SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
BUKU LOG
LENCANA
PENGAKAP
LENCANA KEAHLIAN
NAMA:
SEKAWAN :
KUMPULAN :
SEKOLAH :
Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana
keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam
perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia
faham dan mengerti makna-makna setiap perkara
tersebut.Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu
lulus ujian-ujian berikut:
1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang
Pengakap Sedunia
2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap
3. Prinsip Rukun Negara
4. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap
5. Sejarah Pergerakan Pengakap
6. Cerita Hutan
7. Laung Agung.
©BadliRasli | 1
Lambang Pengakap Malaysia
©BadliRasli | 2
Lambang Pengakap Sedunia
©BadliRasli | 3
Persetiaan Pengakap
_______________________________________________________________,
_______________________________________________________________,
_______________________________________________________________,
_______________________________________________________________,
_______________________________________________________________,
_______________________________________________________________,
_______________________________________________________________.
©BadliRasli | 4
Undang-Undang Pengakap
1. __________________________________________________
2. __________________________________________________
3. __________________________________________________
4. __________________________________________________
5. __________________________________________________
6. __________________________________________________
7. __________________________________________________
8. __________________________________________________
9. __________________________________________________
10. ______________________________________________
©BadliRasli | 5
Rukun Negara
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
 mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
 memelihara satu cara hidup demokratik;
 mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
 menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak; dan
 membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip berikut:
 ____________________________________________________________________
 ____________________________________________________________________
 ____________________________________________________________________
 ____________________________________________________________________
 ____________________________________________________________________
©BadliRasli | 6
Hormat Pengakap
Diberikan semasa:
 ____________________________________________________
 ____________________________________________________
 ____________________________________________________
Cogankata Pengakap Kanak-kanak
“_______________________________________________________”
Sejarah Pergerakan
Pengakap
Pengakap telah diasaskan oleh seorang
bangsa lnggeris bernama Robert
Stephenson Smyth Baden-Powell yang
terkenal dengan nama Lord Baden-Powell
atau BP. Baden-Powell dilahirkan di
bandar London, England pada 22 Februari
1857, dan meninggal dunia pada 8
Januari, 1941. Bapa Baden-Powell
bernama Reverend H.G. Baden-Powell
adalah seorang mahaguru di Universiti
Oxford, London, England. Ibunya ialah
anak kepada Laksamana British bernama
W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun,
bapanya meninggal dunia dan tinggallah
beliau bersama ibunya dalam keadaan
yang sederhana. Pada zaman
persekolahan Baden-Powell banyak
menceburkan diri dalam kegiatan
sekolahnya seperti berlakon, menyanyi
dan menembak. Dalam masa cuti sekolah
Baden-Powell bersama-sama tiga orang
abangnya selalu pergi mengembara
berjalan kaki berkhemah, belayar dan
berperahu. Setelah berjaya dalam
peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan
sebagai Leftenan Muda dan mula
berkhidmat dalam tentera di India dan
Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian
ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai
penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar
bertugas di Afrika Barat untuk
menamatkan satu peperangan di Ashanti,
Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE
yang bermaksud Topi Besar. Dalam
peperangan Baden-Powell sentiasa
berhati-hati terhadap pergerakan musuh
hinggakan beliau digelar IMPEESA yang
