SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
1notappismpsejarahgstt.blogspot.com
Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang
terdapat dalam Tamadun Yunani.
Pengenalan :
 Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang
dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Sekitar tahun 1000 – 800 S.M., telah
muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani. Negara kota yang paling
menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth. Penduduk di setiap negara kota Tamadun
Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku.
Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing
seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang
Pelophonesus. Peperangan telah menjadi elemen penting dalam Tamadun Yunani yang
sering menghadapi ancaman dan pencerobohan.
Konsep :
 Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung
sesuatu kesukaran atau penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat dari sudut mental dan
fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang itu mempunyai ketahanan.
Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan lasak, tabah, cekal serta sabar
apabila menghadapi kesukaran. Ketahanan juga menjadi unsur penting untuk
menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan berani dan rasional serta membela
sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada serangan dan ancaman musuh demi
mempertahankan negara.
 Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk
menjamin keselamatan serta kepentingan. Pertahanan meliputi aspek ketenteraan seperti
melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan dan sebagainya.
Isi-isi :
Penggunaan Kereta Kuda :
 Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda.
Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang
2notappismpsejarahgstt.blogspot.com
dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari kereta kuda
meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing.
Penggunaan Phalanx :
 Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx. Tunjang
kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki berlembing,
bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx. Melalui formasi phalanx
ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3 meter akan berbaris rapat-rapat
dalam satu barisan sehingga lembing-lembing panjang mereka membentuk seperti duri
landak. Biasanya mereka menggunakan lapan hingga sepuluh lapis barisan phalanx.
Pihak musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh phalanx yang dilindungi oleh
lembing-lembing tajam itu.
Tentera Elit dan Bawahan :
 Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit yang
terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap. Terdapat
juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan senjata yang
baik. Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin).
Taktik Berperang :
 Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah bertempur
secara bersemuka (berdepan). Pasukan phalanx akan merempuh bahagian tengah musuh
manakala pasukan sayap akan melakukan pemusnahan yang seterusnya apabila barisan
musuh telah menjadi kucar-kacir. Dalam lain perkataan, sekiranya bahagian phalanx
gagal, maka lemahlah seluruh pasukan tentera.
Latihan Tentera Sparta :
 Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan.
Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering
menghadapi pemberontakan dari golongan helot. Hanya bayi golongan peer yang sihat
sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu
kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban
untuk negaranya. Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan
fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia.
3notappismpsejarahgstt.blogspot.com
Organisasi Tentera Graeco-Roman :
 Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx. Jumlah
anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala
panjang lembing ditambah menjadi 4 meter. Peralatan tentera Yunani yang ringan
diubah menjadi berat. Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai
oleh askarnya. Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia
mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti).
Bincangkan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kepada kerajaan
Serivijaya, Majapahit dan Melaka.
Pendahuluan :
 Kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya meluaskan kuasa
kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik. Kekuatan
ketenteraan menyebabkan mereka meluaskan wilayah dan meramaikan pengikut.
Isi :
Kategori Tentera :
 Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu
 Sapta Dharmaputra
 Bhayangkari
 Tentera Biasa
 Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang
mempunyai kekuatan fizikal dan mental.
 Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab
menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.
 Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan
daerah jajahan takluk.
Tentera Laut :
 Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat.
 Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan
mengawal aktiviti perlanunan.
 Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan
mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka.
 Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai
armada laut.
Peralatan Perang :
4notappismpsejarahgstt.blogspot.com
 Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional
seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.
 Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga,
rentaka, terkul, pemuras dan lotang.
 Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan
peperangan.
Jenis Tentera :
 Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan.
 Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang
berdaulat.
 Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera.
 Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.
 Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang Selat
Melaka.
 Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.
Pentadbiran Tentera :
 Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap.
 Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda , Senapati (Hulubalang),
Pratisara (Komander Tentera) dan Syahbandar.
 Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Mangkabumi.
 Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan memberi arahan kepada
tentera.
 Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu oleh
Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.
Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun India pada zaman klasik.
Pendahuluan :
 Tamadun India mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur pada
zaman klasik. Peperangan dianggap sebagai peristiwa bersifat keagamaan. Ketenteraan
yang cekap mewujudkan empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India.
Isi :
Kategori Tentera
 Tentera terbahagi kepada 4 kategori iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera
berkereta kuda dan tentera infantri. Kategori lain ialah tentera laut, pengintip, kumpulan
perantis dan komisariat ( pegawai perbekalan tentera ).
Komposisi Tentera :
5notappismpsejarahgstt.blogspot.com
 Unit asas tentera India ialah Patti. Angkatan tentera yang lengkap dikenali sebagai
aksauhiri yang terdiri daripada 21,870 Patti.
Bilangan Tentera :
 Pemerintah di India pada zaman klasik mempunyai bala tentera yang besar. Contoh, Raja
Nanda mempunyai 20,000 kavalri, 2000 kereta kuda, 200,000 tentera infantri dan jumlah
gajah yang berbeza iaitu sama ada 1000, 4000 atau 6000 ekor gajah.
Struktur Pentadbiran Tentera :
 Raja dibantu oleh Panglima Agung yang dikenali sebagai Mahasenapati. Panglima
tentera dibantu oleh kapten yang dikenali sebagai Nayaka atau Pandanayaka.
Perkhidmatan Logistik :
 Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang-tukang masak dalam tentera.
Teknologi Ketenteraan :
 Alatan yang digunakan ialah meriam, kayu pelantak, busur, panah beracun, pedang,
tombak dan lembing
Kubu dan Tembok Pertahanan
 Bandar Rajagraha iaitu ibukota Magadha mempunyai tembok yang panjang.
Jelaskan organisasi ketenteraan dalam Tamadun Mesopotamia pada tamadun awal
manusia.
Pendahuluan :
 Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan
terancang. Organisasi ketenteraan merujuk kepada pengendalian atau penyusunan
