SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kejuruteraan persekitaran adalah satu amalan
kejuruteraan yang dapat menjamin taraf kesihatan
awam yang baik disamping melindungi alam sekitar
daripada dirosakkan oleh aktiviti manusia yang
keterlaluan. Bidang kejuruteraan persekitaran amat
luas. Antara bidang-bidang tersebut ialah
1. Pembekalan air yang selamat dan mencukupi
2. Penyaliran air hujan di kawasan bandar dan luar
bandar
3. Sistem pembetungan bagi mengumpul dan
mengolah (merawat) air sisa
4. Pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal
5. Pengawalan pencemaran air, udara dan tanah
7. Pengawalan kesihatan awam
8. Pengurusan sisa berbahaya
Alam sekitar
Bumi mengandungi tiga lapisan utama iaitu lapisan
udara (atmosfera), lapisan daratan (litosfera) dan
lapisan air (hidrosfera). Di biosfera, iaitu satu lapisan
nipis pada permukaan bumi yang meliputi udara,
daratan dan air, wujud berbagai-bagai bentuk
kehidupan seperti manusia, tumbuhan-tumbuhan,
haiwan dan lain-lain yang membentuk satu
ekosistem yang teratur dan saling bergantung
antara satu sama lain. Di sini, sumber-sumber untuk
kehidupan seperti air, udara dan makanan diperolehi
dan di sini jugalah, bahan buangan dalam bentuk
pepejal, cecair mahupun gas dibuang. Pembuangan
bahan-bahan tersebut yang mengatasi keupayaan
penyerapan semula jadi biosfera menyebabkan
kemunculan berbagai-bagai bentuk pencemaran.
Kesan manusia terhadap alam sekitar
Antara kegiatan yang telah mengubah alam sekitar
1. Perbandaran.
2. Pembangunan tanah atau kawasan bagi tujuan pertanian,
pelancongan, pembukaan bandar-bandar baru dan lain-lain.
3. Perindustrian.
4. Pembalakan.
5. Kemajuan sosioekonomi dan pemilikan kenderaan.
6. Perumahan dan jalan perhubungan/pengangkutan.
7. Peningkatan kegiatan carigali minyak dan gas.
8. Peningkatan perdagangan dan lalu lintas antarabangsa di
perairan Malaysia.
Kegiatan di atas boleh mewujudkan satu keadaan yang tidak
seimbang antara manusia dan alam sekitarnya terutama
pembangunan yang tidak dirancang dan tidak memberikan
pertimbangan kepada aspek alam sekitar.
Penukaran terhadap alam sekitar telah mengakibatkan
berbagai-bagai masalah. Antaranya:
1. Hakisan tanah/Tanah runtuh.
2. Banjir/banjir kilat di bandar-bandar.
3. Kekurangan sumber bekalan air.
4. Pemendapan kelodak di sungai.
5. Pencemaran air
6. Pencemaran udara
7. Pencemaran kawasan-kawasan pertanian oleh sisa
buangan seperti racun serangga dan baja.
1.2 Pencemaran
Sebarang bahan atau tenaga yang dilepaskan ke persekitaran dan
menyebabkan perubahan yang tidak diingini pada sifat fizikal, kimia
dan biologi mana-mana bahagian persekitaran (air, tanah dan udara)
yang membahayakan nyawa, menjejaskan kesihatan dan aktiviti
manusia dan lain-lain hidupan.
Bahan-bahan pencemar boleh dikategorikan kepada:
Bahan-bahan yang boleh diurai (reput) secara biologi oleh proses
semula jadi atau oleh sistem terkawal. Contoh: sampah-sarap daripada
makanan, tumbuhan dan haiwan. Walaupun boleh terurai, tetapi
masalah akan timbul bilamana pertambahan bahan ini melebihi kadar
penguraiannya.
ii) Bahan-bahan pencemar yang tidak boleh diurai atau dapat diurai
tetapi lambat. Contoh: plastik, bahan kimia DDT
(dicholorodiphenyltrichloroethane) dan tin-tin aluminium. Bahan
pencemar seperti ini boleh merosakkan keseimbangan ekologi.
Pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia ke atas
komponen alam sekitar iaitu air, tanah dan atmosfera telah
menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan. Pencemaran juga
mewujudkan satu persekitaran yang kurang selesa kepada manusia
seperti longgokan sampah-sarap, sungai-sungai yang kotor, udara
yang tidak segar, banjir dan berbagai-bagai lagi keadaan yang kurang
menyenangkan. Ekonomi sesuatu kawasan atau negara boleh terjejas
disebabkan pencemaran.
1.2.1 Pencemaran air
Antara punca utama pencemaran air ialah
1. Kemajuan tanah dan sumber semulajadi bagi tujuan
perlombongan, pelancongan, penempatan penduduk di kawasan
rancangan pertanian baru dan penanaman semula, pembalakan,
pembangunan bandar dan pembentukan infrastruktur (kerja-kerja
pembinaan).
2. Pembuangan sisa-sisa cecair dari kilang dan industri.
a. kilang-kilang yang berasaskan pertanian seperti kilang kelapa
sawit dan getah.
b. kilang yang berasaskan perindustrian dan pembuatan seperti
tekstil, cat dan lain-lain mengeluarkan bahan-bahan kimia yang
mengandungi toksid/racun seperti raksa, plumbum, kromium dan
kadmium.
3. Tumpahan minyak di perairan laut seperti di Selat Melaka
akibat pelanggaran atau pembuangan sisa-sisa kapal
menyebabkan sungai-sungai berdekatan terjejas.
4. Pembuangan sisa-sisa pertanian seperti baja kimia dan racun
serangga dari kawasan pertanian dan sisa ternakan seperti
khinzir.
5. Pembuangan air sisa domestik dan sampah-sarap terutama dari
kawasan setinggan.
Bahan pencemar utama
1. Patogen (organisma pembawa penyakit)
2. Bahan organik
3. Nutrien (nitrat dan fosfat)
4. Garam (Pepejal terlarut)
5. Logam berat
6. Pestisid (racun serangga)
7. Pepejal terampai
Kesan pencemaran air
1. Pengotoran bekalan air yang meningkatkan kos olahan
air dan pengurangan kuantiti bekalan.
2. Merosakkan sistem ekologi sungai menyebabkan hidupan
air terancam.
3. Kesihatan terjejas akibat penggunaan air yang tercemar.
Contoh:
(a) Pencemaran oleh logam berat seperti raksa. Peristiwa
Minimata, Jepun pada tahun 1950. 41 orang mati akibat
memakan ikan yang dicemari oleh raksa. Raksa
merosakkan sel-sel saraf, kromosom dan menyebabkan
penyakit keturunan.
(b) Penyakit itai-itai. Kerosakan yang berlaku pada tulang,
sendi dan otot disebabkan kadmium.
(c) Methemoglobinemia. (Sindrom ‘blue baby’). Bayi
menjadi biru disebabkan kekurangan oksigen dalam darah.
Ini berlaku apabila bayi meminum air yang mengandungi
kandungan nitrat yang tinggi. Nitrat akan diubah menjadi
nitrit dalam usus bayi oleh bakteria tertentu. Nitrit mudah
bergabung dengan hemoglobin dalam darah berbanding
oksigen menyebabkan kekurangan oksigen berlaku.
(d) Penyakit seperti taun, kepialu, cirit-birit dan lain-lain.
4. Kegunaan jasad air sebagai pusat rekreasi atau sumber bekalan
terjejas.
Contoh:
Eutrofikasi iaitu proses pengayaan nutrien (nutrien enrichment) pada
jasad air berpunca daripada kemasukan nutrien seperti nitrat dan
fosfat yang berlebihan dan tidak dimbangi oleh pengaliran keluar
nutrien daripada jasad air. Fenomena ini sering diperhatikan pada
jasad air seperti tasik, kolam takungan dan juga sungai yang
beraliran perlahan. Kepekatan nutrien yang tinggi merangsang
pembiakan tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga dan plankton
yang boleh menjejaskan kualiti dan nilai estetik jasad air. Jasad air
seperti kolam atau tasik akhirnya dipenuhi oleh mendapan, menjadi
cetek dan dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan akuatik lain yang lebih
besar.
5. Sungai menjadi cetek disebabkan oleh mendapan, sampah-sarap
dan tidak sesuai bagi tujuan pelayaran. Banjir mudah berlaku.
Pencemaran air, antaranya, boleh dikawal menerusi langkah-langkah
pencegahan seperti mengolah air sisa sebelum didiscas ke sungai
dan melalui penguatkuasaan undang-undang bagi menghadkan
pelepasan bahan-bahan pencemar ke jasad air.
1.2.2. Pencemaran udara
Atmosfera ialah lapisan gas yang menyelubungi bumi dan
terbahagi kepada 4 lapisan iaitu troposfera, stratosfera, mesofera
dan termosfera. Troposfera adalah lapisan gas pada jarak 10 km
daripada permukaan bumi dan mengandungi 78% gas nitrogen
(N2), 21 % gas oksigen O2, 1 % gas argon, 0.03 % gas CO2 dan
gas-gas lengai seperti helium, neon dan lain-lain dalam peratus
yang amat kecil.
Walaupun unsur-unsur semula jadi seperti debu daripada letupan
gunung berapi dan asap daripada kebakaran hutan akibat petir
boleh menyebabkan masalah pencemaran, aktiviti-aktiviti manusia
adalah penyebab utama masalah pencemaran udara. Penggunaan
bahan api fosil seperti arangbatu, minyak/petroleum dan gas asli
untuk proses pemanasan dan penyejukan, pengangkutan, industri
dan juga pembakaran sisa-sisa oleh domestik, industri dan
perbandaran menyumbang kepada masalah pencemaran udara.
Sumber pencemaran udara
• Pengangkutan
- Kenderaan bermotor, kapal terbang, keretapi dan kapal
• Pembakaran bahan api dari sumber pegun
- Domestik, perdagangan, stesen janakuasa, industri
• Proses-proses perindustrian
- Industri kimia, logam, kertas, kayu, simen, kuari
• Pelupusan sisa pepejal
- Pembakaran sisa domestik dan perdagangan sama ada secara
terbuka atau terkawal, pembakaran sisa pertanian.
Bahan pencemar udara adalah bahan-bahan yang kehadirannya
di atmosfera menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh-
tumbuhan; merosakkan bahan atau mengganggu keselesaan
hidup. Bahan pencemar boleh dikelaskan sebagai partikel (zarah)
atau gas.
Jadual 1.1 Pengkelasan bahan pencemar udara
Sumber pencemaran udara
• Pengangkutan
- Kenderaan bermotor, kapal terbang, keretapi dan kapal
• Pembakaran bahan api dari sumber pegun
- Domestik, perdagangan, stesen janakuasa, industri
• Proses-proses perindustrian
- Industri kimia, logam, kertas, kayu, simen, kuari
• Pelupusan sisa pepejal
- Pembakaran sisa domestik dan perdagangan sama ada secara
terbuka atau terkawal, pembakaran sisa pertanian.
Bahan pencemar udara adalah bahan-bahan yang kehadirannya
di atmosfera menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh-
tumbuhan; merosakkan bahan atau mengganggu keselesaan
hidup. Bahan pencemar boleh dikelaskan sebagai partikel (zarah)
atau gas.
Jadual 1.1 Pengkelasan bahan pencemar udara
Kelas utama Subkelas Bahan
Partikel Pepejal Debu, asap, abu
Cecair Kabus
Gas
Organik Hidrokarbon Heksena, benzena, etelina, metana
Aldehydes, ketone Formaldehyde, aseton
Lain-lain organik Hidrokarbon terklorin, alkohol
Bukan organik Oksida-oksida karbon Karbon monoksida, karbon dioksida
Oksida-oksida sulfur Sulfur dioksida, sulfur trioksida
Oksida-oksida nitrogen Nitrogen dioksida, nitrik oksida
Lain-lain bukan organik Hidrogen sulfida, hidrogen fluorida,
amonia
Kesan pencemaran udara
Pencemaran udara membahayakan kesihatan, merosakkan tumbuh-
tumbuhan atau tanaman, merosakkan bahan-bahan binaan,
mempengaruhi sistem ekologi hidupan dan mempengaruhi iklim.
Kesan ke atas kesihatan
(a) Partikel adalah pepejal atau cecair yang bersaiz antara 0.002
hingga 500 µm seperti habuk dan asap. Ia terhasil daripada proses
penghancuran atau pengisaran bahan- bahan seperti arangbatu,
simen, penggergajian kayu dan pembakaran. Bahan pencemar
partikel selain daripada mengotorkan, boleh menyerap dan melekat
pada sistem pernafasan seperti paru-paru. Partikel plumbum hasil
daripada pembakaran minyak petrol dan cat menjejaskan hati, buah
pinggang, darah dan merendahkan kecerdasan otak kanak-kanak
(b) Karbon monoksida (CO) berpunca daripada pembakaran bahan
api yang kurang sempurna pada injin kenderaan dan daripada stesen
janakuasa dan kilang. Ia adalah toksik kerana mudah berpadu
dengan hemoglobin dalam darah berbanding oksigen menyebabkan
tubuh kekurangan oksigen. CO menyebabkan pening, pitam dan
kematian pada kepekatan yang tinggi.
(c) Oksida-oksida sulfur (SO2, SO3) berpunca daripada pembakaran
bahan api fosil dan arangbatu. Asid H2SO3 dan H2SO4 terhasil
daripada gabungan oksida-oksida ini dengan air. Pengurangan
penglihatan, masalah pernafasan dan sakit dada dikaitkan dengan
pencemaran daripada oksida-oksida sulfur.
(d) Oksida-oksida nitrogen (NO dan NO2)
NO dan NO2 terbentuk apabila pembakaran pada suhu yang tinggi
menyebabkan nitrogen dan oksigen berpadu. NO tidak mendatangkan
masalah kesihatan pada kepekatan yang lazim terdapat di atmosfera
tetapi boleh teroksida menjadi NO2 yang berbahaya. NO2 mudah
berpadu dengan hemoglobin dalam darah, menjejaskan sistem
pernafasan dan merosakkan tisu paru-paru.
(e) Hidrokarbon (HC) terhasil daripada pembakaran bahan api fosil oleh
kenderaan, kilang dan stesen janakuasa. Apabila oksida-oksida nitrogen
dan hidrokarbon bertindakbalas dengan kehadiran cahaya matahari,
bahan pencemar peringkat kedua iaitu oksidan fotokimia seperti gas
ozon (O3) dan peroxyacetil nitrat (PAN) terhasil. Satu keadaan yang
dinamai asbut fotokima (Photochemical smog) terbentuk dan
menyebabkan sakit tekak, sakit dada, pernafasan, pedih mata dan
hidung. Pembentukan asbut fotokima. boleh ditunjukkan seperti di
bawah.
Hidrokarbon + NOx + Cahaya matahari asbut fotokima
Disamping itu, hidrokarbon dari kumpulan aromatik (PAH - polynuclear
aromatic carbon) seperti benzo(a)pirena adalah karsinogenik iaitu
penyebab kanser.
Kesan ke atas tumbuh-tumbuhan/tanaman
Partikel seperti debu menyebabkan liang stoma
yang menyerap cahaya matahari untuk
fotosintesis tertutup. Pertumbuhan pokok
terbantut. Hujan asid pula boleh merosakkan
tanaman, hutan dan mengubah pH tanah serta
menjejaskan hidupan akuatik. Hujan asid secara
umum mempunyai nilai pH kurang dari 5.6 dan
terbentuk apabila gas-gas oksida sulfur dan
oksida-oksida nitrogen bertindak dengan wap air
membentuk sebatian berasid seperti asid sulfurik
dan asid nitrik. Titisan-titisan air yang berasid
dibawa oleh angin dan turun sebagai hujan asid.
Kesan ke atas bahan
Perubahan warna boleh berlaku pada bangunan disebabkan
oleh debu dan asap. Bangunan-bangunan yang diperbuat
daripada batu kapur, batu marmar dan sesetengah cat boleh
dihakis
Kesan ke atas iklim
Pencemaran udara boleh mengubah keadaan cuaca
setempat/serantau dan sejagat (global).
Perubahan cuaca setempat dan serantau
i. Pengurangan penglihatan
Kabus debu (jerebu) disebabkan kepekatan pepejal terampai
yang tinggi di udara. Boleh menyebabkan pengurangan
penglihatan yang membahayakan keselamatan terutama
pengguna jalanraya dan mewujudkan persekitaran yang tidak
estetik. Zarah dalam julat saiz 0.38 hingga 0.76 µm dan molekul-
molekul gas (terutama sulfur dioksida) merupakan bahan
pencemar utama yang menyebabkan pengurangan penglihatan.
Bahan-bahan pencemar ini menyerap dan menyerakkan cahaya.
ii. Perubahan kuantiti kerpasan (precipitation)
Bahan-bahan pencemar udara sama ada yang dilepaskan ke
atmosfera atau terbentuk di atmosfera boleh menyebabkan
peningkatan kerpasan. Fenomena ini terjadi kerana zarah-
zarah kecil bertindak sebagai nuklei yang memulakan
pembentukan titisan hujan. Peningkatan kerpasan
diperhatikan berlaku terutamanya di kawasan-kawasan
bandar yang menerima pelepasan zarah yang tinggi.
iii. Kesan pulau haba bandar
Walaupun bahan-bahan pencemar udara berupaya
mengurangkan pancaran suria di bandar-bandar,
peningkatan suhu atmosfera di bandar adalah dikaitkan
dengan peningkatan pembakaran bahan api fosil sama ada
daripada kenderaan atau industri dan keupayaan penahanan
haba oleh bahan-bahan bangunan seperti asfalt, konkrit dan
batu-bata. Faktor-faktor ini meninggikan suhu di kawasan
bandar dan fenomena ini dikenali sebagai kesan pulau haba
bandar.
Perubahan iklim sejagat (global)
i. Kesan rumah hijau (Green house effect)
Tenaga suria yang diserap oleh bumi ditukarkan kepada tenaga haba
dan dipancarkan semula ke angkasa sebagai sinaran gelombang
panjang. Wap air dan karbon dioksida yang terdapat di atmosfera
adalah hampir-hampir legap terhadap sinaran gelombang panjang.
Ini mengakibatkan sebahagian besar sinaran semula bumi dihalang
menyebabkan suhu atmosfera meningkat. Fenomena ini dikenali
sebagai kesan rumah hijau, sempena prinsip pembinaan rumah
hijau yang diperbuat daripada kaca. Kaca, sama seperti karbon
dioksida dan wap air, membenarkan pancaran suria menembusi
rumah hijau tetapi menghalang sinaran haba daripada keluar. Di
atmosfera, bahan pencemar gas seperti CO2, nitrous oksida (N2O),
metana (CH4), kloroflourokarbon (CFC) dan ozon (O3) adalah gas-
gas rumah hijau yang boleh memerangkap haba. Peningkatan
kepekatan gas-gas ini menyebabkan pemanasan sejagat (global
warming) iaitu kenaikan suhu dunia yang boleh menyebabkan
kenaikan paras air laut akibat pencairan ais/salji di kutub.
ii. Penipisan lapisan ozon
Lapisan ozon yang terdapat di stratosfera berfungsi melindungi bumi
daripada pancaran lampau ungu (UV) yang tinggi yang boleh
menjejaskan tanaman dan haiwan. Lapisan ini boleh menjadi nipis
akibat tindakan klorin dalam gas CFC dengan ozon. CFC digunakan
dalam penyembur aerosol, plastik, pelarut dan penyejuk.
1.2.3 Kawalan pencemaran udara
Atmosfera mempunyai keupayaan pembersihan semulajadi.
Tanpanya, bumi tidak akan boleh didiami oleh manusia.
Kebanyakan peranti-peranti untuk mengawal pencemaran
udara menggunakan sebahagian daripada mekanisma
pembersihan semulajadi seperti penyerakan (dispersion),
pengenapan graviti (gravitational settling), flokulasi
(flocculation), serapan (absorption) dan penjerapan
(adsorption).
Terdapat dua langkah pengawalan bahan pencemar udara
iaitu melalui pencairan dan pengawalan pelepasan bahan
pencemar pada sumber.
Pencairan
Penggunaan paip tumpu/cerobong (stack pipe) yang tinggi
berupaya menyerakkan bahan pencemar ke atmosfera agar
kepekatannya pada paras bumi dapat dikurangkan atau
kepekatan bahan pencemar dicairkan hingga ke tahap kesan
berbahayanya kurang dirasai di kawasan yang berdekatan
dengan sumber. Merupakan pengawalan jangka pendek.
Pengawalan pada sumber
