SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
REKOD UJIAN LENCANA KERIS GANGSA PENGAKAP KANAK-KANAK
BIL PERKARA CATATAN (/)
KEAHLIAN
1 Lambang Pengakap Malaysia & Lambang
Pengakap Sedunia
2 Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap
3 Prinsip Rukun Negara
4 Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap
5 Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas
Pengakap, Lord Baden Powell
6 Cerita Hutan
7 Laung Agung
Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian
tersebut
Tarikh : ………………………….. Diluluskan oleh : ……………………...
(Tandatangan & Cop)
BIODATA AHLI
PENGAKAP KANAK-KANAK
NAMA MURID :
NO K/P :
TARIKH LAHIR :
UMUR :
SEKOLAH :
NO KUMPULAN :
ALAMAT RUMAH :
CITA-CITA :
HOBI :
2
1. LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA & LAMBANG PENGAKAP
SEDUNIA
Lambang Pengakap Malaysia
Huraian :
1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3
Persetiaan Pengakap iaitu Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,
Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang
Pengakap yang sepuluh.
3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan
Pengakap"
4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam
Malaysia"
5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
LENCANA
KEAHLIAN
3
6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan
warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan
unit-unit pengakap.
- Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",
- Hijau - "Pengakap Muda",
- Merah - "Pengakap Remaja"
Lambang Pengakap Dunia
Huraian :
1. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan
kelopak kanan – melambangkan Undang -undang Pengakap yang
sepuluh itu.
2. Ikatan putih – menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap
3. Lingkaran tali bewarna putih – melambangkan persaudaraan
Pengakap Sedunia.
4. Warna ungu – kepimpinan
5. Warna putih – kesucian dan kebersihan
4
2. PERSETIAAN PENGAKAP & UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Persetiaan Pengakap
Lafaz Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya akan:-
 Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
 Menolong orang pada setiap masa,
 Menurut Undang-undang Pengakap.
Kedudukan Jari Semasa
Membaca Persetiaan Pengakap
Cara Berdiri Semasa Membaca
Persetiaan Pengakap
Undang – Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin
Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-orang di
bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong
orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara
kepada lain-lain Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa,
pangkat dan agamanya.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.
5
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan
suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin
Pengakapnya tanpa persoalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum
walaupun semasa kesusahan.
9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya.
3 . RUKUN NEGARA
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
6
4. HORMAT DAN COGAN KATA PENGAKAP
Hormat Pengakap
Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut:
1. Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri
sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan.
2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua
patrol.
3. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan
sebagainya.
4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan
bendera pengakap.
Hormat Pengakap
Hormat Bertongkat
Cogan Kata Pengakap
Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya
berbeza mengikut unit- unit. Cogan kata itu adalah seperti berikut :
Unit Cogan Kata
Pengakap Kanak - kanak Buat Habis Baik
Pengakap Muda Selalu Sedia
Pengakap Remaja Pandangan Luas
Pengakap Kelana Berkhidmat Selalu
7
5. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA & SEJARAH PENGASAS
PENGAKAP, LORD BADEN POWELL
Sejarah Pengakap Malaysia
Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada
tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia
NEGERI TAHUN
PENUBUHAN
Pulau Pinang 1910
Sabah 1913
Sarawak 1915
Pahang 1919
Kedah 1922
Perak 1926
Melaka 1926
Negeri
Sembilan
1926
Selangor 1926
Terengganu 1927
Kelantan 1927
Johor 1928
Perlis 1931
Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell
Pada 22 Februari 1857, Robert Stephenson Smyth Baden Powell (BP) telah
dilahirkan di London, England. Bapanya, Reverend H.G. Baden Powell,
seorang professor di Universiti Oxford. Ibunya, Henrietta Smyth adalah anak
seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. BP mempunyai tujuh
orang adik-beradik. Pada tahun 1860 semasa BP berusia tiga tahun, bapanya
meninggal dunia.
Dalam tahun 1870 BP belajar di Sekolah CharterHouse, London. BP
bukanlah mempunyai sebarang kelebihan melainkan beliau periang dan
berbakat dalam bidang sukan serta bidang seni.
Pada tahun 1876 semasa berusia 19 tahun, BP ditauliahkan sebagai
Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India.
Dalam tahun 1883 BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kapten.
Pada tahun 1899 semasa beumur 42 tahun, BP dinaikkan pangkat sebagai
Kolonel hasil dari kecekalan hati, kepintaran mengakap dan kebolehan
luarbiasa dalam kerja mengesan.
8
Dalam tahun 1899 juga telah berlakunya huruhara di Afrika Selatan. BP telah
diperintah untuk menubuhkan 2 batalion pasukan tentera berkuda dan pergi
ke Mafeking, sebuah Bandar penting di tengah-tengah Afrika Selatan.
Peperangan meletus dari 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900 (217 hari)
menyebabkan Mafeking diserang dan dikepung oleh jumlah musuh yang
berlipat ganda. Selama kepungan berjalan, rakyat England berasa amat
cemas.
Namun setelah berita Mafeking telah diselamatkan, BP menjadi pujaan
seluruh rakyat England dan telah dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral.
BP melihat peluang ini untuk berbakti kepada negaranya dengan lebih lanjut
lagi lalu mengarang sebuah buku khas untuk budak-budak dengan
mengumpulkan pengalaman-pengalaman beliau di India dan Afrika.
Bertitik tolak dari buku khas untuk budak-budak ini, semasa berusia 50 tahun,
BP membawa sekumpulan budak lelaki seramai 20 orang ke Pulau Brownsea
di Selat Inggeris pada mada musim panas tahun 1907 yang merupakan
PERKHEMAHAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP PERTAMA DI DUNIA Melalui
kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada awal tahun 1908, BP
telah menerbitkan sebuah buku bernama Scouting For Boys. Diterbitkan
setiap 2 minggu sebanyak 6 keluaran, ia mengandungi panduan melatih
budak-budak menjadi Pengakap.
6. CERITA HUTAN
Cerita Mowgli
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang
tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman
dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu
malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan
ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong
kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur
dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus
menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi
khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu
keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian
itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia
9
bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang
merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu
yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila
terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu
dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati
kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah
berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai
anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang
lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara
mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua
itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya
memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada
itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan
mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu
memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut
supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai
haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak
mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu
gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah
yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak
itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar
sebagai anak serigala di dalam hutan.
7. LAUNG AGUNG
Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.
6.
Bila diadakan?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.
10
ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam
keadaan sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK
mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….”
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan
memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan
tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT
HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia.
6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-
kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS
BAIK’
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.
LENCANA
WAJIB PKK
LENCANA
PENUNGGANG
BASIKAL
11
1. 4 UNDANG – UNDANG JALANRAYA SEMASA BERBASIKAL
1. Patuhi semua undang-undang trafk dan isyarat.
2. Apabila menunggang basikal di jalan raya, anda mesti
mematuhiundang-undang lalu lintas yang sama, tanda-tanda dan
isyarat yangdikenakan kepada pemilik kenderaan yang lain.
3. Basikal mesti bergerak dalam arah yang sama dengan kenderaan
yanglain.
4. Menunggang yang bertentangan dengan arah lalu lintas
adalahberbahaya dan menyalahi undang-undang jalan raya
2. 10 PERATURAN SEMASA MENUNGGANG BASIKAL
1. Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya
brek,tayar, lampu-lampu dan “real reflector” sebelum
menunggangnya.
2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa
menoleh ke belakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu
hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang
dalamsatu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih
selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada
terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang “Handle” dan
kaki berada diatas pengayuh
8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal
lain.
9. Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain.
10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki
bukit atau berbelok dengan mengejut.
3. MEMBERI ISYARAT TANGAN SEMASA BERBASIKAL
12
4. 10 PERKARA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN SEMASA
BERBASIKAL
1. Basikal Tidak Sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya,
tidak boleh berfungsi.
2. Tidak Memberi Isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu
membelok atau memberhenti basikal.
3. Membawa Penumpang - yang mengganggu imbangan.
4. Jarak yang sesuai.
5. Jalan raya yang sibuk dan sempit.
6. Membawa haiwan.
7. Bergurau atau bercakap-cakap.
8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.
9. Saiz basikal tidak sesuai.
10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai
5. MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL
Menukar Tiub Basikal
1. Longgarkan nat roda dan tanggalkannya. Kemudian, keluarkan roda
yang tiubnya bocor
2. Longgarkan nat injap dan keluarkan injap.
3. Keluarkan tayar dan tiub daripada rim dengan menggunakan
pengumpil tayar
4. Pam udara ke dalam tiub secukupnya. Kemudian, rendam tiub
didalam bekas yang berair untuk mengenal pasti bahagian yang
bocor.
5. Kenal pasti dan tandakan bahagian yang bocor. Keluarkan semula
udara.
13
6. Keringkan dan bersihkan bahagian tiub yang bocor dengan kain reja.
7. Sediakan getah penampal siap guna. Tanggalkan salutnya dan
lekatkan getah penampal pada bahagian yang bocor. Biarkan getah
penampal mongering.
8. Pamkan udara secukupnya ke dalam tiub. Kemudian, rendam tiub
dalam bekas yang berisi air untuk menguji tampalan yang telah dibuat.
9. Kelaurkan udara dan keringkan tiub. Masuk semula tiub ke dalam
tayar dengan cermat. Kemudian, pasangkan tayar.
6. PRAKTIKAL – MENUNGGANG BASIKAL
REKOD MENUNGGANG BASIKAL
LENCANA WAJIB – PENUNGGANAG BASIKAL
PENGAKAP KANAK-KANAK
Tarikh 24.9.2022
Masa Mula 9 pagi
Masa Tamat 10.00 pagi
Tempat-Tempat
Penting Dilalui
1. Perkarangan tapak perhimpunan
2. Jalan raya dihadapan pintu masuk
sekolah
3. Padang sekolah
Ulasan Penguji
*Aspek
 Kemahiran mengawal
basikal
 Mematuhi peraturan
jalanraya
 Penggunaan isyarat
tangan
1. Peserta dapat mengawal basikal
dengan baik
2. Peserta dapat menjawab beberapa
soalan peraturan jalan raya
3. Peserta menggunakan isyarat
tangan dengan baik ketika diuji
LULUS/GAGAL
Tandatangan, Nama
peserta
Cop penguji
14

More Related Content

Similar to NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docx

Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGMSambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGMMohamed Nazul Ismail
 
SEJARAH PRAMUKA DI DUNIA DAN DI INDONESIA.pptx
SEJARAH PRAMUKA DI DUNIA DAN DI INDONESIA.pptxSEJARAH PRAMUKA DI DUNIA DAN DI INDONESIA.pptx
SEJARAH PRAMUKA DI DUNIA DAN DI INDONESIA.pptxBANGSAICHANNEL
 
Materi pramuka penegak
Materi pramuka penegakMateri pramuka penegak
Materi pramuka penegakdede yusuf
 
Sejarah pramuka
Sejarah pramuka Sejarah pramuka
Sejarah pramuka Monich Rhd
 
Sejarah singkat gerakan pramuka sedunia
Sejarah singkat gerakan pramuka seduniaSejarah singkat gerakan pramuka sedunia
Sejarah singkat gerakan pramuka seduniaSBH Cicalengka
 
Sejarah singkat gerakan pramuka
Sejarah singkat gerakan pramukaSejarah singkat gerakan pramuka
Sejarah singkat gerakan pramukaSlamet Riyadi
 
PRAMUKA[1].pptx
PRAMUKA[1].pptxPRAMUKA[1].pptx
PRAMUKA[1].pptxzhrarama
 
Nice to meet you-pmk fkip 5 nov 2011
Nice to meet you-pmk fkip 5 nov  2011Nice to meet you-pmk fkip 5 nov  2011
Nice to meet you-pmk fkip 5 nov 2011deckyrey
 
Materi pramuka penggalang_lengkap
Materi pramuka penggalang_lengkapMateri pramuka penggalang_lengkap
Materi pramuka penggalang_lengkapArhy Susal
 
Majalah kel 4 5 muzdalifah
Majalah kel 4  5 muzdalifahMajalah kel 4  5 muzdalifah
Majalah kel 4 5 muzdalifahLini Lumanti
 
Rancangan materi tekpram
Rancangan materi tekpramRancangan materi tekpram
Rancangan materi tekpramsnederone
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Mrs. Raudhah
 
Sejarah singkat gerakan pramuka lengkap
Sejarah singkat gerakan pramuka lengkapSejarah singkat gerakan pramuka lengkap
Sejarah singkat gerakan pramuka lengkapSBH Cicalengka
 
Majalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaMajalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaLini Lumanti
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalOctaviana Adn
 
