1. Rumusan artikel 1.
Albert bandura dilahirkan pada tanggal 4 Desember 1925 di Mundare, sebuah
kota kecil di barat daya Alberta Kanada sekitar 50 mil sebelah timur Edmonton. Dia
adalah anak bungsu dan hanya satu-satunya anak laki-laki di antara enam bersaudara
dari keluarga keturunan Eropa Timur. Kedua orang tuanya telah ber-emigrasi ke
Kanada ketika mereka remaja, ayahnya dari Krakow Polandia dan ibunya dari
Ukraina. Ayah Bandura bekerja menjaga perlintasan kereta api jalur trans-Kanada dan
ibunya bekerja di toko general Town. Pada tahun 1952 Albert Bandura menikah
dengan Virginia Varns, yang bekerja menjadi staf pengajar di Universitas Perawat.
Beliau telah mengemukakan teori social-kognitif iaitu pembelajaran melalui
peniruan. Tingkah laku orang lain yang ditiru disebut sebagai tingkah laku model atau
contoh. Seterusnya teori pembelajaran yang dikemukakan oleh beliau mempunyai 3
unsur di dalamnya iaitu perilaku model (contoh), pengaruh perilaku model, dan proses
internal pelajar. Perilaku model ialah perilaku yang menjadi contoh untuk ditiru dan
berlaku proses mengenal tingkah laku tersebut. Setelah mengenal tingkah laku
tersebut maka berlaku proses pertimbangan dan memutuskan untuk meniru sehingga
menjadi tingkah lakunya sendiri. Apabila bersesuaian dengan keadaan dirinya (minat,
pengalaman, cita-cita, tujuan dan sebagainya) maka perilaku itu akan ditiru.
Dalam proses belajar juga terdapat urutannya yang tersendiri iaitu yang
pertama ialah tahap perhatian (attention phase). Pada tahap ini murid akan lebih
tertarik melalui pemerhatian mereka. Apa sahaja yang mereka lihat dan dapat menarik
perhatian mereka akan menjadi satu proses pembelajaran. Oleh itu guru haruslah
menyediakan bahan-bahan yang menarik dan unik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat menarik perhatian murid. Seterusnya ialah tahap
penyimpanan dalam ingatan (retention phase). Pada tahap ini, semua maklumat
berupa tingkah laku dan bahan akan disimpan dalam memori murid. Untuk
memudahkan proses mengingat guru haruslah membuat aktiviti yang melibatkan
sebutan, penulisan, melabel, dan contoh berserta bahan maujud.
Tahap ketiga iaitu tahap reproduksi (reproduction phase). Pada tahap ini guru
biasanya akan memberi ujian kepada murid-murid untuk mempertingkatkan
penguasaan dan kefahaman mereka. Seterusnya ialah tahap motivasi(motivation
2. phase), tahap ini ialah tahap terakhir dalam urutan proses belajar. Tahap ini berfungsi
untuk menguatkan segala informasi yang telah di hadam oleh murid-murid. Cara untuk
menguatkan segala informasi ialah dengan cara memberi pujian, hadiah atau sesuatu
yang bernilai untuk murid-murid. Bagi yang masih belum menguasai sebarang bentuk
maklumat yang dihendaki, guru harus kerap mengingatkan murid tentang pentingnya
menguasai ilmu atau maklumat tersebut.
Seterusnya, dalam pemikiran moral terdapat satu pemikiran yang berkait rapat
dengan pemikiran Albert Bandura iaitu pemikiran rasionalis. Di mana pemikiran ini
ialah berdasarkan rasional, waras dan logik. Sama seperti teori Albert Bandura di
mana murid akan berfikir mana tingkah laku yang sesuai untuk ditiru. Murid perlu
membuat pertimbangan secara rasional sebelum memilih tingkah laku yang sesuai.
3. dan patut dalam domain moral dan “bagaimana” (bentuk) membuat pertimbangan
moral yang berprinsip.