4. Pada mulanya hanya dikaitkan dengan konsep kerajaan.
Kemudian terbukti benar melalui bukti-bukti sejarah yang
menunjukkan istilah/perkataan Melayu merujuk kepada
kawasan atau kerajaan dan bukan merujuk kepada
bangsa.
Muncul seawal abad kedua apabila Claudius Ptlomey
menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang
berjudul Geographia.
Dalam penulisan Kolonel G.E. Gerini, istilah maleu-kolon
diambil daripada perkataan Bahasa Sanskrit -
malayakolam atau malaikurram yang merujuk kepada
tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.
Dalam kitab Hindu purba(Purana), terdapat perkataan
Malaya dvipa(tanah yang dikelilingi air) yang merujuk
kepada Pulau Sumatera iaitu tempat asal bahasa
5. Dalam catatan perjalanan pengembara Cina semasa
Dinasti T’ang menyatakan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu
mengirim utusan ke China untuk mempersembahkan
hasil-hasil bumi kepada raja China dimana kerajaan itu
berpusat di Jambi,Sumatera.
Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha
bernama I-Tsing yang menggunakan kata mo-lo-yu
tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675
Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan
Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan
bahawa pengembara Cina yang singgah di Nusantara
mendapati bahasa yang digunakan di Sriwijaya ialah
bahasa K’un-lun.
Para penyelidik mempercayai bahasa K’un-lun merujuk
6. Catatan pengembara Cina juga menyatakan bahawa
bahasa Melayu kuno digunakan sebagai bahasa
perantaraan dan bahasa rasmi di Sriwijaya.
Perkataan Melayu turut ditemui tertulis di belakang
patung yang ditemukan di Padang Raco di Sungai
Batanghari, Sumatera Selatan.
Dalam buku sejarah Melayu, perkataan Melayu dikaitkan
dengan sebatang sungai iaitu Sungai Melayu.
8. Etimologi: Kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan
serta makna perkataan tersebut.
Menurut Zuber Osman, Melayu berasal dari perkataan Malaya
iaitu kependekan dari hima alaya bermaksud tempat bersalji
iaitu tempat asal bangsa Melayu dari pergunungan Himalaya.
Dalam batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera
ditemukan perkataan Malayapura bermaksud kerajaan
melayu.
Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Melayu berasal
dari Mlayu bermaksud mengembara kerana kerana orang
Melayu ialah pengembara dari Yunan.
Menurut Mohd. Dahlan Mansoer, Melayu berasal daripada
nama sebatang Sungai(Sungai Melayu) kerana airnya
mengalir deras seperti berlari dimana Melayu bererti “lari”
dalam bahasa Jawa.
Menurut Van Der Tuuk, Melayu bererti “menyeberang” sesuai
10. Istilah Melayu merujuk kepada bangsa dapat dilihat daripada
dua pengertian iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang
sempit.
Berdasarkan pengertiannya yang luas, istilah Melayu merujuk
kepada bangsa Austronesia dimana rumpun Austronesia
meliputi kawasan lain seperti Polinesia,Melanesia dan
Mikronesia.
Berdasarkan pengertian UNISCO, istilah Melayu merujuk
kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung
Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Madagaskar.
Umumnya, Melayu merujuk kepada bangsa Melayu iaitu
penutur asli bhasa Melayu menduduki kawasan seperti:
a) seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai Barat
Sabah, dan Sarawak.
b) Negara Brunei Darussalam;
c) Pantai timur Sumatera;
12. KAWASAN ASIA TENGAH
Orang Melayu berasal dari tanah besar iaitu
selatan China ke kepulauan Melayu dan Pasifik.
Perpindahan ini berlaku dalam dua peringkat:
i. Melayu Proto (2500 SM)
ii. Melayu Deutro (1500 SM)
Perpindahan Melayu Deutro yang lebih
terkemudian dan lebih moden menyababkan
Melayu Proto melarikan diri ke kawasan
pedalaman.
Kumpulan Melayu Deutro telah menghuni kawasan
pinggir pantai dan lembah sungai menjadi nelayan
dan petani dan akhirnya berkembang menjadi
orang Melayu dan Indonesia sekarang.
13. Perpindahan orang-orang Melayu dari tanah besar
ini melalui beberapa cara:
i. Dari Yunan ke Myanmar dan ke Acheh
ii. Dari Yunan ke Thailand dan Tanah Melayu
iii. Dari Yunan ke Vietnam dan ke Kalimantan
iv. Dari Yunan ke Taiwan dan ke Filipina.