pasukan tentera. Masyarakat Mesopotamia mempunyai kemahiran mengatur strategi serta
mengkordinasikan pelbagai unit tentera secara terancang. Perkembangan ini meletakkan
asas bagi kejayaan orang Mesopotamia membina empayar.
Isi :
Matlamat Utama Peperangan :
 Mempertahankan negara kota daripada serangan orang gasar, merebut tanah pertanian
yang subur dan meluaskan kuasa dan empayar.
Jenis Tentera :
6notappismpsejarahgstt.blogspot.com
 Pasukan tentera di Mesopotamia diketuai oleh raja dan dibantu oleh dua jenis tentera iaitu
tentera professional (Agaush) dan tentera kerahan (Eren). Unit tentera wanita yang
ditugaskan menyediakan makanan. Pasukan tentera di peringkat wilayah yang diketuai
oleh Gabenor bagi mengawal ibu kota negara, istana dan kawasan luar bandar.
Komposisi Tentera :
 Pasukan tentera Mesopotamia terdiri daripada ramai askar. Kemampuan para pemerintah
merekrut askar yang ramai serta mengawal mereka jelas memperlihatkan keunggulan.
Contoh, pada zaman pemerintahan Sargon terdapat 5400 tentera raja. Pada zaman
pemerintahan Tiglathpeleser terdapat 50,000 askar dan pasukan tentera.
Pelbagai Kategori :
 Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser, pasukan tentera tetap terbahagi kepada tiga
kategori iaitu tentera infantri, tentera kavalri dan tentera kereta kuda. Pada zaman
pemerintahan Ashurnasirpal, tentera infantri dibahagikan kepada infantri berat dan
infantri ringan.
Strategi dan Taktik Peperangan :
 Tentera Assyria terkenal kerana kemahiran mereka dalam menghasilkan taktik dan
strategi peperangan iaitu membina terowong, kubu dan tembok pertahanan. Selain itu
mereka juga memiliki kemahiran merobohkan kubu dan tembok pertahanan musuh.
Taktik seterusnya ialah menakutkan musuh dengan jeritan perang, membakar kubu dan
membunuh tawanan perang. Mereka mempunyai kebolehan mewujudkan koordinasi
tentera yang cekap melibatkan pelbagai unit tentera.
Jenis Peralatan Perang :
 Pada zaman awal, peralatan seperti busur, panah, perisai dan kereta kuda digunakan.
Pemerintahan Sargon menggunakan peralatan seperti lembing dan panah. Pada zaman
Tiglathpeleser, peralatan seperti tombak panjang, panah, pedang kecil, pisau cokmar,
kasut bot bertali, perisai, busur dan topi.
Dengan merujuk tamadun-tamadun awal, jelaskan strategi dan taktik yang digunakan
dalam peperangan.
Pendahuluan :
 Strategi peperangan asas kepada corak pengendalian peperangan. Objektif atau sasaran
dapat digunakan dengan berkesan melalui penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata
serta pergerakan logistik tentera. Perubahan strategi penting dalam menentukan
keputusan peperangan (keputusan boleh berubah disebabkan faktor geografi, keluasan,
saiz tentera, saiz tentera musuh, iklim, objektif, jangka panjang dan jangka pendek).
Kejayaan sesuatu strategi bergantung kepada sokongan logistik.
7notappismpsejarahgstt.blogspot.com
Isi :
Strategi Pertahanan :
 Bertujuan mengekalkan status quo. Strategi pertahanan diperlihatkan melalui proses
pembinaan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat strategik. Contoh, strategi dalam
tamadun India pada zaman Maurya ialah terdapat tembok panjang yang dibina di kota
Rajagraha, ibu kota Magadha.
Strategi Menjalani Perikatan Tentera :
 Strategi ini merupakan jalinan perikatan tentera dengan kuasa atau negara jiran serta
negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh. Contohnya, pada
zaman Dinasti Han, tenteranya menjalin hubungan rapat dengan Yueh-Chi untuk
membendung musuh Hsiung-Nu.
Strategi Penyerangan Secara Langsung :
 Terdapat dua perkara penting dalam menjalankan strategi penyerangan secara langsung
iaitu memilih masa yang sesuai untuk penyerangan dan kedua pemilihan tempat. Penting
dalam usaha meluaskan sempadan empayar mereka atau menjalankan penaklukan demi
kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan membawa kepada peluasan
empayar Graeco-Rom ke Semenanjung Itali dan laut Mediterranean.
Strategi Pengepungan :
 Bertujuan menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat
yang strategik. Contoh, strategi pengepungan Troy, pengepungan Avaricum dan Alesia
pada zaman Julius Caesar dan pengepungan Konstantinople semasa Perang Salib.

