SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Usaha yang dilakukan ke arah memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia
Dengan mengambil tiga dasar utama bincangkan usaha-usaha yang dilakukan ke arah
memantapkan perpaduan kaum di Malaysia.
1.0 PENGENALAN.
Sebelum Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara membangun, Malaysia telah
melalui pelbagai pengalaman pahit semasa zaman penjajahan Barat yang
bermula daripada penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Pengalaman
pahit tersebut tidak mahu diulang lagi di mana berlakunya pergaduhan,
pembunuhan, pertumpahan darah, dan sebagainya. Teriakan keramat ‘Merdeka’
pada 31 Ogos 1957, tidak semudah memetik kedua belah jari. Kemerdekaan yang
dinikmati oleh generasi hari ini adalah hasil perjuangan dan perpaduan masyarakat
lampau. Kini, rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman dan damai dalam satu
rumpun walaupun berlainan adat resam, agama, dan juga budaya. Oleh kerana
Malaysia didiami dan dimiliki oleh sebuah masyarakat majmuk[1], maka perpaduan
kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara
asing. Bagi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, beliau pernah menyatakan bahawa
perpaduan yang rapuh mampu menggoncang keamanan sesebuah negara
khususnya bagi negara seperti Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa.
“Masa depan kita bergantung pada keamanan, keselamatan dan kesejahteraan
Malaysia. Kita mestilah menjadikannya sebagai tanggungjawab kita untuk menjaga
negara kita serta mereka yang tinggal di sini selama bebrapa generasi akan
datang.”[2] Tanpa perpaduan, segala yang dibina dalam negara selama ini akan
hancur berkecai seumpama kaca yang jatuh berderai.
1.1 PERISTIWA 13 MEI 1969.
Usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah
tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 yang pernah menggugat keselamatan dan
keharmonian negara. Apabila meninjau semula tragedi 13 Mei ini, kita mengetahui
bahawa peristiwa tersebut merupakan satu titik sejarah hitam dalam negara
Malaysia yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara pada satu ketika
dahulu. Punca utama rusuhan kaum ini berlaku adalah disebabkan oleh
ketidakseimbangan pendapat, pelajaran, dan isu sosial antara kumpulan etnik.
Justeru, perbezaan jurang kaum perlu dikurangkan atau dihapuskan. Tragedi ini juga
adalah ekoran daripada pilihanraya kebangsaan yang telah berlansung pada 10 Mei
1969. Semasa kempen pilihanraya, isu-isu yang sensetif yang menyentuh emosi dan
sentimal perkauman telah disuarakan dengan lantang. Perarakan yang dilakukan
oleh parti pembangkang secara langsungnya juga membangkitkan rusuhan antara
kaum terutamanya antara Melayu dan Cina pada ketika itu. Sebenarnya, hubungan
aman atau intim antara pelbagai kaum ketika itu tidak wujud akibat daripada dasar
pecah dan perintah serta pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi yang
dilakukan oleh kerajaan British. Selain itu, ia juga berpunca daripada jalinan tekanan
sejarah yang menyelubungi negara termasuk jurang generasi dan interprestasi
terhadap struktur perlembagaan yang berbeza antara kaum. Daripada sejarah 13
Mei ini, kita mempelajari bahawa betapa pentingnya perpaduan dalam mengekalkan
keamanan dan kemakmuran negara. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan beberapa
dasar sebagai usaha untuk memantapkan sekali gus mengekalkan perpaduan kaum
di Malaysia.
KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI.
Perpaduan membawa maksud “sesuatu perihalan atau proses penggabungan
dan kesepakatan untuk menjadi satu”.Perpaduan juga boleh diertikan sebagai
penyatuan berbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan
kebudayaan yang berbeza serta menjadi entiti fizikal. Perpaduan juga merujuk
kepada hubungan bersifat toleransi yang diwujudkan secara bersama-sama antara
satu dengan lain dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza-beza demi
mencapai sesuatu matlamat.
Integrasi pula merujuk kepada proses penyatuan kelompok atau masyarakat
yang berbilang kaum yang berlainan seperti Melayu, Cina, India yang berbeza
daerah atau wilayah, tempat tinggal, adat resam, cara hidup, latar belakang,
kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan oleh entiti yang terikat oleh
norma dan nilai masyarakat demi melahirkan satu identiti dan nilai-nilai murni
bersama serta perasaan cinta akan negara.
USAHA-USAHA KE ARAH MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM
DI MALAYSIA
Prakarsa-prakarsa yang diambil oleh kerjaan telah memberi kesedaran kepada
anggota masyarakat khususnya masyarakat Malaysia tentang kepentingan
perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi
nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah memperkenalkan beberapa dasar
mencakupi bidang politik,ekonomi, dan sosial.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969, maka Tun Abdul Razak
iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 telah memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Peristiwa rusuhan kaum merupakan kejutan
sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan
jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya
oleh pemimpin terdahulu. Maka kerajaan mengambil strategi yang tepat dengan
mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera
yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri
menerusi DEB yang sepatutnya menjadi hak kaum bumiputera. Walau bagaimana
pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam
pelaksanaan DEB, terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-
dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan dan
memupuk perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.
STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB
kerana didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan
berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun
Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.Oleh itu, dasar DEB
memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di
bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-
kemudahan asas dan juga yang bersabit dengan pendidikan seperti bantuan buku
dan biasiswa. Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan
menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan, perkhidmatan, perubatan,
bekalan air dan bekalan elektrik keselesaan hidup dapat dinikmati oleh masyarakat
sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan. Dan yang lebih penting ialah
perpaduan dapat dibentuk kerana setiap anggota masyarakat dapat menggunakan
dan menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan tanpa mengira
bangsa dan kaum.
Kerajaan mengambil langkah menubuhkan lebih banyak peluang pekerjaan
kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah
penjajah.Seterusnya, kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum
dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti
perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan[9]. Hal ini bertujuan agar rakyat
Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan menceburkan diri dalam
bidang berpotensi tinggi untuk membantu pembangunan ekonomi negara dengan
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum sekaligus
memupuk perpaduan antara kaum.
DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah
mencorakkan perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru
supaya kepentingan kaum Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah
menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan
mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan. Perkara ini telah
mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu
yang berhijrah ke bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda
dalam lingkungan umur antara 20-30 tahun[10].
Hal ini disebabkan tawaran kerajaan dalam DEB kepada mereka sangat baik
sekaligus untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Untuk
mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada
bumiputera iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS),
Federal Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian Industrial Development
Finance) dan Urban Development Finance) dan Urban Development Authority (UDA)
yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada
kaum Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara
keseluruhan ataupun secara usaha bersama[11].
Tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan
pembangunan negara untuk jangka masa 1970-1990 melalui zaman tiga Perdana
Menteri iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir
Mohammad[12]. DEB banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan
masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga
hari ini. DEB tamat pelaksanaannya pada tahun 1990. Setelah tempoh Dasar
Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional
yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi
Baru. Semangat DEB juga masih dikekalkan dalam pembangunan ekonomi negara
