SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
GEOGRAFI STPM-PENGGAL 3
BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA – IMPAK AKTIVITI MANUSIA
TERHADAP ALAM SEKITAR
Impak Aktiviti Manusia Terhadap Alam Sekitar Fizikal
1 Interaksi antara alam sekitar fizikal dengan alam sekitar manusia yang berlaku secara
berterusan akan menyebabkan berlakunya:
(a) kemerosotan kualiti alam sekitar
(b) kemerosotan dan kepupusan sumber
2 Kemerosotan kualiti alam sekitar disebabkan oleh aktiviti manusia yang dilakukan
secara berlebihan tanpa melihat kepada kemampuan alam sekitar fizikal sehingga boleh
mendatangkan kesan negatif seperti hakisan, tanah runtuh, kegagalan cerun, banjir,
kemarau, tanah tandus, pencemaran serta pemanasan setempat dan global.
(a) Hakisan
Hakisan tanah melibatkan kerosakan dan kemusnahan tanah, terutamanya
bahagian permukaan tanah menjadi haus akibat dihakis oleh air, angin dan
glasier. Aktiviti penerokaan hutan mempercepatkan hakisan tanah. Tanah yang
mengalami hakisan akan menjadi tandus dan hilang kesuburan.
(b) Tanah runtuh
Tanah runtuh melibatkan pergerakan tanih secara cepat yang disebabkan oleh
aktiviti manusia seperti pembalakan, pembinaan petempatan dan pertanian di
Iereng kawasan tanah tinggi dan di cerun bukit. Ketiadaan tumbuhan
menyebabkan struktur tanah menjadi lemah kerana tiada akar tumbuhan untuk
mencengkam tanah. Kejadian tanah runtuh boleh mengorbankan nyawa dan
merosakkan harta benda.
(c) Kegagalan cerun
Hal ini merujuk kerosakan dan kelonggaran struktur tanah di cerun bukit atau
tebing $4 tinggi yang melibatkan aliran perlahan atau cepat kesan daripada
aktiviti manusia seperti pertanian di cerun bukit. Ketiadaan tumbuhan
menyebabkan tanah menjadi longgar dan cerun mengalami kegagalan lalu runtuh
ke bawah.
(d) Banjir
Banjir melibatkan limpahan badan air seperti sungai dan tasik ke permukaan
bumi sehingga boleh memusnahkan persekitaran sistem fizikal. Banjir kilat
berlaku akibat curahan hujan yang lebat dalam tempoh masa yang singkat di
kawasan bandar. Banjir menyebabkan kawasan petempatan dan jalan raya
ditenggelami air, mengganggu kehidupan manusia dan menjejaskan perniagaan.
(e) Kemarau
Kemarau merupakan keadaan persekitaran fizikal yang mengalami peningkatan
suhu dengan keadaan udara yang kering secara berpanjangan, kekeringan badan
air dan ketandusan tanih serta kemusnahan flora dan fauna. Kemarau
menyebabkan banyak tanaman musnah, kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan
dengan sempurna kerana tidak mencukupi air dan menjejaskan kegiatan seharian
manusia.
(f) Tanah tandus
Tanah tandus merupakan tanah yang kering dan gondol yang tidak ditumbuhi
oleh tumbuhan disebabkan oleh aktiviti manusia atau punca semula jadi seperti
kemarau berpanjangan. Tanah tandus wujud akibat kegiatan perlombongan dan
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
penggunaan tanah yang intensif dengan menanam sejenis tanaman sahaja. Tanah
tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih.
(g) Pencemaran
(i) Pencemaran udara merujuk kehadiran gas-gas pencemar seperti karbon
dioksida, sulfur dioksida, karbon monoksida, dan metana serta habuk dan
debu dalam udara. Pencemaran udara berpunca daripada aktiviti manusia
seperti pembakaran terbuka, perindustrian, pembakaran bahan api fosil dan
pembakaran hutan untuk kegiatan pertanian.
(ii) Pencemaran air berlaku disebabkan oleh wujud pelbagai jenis bahan
tercemar di dalam sungai, tasik atau laut. Punca pencemaran air ialah
racun rumpai, racun serangga dan bahan buangan industri yang
disalurkan ke dalam sistem saliran.
(iii) Pencemaran bau berpunca dari kawasan pelupusan sampah, parit atau
longkang yang tersumbat, sungai yang tercemar, kawasan ternakan
ladang dan longgokan sampah di kawasan petempatan manusia.
Pencemaran bau menimbulkan ketidakselesaan dan menyebabkan
pelbagai wabak penyakit kepada penduduk di sekitarnya.
(iv) Pencemaran bunyi disebabkan oleh letupan yang kuat di kawasan kuari,
jentera di tapak pembinaan dan mesin di kilang.
(v) Pencemaran tanih berpunca daripada bahan buangan dalam bentuk air dan
pepejal seperti sisa toksik, sisa kilang dan minyak. Hal ini menyebabkan
kualiti tanah berkurangan dan tidak sesuai untuk kegiatan pertanian.
(vi) Pembuangan sampah sarap secara tidak sistematik mengeluarkan bau
yang kurang menyenangkan serta menjejaskan pemandangan kawasan
sekitarnya. Kawasan pembuangan sampah juga menjadi tempat
pembiakan serangga yang mendatangkan penyakit kepada manusia.
(vii) Pembuangan sisa toksik seperti plumbum, kadmium dan bahan radioaktif
mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar. Sisa
minyak yang dibuang ke dalam sungai memusnahkan hidupan akuatik.
(h) Pemanasan setempat dan global melibatkan peningkatan suhu secara lokasi
śetempat seperti kawasan bandar. Manakala pemanasan global merupakan
peningkatan suhu secara menyeluruh atau sejagat di permukaan bumi hasil
daripada aktiviti manusia secara berlebihan seperti pembalakan haram.
3. Kemerosotan dan kepupusan sumber merupakan keadaan sumber semula jadi terjejas
atau kehabisan akibat aktiviti manusia yang dilakukan terhadap alam sekitar fizikal
secara berlebihan.
4. Sumber diteroka tanpa perancangan yang baik dan tidak mempedulikan kesan terhadap
alam sekitar yang didiami oleh manusia itu sendiri. Kesannya:
(a) kepupusan sumber kepelbagaian biologi, terutamanya di kawasan hutan semula
jadi akibat aktiviti pembalakan berlebihan
(b) kehabisan sumber semula akibat penerokaan yang berlebihan, penerokaan sumber
mineral berlebihan seperti petroleum dan gas asli menyebabkan sumber tenaga ini
hampir kehabisan
Aktiviti Manusia yang Menjejaskan Alam Sekitar
1 Aktiviti perhutanan melibatkan aktiviti pembalakan untuk mendapat sumber kayu
balak. Tetapi malangnya pembalakan dijalankan secara berlebihan sehingga
mengganggu dan menjejaskan alam sekitar fizikal seperti berlakunya:
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(a) Hakisan tanah. Pembalakan menyebabkan tanah menjadi gondol dan terdedah
kepada hakisan seperti air hujan. Larian menghakis tanah dan membawa ke
sungai berhampiran serta sungai.
(b) Țanah runtuh.Penyahutanan menyebabkan air hujan terus ke dalam
tanah. Air hujan yang diserap ke dalam tanah melonggarkan struktur tanah
dan menyebabkan kejadian tanah runtuh di lereng bukit.
(c) Peningkatan suhu. Aktiviti pembalakan menyebabkan hutan ditebang. Hal
ini menyebabkan pancaran matahari terus sampai ke bumi tanpa
halangan dan seterusnya menyebabkan udara persekitaran menjadi kering
serta meningkatkan suhu setempat.
(d) Kemusnahan flora dan fauna. Penebangan hutan menyebabkan flora dan
fauna kehilangan habitat serta tempat pembiakan. Hal ini akan
mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.
(e) Kehilangan kawasan tadahan. Penebangan hutan menyebabkan kawasan
tadahan air musnah dan menimbulkan krisis air.
2 Aktiviti perindustrian, terutamanya industri memproses seperti kilang kelapa sawit dan
kilang papan. Aktiviti industri tanpa kawalan 4. akan menghasilkan asap dan debu
yang berlebihan dan juga pembuangan sisa buangan kilang yang berlebihan sehingga
berlakunya:
(a) Jerebu dan pencemaran udara. Pelepasan bahan-bahan pencemar udara seperti
karbon monoksida, sulfur dioksida dan pembebasan asap, debu dan habuk
menyebabkan pencemaran udara yang teruk dan jerebu serta fenomena hujan asid.
(b) Pencemaran air. Pelepasan sisa toksik dan sisa kumbahan oleh kilang berasaskan
bahan kimia, kilang memproses getah dan kelapas sawit ke dalam sungai, tasik
dan kolam berhampiran menyebabkan kualiti air terjejas. Sungai menjadi keruh,
berbau busuk dan hidupan akuatik akan mati.
(c) Pencemaran bau. Bau busuk yang dikeluarkan oleh sisa buangan air memproses
getah dan kelapa sawit boleh mengganggu sistem pernafasan manusia di kawasan
