1. Praktikum pertama pelajar ini di Sekolah Kebangsaan Gita 1, Petra Jaya dimana dia memperkenalkan diri kepada guru besar dan menerima taklimat mengenai struktur sekolah.
2. Pelajar ini diajar kelas Pendidikan Islam tahun 3 dan Bahasa Arab tahun 4, dan menghadiri kelas untuk memerhati gaya pengajaran guru pembimbing.
3. Semasa minggu pertama, pelajar juga menyiapkan persediaan mengajar untuk
Jual Cytotec Di Majalengka 082111126033 (Asli) Pelancar Haid Ampuh
Jurnal 1
1. Bilangan Jurnal : 1/12
Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh : 25-29 JULAI 2016
Tajuk Jurnal : Minggu pengenalan.
Pada hari pertama, saya bersama dengan pasangan praktikum saya iaitu saudara Rafi
Amirul dan Mohd Firdaus telah melapor diri Encik Nassir Bin Said yang merupakan Guru
besar di Seolah Kebangsaan Gita 1, Petra Jaya. Kami telah memperkenalkan diri masing-
masing kepada guru besar sekolah terbabit dan telah menyerahkan Surat Pengenalan Diri
kepada beliau. Seterusnya, Guru Besar telah memberi sedikit taklimat kepada kami
berkaitan dengan sekolah terbabit. Antaranya, struktur organisasi sekolah, peranan dan
tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia dan staf.
Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah diperkenalkan dengan guru pembimbing kami
untuk matapelajaran khusus dan elektif dan juga guru-guru di sekolah terbabit. Pada waktu
pagi sebelum kelas bermula saya telah berjumpa dengan guru pembimbing tujuannya
adalah untuk bertanyakan soalan berkenaan jadual waktu dan juga kelas yang bakal saya
ajarkan.
Pada hari kedua Sekolah Kebangsaan Gita 1, telah mengadakan Ramah Tamah Aidilfitri di
sekolah. Antara aktiviti yang telah disajikan untuk ramah tamah ini adalah pertandingan
Peragaan Baju Melayu untuk tahap 1 dan 2 seterusnya Pertandingan karoke lagu raya
untuk tahap 1 dan 2.
Pada hari ketiga saya telah berjumpa dengan guru pembimbing. Tujuan saya berjumpa
dengan guru pembimbing adalah untuk meminta Rancangan Pengajaran Tahunan. Tujuan
saya meminta Rancangan Pengajaran Tahunan adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh
mana guru tersebut telah mengajar para pelajaranya dan tugas saya hanya
menyambungkan apa yang belum diajar oleh guru tersebut. Pada hari itu juga, saya dan
rakan-rakan telah diagihkan kelas yang perlu diajar. Saya telah ditugaskan untuk mengajar
matapelajaran Pendidikan Islam untuk tahun 3 Arif manakala untuk matapelajaran Bahasa
Arab saya telah ditugaskan untuk mengajar tahun 4 Arif.
Pada hari keempat saya telah diarahkan oleh guru pembimbing untuk masuk ke kelas yang
saya bakal ajar. Tujuannya adalah untuk membuat pemerhatian pengajarannya. Saya amat
berterima kasih kepada beliau kerana melalui kesempatan ini saya telah diberi sedikit
peluang untuk mengetahui serba sedikit corak pengajaran guru yang sebenar. Terutamanya
daripada segi pengurusan kelas dan pengurusan aktivit berkumpulan. Guru pembimbing
2. saya iaitu Ustazah Norasiah memanglah seorang guru yang berkeyakinan tinggi dan
berdisiplin buktinya sebelum sesi pdp bermula keadaan bilikdarjah memanglah riuh rendah
namun ketika hendak memulakan sesi pdp ustazah tersebut berjaya membuat kelas itu
menjadi senyap.
Pada hari keempat dan kelima tidak banyak perkara yang saya lakukan. Hal ini kerana,
semua maklumat yang saya dan rakan amat perlukan telahpun saya perolehi pada hari
pertama dan kedua. Jadi pada hari keempat dan kelima saya hanya melakukan tugasan
yang pihak praktikum perlukan seperti mengisi borang kehadiran, borang pemantauan dan
lain-lain lagi. Selain itu saya juga sempat membuat sedikit persediaan mengajar untuk
minggu hadapan seperti membina Rancangan Pengajaran Mingguan dan juga bahan bantu
mengajar (ABM).
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
……………………………………. …………………………………………….
( ) ( )