SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Q2. Malaysia introduced its first Minimum Wages Order 2012 effective January 1,
2013 and was gazette on July 16, 2012 to benefit 3.2 million low income workers
throughtout the nation.
a). Assuming you are the leader (CEO,Managing Director, HR Director, etc) of you
organization, do you think the minimum wages policy set forth has any impact in
your industry? Why or why not. Debate yor views from both the advantages and
disadvantages.
Dalam menempuhi cabaran kehidupan seharian kita yang memerlukan kos belanja
barangan keperluan harian semakin tinggi saban hari, kerajaan telah mengorak langkah
dengan melancarkan Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan yang telah diumumkan oleh
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dalam Pembentangan Bajet pada 15 Oktober 2010. Ia
adalah salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mapan
menjelang tahun 2020. Dasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi
keperluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan
nilai rantaian pengeluaran mereka.
Dasar tersebut adalah terkandung dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
dan kadarnya tercatat dalam Perintah Gaji Minimum 2012 yang berkuatkuasa pada 16
Julai 2012 seperti yang tersenarai di bawah. Gaji minimum adalah gaji pokok, tidak
termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain
Dasar Gaji Minimum juga meliputi pekerja yang dibayar secara upah ikut kerja, tan, trip
perjalanan atau komisyen. Majikan adalah dikehendaki untuk menambah gaji pekerja-
pekerja ini sekiranya pendapatan mereka tidak mencapai RM900 sebulan di
Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
KADAR GAJI MINIMUM
KAWASAN BULANAN
MENGIKUT
JAM
HARIAN (Mengikut Garis
Panduan Perintah Gaji
Minimum 2012)
BILANGAN HARI KERJA SETIAP
MINGGU
6 5 4
SEMENANJUNG MALAYSIA RM900 RM4.33 RM34.62 RM41.54 RM51.92
SABAH, SARAWAK DAN LABUAN RM800 RM3.85 RM30.77 RM36.92 RM46.5
Table 1 Kadar Minimum Gaji 2012
Andainya saya sebagai seorang pemimpim dalam suatu organisasi dalam
industri, saya terpaksa memandang hal ini dari aspek positif dan negatif yang bakal
timbul selepas perlaksanaaan skim ini,dan kesan ini akan mempengaruhi
perkembangan perniagaan dan halatuju industri yang sedang saya terajui.
Memang diakui skim ini akan banyak membantu para pekerja dari sudut
positifnya dan ia membantu negara untuk mencapai cita-cita untuk menjadi negara
berpendapatan tinggi dengan menetapkan gaji lantai bagi semua pekerja di Malaysia.
Memandangkan bilangan pekerja di negara ini yang memperoleh pendapatan yang
kurang daripada gaji minimum adalah agak tinggi, maka inisiatif baru tersebut dijangka
dapat meningkatkan pendapatan negara kasar. Selain itu dengan wujudnya skim ini
(Dasar Gaji Minimum) akan menggalakkan majikan untuk meningkatkan rantaian
pengeluaran dengan meningkatkan produktiviti pekerja mereka melalui penggunaan
teknologi dan inovasi lain. Maka dengan ini penetapan gaji lantai bagi semua pekerja di
Malaysia akan memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat Malaysia dapat
menikmati hasil pembangunan, yang akan menggalakkan lagi lebih banyak penjanaan
aktiviti ekonomi dari sudut yang baik yang dapat kita lihat kerana menurut suatu kajian
yang dilakukan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa 33.8% daripada pekerja sektor
swasta memperoleh pendapatan kurang daripada RM700 sebulan, relatif kepada
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional iaitu RM800. Salah satu matlamat utama
Dasar Gaji Minimum ialah untuk memastikan bahawa semua pekerja di Malaysia
memperoleh pendapatan melebihi PGK, selaras dengan matlamat menjadi negara
berpendapatan tinggi. Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan positif daripada skim
gaji minimum ini terhadap syarikat. Antaranya ialah ianya dapat memotivasikan pekerja
terutamanya pekerja baru untuk lebih komited dalam pekerjaan. Kualiti hidup pekerja
juga akan meningkat dan ini akan memberi lebih semangat kepada para pekerja untuk
melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan pendapatan juga
dapat mengelakkan para pekerja dalam kemelut dan permasalahan kewangan
sekaligus dapat membuatkan para pekerja dapat menumpukan perhatian terhadap
pekerjaan dengan komitmen yang baik.
Dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang, dasar gaji minimum
dijangka memberikan kesan positif terhadap ekonomi Malaysia. Kos dan risiko jangka
pendek dasar gaji minimum terhadap inflasi dijangka dapat dikawal dengan baik.
Kesannya terhadap kos perniagaan pula dijangka kecil kerana impak kenaikan gaji
akan dapat dikurangkan menerusi peningkatan produktiviti. Memandangkan isi rumah
yang berpendapatan rendah mempunyai MPC yang lebih tinggi, peningkatan
pendapatan pekerja yang terbabit dijangka menghasilkan perbelanjaan pengguna yang
lebih tinggi dan aktiviti ekonomi yang lebih giat.
Dasar gaji minimum akan menjadi langkah positif ke arah menggalakkan struktur
gaji yang lebih saksama, dan menyumbang kepada penggalakan aktiviti ekonomi nilai
ditambah lebih tinggi dan pekerjaan berkemahiran lebih tinggi. Bagi mencapai
matlamatnya, dasar ini diperlengkap selanjutnya oleh langkah peningkatan produktiviti
lain, seperti menyediakan latihan untuk menambah kemahiran pekerja, meningkatkan
mutu pendidikan, dan memudahkan pelaburan dalam automotasi dan teknologi
canggih.Berbekalkan sokongan kerajaan dan keinstitusian, serta penyeliaan dan
penguatkuasaan yang wajar, matlamat dasar gaji minimum dijangka dapat dicapai.
Namun dari suatu sudut yang lain yang perlu kita sama-sama ambil tahu kesan
yang bakal timbul adalah terdapat pelbagai kesan negatif berbanding kesan positif
tentang perlaksanaan penetapan gaji minimum ini terhadap ekonomi dan kewangan
syarikat. Ianya boleh menjejaskan kuasa pasaran dan juga akan menyebabkan
kehilangan beberapa kategori pekerjaan di peringkat rendah yang masih ada
permintaan dalam industri. Sememangnya dengan adanya penetapan gaji minimum ini,
ianya akan menjejaskan industri syarikat kerana ianya akan meningkatkan kos buruh
dan akan mengurangkan jumlah pendapatan syarikat. Manakala bagi syarikat yang
masih baru dalam perniagaan akan mengalami masalah ini kerana kedudukan
kewangan masih lagi belum kukuh dan tidak akan mampu untuk memberi gaji yang