Penghasilan bahan pencemar dihalang dengan menukarkan
bahan api fosil dengan sumber kuasa alternatif (air, geoterma
atau tenaga suria). Pelepasan bahan pencemar boleh
dikurangkan dengan menggantikan bahan api fosil dengan
bahan api yang rendah pencemarannya seperti penggunaan
arangbatu yang rendah kandungan sulfur, melalui operasi
yang sesuai dan penyenggaraan alat yang betul terutama alat-
alat yang terlibat dengan operasi pembakaran dan
penggunaan minyak tanpa plumbum. Namun begitu,
penggunaan peranti-peranti kawalan tertentu adalah kaedah
paling lazim bagi mengurangkan pelepasan bahan pencemar
ke udara.
Kawalan bahan pencemar zarah
Antara peranti kawalan bagi bahan pencemar zarah ialah kebuk
pengenapan graviti, pengumpul emparan, pengumpul basah
dan penuras fabrik.
a) Kebuk pengenapan graviti
Kebuk pengenapan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1,
mempunyai konduit yang diperbesarkan supaya halaju
mendatar menjadi rendah. Dengan itu, zarah boleh mengenap
ke dasar kebuk.
b) Pengumpul emparan
Menggunakan daya emparan untuk memisahkan zarah daripada
arus gas. Sejenis pengumpul emparan yang lazim digunakan
ialah siklon. Siklon seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2
terdiri daripada kelompang selinder, dasar berbentuk kun,
corong tuang habuk dan salur masuk. Gas yang mengandungi
habuk masuk secara tangen melalui salur masuk dan di bawah
pengaruh daya emparan, zarah pepejal terlontar ke dinding
semasa gas berpusing ke atas. Zarah melungsur ke bawah dan
masuk ke corong tuang.
Rajah 1.1 Kebuk pengenapan graviti (sila rujuk rajah)
Rajah 1.2 Siklon (sila rujuk rajah)
c) Pengumpul basah
Pengumpul basah menyingkirkan jirim zarah daripada arus
gas dengan menyatukan zarah menjadi titisan cecair. Menara
sembur adalah antara pengumpul basah yang lazim
digunakan.
Rajah 1.3 Penggahar menara sembur (sila rujuk rajah)
d) Penuras fabrik
Arus gas yang mengandungi zarah dialirkan melalui fabrik
yang boleh menuras dan membenarkan gas mengalir
menerusinya.
Rajah 1.4 Penuras fabrik
Peranti kawalan bahan pencemar gas
a) Penjerapan
Bahan pencemar gas boleh dikawal dengan menggunakan
kaedah penjerapan iaitu pengaliran arus gas melalui bahan
pepejal yang poros (bahan penjerap). Permukaan bahan
pepejal yang poros menarik dan memegang gas melalui
penjerapan kimia atau fizikal. Sebagai contoh, penapis
molekul boleh mengeluarkan gas SO2 manakala karbon
teraktif boleh menyingkirkan bau. Rajah di bawah
menunjukkan proses penjerapan bahan cemar
menggunakan karbon yang diletakkan dalam dulang.
b) Penyerapan
Proses yang menyebabkan gas tercemar bersentuhan
dengan cecair penyerap (pelarut) supaya satu atau lebih
bahan di dalam gas dikeluarkan, diolah atau diubah suai
oleh penyerap cecair. Sebagai contoh, air dan batu kapur
boleh digunakan untuk menyingkirkan SO2. Air bertindak
dengan batu kapur membentuk kalsium hidroksida. Kalsium
hidroksida seterusnya bertindak dengan SO2 menghasilkan
garam kalsium sulfat yang boleh dikeluarkan daripada arus
gas.
1.3 Kawalan ke atas kualiti alam sekitar
Kawalan ke atas kualiti alam sekitar dibuat melalui langkah-langkah
pengawalan pencemaran menerusi olahan sisa dan penguatkuasaan
undang-undang. Matlamat pengawalan pencemaran mesti
mencerminkan keperluan pertumbuhan ekonomi dan tidak harus
membebankan proses pembangunan dengan menggunakan undang-
undang yang ketat. Undang-undang pengawalan pencemaran mestilah
ada tolak ansur antara pembangunan dan alam sekitar.
Pengawalan alam sekitar terdapat di ketiga-tiga peringkat kerajaan
iaitu di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan. Di bawah adalah antara senarai jabatan dan agensi-agensi
kerajaan yang terlibat dalam usaha mengawal mutu alam sekitar.
Jabatan/Agensi yang terlibat
• Jabatan Alam Sekitar-Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar
• Jabatan Pengairan dan Saliran & Jabatan Pertanian - Kementerian
Perikanan
• Jabatan Laut- Kementerian Pengangkutan
• Jabatan Pengangkutan dan Jalanraya - Kementerian Pengangkutan
• Jabatan Galian & Jabatan Perhutanan - Kementerian Perusahaan
Utama
• Kementerian Kesihatan
• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1.3.1 Strategi pemeliharaan alam sekitar
Bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan manusia melalui
pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, Bahagian Alam Sekitar
dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah merangka
satu strategi yang terdiri dari rancangan jangka pendek, jangka
sederhana dan jangka panjang .
• Strategi jangka pendek
Bagi jangka pendek, kawalan adalah melalui undang-undang, sebagai
contoh, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah Kementerian Sains,
Teknologi & Alam Sekitar yang merupakan satu bentuk undang-undang
yang paling menyeluruh bagi pengurusan alam sekitar di Malaysia dalam
mencegah, mengurangkan dan mengawal pencemaran serta memulih
alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab mentadbir akta tersebut dan
peraturan didalamnya. Ia memberi kuasa kepada Jabatan tersebut untuk
menyelaras aktiviti-aktiviti berhubungan dengan pelepasan buangan ke
alam sekeliling dengan mengadakan piawai dan kriteria, membuat
penyelidikan dan menyebarkan maklumat mengenai alam sekitar kepada
orang ramai. Sebagai contoh, piawai bagi efluen daripada kilang kelapa
sawit dan getah, piawai buangan efluen-efluen lain dan pelepasan bahan
pencemar udara telah dibuat dan dinasihatkan mengikut pandangan
Majlis Kualiti Alam Sekeliling.
Kawalan pencemaran sungai
Kawalan terhadap pencemaran sungai tertakluk di bawah
undang-undang alam sekitar dengan kadar buangan ke dalam
sungai ditentukan oleh piawai atau standard yang disyorkan
oleh nilai pH, BOD, SS dan lain-lain.
Beberapa peraturan telah digubal untuk tujuan pengawalan
pencemaran air bagi menghadkan pengeluaran efluen ke dalam
sungai, antaranya ialah:
1. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang
Ditetapkan) Minyak kelapa sawit (1977)
2. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang
Ditetapkan) Getah asli mentah (1978).
3. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang
Ditetapkan) Kumbahan dan efluen perindustrian (1979)
Kawalan Pencemaran udara
Beberapa peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 diadakan untuk tujuan tersebut.
1. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih),
1978
2. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan
kepekatan plumbum dalam gasolin motor) 1985
Peraturan yang dibuat dibawah ordinan Lalulintas Jalan 1958
1. Kaedah-kaedah Kereta-Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan
Gas) 1977
Alam sekeliling 1974
1. Peraturan -peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising
Kenderaan Motor) 1987
2. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan)
Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (1987). Menyenaraikan
aktiviti-aktiviti yang memerlukan Penilaian Kesan kepada Alam
Sekeliling (PKAS/EIA) dijalankan sebelum sesuatu projek
pembangunan diluluskan. Antara aktiviti-aktiviti yang
memerlukan PKAS ialah aktiviti tebus guna tanah, perumahan,
perlombongan, projek perikanan dan infrastruktur.
3. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 1989
4. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang
ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan
Terjadual) 1989
5. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan)
(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989
• Strategi jangka sederhana
Kerajaan pusat menyediakan garis panduan kepada kerajaan
negeri berhubung kawalan dan pencegahan hakisan tanah
dan kelodak, penempatan dan pengezonan industri,
pengurusan sisa pepejal dan pengurusan tapak pelupusan
sisa.
• Strategi jangka panjang
Menjalankan kajian ke atas cadangan projek pembangunan
yang dikenal pasti mendatangkan kesan buruk dan meluas
kepada alam sekitar terutama projek besar yang melibatkan
sumber tanah, air melalui prosedur Penilaian Kesan Alam
Sekeliling (Environmental Impact Assessment-EIA). Kajian
merangkumi pilihan alternatif kepada tapak, proses,
mengenal bidang yang akan mengalami kesan buruk dan
langkah pembetulan atau pencegahan yang akan diambil.
Selain itu strategi jangka panjang tertumpu kepada usaha-
usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai
Pendidikan Alam Sekitar melalui radio, televisyen, kempen,
ceramah dan lain-lain. Dengan adanya sifat menghargai alam
sekitar dan tanggungjawab dikalangan masyarakat, usaha
mengawal mutu alam sekitar akan menjadi lebih berkesan.
Bab1

