Premilenialisme Dispensasional meyakini bahwa Yesus akan kembali dua kali, pertama untuk mengangkat gereja sebelum periode tribulasi tujuh tahun, dan kedua untuk mendirikan Kerajaan Seribu Tahun di bumi secara harfiah. Pandangan ini membedakan janji-janji Allah untuk Israel dan gereja.
2. Pengenalan
• Pandangan Eskatologi Premilenialisme Dispensasional pada dasarnya
merupakan sebuah pandangan Pretribulasi Futuris yang berpegang kuat
dengan konsep penafsiran Alkitab yang literal dan interpretasi
nubuatan-nubuatan tentang masa depan gereja dan Israel.
• Pandangan Pretribulasi Futuris yang menganggap bahawa tanda-tanda
peristiwa akhir zaman yang belum pernah berlaku, telah mempengaruhi
pandangan Premilenialisme, sehingga terbentuknya doktrin
”pengangkatan gereja dan kerajaan seribu tahun” secara literal.
3. Pengenalan
• Berdasarkan istilah ‘pre’ yang bermaksud ‘sebelum’. Pre-milenialisme
adalah pandangan teologi yang “percaya bahawa Kristus akan datang dan
mendirikan Kerajaan yang penuh damai dan kebenaran di bumi selama
seribu tahun secara literal” (Wahyu 20:1-7).
• Penafsiran harfiah mengenai pra-milenialisme yang mendasari pandangan
Premill juga mempercayai bahawa “struktur garis waktu yang tersusun
mengikut kronologi Alkitab dari sejarah awal penciptaan sehingga kepada
peristiwa kehidupan kekal adalah ditetapkan oleh Allah sendiri.”
4. Pengenalan
• Premilenialisme Dispensasional melihat peristiwa pemerintahan kerajaan
1000 tahun adalah bersifat teokratik (pemerintahan Allah secara mutlak),
namun pandangan ini mengabaikan sifat soteriologikal (tujuan dari
penebusan Allah).
• Kerajaan 1000 tahun merupakan sejarah waktu di mana Tuhan akan
kembali untuk memenuhi janji-janjiNya kepada bangsa Israel
• Premill menafsirkan kerajaan Milenial sebagai sebuah sistem yang dibentuk
oleh Allah dalam perlaksanaan pemerintahan orang Yahudi ke atas dunia.
7. Permulaan Akhir Zaman
• Pandangan tentang peristiwa kedatangan Kristus kali kedua yang terdiri
daripada dua kronologi peristiwa utama yang dipisahkan oleh waktu
‘tribulasi’ selama 7 tahun. (Mat.24:30-31):
• Kedatangan pertama: Peristiwa pengangkatan gereja (Parousia)
------- WAKTU TRIBULASI SELAMA 7 TAHUN -------
• Kedatangan kedua: Peristiwa pemerintahan kerajaan 1000 tahun.
8. Kedatangan Pertama
• Kedatangan pertama: Peristiwa pengangkatan Gereja (Parousia)
• Disebut juga sebagai “pengangkatan rahsia” dimana Gereja dan
orang-orang kudus diangkat ke udara secara “rahsia”.
• Disusuli dengan Kebangkitan para martyr yang diangkat bersama
dengan Gereja-Nya. Bertemu dengan Kristus di udara.
• Kristus membawa semua yang bersama dengan-Nya kembali ke
rumah Bapa.
9. Peristiwa Tribulasi 7 Tahun
• Persitiwa pengangkatan gereja disusuli dengan kemunculan Anti-Kristus
yang memerintah selama waktu tribulasi 7 tahun berlaku.
• Peristiwa Tribulasi adalah fasa permulaan sebagai tanda memasuki peristiwa
“akhir zaman.” Pandangan mengenai waktu Tribulasi diperkembangkan
menjadi 5 pandangan utama;
• Pandangan Post-Tribulasi
• Pandangan Mid-Tribulasi
• Pandangan Pre-Wrath Rapture
• Pandangan Partial Rapture
• Pandangan Pre-Tribulasi
10. Pandangan Post-Tribulasi
• Pengangkatan gereja dan kebangkitan para martyr terjadi selepas waktu
kesengsaraan.