pada masa kini dan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sering kali
menekankan semangat DEB wajar diteruskan demi pembangunan kaum bumiputera
dan kaum-kaum lain di samping memupuk perpaduan antara kaum.
DASAR PENDIDIKAN
Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masayarakat dan
negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai
masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan
keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan shaja bertujuan
untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk
merealisasikan perpaduan negara. Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah
memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950[13] sebelum negara ini ingin mencapai
kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri
dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis
pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan
terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes
mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada
peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah
dan peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang
komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.
Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat
bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya
sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem
pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan
dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan
ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India, kekurangan
kewangan & ancaman komunis.Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk
Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Laporan Razak
1956[14] dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama dan
penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan
menyuburkan semangat perpaduan kaum.Kemudian, Laporan Rahman Talib
diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah
mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya
dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi
nasional. Sebagai intihan, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan
dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini
dan kajian sejarah yang diperoleh, dasar pendidikan membentuk perpaduan
kaum.Cara-cara system pendidikan membentuk perpaduan ialah melalui:
Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah
umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan
sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan
Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas
dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan
sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua
peringkat sekolah.
Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat
diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.
Kurikulum Yang Sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala
ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan
dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan
kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi.
Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat
yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan
Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan
negara (modal insan)
Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak
adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan
penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan
dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama
dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran
yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia
hampir sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam[17].
Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
Pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan
keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan
kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan
menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk
mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya
mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji bahan
sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan
pembacaannya sehingga beliau mampu mencetuskan idea Wawasan 2020.
DASAR WAWASAN 2020
Menjelang tahun 2020, Datuk Seri Mahathir Mohamad berharap menjadikan
Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya. Wawasan beliau tersebut adalah
merupakan satu falsafah yang bermatlamatkan pembangunan yang berwajahkan
kemanusiaan dengan persekitaran seimbang. Sebenarnya, idea wawasan 2020 ini
diinspirasikan oleh beliau pada 28 Februari 1991 dengan menjadikan sejarah
kemajuan Jepun sebagai ‘role model’. Pada ketika itu, Mikado Meiji sebagai
pemerintah negara Jepun mengambil masa selama 30 tahun untuk maju standing
dengan negara maju lain.Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang tekun membaca dan mengkaji sejarah telah
mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau mempunyai pandangan
yang jauh dan bijak mentadbir negara. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad
kepada bidang ekonomi sahaja malah ia juga merangkumi segala aspek kehidupan
iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kesepaduan, kejiwaan dan kebudayaan.
Dalam wawasan 2020 ini, terdapat sembilan cabaran yang perlu diharungi oleh
semua pihak. Cabaran yang pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu
yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi
negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.Cabaran
yang kedua ialah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta
gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali
melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak
mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Cabaran ketiga
membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk
persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.Keempat, mewujudkan
masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya
kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling
tinggi.Kelima mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-
masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu
negara. Keenam mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai
daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa depan.Ketujuh mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Kelapan memastikan masyarakat yang
adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya
bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak
akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan
kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.Akhir sekali cabaran kesembilan
mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat
dan kental.
Berdasarkan sembilan cabaran tersebut, kita dapat melihat cabaran-cabaran
yang perlu dilalui bersangkut-paut dengan setiap ahli masyarakat di Malaysia. Oleh
kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai entik, maka perpaduan perlu
dibentuk dan dikukuhkan agar sembilan cabaran tersebut dapat dilalui bersama.
Sepeti mana pepatah Melayu yang menyebut “Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh”, nilai perpaduan ini harus diaplikasikan dalam politik, ekonomi, dan sosial.
Ketahuilah tunjang utama pencapaian wawasan 2020 ini adalah perpaduan.
Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum (
cadangan )
· Dasar pecah dan perintah British
· Sistem pendidikan zaman British
· Pendudukan Jepun
· Peristiwa 13 Mei
· Isu agama dan budaya- trend terkini
(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )
· mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
· memelihara kedaulatan Negara
· mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
· meningkatkan imej Negara di mata dunia
· membangunkan ekonomi negara
· mengekalkan kestabilan politik
· membina masyarakat yang saling menghormati
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )
· Peristiwa 13 mei
· Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
· Penubuhan parti politik
· Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
· Dasar pebdidikankebangsaan
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )
· kewujudan pelbagai aliran sekolah
· parti politik berasaskan kaum
· kesan dasar penjajahan british
· Sikap individulistik dalam masyarakat
· Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
· Campurtangan kuasa luar
(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia ( cadangan )
· Kempen kerajaan
· Program RIMUP
· Gotong royong
· Rumah terbuka
· Sambutan perayaan
· Program sukan
· Slogan I Malaysia
· Aktiviti kokurikulum
(f) Membuat rumusan ( cadangan )
Pengetahuan
· Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
· Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
· Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
Iktibar
· Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota
masyarakat
Harapan ( saya berharap agar )
· Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
· Tidak terpengaruh dengan anasir luar
· Menghargai jasa tokoh

