3. HADITH 18:
TAQWA DAN AKHLAK
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a.,
رضاي هللاا عنهمااdaripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau
kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama
manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah
manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.
4. 1) Wasiat Allah yang Agong: - untuk orang-orang terdahulu & kemudian (an-Nisa’: 131). -
Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102). (an-Nisa: 1),
(alAhzab:70)
2) Taqwa - Sesuatu yang diletakkan oleh seseorang hamba di antaranya dengan apa yang
ditakuti dari Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya. - juga termasuk dalam
taqwa - melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram.
Kefahaman Hadith:
5. 3) Kelebihan sifat ini : Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga. Taqwa
sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya. Dibuka semua pintu
barakat yang berada di langit dan di bumi. Janji Allah pertolonganNya sentiasa
mengiringi orang bertaqwa. Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan
akhirat. Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.
4) Taqwa yang dikehendaki : ketika sunyi dan juga terang-terangan - rasa diperhatikan
oleh Allah. tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).
6. 5) Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat: Setengah pendapat -
“hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17). yang dikehendaki ialah “Taubat
Nasuha” -jumhur (al-Furqan:69) hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan
dengan amalan yang baik. dalil terhapus dosa kecil dgn taubat.(an-Nur:31).
6) Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa; tanda sempurna iman/ tidak ada padanya
sifat-sifat mazmumah. cara memperelokkan akhlak - mengambil qudwah dari nabi
saw. Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah, adab dengan sesama manusia,
sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).
7. Pengajaran hadith
* Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai
mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam
menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan
orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.
8. Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka
melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan
amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.
Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras
perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik,
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.
Pengajaran hadith