More Related Content

What's hot

Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarPengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarsafeqa
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarZoey Loh
 
Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)yanazulaikha1
 
environment pollution topic 2-water pollution
environment pollution topic 2-water pollutionenvironment pollution topic 2-water pollution
environment pollution topic 2-water pollutionNatalie Ulza
 
BEBOLA MIKROB (MUD BALL) UNTUK KAWALAN DAN TINGKATKAN KUALITI AIR
BEBOLA MIKROB (MUD BALL) UNTUK KAWALAN DAN TINGKATKAN KUALITI AIRBEBOLA MIKROB (MUD BALL) UNTUK KAWALAN DAN TINGKATKAN KUALITI AIR
BEBOLA MIKROB (MUD BALL) UNTUK KAWALAN DAN TINGKATKAN KUALITI AIRAyda.N Mazlan
 
Pencemaran alam sekitar kerja kumpulan
Pencemaran alam sekitar kerja kumpulanPencemaran alam sekitar kerja kumpulan
Pencemaran alam sekitar kerja kumpulanNur Hasanuddin
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologiqashah09
 
Persembahan Multimedia Pencemaran Air (SEBELUM)
Persembahan Multimedia Pencemaran Air (SEBELUM)Persembahan Multimedia Pencemaran Air (SEBELUM)
Persembahan Multimedia Pencemaran Air (SEBELUM)Farish Farisha
 
Menganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan AlamMenganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan AlamMohd Shukri Suib
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARAsmawi Abdullah
 

What's hot (20)

PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENCEMARAN ALAM SEKITARPENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
 
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarPengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
 
Pencemaran industri
Pencemaran industriPencemaran industri
Pencemaran industri
 
5 topic3
5 topic35 topic3
5 topic3
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)
 
Pencemaran
PencemaranPencemaran
Pencemaran
 
environment pollution topic 2-water pollution
environment pollution topic 2-water pollutionenvironment pollution topic 2-water pollution
environment pollution topic 2-water pollution
 
BEBOLA MIKROB (MUD BALL) UNTUK KAWALAN DAN TINGKATKAN KUALITI AIR
BEBOLA MIKROB (MUD BALL) UNTUK KAWALAN DAN TINGKATKAN KUALITI AIRBEBOLA MIKROB (MUD BALL) UNTUK KAWALAN DAN TINGKATKAN KUALITI AIR
BEBOLA MIKROB (MUD BALL) UNTUK KAWALAN DAN TINGKATKAN KUALITI AIR
 
Pencemaran alam sekitar kerja kumpulan
Pencemaran alam sekitar kerja kumpulanPencemaran alam sekitar kerja kumpulan
Pencemaran alam sekitar kerja kumpulan
 
Contoh
ContohContoh
Contoh
 
Lesson 8.3
Lesson 8.3Lesson 8.3
Lesson 8.3
 
Pengurusan buangan
Pengurusan buanganPengurusan buangan
Pengurusan buangan
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
 
Persembahan Multimedia Pencemaran Air (SEBELUM)
Persembahan Multimedia Pencemaran Air (SEBELUM)Persembahan Multimedia Pencemaran Air (SEBELUM)
Persembahan Multimedia Pencemaran Air (SEBELUM)
 
Menganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan AlamMenganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan Alam
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
 
Folio geografi Form 3
Folio geografi Form 3Folio geografi Form 3
Folio geografi Form 3
 

Viewers also liked

Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikEve93Ooi
 
PEMBUANGAN SAMPAH SARAP, SISA TOKSIK DAN PEPEJAL SERTA SISTEM KUMBAHAN
PEMBUANGAN SAMPAH SARAP, SISA TOKSIK DAN PEPEJAL SERTA SISTEM KUMBAHANPEMBUANGAN SAMPAH SARAP, SISA TOKSIK DAN PEPEJAL SERTA SISTEM KUMBAHAN
PEMBUANGAN SAMPAH SARAP, SISA TOKSIK DAN PEPEJAL SERTA SISTEM KUMBAHANMuhammad Nasrullah
 
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentunganamnik86
 
Book--Management of Management Department : A Road to Excellence By MTC Global
Book--Management of Management Department : A Road to Excellence By MTC GlobalBook--Management of Management Department : A Road to Excellence By MTC Global
Book--Management of Management Department : A Road to Excellence By MTC GlobalProf. Bholanath Dutta
 
ShopperQuickCorporatePresentation
ShopperQuickCorporatePresentationShopperQuickCorporatePresentation
ShopperQuickCorporatePresentationTabish Ahmed
 
Air pollutin control 1
Air pollutin control 1Air pollutin control 1
Air pollutin control 1rosmida2525
 
MTC Global Biography of Indian Management Educators, Volume-I, Feb 2016
MTC Global Biography of Indian Management Educators, Volume-I, Feb 2016MTC Global Biography of Indian Management Educators, Volume-I, Feb 2016
MTC Global Biography of Indian Management Educators, Volume-I, Feb 2016Prof. Bholanath Dutta
 
PHAÂN TÍCH TÌNH HÌNH HOAÏT ÑOÄNG VAØ XAÂY DÖÏNG CHIEÁN LÖÔÏC MARKETING NHAÈM ...
PHAÂN TÍCH TÌNH HÌNH HOAÏT ÑOÄNG VAØ XAÂY DÖÏNG CHIEÁN LÖÔÏC MARKETING NHAÈM ...PHAÂN TÍCH TÌNH HÌNH HOAÏT ÑOÄNG VAØ XAÂY DÖÏNG CHIEÁN LÖÔÏC MARKETING NHAÈM ...
PHAÂN TÍCH TÌNH HÌNH HOAÏT ÑOÄNG VAØ XAÂY DÖÏNG CHIEÁN LÖÔÏC MARKETING NHAÈM ...Thinh Phan
 
스킨코디가 추천하는 봄 메이크업_'결'을 살리는 촉촉·뽀송 피부연출 베이스 메이크업
스킨코디가 추천하는 봄 메이크업_'결'을 살리는 촉촉·뽀송 피부연출 베이스 메이크업스킨코디가 추천하는 봄 메이크업_'결'을 살리는 촉촉·뽀송 피부연출 베이스 메이크업
스킨코디가 추천하는 봄 메이크업_'결'을 살리는 촉촉·뽀송 피부연출 베이스 메이크업종호 서
 
Value added top quality certificate programs by mtc global
Value added top quality certificate programs by mtc globalValue added top quality certificate programs by mtc global
Value added top quality certificate programs by mtc globalProf. Bholanath Dutta
 

Viewers also liked (20)

EUTROFIKASI (BIOLOGI)
EUTROFIKASI (BIOLOGI)EUTROFIKASI (BIOLOGI)
EUTROFIKASI (BIOLOGI)
 
Barium Enema Slideshow (in Malay)
Barium Enema Slideshow (in Malay)Barium Enema Slideshow (in Malay)
Barium Enema Slideshow (in Malay)
 
Kkp
KkpKkp
Kkp
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksik
 
PEMBUANGAN SAMPAH SARAP, SISA TOKSIK DAN PEPEJAL SERTA SISTEM KUMBAHAN
PEMBUANGAN SAMPAH SARAP, SISA TOKSIK DAN PEPEJAL SERTA SISTEM KUMBAHANPEMBUANGAN SAMPAH SARAP, SISA TOKSIK DAN PEPEJAL SERTA SISTEM KUMBAHAN
PEMBUANGAN SAMPAH SARAP, SISA TOKSIK DAN PEPEJAL SERTA SISTEM KUMBAHAN
 
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
18036053 kaedah-pelupusan-sisa-kumbahan-sistem-pembentungan
 
Rawatan air
Rawatan airRawatan air
Rawatan air
 
Презентація Шульга Т.М.
Презентація Шульга Т.М.Презентація Шульга Т.М.
Презентація Шульга Т.М.
 
Book--Management of Management Department : A Road to Excellence By MTC Global
Book--Management of Management Department : A Road to Excellence By MTC GlobalBook--Management of Management Department : A Road to Excellence By MTC Global
Book--Management of Management Department : A Road to Excellence By MTC Global
 
ShopperQuickCorporatePresentation
ShopperQuickCorporatePresentationShopperQuickCorporatePresentation
ShopperQuickCorporatePresentation
 
Ragam dialog
Ragam dialogRagam dialog
Ragam dialog
 
Air pollutin control 1
Air pollutin control 1Air pollutin control 1
Air pollutin control 1
 
MTC Global Biography of Indian Management Educators, Volume-I, Feb 2016
MTC Global Biography of Indian Management Educators, Volume-I, Feb 2016MTC Global Biography of Indian Management Educators, Volume-I, Feb 2016
MTC Global Biography of Indian Management Educators, Volume-I, Feb 2016
 
PHAÂN TÍCH TÌNH HÌNH HOAÏT ÑOÄNG VAØ XAÂY DÖÏNG CHIEÁN LÖÔÏC MARKETING NHAÈM ...
PHAÂN TÍCH TÌNH HÌNH HOAÏT ÑOÄNG VAØ XAÂY DÖÏNG CHIEÁN LÖÔÏC MARKETING NHAÈM ...PHAÂN TÍCH TÌNH HÌNH HOAÏT ÑOÄNG VAØ XAÂY DÖÏNG CHIEÁN LÖÔÏC MARKETING NHAÈM ...
PHAÂN TÍCH TÌNH HÌNH HOAÏT ÑOÄNG VAØ XAÂY DÖÏNG CHIEÁN LÖÔÏC MARKETING NHAÈM ...
 
Game pikachu
Game pikachuGame pikachu
Game pikachu
 
스킨코디가 추천하는 봄 메이크업_'결'을 살리는 촉촉·뽀송 피부연출 베이스 메이크업
스킨코디가 추천하는 봄 메이크업_'결'을 살리는 촉촉·뽀송 피부연출 베이스 메이크업스킨코디가 추천하는 봄 메이크업_'결'을 살리는 촉촉·뽀송 피부연출 베이스 메이크업
스킨코디가 추천하는 봄 메이크업_'결'을 살리는 촉촉·뽀송 피부연출 베이스 메이크업
 
D.tech u1
D.tech u1D.tech u1
D.tech u1
 
Accredited Teacher---Schools
Accredited Teacher---SchoolsAccredited Teacher---Schools
Accredited Teacher---Schools
 
Value added top quality certificate programs by mtc global
Value added top quality certificate programs by mtc globalValue added top quality certificate programs by mtc global
Value added top quality certificate programs by mtc global
 
GMT Brochure 2013
GMT Brochure 2013GMT Brochure 2013
GMT Brochure 2013
 

Similar to Bab1

Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarPengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarMatkomik Cool
 
Pembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanPembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanNadiah Asmadi
 
Bab 11 pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Bab 11     pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitarBab 11     pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Bab 11 pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitarrohaizah abd majid
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarRosdi Ramli
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam SekitarPencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitaryanazulaikha1
 
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam SekitarBab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam SekitarIsmi Hawa Ahmad
 
Alam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaAlam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaDiana Razi
 
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi Rekka Jayagogolan
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Topik 9 ekosistem terancam
Topik 9   ekosistem terancamTopik 9   ekosistem terancam
Topik 9 ekosistem terancamsmktsj2
 
Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Nabila Halim
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologiqashah09
 
Tugasan 9 lmcp1532 a166135
Tugasan 9 lmcp1532 a166135Tugasan 9 lmcp1532 a166135
Tugasan 9 lmcp1532 a166135Ivy Hoo
 

Similar to Bab1 (20)

Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarPengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
 
Pembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanPembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar Mapan
 
Bab 11 pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Bab 11     pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitarBab 11     pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Bab 11 pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
 
Pencemaran Alam
Pencemaran AlamPencemaran Alam
Pencemaran Alam
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam SekitarPencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar
 
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam SekitarBab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Alam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaAlam sekitar emylia
Alam sekitar emylia
 
Pencemaran air
Pencemaran airPencemaran air
Pencemaran air
 
Alam Sekitar
Alam SekitarAlam Sekitar
Alam Sekitar
 
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Bahagian b impak
Bahagian b  impakBahagian b  impak
Bahagian b impak
 
Topik 9 ekosistem terancam
Topik 9   ekosistem terancamTopik 9   ekosistem terancam
Topik 9 ekosistem terancam
 
Alanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 kAlanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 k
 
Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
 
Tugasan 9 lmcp1532 a166135
Tugasan 9 lmcp1532 a166135Tugasan 9 lmcp1532 a166135
Tugasan 9 lmcp1532 a166135
 
Skema kertas model 8
Skema kertas model 8Skema kertas model 8
Skema kertas model 8
 
Skema kertas model 4
Skema kertas model 4Skema kertas model 4
Skema kertas model 4
 

More from rosmida2525

More from rosmida2525 (7)

Air pollutin control 1
Air pollutin control 1Air pollutin control 1
Air pollutin control 1
 
Analisa
AnalisaAnalisa
Analisa
 
Topic 1 ebtv 4103
Topic 1 ebtv 4103Topic 1 ebtv 4103
Topic 1 ebtv 4103
 
Analisa
AnalisaAnalisa
Analisa
 
Air pollutin control 1
Air pollutin control 1Air pollutin control 1
Air pollutin control 1
 
Analisa
AnalisaAnalisa
Analisa
 
Analisa
AnalisaAnalisa
Analisa
 

Bab1

  • 1. 1.0 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kejuruteraan persekitaran adalah satu amalan kejuruteraan yang dapat menjamin taraf kesihatan awam yang baik disamping melindungi alam sekitar daripada dirosakkan oleh aktiviti manusia yang keterlaluan. Bidang kejuruteraan persekitaran amat luas. Antara bidang-bidang tersebut ialah 1. Pembekalan air yang selamat dan mencukupi 2. Penyaliran air hujan di kawasan bandar dan luar bandar 3. Sistem pembetungan bagi mengumpul dan mengolah (merawat) air sisa 4. Pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal 5. Pengawalan pencemaran air, udara dan tanah 7. Pengawalan kesihatan awam 8. Pengurusan sisa berbahaya
  • 2. Alam sekitar Bumi mengandungi tiga lapisan utama iaitu lapisan udara (atmosfera), lapisan daratan (litosfera) dan lapisan air (hidrosfera). Di biosfera, iaitu satu lapisan nipis pada permukaan bumi yang meliputi udara, daratan dan air, wujud berbagai-bagai bentuk kehidupan seperti manusia, tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan lain-lain yang membentuk satu ekosistem yang teratur dan saling bergantung antara satu sama lain. Di sini, sumber-sumber untuk kehidupan seperti air, udara dan makanan diperolehi dan di sini jugalah, bahan buangan dalam bentuk pepejal, cecair mahupun gas dibuang. Pembuangan bahan-bahan tersebut yang mengatasi keupayaan penyerapan semula jadi biosfera menyebabkan kemunculan berbagai-bagai bentuk pencemaran.
  • 3. Kesan manusia terhadap alam sekitar Antara kegiatan yang telah mengubah alam sekitar 1. Perbandaran. 2. Pembangunan tanah atau kawasan bagi tujuan pertanian, pelancongan, pembukaan bandar-bandar baru dan lain-lain. 3. Perindustrian. 4. Pembalakan. 5. Kemajuan sosioekonomi dan pemilikan kenderaan. 6. Perumahan dan jalan perhubungan/pengangkutan. 7. Peningkatan kegiatan carigali minyak dan gas. 8. Peningkatan perdagangan dan lalu lintas antarabangsa di perairan Malaysia. Kegiatan di atas boleh mewujudkan satu keadaan yang tidak seimbang antara manusia dan alam sekitarnya terutama pembangunan yang tidak dirancang dan tidak memberikan pertimbangan kepada aspek alam sekitar.
  • 4. Penukaran terhadap alam sekitar telah mengakibatkan berbagai-bagai masalah. Antaranya: 1. Hakisan tanah/Tanah runtuh. 2. Banjir/banjir kilat di bandar-bandar. 3. Kekurangan sumber bekalan air. 4. Pemendapan kelodak di sungai. 5. Pencemaran air 6. Pencemaran udara 7. Pencemaran kawasan-kawasan pertanian oleh sisa buangan seperti racun serangga dan baja.
  • 5. 1.2 Pencemaran Sebarang bahan atau tenaga yang dilepaskan ke persekitaran dan menyebabkan perubahan yang tidak diingini pada sifat fizikal, kimia dan biologi mana-mana bahagian persekitaran (air, tanah dan udara) yang membahayakan nyawa, menjejaskan kesihatan dan aktiviti manusia dan lain-lain hidupan. Bahan-bahan pencemar boleh dikategorikan kepada: Bahan-bahan yang boleh diurai (reput) secara biologi oleh proses semula jadi atau oleh sistem terkawal. Contoh: sampah-sarap daripada makanan, tumbuhan dan haiwan. Walaupun boleh terurai, tetapi masalah akan timbul bilamana pertambahan bahan ini melebihi kadar penguraiannya. ii) Bahan-bahan pencemar yang tidak boleh diurai atau dapat diurai tetapi lambat. Contoh: plastik, bahan kimia DDT (dicholorodiphenyltrichloroethane) dan tin-tin aluminium. Bahan pencemar seperti ini boleh merosakkan keseimbangan ekologi. Pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia ke atas komponen alam sekitar iaitu air, tanah dan atmosfera telah menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan. Pencemaran juga mewujudkan satu persekitaran yang kurang selesa kepada manusia seperti longgokan sampah-sarap, sungai-sungai yang kotor, udara yang tidak segar, banjir dan berbagai-bagai lagi keadaan yang kurang menyenangkan. Ekonomi sesuatu kawasan atau negara boleh terjejas disebabkan pencemaran.
  • 6. 1.2.1 Pencemaran air Antara punca utama pencemaran air ialah 1. Kemajuan tanah dan sumber semulajadi bagi tujuan perlombongan, pelancongan, penempatan penduduk di kawasan rancangan pertanian baru dan penanaman semula, pembalakan, pembangunan bandar dan pembentukan infrastruktur (kerja-kerja pembinaan). 2. Pembuangan sisa-sisa cecair dari kilang dan industri. a. kilang-kilang yang berasaskan pertanian seperti kilang kelapa sawit dan getah. b. kilang yang berasaskan perindustrian dan pembuatan seperti tekstil, cat dan lain-lain mengeluarkan bahan-bahan kimia yang mengandungi toksid/racun seperti raksa, plumbum, kromium dan kadmium. 3. Tumpahan minyak di perairan laut seperti di Selat Melaka akibat pelanggaran atau pembuangan sisa-sisa kapal menyebabkan sungai-sungai berdekatan terjejas. 4. Pembuangan sisa-sisa pertanian seperti baja kimia dan racun serangga dari kawasan pertanian dan sisa ternakan seperti khinzir. 5. Pembuangan air sisa domestik dan sampah-sarap terutama dari kawasan setinggan.
  • 7. Bahan pencemar utama 1. Patogen (organisma pembawa penyakit) 2. Bahan organik 3. Nutrien (nitrat dan fosfat) 4. Garam (Pepejal terlarut) 5. Logam berat 6. Pestisid (racun serangga) 7. Pepejal terampai
  • 8. Kesan pencemaran air 1. Pengotoran bekalan air yang meningkatkan kos olahan air dan pengurangan kuantiti bekalan. 2. Merosakkan sistem ekologi sungai menyebabkan hidupan air terancam. 3. Kesihatan terjejas akibat penggunaan air yang tercemar. Contoh: (a) Pencemaran oleh logam berat seperti raksa. Peristiwa Minimata, Jepun pada tahun 1950. 41 orang mati akibat memakan ikan yang dicemari oleh raksa. Raksa merosakkan sel-sel saraf, kromosom dan menyebabkan penyakit keturunan. (b) Penyakit itai-itai. Kerosakan yang berlaku pada tulang, sendi dan otot disebabkan kadmium. (c) Methemoglobinemia. (Sindrom ‘blue baby’). Bayi menjadi biru disebabkan kekurangan oksigen dalam darah. Ini berlaku apabila bayi meminum air yang mengandungi kandungan nitrat yang tinggi. Nitrat akan diubah menjadi nitrit dalam usus bayi oleh bakteria tertentu. Nitrit mudah bergabung dengan hemoglobin dalam darah berbanding oksigen menyebabkan kekurangan oksigen berlaku.
  • 9. (d) Penyakit seperti taun, kepialu, cirit-birit dan lain-lain. 4. Kegunaan jasad air sebagai pusat rekreasi atau sumber bekalan terjejas. Contoh: Eutrofikasi iaitu proses pengayaan nutrien (nutrien enrichment) pada jasad air berpunca daripada kemasukan nutrien seperti nitrat dan fosfat yang berlebihan dan tidak dimbangi oleh pengaliran keluar nutrien daripada jasad air. Fenomena ini sering diperhatikan pada jasad air seperti tasik, kolam takungan dan juga sungai yang beraliran perlahan. Kepekatan nutrien yang tinggi merangsang pembiakan tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga dan plankton yang boleh menjejaskan kualiti dan nilai estetik jasad air. Jasad air seperti kolam atau tasik akhirnya dipenuhi oleh mendapan, menjadi cetek dan dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan akuatik lain yang lebih besar. 5. Sungai menjadi cetek disebabkan oleh mendapan, sampah-sarap dan tidak sesuai bagi tujuan pelayaran. Banjir mudah berlaku. Pencemaran air, antaranya, boleh dikawal menerusi langkah-langkah pencegahan seperti mengolah air sisa sebelum didiscas ke sungai dan melalui penguatkuasaan undang-undang bagi menghadkan pelepasan bahan-bahan pencemar ke jasad air.
  • 10. 1.2.2. Pencemaran udara Atmosfera ialah lapisan gas yang menyelubungi bumi dan terbahagi kepada 4 lapisan iaitu troposfera, stratosfera, mesofera dan termosfera. Troposfera adalah lapisan gas pada jarak 10 km daripada permukaan bumi dan mengandungi 78% gas nitrogen (N2), 21 % gas oksigen O2, 1 % gas argon, 0.03 % gas CO2 dan gas-gas lengai seperti helium, neon dan lain-lain dalam peratus yang amat kecil. Walaupun unsur-unsur semula jadi seperti debu daripada letupan gunung berapi dan asap daripada kebakaran hutan akibat petir boleh menyebabkan masalah pencemaran, aktiviti-aktiviti manusia adalah penyebab utama masalah pencemaran udara. Penggunaan bahan api fosil seperti arangbatu, minyak/petroleum dan gas asli untuk proses pemanasan dan penyejukan, pengangkutan, industri dan juga pembakaran sisa-sisa oleh domestik, industri dan perbandaran menyumbang kepada masalah pencemaran udara.
