SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
IDOLA SAYA
BILAL BIN RABBAH
NUR FADHLIN AFIQAH BINTI OTHMAN
4 OXFORD
KELAHIRAN DAN RIWAYAT HIDUP BILAL BIN RABAH
Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum
Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang
berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang berketurunan Abasyiah
manakala ayah beliau bernama Rabah yang berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada
Umaiyah bin Khalaf.
Setelah Rasulullah s.a.w diutuskan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari
kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan
seorang sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja
yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi
Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.
KISAH BILAL BIN RABAH
Bilal bin Rabah adalah seorang lagi tokoh sahabat Rasulullah S.A.W. yang kedua pentingnya dalam menegakkan syiar Islam. Kisah ataupun riwayat hidupnya
sebelum dan sesudah memeluk agama Islam adalah merupakan suatu kisah yang amat memilukan bagi kaum muslimin yang mengetahui.
Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling rapat. Kemana sahaja Rasulullah S.A.W. pergi dia tetap bersama dengannya.
Bilal bin Rabah pada asalnya adalah seorang hamba kepada sahabat karib Abu Jahal yang bernama Umaiyah bin Khalaf. Menurut riwayat, setelah Umaiyah
mengetahui bahawa Bilal telah memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyiksanya dengan cara yang amat kejam sekali.
Pernah suatu ketika beliau telah didera di tengah padang pasir dalam keadaan ditelentangkan dengan badan yang ditelanjangkan. Di tengah padang pasir
dan di bawah keterikan panas matahari yang membakar itu beliau telah dipukul oleh beberapa orang tukang pukul dari golongan kaum Quraisy. Tujuan
mereka berbuat begitu ialah agar Bilal kembali kepada agama asalnya.
Oleh kerana keimanan Bilal begitu menebal, meereka tidak Berjaya mengubah akidahnya. Sebaliknya semakin hebat dia disiksa semakin galak dia
mengingati Allah S.W.T. Semasa dia disiksa dia tidak henti-henti menyebut: “ Ahad! Ahad!”
Semakin kuat Umaiyah menyiksa dia semakin galakdia menyebut ayat itu.
Melihatkan Bilal bersikap teguh dengan pendiriannya, lantas Umaiyah menampar mukanya dan berkata :” Hei budak jahat, engkau benar-benar celaka, aku
mahu kau menyebut lata dan uzza.”
Namun demikian, walaupun dia disiksa dengan sebegitu kejam akan tetapi pada Bilal itu hanyalah merupakan menambahkan keimanan terhadap agama
yang telah diyakininya itu.
Setelah melihatkan segala tindakannya terhadap Bilal tidak mendatangkan kesan maka Umaiyah pun pergi berjumpa dengan Abu Jahal. Setibanya dia di
rumah Abu Jahal maka Umaiyah pun bermuafakat dengan nya bagaimana hendak mengatasi masalahnya itu.
Umaiyah berkata kepada Abu Jahal: “ Lebih baik saja kita bunuh budak hitam itu.” “Itu tidak bijak.” Jawab Abu Jahal. “ Kalau membunuh dia bererti kita lemah
dan kalah. Orang akan menentang kita secara diam-diam,” sambung Abu Jahal.
Umaiyah berkata lagi : : Apakah yang patut kita lakukan?” “Kita siksa dia sehingga dia tidak berdaya lagi,” kata Abu Jahal memberi pendapat.
Umaiyah berkata lagi” “ Sampai bila dan berapa lamakah kita harus menyiksa dia?” “ Sampai dia kafir semula,” jawab Abu Jahal bangga. Umaiyah tidak berasa
puas hati maka dia berkata lagi :” Ya Abu Jahal, kita sebenarnya masih ketinggalan zaman kerena belum pernah aku lihat seorang manusia yang begitu sabar
menanggung pelbagai azab demi mempertahankan kepercayaannya sebagaimana Bilal.”
Umaiyah bertanya lagi: : Adakah cara lain yang engkau fikir boleh membuatkan dia mengubah pendiriannya?” “Begini,” kata Abu Jahal memulakan
pendapatnya.” Bukankah hari amat panas sekali, jadi pakaikan dia dengan pakaian besi kemudian kita jemurkan dia di tengah padang pasir di luar kota Mekah.
Aku percaya budak hitam itu tidak akan dapat menahan kepanasan besi dan cahaya matahari yang membakar itu.”
Umaiyah bertanya lagi” Adakah perbuatan ini akan berhasil?” “Tentu sekali aku percaya dan yakin jika dia mendengar rancangan kita ini tentu dia akan
meminta ampun dan dengan itu sudah tentu dia akan kembali kepada agama asalnya,” Kata Abu Jahal dengan penuh yakin.
Setelah segala rangcangan mereka siap diatur maka mereka pun menangkap Bilal dan dipakaikannya dengan sehelai baju besi. Kemudian mereka pun
membawa Bilal ketengah padang pasir dengan kakinya dirantai.
Setibanya di tengah padang pasir itu mereka pun meninggalkan Bilal keseorangan diri di antara batu-batu padang pasir itu.
Hari itu amat panas sekali sehingga tidak ada sesiapapun yang sanggup berdiri lama di bawah sinaran matahari pada masa itu. Manakala pada malam harinya
pula keadaannya amat sejuk sehingga terasa ke tulang hitam.
Azab yang diterima oleh Bilal tidak terperi sakitnya. Bagaimanapun dia tidak mengeluh atau gentar menghadapi segala percubaan yang diterimanya. Hatinya
bulat, dia hanya berdoa kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menguatkan imannya di samping memohon bantuan agar Allah S.W.T. melepaskan dia dari azab
yang tidak tertanggung itu.
Keesokan harinya Abu Jahal dan Umaiyah datang menemui Bilal. Dalam hati mereka berdua menyangkakan tentulah bilal akan bersujud kepada mereka
meminta ampun dan berjanji akan mengubah pegangannya.
Sebaik saja syaitan Quraisy itu bersemuka dengan Bilal, semangatnya menjadi semakin kental mengadap segala kemungkinan dan kemarahannya semakin
meluap-luap terhadap kedua manusia itu.
Abu Jahal mendekati Bilal lalu membisikan sesuatu, katanya: “ Hai Bilal, bagaimanakah keadaan engkau sekarang?” Kemudian Bilal menjawab: “ Ahad! Ahad!”