tinggi kepada pekerja bawahan kerana perlu juga mengambil kira kos bahan mentah,
kos pengeluaran dan kos pemprosesan disamping membuat potongan kwsp para
pekerja. Kesemua kos-kos ini akan menjadi satu bebanan kepada syarikat apabila
penetapan gaji minimum ini dilaksana.
Oleh yang demikian, kesan lain yang bakal timbul selepas kesan negatif diatas
dengan perlaksanaan penetapan gaji minimum ini akan mendorong lagi kemiskinan. Ini
adalah kerana apabila majikan sudah tidak mampu untuk membiayai kos-kos yang
meningkat, maka jalan penyelesaian yang akan terpaksa dipilih oleh pihak saya atau
kami ialah dengan memberhentikan pekerja dan menamatkan kontrak pekerja. Hal ini
amat dibimbangi terutama kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah kerana
kehidupan mereka akan lebih sukar berbanding sebelumnya kerana terpaksa
menganggur.
Antara lain kesan buruk yang mungkin bakal berlaku daripada penetapan gaji
minimum ini ialah kemungkinan akan berlaku konflik diantara pekerja lama dan pekerja
baru didalam syarikat. Pekerja lama memulakan perkhidmatan mereka bermula dengan
gaji yang rendah dan meningkat sedikit demi sedikit dari tahun ke tahun. Apabila
penetapan gaji minima dilaksanakan, pekerja yang baru berkhidmat akan diberi gaji
yang tinggi dan ini akan menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati pekerja lama dimana
mereka juga mungkin akan meminta bayaran gaji yang lebih tinggi berdasarkan
kemahiran dan pengalaman mereka yang lebih banyak jika dibandingkan dengan
pekerja yang baru. Hal ini akan merugikan syarikat dan margin keuntungan syarikat
akan berkurang kerana kos buruh semakin menigkat. Dalam situasi biasa (sebelum
pelaksanaan skim gaji minimum ini), kenaikan gaji dan pangkat seseorang berdasarkan
produktiviti, ciri inovatif, kreativiti dan tanggungjawab seseorang tetapi sekiranya
pelaksanaan skim gaji minimum ini dilaksanakan, rasanya tidak adil bagi pekerja yang
baru memasuki bidang pekerjaan yang mendapat gaji lumayan setaraf dengan pekerja
yang sudah lama bekerja dan berpengalaman dalam bidang yang diusahakan. Kesan
seperti ini mungkin akan menurunkan motivasi kerja diantara pekerja yang telah lama
berkhidmat kerana kenaikan gaji tidak diberikan mengikut kepakaran sebaliknya
mengikut ketentuan undang-undang.
Antara lain kesan yang bakal terjadi adalah bahawa apabila skim gaji minimum
ini dilaksanakan, berlakunya kesukaran untuk menurunkan gaji sekiranya berlaku
kegawatan ekonomi. Hal ini kerana majikan terpaksa membayar pada kadar gaji yang
sama dengan jumlah sebelumnya. Dengan ini akan membebankan para majikan untuk
membiayai para pekerja jika berlakunya kegawatan dan kemelesetan ekonomi pada
Negara kita. Seperti yang umum ketahui, industri pembuatan di Malaysia amat
bergantung kepada keadaan ekonomi. Apabila berlaku kegawatan ekonomi, ianya amat
memberi kesan kepada industri untuk terus bertahan. Oleh sebab itu, apabila skim gaji
minimum dilaksanakan, ianya akan memberi impak yang besar kepada majikan dan
akan menggoyahkan ekonomi dalam syarikat.
Walaubagaimana banyak kesan negatif sekalipun yang akan dihadapi oleh
syarikat terhadap skim gaji minimum ini, undang-undang tetap perlu dipatuhi dan
syarikat perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran yang bakal
mendatang dan mencari jalan penyelesaian yang efektif supaya sebarang
permasalahan dapat diatasi dengan sempurna, maka ini akan menjadi nilai tambah bagi
organisasi yang diterajui saya untuk bersaing dipersada dunia disamping membantu
meningkatkan ekonomi di Malaysia impian negara menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
b) Do you agree with the minimum wages guideline is optimum? Justify
your answer.
Satu kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia mendapati bahawa kadar gaji minimum
yang kurang daripada RM1,000 sebulan atau RM4.88 sejam tidak akan memberi kesan
yang signifikan terhadap firma, guna tenaga, pelaburan langsung asing atau
kemasukan migran ke dalam negara. Lebihan wang akan meningkatkan perbelanjaan
individu.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), dasar gaji minimum “adalah dijangka
memberikan kesan positif ke atas ekonomi Malaysia”. BNM menjangkakan bahawa
kesannya terhadap kos perniagaan adalah kecil kerana impak kenaikan gaji akan dapat
dikurangkan menerusi peningkatan produktiviti.
“Memandangkan isi rumah yang berpendapatan rendah berkecenderungan untuk
mempunyai marginal propensity to consume (MPC) yang lebih tinggi, peningkatan
pendapatan pekerja yang terlibat dijangka meningkatkan perbelanjaan pengguna dan
penjanaan aktiviti ekonomi.”
Saya bersetuju dengan garis panduan Skim penetapan gaji minimum di Malaysia
adalah sangat optimum kerana ia diputuskan melalui rundingan dalam Majlis
Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Perundingan
Gaji Negara 2011 [Akta 732] pada 28 September 2011. Fungsi Majlis tersebut ialah
untuk menjalankan kajian tentang semua perkara yang berkenaan dengan gaji
minimum dan untuk membuat syor gaji minimum kepada Kerajaan. MPGN adalah terdiri
daripada:
1. Pengerusi
2. Timbalan Pengerusi
3. Setiausaha
4. Anggota pekerja
5. Anggota majikan
6. Pegawai awam
7. Anggota lain
MPGN akan sentiasa mempunyai minimum 23 orang anggota dan maksimum seramai
29 orang anggota, dan tiada seorang anggota pun, kecuali Setiausaha dan pengawai
awam, yang dibenarkan memegang jawatan melebihi tempoh tiga tahun pada satu-satu
masa. Mereka ini boleh dilantik semula ke dalam Majlis. Bilangan wakil majikan dan
pekerja mestilah sama pada setiap masa.
Fungsi dan kuasa Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) adalah seperti berikut:
 menasihati Kerajaan mengenai semua perkara berhubung dengan gaji minimum
termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;
 membuat syor kepada Kerajaan mengenai kadar gaji minimum dan liputan
berdasarkan sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah, dan perkara-perkara lain
berhubung dengan gaji minimum dan gaji;
 menerangkan kepada orang awam mengenai kadar gaji minimum dan liputan;
 mengumpul dan menganalisis data dan maklumat dan menjalankan kajian tentang
gaji dan petunjuk sosioekonomi;
 menyelaras dan menyelia, dan menilai impak pelaksanaan gaji minimum;
 mengkaji semula perintah gaji minimum;