sekitarnya.
(d) Pemanasan setempat. Suhu akan meningkat di kawasan perindustrian kerana
bahan pencemar udara yang dilepaskan oleh kilang memerangkap bahangan bumi.
3 Aktiviti pengangkutan dan perhubungan, iaitu apabila berlaku pembinaan lebuh raya
dan pembinaan tiang dan pencawang talian, boleh menjejaskan alam sekitar fizikal
seperti:
(a) Tanah runtuh dan hakisan tanah. Penerokaan hutan untuk pembinaan lebuh raya
menyebabkan ketiadaan akar tumbuh-tumbuhan untuk mengikat struktur tanah.
Tanah menjadi longgar apabila hujan lebat, seterusnya berlaku hakisan tanah
oleh air larian permukaan dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit.
(b) Kemusnahan fora dan fauna. Pembinaan jalan raya, lebuh raya dan landasan
kereta api menyebabkan hutan ditebang. Banyak hutan yang musnah dan
mengganggu habitat flora dan fauna di kawasan sekitarnya.
(c) Pencemaran udara. Pembebasan karbon monoksida oleh kenderaan akibat
pembakaran enjin akan meningkatkan pencemaran udara.
4 Aktiviti pertanian dan ternakan yang tidak terkawal seperti penggunaan baja kimia dan
serangga boleh menjejaskan alam fizikal. Begitu juga pembuangan sisa buangan dan
najis ke dalam sistem saliran yang berhampiran. Kesannya:
(a) Pencemaran air dan bau. Penggunaan baja kimia dan racun serangga
mencemarkan sungai dan tasik berhampiran. Pembuangan najis haiwan ternakan
ke dalam sungai juga menjadi punca pencemaran air dan bau. Pencemaran air
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
sungai dan tasik menyebabkan hidupan akuatik mati dan air sungai berbau
busuk.
(b) Pencemaran udara. Pembakaran jerami padi dan pembakaran secara besar-
besaran semasa pembersihan ladang kelapa sawit menyebabkan asap, debu
dan gas karbon dioksida di udara bertambah sehingga menyebabkan jerebu.
(c) Kemusnahan ekosistem hutan. Penebangan hutan untuk pembukaan kawasan
pertanian seperti ladang kelapa sawit menyebabkan habitat flora dan fauna
musnah dan mengganggu rantaian makanan serta ekosistem kawasan tersebut.
(d) Hakisan tanah dan tanah runtuh. Aktiviti penarahan untuk pembinaan teres di
cerun bukit untuk kegiatan pertanian mempercepatkan proses hakisan dan tanah
runtuh di cerun bukit. Aktiviti pertanian tanpa mengikut kontur di cerun bukit
menggalakkan hakisan oleh air larian permukaan.
5. Aktiviti perikanan dan akuakultur yang dijalankan tanpa mengikut peraturan dan
kawalan boleh menjejaskan alam sekitar seperti: (a) Kemusnahan habitat akuatik.
Penggunaan pukat tunda dan pukat harimau memusnahkan habitat hidupan akuatik,
kawasan pembiakan ikan dan terumbu karang.
(a) Kepupusan sumber perikanan. Penggunaan pukat tunda menyebabkan anak-anak
ikan yang kecil turut terperangkap dan mengakibatkan bekalan sumber perikanan
pada masa hadapan terjejas.
(b) Pencemaran laut. Pembuangan sisa-sisa ikan, pembersihan bot-bot nelayan dan
tumpahan minyak dari bot menyebabkan pencemaran air laut sehingga
memusnahkan sumber makanan ikan dan terumbu karang.
6. Aktiviti pembinaan petempatan dan infrastruktur tidak terancang, terutamanya di lereng
atau cerun bukit boleh menjejaskan alam sekitar fizikal. Antaranya ialah:
(a) Tanah runtuh dan hakisan. Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi, kaki
bukit dan lereng bukit menyebabkan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah.
Ketiadaan akar pokok menyebabkan tanah menjadi longgar apabila hujan lebat.
(b) Kemusnahan flora dan fauna. Pembinaan petempatan menyebabkan hutan ditebang
dan digantikan dengan bangunan. Flora dan fauna kehilangan habitat, sumber
makanan dan kawasan pembiakan. Hal ini menyebabkan lama-kelamaan flora dan
fauna mengalami kepupusan.
(c) Kejadian banjir. Penerokaan hutan secara besar-besaran menyebabkan tanah
terdedah kepada air larian permukaan yang menghakis tanah tersebut. Air hakisan
akan mengalir ke sungai berhampiran dan menyebabkan sungai menjadi cetek. Air
sungai akan melimpah keluar apabila hujan lebat dan menyebabkan banjir.
(d) Peningkatan suhu. Penebangan hutan untuk aktiviti pembinaan menyebabkan
tanah menjadi gondol. Pancaran matahari akan sampai terus ke permukaan bumi
dan meningkatkan suhu kawasan sekitar. Permukaan bersimen menyerap bahangan
matahari dan mewujudkan fenomena pulau haba.
7 Aktiviti perlombongan yang dijalankan tanpa kawalan dan tidak mementingakan
kelestarian persekitaran telah mendatangkan kesan yang negatif kepada alam sekitar
fizikal. Contohnya:
(a) Perlombongan bijih timah menyebabkan kawasan hutan ditebang dan dibersihkan.
Hal ini menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat dan mengalami
kepupusan. Aktiviti perlombongan juga menyebabkan perubahan pandang darat
fizikal, iaitu wujud kolam yang besar dan dalam serta permukaan bumi dipenuhi
pasir.
(b) Perlombongan batu granit dan batu kapur menyebabkan perubahan landskap akibat
kerja penarahan, pemotongan dan peletupan batuan. Aktiviti pemecahan batuan
membebaskan habuk dan mencemarkan udara.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(c) Perlombongan petroleum dan gas asli menyebabkan pencemaran air laut akibat
tumpahan minyak serta mengganggu keseimbangan ekosistem laut akibat
kemusnahan terumbu karang dan habitat hidupan lauti
8 Aktiviti pelancongan dan rekreasi boleh menjejaskan alam sekitar fizikal apabiia
berlakunya:
(a) Pembinaan chalet dan hotel, padang golf serta jeti di kawasan tanah tinggi atau di
pinggir laut yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan pinggir laut,
kemusnahan hutan paya bakau dan kemusnahan habitat hidupan liar. Hal ini juga
mengakibatkan hakisan cerun dan kereng bukit.
(b) Pembuangan sampah sarap oleh pelancong yang tidak bertanggungjawab sehingga
menyebabkan pencemaran bau dan air, terutamanya di kawasan pinggir pantai,
hutan lipur dan tapak perkelahan,
Impak sosial
1. Kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia bukan sahaja membawa kesan kepada
alam sekitar fizikal tetapi juga membawa impak sosial kepada manusia.
2 Antara impak sosial ialah:
(a) menjejaskan kesihatan manusia
(b) keselamatan manusia tidak terjamin
(c) kerosakan dan kemusnahan harta benda
(d) mengorbankan nyawa mengganggu aktiviti ekonomi
(e) mengganggu aktiviti harian
Menjejaskan kesihatan manusia
Asap dan habuk kilang memproses dan pembuatan seperti kilang papan, kilang getah
dan kilang kelapa sawit telah menyebabkan penyakit yang melibatkan sistem
pernafasan manusia. Penyakit batuk dan lelah boleh menyerang masyarakat sekitar,
terutamanya golongan tua dan kanak-kanak akibat asap dan habuk yang berlebihan
dilepaskan oleh kilang-kilang tersebut.
Keselamatan penduduk tidak terjamin
Keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan sesuatu projek manusia seperti aktiviti
pembinaan petempatan di cerun bukit boleh tergugat. Apabila berlaku runtuhan tanah
di cerun bukit, keselamatan penduduk di sekitarnya akan terancam dan tidak terjamin.
Kerosakan dan kemusnahan harta benda
Kerosakan boleh berlaku apabila aktiviti manusia seperti kegiatan pertanian tanpa
mengikut kontur diamalkan di cerun bukit. Keadaan ini menjejaskan perkampungan
penduduk yang terdapat di cerun bukit apabila tanah runtuh berlaku kesan daripada
aktiviti pertanian tersebut. Banyak rumah dan kenderaan milik penduduk akan rosak
dan musnah, penduduk terpaksa mengalami kerugian beratus-ratus ringgit.
Mengorbankan nyawa
Bukan sahaja harta benda penduduk musnah akibat tanah runtuh tetapi akan
mengakibatkan nyawa manusia terkorban apabila berlaku tanah runtuh kesan daripada
aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Mengganggu aktiviti ekonomi
Apabila berlaku tanah runtuh atau banjir, aktiviti pelancongan akan terjejas. Pelancong
tidak berpeluang untuk berkunjung ke tempat peranginan yang menarik bagi berehat
dan menenangkan minda disebabkan oleh jaringan pengangkutan terputus dan tidak