bermaksud Serigala yang tak pernah tidur.
Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat
menjadi Kolonel dan ditempatkan di India
untuk memimpin Dragoon Guard ke 5.
Beliau telah memberi hadiah kepada
askar-askar yang menunjukkan kebolehan
yang baik dengan satu lencana bergelar
SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang
ke England membawa sebuah buku yang
dikarangnya semasa di Kashmir berjodol
Aids To Scouting. Buku itu mengandungi
kisah peninjauan di India. Tidak lama
kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke
Afrika Selatan untuk menambahkan dua
rejimen askar berkuda untuk
mempertahankan sempadan British dari
serangan orang Boer iaitu puak keturunan
pendatang Belanda. Orang-orang British
telah mengepung bandar Mafeking, iaitu
sebuah bandar jajahan British, dengan itu
mencetuskan satu peperangan besar
yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam
peperangan itu, Baden-Powell hanya
mempunyai seramai 1,000 orang askar
berbanding dengan 9,000 orang Boer.
Dengan tipu helah, beliau meletakkan
periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA
©BadliRasli | 1
sehingga beliau telah berjaya
memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak
untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya
Baden-Powell berjaya memenangi
peperangan itu. Di atas kemenangan itu,
beliau telah dinaikkan pangkat Mejar
Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai
yang termuda menerima pangkat itu.
Selepas perang Boer, Baden-Powell
diarahkan menubuhkan pasukan polis
Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral
Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral
pasukan tentera Simpanan ketika berumur
50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-
Powell pulang ke England dan telah
menganjurkan satu perkhemahan di Pulau
Browsea selama 10 hari pada tahun 1907.
Seramai 21 orang budak-budak turut serta
dalam perkhemahan itu. Baden-Powell
menggunakan idea berpandukan kepada
pengalamannya dalam peperangan
Mafeking dan buku “Aids To Scouting”.
Budak-budak itu dibahagikan kepada
empat patrol. Mereka belajar dan berlatih
cara berkhemah, memasak, memerhati,
mengembara, berperahu, menyelamat
nyawa dan mengesan jejak. Pada
malamnya diadakan unggun api.
Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya
dan amat diminati oleh budak-budak yang
menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-
Powell pula mengarang sebuah buku
berjudul “Scouting For Boys”.
Kandungannya berdasarkan kepada
pengalaman beliau semasa menjadi askar
di India dan Afrika serta perkhemahan
budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu
telah memikat hati budak-budak. Dengan
itu wujudlah Pergerakan Pengakap.
Dalam tempoh setahun sahaja
Pergerakan Pengakap berkembang di
England dan merebak ke Australia,
Canada, New Zealand dan Afrika Selatan.
Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan
Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika
Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di
seluruh dunia.
Jawab Soalan di Bawah:
1. Siapakah pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia?
2. Apakah pekerjaan BP semasa muda?
3. Apakah judul buku yang dikarang oleh BP yang akhirnya
menjadi asas kepada pergerakan pengakap ?
4. Perkhemahan pengakap yang pertama di adakan di mana dan
bila?
5. Namakan tiga negara yang mula mula berkembangnya
pergerakan pengakap.
a. _______________________________________________________
b. _______________________________________________________
c. _______________________________________________________
Sejarah Pergerakan
Pengakap di Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia
bermula pada tahun 1910 di
Singapura dimana pengasasnya
adalah F.C Sands seorang
peneroka British. Sebelum itu,
beberapa percubaan telah dibuat
di Pulau Pinang ( 1908 ) dan
Selangor ( 1909 ) tetapi gagal.
Bermula disini,
Pergerakan Pengakap telah
berkembang pesat dimana
kesemua negeri di Tanah Melayu
dan Borneo telah memiliki
sekurang-kurangnya satu pasukan
pengakap pada ketika itu. Berikut
adalah senarai pengasas
pergerakan pengakap di negeri-
negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang (
1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S
Walker dan C. Bloomfield di Kedah
(1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri
Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor (
1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926
)
9. Y.M Tengku Ahmad
Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah
( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil
Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu
telah ditubuhkan selepas Perang
Dunia Ke-2. Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu
telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia
pada 1 September 1957.
Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu
telah bertukar nama kepada
Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia dimana
dianggotai Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak
pada tahun 1964. Pada tahun
Ogos 1965, Singapura telah keluar
daripada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia sejajar
dengan Singapura keluar dari
gagasan Malaysia.
Jawab soalan di bawah:
1. Tahun berapakah Pergerakan pengakap bertapak di Tanah Melayu
dan di Mana?
Tahun _____________________ di ________________________________
2. Siapakah yang mengasaskan pergerakan pengakap di Tanah Melayu?
3. Bilakah Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu di tubuhkan ?
Cerita Hutan
Di pedalaman India pada zaman
dahulu ada seekor harimau tua yang
tempang kakinya dan paling dibenci
oleh binatang-binatang yang hidup
aman dalam sebuah kawasan hutan.
Harimau ini bernama Shere Khan.
Pada suatu malam ketika dia
menghendap-hendap mencari
makanan Shere Khan ternampak
sebuah khemah pemotong kayu. Di
dalam khemah itu, pemotong kayu
suami isteri dan seorang anak mereka
yang masih kecil sedang tidur dengan
nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun
api menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira menemui
mangsanya itu Shere Khan terus
menerkam. Malangnya Shere Khan
terpijak bara unggun api yang ada di
sisi khemah itu. Dia pun melolong
kesakitan sehingga menggemparkan
satu keluarga serigala yang tinggal
dalam sebuah gua batu tidak jauh
dari situ. Sedang Bapa Serigala
berlari keluar dari guanya hendak
menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia
terdengar sesuatu merayap di dalam
semak. Apabila dia bersedia hendak
menerkam, dia ternampak seorang
anak manusia sedang merangkak ke
arahnya dengan berani. Budak itu
adalah anak pemotong kayu yang
tertinggal di dalam khemah ketika ibu
bapanya melarikan diri apabila
terdengar lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak
itu dan membawanya ke dalam gua.
Ibu serigala kasihan dan tertarik hati
kepadanya kerana budak itu sedikit
pun tidak takut kepada mereka
malah berebut-rebut dengan anak
serigala yang lain menghisap susu
Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa
Serigala bersetuju menerima budak
itu sebagai anak mereka sendiri dan
menamakannya Mowgli. Anak-anak
serigala yang lain juga sayang
kepadanya dan menganggap Mowgli
sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere
Khan datang ke mulut gua itu dengan
dipandu Tabaqui, seekor
rubah(jackal), yang memang
hidupnya memakan sisa tangkapan
binatang-binatang lain. Tabaqui
terdahulu daripada itu telah dapat
mengesan ke mana budak kecil
pemotong kayu itu pergi dan
mengharap dapat makan sisa-sisa
Shere Khan jika harimau tempang itu
memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan
menuntut supaya Bapa Serigala
menyerahkan budak itu, yang
didakwanya sebagai haknya, Bapa
dan Ibu Serigala menentang.Shere
Khan cuba hendak mengambil budak
itu dari dalam gua, tetapi badannya
tidak muat melalui pintu gua. Dengan
©BadliRasli | 1
marah dia akhirnya meninggalkan
gua itu tetapi bersumpah yang suatu
hari nanti budak itu akan tetap
menjadi mangsanya. Semenjak itu,
Mowgli tinggal bersama-sama
keluarga serigala itu dan benar-benar
sebagai anak serigala di dalam hutan.
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN
SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala
yang tinggal di hutan itu. Apabila
anak-anak serigala sudah agak besar,
mereka mestilah ditunjukkan kepada
semua anggota Kumpulan. Mereka
mengadakan Sidang Kumpulan
sebulan sekali pada malam bulan
purnama di kawasan berbatu-batu
yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah
nasib anak-anak serigala ditentukan,
sama ada diterima sebagai anggota
Kumpulan atau sebaliknya. Apabila
seekor anak serigala sudah diterima
sebagai anggota Kumpulan, tidak
seekor serigala lain pun boleh