  • 11. Sumber pencemaran udara • Pengangkutan - Kenderaan bermotor, kapal terbang, keretapi dan kapal • Pembakaran bahan api dari sumber pegun - Domestik, perdagangan, stesen janakuasa, industri • Proses-proses perindustrian - Industri kimia, logam, kertas, kayu, simen, kuari • Pelupusan sisa pepejal - Pembakaran sisa domestik dan perdagangan sama ada secara terbuka atau terkawal, pembakaran sisa pertanian. Bahan pencemar udara adalah bahan-bahan yang kehadirannya di atmosfera menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan; merosakkan bahan atau mengganggu keselesaan hidup. Bahan pencemar boleh dikelaskan sebagai partikel (zarah) atau gas. Jadual 1.1 Pengkelasan bahan pencemar udara
  • 12.
  • 13. Sumber pencemaran udara • Pengangkutan - Kenderaan bermotor, kapal terbang, keretapi dan kapal • Pembakaran bahan api dari sumber pegun - Domestik, perdagangan, stesen janakuasa, industri • Proses-proses perindustrian - Industri kimia, logam, kertas, kayu, simen, kuari • Pelupusan sisa pepejal - Pembakaran sisa domestik dan perdagangan sama ada secara terbuka atau terkawal, pembakaran sisa pertanian. Bahan pencemar udara adalah bahan-bahan yang kehadirannya di atmosfera menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan; merosakkan bahan atau mengganggu keselesaan hidup. Bahan pencemar boleh dikelaskan sebagai partikel (zarah) atau gas. Jadual 1.1 Pengkelasan bahan pencemar udara
  • 14. Kelas utama Subkelas Bahan Partikel Pepejal Debu, asap, abu Cecair Kabus Gas Organik Hidrokarbon Heksena, benzena, etelina, metana Aldehydes, ketone Formaldehyde, aseton Lain-lain organik Hidrokarbon terklorin, alkohol Bukan organik Oksida-oksida karbon Karbon monoksida, karbon dioksida Oksida-oksida sulfur Sulfur dioksida, sulfur trioksida Oksida-oksida nitrogen Nitrogen dioksida, nitrik oksida Lain-lain bukan organik Hidrogen sulfida, hidrogen fluorida, amonia
  • 15. Kesan pencemaran udara Pencemaran udara membahayakan kesihatan, merosakkan tumbuh- tumbuhan atau tanaman, merosakkan bahan-bahan binaan, mempengaruhi sistem ekologi hidupan dan mempengaruhi iklim. Kesan ke atas kesihatan (a) Partikel adalah pepejal atau cecair yang bersaiz antara 0.002 hingga 500 µm seperti habuk dan asap. Ia terhasil daripada proses penghancuran atau pengisaran bahan- bahan seperti arangbatu, simen, penggergajian kayu dan pembakaran. Bahan pencemar partikel selain daripada mengotorkan, boleh menyerap dan melekat pada sistem pernafasan seperti paru-paru. Partikel plumbum hasil daripada pembakaran minyak petrol dan cat menjejaskan hati, buah pinggang, darah dan merendahkan kecerdasan otak kanak-kanak (b) Karbon monoksida (CO) berpunca daripada pembakaran bahan api yang kurang sempurna pada injin kenderaan dan daripada stesen janakuasa dan kilang. Ia adalah toksik kerana mudah berpadu dengan hemoglobin dalam darah berbanding oksigen menyebabkan tubuh kekurangan oksigen. CO menyebabkan pening, pitam dan kematian pada kepekatan yang tinggi. (c) Oksida-oksida sulfur (SO2, SO3) berpunca daripada pembakaran bahan api fosil dan arangbatu. Asid H2SO3 dan H2SO4 terhasil daripada gabungan oksida-oksida ini dengan air. Pengurangan penglihatan, masalah pernafasan dan sakit dada dikaitkan dengan pencemaran daripada oksida-oksida sulfur.
  • 16. (d) Oksida-oksida nitrogen (NO dan NO2) NO dan NO2 terbentuk apabila pembakaran pada suhu yang tinggi menyebabkan nitrogen dan oksigen berpadu. NO tidak mendatangkan masalah kesihatan pada kepekatan yang lazim terdapat di atmosfera tetapi boleh teroksida menjadi NO2 yang berbahaya. NO2 mudah berpadu dengan hemoglobin dalam darah, menjejaskan sistem pernafasan dan merosakkan tisu paru-paru. (e) Hidrokarbon (HC) terhasil daripada pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan, kilang dan stesen janakuasa. Apabila oksida-oksida nitrogen dan hidrokarbon bertindakbalas dengan kehadiran cahaya matahari, bahan pencemar peringkat kedua iaitu oksidan fotokimia seperti gas ozon (O3) dan peroxyacetil nitrat (PAN) terhasil. Satu keadaan yang dinamai asbut fotokima (Photochemical smog) terbentuk dan menyebabkan sakit tekak, sakit dada, pernafasan, pedih mata dan hidung. Pembentukan asbut fotokima. boleh ditunjukkan seperti di bawah. Hidrokarbon + NOx + Cahaya matahari asbut fotokima Disamping itu, hidrokarbon dari kumpulan aromatik (PAH - polynuclear aromatic carbon) seperti benzo(a)pirena adalah karsinogenik iaitu penyebab kanser.
  • 17. Kesan ke atas tumbuh-tumbuhan/tanaman Partikel seperti debu menyebabkan liang stoma yang menyerap cahaya matahari untuk fotosintesis tertutup. Pertumbuhan pokok terbantut. Hujan asid pula boleh merosakkan tanaman, hutan dan mengubah pH tanah serta menjejaskan hidupan akuatik. Hujan asid secara umum mempunyai nilai pH kurang dari 5.6 dan terbentuk apabila gas-gas oksida sulfur dan oksida-oksida nitrogen bertindak dengan wap air membentuk sebatian berasid seperti asid sulfurik dan asid nitrik. Titisan-titisan air yang berasid dibawa oleh angin dan turun sebagai hujan asid.
  • 18. Kesan ke atas bahan Perubahan warna boleh berlaku pada bangunan disebabkan oleh debu dan asap. Bangunan-bangunan yang diperbuat daripada batu kapur, batu marmar dan sesetengah cat boleh dihakis Kesan ke atas iklim Pencemaran udara boleh mengubah keadaan cuaca setempat/serantau dan sejagat (global). Perubahan cuaca setempat dan serantau i. Pengurangan penglihatan Kabus debu (jerebu) disebabkan kepekatan pepejal terampai yang tinggi di udara. Boleh menyebabkan pengurangan penglihatan yang membahayakan keselamatan terutama pengguna jalanraya dan mewujudkan persekitaran yang tidak estetik. Zarah dalam julat saiz 0.38 hingga 0.76 µm dan molekul- molekul gas (terutama sulfur dioksida) merupakan bahan pencemar utama yang menyebabkan pengurangan penglihatan. Bahan-bahan pencemar ini menyerap dan menyerakkan cahaya.
  • 19. ii. Perubahan kuantiti kerpasan (precipitation) Bahan-bahan pencemar udara sama ada yang dilepaskan ke atmosfera atau terbentuk di atmosfera boleh menyebabkan peningkatan kerpasan. Fenomena ini terjadi kerana zarah- zarah kecil bertindak sebagai nuklei yang memulakan pembentukan titisan hujan. Peningkatan kerpasan diperhatikan berlaku terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang menerima pelepasan zarah yang tinggi. iii. Kesan pulau haba bandar Walaupun bahan-bahan pencemar udara berupaya mengurangkan pancaran suria di bandar-bandar, peningkatan suhu atmosfera di bandar adalah dikaitkan dengan peningkatan pembakaran bahan api fosil sama ada daripada kenderaan atau industri dan keupayaan penahanan haba oleh bahan-bahan bangunan seperti asfalt, konkrit dan batu-bata. Faktor-faktor ini meninggikan suhu di kawasan bandar dan fenomena ini dikenali sebagai kesan pulau haba bandar.
  • 20. Perubahan iklim sejagat (global) i. Kesan rumah hijau (Green house effect) Tenaga suria yang diserap oleh bumi ditukarkan kepada tenaga haba dan dipancarkan semula ke angkasa sebagai sinaran gelombang panjang. Wap air dan karbon dioksida yang terdapat di atmosfera adalah hampir-hampir legap terhadap sinaran gelombang panjang. Ini mengakibatkan sebahagian besar sinaran semula bumi dihalang menyebabkan suhu atmosfera meningkat. Fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau, sempena prinsip pembinaan rumah hijau yang diperbuat daripada kaca. Kaca, sama seperti karbon dioksida dan wap air, membenarkan pancaran suria menembusi rumah hijau tetapi menghalang sinaran haba daripada keluar. Di atmosfera, bahan pencemar gas seperti CO2, nitrous oksida (N2O), metana (CH4), kloroflourokarbon (CFC) dan ozon (O3) adalah gas- gas rumah hijau yang boleh memerangkap haba. Peningkatan kepekatan gas-gas ini menyebabkan pemanasan sejagat (global warming) iaitu kenaikan suhu dunia yang boleh menyebabkan kenaikan paras air laut akibat pencairan ais/salji di kutub. ii. Penipisan lapisan ozon Lapisan ozon yang terdapat di stratosfera berfungsi melindungi bumi daripada pancaran lampau ungu (UV) yang tinggi yang boleh menjejaskan tanaman dan haiwan. Lapisan ini boleh menjadi nipis akibat tindakan klorin dalam gas CFC dengan ozon. CFC digunakan dalam penyembur aerosol, plastik, pelarut dan penyejuk.
  • 21. 1.2.3 Kawalan pencemaran udara Atmosfera mempunyai keupayaan pembersihan semulajadi. Tanpanya, bumi tidak akan boleh didiami oleh manusia. Kebanyakan peranti-peranti untuk mengawal pencemaran udara menggunakan sebahagian daripada mekanisma pembersihan semulajadi seperti penyerakan (dispersion), pengenapan graviti (gravitational settling), flokulasi (flocculation), serapan (absorption) dan penjerapan (adsorption). Terdapat dua langkah pengawalan bahan pencemar udara iaitu melalui pencairan dan pengawalan pelepasan bahan pencemar pada sumber. Pencairan Penggunaan paip tumpu/cerobong (stack pipe) yang tinggi berupaya menyerakkan bahan pencemar ke atmosfera agar kepekatannya pada paras bumi dapat dikurangkan atau kepekatan bahan pencemar dicairkan hingga ke tahap kesan berbahayanya kurang dirasai di kawasan yang berdekatan dengan sumber. Merupakan pengawalan jangka pendek.