More Related Content

What's hot

Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)zaidatol zulkiflly
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 
Ssistem pemerintahan t.mesopotamia
Ssistem pemerintahan t.mesopotamiaSsistem pemerintahan t.mesopotamia
Ssistem pemerintahan t.mesopotamiabaskaran.subramaniam
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Kesedaran untuk merdeka
Kesedaran untuk merdekaKesedaran untuk merdeka
Kesedaran untuk merdekafiro HAR
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisionalguesta13067f
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani
Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunaniSistem pemerintahan dan pentadbiran yunani
Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunaniMalar Muthiah
 
Ekonomi masyarakat tamadun yunani
Ekonomi masyarakat tamadun yunaniEkonomi masyarakat tamadun yunani
Ekonomi masyarakat tamadun yunaniMalar Muthiah
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalNur Az
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razakfiro HAR
 
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Durratun Dian
 
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Dg Suhaili
 

What's hot (20)

Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
Ssistem pemerintahan t.mesopotamia
Ssistem pemerintahan t.mesopotamiaSsistem pemerintahan t.mesopotamia
Ssistem pemerintahan t.mesopotamia
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Kesedaran untuk merdeka
Kesedaran untuk merdekaKesedaran untuk merdeka
Kesedaran untuk merdeka
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Faktor kemunculan ng bangsa
Faktor kemunculan ng bangsaFaktor kemunculan ng bangsa
Faktor kemunculan ng bangsa
 
Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisional
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Kelemahan pentadbiran melaka
Kelemahan pentadbiran melakaKelemahan pentadbiran melaka
Kelemahan pentadbiran melaka
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani
Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunaniSistem pemerintahan dan pentadbiran yunani
Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani
 
Ekonomi masyarakat tamadun yunani
Ekonomi masyarakat tamadun yunaniEkonomi masyarakat tamadun yunani
Ekonomi masyarakat tamadun yunani
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razak
 
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
 
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
Undang-undang Tubuh Johor STPM Sem3
 

More from firo HAR

Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitPenyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitfiro HAR
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Pengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahPengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahfiro HAR
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahfiro HAR
 
Lampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursusLampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursusfiro HAR
 
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docxfiro HAR
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docxfiro HAR
 
Sejarah lisan
Sejarah lisanSejarah lisan
Sejarah lisanfiro HAR
 
6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarahfiro HAR
 
6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitiafiro HAR
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayatfiro HAR
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarahfiro HAR
 
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
3.0  komponen dan kandungan sejarah sr3.0  komponen dan kandungan sejarah sr
3.0 komponen dan kandungan sejarah srfiro HAR
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melakafiro HAR
 
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarahfiro HAR
 
2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarahfiro HAR
 

More from firo HAR (20)

Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitPenyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkit
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahPengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjah
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjah
 
Nota 3
Nota 3Nota 3
Nota 3
 
Nota 2
Nota 2Nota 2
Nota 2
 
Lampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursusLampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursus
 
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
 
Sejarah lisan
Sejarah lisanSejarah lisan
Sejarah lisan
 
6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah
 
6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
 
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
3.0  komponen dan kandungan sejarah sr3.0  komponen dan kandungan sejarah sr
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
 
