Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Kemahiran membaca
1. Pasa pendapat saya kanak-kanak harus digalakkan membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai cara dapat
dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Di rumah ibu bapa perlu menjadikan
membaca sebagai amalan harian. Ibu bapa yang gemar membaca memberi contoh yang baik kepada anak-
anak. Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku cerita untuk anak-anak yang belum tahu membaca. Dengan
cara ini, minat membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal lagi.
Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di
perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang digemari oleh mereka. Malah, di
perpustakaan sering diadakan aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap
buku dan tabiat membaca akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan sendirinya kanak-kanak
ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.
Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati
di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang kepada anak-anak untuk membeli buku pilihan mereka.
Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan tahap
mereka.
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak
kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Jika usaha ini dilakukan, minat membaca
akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian mereka.