membunuhnya, dan jika ada yang
membunuh, hukumannya ialah
bunuh juga. Bapa Serigala menunggu
sehingga anak-anaknya termasuk
Mowgli, sudah boleh berlari-lari.
Kemudian, pada suatu malam bulan
purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun
membawa anak-anak mereka ke Batu
Sidang itu. Apabila semua anggota
Kumpulan sudah berada di situ
dengan anak masing-masing, Ketua
Kumpulan, seekor Serigala Jantan
yang gagah lagi bijaksana bernama
Akela, mula menyuruh ibu-ibu
serigala menunjukkan anak masing-
masing untuk dilihat oleh anggota-
anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah
kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun
tidak menunjukkan rasa takut
sebaliknya bergurau dengan anak-
anak serigala lain seolah-olah dia pun
serigala juga. Apabila Akela
menyuruh anggota-anggota
Kumpulan melihat Mowgli dan
membuat keputusan, tiba-tiba Shere
Khan mengaum dari belakang batu
besar. "Anak manusia milikku.
Berikan dia kepadaku semula kerana
anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!"
katanya. Setelah senyap seketika,
mulalah beberapa ekor anak serigala
yang sudah agak dewasa menyatkan
rasa tidak setuju mereka menerima
Mowgli. Mengikut Undang-undang
Hutan, apabila timbul perselisihan
begitu, dua anggota Kumpulan yang
bukan ibu atau bapa kepada anak
serigala itu mestilah bercakap
menyokongnya baru dia diterima
menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan
yang bersedia menyokong?" tanya
Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor
pun anggota Kumpulan itu bersuara
dan Ibu Serigala pun bersedialah
hendak bertempur bermati-matian
©BadliRasli | 2
untuk mempertahankan Mowgli.
Seekor binatang lain yang bukan
anggota Kumpulan itu tetapi
dibenarkan bercakap dalam Sidang
Kumpulan ialah Baloo, seekor
beruang tua yang menjadi guru
mengajar anak-anak serigala Undang-
undang Hutan. Setelah tidak ada
serigala yang lain bercakap, Baloo
berdiri di tempatnya di belakang Batu
Sidang dan menyokong supaya
Mowgli diterima sebagai anggota
Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan
mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli
memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta
sokongan lagi, Bagheera, seekor
Harimau Kumbang yang tangkas
tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap.
Walaupun dia tidak berhak bersuara,
tetapi mengikut Undang-undang
Hutan, nyawa seekor anak serigala
boleh ditebus dengan seekor buruan.
Dia akan menghadiahkan seekor
lembu jantan yang baru dibunuhnya
dan disembunyikan tidak jauh dari
situ untuk menebus nyawa Mowgli
supaya diterima sebagai anggota
Kumpulan. Anggota-anggota
Kumpulan segera bersetuju menerima
Mowgli sebagai anggota apabila
mendengar hadiah lembu jantan yang
ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka
turun dari bukit dan pergi beramai-
ramai mendapatkan buruan itu dan
tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan
keluarga Mowgli saja di Batu Sidang
itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat
hatinya, terlalu marah kerana budak
itu tidak diserahkan kepadanya.
Tetapi Akela berkata keputusan itu
amat baik kerana manusia dan anak
mereka memang baik dan Mowgli
akan dapat memberi pertolongan
kepada suatu hari kelak.
Berdasarkan cerita hutan di sebelah, nyatakan watak-watak
berikut;
NAMA WATAK
MOWGLI
AKEELA
BAGHEERA
BALOO
SHERE KHAN
©BadliRasli | 1
Laung Agung (The Grand Howl)
Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.
Bila diadakan?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.
Tatacara Laung Agung
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam
keadaan sedia memandang ke arah AKELA)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK berjalan
laju / berlari mengelilingi AKELA sambil menyahut “PEK…......”
3. AKELA membuat isyarat mendepa tangan memerintah PKK
membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila
bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT
HABIS BAIK.
6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:-
‘KAMU BUAT HABIS BAIK?’
7. Semua PKK bangun dan
8. hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’
9. AKELA membalas hormat PKK.
10. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.
©BadliRasli | 2
Lukis gambarajah Laung Agung dan labelkan kedudukan
AKELA, bendera, petugas dan PKK.
©BadliRasli | 3
LEKATKAN SIJIL LENCANA KEAHLIAN DI SINI