 membincangkan semua perkara yang berhubung dengan gaji minimum;
 menyebarkan maklumat dan analisis mengenai gaji;
 menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk
membolehkannya melaksanakan fungsi dengan berkesan atau yang berkaitan
pelaksanaan fungsinya.
Pada masa yang sama, MPGN juga telah diberi kuasa untuk melakukan semua perkara
yang berkaitan fungsinya. Majlis juga perlu mengkaji Perintah Gaji Minimum sekurang-
kurangnya sekali setiap dua tahun.
Perintah Gaji Minimum 2012 telah dilaksanakan untuk memastikan semua pekerja di
Malaysia memperoleh pendapatan yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
negara, iaitu RM800 pada tahun 2009. Satu kajian yang dijalankan pada 2009
menunjukkan bahawa lebih 33.8% pekerja sektor swasta memperoleh pendapatan
kurang daripada PGK.
Perintah Gaji Minimum dirumus untuk memastikan bahawa semua pekerja memperoleh
manfaat daripada hasil pembangunan seiring usaha negara untuk mencapai status
negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Penetapan gaji minimum juga
akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pekerja di Malaysia.
Antara butiran gaji minima 2012 adalah:-
1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sector ekonomi di seluruh
Negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun
dan sebagainya.
 Majikan juga dibenarkan dan diberi kelongaran untuk menyerapkan
sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum
 Ini brmakna tidak semestiya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan blh
menawarkan RM900 =gaji pokok + elaun
2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar R900
sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
sebanyak RM800 atau RM3.85 sejam.
3) Tarikh mula kuatkuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh
Perintah Gaji Minimum diwartakan.
 Terdapat kelongaran dimana majikan kecil atau ‘micro enterprises’
dberikan temph 12bulan dari tarikh diwartakan bagi membuat persediaan
agar mengelak perniagaan mereka terjejas.
 Pengecualian 12 bulan ini tidak termasuk kepada firma professional
seperti klinik-klinik pergigiandan perubatan, firma guaman, firma arkitek,
firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai
bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji
minima ini dalam masa 6 bulan.
 Jika ada kalanga majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan
gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat static dan sentiasa dikaji dari semasa ke
semasa bergantung kepada tingkat kemakmuran Negara, daya saing national
dan prouktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada
diatas garis kemiskinan Negara.
5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia vs Sabah, Sarawak dan
Labuan.
 Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah,
Sarawak dan Labuan kerana perezaan struktur upah dan kos sara hidup
yang ketara
 Walaubagaimanapun kerajaa berharap kadar gaji minimum dapat
diselaraskan dalam tempoh 2 atau 3 thun akan datang. Maka hanya satu
kadar gaji minimum sahaja untuk seluruh Negara
 Penawaran gaji seperti ini perlulah merujuk kepada kewangan dan
jumlah keuntungan tahunan syarkat tersebut dan jika boleh dasar gaji
minimum focus kepada gaji pokok sahaja.
 Diharapkan agar kerajaan memantau dengan lebih ketat lagi turun naik
harga barang d seluruh negara kerana ada kemungkinan majikan tiada
keberatan menaikkan gaji pekerja tetapi mngamnil kesempatan
menaikkan harga barang sekali ganda dengan alasan untuk menampung
kos operasi.
Gaji minima sebenarnya adalah alat anti-kemiskinan yang sama sifatnya dengan
kawalan harga, ia tidak membezakan yang miskin, sederhana atau kaya. Harga barang-
barang keperluan yang dikawal oleh kerajaan boleh dinikmati oleh semua orang tanpa
mengira status pendapatan dan harta. Begitu juga dengan gaji minima. Bukan sahaja
orang miskin boleh bekerja pada gaji minima. Orang kaya dan kelas pertengahan juga
boleh mendapat pekerjaan pada gaji minima sekiranya mereka mahu. Contoh yang
paling berleluasa di seluruh dunia, ramai remaja dari keluarga sederhana dan kaya
bekerja ketika cuti sekolah dan menerima gaji minima. Apabila sesuatu polisi bersifat
tidak mendiskriminasi, ia dikatakan sebagai polisi yang tumpul. Faedahnya bukan
sahaja dinikmati orang miskin, tetapi juga melimpah kepada golongan yang tidak
miskin. Undang-undang gaji minima bolehlah disebut sebagai polisi one-size-fits-all.
Dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang, dasar gaji minimum dijangka
memberikan kesan positif terhadap ekonomi Malaysia. Kos dan risiko jangka pendek
dasar gaji minimum terhadap infl asi dijangka dapat dikawal dengan baik. Kesannya
terhadap kos perniagaan pula dijangka kecil kerana impak kenaikan gaji akan dapat
dikurangkan menerusi peningkatan produktiviti. Memandangkan isi rumah yang
berpendapatan rendah mempunyai MPC yang lebih tinggi, peningkatan pendapatan
pekerja yang terbabit dijangka menghasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi
dan aktiviti ekonomi yang lebih giat. Dasar gaji minimum akan menjadi langkah positif
ke arah menggalakkan struktur gaji yang lebih saksama, dan menyumbang kepada
penggalakan aktiviti ekonomi nilai ditambah lebih tinggi dan pekerjaan berkemahiran
lebih tinggi. Bagi mencapai matlamatnya, dasar ini diperlengkap selanjutnya oleh
langkah peningkatan produktiviti lain, seperti menyediakan latihan untuk menambah
kemahiran pekerja, meningkatkan mutu pendidikan, dan memudahkan pelaburan dalam
automotasi dan teknologi canggih. Berbekalkan sokongan kerajaan dan keinstitusian,
serta penyeliaan dan penguatkuasaan yang wajar, matlamat dasar gaji minimum
dijangka dapat dicapai.
Rujukan:
Dr Mustafa Dakian
Upah minimum wajar dilaksanakan di Malaysia?. Dewan Ekonomi : 38‐39 ; Julai 2000.
Utusan Malaysia.[Online]
http://www.utusanmalaysia.com.my
Williams, W. E, (2009) The best anti poverty program we have. The Free Library.
Retrieved July 6, 2010,from http://www.thefreelibrary.com/The+best+anti-
poverty+program+we+have%3F-a0203335454
LOH F (April 30, 2010) Companies dismayed over guards’ minimum wage proposal,
says association The Star. Retrieved, from
http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2010/4/30/nation/6164417
https://rodzah.files.wordpress.com/2010/02/unit-6-pengurusan-sumber-manusia1.pdf

