4. Kedudukan Hadis
1. Hadith ini merupakan hadith yang sangat dalam maknanya, kerana didalamnya
terdapat pokok-pokok ajaran deen yaitu Iman, Islam dan Ihsan. Ia layak di gelar
Ummus-Sunnah (Syeikh Ibnu Daqiq). Ia adalah aslul-Islam kerana kesemua ilmu,
adab dan pengetahuan Islam terdapat di dalamnya (Imam Nawawi).
2. Hadith ini mengandungi makna yang sangat agung kerana ia berasal dari dua
makhluk Allah yang terpercaya, yaitu: Amiinussamaa’ (kepercayaan makhluk di
langit iaitu Jibril) dan Amiinul Ardh (kepercayaan makhluk di bumi iaitu Rasulullah
saw)
5. POKOK PERBINCANGAN
HADIS
■ Kedudukan hadis ini – ibu kepada hadis-hadis lain kerna ia
mengandungi penjelasan Deen secara keseluruhannya.
■ Islam
■ Iman
■ Ihsan
■ Tanda-Tanda Kedatangan Hari Qiamat
6. Islam
“..Dia segera berkata, “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam.” Lalu Rasulullah
SAW menjawab, “Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah, kamu mendirikan Solat, mengeluarkan
Zakat, dan menunaikan Haji jika kamu mampu mengerjakannya.” Lelaki itu berkata, “Benarlah
kamu!” Kami merasa hairan terhadapnya, dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya…”
Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Allah
SWT. Dari segi syarak bermaksud ad-Din yang dibina di atas 5
tunggak Rukun Islam iaitu:
i) Syahadah (penyaksian) bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan
bahawa Nabi Muhammad SAW itu Utusan Allah SWT.
ii) Mendirikan Solat dalam waktunya, dengan rukun dan syarat
yang sempurna. Juga menjaga sunat dan adabnya.
iii) Mengeluarkan Zakat.
iv) Berpuasa pada bulan Ramadhan.
v) Menunaikan Haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang
berkemampuan.
7. Iman
Lelaki itu berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang Iman.” Lalu Baginda SAW
bersabda, “Bahawa kamu beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya, Hari Kiamat dan kamu beriman dengan ketentuan Baik dan Buruk-
Nya.” Lelaki itu berkata, “Benarlah kamu!”
Iman dari segi bahasa ialah at-Tasdiq (membenarkan). Dari segi syarak ialah Tasdiq yang Jazim
(Keyakinan yang tidak berbelah bagi) terhadap Rukun Iman:
i) Kewujudan Allah Yang Maha Pencipta dan bahawa Allah itu Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya.
ii) Kewujudan makhluk Allah SWT iaitu para Malaikat-Nya dan mereka adalah hamba-hamba-Nya
yang dimuliakan. Mereka sentiasa taat dan patuh kepada setiap arahan-Nya.
iii) Kitab-kitab samawiyah yang diturunkan oleh Allah SWT. Kitab-kitab ini adalah syariat-Nya
sebelum ia diseleweng dan diubah oleh tangan-tangan manusia.
8. Iman
iv) Para Rasul yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk memberi petunjuk kepada makhluk-Nya.
Mereka diberikan kitab-kitab samawiyah dan bersifat maksum (terpelihara dari dosa).
v) Hari Kiamat, iaitu hari Allah SWT membangkitkan manusia dari kubur dan memberi pengadilan
terhadap amalan baik dan buruk mereka semasa hidup di dunia.
vi) Semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan taqdir (ketentuan) Allah
SWT dan kehendak-Nya. Berdasarkan hikmah yang hanya diketahui oleh-Nya sahaja.
9. Ihsan
“…Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang Ihsan.” Lalu Baginda SAW menjawab,
“Bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jika kamu tidak
melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu.” Lelaki itu berkata, “Benarlah kamu!”..”
Ihsan ialah ikhlas dan tekun. Iaitu kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah dan disertai dengan
penuh ketekunan seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak mampu mencapai tahap tersebut,
maka ingatlah bahawa Dia melihat segala perbuatan kita, kecil atau besar.
10. Hari Kiamat
“..Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang
Hari Kiamat.” Lalu Baginda SAW menjawab,
“Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui
daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-
duanya tidak tahu bila berlakunya Hari Kiamat).”
Lelaki itu berkata lagi, “Ceritakan kepadaku
tentang tanda-tandanya.” Lalu Baginda menjawab,
“Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya.
Dan apabila kamu melihat orang yang tidak
berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala
kambing berlumba-lumba membina bangunan.”..”
-Ilmu tentang masa berlakunya Kiamat hanya diketahui oleh Allah SWT. Dia tidak memberitahu
kepada makhluk-Nya samada Malaikat mahupun para Rasul.
11. Tanda-tanda Kiamat
Antara tanda-tanda yang menunjukkan dekatnya Kiamat ialah:
i) Berlakunya kerosakan akhlak di mana ramai anak derhaka dan menyanggahi orang tua
mereka. Mereka memperlakukan keduanya seperti hamba, dan mereka sebagai tuannya.
ii) Terbalik dan bercampur baurnya urusan, sehingga sehina-hina manusia menjadi Raja
dan Pemimpin. Urusan-urusan diserahkan kepada bukan ahlinya sehingga berlakunya
penyalahgunaan kuasa dan harta. Mereka bermegah-megah dengan bangunan pencakar
langit dan merasa bongkak terhadap makhluk.
12. Pelajaran Hadis
1. Disunnahkan untuk memperhatikan keadaan pakaian, penampilan dan
kebersihan, khususnya jika menghadapi ulama, orang-orang mulia dan penguasa.
2. Siapa yang menghadiri majlis ilmu dan merasai bahwa orang–orang yang hadir
perlu untuk mengetahui suatu masalah dan tidak ada seorangpun yang bertanya,
maka patut baginya bertanya tentang hal tersebut meskipun dia mengetahuinya,
agar peserta yang hadir dapat mengambil manfaat darinya.
3. Jika seseorang yang ditanya tentang sesuatu maka tidak ada cela baginya untuk
berkata: “Saya tidak tahu“, dan hal tersebut tidak mengurangi kedudukannya.
4. Termasuk tanda hari kiamat adalah banyaknya pembangkangan terhadap kedua
orang tua. Sehingga anak-anak memperlakukan kedua orang tuanya sebagaimana
seorang tuan memperlakukan hambanya.
5. Ada perkara ghaib tidak ada yang mengetahuinya selain Allah ta’ala.
13. Pelajaran Hadis
6. Hadis ini dengan jelas datangnya jibril untuk merumuskan erti deen pada akhir zaman
Madinah, kerana kesyumulan kandungan Islam menunjukkannya dengan jelas. Jika
sekiranya hadis ini berlaku pada awal madinah, nescaya haji dan lain-lain rukun islam belum
termasuk di dalam hadis kerana ia belum di wajibkan.
7. Betapa taarufnya sahabat sesama mereka dan mereka mengenali setiap dari sahabat
yang wujud di Madinah dan di luar Madinah.
8. Keeratan antara murabbi dan mutarabbi diajar oleh jibril dalam cara duduk dan
mengadap ketika berada di depan murabbi.