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
 
2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah
 

Konsep ketahanan dan pertahanan

  • 1. 1notappismpsejarahgstt.blogspot.com Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani. Pengenalan :  Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Sekitar tahun 1000 – 800 S.M., telah muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani. Negara kota yang paling menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth. Penduduk di setiap negara kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku. Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus. Peperangan telah menjadi elemen penting dalam Tamadun Yunani yang sering menghadapi ancaman dan pencerobohan. Konsep :  Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran atau penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat dari sudut mental dan fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang itu mempunyai ketahanan. Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan lasak, tabah, cekal serta sabar apabila menghadapi kesukaran. Ketahanan juga menjadi unsur penting untuk menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan berani dan rasional serta membela sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada serangan dan ancaman musuh demi mempertahankan negara.  Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan. Pertahanan meliputi aspek ketenteraan seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan dan sebagainya. Isi-isi : Penggunaan Kereta Kuda :  Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda. Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang
  • 2. 2notappismpsejarahgstt.blogspot.com dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing. Penggunaan Phalanx :  Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx. Tunjang kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx. Melalui formasi phalanx ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3 meter akan berbaris rapat-rapat dalam satu barisan sehingga lembing-lembing panjang mereka membentuk seperti duri landak. Biasanya mereka menggunakan lapan hingga sepuluh lapis barisan phalanx. Pihak musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh phalanx yang dilindungi oleh lembing-lembing tajam itu. Tentera Elit dan Bawahan :  Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit yang terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap. Terdapat juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan senjata yang baik. Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin). Taktik Berperang :  Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah bertempur secara bersemuka (berdepan). Pasukan phalanx akan merempuh bahagian tengah musuh manakala pasukan sayap akan melakukan pemusnahan yang seterusnya apabila barisan musuh telah menjadi kucar-kacir. Dalam lain perkataan, sekiranya bahagian phalanx gagal, maka lemahlah seluruh pasukan tentera. Latihan Tentera Sparta :  Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan. Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering menghadapi pemberontakan dari golongan helot. Hanya bayi golongan peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya. Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia.
  • 3. 3notappismpsejarahgstt.blogspot.com Organisasi Tentera Graeco-Roman :  Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx. Jumlah anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala panjang lembing ditambah menjadi 4 meter. Peralatan tentera Yunani yang ringan diubah menjadi berat. Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai oleh askarnya. Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti). Bincangkan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kepada kerajaan Serivijaya, Majapahit dan Melaka. Pendahuluan :  Kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya meluaskan kuasa kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik. Kekuatan ketenteraan menyebabkan mereka meluaskan wilayah dan meramaikan pengikut. Isi : Kategori Tentera :  Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu  Sapta Dharmaputra  Bhayangkari  Tentera Biasa  Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental.  Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.  Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan daerah jajahan takluk. Tentera Laut :  Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat.  Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan mengawal aktiviti perlanunan.  Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka.  Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai armada laut. Peralatan Perang :
  • 4. 4notappismpsejarahgstt.blogspot.com  Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.  Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang.  Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan peperangan. Jenis Tentera :  Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan.  Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat.  Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera.  Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.  Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang Selat Melaka.  Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar. Pentadbiran Tentera :  Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap.  Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda , Senapati (Hulubalang), Pratisara (Komander Tentera) dan Syahbandar.  Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Mangkabumi.  Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan memberi arahan kepada tentera.  Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu oleh Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung. Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun India pada zaman klasik. Pendahuluan :  Tamadun India mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur pada zaman klasik. Peperangan dianggap sebagai peristiwa bersifat keagamaan. Ketenteraan yang cekap mewujudkan empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India. Isi : Kategori Tentera  Tentera terbahagi kepada 4 kategori iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Kategori lain ialah tentera laut, pengintip, kumpulan perantis dan komisariat ( pegawai perbekalan tentera ). Komposisi Tentera :