Mendengar perkataan itu, secara tiba-tiba Abu Jahal menjadi marah. Hatinya berasa terlalu sakit mendengar perkataan itu, bagi dia perkataan itu seolah-olah
racun baginya.
Lantas dia berkata kepada Bilal dengan geramnya : “ Hei budak hitam, apakah kau masih mahu berkeras di atas kesesatan engkau ini.”
Abu Jahal mengamuk dan meradang setelah Bilal tetap dengan pendiriannya. Dia mencari-cari di sekelilingnya kalau-kalau ada benda yang dapat di pergunakannya
untuk membunuh Bilal pada masa itu. Kemudian dia ternampak seketul batu besar tidak jauh dari situ, lantas dia serta Umaiyah dan juga para pengikut yang
mengiringin mereka mengangkat batu besar itu dan meletakkannya di atas dada Bilal bin Rabah.
Setelah batu itu diletakkan di atas dadanya, Bilal merasa terlalu sukar untuk bernafas, tetapi dalam hatinya masih menyeru “ Ahad! Ahad!”
Abu Jahal, Umaiyah dan para pengikutnya mengugut Bilal mengatakan bahawa dia akan mati tidak lama lagi. Mereka bersorak-sorak melihat keadaan Bilal semakin
payah untuk bernafas dan semakin perlahan pula suaranya menyebut “ Ahad! Ahad.” Akan tetapi gerak bibirnya masih belum berhenti dari menyebut perkataan
itu.
Segala harapan Abu Jahal untuk melihat Bilal memohon ampun dan balik ke agama asal meleset sama sekali. Bahkan bibir Bilal tidak henti-henti menyebut “Ahad!
Ahad”’ malah adakalanya kedengaran dia berdoa kepada Allah S.W.T. , katanya “ Ya Allah, sekiranya mereka mahu membunuh aku agar aku menyekutukan Tuhan Ar
Rahman maka biarlah aku mati, daripada menyekutukan Tuhan. Aku tidak takut mati, aku tidak takut mati, aku lebih takut menyekutukan Tuhan Ar-Rahman. Ya
Allah, Tuhan Ibrahim, Yunus, Musa dan Isa aku bermohon kepadamu selamatkanlah aku dari siksaan ini.”
Doa Bilal yang kedengaran terketar-ketar itu di dengari oleh Abu Jahal dan Umaiyah. Mereka berpandangan sesama sendiri memikirkan apakah yang harus
dilakukan lagi terhadap Bilal. Kemudian Umaiyah berkata kepada Abu Jahal :” Bukankah sudah aku beritahu pada engkau, tak guna lagi kita menyiksa budak itu. Dia
memang keras kepala, memang tak ada harapan yang dia akan mengikut agama kita lagi, lebih baik saja kita bunuh dia.”
Dalam perkara ini Abu Jahal lebih pintar dari Umaiyah. Sambil menundukkan kepada dia mencari-cari jalan bagaimana hendak memaksa Bilal supaya dia kembali
kafir. Membunuhnya sebagaimana yang disarankan oleh Umaiyah adalah jalan yang terakhir tetapi tidak menguntungkan mereka, sebaliknya dia akan membawa
banyak akibat dan kerugian kepada pihak Quraisy sendiri.
Kisah penderitaan Bilal menghadapi siksa dari pihak Quraisy akhirnya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W. dan Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq r.a.
Setelah mendapat berita itu, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar pun terus menuju ke tempat Bilal di siksa itu. Di bawah kepanasan cahaya matahari
Saiyidina Abu Bakar meredah padang pasir yang luas itu.
Dari jauh dia nampak sekumpulan manusia sedang mengerumuni sesuatu. Tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar datang kearah mereka, mereka pun
berundur. Sebaik saja Saiyidina Abu Bakar sampai disitu dilihatnya Bilal masih hidup dan dia tidak henti menyebut “Ahad! Ahad!”, akan tetapi keadaanya begitu
menyayat hati. Dia meronta-ronta seperti separuh nyawa ikan. Batu besar yang menghempap pada perutnya menyebabkan dia mengalami kesesakan nafas.
Melihat keadaan sahabatnya diperlakukan begitu dia berasa amat hiba sekali, Saidina Abu Bakar yang biasanya bersifat penyabar, lemah lembut dan tenang tiba-
tiba saja melenting marah bagai api menjulang. Api kemarahannya terlalu membara melihat kejadian yang menyayatkan itu. Ketika itu dilihatnya Abu Jahal dan
Umaiyah adalah seperti budak kecil.
Dengan suara yang lantang dia berkata kepada Abu Jahal: “ Sampai bila kamu akan menyiksa budak itu?”
Kata Umaiyah :” Itu urusan kami, mengapa kau harus masuk campur, ini hamba aku, aku boleh siksa dia sesuka hati aku dan aku boleh lepaskan dia bila aku
suka.”
“ Apakah engkau tidak takut kepada Allah melakukan siksaan seperti ini?”, kata Saiyidina Abu Bakar. Umaiyah berkata lagi :” Cukup…cukup hai Abu Bakar! Kerana
engkaulah maka dia aku siksa dan engkaulah yang merosakkannya.” Jawab Abu Bakar dengan marah : “ aku bukan merosakkannya, aku hanya menunjukkan
jalan yang benar.”
“Sudah…sudah aku cukup mengerti perkara itu, engkau tidak perlu menerangkannya. Hanya satu permintaan aku jangan kau campuri urusan kami,” bentak
Umaiyah.
“ Kami tidak akan membiarkan perbuatan kejam seperti ini dilakukan terutama sekali terhadap salah seorang teman yang sefahaman dengan kami. Menyiksa dan
memaksa dia sama dengan menyiksa dan memaksa kami. Terus terang aku katakan bahawa aku akan membelanya dan tidak akan meninggalkan tempat ini
sebelum engkau melepaskannya dan memerdekakan daripada penganiayaan yang kejam ini, “ tegas Abu Bakar geram.
“ Kami semua sudah sepakat tidak akan melepaskannya sehingga dia kembali kepada agama asalnya atau dia mati dalam siksaan ini,” jawab Umaiyah pula.
Kemudian Abu Bakar berkata lagi : “ Engkau akan hampa saja hai Umaiyah. Sudah pasti dia tidak akan kembali kepada agama asalnya setelah mendapat hidayah
dari Allah. Seperti orang yang berada dalam gelap gelita dia tidak akan mahu ketempat gelap itu setelah menemui tempat yang terang benderang.”
Umaiyah berkata dengan marah: “ Wahai Abu Bakar, apakah engkau datang ini untuk meminta ampunkan dosanya daripada kami atau engkau datang ini untuk
“Saya katakan kepada kamu semua bahawa dia akan tetap berpegang kepada kepercayaannya sampai dia mati walaupun dia disiksa”. “ Jadi adakah kamu mahu dia