More Related Content

What's hot

Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)almadinasakinah
 
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHalangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHansyitake
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysiaSyazwan Zulkifli
 
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Norlina Rawina
 
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Mieys Yueyu
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTan Fen
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakatintan mastura
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...Mahyuddin Khalid
 
Pengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikPengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikDanial Najdmi
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumfiro HAR
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiWanBK Leo
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.Sharmeen Rahman
 
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnikTopik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnikDatoknye
 

What's hot (20)

Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHalangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
 
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
 
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
Dasar 1 malaysia (presentation 20 mei 13)
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
 
Hubungan etnik
Hubungan etnik Hubungan etnik
Hubungan etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
 
Pengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikPengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnik
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaum
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
 
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnikTopik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Topik 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
 

Similar to skema soalan sejarah form 4

Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke IntegrasiDari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke Integrasihaneyhazwani
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaAzhzhahir
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1NikHaris1
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiDhani Ahmad
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptctwa1
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes. Yoshi Aw
 
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakE folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakYASMINE HASLAN
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaNo Name
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiBab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiNur Az
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)Ashikin Azeman
 

Similar to skema soalan sejarah form 4 (20)

Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke IntegrasiDari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke Integrasi
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakE folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiBab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
BAB_1.pptx
BAB_1.pptxBAB_1.pptx
BAB_1.pptx
 