  • 22. Pengawalan pada sumber Penghasilan bahan pencemar dihalang dengan menukarkan bahan api fosil dengan sumber kuasa alternatif (air, geoterma atau tenaga suria). Pelepasan bahan pencemar boleh dikurangkan dengan menggantikan bahan api fosil dengan bahan api yang rendah pencemarannya seperti penggunaan arangbatu yang rendah kandungan sulfur, melalui operasi yang sesuai dan penyenggaraan alat yang betul terutama alat- alat yang terlibat dengan operasi pembakaran dan penggunaan minyak tanpa plumbum. Namun begitu, penggunaan peranti-peranti kawalan tertentu adalah kaedah paling lazim bagi mengurangkan pelepasan bahan pencemar ke udara.
  • 23. Kawalan bahan pencemar zarah Antara peranti kawalan bagi bahan pencemar zarah ialah kebuk pengenapan graviti, pengumpul emparan, pengumpul basah dan penuras fabrik. a) Kebuk pengenapan graviti Kebuk pengenapan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1, mempunyai konduit yang diperbesarkan supaya halaju mendatar menjadi rendah. Dengan itu, zarah boleh mengenap ke dasar kebuk. b) Pengumpul emparan Menggunakan daya emparan untuk memisahkan zarah daripada arus gas. Sejenis pengumpul emparan yang lazim digunakan ialah siklon. Siklon seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2 terdiri daripada kelompang selinder, dasar berbentuk kun, corong tuang habuk dan salur masuk. Gas yang mengandungi habuk masuk secara tangen melalui salur masuk dan di bawah pengaruh daya emparan, zarah pepejal terlontar ke dinding semasa gas berpusing ke atas. Zarah melungsur ke bawah dan masuk ke corong tuang. Rajah 1.1 Kebuk pengenapan graviti (sila rujuk rajah) Rajah 1.2 Siklon (sila rujuk rajah)
  • 24. c) Pengumpul basah Pengumpul basah menyingkirkan jirim zarah daripada arus gas dengan menyatukan zarah menjadi titisan cecair. Menara sembur adalah antara pengumpul basah yang lazim digunakan. Rajah 1.3 Penggahar menara sembur (sila rujuk rajah) d) Penuras fabrik Arus gas yang mengandungi zarah dialirkan melalui fabrik yang boleh menuras dan membenarkan gas mengalir menerusinya. Rajah 1.4 Penuras fabrik
  • 25. Peranti kawalan bahan pencemar gas a) Penjerapan Bahan pencemar gas boleh dikawal dengan menggunakan kaedah penjerapan iaitu pengaliran arus gas melalui bahan pepejal yang poros (bahan penjerap). Permukaan bahan pepejal yang poros menarik dan memegang gas melalui penjerapan kimia atau fizikal. Sebagai contoh, penapis molekul boleh mengeluarkan gas SO2 manakala karbon teraktif boleh menyingkirkan bau. Rajah di bawah menunjukkan proses penjerapan bahan cemar menggunakan karbon yang diletakkan dalam dulang. b) Penyerapan Proses yang menyebabkan gas tercemar bersentuhan dengan cecair penyerap (pelarut) supaya satu atau lebih bahan di dalam gas dikeluarkan, diolah atau diubah suai oleh penyerap cecair. Sebagai contoh, air dan batu kapur boleh digunakan untuk menyingkirkan SO2. Air bertindak dengan batu kapur membentuk kalsium hidroksida. Kalsium hidroksida seterusnya bertindak dengan SO2 menghasilkan garam kalsium sulfat yang boleh dikeluarkan daripada arus gas.
  • 26. 1.3 Kawalan ke atas kualiti alam sekitar Kawalan ke atas kualiti alam sekitar dibuat melalui langkah-langkah pengawalan pencemaran menerusi olahan sisa dan penguatkuasaan undang-undang. Matlamat pengawalan pencemaran mesti mencerminkan keperluan pertumbuhan ekonomi dan tidak harus membebankan proses pembangunan dengan menggunakan undang- undang yang ketat. Undang-undang pengawalan pencemaran mestilah ada tolak ansur antara pembangunan dan alam sekitar. Pengawalan alam sekitar terdapat di ketiga-tiga peringkat kerajaan iaitu di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Di bawah adalah antara senarai jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha mengawal mutu alam sekitar. Jabatan/Agensi yang terlibat • Jabatan Alam Sekitar-Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar • Jabatan Pengairan dan Saliran & Jabatan Pertanian - Kementerian Perikanan • Jabatan Laut- Kementerian Pengangkutan • Jabatan Pengangkutan dan Jalanraya - Kementerian Pengangkutan • Jabatan Galian & Jabatan Perhutanan - Kementerian Perusahaan Utama • Kementerian Kesihatan • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • 27. 1.3.1 Strategi pemeliharaan alam sekitar Bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan manusia melalui pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, Bahagian Alam Sekitar dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah merangka satu strategi yang terdiri dari rancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang . • Strategi jangka pendek Bagi jangka pendek, kawalan adalah melalui undang-undang, sebagai contoh, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar yang merupakan satu bentuk undang-undang yang paling menyeluruh bagi pengurusan alam sekitar di Malaysia dalam mencegah, mengurangkan dan mengawal pencemaran serta memulih alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab mentadbir akta tersebut dan peraturan didalamnya. Ia memberi kuasa kepada Jabatan tersebut untuk menyelaras aktiviti-aktiviti berhubungan dengan pelepasan buangan ke alam sekeliling dengan mengadakan piawai dan kriteria, membuat penyelidikan dan menyebarkan maklumat mengenai alam sekitar kepada orang ramai. Sebagai contoh, piawai bagi efluen daripada kilang kelapa sawit dan getah, piawai buangan efluen-efluen lain dan pelepasan bahan pencemar udara telah dibuat dan dinasihatkan mengikut pandangan Majlis Kualiti Alam Sekeliling.
  • 28. Kawalan pencemaran sungai Kawalan terhadap pencemaran sungai tertakluk di bawah undang-undang alam sekitar dengan kadar buangan ke dalam sungai ditentukan oleh piawai atau standard yang disyorkan oleh nilai pH, BOD, SS dan lain-lain. Beberapa peraturan telah digubal untuk tujuan pengawalan pencemaran air bagi menghadkan pengeluaran efluen ke dalam sungai, antaranya ialah: 1. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) Minyak kelapa sawit (1977) 2. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) Getah asli mentah (1978). 3. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) Kumbahan dan efluen perindustrian (1979) Kawalan Pencemaran udara Beberapa peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diadakan untuk tujuan tersebut. 1. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 2. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan kepekatan plumbum dalam gasolin motor) 1985 Peraturan yang dibuat dibawah ordinan Lalulintas Jalan 1958 1. Kaedah-kaedah Kereta-Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977
  • 29. Alam sekeliling 1974 1. Peraturan -peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 2. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (1987). Menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang memerlukan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (PKAS/EIA) dijalankan sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Antara aktiviti-aktiviti yang memerlukan PKAS ialah aktiviti tebus guna tanah, perumahan, perlombongan, projek perikanan dan infrastruktur. 3. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 4. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989 5. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989
  • 30. • Strategi jangka sederhana Kerajaan pusat menyediakan garis panduan kepada kerajaan negeri berhubung kawalan dan pencegahan hakisan tanah dan kelodak, penempatan dan pengezonan industri, pengurusan sisa pepejal dan pengurusan tapak pelupusan sisa. • Strategi jangka panjang Menjalankan kajian ke atas cadangan projek pembangunan yang dikenal pasti mendatangkan kesan buruk dan meluas kepada alam sekitar terutama projek besar yang melibatkan sumber tanah, air melalui prosedur Penilaian Kesan Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment-EIA). Kajian merangkumi pilihan alternatif kepada tapak, proses, mengenal bidang yang akan mengalami kesan buruk dan langkah pembetulan atau pencegahan yang akan diambil. Selain itu strategi jangka panjang tertumpu kepada usaha- usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Pendidikan Alam Sekitar melalui radio, televisyen, kempen, ceramah dan lain-lain. Dengan adanya sifat menghargai alam sekitar dan tanggungjawab dikalangan masyarakat, usaha mengawal mutu alam sekitar akan menjadi lebih berkesan.