Sinopsis
Buku ini mengupas tentang sejarah penjajahan di negara kita dan peranan pejuang bangsa yang mengorbankan kepentingan diri demi menegakkan hak. Mereka membanteras ketidakadilan yang menular akibat agenda jahat penjajah dan menentang ketirisan dalam kalangan pemimpinyang berkompromi dengan penjajah.
Petualang dilihat sebagai hero, sementara pejuang pula dilihat sebagai petualang. Ramai yang teruja dengan janji penjajah dan proksi mereka. Namun kesan jangka masa panjang pula terpaksa ditanggung oleh rakyat yang menjadi hamba di tanah tumpah darah sendiri. Dalam sebuah pengorbanan, tentu saja kita akan mengalami pelbagai kesulitan dan ketidakselesaan kerana terpaksa menghadapi pelbagai tentangan daripada pihak musuh.
Mat kilau meruapakan seorang tokoh wira bangsa Melayu. Nama penuh Mat Kilau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Beliau adalah seorang anak muda yang tinggi ilmu agamanya, beradab dan juga berakhlak. Beliau turut memiliki kemahiran dalam bidang agama meliputi mengaji, berzanji dan berdikir Maulud. Selain itu, beliau turut terkenal dengan kehebatan dalam ilmu kebatinan.
Mat Kilau terkenal dengan keberanian dan kegagahannya melancarkan gerakan penentangan sekitar tahun 1891 hingga 1895 keraha membantah campur tangan British dalam urusan pentadbiran Pahang. Perjuangan dan ketokohan Mat Kilau dapat dilihat daripada kesungguhan dan kesanggupan beliau secara berterusan dalam menentang British walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Penentangan yang dilakukan oleh Mat Kilau di Pahang adalah disebabkan perasaan tidak puas hati rakyat Pahang terhadap pengenalan beberapa perubahan oleh pihak British seperti sistem lesen dan permit. Sebagai contoh, mereka terpaksa memperoleh lesen atau permit bagi mendapatkan hasil hutan seperti kayu dan daun rembia. Selain itu, wujudnya perasaan benci terhadap orang asing (xenophobia) turut mencetuskan semarak kebencian dan pemberontkan di Pahang.
Antara faktor kebangkitan Mat Kilau menentang penjajah adalah disebabkan penguasaan ekonomi Pahang diberikan sepenuhnya kepada pihak British. Disebabkan British tidak cakna dalam hal yang berkaitan pembangunan ekonomi, maka ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu Pahang kerana mereka merasa ditindas pleh pihak penjajah. Selain itu, hilangnya kuasa Sultan Pahang dalam hal pentadbiran negeri. Campur tangan British terhadap hak masyarakat Melayu dan kemasukan pelombong China dan Eropah juga turut memberi kesan dalam kebangkitan Mat Kilau untuk berjuang mempertahankan tanah airnya.
Mat Kilau merupakan salah seorang tokoh pejuang tulen. Beliau sanggup berkorban untuk agama dan bangsanya. Beliau sanggup mengetepikan keselesaan dan kebahgiaan berkeluarga serta kehidupan yang tenteram untuk berjuang menentang ketidakadilan. Beliau juga sanggup dihina dan dicerca bagi mendaulatkan prinsip yang tersemat di sanubari. Itulah yang dikatakan
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
jalan raya.docx
1. UNDANG-UNDANG & PERATURAN
Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu
perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan
keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa
di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat
untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah.
Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang
wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah
melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua,
lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan
berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan
warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan
keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa
menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat
undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau
bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua
buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi
keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera.
Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan
perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan
2. apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda
semasa menunggang basikal di jalan raya.
Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali
pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar
dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan.
Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan
keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna
cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila
masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa
dipatuhi.
Kepentingan
KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG
KESELAMATAN JALAN RAYA
Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan
selamat
Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan lancar