More Related Content

Similar to GAJI MINIMUM MEMBANTU PEKERJA

Makalah kompensasi deden suheli 2
Makalah kompensasi deden suheli 2Makalah kompensasi deden suheli 2
Makalah kompensasi deden suheli 2dedensuheli1
 
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdmMakalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdmarinisilviyaniarini
 
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdmMakalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdmevi oktaviani
 
KOMPENSASI_HUMAN_CAPITALLLLLLLLLLLL.pptx
KOMPENSASI_HUMAN_CAPITALLLLLLLLLLLL.pptxKOMPENSASI_HUMAN_CAPITALLLLLLLLLLLL.pptx
KOMPENSASI_HUMAN_CAPITALLLLLLLLLLLL.pptxnelvy2
 
Sektor swasta berhak naik gaji seperti sektor awam
Sektor swasta berhak naik gaji seperti sektor awamSektor swasta berhak naik gaji seperti sektor awam
Sektor swasta berhak naik gaji seperti sektor awampdgroup
 
Agus nurrochman makalah ke 2
Agus nurrochman makalah ke 2Agus nurrochman makalah ke 2
Agus nurrochman makalah ke 2agusnurr
 
Soal dan jawaban uas dani fauzun 11150060
Soal dan jawaban uas dani fauzun 11150060Soal dan jawaban uas dani fauzun 11150060
Soal dan jawaban uas dani fauzun 11150060DaniFauzun
 
Bab i
Bab iBab i
Bab iorchy
 
Ketenagakerjaan
KetenagakerjaanKetenagakerjaan
KetenagakerjaanRisou Kun
 

Similar to GAJI MINIMUM MEMBANTU PEKERJA (20)

Makalah kompensasi deden suheli 2
Makalah kompensasi deden suheli 2Makalah kompensasi deden suheli 2
Makalah kompensasi deden suheli 2
 
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdmMakalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
 
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdmMakalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
Makalah uas 2 arini silviyani 11140303 7 pmsdm
 
ketenagakerjaan
ketenagakerjaanketenagakerjaan
ketenagakerjaan
 
Economic growth
Economic growthEconomic growth
Economic growth
 
Kajian produktiivitas dan perluasan kesempatan kerja
Kajian produktiivitas dan perluasan kesempatan kerjaKajian produktiivitas dan perluasan kesempatan kerja
Kajian produktiivitas dan perluasan kesempatan kerja
 
Ekonomi
EkonomiEkonomi
Ekonomi
 
KOMPENSASI_HUMAN_CAPITALLLLLLLLLLLL.pptx
KOMPENSASI_HUMAN_CAPITALLLLLLLLLLLL.pptxKOMPENSASI_HUMAN_CAPITALLLLLLLLLLLL.pptx
KOMPENSASI_HUMAN_CAPITALLLLLLLLLLLL.pptx
 
Ulasan bajet 2014
Ulasan bajet 2014Ulasan bajet 2014
Ulasan bajet 2014
 
LINK MAKALAH UAS
LINK MAKALAH UAS LINK MAKALAH UAS
LINK MAKALAH UAS
 
Ekonomi
EkonomiEkonomi
Ekonomi
 
Sektor swasta berhak naik gaji seperti sektor awam
Sektor swasta berhak naik gaji seperti sektor awamSektor swasta berhak naik gaji seperti sektor awam
Sektor swasta berhak naik gaji seperti sektor awam
 
Dicky uas
Dicky uasDicky uas
Dicky uas
 
Model Ekonomi Baru
Model Ekonomi BaruModel Ekonomi Baru
Model Ekonomi Baru
 
Agus nurrochman makalah ke 2
Agus nurrochman makalah ke 2Agus nurrochman makalah ke 2
Agus nurrochman makalah ke 2
 
Resume2
Resume2Resume2
Resume2
 
Soal dan jawaban uas dani fauzun 11150060
Soal dan jawaban uas dani fauzun 11150060Soal dan jawaban uas dani fauzun 11150060
Soal dan jawaban uas dani fauzun 11150060
 
Makalah penelitian
Makalah penelitian Makalah penelitian
Makalah penelitian
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Ketenagakerjaan
KetenagakerjaanKetenagakerjaan
Ketenagakerjaan
 

Recently uploaded

10. (D) LEASING (PSAK-73-Sewa-20012020) .pptx
10. (D)  LEASING (PSAK-73-Sewa-20012020) .pptx10. (D)  LEASING (PSAK-73-Sewa-20012020) .pptx
10. (D) LEASING (PSAK-73-Sewa-20012020) .pptxerlyndakasim2
 
Cimahitoto: Situs Togel Online Terpercaya untuk Penggemar Judi
Cimahitoto: Situs Togel Online Terpercaya untuk Penggemar JudiCimahitoto: Situs Togel Online Terpercaya untuk Penggemar Judi
Cimahitoto: Situs Togel Online Terpercaya untuk Penggemar JudiHaseebBashir5
 
Tentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik Perhatian
Tentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik PerhatianTentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik Perhatian
Tentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik PerhatianHaseebBashir5
 
1A. INTRODUCTION TO Good corporate governance .ppt
1A. INTRODUCTION TO Good corporate governance .ppt1A. INTRODUCTION TO Good corporate governance .ppt
1A. INTRODUCTION TO Good corporate governance .ppterlyndakasim2
 
Togel Online: Panduan Lengkap tentang Dkitoto, Dkitogel, dan Situs Togel
Togel Online: Panduan Lengkap tentang Dkitoto, Dkitogel, dan Situs TogelTogel Online: Panduan Lengkap tentang Dkitoto, Dkitogel, dan Situs Togel
Togel Online: Panduan Lengkap tentang Dkitoto, Dkitogel, dan Situs TogelHaseebBashir5
 
PRESTIGE BUSINESS PRESENTATION BULAN APRIL 2024
PRESTIGE BUSINESS PRESENTATION BULAN APRIL 2024PRESTIGE BUSINESS PRESENTATION BULAN APRIL 2024
PRESTIGE BUSINESS PRESENTATION BULAN APRIL 2024HelmyTransformasi
 
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Aneka Pintu Aluminium di Banda Aceh.pptx
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Aneka Pintu Aluminium di Banda Aceh.pptxTERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Aneka Pintu Aluminium di Banda Aceh.pptx
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Aneka Pintu Aluminium di Banda Aceh.pptxFORTRESS
 
Judul: Memahami Jabrix4D: Situs Togel dan Slot Online Terpercaya di Indonesia
Judul: Memahami Jabrix4D: Situs Togel dan Slot Online Terpercaya di IndonesiaJudul: Memahami Jabrix4D: Situs Togel dan Slot Online Terpercaya di Indonesia
Judul: Memahami Jabrix4D: Situs Togel dan Slot Online Terpercaya di IndonesiaHaseebBashir5
 