hidup dan saya beri dia makan dan minum serta pakaian kemudian dia menghina dan mengejek-ngejek agama kami setelah itu dia mengoda isteri dan anak-anak
kami?” Sergah Umaiyah.
“ Aku sedia membelinya.” Kata Abu Bakar selamba. “ Engkau mahu membelinya,” kata Umaiyah seakan-akan terkejut. “ Benar….. aku mahu membelinya,” kata Abu
Bakar. “Berapakah kamu sanggup bayar,” Tanya Umaiyah. “ Berapa yang kamu minta,” jelas Abu Bakar.
Setelah berpakat dengan Abu Jahal, Umaiyah pun berkata :” Lima wang emas ( setengah kilo).” Tanpa tawar menawar abu Bakar terus membayarnya. Setelah urusan
jual beli itu selesai, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar berlari mendapatkan Bilal yang sedang dihempap batu besar itu. Oleh kerana batu itu terlalu besar
Saiyidina Abu Bakar tidak berdaya mengangkatnya seorang diri. Orang ramai yang tadi bersurai datang menolong Abu Bakar kerana bersimpati dengannya. Kemudian
batu besar itu Berjaya diangkat dan Bilal pun terselamat dari siksaan seterusnya.
Saiyidina Abu Bakar terus memapah Bilal untuk dibawa pulang mengadap Rasulullah S.A.W. Tidak lama kemudian Saiyidina Abu Bakar memerdekakan Bilal. Akhirnya
Bilal dibebaskan dan tidak dikuasai oleh sesiapa lagi. Lantaran tingginya budi Saiyidina Abu Bakar dan besar jihad beliau terhadap Islam maka turunlah ayat Quran
yang menyatakan kesalahan Umaiyah bin Khalaf serta memuji Saiyidina Abu Bakar yang penuh dengan sifat kemanusiaan yang tiada bandingannya itu.
Pada zaman Rasulullah S.A.W., ketika tiba waktu sembahyang Nabi S.A.W. menjadi iman dan Bilal r.a. menjadi Mu'adzzin. Bilal r.a. memang terkenal dengan suaranya
yang merdu. Selepas Rasulullah S.A.W. wafat, Bilal meninggalkan kota Madinah.
Suatu ketika Bilal r.a. bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. dan berkata baginda dalam mimpinya, "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak menziarahiku?"
Sebaik sahaja Bilal terjaga dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah.
Setibnya di Madinah, Bilal r.a. bertemu Hassan dan Hussain yakni cucu Rasulullah S.A.W., lalu mereka meminta Bilal r.a. untuk melaungkan azan. Untu tidak
menghampakan permintaan dari orang-orang yang sangat dikasihinya, maka Bilal r.a. pun mengalunkan azan.
Apabila suara Bilal berazan berkumandang, maka keluarlah orang-orang dari kota Madinah tanpa segan silu, sambil mengerluarkan air mata mengingati zaman
kegemilangannya yang dilalui bersama Rasulullah S.A.W.
KESABARAN DAN KETABAHAN BELIAU MENANGGUNG PENDERITAAN
Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima penyeksaan, kekejaman dan kengerian
daripada golongan musyrikin. Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa
tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau,
Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang
menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka
terhadap Islam.
Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir
Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan
golongan musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka
menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari dalam keadaan pasir yang panas membakar serta
mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi
Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun
Bilal tetap dengan pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang bermaksud:
Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!
Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan
menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak
seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka
membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari.
Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin
Khalaf dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya
Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya Abu Bakar tidak mahu
membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas".
Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga
tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas".
Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana beliau dapat memulakan era
kehidupan baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan
kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan umat Islam yang
berhijrah ke sana.
KELEBIHAN SAIDINA BILAL BIN RABAH
Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa
Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang
bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu
kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak
dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal
menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab
datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu
mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah
memerdekakan tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a.
Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang
pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana
mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebutdan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan
mereka semua menangis.
KEMATIAN SAIDINA BILAL BIN RABAH
Saidina Bilal bin Rabah meninggal pada tahun 20 Hijrah ketika berumur 63 tahun
SUMBANGAN SAIDINA BILAL BIN RABAH
. Menjadi "Muazin" (tukang azan) yang pertama pada zaman Rasulullah
. Membantu Rasulullah menembangkan dakwah Islam dikalangan hamba
. Menyertai peperangan bersama Rasulullah dan para sahabat
. Menjadi contoh teladan terungggul dalam mempertahankan kesucian aqidah
SEKIAN
SEMOGA BERMANFAAT

