1. SEMANGAT JIHAD
AL-HIBB WA IBNIL HIBB
USAMAH BIN ZAID
Rasulullah SAW pernah melantik Usamah bin Zaid sebagai panglima
tentera Islam yang diutuskan ke Syam bagi menggempur tentera Rom.
Ketika itu beliau berumur 18 tahun, memimpin pasukan tentera yang
ramai yang turut dianggotai oleh para sahabat besar termasuk Abu Bakar
dan Umar al-Khattab. Bahkan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang
empat,
Usamah terus diberikan kepercayaan dan amanah serta dihormati.
(Lihat Masyahir al-‘Arab Usamah bin Zaid al-Qa’id al-Syab, hlm. 26-38)
PENGIKTIRAFAN
STATUS & KEDUDUKAN
DI SISI RASULULLAH SAW
FAKTA MENARIK
TELADAN
Remaja & Belia.
Berusaha untuk memberi yang
terbaik untuk Islam.
Persekitaran sejak kecil
mencorak pembentukan karakter
anak-anak.
Mempamerkan akhlak yang baik.
1.
2. Ibubapa, Penjaga & Pengasuh.
KEDUDUKAN DI SISI RASULULLAH SAW : CUCU ANGKAT.
Perang Uhud - Tidak dipilih oleh Rasulullah SAW kerana
terlalu muda.
Perang Khandaq - Terlibat, ketika itu beliau berusia 15
tahun.
Perang Hunain - Terlibat, watak penting dalam
memenangkan Islam yang hampir tewas.
Perang Mu'tah - Terlibat, ketika itu beliau berusia
kira-kira 18 tahun. Dalam peperangan ini, bapa beliau
gugur syahid.
“ Pernah suatu ketika, Usamah bin Zaid tersadung pintu
sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah
SAW menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka
Usamah bin Zaid itu, tetapi Aisyah tidak mampu
melakukannya.
Dengan segera, Rasulullah SAW mendapatkan Usamah
bin Zaid lalu mengelap luka itu sehingga darahnya
berhenti. Kemudian Baginda memujuk cucu angkatnya
itu dengan kata-kata manis yang menyenangkan.
Rasulullah SAW amat menyayangi Usamah bin Zaid
sehinggalah beliau menginjak dewasa.”
Sewaktu Fathul Makkah,
beliau bersama Bilal bin
Rabah r.anhuma menemani
Rasulullah SAW di dalam
Ka'bah untuk membersihkan
kota Mekah daripada
patung-patung berhala.
BIODATA
Nama Bapa : Zaid bin Harithah RA.
Nama Ibu: Barakah binti Tsa'labah
al-Habasiyyah (Ummu Aiman).
Tempat Lahir: Mekah.
Tahun kelahiran: Tahun ketujuh
sebelum hijrah.
Gelaran : al-Hibb wa Ibnil Hibb (Orang
yang disayangi & anak seorang yang
disayangi.)
Beliau termasuk dalam
kumpulan 7 orang yang
memandikan jenazah Nabi
Muhammad SAW.
Galeri Ilmu (2018), Hayatus Sahabah 2: 20 Pemuda Wira Rasulullah
SAW, Jasa & Bakti Abadi, Terjemahan kitab Suwarun min Hayati
ash-Shahabah karangan Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha ;
diterjemah dan diolah oleh Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany.