Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
1 manusia bernafas
1. SCIENCE YEAR 4
THEME : INVESTIGATING LIVING THINGS
TEMA : MENYIASAT ALAM HIDUPAN
LEARNING AREA : 2. LIVING THINGS UNDERGO
LIFE PROCESSES
SKOP PEMBELAJARAN : ALAM HIDUPAN MELALUI PROSES HIDUP
L/OBJECTIVES : 2.1 ANALYZING LIFE PROCESS
THAT HUMANS UNDERGO.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : ANALISA PROSES HIDUPAN MANUSIA
2. BERNAFASBERNAFAS
1. Manusia bernafas untuk mendapatkan
oksigen yang diperlukan oleh badan.
2. Dada kita akan naik semasa menyedut
udara dan dada akan turun semasa kita
menghembus udara.
3. Proses pernafasan / respirasi melibatkan
proses menarik dan menghembus nafas.
4. Apabila kita menarik nafas, udara masuk
melalui hidung ke peparu.
3. 5. Apabila kita menghembus nafas, udara
dikeluarkan dari peparu melalui hidung.
6. Udara yang disedut mempunyai lebih
oksigen daripada udara yang dihembus.
7. Udara yang dihembus pula mempunyai
lebih karbon dioksida daripada udara yang
disedut.
4. Organ PernafasanOrgan Pernafasan
1. Peparu adalah organ pernafasan manusia.
2. Organ lain yang terlibat semasa proses
pernafasan ialah hidung dan salur udara.
3. Udara masuk dan keluar dari peparu
melalui organ-organ ini apabila kita
bernafas.
4. Apabila kita menghembus nafas udara di
dalam peparu masuk ke dalam salur
udara.Salur udara kemudiannya membawa
udara ke hidung dan dihembus keluar.
5. Rajah Menunjukkan Laluan Udara
Semasa Proses Pernafasan / Respirasi
Hidung Peparu
• Apabila kita menarik - Di dalam peparu
nafas, udara masuk ke oksigen di dalam
dalam hidung. udara disedut masuk
ke dalam darah kita.
Salur Udara - Karbon dioksida
• Dari hidung, udara di dalam darah kita
masuk ke dalam salur udara. akan masuk ke
• Dua cabang salur udara dalam peparu.
membawa udara ke dalam
peparu.
6. Kadar PernafasanKadar Pernafasan
1. Kadar pernafasan adalah bilangan
pergerakan dada dalam satu tempoh masa.
2. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis
aktiviti yang dilakukan.
3. Bila kita berehat, kadar pernafasan
biasanya 20 kali dalam satu minit.
4. Bila kita bersenam, kadar pernafasan
biasanya lebih tinggi kira-kira 30 kali dalam
satu minit.
7. 5. Badan kita memerlukan lebih banyak
oksigen apabila kita bersenam. Jadi, kita
akan bernafas dengan lebih cepat.
6. Individu yang berlainan mempunyai kadar
pernafasan yang berbeza.