More Related Content

What's hot

Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Masher Zen
 
BIografi Ali bin Abi Thalib
BIografi Ali bin Abi ThalibBIografi Ali bin Abi Thalib
BIografi Ali bin Abi ThalibBerbagi Semangat
 
Ahadith berkaitan maulidul rasul
Ahadith berkaitan maulidul rasul Ahadith berkaitan maulidul rasul
Ahadith berkaitan maulidul rasul qirmumtaz
 
Biografi Abu Bakar As-Sidiq
Biografi Abu Bakar As-SidiqBiografi Abu Bakar As-Sidiq
Biografi Abu Bakar As-SidiqDindaNiken1
 
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)UtiPuput
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11sitisarahrahmania
 
Perkembangan islam masa khulafa al Rasyidun
Perkembangan islam masa khulafa al RasyidunPerkembangan islam masa khulafa al Rasyidun
Perkembangan islam masa khulafa al RasyidunJawa Timur
 
Sejarah peradaban islam 4
Sejarah peradaban islam 4Sejarah peradaban islam 4
Sejarah peradaban islam 4FitraMayyoza
 
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrahAbu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrahNurulaini Rahim
 
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat IniAbu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat IniMuhammad Trieha
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12sitisarahrahmania
 
Belajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub aBelajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub aMuhsin Hariyanto
 
Belajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub aBelajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub aMuhsin Hariyanto
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5sitisarahrahmania
 
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihkuSelamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihkumateriumat
 

What's hot (18)

Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020
 
ALI BIN ABI THALIB
ALI BIN ABI THALIBALI BIN ABI THALIB
ALI BIN ABI THALIB
 
BIografi Ali bin Abi Thalib
BIografi Ali bin Abi ThalibBIografi Ali bin Abi Thalib
BIografi Ali bin Abi Thalib
 
Ahadith berkaitan maulidul rasul
Ahadith berkaitan maulidul rasul Ahadith berkaitan maulidul rasul
Ahadith berkaitan maulidul rasul
 
Biografi Abu Bakar As-Sidiq
Biografi Abu Bakar As-SidiqBiografi Abu Bakar As-Sidiq
Biografi Abu Bakar As-Sidiq
 
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
 
Perkembangan islam masa khulafa al Rasyidun
Perkembangan islam masa khulafa al RasyidunPerkembangan islam masa khulafa al Rasyidun
Perkembangan islam masa khulafa al Rasyidun
 
Sejarah peradaban islam 4
Sejarah peradaban islam 4Sejarah peradaban islam 4
Sejarah peradaban islam 4
 
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrahAbu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
 
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat IniAbu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
 
Belajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub aBelajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub a
 
Belajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub aBelajar sabar dari nabi ayyub a
Belajar sabar dari nabi ayyub a
 
Tuc pai 2015
Tuc pai 2015Tuc pai 2015
Tuc pai 2015
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
 