More Related Content

Similar to 5_6102895562632201629.pdf

Sejarah Kepanduan dan Pramuka Indonesia
Sejarah Kepanduan dan Pramuka IndonesiaSejarah Kepanduan dan Pramuka Indonesia
Sejarah Kepanduan dan Pramuka IndonesiaAries Aprilian
 
PRAMUKA[1].pptx
PRAMUKA[1].pptxPRAMUKA[1].pptx
PRAMUKA[1].pptxzhrarama
 
NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docx
NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docxNOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docx
NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docxMuhammadShukri23
 
Rancangan materi tekpram
Rancangan materi tekpramRancangan materi tekpram
Rancangan materi tekpramsnederone
 
Materi pramuka penggalang_lengkap
Materi pramuka penggalang_lengkapMateri pramuka penggalang_lengkap
Materi pramuka penggalang_lengkapArhy Susal
 
Mengenal_Gerakan_Pramuka.ppt
Mengenal_Gerakan_Pramuka.pptMengenal_Gerakan_Pramuka.ppt
Mengenal_Gerakan_Pramuka.pptAzwirSPdMPd
 
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsaMengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsaSofiaSafiraZheiin
 
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsaMengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsaSofiaSafiraZheiin
 
mengenal kode etik pramuka.ppt
mengenal kode etik pramuka.pptmengenal kode etik pramuka.ppt
mengenal kode etik pramuka.pptSriWahyuni10691
 
Materi Untuk Pramuka
Materi Untuk PramukaMateri Untuk Pramuka
Materi Untuk PramukaMuhammad Afif
 
Sejarah singkat gerakan pramuka sedunia
Sejarah singkat gerakan pramuka seduniaSejarah singkat gerakan pramuka sedunia
Sejarah singkat gerakan pramuka seduniaSBH Cicalengka
 
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGMSambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGMMohamed Nazul Ismail
 
Sejarah kepanduan.pptx
Sejarah kepanduan.pptxSejarah kepanduan.pptx
Sejarah kepanduan.pptxRiskyPratama26
 
Materi Jutin (Biografi Baden Powell).pptx
Materi Jutin (Biografi Baden Powell).pptxMateri Jutin (Biografi Baden Powell).pptx
Materi Jutin (Biografi Baden Powell).pptxWijiGinanjar1
 
SEJARAH_KEPRAMUKAAN_DUNIA_DAN_INDONESIA.pdf
SEJARAH_KEPRAMUKAAN_DUNIA_DAN_INDONESIA.pdfSEJARAH_KEPRAMUKAAN_DUNIA_DAN_INDONESIA.pdf
SEJARAH_KEPRAMUKAAN_DUNIA_DAN_INDONESIA.pdfIshakIshak37
 

Similar to 5_6102895562632201629.pdf (20)

Materi kepramukaan
Materi kepramukaanMateri kepramukaan
Materi kepramukaan
 
Sejarah Kepanduan dan Pramuka Indonesia
Sejarah Kepanduan dan Pramuka IndonesiaSejarah Kepanduan dan Pramuka Indonesia
Sejarah Kepanduan dan Pramuka Indonesia
 
PRAMUKA[1].pptx
PRAMUKA[1].pptxPRAMUKA[1].pptx
PRAMUKA[1].pptx
 
NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docx
NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docxNOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docx
NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docx
 
Materi kepramukaan
Materi kepramukaanMateri kepramukaan
Materi kepramukaan
 
Rancangan materi tekpram
Rancangan materi tekpramRancangan materi tekpram
Rancangan materi tekpram
 
Materi pramuka penggalang_lengkap
Materi pramuka penggalang_lengkapMateri pramuka penggalang_lengkap
Materi pramuka penggalang_lengkap
 
sejarah-pramuka.ppt
sejarah-pramuka.pptsejarah-pramuka.ppt
sejarah-pramuka.ppt
 
Mengenal_Gerakan_Pramuka.ppt
Mengenal_Gerakan_Pramuka.pptMengenal_Gerakan_Pramuka.ppt
Mengenal_Gerakan_Pramuka.ppt
 
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsaMengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
 
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsaMengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
Mengenal_Gerakan_Pramuka indonesia perekat bangsa
 
mengenal kode etik pramuka.ppt
mengenal kode etik pramuka.pptmengenal kode etik pramuka.ppt
mengenal kode etik pramuka.ppt
 
Mengenai baden powell
Mengenai baden powellMengenai baden powell
Mengenai baden powell
 
Materi Untuk Pramuka
Materi Untuk PramukaMateri Untuk Pramuka
Materi Untuk Pramuka
 
Sejarah singkat gerakan pramuka sedunia
Sejarah singkat gerakan pramuka seduniaSejarah singkat gerakan pramuka sedunia
Sejarah singkat gerakan pramuka sedunia
 
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGMSambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
 
Sejarah kepanduan.pptx
Sejarah kepanduan.pptxSejarah kepanduan.pptx
Sejarah kepanduan.pptx
 
Materi Jutin (Biografi Baden Powell).pptx
Materi Jutin (Biografi Baden Powell).pptxMateri Jutin (Biografi Baden Powell).pptx
Materi Jutin (Biografi Baden Powell).pptx
 
Pramuka
PramukaPramuka
Pramuka
 
SEJARAH_KEPRAMUKAAN_DUNIA_DAN_INDONESIA.pdf
SEJARAH_KEPRAMUKAAN_DUNIA_DAN_INDONESIA.pdfSEJARAH_KEPRAMUKAAN_DUNIA_DAN_INDONESIA.pdf
SEJARAH_KEPRAMUKAAN_DUNIA_DAN_INDONESIA.pdf
 