dapat berhubung dengan lokasi pelancongan akibat banjir dan tanah runtuh. Banjir
juga memusnahkan kawasan pertanian.
Mengganggu aktiviti harian
Penduduk tidak dapat beriadah atau murid-murid tidak dapat ke sekolah apabila
berlaku peningkatan suhu dan jerebu hasil daripada aktiviti perindustrian atau
pembakaran secara terbuka. Sekolah terpaksa ditutup dan menjejaskan sesi
pembelajaran murid. Kemusnahan kawasan tadahan juga menyebabkan penduduk
terpaksa menghadapi krisis air.
Pengurusan alam sekitar
Konsep Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Konsep Maksud Contoh
Pemeliharaan Usaha yang dijalankan untuk
menjaga dan melindungi alam
sekitar yang ada daripada
musnah untuk kepentingan
generasi masa kini dan supaya
boleh diwarisi
Penguatkuasaan undang-undang,
mewujudkan hutan simpanan
kekal, taman negara dan pusat
perlindungan hidupan liar dan
menggunakan sumber tenaga
mesra alam
Pemuliharaan Usaha untuk memulih alam
sekitar yang telah dimusnahkan
supaya tidak pupus dan lenyap
bagi diwarisi oleh generasi masa
depan
Program penghutanan semula,
kitar semula, merawat semula air,
kempen kesedaran dan
pendidikan
Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Langkah Perundangan
1 Menguat kuasa undang-undang melalui akta yang sedia ada seperti:
(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
(b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974)
(c) Akta Kerajaan Tempatan (1976)
(d) Akta Perhutanan Negara (1984)
(e) Akta Perlindungan Hidupan liar (1972)
(f) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (2007)
2 Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), menyediakan laporan sebelum
memulakan projek mega supaya dapat memastikan kesan terhadap alam sekitar
diminimumkan setelah projek dilaksanakan nanti.
3 Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan yang
Iain memainkan peranan penting dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
(a) Melaksanakan denda dan saman terhadap pesalah alam sekitar yang tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar demi kepentingan diri sendiri.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(b) Melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap sesuatu projek oleh pihak
berkuasa yang bertanggungjawab supaya segalanya berjalan di bawah pengawasan
yang betul dan baik.
Langkah Bukan Perundangan
1. Mengadakan kempen kesedaran seperti kempen alam sekitar melalui media cetak dan
media elektronik untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar.
2 Mengadakan kempen Cintailah Sungai Kita, Sambutan Hari Alam Sekitar, kempen kitar
semula, kempen Penghijauan Bumi dan Hari Bumi untuk membina sikap
bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
3 Pendidikan alam sekitar melalui mata pelajaran seperti Geografi, Pendidikan Moral dan
Sains untuk menyemai rasa Cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat dari
peringkat awal.
4 Menggalakkan penggunaan sumber tenaga mesra alam dan berkonsepkan teknologi
hijau, serta mengurangkan penggunaan beg plastik.
5 Langkah mengatasi pencemaran udara yang disebabkan oleh pelepasan asap kilang:
(a) memasang alat penapis asap di cerobong asap kilang
(b) penggunaan tenaga mesra alam bagi menggantikan bahan api fosil sebagai sumber
tenaga yang menggerakkan jentera kilang
6 Langkah mengatasi kemusnahan sumber hutan akibat pembalakan berlebihan:
(a) penanaman semula pokok kayu balak yang ditebang
(b) projek ladang hutan, melaksanakan penanaman di lokasi hutan semula jadi yang
telah dimusnahkan
(c) menjalankan kaedah pembalakan terpilih, iaitu menebang pokok yang sudah
matang
(d) mewartakan hutan simpanan kekal dan taman negara
7 Langkah mengatasi pemanasan setempat dan global akibat pelepasan asap:
(a) berkongsi kenderaan bagi mengurangkan pelepasan asap kenderaan
(b) menggunakan kenderaan awam seperti bas, LRT dan MRT
(c) penggunaan mentol LED dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan
mengurangkan penjanaan elektrik
(d) kaedah pembakaran tertutup bagi mengurangkan pelepasan asap yang boleh
meningkatkan suhu persekitaran
8 Langkah mengatasi kepupusan sumber perikanan akibat penangkapan ikan secara
berlebihan:
(a) penggunaan tukun tiruan untuk dijadikan tempat pembiakan ikan dan hidupan
akuatik yang lain
(b) menanam semula hutan paya bakau sebagai habitat hidupan akuatik
(c) menjalankan ternakan ikan dalan sangkar dan kolam bagi meningkatkan
penawaran ikan di pasaran pengguna
9 Langkah mengatasi tanah runtuh akibat penerokaan cerun:
(a) menanam tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang untuk melindungi tanah
daripada terhakis
(b) membina benteng di Iereng bukit
(c) membina sistem perparitan di cerun bukit
10 Langkah mengatasi banjir kilat akibat pembandaran yang pesat dan pembangunan yang
tidak terancang:
(a) menyediakan tong sampah yang banyak di tempat-tempat yang menjadi tumpuan
penduduk
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(b) memasang perangkap sampah di sistem perparitan yang menjadi laluan air yang
utama
(c) menyelenggara sistem saliran dengan berkala dan mengikut jadual
(d) mendalamkan dan meluruskan sungai
Pembangunan Lestari
1 Pembangunan lestari merupakan pembangunan yang mengekalkan alam sekitar untuk
memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi yang
akan datang.
2 Langkah-langkah perundangan yang dilaksanakan atau amalan di Malaysia bagi
menyokong pembangunan lestari:
(a) menguat kuasa undang-undang berdasarkan akta yang sedia ada
(b) menyediakan laporan EIA
(c) hukuman, saman dan denda
(d) kawalan dan pemantauan oleh pihak berkuasa
3 Usaha dari aspek pembangunan strategik di Malaysia untuk menyokong pembangunan
lestari:
(a) Aktiviti pertaničn
• kaedah biologi dalam mengawal ancaman serangga
• menjana tenaga biomas menggunakan sisa buangan pertanian
(b) Aktiviti pembalakan
• program tanam semula menggunakan baka cepat matang
• projek ladang huțan
• penebangan terpilih
4 Melaksanakan kempen oleh pihak kerajaan, NGO dan individu yang mencintai alam
sekitar boleh merealisasikan pembangunan lestari.
5 Pendidikan alam sekitar yang diamalkan di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi
dan diserap ke dalam mata pelajaran untuk menyemai rasa cinta kepada alam sekitar
juga merupakan amalan pembangunan lestari.
6 Perbincangan peringkat dunia tentang pembangunan lestari adalah seperti yang berikut:
(a) Persidangan Stockholm (1972)
(b) World Conservation (1980) (c) Our Comman Future (1987)
(c) UNCED (1992)
(d) CSD dirangka (1 993 — 1996)
(e) CDS dibentang (1997)
(f) Persidangan Johannesburg (2002)
7 Lapan prinsip pembangunan lestari:
Prinsip 1
Menjana dan menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi. Contohnya, menjana
sektor perhutanan sebagai kawasan pelancongan.
Prinsip 2
Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup.
Contohnya, sektor pertanian diubah menjadi sektor perindustrian asas tani.
Prinsip 3
Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber. Contohnya, menjalankan projek
ladang hutan bagi mengekalkan ekosistem hutan.
Prinsip 4
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung. Contohnya, pembinaan
petempatan harus diambil dikira proses fizikal yang akan berlaku seperti pengerakan
jisim (tanah runtuh atau aliran lumpur) di cerun berhampiran kawasan petempatan
tersebut.
Prinsip 5
Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan. Contohnya, pengurusan
sektor perhutanan harus diorientasikan kepada keadah baharu untuk
mengekalkannya seperti penyelidikan dan penemuan baka pokok baharu yang cepat
matang oleh FRIM dan Universiti Putra Malaysia.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Prinsip 6
Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan. Contoh,
mewartakan hutan simpan jika kepentingan alam sekitar melebihi kepentingan
ekonomi bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh dan banjir.
Prinsip 7
Memperbaharui hubungan antarabangsa. Contohnya, dalam mengeksport kayu balak
ke luar negara hubungan ekonomi dan perdagangan harus ada supaya harga balak
lebih terjamin dan menguntungkan negara.
Prinsip 8
Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa. Contohnya, pembakaran hutan secara
berleluasa harus dipantau dan dikawal secara kerjasama serantau supaya jerebu
merentasi sempadan negara serantau tidak berlaku.
Bentuk KerJasama Antarabangsa dalam Konteks Pembangunan Lestari
Persidangan Stockholm
1 Diadakan pada 5 - 6 Jun 1972 di Stockholm, Sweden.
2 Dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
3 Tujuan persidangan adalah untuk mencapai keputusan tentang pendekatan global bagi
menyelesaikan isu kemerosotan alam sekitar yang dihadapi oleh penduduk bumi.
4 Mempunyai 26 prinsip:
(a) Prinsip yang ke-2 menjelaskan tentang pembangunan lestari secara langsung, iaitu
sumber semula jadi, termasuk udara, air, tanah, flora dan fauna serta abiotik dan
biotik dalam ekosistem alam harus dijaga untuk kepentingan generasi sekarang
dan masa depan melalui perancangan dan pengurusan yang sesuai dan cekap
(b) Prinsip yang ke-11 juga menjelaskan perkara berkaitan pembangunan lestari iaitu,
polisi alam sekitar semua negara harus meningkatkan dan tidak menjejaskan
potensi pembangunan sekarang atau masa hadapan negara-negara sedang
membangun, juga tidak boleh menjejaskan pencapaian keadaan kehidupan yang
lebih baik untuk semua dan langkah-langkah yang harus diambil oleh negara-
negara dan pertubuhan antarabangsa dengan tujuan untuk mancapai kesepakatan
mengenai kesan ekonomi antarabangsa yang mungkin timbul akibat penerapan
langkah-langkah alam sekitar.
(c) Prinsip yang ke-22, iaitu negara hendaklah bekerjasama untuk membangunkan
lebih banyak undang-undang antarabangsa tentang liabiliti dan pampasan untuk
mangsa-mangsa pencemaran dan kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh
kegiatan dalam bidang kuasa atau kawalan negara tersebut sehingga ke kawasan
di luar bidang kuasa negara.
5 Kesimpulanya, persidangan ini menyeru kepada masyarakat dunia tentang kepentingan
usaha bersama untuk memulihara persekitaran global untuk generasi sekarang dan akan
datang.
Persidangan Rio
1Dimetri di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.
2Merupakan dokumen pendek hasil daripada perjumpaan UNCED yang dikenal sebagai
Kemuncak Bumi.
3Mempunyai 27 prinsip, tetapi 12 daripadanya menjelaskan prinsip teras yang menjadi
panduan bagi pembangunan masa depan yang mampan seluruh dunia. Contohnya:
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(a) Prinsip 4, iaitu hak hidup dan persekitaran yang sihat
(b) Prinsip 9, iaitu tugas untuk menilai kesan persekitaran
(c) Prinsip 1 1, iaitu warisan untuk sama bagi semua manusia
4Sidang Kemuncak Dunia di Rio ini telah menghasilkan deklarasi Local Agenda 12
yang ditangani oleh 178 buah negara termasuklah Malaysia.
5 Melalui Agenda 21 ini, masyarakat setempat dilibatkan dalam menghasilkan
pembangunan mampan, termasuklah badan berkanun, swasta, NGO dan individu yang
berminat. Semuanya harus mengenal pasti pelbagai isu pembangunan, membentuk pelan
tindakan dan melaksanakan pelan tindakan secara bersama atau sepakat untuk
kepentingan bersama bagi generasi masa kini dan akan datang.
Persidangan Johannesburg
1 Dimetri pada 26 Ogos hingga 4 September 2002 di Johannesburg, Afrika Selatan.
2 Persidangan in bertujuan untuk meningkatkan usaha pembangunan lestari dengan
meminimumkan pemusnahan kualiti alam sekitar secara tempatan, negara dan global
akibat penduduk berlebihan dan kegiatan ekonomi tanpa kawalan.
3 Sebenarnya persidangan ini juga ada usaha di peringkat antarabangsa untuk memikirkan
atau mengurangkan kemusnahan alam sekitar daripada kesan pemanasan global akibat
pencemaran udara.
4 Kesimpulannya, persidangan ini telah menghasilkan tiga dokumen, iaitu:
(a) Dokumen Per tama Deklarasi Johannesburg untuk Pembangunan Lestari
berasaskan deklarasi bersama antara para pemimpin negara dan kerajaan.
(b) Dokumen Kedua - Rencana Implementasi yang berkaitan dengan perjanjian
antarabangsa di mana usaha-usaha yang perlu dilakukan berdasarkan prinsip
bersama dan tanggungjawab bersama.
(c) Dokumen Ketiga - Dokumen Kerjasama, iaitu untuk mempercepatkan
pembangunan berterusan yang merata secara antarabangsa dengan sokongan dana
negara maju dan agensi antarabangsa.
Protokol Montreal
1 Ditandatangai pada tahun ,1987 di Montreal, Kanada oleh 36 buah negara termasuk
Amerika Syarikat dan Malaysia.
2 lsu yang dibincangkan berkisar kepada permasalahan alam sekitar berkaitan dengan
penipisan lapisan ozon hasil daripada penggunaan CFC yang berlebihan.
3 Penipisan lapisan ozon boleh memusnahkan hidupan di bumi.
4 Dalam protokol ini, negara-negara dunia diminta bersetuju untuk menyekat,
mengurangkan dan mengehadkan pengeluaran bahan-bahan yang boleh menyebabkan
penipisan lapisan ozon.
5 Malaysia telah memberhentikan penggunaan CFC pada tahun 2000 bagi sektor
pembuatan dan berusaha mengurangkan dan menghapuskan penggunaan CFC dalam
sektor perkhidmatan pada tahun 2010 sebagaimana yang diwajibkan di bawah Protokol
Montreal.
Protokol Kyoto
1 Dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997.
2 Ditandatangani pada 16 Mac 1998 dan ditutup pada 16 Mac 1999.
3 Dikuatkuasa pada 16 Februari 2005.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
4 Beberapa buah negara telah menguna pakai protokol ini termasuklah Malaysia selain 25
buah negara kesatuan Eropah, Rusia, China dan Jepun.
5 Isu penting yang diperbincangkan di dalam protol ini adalah isu pemanasan global.
6 Negara-negara dunia telah bersetuju untuk mengurangkan pembebasan gas karbon
dioksida dan lima gas rumah kaca yang lain, iaitu metana, nitrus oksida, sulfur
heksafluorida, CFC dan PFC yang menjadi punca utama pemanasan global.
7 Jika protol ini berjaya, menjelang tahun 2025 berupaya menurunkan kenaikan suhu
global antara 0.020
C hingga 0.280
C.
Deklarasi Langkawi
1. Diistiharkan pada Oktober 1989 semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel.
2 Berhubung dengan tanggungjawab negaranegara Komanwel dalam mengawal dan
mengatasi masalah pencemaran.
3 Tambahan pula isu pencemaran ini merentas sempadan negara dan memerlukan
penglibatan secara global termasuklah penglibatan negaranegara Komanwel.
4 Empat tindakan telah digariskan, iaitu:
(a) penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar
(b)pengurusan hutan dan aktiviti pertanian negara maju dan sedang membangun
(c) mengurangkan pencemaran laut
(d)mengurangkan masalah penipisan ozon
5 Malaysia sebagai anggota negara Komanwel turut bersama dalam perjuangan dan
kerjasama mengatasi isu-isu alam sekitar, terutamanya yang membabitkan negara
anggota.
Persidangan Bali
1. Persidangan ini berlangsung pada 3 hingga 14 Disember 2007 di Bali, Indonesia.
2 Perkara yang dibincangkan berkaitan dengan perubahan iklim dunia yang semakin
serius.
3 Dalam persidangan ini, negara maju berjanji akan membantu dana dan teknologi jika
berlaku bencana alam sekitar di negara sedang membangun dan berusaha mengurangkan
pelepasan gas rumah hijau.
Kepentingan Kerjasama Antarabangsa untuk Menangani Isu Alam Sekitar
1 Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global. Contohnya,
masalah jerebu dan pencemaran laut merupakan masalah negara-negara serantau.
2 Penjagaan alam sekitar secara global. Dengan kata lain, masalah alam sekitar perlu
dikawal dan dipantau serta dijaga bersama antara negara-negara tanpa batas sempadan
politik.
3 Meningkatkan kesedaran tentang pentingya pembangunan lestari. Hal ini penting untuk
mengekalkan sumber semula jadi agar dapat digunakan sepenuhnya oleh generasi kini
dan dapat diwarisi untuk generasi akan datang.