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihkuSelamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
 
Bab xi
Bab xiBab xi
Bab xi
 

Similar to Bilal bin rabbah power point angah

Bilal Bin rabah
Bilal Bin rabahBilal Bin rabah
Bilal Bin rabahLelawasan
 
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrahAbu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrahNurulaini Rahim
 
Sirah Nabawiyah 41: Masa Tribulasi_Tekanan pada Sahabat Ra.
Sirah Nabawiyah 41: Masa Tribulasi_Tekanan pada Sahabat Ra.Sirah Nabawiyah 41: Masa Tribulasi_Tekanan pada Sahabat Ra.
Sirah Nabawiyah 41: Masa Tribulasi_Tekanan pada Sahabat Ra.AbuNailah
 
Kisah rasulullah bersama sahabat
Kisah rasulullah bersama sahabatKisah rasulullah bersama sahabat
Kisah rasulullah bersama sahabatSandi Swalow
 
Setelah rasulullah wafat
Setelah rasulullah wafatSetelah rasulullah wafat
Setelah rasulullah wafatZahra Syuhadah
 
1001 kisah teladan
1001 kisah teladan1001 kisah teladan
1001 kisah teladanTikno Grs
 
Adzan terakhir sahabat bilal
Adzan terakhir sahabat bilalAdzan terakhir sahabat bilal
Adzan terakhir sahabat bilalNSS Slide
 
Terjemah Shahih Muslim.doc
Terjemah Shahih Muslim.docTerjemah Shahih Muslim.doc
Terjemah Shahih Muslim.docVikaOktavia3
 
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)hudhud321
 
Ski kelas 7 semester 2 khalifah ali bin abi thalib
Ski kelas 7 semester 2 khalifah ali bin abi thalibSki kelas 7 semester 2 khalifah ali bin abi thalib
Ski kelas 7 semester 2 khalifah ali bin abi thalibTatik Suwartinah
 

Similar to Bilal bin rabbah power point angah (12)

Bilal Bin rabah
Bilal Bin rabahBilal Bin rabah
Bilal Bin rabah
 
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrahAbu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
Abu ‘ubaidah ‘amir bin amir al jarrah
 
Sirah Nabawiyah 41: Masa Tribulasi_Tekanan pada Sahabat Ra.
Sirah Nabawiyah 41: Masa Tribulasi_Tekanan pada Sahabat Ra.Sirah Nabawiyah 41: Masa Tribulasi_Tekanan pada Sahabat Ra.
Sirah Nabawiyah 41: Masa Tribulasi_Tekanan pada Sahabat Ra.
 
Kisah rasulullah bersama sahabat
Kisah rasulullah bersama sahabatKisah rasulullah bersama sahabat
Kisah rasulullah bersama sahabat
 
Setelah rasulullah wafat
Setelah rasulullah wafatSetelah rasulullah wafat
Setelah rasulullah wafat
 
1001 kisah teladan
1001 kisah teladan1001 kisah teladan
1001 kisah teladan
 
Adzan terakhir sahabat bilal
Adzan terakhir sahabat bilalAdzan terakhir sahabat bilal
Adzan terakhir sahabat bilal
 
Terjemah Shahih Muslim.doc
Terjemah Shahih Muslim.docTerjemah Shahih Muslim.doc
Terjemah Shahih Muslim.doc
 
Kisah awal kenabian
Kisah awal kenabianKisah awal kenabian
Kisah awal kenabian
 
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)
 
Tugas agama
Tugas agamaTugas agama
Tugas agama
 
Ski kelas 7 semester 2 khalifah ali bin abi thalib
Ski kelas 7 semester 2 khalifah ali bin abi thalibSki kelas 7 semester 2 khalifah ali bin abi thalib
Ski kelas 7 semester 2 khalifah ali bin abi thalib
 

Recently uploaded

BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 

Recently uploaded (20)

BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 

Bilal bin rabbah power point angah

  • 1. IDOLA SAYA BILAL BIN RABBAH NUR FADHLIN AFIQAH BINTI OTHMAN 4 OXFORD
  • 2. KELAHIRAN DAN RIWAYAT HIDUP BILAL BIN RABAH Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Umaiyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w diutuskan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan seorang sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.
  • 3. KISAH BILAL BIN RABAH Bilal bin Rabah adalah seorang lagi tokoh sahabat Rasulullah S.A.W. yang kedua pentingnya dalam menegakkan syiar Islam. Kisah ataupun riwayat hidupnya sebelum dan sesudah memeluk agama Islam adalah merupakan suatu kisah yang amat memilukan bagi kaum muslimin yang mengetahui. Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling rapat. Kemana sahaja Rasulullah S.A.W. pergi dia tetap bersama dengannya. Bilal bin Rabah pada asalnya adalah seorang hamba kepada sahabat karib Abu Jahal yang bernama Umaiyah bin Khalaf. Menurut riwayat, setelah Umaiyah mengetahui bahawa Bilal telah memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyiksanya dengan cara yang amat kejam sekali. Pernah suatu ketika beliau telah didera di tengah padang pasir dalam keadaan ditelentangkan dengan badan yang ditelanjangkan. Di tengah padang pasir dan di bawah keterikan panas matahari yang membakar itu beliau telah dipukul oleh beberapa orang tukang pukul dari golongan kaum Quraisy. Tujuan mereka berbuat begitu ialah agar Bilal kembali kepada agama asalnya. Oleh kerana keimanan Bilal begitu menebal, meereka tidak Berjaya mengubah akidahnya. Sebaliknya semakin hebat dia disiksa semakin galak dia mengingati Allah S.W.T. Semasa dia disiksa dia tidak henti-henti menyebut: “ Ahad! Ahad!” Semakin kuat Umaiyah menyiksa dia semakin galakdia menyebut ayat itu. Melihatkan Bilal bersikap teguh dengan pendiriannya, lantas Umaiyah menampar mukanya dan berkata :” Hei budak jahat, engkau benar-benar celaka, aku mahu kau menyebut lata dan uzza.” Namun demikian, walaupun dia disiksa dengan sebegitu kejam akan tetapi pada Bilal itu hanyalah merupakan menambahkan keimanan terhadap agama yang telah diyakininya itu. Setelah melihatkan segala tindakannya terhadap Bilal tidak mendatangkan kesan maka Umaiyah pun pergi berjumpa dengan Abu Jahal. Setibanya dia di rumah Abu Jahal maka Umaiyah pun bermuafakat dengan nya bagaimana hendak mengatasi masalahnya itu.
  • 4. Umaiyah berkata kepada Abu Jahal: “ Lebih baik saja kita bunuh budak hitam itu.” “Itu tidak bijak.” Jawab Abu Jahal. “ Kalau membunuh dia bererti kita lemah dan kalah. Orang akan menentang kita secara diam-diam,” sambung Abu Jahal. Umaiyah berkata lagi : : Apakah yang patut kita lakukan?” “Kita siksa dia sehingga dia tidak berdaya lagi,” kata Abu Jahal memberi pendapat. Umaiyah berkata lagi” “ Sampai bila dan berapa lamakah kita harus menyiksa dia?” “ Sampai dia kafir semula,” jawab Abu Jahal bangga. Umaiyah tidak berasa puas hati maka dia berkata lagi :” Ya Abu Jahal, kita sebenarnya masih ketinggalan zaman kerena belum pernah aku lihat seorang manusia yang begitu sabar menanggung pelbagai azab demi mempertahankan kepercayaannya sebagaimana Bilal.” Umaiyah bertanya lagi: : Adakah cara lain yang engkau fikir boleh membuatkan dia mengubah pendiriannya?” “Begini,” kata Abu Jahal memulakan pendapatnya.” Bukankah hari amat panas sekali, jadi pakaikan dia dengan pakaian besi kemudian kita jemurkan dia di tengah padang pasir di luar kota Mekah. Aku percaya budak hitam itu tidak akan dapat menahan kepanasan besi dan cahaya matahari yang membakar itu.” Umaiyah bertanya lagi” Adakah perbuatan ini akan berhasil?” “Tentu sekali aku percaya dan yakin jika dia mendengar rancangan kita ini tentu dia akan meminta ampun dan dengan itu sudah tentu dia akan kembali kepada agama asalnya,” Kata Abu Jahal dengan penuh yakin. Setelah segala rangcangan mereka siap diatur maka mereka pun menangkap Bilal dan dipakaikannya dengan sehelai baju besi. Kemudian mereka pun membawa Bilal ketengah padang pasir dengan kakinya dirantai. Setibanya di tengah padang pasir itu mereka pun meninggalkan Bilal keseorangan diri di antara batu-batu padang pasir itu. Hari itu amat panas sekali sehingga tidak ada sesiapapun yang sanggup berdiri lama di bawah sinaran matahari pada masa itu. Manakala pada malam harinya pula keadaannya amat sejuk sehingga terasa ke tulang hitam. Azab yang diterima oleh Bilal tidak terperi sakitnya. Bagaimanapun dia tidak mengeluh atau gentar menghadapi segala percubaan yang diterimanya. Hatinya bulat, dia hanya berdoa kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menguatkan imannya di samping memohon bantuan agar Allah S.W.T. melepaskan dia dari azab yang tidak tertanggung itu. Keesokan harinya Abu Jahal dan Umaiyah datang menemui Bilal. Dalam hati mereka berdua menyangkakan tentulah bilal akan bersujud kepada mereka meminta ampun dan berjanji akan mengubah pegangannya. Sebaik saja syaitan Quraisy itu bersemuka dengan Bilal, semangatnya menjadi semakin kental mengadap segala kemungkinan dan kemarahannya semakin meluap-luap terhadap kedua manusia itu.
