objektif pengajaran. Sebagai contoh untuk topik berkaitan Haji dan Umrah, objektif pengajaran yang boleh dibina oleh seseorang guru untuk kelas lemah adalah seperti:- Diakhir pengajaran murid dapat 1)Menyatakan maksud Haji dan Umrah 2)Membezakan antara ibadah Haji dan Umrah Bagi kelas cemerlang pula objektif pengajaran boleh dibina seperti:- Di akhir pengajaran murid dapat 1)Menyatakan maksud Haji dan Umrah 2)Membezakan Antara ibdah Haji dan Umrah 3)Menyenaraikan syarat wajib Haji dan Umrah 4)Menyatakan jenis-jenis Haji.
  • 12. 5.7 MASA PENGAJARAN GURU,BILANGAN KELAS DAN MATA PELAJARAN Bagi guru biasa iaitu Cikgu Hanafi masa pengajaran adalah 23 hingga 26 waktu dalam seminggu. Yang mana 23 hingga 26 waktu ini melibatkan enam buah kelas yang perlu diajar. Sewaktu disekolah Cikgu Hanafi mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup,Sains dan Matematik. Manakala bagi guru cemerlang iaitu Cikgu Othman masa pengajaran adalah kurang dari 12 waktu dalam seminggu.Dimana 12 waktu ini melibatkan 4 buah kelas dan hanya mengajar satu mata pelajaran sahaja iaitu Pendidikan Islam. Perbezaan yang berlaku dalam masa pengajaran seminggu, jumlah kelas yang perlu diajar dan mata pelajaran yang diajar antara Cikgu Hanafi dan Cikgu Othman adalah disebabkan disekolah Cikgu Othman memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid . Yang mana dengan jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ini, memerlukan Cikgu Othman menguruskan lebih banyak hal-hal pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan sekolah bagi mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Antara bidang tugas yang perlu dimainkan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah:- Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua dan penolong kanan. Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahan pengetua Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal-hal disiplin dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan dan percetakan, koperasi sekolah, kantin sekolah dan pengawasan asrama(jika ada). Membantu pengetua dalam pentadbiran hal ehwal murid sesi petang bagi sekolah- sekolah yang mempunyai sesi petang. Membantu pengetua dalam menilai perkara-perkara berkaitan hal-hal disiplin dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan dan percetakan, koperasi sekolah, kantin sekolah dan pengawasan asrama(jika ada). Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan hal ehwal muird di sekolah.
  • 13. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh pengetua dari semasa ke semasa. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang berkaitan dengan tugas rasmi diberikan oleh pengetua dari semasa ke semasa. Berdasarkan Pekeliling Bilangan Waktu Mengajar Guru Seminggu, untuk guru biasa tidak ditetapkan bilangan waktu mengajar oleh pihak kementerian tetapi waktu mengajar seseorang guru ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah berdasarkan kepakaran dan keperluan sekolah kecuali Guru Data iaitu 12 waktu dan Guru Penolong Kanan 8 hingga 12 waktu dalam seminggu. Bilangan waktu mengajar guru data hanya 12 minggu adalah kerana guru data mempunyai tanggungjawab yang besar terutamanya berkaitan data murid-murid. Antara tugas-tugas guru data disekolah ialah:- Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan. a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan: i. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar; ii. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain; iii. Staf bukan guru; iv. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah; v. Pendaftaran PTK; vi. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
