2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
BERIMAN KEPADA ALLAH, KITAB-KITAB, MALAIKAT, NABI-NABI, AKHIRAT DAN TAQDIR
1.
2.
3. Iman ertinya kepercayaan atau tasdiq. Iman ialah kesepaduan
antara tiga perkara iaitu percaya dalam hati, mengaku dengan lidah
serta beramal dengan segala rukun dan perintah. Dengan
demikian, orang yang beriman adalah orang yang beramal kerana
amal membuktikan keimanannya. Jika tidak, maka imannya adalah
mainan perasaan dan cita-cita sahaja.
Kalau anda ingin fahami maksud iman dengan mudah, telitilah
kata-kata mutiara yang diungkapkan oleh al-Hasan al-Basri r.a yang
bermaksud:
Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman
itu ialah apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan oleh amal.
Barang siapa berkata (ikrar) baik pada hal ia mengerjakan amal
yang tidak baik, nescaya Allah menolak perkataannya. Dan barang
siapa berkata dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan amalnya.
4. Hadis Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak sempurna
iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda
bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia
kasihkan dirinya sendiri
5. Bab Iman Berkurang Jika Melakukan Maksiat Dan Tidak Sempurna
Iman Seseorang Yang Sentiasa Melakukan Maksiat
Hadith no. 86
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah
bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia
berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika
ketika itu dia berada di dalam keimanan (iman yang sempurna). Begitu
juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu
dia berada di dalam keimanan.
6. Hadith no. 52
Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati
saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap
perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: Malu itu sebahagian
dari iman.
7. “IMAN ITU IALAH MENGAKU
DENGAN LIDAH MEMBENARKAN
DALAM HATI DAN BERAMAL
DENGAN ANGGOTA”
11. IMAN A’YAN
Sebab bukan semua perkara yang boleh dilihat ..bermaksud ianya ADA…contoh udara…kita x
boleh lihat…tapi bila kita kibaskan kertas kita buleh rasa wujudnya dia….begitu juga
WUJUDNYA PENCIPTA….Kita bulih tahu wujudnya pencipta melalui apa yang dicipta
contoh: wujudnya kita tentu ada PENCIPTA NEXT
12. IMAN HAK
Seperti kepercayaan Saidina Abu Bakar terhadap semua kata kata rasulullah….Rasulullah kata
beliau telah diangkat ke langit pada malam Isra’…Abu Bakar terus percaya wpun tak lihat
bukti…sebab Abu Bakar percaya rasulullah tak pernah berbohong.Jadi begitulah kita seharusnya
dengan ALLAH
16. Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah bererti percaya akan kewujudan-
Nya sebagai Tuhan Yang Sempurna sifat-Nya secara
mutlak, Pencipta alam ini, Penyusun peraturannya dan
Pengatur perjalanannya. Allah s.w.t. merupakan Tuhan
yang wajib disembah dan diakui kemuliaan-Nya,
kekuasaan-Nya dan dipatuhi hukum-hukum-Nya. Bukti
kewujudan Allah ialah wujudnya sekalian makhluk dan
alam ini.
“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal
kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian ia menghidupkan
kamu; setelah itu ia mematikan kamu, kemudian ia menghidupkan
kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan
kepadanya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).”
17. Kaedah mengenal Allah
PERNAHKAH kita terfikir tentang langit yang terbentang
luas…siapa yang menjadikannya.Bumi yang kita
pijak..udara yang kita hirup….semua ini siapa yang
menciptakanya.
Hidup dan mati adalah kehendak Allah.Setiap yang
bernyawa mesti akan mati….Bila allah bagi kita nyawa
maka hiduplah kita…Bila allah ambil nyawa kita …kitapun
mati….dan berpindahlah kita ke alam yang lain AKHIRAT
iaitu tempat mengadili segala amalan kita.
18. Sebab itulah wajib setiap kita kenal akan Allah
Tahu tentang Allah sahaja tidak cukup…..orang kafir pun
tahu tentang Allah tetapi tidak kenal Allah…Kalau ditanya
kepada mereka siapa yang menjadikan alam ini…nescaya
mereka mengaku yang bukan mereka yang berkuasa
untuk ciptakan alam…ada satu KUASA lain yang teramat
hebat.Tetapi mereka tidak mahu mencari siapakah
PENCIPTA HEBAT itu….bahkan mereka tidak mengenal
siapakah DIA…sebab itu mereka tidak menyembah
ALLAH
19. Untuk mengenal Allah kita kena tahu sifat sifatNYA.
Sabda nabi
“Renungilah pada ciptaan Allah, nescaya kamu akan
kenal Allah.Dan janganlah kamu mencari zatNYA kerana
nescaya kamu akan sesat”
20. 1.Iman yang sekadar rasa bertuhan saja adalah tidak
cukup dan tidak sah….
2.Kita hendaklah kukuhkan keimanan kita dengan dalil –
dalil untuk kita lebih mengenali Allah….
3.Andainya benih iman belum ada…walau sebanyak
mana amal kita semua itu akan sia sia….jadi perbanyakan
lah ilmu kita agar iman kita menjadi tepat dan benar.
21. Beriman kepada kitab-kitab
Ajaran serta hukum-hukum Allah telah diwahyukan Allah
s.w.t. dan Rasul-Nya melalui al-Quran dan juga suhuf.
Oleh itu, beriman kepada semua kitab Allah s.w.t.adalah
wajib, merangkumi semua kitab dan suhuf-suhuf yang
diturunkan oleh Allah s.w.t.
Kitab dan suhuf mempunyai beberapa perbezaan
walaupun sama-sama diturunkan oleh Allah s.w.t. Kitab
mengandungi hukum dan peraturan yang lengkap,
manakala suhuf hanya mengandungi prinsip-prinsip
umum. Kitab dan suhuf diturunkan melalui wahyu yang
disampaikan dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. sejak
zaman Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad s.a.w.
Jumlah kitab yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu
100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci. Empat kitab suci
utama ialah:
22. Kitab
Maklumat
1
Taurat
• Diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
• Dalam bahasa Ibrani.
• Kaum yang menerimanya ialah Bani Israil.
• Kandungannya ialah pengajaran dan bimbingan.
2
Zabur
• Diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
• Dalam bahasa Siryani.
• Kaum yang menerimanya ialah Bani Israil.
• Kandungannya ialah kata-kata hikmat dan nasihat.
3
Injil
• Diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
• Dalam bahasa Ibrani.
• Kaum yang menerimanya ialah Bani Israil.
• Kandungannya ialah hukum-hukum khas dan terhad kepada Bani
Israil sahaja.
4
al-Qur’an
• Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
• Dalam bahasa Arab.
• Kaum yang menerimanya ialah Bangsa Arab dan semua manusia
hingga berlakunya kiamat.
• Kandungannya ialah syariah untuk membimbing manusia dalam
seluruh aspek kehidupan mereka.
23. Beriman kepada sekalian malaikat
Beriman kepada sekalian malaikat adalah wajib. Malaikat
dijadikan daripada cahaya, bukan lelaki dan bukan pula
perempuan, taat kepada Allah s.w.t. dan patuh
menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Berikut ialah
malaikat-malaikat yang wajib diketahui dan tugas-tugas
mereka.