  • 5. Abu Jahal mendekati Bilal lalu membisikan sesuatu, katanya: “ Hai Bilal, bagaimanakah keadaan engkau sekarang?” Kemudian Bilal menjawab: “ Ahad! Ahad!” Mendengar perkataan itu, secara tiba-tiba Abu Jahal menjadi marah. Hatinya berasa terlalu sakit mendengar perkataan itu, bagi dia perkataan itu seolah-olah racun baginya. Lantas dia berkata kepada Bilal dengan geramnya : “ Hei budak hitam, apakah kau masih mahu berkeras di atas kesesatan engkau ini.” Abu Jahal mengamuk dan meradang setelah Bilal tetap dengan pendiriannya. Dia mencari-cari di sekelilingnya kalau-kalau ada benda yang dapat di pergunakannya untuk membunuh Bilal pada masa itu. Kemudian dia ternampak seketul batu besar tidak jauh dari situ, lantas dia serta Umaiyah dan juga para pengikut yang mengiringin mereka mengangkat batu besar itu dan meletakkannya di atas dada Bilal bin Rabah. Setelah batu itu diletakkan di atas dadanya, Bilal merasa terlalu sukar untuk bernafas, tetapi dalam hatinya masih menyeru “ Ahad! Ahad!” Abu Jahal, Umaiyah dan para pengikutnya mengugut Bilal mengatakan bahawa dia akan mati tidak lama lagi. Mereka bersorak-sorak melihat keadaan Bilal semakin payah untuk bernafas dan semakin perlahan pula suaranya menyebut “ Ahad! Ahad.” Akan tetapi gerak bibirnya masih belum berhenti dari menyebut perkataan itu. Segala harapan Abu Jahal untuk melihat Bilal memohon ampun dan balik ke agama asal meleset sama sekali. Bahkan bibir Bilal tidak henti-henti menyebut “Ahad! Ahad”’ malah adakalanya kedengaran dia berdoa kepada Allah S.W.T. , katanya “ Ya Allah, sekiranya mereka mahu membunuh aku agar aku menyekutukan Tuhan Ar Rahman maka biarlah aku mati, daripada menyekutukan Tuhan. Aku tidak takut mati, aku tidak takut mati, aku lebih takut menyekutukan Tuhan Ar-Rahman. Ya Allah, Tuhan Ibrahim, Yunus, Musa dan Isa aku bermohon kepadamu selamatkanlah aku dari siksaan ini.” Doa Bilal yang kedengaran terketar-ketar itu di dengari oleh Abu Jahal dan Umaiyah. Mereka berpandangan sesama sendiri memikirkan apakah yang harus dilakukan lagi terhadap Bilal. Kemudian Umaiyah berkata kepada Abu Jahal :” Bukankah sudah aku beritahu pada engkau, tak guna lagi kita menyiksa budak itu. Dia memang keras kepala, memang tak ada harapan yang dia akan mengikut agama kita lagi, lebih baik saja kita bunuh dia.” Dalam perkara ini Abu Jahal lebih pintar dari Umaiyah. Sambil menundukkan kepada dia mencari-cari jalan bagaimana hendak memaksa Bilal supaya dia kembali kafir. Membunuhnya sebagaimana yang disarankan oleh Umaiyah adalah jalan yang terakhir tetapi tidak menguntungkan mereka, sebaliknya dia akan membawa banyak akibat dan kerugian kepada pihak Quraisy sendiri.
  • 6. Kisah penderitaan Bilal menghadapi siksa dari pihak Quraisy akhirnya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W. dan Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq r.a. Setelah mendapat berita itu, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar pun terus menuju ke tempat Bilal di siksa itu. Di bawah kepanasan cahaya matahari Saiyidina Abu Bakar meredah padang pasir yang luas itu. Dari jauh dia nampak sekumpulan manusia sedang mengerumuni sesuatu. Tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar datang kearah mereka, mereka pun berundur. Sebaik saja Saiyidina Abu Bakar sampai disitu dilihatnya Bilal masih hidup dan dia tidak henti menyebut “Ahad! Ahad!”, akan tetapi keadaanya begitu menyayat hati. Dia meronta-ronta seperti separuh nyawa ikan. Batu besar yang menghempap pada perutnya menyebabkan dia mengalami kesesakan nafas. Melihat keadaan sahabatnya diperlakukan begitu dia berasa amat hiba sekali, Saidina Abu Bakar yang biasanya bersifat penyabar, lemah lembut dan tenang tiba- tiba saja melenting marah bagai api menjulang. Api kemarahannya terlalu membara melihat kejadian yang menyayatkan itu. Ketika itu dilihatnya Abu Jahal dan Umaiyah adalah seperti budak kecil. Dengan suara yang lantang dia berkata kepada Abu Jahal: “ Sampai bila kamu akan menyiksa budak itu?” Kata Umaiyah :” Itu urusan kami, mengapa kau harus masuk campur, ini hamba aku, aku boleh siksa dia sesuka hati aku dan aku boleh lepaskan dia bila aku suka.” “ Apakah engkau tidak takut kepada Allah melakukan siksaan seperti ini?”, kata Saiyidina Abu Bakar. Umaiyah berkata lagi :” Cukup…cukup hai Abu Bakar! Kerana engkaulah maka dia aku siksa dan engkaulah yang merosakkannya.” Jawab Abu Bakar dengan marah : “ aku bukan merosakkannya, aku hanya menunjukkan jalan yang benar.” “Sudah…sudah aku cukup mengerti perkara itu, engkau tidak perlu menerangkannya. Hanya satu permintaan aku jangan kau campuri