1. TAYAMMUM
PENGERTIAN
Tayammum ialah menyapu muka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan debu tanah
yang suci dengan syarat-syarat dan niat yang tertentu.
HUKUM
Wajib ketika ketiadaan air atau uzur, iaitu terhalang dari menggunakan air.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah al-Maaidah ayat 6:
َِنْ ُنْ ُمْ َرْ َى َوْ ََى َ َرٍ َوْ َاءَ َ َ ٌ ِنْ ُمْ ِنَ الْ َا ِطِ أوْ ل َسْ ُمُ ال ّ َاءَ ََمْ َ ِ ُوا َاءً َ َ َ ّ ُوا َ ِي ًا
وإ ك ت م ض أ عل سف أ ج أحد م ك م غ ئ َ م ت نس فل تجد م فتيمم صع د
طيب ف سح ِوج هك وأ د ك م ه
ُ َْ ّ ًا َامْ َ ُوا ب ُ ُو ِ ُمْ ََيْ ِي ُمْ ِن
Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari
kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat
air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang
bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu.
SYARAT-SYARAT TAYAMMUM
Ada lima perkara:
1. Ketiadaan air.
2. Penuh yakin telah masuk waktu shalat.
3. Berusaha mencari air terlebih dahulu.
4. Ada air tetapi terhalang dari menggunakannya sama ada kerana:
● Sakit yang memudharatkan jika terkena air.
● Sukar mendapatkan air. Air yang ada sangat diperlukan untuk diminum sahaja atau
harga air sangat mahal.
● Air terdapat kawasan musuh yang boleh membinasakan dirinya jika didatangi.
2. 5. Menggunakan debu tanah yang suci dan menyucikan serta tidak bercampur dengan
benda lain
seperti kapur, pasir dan sebagainya.
HIKMAT TAYAMMUM
Antaranya:
1) Boleh menunaikan shalat dalam apa jua keadaan.
2) Sentiasa menjaga kebersihan diri.
3) Mendidik individu supaya menunaikan shalat pada waktunya.
4) Memelihara keunggulan syariat Islam.
5) Memberikan ketenangan jiwa.