  • 5. 5notappismpsejarahgstt.blogspot.com  Unit asas tentera India ialah Patti. Angkatan tentera yang lengkap dikenali sebagai aksauhiri yang terdiri daripada 21,870 Patti. Bilangan Tentera :  Pemerintah di India pada zaman klasik mempunyai bala tentera yang besar. Contoh, Raja Nanda mempunyai 20,000 kavalri, 2000 kereta kuda, 200,000 tentera infantri dan jumlah gajah yang berbeza iaitu sama ada 1000, 4000 atau 6000 ekor gajah. Struktur Pentadbiran Tentera :  Raja dibantu oleh Panglima Agung yang dikenali sebagai Mahasenapati. Panglima tentera dibantu oleh kapten yang dikenali sebagai Nayaka atau Pandanayaka. Perkhidmatan Logistik :  Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang-tukang masak dalam tentera. Teknologi Ketenteraan :  Alatan yang digunakan ialah meriam, kayu pelantak, busur, panah beracun, pedang, tombak dan lembing Kubu dan Tembok Pertahanan  Bandar Rajagraha iaitu ibukota Magadha mempunyai tembok yang panjang. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam Tamadun Mesopotamia pada tamadun awal manusia. Pendahuluan :  Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan terancang. Organisasi ketenteraan merujuk kepada pengendalian atau penyusunan pasukan tentera. Masyarakat Mesopotamia mempunyai kemahiran mengatur strategi serta mengkordinasikan pelbagai unit tentera secara terancang. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kejayaan orang Mesopotamia membina empayar. Isi : Matlamat Utama Peperangan :  Mempertahankan negara kota daripada serangan orang gasar, merebut tanah pertanian yang subur dan meluaskan kuasa dan empayar. Jenis Tentera :
  • 6. 6notappismpsejarahgstt.blogspot.com  Pasukan tentera di Mesopotamia diketuai oleh raja dan dibantu oleh dua jenis tentera iaitu tentera professional (Agaush) dan tentera kerahan (Eren). Unit tentera wanita yang ditugaskan menyediakan makanan. Pasukan tentera di peringkat wilayah yang diketuai oleh Gabenor bagi mengawal ibu kota negara, istana dan kawasan luar bandar. Komposisi Tentera :  Pasukan tentera Mesopotamia terdiri daripada ramai askar. Kemampuan para pemerintah merekrut askar yang ramai serta mengawal mereka jelas memperlihatkan keunggulan. Contoh, pada zaman pemerintahan Sargon terdapat 5400 tentera raja. Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser terdapat 50,000 askar dan pasukan tentera. Pelbagai Kategori :  Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser, pasukan tentera tetap terbahagi kepada tiga kategori iaitu tentera infantri, tentera kavalri dan tentera kereta kuda. Pada zaman pemerintahan Ashurnasirpal, tentera infantri dibahagikan kepada infantri berat dan infantri ringan. Strategi dan Taktik Peperangan :  Tentera Assyria terkenal kerana kemahiran mereka dalam menghasilkan taktik dan strategi peperangan iaitu membina terowong, kubu dan tembok pertahanan. Selain itu mereka juga memiliki kemahiran merobohkan kubu dan tembok pertahanan musuh. Taktik seterusnya ialah menakutkan musuh dengan jeritan perang, membakar kubu dan membunuh tawanan perang. Mereka mempunyai kebolehan mewujudkan koordinasi tentera yang cekap melibatkan pelbagai unit tentera. Jenis Peralatan Perang :  Pada zaman awal, peralatan seperti busur, panah, perisai dan kereta kuda digunakan. Pemerintahan Sargon menggunakan peralatan seperti lembing dan panah. Pada zaman Tiglathpeleser, peralatan seperti tombak panjang, panah, pedang kecil, pisau cokmar, kasut bot bertali, perisai, busur dan topi. Dengan merujuk tamadun-tamadun awal, jelaskan strategi dan taktik yang digunakan dalam peperangan. Pendahuluan :  Strategi peperangan asas kepada corak pengendalian peperangan. Objektif atau sasaran dapat digunakan dengan berkesan melalui penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata serta pergerakan logistik tentera. Perubahan strategi penting dalam menentukan keputusan peperangan (keputusan boleh berubah disebabkan faktor geografi, keluasan, saiz tentera, saiz tentera musuh, iklim, objektif, jangka panjang dan jangka pendek). Kejayaan sesuatu strategi bergantung kepada sokongan logistik.
  • 7. 7notappismpsejarahgstt.blogspot.com Isi : Strategi Pertahanan :  Bertujuan mengekalkan status quo. Strategi pertahanan diperlihatkan melalui proses pembinaan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat strategik. Contoh, strategi dalam tamadun India pada zaman Maurya ialah terdapat tembok panjang yang dibina di kota Rajagraha, ibu kota Magadha. Strategi Menjalani Perikatan Tentera :  Strategi ini merupakan jalinan perikatan tentera dengan kuasa atau negara jiran serta negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh. Contohnya, pada zaman Dinasti Han, tenteranya menjalin hubungan rapat dengan Yueh-Chi untuk membendung musuh Hsiung-Nu. Strategi Penyerangan Secara Langsung :  Terdapat dua perkara penting dalam menjalankan strategi penyerangan secara langsung iaitu memilih masa yang sesuai untuk penyerangan dan kedua pemilihan tempat. Penting dalam usaha meluaskan sempadan empayar mereka atau menjalankan penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan membawa kepada peluasan empayar Graeco-Rom ke Semenanjung Itali dan laut Mediterranean. Strategi Pengepungan :  Bertujuan menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang strategik. Contoh, strategi pengepungan Troy, pengepungan Avaricum dan Alesia pada zaman Julius Caesar dan pengepungan Konstantinople semasa Perang Salib.