urusan kami,” bentak Umaiyah. “ Kami tidak akan membiarkan perbuatan kejam seperti ini dilakukan terutama sekali terhadap salah seorang teman yang sefahaman dengan kami. Menyiksa dan memaksa dia sama dengan menyiksa dan memaksa kami. Terus terang aku katakan bahawa aku akan membelanya dan tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum engkau melepaskannya dan memerdekakan daripada penganiayaan yang kejam ini, “ tegas Abu Bakar geram. “ Kami semua sudah sepakat tidak akan melepaskannya sehingga dia kembali kepada agama asalnya atau dia mati dalam siksaan ini,” jawab Umaiyah pula. Kemudian Abu Bakar berkata lagi : “ Engkau akan hampa saja hai Umaiyah. Sudah pasti dia tidak akan kembali kepada agama asalnya setelah mendapat hidayah dari Allah. Seperti orang yang berada dalam gelap gelita dia tidak akan mahu ketempat gelap itu setelah menemui tempat yang terang benderang.” Umaiyah berkata dengan marah: “ Wahai Abu Bakar, apakah engkau datang ini untuk meminta ampunkan dosanya daripada kami atau engkau datang ini untuk
  • 7. “Saya katakan kepada kamu semua bahawa dia akan tetap berpegang kepada kepercayaannya sampai dia mati walaupun dia disiksa”. “ Jadi adakah kamu mahu dia hidup dan saya beri dia makan dan minum serta pakaian kemudian dia menghina dan mengejek-ngejek agama kami setelah itu dia mengoda isteri dan anak-anak kami?” Sergah Umaiyah. “ Aku sedia membelinya.” Kata Abu Bakar selamba. “ Engkau mahu membelinya,” kata Umaiyah seakan-akan terkejut. “ Benar….. aku mahu membelinya,” kata Abu Bakar. “Berapakah kamu sanggup bayar,” Tanya Umaiyah. “ Berapa yang kamu minta,” jelas Abu Bakar. Setelah berpakat dengan Abu Jahal, Umaiyah pun berkata :” Lima wang emas ( setengah kilo).” Tanpa tawar menawar abu Bakar terus membayarnya. Setelah urusan jual beli itu selesai, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar berlari mendapatkan Bilal yang sedang dihempap batu besar itu. Oleh kerana batu itu terlalu besar Saiyidina Abu Bakar tidak berdaya mengangkatnya seorang diri. Orang ramai yang tadi bersurai datang menolong Abu Bakar kerana bersimpati dengannya. Kemudian batu besar itu Berjaya diangkat dan Bilal pun terselamat dari siksaan seterusnya. Saiyidina Abu Bakar terus memapah Bilal untuk dibawa pulang mengadap Rasulullah S.A.W. Tidak lama kemudian Saiyidina Abu Bakar memerdekakan Bilal. Akhirnya Bilal dibebaskan dan tidak dikuasai oleh sesiapa lagi. Lantaran tingginya budi Saiyidina Abu Bakar dan besar jihad beliau terhadap Islam maka turunlah ayat Quran yang menyatakan kesalahan Umaiyah bin Khalaf serta memuji Saiyidina Abu Bakar yang penuh dengan sifat kemanusiaan yang tiada bandingannya itu. Pada zaman Rasulullah S.A.W., ketika tiba waktu sembahyang Nabi S.A.W. menjadi iman dan Bilal r.a. menjadi Mu'adzzin. Bilal r.a. memang terkenal dengan suaranya yang merdu. Selepas Rasulullah S.A.W. wafat, Bilal meninggalkan kota Madinah. Suatu ketika Bilal r.a. bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. dan berkata baginda dalam mimpinya, "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak menziarahiku?" Sebaik sahaja Bilal terjaga dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibnya di Madinah, Bilal r.a. bertemu Hassan dan Hussain yakni cucu Rasulullah S.A.W., lalu mereka meminta Bilal r.a. untuk melaungkan azan. Untu tidak menghampakan permintaan dari orang-orang yang sangat dikasihinya, maka Bilal r.a. pun mengalunkan azan. Apabila suara Bilal berazan berkumandang, maka keluarlah orang-orang dari kota Madinah tanpa segan silu, sambil mengerluarkan air mata mengingati zaman kegemilangannya yang dilalui bersama Rasulullah S.A.W.
  • 8. KESABARAN DAN KETABAHAN BELIAU MENANGGUNG PENDERITAAN Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin. Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam. Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan golongan musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!
  • 9. Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari. Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas". Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana beliau dapat memulakan era kehidupan baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan umat Islam yang berhijrah ke sana.
  • 10. KELEBIHAN SAIDINA BILAL BIN RABAH Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a. Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebutdan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.
  • 11. KEMATIAN SAIDINA BILAL BIN RABAH Saidina Bilal bin Rabah meninggal pada tahun 20 Hijrah ketika berumur 63 tahun SUMBANGAN SAIDINA BILAL BIN RABAH . Menjadi "Muazin" (tukang azan) yang pertama pada zaman Rasulullah . Membantu Rasulullah menembangkan dakwah Islam dikalangan hamba . Menyertai peperangan bersama Rasulullah dan para sahabat . Menjadi contoh teladan terungggul dalam mempertahankan kesucian aqidah