  • 14. b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll. c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT. d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa. 5.8 CARA MEMILIH PENDEKATAN DAN STRAREGI PENGAJARAN Menurut cikgu Hanafi, untuk menentukan atau memilih pendekatan/strategi/kaedah/teknik pengajaran yang berkesan guru perlu sentiasa menambah ilmu dengan memperbanyakkan bacaan.Hal ini adalah kerana melalui bahan-bahan bacaan ini guru dapat mengetahui teknik- teknik pengajaran yang lebih berkesan dan terkini mengikut aliran semasa.Zaman dunia tanpa sempadan kini contohnya memerlukan seorang guru untuk begitu mahir dalam penggunaan komputer kerana sekarang ini banyak perisian-perisian terbaru yang dapat membantu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mudah dah lebih berkesan.Sebagai contoh penggunaan komputer untuk perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar bekeperluan khas. Menurut cikgu Hanafi lagi, seseorang guru itu juga perlu bersifat kreatif dalam membuat pemilihan pendekatan/strategi/kaedah/teknik pengajaran yang berkesan.Hal ini adalah kerana murid-murid kita adalah berbeza dalam kemampuan penerimaan dan pemprosesan sesuatu maklumat yang diterima terutamanya murid-murid pendidikan khas, maka disebabkan itu guru
  • 15. tidak boleh terlalu bergantung pada teknik-teknik yang tercatat dalam buku tetapi sebaliknya perlu kreatif dalam mengubahsuai teknik-teknik tersebut agar bersesuaian dengan murid-murid yang kita ajar.Selain itu juga, guru perlu kreatif dalam memilih teknik pengajaran kerana sesetengah sekolah tidak begitu banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah terutamanya sekolah yang terletak dikawasan perdalaman.Oleh itu guru perlu kreatif dalam menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada dan memanipulasi persekitaran dalam mencipta teknik-teknik pengajaran yang baru. Manakala bagi cikgu Othman pula untuk menentukan atau memilih pendekatan/ strategi/kaedah/teknik pengajaran yang berkesan guru perlu lihat kepada kemampuan murid.Bagi pelajar lemah kaedah atau teknik pengajaran seseorang guru perlulah lebih berbentuk simulasi.Sebagai contoh untuk mengajar topik berkaitan Haji dan Umrah guru boleh bekerjasama dengan pihak Tabung Haji untuk membuat demonstrasi mengenai perjalanan dan ibadah yang perlu dijalani oleh jemaah haji di Mekah.Bagi murid yang cemerlang pula kaedah pegajaran yang paling sesuai untuk digunakan dalam memastikan pengajaran kita lebih berkesan adalah dengan menggunkan kaedah perbincangan dan soal jawab kerana murid-murid cemerlang kebiasaannya mempunyai idea-idea dan persoalan yang banyak untuk diajukan dan dibincangkan bersama. Selain melihat kepada kemampuan murid guru juga perlu melihat kepada minat murid, kebiasaanya murid-murid tidak kira murid lemah mahupun murid cemerlang mereka tidak begitu menggemari kaedah pengajaran yang terlalu fokus kepada sillibus tetapi sebaliknya lebih menggemari kaedah pengajaran yang ada unsure penceritaan.Yang mana semasa mengajar guru- guru perlu bijak menyelitkan cerita yang berkait rapat dan tidak lari dari topik yang diajar. Sebagi contoh sekiranya kita ingin mengajar topik berkaitan Ibadah Korban, kita boleh selitkan dengan pengalaman kita mengadakan ibadah korban ataupun meminta murid-murid menceritakan mengenai Ibadah Korban yang pernah mereka lihat. . 6.0 KESIMPULAN
  • 16. Sebagai kesimpulan dari temubual yang telah kumpulan kami jalankan keatas cikgu Hanafi sebagai responden untuk guru biasa dan Cikgu Othman sebagai responden untuk guru cemerlang, kami dapati bahawa kedua-dua guru ini memberi kerjasama dan komitmen yang amat baik dalam menjawab setiap persoalan yang kami ajukan kepada mereka terutamanya cikgu Othman kerana sanggup untuk datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) untuk kami temu bual beliau. Manakala hasil temubual yang telah kami jalankan keatas kedua-dua orang guru tersebut kami mendapati terdapat beberapa persamaan dan juga terdapat sedikit perbezaan dalam persoalan yang kami ajukan. Dari aspek persamaan yang kami dapat lihat ialah mengenai bentuk penulisan objektif pegajaran yang mana kedua-dua responden ini telah menyatakan bahawa guru perlu menulis objektif pengajaran dalam bentuk eksplisit yang mana eksplisit