skema soalan sejarah form 4

  • 1. Usaha yang dilakukan ke arah memantapkan perpaduan kaum di Malaysia Dengan mengambil tiga dasar utama bincangkan usaha-usaha yang dilakukan ke arah memantapkan perpaduan kaum di Malaysia. 1.0 PENGENALAN. Sebelum Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara membangun, Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit semasa zaman penjajahan Barat yang bermula daripada penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Pengalaman pahit tersebut tidak mahu diulang lagi di mana berlakunya pergaduhan, pembunuhan, pertumpahan darah, dan sebagainya. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah memetik kedua belah jari. Kemerdekaan yang dinikmati oleh generasi hari ini adalah hasil perjuangan dan perpaduan masyarakat lampau. Kini, rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman dan damai dalam satu rumpun walaupun berlainan adat resam, agama, dan juga budaya. Oleh kerana Malaysia didiami dan dimiliki oleh sebuah masyarakat majmuk[1], maka perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Bagi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, beliau pernah menyatakan bahawa perpaduan yang rapuh mampu menggoncang keamanan sesebuah negara khususnya bagi negara seperti Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa. “Masa depan kita bergantung pada keamanan, keselamatan dan kesejahteraan Malaysia. Kita mestilah menjadikannya sebagai tanggungjawab kita untuk menjaga negara kita serta mereka yang tinggal di sini selama bebrapa generasi akan datang.”[2] Tanpa perpaduan, segala yang dibina dalam negara selama ini akan hancur berkecai seumpama kaca yang jatuh berderai. 1.1 PERISTIWA 13 MEI 1969. Usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 yang pernah menggugat keselamatan dan keharmonian negara. Apabila meninjau semula tragedi 13 Mei ini, kita mengetahui bahawa peristiwa tersebut merupakan satu titik sejarah hitam dalam negara Malaysia yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara pada satu ketika dahulu. Punca utama rusuhan kaum ini berlaku adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan pendapat, pelajaran, dan isu sosial antara kumpulan etnik. Justeru, perbezaan jurang kaum perlu dikurangkan atau dihapuskan. Tragedi ini juga adalah ekoran daripada pilihanraya kebangsaan yang telah berlansung pada 10 Mei 1969. Semasa kempen pilihanraya, isu-isu yang sensetif yang menyentuh emosi dan sentimal perkauman telah disuarakan dengan lantang. Perarakan yang dilakukan oleh parti pembangkang secara langsungnya juga membangkitkan rusuhan antara kaum terutamanya antara Melayu dan Cina pada ketika itu. Sebenarnya, hubungan aman atau intim antara pelbagai kaum ketika itu tidak wujud akibat daripada dasar pecah dan perintah serta pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan British. Selain itu, ia juga berpunca daripada jalinan tekanan sejarah yang menyelubungi negara termasuk jurang generasi dan interprestasi terhadap struktur perlembagaan yang berbeza antara kaum. Daripada sejarah 13 Mei ini, kita mempelajari bahawa betapa pentingnya perpaduan dalam mengekalkan
  • 2. keamanan dan kemakmuran negara. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan beberapa dasar sebagai usaha untuk memantapkan sekali gus mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI. Perpaduan membawa maksud “sesuatu perihalan atau proses penggabungan dan kesepakatan untuk menjadi satu”.Perpaduan juga boleh diertikan sebagai penyatuan berbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza serta menjadi entiti fizikal. Perpaduan juga merujuk kepada hubungan bersifat toleransi yang diwujudkan secara bersama-sama antara satu dengan lain dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza-beza demi mencapai sesuatu matlamat. Integrasi pula merujuk kepada proses penyatuan kelompok atau masyarakat yang berbilang kaum yang berlainan seperti Melayu, Cina, India yang berbeza daerah atau wilayah, tempat tinggal, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan oleh entiti yang terikat oleh norma dan nilai masyarakat demi melahirkan satu identiti dan nilai-nilai murni bersama serta perasaan cinta akan negara. USAHA-USAHA KE ARAH MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Prakarsa-prakarsa yang diambil oleh kerjaan telah memberi kesedaran kepada anggota masyarakat khususnya masyarakat Malaysia tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah memperkenalkan beberapa dasar mencakupi bidang politik,ekonomi, dan sosial. DASAR EKONOMI BARU (DEB) Selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969, maka Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Peristiwa rusuhan kaum merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya oleh pemimpin terdahulu. Maka kerajaan mengambil strategi yang tepat dengan mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB yang sepatutnya menjadi hak kaum bumiputera. Walau bagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua- dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan dan memupuk perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.
  • 3. STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB kerana didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.Oleh itu, dasar DEB memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan- kemudahan asas dan juga yang bersabit dengan pendidikan seperti bantuan buku dan biasiswa. Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik keselesaan hidup dapat dinikmati oleh masyarakat sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan. Dan yang lebih penting ialah perpaduan dapat dibentuk kerana setiap anggota masyarakat dapat menggunakan dan menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan tanpa mengira bangsa dan kaum. Kerajaan mengambil langkah menubuhkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah.Seterusnya, kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan[9]. Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi untuk membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum sekaligus memupuk perpaduan antara kaum. DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan. Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam lingkungan umur antara 20-30 tahun[10]. Hal ini disebabkan tawaran kerajaan dalam DEB kepada mereka sangat baik sekaligus untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), Federal Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian Industrial Development Finance) dan Urban Development Finance) dan Urban Development Authority (UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada
  • 4. kaum Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha bersama[11]. Tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan pembangunan negara untuk jangka masa 1970-1990 melalui zaman tiga Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohammad[12]. DEB banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga hari ini. DEB tamat pelaksanaannya pada tahun 1990. Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Semangat DEB juga masih dikekalkan dalam pembangunan ekonomi negara pada masa kini dan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sering kali menekankan semangat DEB wajar diteruskan demi pembangunan kaum bumiputera dan kaum-kaum lain di samping memupuk perpaduan antara kaum. DASAR PENDIDIKAN Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masayarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan shaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan negara. Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950[13] sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka. Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Laporan Razak 1956[14] dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah
  • 5. mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Sebagai intihan, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini dan kajian sejarah yang diperoleh, dasar pendidikan membentuk perpaduan kaum.Cara-cara system pendidikan membentuk perpaduan ialah melalui: Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Kurikulum Yang Sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan)
  • 6. Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam[17]. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para Pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya sehingga beliau mampu mencetuskan idea Wawasan 2020. DASAR WAWASAN 2020 Menjelang tahun 2020, Datuk Seri Mahathir Mohamad berharap menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya. Wawasan beliau tersebut adalah merupakan satu falsafah yang bermatlamatkan pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran seimbang. Sebenarnya, idea wawasan 2020 ini diinspirasikan oleh beliau pada 28 Februari 1991 dengan menjadikan sejarah kemajuan Jepun sebagai ‘role model’. Pada ketika itu, Mikado Meiji sebagai pemerintah negara Jepun mengambil masa selama 30 tahun untuk maju standing dengan negara maju lain.Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tekun membaca dan mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau mempunyai pandangan yang jauh dan bijak mentadbir negara. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia juga merangkumi segala aspek kehidupan iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kesepaduan, kejiwaan dan kebudayaan. Dalam wawasan 2020 ini, terdapat sembilan cabaran yang perlu diharungi oleh semua pihak. Cabaran yang pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa
  • 7. Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.Cabaran yang kedua ialah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Cabaran ketiga membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.Keempat, mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.Kelima mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing- masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Keenam mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.Ketujuh mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Kelapan memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.Akhir sekali cabaran kesembilan mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Berdasarkan sembilan cabaran tersebut, kita dapat melihat cabaran-cabaran yang perlu dilalui bersangkut-paut dengan setiap ahli masyarakat di Malaysia. Oleh kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai entik, maka perpaduan perlu dibentuk dan dikukuhkan agar sembilan cabaran tersebut dapat dilalui bersama. Sepeti mana pepatah Melayu yang menyebut “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”, nilai perpaduan ini harus diaplikasikan dalam politik, ekonomi, dan sosial. Ketahuilah tunjang utama pencapaian wawasan 2020 ini adalah perpaduan.
  • 8. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki (a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan ) · Dasar pecah dan perintah British · Sistem pendidikan zaman British · Pendudukan Jepun · Peristiwa 13 Mei · Isu agama dan budaya- trend terkini (b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan ) · mewujudkan masyarakat harmoni dan aman · memelihara kedaulatan Negara · mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme · meningkatkan imej Negara di mata dunia · membangunkan ekonomi negara · mengekalkan kestabilan politik · membina masyarakat yang saling menghormati (c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan ) · Peristiwa 13 mei · Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular · Penubuhan parti politik · Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan · Dasar pebdidikankebangsaan (d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan ) · kewujudan pelbagai aliran sekolah · parti politik berasaskan kaum · kesan dasar penjajahan british · Sikap individulistik dalam masyarakat · Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif · Campurtangan kuasa luar
  • 9. (e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan ) · Kempen kerajaan · Program RIMUP · Gotong royong · Rumah terbuka · Sambutan perayaan · Program sukan · Slogan I Malaysia · Aktiviti kokurikulum (f) Membuat rumusan ( cadangan ) Pengetahuan · Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin · Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........ · Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara Iktibar · Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat Harapan ( saya berharap agar ) · Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan · Tidak terpengaruh dengan anasir luar · Menghargai jasa tokoh