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptxerlyndakasim2
 
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...FORTRESS
 
PRTOTO SITUS SPORTING BET DAN TOGEL TERPERCAYA
PRTOTO SITUS SPORTING BET DAN TOGEL TERPERCAYAPRTOTO SITUS SPORTING BET DAN TOGEL TERPERCAYA
PRTOTO SITUS SPORTING BET DAN TOGEL TERPERCAYALex PRTOTO
 
"Melompati Ramtoto: Keterampilan dan Kebahagiaan Anak-anak"
"Melompati Ramtoto: Keterampilan dan Kebahagiaan Anak-anak""Melompati Ramtoto: Keterampilan dan Kebahagiaan Anak-anak"
"Melompati Ramtoto: Keterampilan dan Kebahagiaan Anak-anak"HaseebBashir5
 
PPT-Business-Plan makanan khas indonesia
PPT-Business-Plan makanan khas indonesiaPPT-Business-Plan makanan khas indonesia
PPT-Business-Plan makanan khas indonesiaSukmaWati809736
 
"Mengungkap Misteri Kemenangan di Xinslot: Situs Slot Online Gacor"
"Mengungkap Misteri Kemenangan di Xinslot: Situs Slot Online Gacor""Mengungkap Misteri Kemenangan di Xinslot: Situs Slot Online Gacor"
"Mengungkap Misteri Kemenangan di Xinslot: Situs Slot Online Gacor"HaseebBashir5
 
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxMemaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxSintaDosi
 
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang PopulerMengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang PopulerHaseebBashir5
 
"Menjelajahi Keberagaman Permainan di Sumaterabet: Situs Slot Terbesar di Ind...
"Menjelajahi Keberagaman Permainan di Sumaterabet: Situs Slot Terbesar di Ind..."Menjelajahi Keberagaman Permainan di Sumaterabet: Situs Slot Terbesar di Ind...
"Menjelajahi Keberagaman Permainan di Sumaterabet: Situs Slot Terbesar di Ind...HaseebBashir5
 
Capital Asset Priceng Model atau CAPM 11
Capital Asset Priceng Model atau CAPM 11Capital Asset Priceng Model atau CAPM 11
Capital Asset Priceng Model atau CAPM 11Al-ghifari Erik
 
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Pintu Rumah 2 Pintu di Banda Aceh.pptx
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Pintu Rumah 2 Pintu di Banda Aceh.pptxTERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Pintu Rumah 2 Pintu di Banda Aceh.pptx
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Pintu Rumah 2 Pintu di Banda Aceh.pptxFORTRESS
 
Etika wirausaha dan pentingnya presentasi 2.pptx
Etika wirausaha dan pentingnya presentasi 2.pptxEtika wirausaha dan pentingnya presentasi 2.pptx
Etika wirausaha dan pentingnya presentasi 2.pptx23May1983
 

Recently uploaded (20)

10. (D) LEASING (PSAK-73-Sewa-20012020) .pptx
10. (D)  LEASING (PSAK-73-Sewa-20012020) .pptx10. (D)  LEASING (PSAK-73-Sewa-20012020) .pptx
10. (D) LEASING (PSAK-73-Sewa-20012020) .pptx
 
Cimahitoto: Situs Togel Online Terpercaya untuk Penggemar Judi
Cimahitoto: Situs Togel Online Terpercaya untuk Penggemar JudiCimahitoto: Situs Togel Online Terpercaya untuk Penggemar Judi
Cimahitoto: Situs Togel Online Terpercaya untuk Penggemar Judi
 
Tentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik Perhatian
Tentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik PerhatianTentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik Perhatian
Tentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik Perhatian
 
1A. INTRODUCTION TO Good corporate governance .ppt
1A. INTRODUCTION TO Good corporate governance .ppt1A. INTRODUCTION TO Good corporate governance .ppt
1A. INTRODUCTION TO Good corporate governance .ppt
 
Togel Online: Panduan Lengkap tentang Dkitoto, Dkitogel, dan Situs Togel
Togel Online: Panduan Lengkap tentang Dkitoto, Dkitogel, dan Situs TogelTogel Online: Panduan Lengkap tentang Dkitoto, Dkitogel, dan Situs Togel
Togel Online: Panduan Lengkap tentang Dkitoto, Dkitogel, dan Situs Togel
 
PRESTIGE BUSINESS PRESENTATION BULAN APRIL 2024
PRESTIGE BUSINESS PRESENTATION BULAN APRIL 2024PRESTIGE BUSINESS PRESENTATION BULAN APRIL 2024
PRESTIGE BUSINESS PRESENTATION BULAN APRIL 2024
 
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Aneka Pintu Aluminium di Banda Aceh.pptx
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Aneka Pintu Aluminium di Banda Aceh.pptxTERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Aneka Pintu Aluminium di Banda Aceh.pptx
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Aneka Pintu Aluminium di Banda Aceh.pptx
 
Judul: Memahami Jabrix4D: Situs Togel dan Slot Online Terpercaya di Indonesia
Judul: Memahami Jabrix4D: Situs Togel dan Slot Online Terpercaya di IndonesiaJudul: Memahami Jabrix4D: Situs Togel dan Slot Online Terpercaya di Indonesia
Judul: Memahami Jabrix4D: Situs Togel dan Slot Online Terpercaya di Indonesia
 
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
 
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
 
PRTOTO SITUS SPORTING BET DAN TOGEL TERPERCAYA
PRTOTO SITUS SPORTING BET DAN TOGEL TERPERCAYAPRTOTO SITUS SPORTING BET DAN TOGEL TERPERCAYA
PRTOTO SITUS SPORTING BET DAN TOGEL TERPERCAYA
 
"Melompati Ramtoto: Keterampilan dan Kebahagiaan Anak-anak"
"Melompati Ramtoto: Keterampilan dan Kebahagiaan Anak-anak""Melompati Ramtoto: Keterampilan dan Kebahagiaan Anak-anak"
"Melompati Ramtoto: Keterampilan dan Kebahagiaan Anak-anak"
 
PPT-Business-Plan makanan khas indonesia
PPT-Business-Plan makanan khas indonesiaPPT-Business-Plan makanan khas indonesia
PPT-Business-Plan makanan khas indonesia
 
"Mengungkap Misteri Kemenangan di Xinslot: Situs Slot Online Gacor"
"Mengungkap Misteri Kemenangan di Xinslot: Situs Slot Online Gacor""Mengungkap Misteri Kemenangan di Xinslot: Situs Slot Online Gacor"
"Mengungkap Misteri Kemenangan di Xinslot: Situs Slot Online Gacor"
 
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxMemaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
 
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang PopulerMengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
 
"Menjelajahi Keberagaman Permainan di Sumaterabet: Situs Slot Terbesar di Ind...
"Menjelajahi Keberagaman Permainan di Sumaterabet: Situs Slot Terbesar di Ind..."Menjelajahi Keberagaman Permainan di Sumaterabet: Situs Slot Terbesar di Ind...
"Menjelajahi Keberagaman Permainan di Sumaterabet: Situs Slot Terbesar di Ind...
 