More Related Content

What's hot

Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Farhana Aisyah Norzelan
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisimharalhaj
 
Sistem ekologi
Sistem ekologiSistem ekologi
Sistem ekologiharalhaj
 
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasTingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasjyejye
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Asmawi Abdullah
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarAsmawi Abdullah
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)Asmawi Abdullah
 
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.Asmawi Abdullah
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukkyoryo
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananNafhatul Nadzirah
 
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGILARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGIjumal murray
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINAsmawi Abdullah
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015pah_cys
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiAsmawi Abdullah
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIAAsmawi Abdullah
 

What's hot (20)

Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
 
Bab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan airBab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan air
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
 
Sistem ekologi
Sistem ekologiSistem ekologi
Sistem ekologi
 
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasTingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
 
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
 
El nino
El ninoEl nino
El nino
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
 
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGILARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
 

Similar to Bahagian b impak

Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarBab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarLini99
 
Topik 9 ekosistem terancam
Topik 9   ekosistem terancamTopik 9   ekosistem terancam
Topik 9 ekosistem terancamsmktsj2
 
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitarzumiza84
 
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemgeo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemKasmah De' Davinci
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarZoey Loh
 
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01Raesah Serjen
 
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01Raesah Serjen
 
Kesan ke atas sistem atmosfera
Kesan ke atas sistem atmosferaKesan ke atas sistem atmosfera
Kesan ke atas sistem atmosferaMiezan Hamizan
 
Pembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanPembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanNadiah Asmadi
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4amryee
 

Similar to Bahagian b impak (20)

Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarBab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
 
Topik 9 ekosistem terancam
Topik 9   ekosistem terancamTopik 9   ekosistem terancam
Topik 9 ekosistem terancam
 
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
 
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistemgeo penggal 3  gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
geo penggal 3 gangguan dan perubahan pada sesuatu sistem
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Skema kertas model 8
Skema kertas model 8Skema kertas model 8
Skema kertas model 8
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Folio geografi Form 3
Folio geografi Form 3Folio geografi Form 3
Folio geografi Form 3
 
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
 
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
Kesanrumahhijau 091115231428-phpapp01
 
Kesan ke atas sistem atmosfera
Kesan ke atas sistem atmosferaKesan ke atas sistem atmosfera
Kesan ke atas sistem atmosfera
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
Kesan rumahhijau
Kesan rumahhijauKesan rumahhijau
Kesan rumahhijau
 
Pembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanPembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar Mapan
 
Kesan Rumah Hijau
Kesan Rumah HijauKesan Rumah Hijau
Kesan Rumah Hijau
 
Bab 14
Bab 14Bab 14
Bab 14
 
Pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuPencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebu
 
Geogerakjhitg
GeogerakjhitgGeogerakjhitg
Geogerakjhitg
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4
 

More from Asmawi Abdullah

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melakaAsmawi Abdullah
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melakaAsmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Asmawi Abdullah
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skemaAsmawi Abdullah
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantanAsmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Asmawi Abdullah
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantanAsmawi Abdullah
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Asmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Asmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Asmawi Abdullah
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangAsmawi Abdullah
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Asmawi Abdullah
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahAsmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahAsmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahAsmawi Abdullah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahAsmawi Abdullah
 
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019Asmawi Abdullah
 

More from Asmawi Abdullah (20)

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melaka
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skema
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantan
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantan
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Broucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPMBroucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPM
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
 
Sistem angin monsun
Sistem angin monsunSistem angin monsun
Sistem angin monsun
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 

