Dokumen ini berisi teks acara untuk orientasi dan program transisi tahun pertama murid baru tahun 2015. Acara dimulai dengan sambutan dari kepala sekolah dan penolong kanannya, diikuti dengan bacaan puisi dan doa. Kemudian ada pengumuman dan sambutan dari pengerusi acara sebelum acara ditutup dengan ucapan dari kepala sekolah.
1. TEKS PENGACARAAN HARI ORIENTASI & PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1 2015
Tuan Puan, Hadirin Hadirat yang dihormati. Sebentar saja lagi majlis
kita akan dimulakan. Diminta para hadirin masuk ke dalam dewan
dan mengambil tempat masing-masing. Kerjasama tuan puan
didahului dengan ucapan terima kasih
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Yang berusaha
puan Noriah bt haji ismail
Guru Besar SK Puteri Pandan 1
Yang berusaha
Puan Rahemah bt shafiee , penolong kanan Tadbir dan Kurikulum
Puan Hajah Azizah bt Ayub, Penolong kanan hal ehwal murid
Puan Noor Hazlinda Bt Mohd Supian , penolong kanan ko-kurikulum..
rakan-rakan guru, ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri.
Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat
bersama-sama berkumpul di Taklimat program Juara murid Tahun 6
2015. Pihak majlis ingin merakamkan penghargaan, setulus hati atas
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Pengumuman
Alu-aluan pengerusi
majlis.
“Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat”.
Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin yang dihormati,
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini , marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dlafazkan oleh al fadhil ustaz Ahmad Lutfi bin Mustapha.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Ahmad Lutfi
bin Mustafa atas bacaan doa itu tadi. Semoga program kita pada
hari ini, diberkati dan diredhai oleh Allah.
Bacaan doa
Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata ucapan.
Hadirin sekalian, majlis dengan ini menjemput,
Yang berusaha
puan Noriah bt haji ismail
Guru Besar SK Puteri Pandan 1,
Untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.