• Gereja akan melalui masa kesengsaraan dibawah pemerintahan Anti-
Kristus selama masa 7 tahun tersebut. (Wahyu 6-18; 2 Tesalonika 2)
• Alkitab tidak pernah menyatakan bahawa Gereja akan terlepas daripada
masa kesengsaraan. (Matius 24:21)
11. Pandangan Mid-Tribulasi
• Pengangkatan gereja dan kebangkitan para martyr terjadi pada
pertengahan waktu kesengsaraan sebelum pemerintahan Anti-Krisrus
berlaku. (Mat 24:22)
• Peristiwa tribulasi 7 tahun dibahagikan kepada 2 bahagian;
• Gereja akan mengalami masa kesengsaraan selama 3½ tahun yang pertama,
kemudian pengangkatan gereja dan kebangkitan para martyr terjadi.
• Bahagian kedua waktu tribulasi, manusia diperhadapkan dengan ”Murka
Allah” selama 3½ tahun berikutnya.
12. Pandangan Pre-Wrath Rapture
• Pengangkatan gereja dan akan terjadi tepat sebelum cawan murka Tuhan
ditumpahkan kepada Anti-Kristus dan pengikut-pengikutnya.
• Konsep pandangan ini pada dasarnya adalah progresif daripada Mid-
Tribulasi. Ramai ahli teologia tidak memisahkan kedua pandangan ini.
• Pre-Wrath menekankan konsep perbezaan yang Alkitabiah antara Murka
Iblis dalam waktu kesengsaraan besar berlaku dengan Murka Tuhan pada
penghujung masa tribulasi.
13. Pandangan Pre-Wrath Rapture
• Pandangan ini menafsirkan keenam materai dan sangkakala penghakiman
yang dicatatkan di dalam Wahyu bukan sebagai bentuk penghakiman ilahi.
• Materai dan sangkakala yang ketujuh akan memulai pencurahan cawan
murka Allah. Murka Allah tidak akan dicurahkan ke atas gereja (Rm 5:9; 1
Tes 1:10; 5:9; Wah 3:10), Tuhan terlebih dahulu akan mengangkat gereja-
Nya dari bumi sebelum pencurahan murka-Nya terjadi.
14. Pandangan Partial
• Pengangkatan hanya berlaku terhadap orang Kristian yang setia
sahaja. Orang-orang Kristian yang tidak setia akan ditinggalkan.
• Pembahagian kelompok orang percaya kepada 2 golongan, yaitu
golongan yang masih hidup demgan keduniawian dan golongan orang
Kristian yang rohani.
• Golongan yang rohani akan diangkat dan tidak mengalami waktu
tribulasi, manakala orng Krsitian yang seringkali jatuh dalam dosa akan
masuk ke dalam tribulasi untuk mengalami secara total.
15. Pandangan Pre Tribulasi
• Pengangkatan gereja dan kebangkitan para martyr terjadi sebelum waktu
kesengsaraan. Orang Kristian tidak akan mengalami masa kesengsaraan
pada waktu pemerintahan Anti-Kristus.
• Pandangan ini mengkhususkan peristiwa tribulasi 7 tahun sebagai “waktu
kesengsaraan besar”
• Pandangan ini membezakan peristiwa tribulasi dari semua penganiayaan,
pencobaan, penderitaan dan kesengsaraan lain yang pernah dialami oleh
gereja.
16. Peristiwa Kedatangan Kristus
• Kedatangan Kristus kali kedua terdiri daripada 2 kronologi peristiwa yang
berbeza.
• Kedatangan Pertama: Peristiwa pengangkatan gereja dan para martyr di
angkasa (1 Tes 4:13-18).
• Kedatangan Kedua: Peristiwa pemerintahan kerajaan 1000 tahun.
• Peristiwa pemerintahan milenium berlaku setelah tempoh waktu 7 tahun
dari peristiwa pengangkatan gereja.
• Masa 7 tahun ini adalah peristiwa tribulasi atau waktu kesengsaraan besar.