Recently uploaded (14)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 

Bahagian b impak

  • 1. GEOGRAFI STPM SMK PURUN GEOGRAFI STPM-PENGGAL 3 BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA – IMPAK AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR Impak Aktiviti Manusia Terhadap Alam Sekitar Fizikal 1 Interaksi antara alam sekitar fizikal dengan alam sekitar manusia yang berlaku secara berterusan akan menyebabkan berlakunya: (a) kemerosotan kualiti alam sekitar (b) kemerosotan dan kepupusan sumber 2 Kemerosotan kualiti alam sekitar disebabkan oleh aktiviti manusia yang dilakukan secara berlebihan tanpa melihat kepada kemampuan alam sekitar fizikal sehingga boleh mendatangkan kesan negatif seperti hakisan, tanah runtuh, kegagalan cerun, banjir, kemarau, tanah tandus, pencemaran serta pemanasan setempat dan global. (a) Hakisan Hakisan tanah melibatkan kerosakan dan kemusnahan tanah, terutamanya bahagian permukaan tanah menjadi haus akibat dihakis oleh air, angin dan glasier. Aktiviti penerokaan hutan mempercepatkan hakisan tanah. Tanah yang mengalami hakisan akan menjadi tandus dan hilang kesuburan. (b) Tanah runtuh Tanah runtuh melibatkan pergerakan tanih secara cepat yang disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembalakan, pembinaan petempatan dan pertanian di Iereng kawasan tanah tinggi dan di cerun bukit. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan struktur tanah menjadi lemah kerana tiada akar tumbuhan untuk mencengkam tanah. Kejadian tanah runtuh boleh mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda. (c) Kegagalan cerun Hal ini merujuk kerosakan dan kelonggaran struktur tanah di cerun bukit atau tebing $4 tinggi yang melibatkan aliran perlahan atau cepat kesan daripada aktiviti manusia seperti pertanian di cerun bukit. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah menjadi longgar dan cerun mengalami kegagalan lalu runtuh ke bawah. (d) Banjir Banjir melibatkan limpahan badan air seperti sungai dan tasik ke permukaan bumi sehingga boleh memusnahkan persekitaran sistem fizikal. Banjir kilat berlaku akibat curahan hujan yang lebat dalam tempoh masa yang singkat di kawasan bandar. Banjir menyebabkan kawasan petempatan dan jalan raya ditenggelami air, mengganggu kehidupan manusia dan menjejaskan perniagaan. (e) Kemarau Kemarau merupakan keadaan persekitaran fizikal yang mengalami peningkatan suhu dengan keadaan udara yang kering secara berpanjangan, kekeringan badan air dan ketandusan tanih serta kemusnahan flora dan fauna. Kemarau menyebabkan banyak tanaman musnah, kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana tidak mencukupi air dan menjejaskan kegiatan seharian manusia. (f) Tanah tandus Tanah tandus merupakan tanah yang kering dan gondol yang tidak ditumbuhi oleh tumbuhan disebabkan oleh aktiviti manusia atau punca semula jadi seperti kemarau berpanjangan. Tanah tandus wujud akibat kegiatan perlombongan dan
  • 2. GEOGRAFI STPM SMK PURUN penggunaan tanah yang intensif dengan menanam sejenis tanaman sahaja. Tanah tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih. (g) Pencemaran (i) Pencemaran udara merujuk kehadiran gas-gas pencemar seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, karbon monoksida, dan metana serta habuk dan debu dalam udara. Pencemaran udara berpunca daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, perindustrian, pembakaran bahan api fosil dan pembakaran hutan untuk kegiatan pertanian. (ii) Pencemaran air berlaku disebabkan oleh wujud pelbagai jenis bahan tercemar di dalam sungai, tasik atau laut. Punca pencemaran air ialah racun rumpai, racun serangga dan bahan buangan industri yang disalurkan ke dalam sistem saliran. (iii) Pencemaran bau berpunca dari kawasan pelupusan sampah, parit atau longkang yang tersumbat, sungai yang tercemar, kawasan ternakan ladang dan longgokan sampah di kawasan petempatan manusia. Pencemaran bau menimbulkan ketidakselesaan dan menyebabkan pelbagai wabak penyakit kepada penduduk di sekitarnya. (iv) Pencemaran bunyi disebabkan oleh letupan yang kuat di kawasan kuari, jentera di tapak pembinaan dan mesin di kilang. (v) Pencemaran tanih berpunca daripada bahan buangan dalam bentuk air dan pepejal seperti sisa toksik, sisa kilang dan minyak. Hal ini menyebabkan kualiti tanah berkurangan dan tidak sesuai untuk kegiatan pertanian. (vi) Pembuangan sampah sarap secara tidak sistematik mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan serta menjejaskan pemandangan kawasan sekitarnya. Kawasan pembuangan sampah juga menjadi tempat pembiakan serangga yang mendatangkan penyakit kepada manusia. (vii) Pembuangan sisa toksik seperti plumbum, kadmium dan bahan radioaktif mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar. Sisa minyak yang dibuang ke dalam sungai memusnahkan hidupan akuatik. (h) Pemanasan setempat dan global melibatkan peningkatan suhu secara lokasi śetempat seperti kawasan bandar. Manakala pemanasan global merupakan peningkatan suhu secara menyeluruh atau sejagat di permukaan bumi hasil daripada aktiviti manusia secara berlebihan seperti pembalakan haram. 3. Kemerosotan dan kepupusan sumber merupakan keadaan sumber semula jadi terjejas atau kehabisan akibat aktiviti manusia yang dilakukan terhadap alam sekitar fizikal secara berlebihan. 4. Sumber diteroka tanpa perancangan yang baik dan tidak mempedulikan kesan terhadap alam sekitar yang didiami oleh manusia itu sendiri. Kesannya: (a) kepupusan sumber kepelbagaian biologi, terutamanya di kawasan hutan semula jadi akibat aktiviti pembalakan berlebihan (b) kehabisan sumber semula akibat penerokaan yang berlebihan, penerokaan sumber mineral berlebihan seperti petroleum dan gas asli menyebabkan sumber tenaga ini hampir kehabisan Aktiviti Manusia yang Menjejaskan Alam Sekitar 1 Aktiviti perhutanan melibatkan aktiviti pembalakan untuk mendapat sumber kayu balak. Tetapi malangnya pembalakan dijalankan secara berlebihan sehingga mengganggu dan menjejaskan alam sekitar fizikal seperti berlakunya:
  • 3. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (a) Hakisan tanah. Pembalakan menyebabkan tanah menjadi gondol dan terdedah kepada hakisan seperti air hujan. Larian menghakis tanah dan membawa ke sungai berhampiran serta sungai. (b) Țanah runtuh.Penyahutanan menyebabkan air hujan terus ke dalam tanah. Air hujan yang diserap ke dalam tanah melonggarkan struktur tanah dan menyebabkan kejadian tanah runtuh di lereng bukit. (c) Peningkatan suhu. Aktiviti pembalakan menyebabkan hutan ditebang. Hal ini menyebabkan pancaran matahari terus sampai ke bumi tanpa halangan dan seterusnya menyebabkan udara persekitaran menjadi kering serta meningkatkan suhu setempat. (d) Kemusnahan flora dan fauna. Penebangan hutan menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat serta tempat pembiakan. Hal ini akan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. (e) Kehilangan kawasan tadahan. Penebangan hutan menyebabkan kawasan tadahan air musnah dan menimbulkan krisis air. 2 Aktiviti perindustrian, terutamanya industri memproses seperti kilang kelapa sawit dan kilang papan. Aktiviti industri tanpa kawalan 4. akan menghasilkan asap dan debu yang berlebihan dan juga pembuangan sisa buangan kilang yang berlebihan sehingga berlakunya: (a) Jerebu dan pencemaran udara. Pelepasan bahan-bahan pencemar udara seperti karbon monoksida, sulfur dioksida dan pembebasan asap, debu dan habuk menyebabkan pencemaran udara yang teruk dan jerebu serta fenomena hujan asid. (b) Pencemaran air. Pelepasan sisa toksik dan sisa kumbahan oleh kilang berasaskan bahan kimia, kilang memproses getah dan kelapas sawit ke dalam sungai, tasik dan kolam berhampiran menyebabkan kualiti air terjejas. Sungai menjadi keruh, berbau busuk dan hidupan akuatik akan mati. (c) Pencemaran bau. Bau busuk yang dikeluarkan oleh sisa buangan air memproses getah dan kelapa sawit boleh mengganggu sistem pernafasan manusia di kawasan sekitarnya. (d) Pemanasan setempat. Suhu akan meningkat di kawasan perindustrian kerana bahan pencemar udara yang dilepaskan oleh kilang memerangkap bahangan bumi. 3 Aktiviti pengangkutan dan perhubungan, iaitu apabila berlaku pembinaan lebuh raya dan pembinaan tiang dan pencawang talian, boleh menjejaskan alam sekitar fizikal seperti: (a) Tanah runtuh dan hakisan tanah. Penerokaan hutan untuk pembinaan lebuh raya menyebabkan ketiadaan akar tumbuh-tumbuhan untuk mengikat struktur tanah. Tanah menjadi longgar apabila hujan lebat, seterusnya berlaku hakisan tanah oleh air larian permukaan dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit. (b) Kemusnahan fora dan fauna. Pembinaan jalan raya, lebuh raya dan landasan kereta api menyebabkan hutan ditebang. Banyak hutan yang musnah dan mengganggu habitat flora dan fauna di kawasan sekitarnya. (c) Pencemaran udara. Pembebasan karbon monoksida oleh kenderaan akibat pembakaran enjin akan meningkatkan pencemaran udara. 4 Aktiviti pertanian dan ternakan yang tidak terkawal seperti penggunaan baja kimia dan serangga boleh menjejaskan alam fizikal. Begitu juga pembuangan sisa buangan dan najis ke dalam sistem saliran yang berhampiran. Kesannya: (a) Pencemaran air dan bau. Penggunaan baja kimia dan racun serangga mencemarkan sungai dan tasik berhampiran. Pembuangan najis haiwan ternakan ke dalam sungai juga menjadi punca pencemaran air dan bau. Pencemaran air