Recently uploaded

KEL 1 BIOSINTESIS GLIKOSIDA hgfddbjkj.pptx
KEL 1 BIOSINTESIS GLIKOSIDA hgfddbjkj.pptxKEL 1 BIOSINTESIS GLIKOSIDA hgfddbjkj.pptx
KEL 1 BIOSINTESIS GLIKOSIDA hgfddbjkj.pptxssuserd986061
 
Fail Pengurusan Kelas Sesi Akademik 2024-2025-By Cikgu Mu_113743.pptx
Fail Pengurusan Kelas Sesi Akademik 2024-2025-By Cikgu Mu_113743.pptxFail Pengurusan Kelas Sesi Akademik 2024-2025-By Cikgu Mu_113743.pptx
Fail Pengurusan Kelas Sesi Akademik 2024-2025-By Cikgu Mu_113743.pptxShyLinZumi
 
KUMPULAN SOAL USBN SENI BUDAYA 2019.docx
KUMPULAN SOAL USBN SENI BUDAYA 2019.docxKUMPULAN SOAL USBN SENI BUDAYA 2019.docx
KUMPULAN SOAL USBN SENI BUDAYA 2019.docxUlfaBasyarewan
 
PPT Media Pembelajaran Sosiologi XI KM - Bab 3.pptx
PPT Media Pembelajaran Sosiologi XI KM - Bab 3.pptxPPT Media Pembelajaran Sosiologi XI KM - Bab 3.pptx
PPT Media Pembelajaran Sosiologi XI KM - Bab 3.pptxdisnakerkotamataram
 
PPT Materi Sosiologi Kelas X Bab 4. Proses Sosialisasi dan Pembentukan Keprib...
PPT Materi Sosiologi Kelas X Bab 4. Proses Sosialisasi dan Pembentukan Keprib...PPT Materi Sosiologi Kelas X Bab 4. Proses Sosialisasi dan Pembentukan Keprib...
PPT Materi Sosiologi Kelas X Bab 4. Proses Sosialisasi dan Pembentukan Keprib...disnakerkotamataram
 
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptxFAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptxShyLinZumi
 

Recently uploaded (6)

KEL 1 BIOSINTESIS GLIKOSIDA hgfddbjkj.pptx
KEL 1 BIOSINTESIS GLIKOSIDA hgfddbjkj.pptxKEL 1 BIOSINTESIS GLIKOSIDA hgfddbjkj.pptx
KEL 1 BIOSINTESIS GLIKOSIDA hgfddbjkj.pptx
 
Fail Pengurusan Kelas Sesi Akademik 2024-2025-By Cikgu Mu_113743.pptx
Fail Pengurusan Kelas Sesi Akademik 2024-2025-By Cikgu Mu_113743.pptxFail Pengurusan Kelas Sesi Akademik 2024-2025-By Cikgu Mu_113743.pptx
Fail Pengurusan Kelas Sesi Akademik 2024-2025-By Cikgu Mu_113743.pptx
 
KUMPULAN SOAL USBN SENI BUDAYA 2019.docx
KUMPULAN SOAL USBN SENI BUDAYA 2019.docxKUMPULAN SOAL USBN SENI BUDAYA 2019.docx
KUMPULAN SOAL USBN SENI BUDAYA 2019.docx
 
PPT Media Pembelajaran Sosiologi XI KM - Bab 3.pptx
PPT Media Pembelajaran Sosiologi XI KM - Bab 3.pptxPPT Media Pembelajaran Sosiologi XI KM - Bab 3.pptx
PPT Media Pembelajaran Sosiologi XI KM - Bab 3.pptx
 
PPT Materi Sosiologi Kelas X Bab 4. Proses Sosialisasi dan Pembentukan Keprib...
PPT Materi Sosiologi Kelas X Bab 4. Proses Sosialisasi dan Pembentukan Keprib...PPT Materi Sosiologi Kelas X Bab 4. Proses Sosialisasi dan Pembentukan Keprib...
PPT Materi Sosiologi Kelas X Bab 4. Proses Sosialisasi dan Pembentukan Keprib...
 