Capital Asset Priceng Model atau CAPM 11
Capital Asset Priceng Model atau CAPM 11Capital Asset Priceng Model atau CAPM 11
Capital Asset Priceng Model atau CAPM 11
 
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Pintu Rumah 2 Pintu di Banda Aceh.pptx
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Pintu Rumah 2 Pintu di Banda Aceh.pptxTERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Pintu Rumah 2 Pintu di Banda Aceh.pptx
TERBAIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Pintu Rumah 2 Pintu di Banda Aceh.pptx
 
Etika wirausaha dan pentingnya presentasi 2.pptx
Etika wirausaha dan pentingnya presentasi 2.pptxEtika wirausaha dan pentingnya presentasi 2.pptx
Etika wirausaha dan pentingnya presentasi 2.pptx
 

GAJI MINIMUM MEMBANTU PEKERJA

  • 1. Q2. Malaysia introduced its first Minimum Wages Order 2012 effective January 1, 2013 and was gazette on July 16, 2012 to benefit 3.2 million low income workers throughtout the nation. a). Assuming you are the leader (CEO,Managing Director, HR Director, etc) of you organization, do you think the minimum wages policy set forth has any impact in your industry? Why or why not. Debate yor views from both the advantages and disadvantages. Dalam menempuhi cabaran kehidupan seharian kita yang memerlukan kos belanja barangan keperluan harian semakin tinggi saban hari, kerajaan telah mengorak langkah dengan melancarkan Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dalam Pembentangan Bajet pada 15 Oktober 2010. Ia adalah salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mapan menjelang tahun 2020. Dasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka. Dasar tersebut adalah terkandung dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dan kadarnya tercatat dalam Perintah Gaji Minimum 2012 yang berkuatkuasa pada 16 Julai 2012 seperti yang tersenarai di bawah. Gaji minimum adalah gaji pokok, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain Dasar Gaji Minimum juga meliputi pekerja yang dibayar secara upah ikut kerja, tan, trip perjalanan atau komisyen. Majikan adalah dikehendaki untuk menambah gaji pekerja- pekerja ini sekiranya pendapatan mereka tidak mencapai RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
  • 2. KADAR GAJI MINIMUM KAWASAN BULANAN MENGIKUT JAM HARIAN (Mengikut Garis Panduan Perintah Gaji Minimum 2012) BILANGAN HARI KERJA SETIAP MINGGU 6 5 4 SEMENANJUNG MALAYSIA RM900 RM4.33 RM34.62 RM41.54 RM51.92 SABAH, SARAWAK DAN LABUAN RM800 RM3.85 RM30.77 RM36.92 RM46.5 Table 1 Kadar Minimum Gaji 2012 Andainya saya sebagai seorang pemimpim dalam suatu organisasi dalam industri, saya terpaksa memandang hal ini dari aspek positif dan negatif yang bakal timbul selepas perlaksanaaan skim ini,dan kesan ini akan mempengaruhi perkembangan perniagaan dan halatuju industri yang sedang saya terajui. Memang diakui skim ini akan banyak membantu para pekerja dari sudut positifnya dan ia membantu negara untuk mencapai cita-cita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dengan menetapkan gaji lantai bagi semua pekerja di Malaysia. Memandangkan bilangan pekerja di negara ini yang memperoleh pendapatan yang kurang daripada gaji minimum adalah agak tinggi, maka inisiatif baru tersebut dijangka dapat meningkatkan pendapatan negara kasar. Selain itu dengan wujudnya skim ini (Dasar Gaji Minimum) akan menggalakkan majikan untuk meningkatkan rantaian pengeluaran dengan meningkatkan produktiviti pekerja mereka melalui penggunaan teknologi dan inovasi lain. Maka dengan ini penetapan gaji lantai bagi semua pekerja di Malaysia akan memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat Malaysia dapat menikmati hasil pembangunan, yang akan menggalakkan lagi lebih banyak penjanaan aktiviti ekonomi dari sudut yang baik yang dapat kita lihat kerana menurut suatu kajian
  • 3. yang dilakukan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa 33.8% daripada pekerja sektor swasta memperoleh pendapatan kurang daripada RM700 sebulan, relatif kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional iaitu RM800. Salah satu matlamat utama Dasar Gaji Minimum ialah untuk memastikan bahawa semua pekerja di Malaysia memperoleh pendapatan melebihi PGK, selaras dengan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi. Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan positif daripada skim gaji minimum ini terhadap syarikat. Antaranya ialah ianya dapat memotivasikan pekerja terutamanya pekerja baru untuk lebih komited dalam pekerjaan. Kualiti hidup pekerja juga akan meningkat dan ini akan memberi lebih semangat kepada para pekerja untuk melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan pendapatan juga dapat mengelakkan para pekerja dalam kemelut dan permasalahan kewangan sekaligus dapat membuatkan para pekerja dapat menumpukan perhatian terhadap pekerjaan dengan komitmen yang baik. Dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang, dasar gaji minimum dijangka memberikan kesan positif terhadap ekonomi Malaysia. Kos dan risiko jangka pendek dasar gaji minimum terhadap inflasi dijangka dapat dikawal dengan baik. Kesannya terhadap kos perniagaan pula dijangka kecil kerana impak kenaikan gaji akan dapat dikurangkan menerusi peningkatan produktiviti. Memandangkan isi rumah yang berpendapatan rendah mempunyai MPC yang lebih tinggi, peningkatan pendapatan pekerja yang terbabit dijangka menghasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi dan aktiviti ekonomi yang lebih giat. Dasar gaji minimum akan menjadi langkah positif ke arah menggalakkan struktur gaji yang lebih saksama, dan menyumbang kepada penggalakan aktiviti ekonomi nilai