Victor Tatuah - Hari Baden Powell, Himpaudi Jabar
Victor Tatuah  - Hari Baden Powell, Himpaudi JabarVictor Tatuah  - Hari Baden Powell, Himpaudi Jabar
Victor Tatuah - Hari Baden Powell, Himpaudi JabarHimpaudiJabar
 

Similar to NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docx (20)

Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGMSambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
Sambutan Jubli Perak Pengakap Malaysia IPGM
 
SEJARAH PRAMUKA DI DUNIA DAN DI INDONESIA.pptx
SEJARAH PRAMUKA DI DUNIA DAN DI INDONESIA.pptxSEJARAH PRAMUKA DI DUNIA DAN DI INDONESIA.pptx
SEJARAH PRAMUKA DI DUNIA DAN DI INDONESIA.pptx
 
Materi pramuka penegak
Materi pramuka penegakMateri pramuka penegak
Materi pramuka penegak
 
Sejarah pramuka
Sejarah pramuka Sejarah pramuka
Sejarah pramuka
 
Sejarah singkat gerakan pramuka sedunia
Sejarah singkat gerakan pramuka seduniaSejarah singkat gerakan pramuka sedunia
Sejarah singkat gerakan pramuka sedunia
 
Lord baden powell
Lord baden powellLord baden powell
Lord baden powell
 
Sejarah singkat gerakan pramuka
Sejarah singkat gerakan pramukaSejarah singkat gerakan pramuka
Sejarah singkat gerakan pramuka
 
Materi kepramukaan
Materi kepramukaanMateri kepramukaan
Materi kepramukaan
 
PRAMUKA[1].pptx
PRAMUKA[1].pptxPRAMUKA[1].pptx
PRAMUKA[1].pptx
 
Materi kepramukaan
Materi kepramukaanMateri kepramukaan
Materi kepramukaan
 
Nice to meet you-pmk fkip 5 nov 2011
Nice to meet you-pmk fkip 5 nov  2011Nice to meet you-pmk fkip 5 nov  2011
Nice to meet you-pmk fkip 5 nov 2011
 
Materi pramuka penggalang_lengkap
Materi pramuka penggalang_lengkapMateri pramuka penggalang_lengkap
Materi pramuka penggalang_lengkap
 
Majalah kel 4 5 muzdalifah
Majalah kel 4  5 muzdalifahMajalah kel 4  5 muzdalifah
Majalah kel 4 5 muzdalifah
 
Rancangan materi tekpram
Rancangan materi tekpramRancangan materi tekpram
Rancangan materi tekpram
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
 
Sejarah singkat gerakan pramuka lengkap
Sejarah singkat gerakan pramuka lengkapSejarah singkat gerakan pramuka lengkap
Sejarah singkat gerakan pramuka lengkap
 
Materi utama mop14
Materi utama mop14Materi utama mop14
Materi utama mop14
 
Majalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaMajalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 mina
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat Tradisional
 
Victor Tatuah - Hari Baden Powell, Himpaudi Jabar
Victor Tatuah  - Hari Baden Powell, Himpaudi JabarVictor Tatuah  - Hari Baden Powell, Himpaudi Jabar
Victor Tatuah - Hari Baden Powell, Himpaudi Jabar
 