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptxFAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
 

5_6102895562632201629.pdf

  • 1. BUKU LOG LENCANA PENGAKAP LENCANA KEAHLIAN NAMA: SEKAWAN : KUMPULAN : SEKOLAH : Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut.Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut: 1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia 2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap 3. Prinsip Rukun Negara 4. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap 5. Sejarah Pergerakan Pengakap 6. Cerita Hutan 7. Laung Agung.
  • 2. ©BadliRasli | 1 Lambang Pengakap Malaysia
  • 3. ©BadliRasli | 2 Lambang Pengakap Sedunia
  • 4. ©BadliRasli | 3 Persetiaan Pengakap _______________________________________________________________, _______________________________________________________________, _______________________________________________________________, _______________________________________________________________, _______________________________________________________________, _______________________________________________________________, _______________________________________________________________.
  • 5. ©BadliRasli | 4 Undang-Undang Pengakap 1. __________________________________________________ 2. __________________________________________________ 3. __________________________________________________ 4. __________________________________________________ 5. __________________________________________________ 6. __________________________________________________ 7. __________________________________________________ 8. __________________________________________________ 9. __________________________________________________ 10. ______________________________________________
  • 6. ©BadliRasli | 5 Rukun Negara Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:  mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;  memelihara satu cara hidup demokratik;  mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;  menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan  membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:  ____________________________________________________________________  ____________________________________________________________________  ____________________________________________________________________  ____________________________________________________________________  ____________________________________________________________________
  • 7. ©BadliRasli | 6 Hormat Pengakap Diberikan semasa:  ____________________________________________________  ____________________________________________________  ____________________________________________________ Cogankata Pengakap Kanak-kanak “_______________________________________________________”
  • 8. Sejarah Pergerakan Pengakap Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA
  • 9. ©BadliRasli | 1 sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden- Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden- Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
  • 10. Jawab Soalan di Bawah: 1. Siapakah pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia? 2. Apakah pekerjaan BP semasa muda? 3. Apakah judul buku yang dikarang oleh BP yang akhirnya menjadi asas kepada pergerakan pengakap ? 4. Perkhemahan pengakap yang pertama di adakan di mana dan bila? 5. Namakan tiga negara yang mula mula berkembangnya pergerakan pengakap. a. _______________________________________________________ b. _______________________________________________________ c. _______________________________________________________
  • 11. Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri- negeri Melayu dan Borneo. 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
  • 12. Jawab soalan di bawah: 1. Tahun berapakah Pergerakan pengakap bertapak di Tanah Melayu dan di Mana? Tahun _____________________ di ________________________________ 2. Siapakah yang mengasaskan pergerakan pengakap di Tanah Melayu? 3. Bilakah Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu di tubuhkan ?
  • 13. Cerita Hutan Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan
  • 14. ©BadliRasli | 1 marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing- masing untuk dilihat oleh anggota- anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak- anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian
  • 15. ©BadliRasli | 2 untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang- undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai- ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.
  • 16. Berdasarkan cerita hutan di sebelah, nyatakan watak-watak berikut; NAMA WATAK MOWGLI AKEELA BAGHEERA BALOO SHERE KHAN
  • 17. ©BadliRasli | 1 Laung Agung (The Grand Howl) Laung Agung merupakan: 1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. 2. Diamalkan di seluruh dunia. 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK” 4. Untuk menghormati tetamu. 5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin. Bila diadakan? 1. Setiap kali diadakan perjumpaan 2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan. Tatacara Laung Agung 1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia memandang ke arah AKELA) 2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK berjalan laju / berlari mengelilingi AKELA sambil menyahut “PEK…......” 3. AKELA membuat isyarat mendepa tangan memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan. 4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit. 5. AKELA merapatkan tangan ke paha>> a) PKK mencangkung. b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah. c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK?’ 7. Semua PKK bangun dan 8. hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’ 9. AKELA membalas hormat PKK. 10. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.
  • 18. ©BadliRasli | 2 Lukis gambarajah Laung Agung dan labelkan kedudukan AKELA, bendera, petugas dan PKK.
  • 19. ©BadliRasli | 3 LEKATKAN SIJIL LENCANA KEAHLIAN DI SINI