17. Pemerintahan Anti-Kristus
• Pemerintahan kerajaan dunia yang bersifat diktator yang dinubatkan pada
Daniel 7:23 adalah titik permulaan kepada peristiwa kesengsaraan besar
atau Tribulasi yang berlaku selama 7 tahun.
• Buat pertama kalinya orang Yahudi kembali berkumpul dan bersatu.
Mereka kembali ke Israel dan hidup dengan aman selama 3 ½ tahun
sebelum dijajah oleh tentera Gog dan Magog. (Yeh 38-39)
• Kerana sistem pemerintahan diktator mutlak, gereja-gereja mula
mengalami penaniayaan yang dasyat.
18. Kerajaan Anti-Kristus Dihancurkan
• Pergelutan kuasa ketenteraan dengan kuasa politik telah mencetuskan
peperangan yang begitu dasyat. Disebut sebagai “Battle of the Armaggedon”
• Akhirnya penghakiman Tribulasi dasyat dihancurkan oleh kedatangan Kristus
kali kedua melalui materai dan sangkakala penghakiman. Diikuti dengan cawan
Murka Allah ditimpakan. (Wah. 5-7)
• Dua tujuan yang menjadi dasar daripada peristiwa tribulasi;
• Mengakhiri zaman pemerintahan Diktator.
• Menyelamatkan orang-orang Yahudi dan mempersiapkan pemulihan bangsa Israel
pada waktu pemerintahan kerajaan 1000 tahun.
19. Peristiwa Kebangkitan
• Pre-Trib membahagikan peristiwa kebangkitan kepada tiga tahap;
• Kebangkitan pertama: orang-orang benar untuk bertemu dengan Kristus di
angkasa sebelum peristiwa tribulasi berlaku. (I Tes. 4:16)
• Kebangkitan kedua: orang-orang kudus yang mati syahid selama waktu
tribulasi (Wahyu 20 :4) dan orang Israel yang setia pada zaman P.L (Dan
12:1-2; Yes 26:14)
• Kebangkitan ketiga: semua orang yang tidak percaya akan dibangkitkan
akhir daripada zaman pemerintahan kerajaan 1000 tahun. (Wah 20:5)
20. Pemerintahan Kristus & Kerajaan
1000 Tahun (Millenium)
• Pemerintahan Kristus diawali dengan kekalahan Iblis.
• Malaikat mengikat Iblis dan melemparkannya ke dalam jurang maut
adalah dimaksudkan secara literal. (Wah 20:1)
• Kerajaan Millenial yang diperintahkan oleh Yesus Kristus ke atas seluruh
umat manusia didirikan di atas bumi.
• Bangsa Israel dipulihkan, janji-janji Allah terhadap orang Yahudi pada
zaman P.L dipenuhi.
• Pemerintahan Teokratik (pemerintahan Allah secara mutlak) ke atas
seluruh dunia
21. Berakhirnya pemerintahan
kerajaan 1000 Tahun (Millenium)
• Pada penhujung era pemerintahan Kristus ke atas kerajaan
Milenium, Iblis akan dilepaskan dan memperdayakan seluruh
bangsa dari keempat sudut dunia.
• Taktik Iblis sangat berkesan, dalam tempoh beberapa waktu,
Iblis berjaya mengetuai kumpulan pemberontak yang
menentang Allah dan berjaya mengepung kota Yerusalem.
• Tetapi Allah menghantar api dari surga dan membunuh semua
pemberontak dan Iblis kali ini diusi ke dalam lautan api.
22. Penghakiman Orang-Orang Fasik
• Wahyu 20:11-15 Orang-orang fasik akan dihakimi dihadapan
Penghakiman Takhta Putih;
• Orang fasik dibangkitkan daripada kematian, tubuh fizikal mereka
diangkat dari kubur, roh mereka akan dibawa keluar dari Hades.
• Sesiapa namanya tidak dicatatkan di dalam buku kehidupan, akan
diusir ke lautan api. Kematian kedua/kekal.
• Pemisahan yang kekal dari Allah.