NOTA BUKU LOG keahlian dan lencana wajib basikal.docx

  • 1. 1 REKOD UJIAN LENCANA KERIS GANGSA PENGAKAP KANAK-KANAK BIL PERKARA CATATAN (/) KEAHLIAN 1 Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia 2 Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap 3 Prinsip Rukun Negara 4 Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap 5 Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell 6 Cerita Hutan 7 Laung Agung Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut Tarikh : ………………………….. Diluluskan oleh : ……………………... (Tandatangan & Cop) BIODATA AHLI PENGAKAP KANAK-KANAK NAMA MURID : NO K/P : TARIKH LAHIR : UMUR : SEKOLAH : NO KUMPULAN : ALAMAT RUMAH : CITA-CITA : HOBI :
  • 2. 2 1. LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA & LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA Lambang Pengakap Malaysia Huraian : 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. 2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". LENCANA KEAHLIAN
  • 3. 3 6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. - Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", - Hijau - "Pengakap Muda", - Merah - "Pengakap Remaja" Lambang Pengakap Dunia Huraian : 1. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan – melambangkan Undang -undang Pengakap yang sepuluh itu. 2. Ikatan putih – menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap 3. Lingkaran tali bewarna putih – melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 4. Warna ungu – kepimpinan 5. Warna putih – kesucian dan kebersihan
  • 4. 4 2. PERSETIAAN PENGAKAP & UNDANG-UNDANG PENGAKAP Persetiaan Pengakap Lafaz Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya akan:-  Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,  Menolong orang pada setiap masa,  Menurut Undang-undang Pengakap. Kedudukan Jari Semasa Membaca Persetiaan Pengakap Cara Berdiri Semasa Membaca Persetiaan Pengakap Undang – Undang Pengakap 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-orang di bawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.
  • 5. 5 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa persoalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum walaupun semasa kesusahan. 9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. 3 . RUKUN NEGARA MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip yang berikut:  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA  KELUHURAN PERLEMBAGAAN  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6. 6 4. HORMAT DAN COGAN KATA PENGAKAP Hormat Pengakap Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut: 1. Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan. 2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol. 3. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. Hormat Pengakap Hormat Bertongkat Cogan Kata Pengakap Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya berbeza mengikut unit- unit. Cogan kata itu adalah seperti berikut : Unit Cogan Kata Pengakap Kanak - kanak Buat Habis Baik Pengakap Muda Selalu Sedia Pengakap Remaja Pandangan Luas Pengakap Kelana Berkhidmat Selalu
  • 7. 7 5. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA & SEJARAH PENGASAS PENGAKAP, LORD BADEN POWELL Sejarah Pengakap Malaysia Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia NEGERI TAHUN PENUBUHAN Pulau Pinang 1910 Sabah 1913 Sarawak 1915 Pahang 1919 Kedah 1922 Perak 1926 Melaka 1926 Negeri Sembilan 1926 Selangor 1926 Terengganu 1927 Kelantan 1927 Johor 1928 Perlis 1931 Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell Pada 22 Februari 1857, Robert Stephenson Smyth Baden Powell (BP) telah dilahirkan di London, England. Bapanya, Reverend H.G. Baden Powell, seorang professor di Universiti Oxford. Ibunya, Henrietta Smyth adalah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. BP mempunyai tujuh orang adik-beradik. Pada tahun 1860 semasa BP berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia. Dalam tahun 1870 BP belajar di Sekolah CharterHouse, London. BP bukanlah mempunyai sebarang kelebihan melainkan beliau periang dan berbakat dalam bidang sukan serta bidang seni. Pada tahun 1876 semasa berusia 19 tahun, BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India. Dalam tahun 1883 BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kapten. Pada tahun 1899 semasa beumur 42 tahun, BP dinaikkan pangkat sebagai Kolonel hasil dari kecekalan hati, kepintaran mengakap dan kebolehan luarbiasa dalam kerja mengesan.
  • 8. 8 Dalam tahun 1899 juga telah berlakunya huruhara di Afrika Selatan. BP telah diperintah untuk menubuhkan 2 batalion pasukan tentera berkuda dan pergi ke Mafeking, sebuah Bandar penting di tengah-tengah Afrika Selatan. Peperangan meletus dari 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900 (217 hari) menyebabkan Mafeking diserang dan dikepung oleh jumlah musuh yang berlipat ganda. Selama kepungan berjalan, rakyat England berasa amat cemas. Namun setelah berita Mafeking telah diselamatkan, BP menjadi pujaan seluruh rakyat England dan telah dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral. BP melihat peluang ini untuk berbakti kepada negaranya dengan lebih lanjut lagi lalu mengarang sebuah buku khas untuk budak-budak dengan mengumpulkan pengalaman-pengalaman beliau di India dan Afrika. Bertitik tolak dari buku khas untuk budak-budak ini, semasa berusia 50 tahun, BP membawa sekumpulan budak lelaki seramai 20 orang ke Pulau Brownsea di Selat Inggeris pada mada musim panas tahun 1907 yang merupakan PERKHEMAHAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP PERTAMA DI DUNIA Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada awal tahun 1908, BP telah menerbitkan sebuah buku bernama Scouting For Boys. Diterbitkan setiap 2 minggu sebanyak 6 keluaran, ia mengandungi panduan melatih budak-budak menjadi Pengakap. 6. CERITA HUTAN Cerita Mowgli Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia
  • 9. 9 bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. 7. LAUNG AGUNG Laung Agung merupakan: 1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. 2. Diamalkan di seluruh dunia. 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK” 4. Untuk menghormati tetamu. 5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin. 6. Bila diadakan? 1. Setiap kali diadakan perjumpaan 2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.
  • 10. 10 ISTIADAT LAUNG AGUNG 1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia) 2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….” 3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan. 4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit. 5. AKELA merapatkan tangan ke paha>> a) PKK mencangkung. b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah. c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK. d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata- kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’ 7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’ 8. AKELA membalas hormat PKK. 9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat. LENCANA WAJIB PKK LENCANA PENUNGGANG BASIKAL
  • 11. 11 1. 4 UNDANG – UNDANG JALANRAYA SEMASA BERBASIKAL 1. Patuhi semua undang-undang trafk dan isyarat. 2. Apabila menunggang basikal di jalan raya, anda mesti mematuhiundang-undang lalu lintas yang sama, tanda-tanda dan isyarat yangdikenakan kepada pemilik kenderaan yang lain. 3. Basikal mesti bergerak dalam arah yang sama dengan kenderaan yanglain. 4. Menunggang yang bertentangan dengan arah lalu lintas adalahberbahaya dan menyalahi undang-undang jalan raya 2. 10 PERATURAN SEMASA MENUNGGANG BASIKAL 1. Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek,tayar, lampu-lampu dan “real reflector” sebelum menunggangnya. 2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri. 3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh ke belakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi. 4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalamsatu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit. 5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas. 6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin. 7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang “Handle” dan kaki berada diatas pengayuh 8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain. 9. Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain. 10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut. 3. MEMBERI ISYARAT TANGAN SEMASA BERBASIKAL
  • 12. 12 4. 10 PERKARA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN SEMASA BERBASIKAL 1. Basikal Tidak Sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh berfungsi. 2. Tidak Memberi Isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok atau memberhenti basikal. 3. Membawa Penumpang - yang mengganggu imbangan. 4. Jarak yang sesuai. 5. Jalan raya yang sibuk dan sempit. 6. Membawa haiwan. 7. Bergurau atau bercakap-cakap. 8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain. 9. Saiz basikal tidak sesuai. 10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai 5. MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL Menukar Tiub Basikal 1. Longgarkan nat roda dan tanggalkannya. Kemudian, keluarkan roda yang tiubnya bocor 2. Longgarkan nat injap dan keluarkan injap. 3. Keluarkan tayar dan tiub daripada rim dengan menggunakan pengumpil tayar 4. Pam udara ke dalam tiub secukupnya. Kemudian, rendam tiub didalam bekas yang berair untuk mengenal pasti bahagian yang bocor. 5. Kenal pasti dan tandakan bahagian yang bocor. Keluarkan semula udara.
  • 13. 13 6. Keringkan dan bersihkan bahagian tiub yang bocor dengan kain reja. 7. Sediakan getah penampal siap guna. Tanggalkan salutnya dan lekatkan getah penampal pada bahagian yang bocor. Biarkan getah penampal mongering. 8. Pamkan udara secukupnya ke dalam tiub. Kemudian, rendam tiub dalam bekas yang berisi air untuk menguji tampalan yang telah dibuat. 9. Kelaurkan udara dan keringkan tiub. Masuk semula tiub ke dalam tayar dengan cermat. Kemudian, pasangkan tayar. 6. PRAKTIKAL – MENUNGGANG BASIKAL REKOD MENUNGGANG BASIKAL LENCANA WAJIB – PENUNGGANAG BASIKAL PENGAKAP KANAK-KANAK Tarikh 24.9.2022 Masa Mula 9 pagi Masa Tamat 10.00 pagi Tempat-Tempat Penting Dilalui 1. Perkarangan tapak perhimpunan 2. Jalan raya dihadapan pintu masuk sekolah 3. Padang sekolah Ulasan Penguji *Aspek  Kemahiran mengawal basikal  Mematuhi peraturan jalanraya  Penggunaan isyarat tangan 1. Peserta dapat mengawal basikal dengan baik 2. Peserta dapat menjawab beberapa soalan peraturan jalan raya 3. Peserta menggunakan isyarat tangan dengan baik ketika diuji LULUS/GAGAL Tandatangan, Nama peserta Cop penguji
  • 14. 14