  • 4. GEOGRAFI STPM SMK PURUN sungai dan tasik menyebabkan hidupan akuatik mati dan air sungai berbau busuk. (b) Pencemaran udara. Pembakaran jerami padi dan pembakaran secara besar- besaran semasa pembersihan ladang kelapa sawit menyebabkan asap, debu dan gas karbon dioksida di udara bertambah sehingga menyebabkan jerebu. (c) Kemusnahan ekosistem hutan. Penebangan hutan untuk pembukaan kawasan pertanian seperti ladang kelapa sawit menyebabkan habitat flora dan fauna musnah dan mengganggu rantaian makanan serta ekosistem kawasan tersebut. (d) Hakisan tanah dan tanah runtuh. Aktiviti penarahan untuk pembinaan teres di cerun bukit untuk kegiatan pertanian mempercepatkan proses hakisan dan tanah runtuh di cerun bukit. Aktiviti pertanian tanpa mengikut kontur di cerun bukit menggalakkan hakisan oleh air larian permukaan. 5. Aktiviti perikanan dan akuakultur yang dijalankan tanpa mengikut peraturan dan kawalan boleh menjejaskan alam sekitar seperti: (a) Kemusnahan habitat akuatik. Penggunaan pukat tunda dan pukat harimau memusnahkan habitat hidupan akuatik, kawasan pembiakan ikan dan terumbu karang. (a) Kepupusan sumber perikanan. Penggunaan pukat tunda menyebabkan anak-anak ikan yang kecil turut terperangkap dan mengakibatkan bekalan sumber perikanan pada masa hadapan terjejas. (b) Pencemaran laut. Pembuangan sisa-sisa ikan, pembersihan bot-bot nelayan dan tumpahan minyak dari bot menyebabkan pencemaran air laut sehingga memusnahkan sumber makanan ikan dan terumbu karang. 6. Aktiviti pembinaan petempatan dan infrastruktur tidak terancang, terutamanya di lereng atau cerun bukit boleh menjejaskan alam sekitar fizikal. Antaranya ialah: (a) Tanah runtuh dan hakisan. Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi, kaki bukit dan lereng bukit menyebabkan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah. Ketiadaan akar pokok menyebabkan tanah menjadi longgar apabila hujan lebat. (b) Kemusnahan flora dan fauna. Pembinaan petempatan menyebabkan hutan ditebang dan digantikan dengan bangunan. Flora dan fauna kehilangan habitat, sumber makanan dan kawasan pembiakan. Hal ini menyebabkan lama-kelamaan flora dan fauna mengalami kepupusan. (c) Kejadian banjir. Penerokaan hutan secara besar-besaran menyebabkan tanah terdedah kepada air larian permukaan yang menghakis tanah tersebut. Air hakisan akan mengalir ke sungai berhampiran dan menyebabkan sungai menjadi cetek. Air sungai akan melimpah keluar apabila hujan lebat dan menyebabkan banjir. (d) Peningkatan suhu. Penebangan hutan untuk aktiviti pembinaan menyebabkan tanah menjadi gondol. Pancaran matahari akan sampai terus ke permukaan bumi dan meningkatkan suhu kawasan sekitar. Permukaan bersimen menyerap bahangan matahari dan mewujudkan fenomena pulau haba. 7 Aktiviti perlombongan yang dijalankan tanpa kawalan dan tidak mementingakan kelestarian persekitaran telah mendatangkan kesan yang negatif kepada alam sekitar fizikal. Contohnya: (a) Perlombongan bijih timah menyebabkan kawasan hutan ditebang dan dibersihkan. Hal ini menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat dan mengalami kepupusan. Aktiviti perlombongan juga menyebabkan perubahan pandang darat fizikal, iaitu wujud kolam yang besar dan dalam serta permukaan bumi dipenuhi pasir. (b) Perlombongan batu granit dan batu kapur menyebabkan perubahan landskap akibat kerja penarahan, pemotongan dan peletupan batuan. Aktiviti pemecahan batuan membebaskan habuk dan mencemarkan udara.
  • 5. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (c) Perlombongan petroleum dan gas asli menyebabkan pencemaran air laut akibat tumpahan minyak serta mengganggu keseimbangan ekosistem laut akibat kemusnahan terumbu karang dan habitat hidupan lauti 8 Aktiviti pelancongan dan rekreasi boleh menjejaskan alam sekitar fizikal apabiia berlakunya: (a) Pembinaan chalet dan hotel, padang golf serta jeti di kawasan tanah tinggi atau di pinggir laut yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan pinggir laut, kemusnahan hutan paya bakau dan kemusnahan habitat hidupan liar. Hal ini juga mengakibatkan hakisan cerun dan kereng bukit. (b) Pembuangan sampah sarap oleh pelancong yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pencemaran bau dan air, terutamanya di kawasan pinggir pantai, hutan lipur dan tapak perkelahan, Impak sosial 1. Kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia bukan sahaja membawa kesan kepada alam sekitar fizikal tetapi juga membawa impak sosial kepada manusia. 2 Antara impak sosial ialah: (a) menjejaskan kesihatan manusia (b) keselamatan manusia tidak terjamin (c) kerosakan dan kemusnahan harta benda (d) mengorbankan nyawa mengganggu aktiviti ekonomi (e) mengganggu aktiviti harian Menjejaskan kesihatan manusia Asap dan habuk kilang memproses dan pembuatan seperti kilang papan, kilang getah dan kilang kelapa sawit telah menyebabkan penyakit yang melibatkan sistem pernafasan manusia. Penyakit batuk dan lelah boleh menyerang masyarakat sekitar, terutamanya golongan tua dan kanak-kanak akibat asap dan habuk yang berlebihan dilepaskan oleh kilang-kilang tersebut. Keselamatan penduduk tidak terjamin Keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan sesuatu projek manusia seperti aktiviti pembinaan petempatan di cerun bukit boleh tergugat. Apabila berlaku runtuhan tanah di cerun bukit, keselamatan penduduk di sekitarnya akan terancam dan tidak terjamin. Kerosakan dan kemusnahan harta benda Kerosakan boleh berlaku apabila aktiviti manusia seperti kegiatan pertanian tanpa mengikut kontur diamalkan di cerun bukit. Keadaan ini menjejaskan perkampungan penduduk yang terdapat di cerun bukit apabila tanah runtuh berlaku kesan daripada aktiviti pertanian tersebut. Banyak rumah dan kenderaan milik penduduk akan rosak dan musnah, penduduk terpaksa mengalami kerugian beratus-ratus ringgit. Mengorbankan nyawa Bukan sahaja harta benda penduduk musnah akibat tanah runtuh tetapi akan mengakibatkan nyawa manusia terkorban apabila berlaku tanah runtuh kesan daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.
  • 6. GEOGRAFI STPM SMK PURUN Mengganggu aktiviti ekonomi Apabila berlaku tanah runtuh atau banjir, aktiviti pelancongan akan terjejas. Pelancong tidak berpeluang untuk berkunjung ke tempat peranginan yang menarik bagi berehat dan menenangkan minda disebabkan oleh jaringan pengangkutan terputus dan tidak dapat berhubung dengan lokasi pelancongan akibat banjir dan tanah runtuh. Banjir juga memusnahkan kawasan pertanian. Mengganggu aktiviti harian Penduduk tidak dapat beriadah atau murid-murid tidak dapat ke sekolah apabila berlaku peningkatan suhu dan jerebu hasil daripada aktiviti perindustrian atau pembakaran secara terbuka. Sekolah terpaksa ditutup dan menjejaskan sesi pembelajaran murid. Kemusnahan kawasan tadahan juga menyebabkan penduduk terpaksa menghadapi krisis air. Pengurusan alam sekitar Konsep Pemeliharaan dan Pemuliharaan Konsep Maksud Contoh Pemeliharaan Usaha yang dijalankan untuk menjaga dan melindungi alam sekitar yang ada daripada musnah untuk kepentingan generasi masa kini dan supaya boleh diwarisi Penguatkuasaan undang-undang, mewujudkan hutan simpanan kekal, taman negara dan pusat perlindungan hidupan liar dan menggunakan sumber tenaga mesra alam Pemuliharaan Usaha untuk memulih alam sekitar yang telah dimusnahkan supaya tidak pupus dan lenyap bagi diwarisi oleh generasi masa depan Program penghutanan semula, kitar semula, merawat semula air, kempen kesedaran dan pendidikan Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Langkah Perundangan 1 Menguat kuasa undang-undang melalui akta yang sedia ada seperti: (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) (b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974) (c) Akta Kerajaan Tempatan (1976) (d) Akta Perhutanan Negara (1984) (e) Akta Perlindungan Hidupan liar (1972) (f) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (2007) 2 Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), menyediakan laporan sebelum memulakan projek mega supaya dapat memastikan kesan terhadap alam sekitar diminimumkan setelah projek dilaksanakan nanti. 3 Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan yang Iain memainkan peranan penting dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. (a) Melaksanakan denda dan saman terhadap pesalah alam sekitar yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar demi kepentingan diri sendiri.
  • 7. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (b) Melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap sesuatu projek oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab supaya segalanya berjalan di bawah pengawasan yang betul dan baik. Langkah Bukan Perundangan 1. Mengadakan kempen kesedaran seperti kempen alam sekitar melalui media cetak dan media elektronik untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar. 2 Mengadakan kempen Cintailah Sungai Kita, Sambutan Hari Alam Sekitar, kempen kitar semula, kempen Penghijauan Bumi dan Hari Bumi untuk membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. 3 Pendidikan alam sekitar melalui mata pelajaran seperti Geografi, Pendidikan Moral dan Sains untuk menyemai rasa Cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat dari peringkat awal. 4 Menggalakkan penggunaan sumber tenaga mesra alam dan berkonsepkan teknologi hijau, serta mengurangkan penggunaan beg plastik. 5 Langkah mengatasi pencemaran udara yang disebabkan oleh pelepasan asap kilang: (a) memasang alat penapis asap di cerobong asap kilang (b) penggunaan tenaga mesra alam bagi menggantikan bahan api fosil sebagai sumber tenaga yang menggerakkan jentera kilang 6 Langkah mengatasi kemusnahan sumber hutan akibat pembalakan berlebihan: (a) penanaman semula pokok kayu balak yang ditebang (b) projek ladang hutan, melaksanakan penanaman di lokasi hutan semula jadi yang telah dimusnahkan (c) menjalankan kaedah pembalakan terpilih, iaitu menebang pokok yang sudah matang (d) mewartakan hutan simpanan kekal dan taman negara 7 Langkah mengatasi pemanasan setempat dan global akibat pelepasan asap: (a) berkongsi kenderaan bagi mengurangkan pelepasan asap kenderaan (b) menggunakan kenderaan awam seperti bas, LRT dan MRT (c) penggunaan mentol LED dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan penjanaan elektrik (d) kaedah pembakaran tertutup bagi mengurangkan pelepasan asap yang boleh meningkatkan suhu persekitaran 8 Langkah mengatasi kepupusan sumber perikanan akibat penangkapan ikan secara berlebihan: (a) penggunaan tukun tiruan untuk dijadikan tempat pembiakan ikan dan hidupan akuatik yang lain (b) menanam semula hutan paya bakau sebagai habitat hidupan akuatik (c) menjalankan ternakan ikan dalan sangkar dan kolam bagi meningkatkan penawaran ikan di pasaran pengguna 9 Langkah mengatasi tanah runtuh akibat penerokaan cerun: (a) menanam tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang untuk melindungi tanah daripada terhakis (b) membina benteng di Iereng bukit (c) membina sistem perparitan di cerun bukit 10 Langkah mengatasi banjir kilat akibat pembandaran yang pesat dan pembangunan yang tidak terancang: (a) menyediakan tong sampah yang banyak di tempat-tempat yang menjadi tumpuan penduduk