  • 4. ditambah lebih tinggi dan pekerjaan berkemahiran lebih tinggi. Bagi mencapai matlamatnya, dasar ini diperlengkap selanjutnya oleh langkah peningkatan produktiviti lain, seperti menyediakan latihan untuk menambah kemahiran pekerja, meningkatkan mutu pendidikan, dan memudahkan pelaburan dalam automotasi dan teknologi canggih.Berbekalkan sokongan kerajaan dan keinstitusian, serta penyeliaan dan penguatkuasaan yang wajar, matlamat dasar gaji minimum dijangka dapat dicapai. Namun dari suatu sudut yang lain yang perlu kita sama-sama ambil tahu kesan yang bakal timbul adalah terdapat pelbagai kesan negatif berbanding kesan positif tentang perlaksanaan penetapan gaji minimum ini terhadap ekonomi dan kewangan syarikat. Ianya boleh menjejaskan kuasa pasaran dan juga akan menyebabkan kehilangan beberapa kategori pekerjaan di peringkat rendah yang masih ada permintaan dalam industri. Sememangnya dengan adanya penetapan gaji minimum ini, ianya akan menjejaskan industri syarikat kerana ianya akan meningkatkan kos buruh dan akan mengurangkan jumlah pendapatan syarikat. Manakala bagi syarikat yang masih baru dalam perniagaan akan mengalami masalah ini kerana kedudukan kewangan masih lagi belum kukuh dan tidak akan mampu untuk memberi gaji yang tinggi kepada pekerja bawahan kerana perlu juga mengambil kira kos bahan mentah, kos pengeluaran dan kos pemprosesan disamping membuat potongan kwsp para pekerja. Kesemua kos-kos ini akan menjadi satu bebanan kepada syarikat apabila penetapan gaji minimum ini dilaksana. Oleh yang demikian, kesan lain yang bakal timbul selepas kesan negatif diatas dengan perlaksanaan penetapan gaji minimum ini akan mendorong lagi kemiskinan. Ini adalah kerana apabila majikan sudah tidak mampu untuk membiayai kos-kos yang
  • 5. meningkat, maka jalan penyelesaian yang akan terpaksa dipilih oleh pihak saya atau kami ialah dengan memberhentikan pekerja dan menamatkan kontrak pekerja. Hal ini amat dibimbangi terutama kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah kerana kehidupan mereka akan lebih sukar berbanding sebelumnya kerana terpaksa menganggur. Antara lain kesan buruk yang mungkin bakal berlaku daripada penetapan gaji minimum ini ialah kemungkinan akan berlaku konflik diantara pekerja lama dan pekerja baru didalam syarikat. Pekerja lama memulakan perkhidmatan mereka bermula dengan gaji yang rendah dan meningkat sedikit demi sedikit dari tahun ke tahun. Apabila penetapan gaji minima dilaksanakan, pekerja yang baru berkhidmat akan diberi gaji yang tinggi dan ini akan menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati pekerja lama dimana mereka juga mungkin akan meminta bayaran gaji yang lebih tinggi berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka yang lebih banyak jika dibandingkan dengan pekerja yang baru. Hal ini akan merugikan syarikat dan margin keuntungan syarikat akan berkurang kerana kos buruh semakin menigkat. Dalam situasi biasa (sebelum pelaksanaan skim gaji minimum ini), kenaikan gaji dan pangkat seseorang berdasarkan produktiviti, ciri inovatif, kreativiti dan tanggungjawab seseorang tetapi sekiranya pelaksanaan skim gaji minimum ini dilaksanakan, rasanya tidak adil bagi pekerja yang baru memasuki bidang pekerjaan yang mendapat gaji lumayan setaraf dengan pekerja yang sudah lama bekerja dan berpengalaman dalam bidang yang diusahakan. Kesan seperti ini mungkin akan menurunkan motivasi kerja diantara pekerja yang telah lama berkhidmat kerana kenaikan gaji tidak diberikan mengikut kepakaran sebaliknya mengikut ketentuan undang-undang.
  • 6. Antara lain kesan yang bakal terjadi adalah bahawa apabila skim gaji minimum ini dilaksanakan, berlakunya kesukaran untuk menurunkan gaji sekiranya berlaku kegawatan ekonomi. Hal ini kerana majikan terpaksa membayar pada kadar gaji yang sama dengan jumlah sebelumnya. Dengan ini akan membebankan para majikan untuk membiayai para pekerja jika berlakunya kegawatan dan kemelesetan ekonomi pada Negara kita. Seperti yang umum ketahui, industri pembuatan di Malaysia amat bergantung kepada keadaan ekonomi. Apabila berlaku kegawatan ekonomi, ianya amat memberi kesan kepada industri untuk terus bertahan. Oleh sebab itu, apabila skim gaji minimum dilaksanakan, ianya akan memberi impak yang besar kepada majikan dan akan menggoyahkan ekonomi dalam syarikat. Walaubagaimana banyak kesan negatif sekalipun yang akan dihadapi oleh syarikat terhadap skim gaji minimum ini, undang-undang tetap perlu dipatuhi dan syarikat perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang dan mencari jalan penyelesaian yang efektif supaya sebarang permasalahan dapat diatasi dengan sempurna, maka ini akan menjadi nilai tambah bagi organisasi yang diterajui saya untuk bersaing dipersada dunia disamping membantu meningkatkan ekonomi di Malaysia impian negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  • 7. b) Do you agree with the minimum wages guideline is optimum? Justify your answer. Satu kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia mendapati bahawa kadar gaji minimum yang kurang daripada RM1,000 sebulan atau RM4.88 sejam tidak akan memberi kesan yang signifikan terhadap firma, guna tenaga, pelaburan langsung asing atau kemasukan migran ke dalam negara. Lebihan wang akan meningkatkan perbelanjaan individu. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), dasar gaji minimum “adalah dijangka memberikan kesan positif ke atas ekonomi Malaysia”. BNM menjangkakan bahawa kesannya terhadap kos perniagaan adalah kecil kerana impak kenaikan gaji akan dapat dikurangkan menerusi peningkatan produktiviti. “Memandangkan isi rumah yang berpendapatan rendah berkecenderungan untuk mempunyai marginal propensity to consume (MPC) yang lebih tinggi, peningkatan pendapatan pekerja yang terlibat dijangka meningkatkan perbelanjaan pengguna dan penjanaan aktiviti ekonomi.” Saya bersetuju dengan garis panduan Skim penetapan gaji minimum di Malaysia adalah sangat optimum kerana ia diputuskan melalui rundingan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] pada 28 September 2011. Fungsi Majlis tersebut ialah untuk menjalankan kajian tentang semua perkara yang berkenaan dengan gaji minimum dan untuk membuat syor gaji minimum kepada Kerajaan. MPGN adalah terdiri daripada: 1. Pengerusi
  • 8. 2. Timbalan Pengerusi 3. Setiausaha 4. Anggota pekerja 5. Anggota majikan 6. Pegawai awam 7. Anggota lain MPGN akan sentiasa mempunyai minimum 23 orang anggota dan maksimum seramai 29 orang anggota, dan tiada seorang anggota pun, kecuali Setiausaha dan pengawai awam, yang dibenarkan memegang jawatan melebihi tempoh tiga tahun pada satu-satu masa. Mereka ini boleh dilantik semula ke dalam Majlis. Bilangan wakil majikan dan pekerja mestilah sama pada setiap masa. Fungsi dan kuasa Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) adalah seperti berikut:  menasihati Kerajaan mengenai semua perkara berhubung dengan gaji minimum termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;  membuat syor kepada Kerajaan mengenai kadar gaji minimum dan liputan berdasarkan sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah, dan perkara-perkara lain berhubung dengan gaji minimum dan gaji;  menerangkan kepada orang awam mengenai kadar gaji minimum dan liputan;  mengumpul dan menganalisis data dan maklumat dan menjalankan kajian tentang gaji dan petunjuk sosioekonomi;  menyelaras dan menyelia, dan menilai impak pelaksanaan gaji minimum;  mengkaji semula perintah gaji minimum;
  • 9.  membincangkan semua perkara yang berhubung dengan gaji minimum;  menyebarkan maklumat dan analisis mengenai gaji;  menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk membolehkannya melaksanakan fungsi dengan berkesan atau yang berkaitan pelaksanaan fungsinya. Pada masa yang sama, MPGN juga telah diberi kuasa untuk melakukan semua perkara yang berkaitan fungsinya. Majlis juga perlu mengkaji Perintah Gaji Minimum sekurang- kurangnya sekali setiap dua tahun. Perintah Gaji Minimum 2012 telah dilaksanakan untuk memastikan semua pekerja di Malaysia memperoleh pendapatan yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara, iaitu RM800 pada tahun 2009. Satu kajian yang dijalankan pada 2009 menunjukkan bahawa lebih 33.8% pekerja sektor swasta memperoleh pendapatan kurang daripada PGK. Perintah Gaji Minimum dirumus untuk memastikan bahawa semua pekerja memperoleh manfaat daripada hasil pembangunan seiring usaha negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Penetapan gaji minimum juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pekerja di Malaysia. Antara butiran gaji minima 2012 adalah:- 1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sector ekonomi di seluruh Negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
  • 10.  Majikan juga dibenarkan dan diberi kelongaran untuk menyerapkan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum  Ini brmakna tidak semestiya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan blh menawarkan RM900 =gaji pokok + elaun 2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar R900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan sebanyak RM800 atau RM3.85 sejam. 3) Tarikh mula kuatkuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.  Terdapat kelongaran dimana majikan kecil atau ‘micro enterprises’ dberikan temph 12bulan dari tarikh diwartakan bagi membuat persediaan agar mengelak perniagaan mereka terjejas.  Pengecualian 12 bulan ini tidak termasuk kepada firma professional seperti klinik-klinik pergigiandan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan.  Jika ada kalanga majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan. 4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat static dan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa bergantung kepada tingkat kemakmuran Negara, daya saing national
  • 11. dan prouktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada diatas garis kemiskinan Negara. 5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia vs Sabah, Sarawak dan Labuan.  Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan kerana perezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara  Walaubagaimanapun kerajaa berharap kadar gaji minimum dapat diselaraskan dalam tempoh 2 atau 3 thun akan datang. Maka hanya satu kadar gaji minimum sahaja untuk seluruh Negara  Penawaran gaji seperti ini perlulah merujuk kepada kewangan dan jumlah keuntungan tahunan syarkat tersebut dan jika boleh dasar gaji minimum focus kepada gaji pokok sahaja.  Diharapkan agar kerajaan memantau dengan lebih ketat lagi turun naik harga barang d seluruh negara kerana ada kemungkinan majikan tiada keberatan menaikkan gaji pekerja tetapi mngamnil kesempatan menaikkan harga barang sekali ganda dengan alasan untuk menampung kos operasi. Gaji minima sebenarnya adalah alat anti-kemiskinan yang sama sifatnya dengan kawalan harga, ia tidak membezakan yang miskin, sederhana atau kaya. Harga barang- barang keperluan yang dikawal oleh kerajaan boleh dinikmati oleh semua orang tanpa mengira status pendapatan dan harta. Begitu juga dengan gaji minima. Bukan sahaja
  • 12. orang miskin boleh bekerja pada gaji minima. Orang kaya dan kelas pertengahan juga boleh mendapat pekerjaan pada gaji minima sekiranya mereka mahu. Contoh yang paling berleluasa di seluruh dunia, ramai remaja dari keluarga sederhana dan kaya bekerja ketika cuti sekolah dan menerima gaji minima. Apabila sesuatu polisi bersifat tidak mendiskriminasi, ia dikatakan sebagai polisi yang tumpul. Faedahnya bukan sahaja dinikmati orang miskin, tetapi juga melimpah kepada golongan yang tidak miskin. Undang-undang gaji minima bolehlah disebut sebagai polisi one-size-fits-all. Dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang, dasar gaji minimum dijangka memberikan kesan positif terhadap ekonomi Malaysia. Kos dan risiko jangka pendek dasar gaji minimum terhadap infl asi dijangka dapat dikawal dengan baik. Kesannya terhadap kos perniagaan pula dijangka kecil kerana impak kenaikan gaji akan dapat dikurangkan menerusi peningkatan produktiviti. Memandangkan isi rumah yang berpendapatan rendah mempunyai MPC yang lebih tinggi, peningkatan pendapatan pekerja yang terbabit dijangka menghasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi dan aktiviti ekonomi yang lebih giat. Dasar gaji minimum akan menjadi langkah positif ke arah menggalakkan struktur gaji yang lebih saksama, dan menyumbang kepada penggalakan aktiviti ekonomi nilai ditambah lebih tinggi dan pekerjaan berkemahiran lebih tinggi. Bagi mencapai matlamatnya, dasar ini diperlengkap selanjutnya oleh langkah peningkatan produktiviti lain, seperti menyediakan latihan untuk menambah kemahiran pekerja, meningkatkan mutu pendidikan, dan memudahkan pelaburan dalam automotasi dan teknologi canggih. Berbekalkan sokongan kerajaan dan keinstitusian, serta penyeliaan dan penguatkuasaan yang wajar, matlamat dasar gaji minimum dijangka dapat dicapai.
  • 13. Rujukan: Dr Mustafa Dakian Upah minimum wajar dilaksanakan di Malaysia?. Dewan Ekonomi : 38‐39 ; Julai 2000. Utusan Malaysia.[Online] http://www.utusanmalaysia.com.my Williams, W. E, (2009) The best anti poverty program we have. The Free Library. Retrieved July 6, 2010,from http://www.thefreelibrary.com/The+best+anti- poverty+program+we+have%3F-a0203335454 LOH F (April 30, 2010) Companies dismayed over guards’ minimum wage proposal, says association The Star. Retrieved, from http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2010/4/30/nation/6164417 https://rodzah.files.wordpress.com/2010/02/unit-6-pengurusan-sumber-manusia1.pdf