ini bermaksud objektif pengajaran tersebut mestilah boleh dilihat bagi tujuan penilain diakhir pengajaran dan pembelajaran. Manakala dari aspek perbezaan kami dapati kedua-dua guru ini mempunyai perbezaan pandangan dan pendapat berkaitan pemilihan pendekatan/ strategi/kaedah dan teknik pengajaran.Yang mana menurut pandangan cikgu Hanafi, dalam memilih pendekatan /strategi/kaedah dan teknik pengajaran guru perlu menambahkan ilmu pengetahuan dengan memperbanyakkan bahan bacaan manakala menurut cikgu othman pula guru perlu lihat kepada minat dan kemampuan murid. Oleh itu, sebagai seorang yang bergelar guru dan juga pendidik, guru tidak kira guru biasa mahupun guru yang telah diiktiraf sebagai guru cemerlang, perancangan persediaan mengajar adalah suatu perkara yang amat penting dan seharusnya menjadi keutamaan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) di dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Hal ini adalah kerana perancangan dan persediaan mengajar akan menentukan samada objektif yang kita bina dapat tercapai ataupun sebaliknya pada akhir proses pengajaran dan pembelajarn(P&P). 7.0 REFLEKSI INDIVIDU
  • 17. A)Zalia Binti Ibrahim Dalam sepanjang proses saya dan rakan menyiapkan tugasan ini, secara jujur saya amat tertarik dengan tajuk tugasan yang telah diberikan kepada kami ini iaitu berkaitan dengan menemu bual dua orang guru yang telah berpengalaman lebih daripada 5 tahun iaitu daripada seorang guru cemerlang dan seorang lagi ialah guru biasa. Saya mengatakan secara demikian kerana, rasa ingin tahu secara mendalam mengenai kedua-dua guru tersebut tentang cara bagaimana mereka boleh memperoleh kejayaan dan ingin mendapatkan petua-petua daripada kedua-dua orang guru yang telah berpengalaman ini dari segi teknik dan strategi untuk mengajar, cara hendak mengurus bilik darjah, pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh mereka dan banyak lagi. Dan melalui maklumat dan perkongsian pengalaman mereka itu sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk memotivasikan diri sendiri untuk menjadi seperti mereka kelak nanti yang mana mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak terhingga sehingga mampu untuk terus maju jaya dalam dunia pendidikan kini yang saya tidak nafikan mempunyai banyak halangan dan cabarannya yang perlu dihadapi dan ditangani . Daripada hasil temu bual kedua-dua guru tersebut saya merasakan bahawa bukan mudah untuk memperoleh sesuatu kejayaan yang kita bangga-banggakan tanpa usaha yang gigih ,tekun dan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada profesion kita sebagai seorang guru. Hal ini kerana kesemua nilai yang saya sebut itu tadi sememangnya dimiliki oleh kedua-dua guru tersebut. Walau bagaimanapun, tidak semestinya guru biasa tidak mampu untuk memperoleh kejayaan yang besar, mendapat berbagai-bagai anugerah, pangkat, gelaran atau sebagainya kerana semuanya terletak pada diri sendiri. Kejayaan yang dimiliki atas usaha diri sendiri yang tidak putus-putus akan memberikan nikmat kepuasan kepada diri kita sendiri yang tidak terhingga. Oleh hal demikian, saya merasakan bahawa melalui temu bual ini, saya mula berfikir dengan lebih mendalam tentang tanggungjawab dan peranan utama sebagai seorang guru dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik iaitu dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seharusnya guru mengutamakan murid-murid mereka dari segi kekuatan dan kelemahan mereka dan perlu sentiasa mengutamakan persediaan perancangan mengajar sebelum mengajar di dalam bilik darjah kerana pengajaran yang berkesan adalah melalui perancangan pengajaran guru yang baik juga menitikberatkan tahap keupayaan murid mereka. Oleh itu saya