  • 8. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (b) memasang perangkap sampah di sistem perparitan yang menjadi laluan air yang utama (c) menyelenggara sistem saliran dengan berkala dan mengikut jadual (d) mendalamkan dan meluruskan sungai Pembangunan Lestari 1 Pembangunan lestari merupakan pembangunan yang mengekalkan alam sekitar untuk memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi yang akan datang. 2 Langkah-langkah perundangan yang dilaksanakan atau amalan di Malaysia bagi menyokong pembangunan lestari: (a) menguat kuasa undang-undang berdasarkan akta yang sedia ada (b) menyediakan laporan EIA (c) hukuman, saman dan denda (d) kawalan dan pemantauan oleh pihak berkuasa 3 Usaha dari aspek pembangunan strategik di Malaysia untuk menyokong pembangunan lestari: (a) Aktiviti pertaničn • kaedah biologi dalam mengawal ancaman serangga • menjana tenaga biomas menggunakan sisa buangan pertanian (b) Aktiviti pembalakan • program tanam semula menggunakan baka cepat matang • projek ladang huțan • penebangan terpilih 4 Melaksanakan kempen oleh pihak kerajaan, NGO dan individu yang mencintai alam sekitar boleh merealisasikan pembangunan lestari. 5 Pendidikan alam sekitar yang diamalkan di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi dan diserap ke dalam mata pelajaran untuk menyemai rasa cinta kepada alam sekitar juga merupakan amalan pembangunan lestari. 6 Perbincangan peringkat dunia tentang pembangunan lestari adalah seperti yang berikut: (a) Persidangan Stockholm (1972) (b) World Conservation (1980) (c) Our Comman Future (1987) (c) UNCED (1992) (d) CSD dirangka (1 993 — 1996) (e) CDS dibentang (1997) (f) Persidangan Johannesburg (2002) 7 Lapan prinsip pembangunan lestari: Prinsip 1 Menjana dan menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi. Contohnya, menjana sektor perhutanan sebagai kawasan pelancongan. Prinsip 2 Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup. Contohnya, sektor pertanian diubah menjadi sektor perindustrian asas tani. Prinsip 3 Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber. Contohnya, menjalankan projek ladang hutan bagi mengekalkan ekosistem hutan. Prinsip 4
  • 9. GEOGRAFI STPM SMK PURUN Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung. Contohnya, pembinaan petempatan harus diambil dikira proses fizikal yang akan berlaku seperti pengerakan jisim (tanah runtuh atau aliran lumpur) di cerun berhampiran kawasan petempatan tersebut. Prinsip 5 Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan. Contohnya, pengurusan sektor perhutanan harus diorientasikan kepada keadah baharu untuk mengekalkannya seperti penyelidikan dan penemuan baka pokok baharu yang cepat matang oleh FRIM dan Universiti Putra Malaysia.
  • 10. GEOGRAFI STPM SMK PURUN Prinsip 6 Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan. Contoh, mewartakan hutan simpan jika kepentingan alam sekitar melebihi kepentingan ekonomi bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh dan banjir. Prinsip 7 Memperbaharui hubungan antarabangsa. Contohnya, dalam mengeksport kayu balak ke luar negara hubungan ekonomi dan perdagangan harus ada supaya harga balak lebih terjamin dan menguntungkan negara. Prinsip 8 Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa. Contohnya, pembakaran hutan secara berleluasa harus dipantau dan dikawal secara kerjasama serantau supaya jerebu merentasi sempadan negara serantau tidak berlaku. Bentuk KerJasama Antarabangsa dalam Konteks Pembangunan Lestari Persidangan Stockholm 1 Diadakan pada 5 - 6 Jun 1972 di Stockholm, Sweden. 2 Dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 3 Tujuan persidangan adalah untuk mencapai keputusan tentang pendekatan global bagi menyelesaikan isu kemerosotan alam sekitar yang dihadapi oleh penduduk bumi. 4 Mempunyai 26 prinsip: (a) Prinsip yang ke-2 menjelaskan tentang pembangunan lestari secara langsung, iaitu sumber semula jadi, termasuk udara, air, tanah, flora dan fauna serta abiotik dan biotik dalam ekosistem alam harus dijaga untuk kepentingan generasi sekarang dan masa depan melalui perancangan dan pengurusan yang sesuai dan cekap (b) Prinsip yang ke-11 juga menjelaskan perkara berkaitan pembangunan lestari iaitu, polisi alam sekitar semua negara harus meningkatkan dan tidak menjejaskan potensi pembangunan sekarang atau masa hadapan negara-negara sedang membangun, juga tidak boleh menjejaskan pencapaian keadaan kehidupan yang lebih baik untuk semua dan langkah-langkah yang harus diambil oleh negara- negara dan pertubuhan antarabangsa dengan tujuan untuk mancapai kesepakatan mengenai kesan ekonomi antarabangsa yang mungkin timbul akibat penerapan langkah-langkah alam sekitar. (c) Prinsip yang ke-22, iaitu negara hendaklah bekerjasama untuk membangunkan lebih banyak undang-undang antarabangsa tentang liabiliti dan pampasan untuk mangsa-mangsa pencemaran dan kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh kegiatan dalam bidang kuasa atau kawalan negara tersebut sehingga ke kawasan di luar bidang kuasa negara. 5 Kesimpulanya, persidangan ini menyeru kepada masyarakat dunia tentang kepentingan usaha bersama untuk memulihara persekitaran global untuk generasi sekarang dan akan datang. Persidangan Rio 1Dimetri di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. 2Merupakan dokumen pendek hasil daripada perjumpaan UNCED yang dikenal sebagai Kemuncak Bumi. 3Mempunyai 27 prinsip, tetapi 12 daripadanya menjelaskan prinsip teras yang menjadi panduan bagi pembangunan masa depan yang mampan seluruh dunia. Contohnya:
  • 11. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (a) Prinsip 4, iaitu hak hidup dan persekitaran yang sihat (b) Prinsip 9, iaitu tugas untuk menilai kesan persekitaran (c) Prinsip 1 1, iaitu warisan untuk sama bagi semua manusia 4Sidang Kemuncak Dunia di Rio ini telah menghasilkan deklarasi Local Agenda 12 yang ditangani oleh 178 buah negara termasuklah Malaysia. 5 Melalui Agenda 21 ini, masyarakat setempat dilibatkan dalam menghasilkan pembangunan mampan, termasuklah badan berkanun, swasta, NGO dan individu yang berminat. Semuanya harus mengenal pasti pelbagai isu pembangunan, membentuk pelan tindakan dan melaksanakan pelan tindakan secara bersama atau sepakat untuk kepentingan bersama bagi generasi masa kini dan akan datang. Persidangan Johannesburg 1 Dimetri pada 26 Ogos hingga 4 September 2002 di Johannesburg, Afrika Selatan. 2 Persidangan in bertujuan untuk meningkatkan usaha pembangunan lestari dengan meminimumkan pemusnahan kualiti alam sekitar secara tempatan, negara dan global akibat penduduk berlebihan dan kegiatan ekonomi tanpa kawalan. 3 Sebenarnya persidangan ini juga ada usaha di peringkat antarabangsa untuk memikirkan atau mengurangkan kemusnahan alam sekitar daripada kesan pemanasan global akibat pencemaran udara. 4 Kesimpulannya, persidangan ini telah menghasilkan tiga dokumen, iaitu: (a) Dokumen Per tama Deklarasi Johannesburg untuk Pembangunan Lestari berasaskan deklarasi bersama antara para pemimpin negara dan kerajaan. (b) Dokumen Kedua - Rencana Implementasi yang berkaitan dengan perjanjian antarabangsa di mana usaha-usaha yang perlu dilakukan berdasarkan prinsip bersama dan tanggungjawab bersama. (c) Dokumen Ketiga - Dokumen Kerjasama, iaitu untuk mempercepatkan pembangunan berterusan yang merata secara antarabangsa dengan sokongan dana negara maju dan agensi antarabangsa. Protokol Montreal 1 Ditandatangai pada tahun ,1987 di Montreal, Kanada oleh 36 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia. 2 lsu yang dibincangkan berkisar kepada permasalahan alam sekitar berkaitan dengan penipisan lapisan ozon hasil daripada penggunaan CFC yang berlebihan. 3 Penipisan lapisan ozon boleh memusnahkan hidupan di bumi. 4 Dalam protokol ini, negara-negara dunia diminta bersetuju untuk menyekat, mengurangkan dan mengehadkan pengeluaran bahan-bahan yang boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon. 5 Malaysia telah memberhentikan penggunaan CFC pada tahun 2000 bagi sektor pembuatan dan berusaha mengurangkan dan menghapuskan penggunaan CFC dalam sektor perkhidmatan pada tahun 2010 sebagaimana yang diwajibkan di bawah Protokol Montreal. Protokol Kyoto 1 Dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997. 2 Ditandatangani pada 16 Mac 1998 dan ditutup pada 16 Mac 1999. 3 Dikuatkuasa pada 16 Februari 2005.
  • 12. GEOGRAFI STPM SMK PURUN 4 Beberapa buah negara telah menguna pakai protokol ini termasuklah Malaysia selain 25 buah negara kesatuan Eropah, Rusia, China dan Jepun. 5 Isu penting yang diperbincangkan di dalam protol ini adalah isu pemanasan global. 6 Negara-negara dunia telah bersetuju untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca yang lain, iaitu metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, CFC dan PFC yang menjadi punca utama pemanasan global. 7 Jika protol ini berjaya, menjelang tahun 2025 berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.020 C hingga 0.280 C. Deklarasi Langkawi 1. Diistiharkan pada Oktober 1989 semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel. 2 Berhubung dengan tanggungjawab negaranegara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. 3 Tambahan pula isu pencemaran ini merentas sempadan negara dan memerlukan penglibatan secara global termasuklah penglibatan negaranegara Komanwel. 4 Empat tindakan telah digariskan, iaitu: (a) penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar (b)pengurusan hutan dan aktiviti pertanian negara maju dan sedang membangun (c) mengurangkan pencemaran laut (d)mengurangkan masalah penipisan ozon 5 Malaysia sebagai anggota negara Komanwel turut bersama dalam perjuangan dan kerjasama mengatasi isu-isu alam sekitar, terutamanya yang membabitkan negara anggota. Persidangan Bali 1. Persidangan ini berlangsung pada 3 hingga 14 Disember 2007 di Bali, Indonesia. 2 Perkara yang dibincangkan berkaitan dengan perubahan iklim dunia yang semakin serius. 3 Dalam persidangan ini, negara maju berjanji akan membantu dana dan teknologi jika berlaku bencana alam sekitar di negara sedang membangun dan berusaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Kepentingan Kerjasama Antarabangsa untuk Menangani Isu Alam Sekitar 1 Masalah kemerosotan kualiti alam sekitar telah menjadi masalah global. Contohnya, masalah jerebu dan pencemaran laut merupakan masalah negara-negara serantau. 2 Penjagaan alam sekitar secara global. Dengan kata lain, masalah alam sekitar perlu dikawal dan dipantau serta dijaga bersama antara negara-negara tanpa batas sempadan politik. 3 Meningkatkan kesedaran tentang pentingya pembangunan lestari. Hal ini penting untuk mengekalkan sumber semula jadi agar dapat digunakan sepenuhnya oleh generasi kini dan dapat diwarisi untuk generasi akan datang.