  • 18. berharap, saya juga mampu untuk menjadi seperti mereka kelak nanti dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru dalam mendidik anak bangsa. B)Norsahrina Binti Asmawi Berdasarkan pengalaman membuat tugasan menemubual dua orang guru iaitu guru biasa dan guru cemerlang, apa yang boleh saya katakana tugasan ini pada mulanya amatlah mencabar kerana kumpulan kami agak sukar mencari responden untuk ditemubual lebih-lebih lagi kami adalah kumpulan pertama yang perlu membentangkan hasil dapatan kami. Alhamdulillah pada minggu terakhir sebelum kami membentangkan tugasan kami ini kami telah berjaya mencari responden yang boleh ditemubual walaupun pada awalnya responden untuk guru biasa adalah individu lain tetapi disebabkan individu tersebut enggan ditemubual maka kami terpaksa merayu untuk menemubual rakan kepada individu terbabit iaitu cikgu Hanafi dan syukur Alhamdulillah Cikgu hanafi sanggup untuk meluangkan sedikit masa beliau untuk kami temuramah walaupun kami sedar bahawa Cikgu Hanafi sangat sibuk ketika itu. Pengalaman menemubual cikgu Hanafi ini bolehlah saya katakan sangat seronok kerana kalau didalam kelas beliau kelihatan agak tegas tetapi sewaktu ditemubual beliau sangat mudah mesra dengan kami dan ini membuatkan kami tidak begitu kekok sepanjang temu bual dilakukan. Sepanjang temubual yang dilakukan keatas guru cemerlang apa yang saya lihat cikgu Othman merupkan seorang guru yang sangat komited dan mempunyai sifat empati yang tinggi dan tidak hairanlah mengapa beliau dianugerahkan sebagai guru cemerlang. Saya mengatakan beliau mempunyai empati yang tinggi adalah kerana beliau sanggup untuk datang ke kolej kediaman kami untuk kami temubual apabila beliau merasakan agak sukar untuk kami datang kesekolah beliau kerana jarak dari UKM ke SMK Sheras Jaya agak jauh dan tindakan beliau ini ini adalah satu perkara yang amat mustahil kita jumpa pada guru-guru lain. Selain itu apa yang saya dapat lihat pada cikgu Othman ini beliau sentiasa ingin berkongsikan pengalaman suka duka sebagai seorang guru kepada kami yang masih baru dalam dunia pendidikan. Hasil dari kedua-dua temubual ini, saya dapati bahawa untuk menjadi seorang yang begelar guru bukanlah hanya satu bentuk tugasan tetapi ia diiringi sekali dengan amanah yang perlu kita pikul untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna pada negara dan masyarakat.
  • 19. Disamping itu juga, apabila menjadi guru kita mesti melihat dimana kurangnya kita daripada asyik melihat dimana kurangnya orang lain dan guru kena sentiasa berfikiran positif iaitu guru mestilah melihat cabaran yang dihadapi sebagai pendidik ini satu pengalaman. C)Rumaisah Binti Sidi Ali
  • 20.
  • 21. 8.0 LAMPIRAN BIODATA AHLI KUMPULAN Nama : Zalia Bt Ibrahim Nama Panggilan : Aleeya atau Liya No .Matrik : A127678 Umur : 22 Tahun Tahun : 3 ( 2011/2012) Program : Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran No.Tel: 013-9550136 Asal : Pekan, Pahang Alamat semasa : K8J 207 Kolej Ungku Omar, 43600, Bangi, UKM. Alamat rumah : No. 5 Kg. Kajang, Merchong, 26680, Pekan, Pahang D.M Bilangan adik- beradik : 6 Orang anak ke-3 Status :Belum Berkahwin Hobi : Suka melukis
  • 22. Idola : Leonardo Da Vinci dan pelukis-pelukis Malaysia seperti Syed Ahmad Jamal Pengalaman Belajar : Dalam sepanjang proses belajar ini terlalu banyak sangat cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi ,suka duka, gembira dan sebagainya dan ketika inilah berbagai- bagai pengalaman dapat dirasai dan dinikmati sepanjang berada di UKM ini. Nama :Norsahrina Binti Asmawi Nama Panggilan :ina No .Matrik : A126723 Umur : 21 Tahun Tahun : 3 ( 2011/2012) Program : Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran No.Tel.: 013-4072120 Asal : Bagan Serai, Perak Alamat semasa :K8D 107 Kolej Kediaman Ungku Omar,UKM
  • 23. Alamat rumah : No 133, Parit Haji Taib 2, 34300 Bagan Serai, Perak D.R. Bilangan adik- beradik : 7 Orang anak ke-7 Status : Belum Berkahwin Hobi :“blogging” Idola : Ibu saya sendiri Pengalaman belajar: Pengalaman belajar di UKM adalah satu pengalaman paling indah sebagai seorang yang begelar pelajar dan terasa masa berlalu dengan begitu pantas dan rasa sangat bangga begelar mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM.