Murid mengikuti lawatan ke Pusat Ternakan Haiwan Lenggong untuk mempelajari penjagaan rusa. Mereka diberi taklimat tentang ladang 200 hektar yang menampung kawanan rusa, lalu melawat rumah gelap untuk mengasingkan rusa bagi tujuan perubatan. Walaupun singkat, lawatan memberi banyak pengalaman tentang penjagaan haiwan khasnya rusa yang perlu dilindungi.
1. MOHD JUNAEDDY B JUSOF
D20131064204
REFLEKSI AKTIVITI LAWATAN PUSAT TERNAKAN HAIWAN LENGGONG, PERAK
Khamis / 19 November 2015
Pada hari Khamis bersamaan 19 November 2015 yang lalu, dalam subjek Pengurusan
Ternakan (VEA 3033) telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Ternakan Haiwan Lenggong,
Perak Darul Ridzuan. Pada pukul 7.00 pagi kami telah berkumpul di tempat yang telah
ditetapkan dan mula bertolak ke Lenggong pada pukul 7.30 pagi. Saya berasa amat teruja
kerana inilah kali pertama saya dapat pergi ke Pusat Ternakan Haiwan Lenggong. Perjalanan
ini mengambil masa selama 4 jam dari Tanjung Malim dengan bas. Kami tiba di pusat ternakan
tersebut pada pukul 11.30 tengah hari.
Setibanya kami disana, kami disambut mesra oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Selepas
itu, kami dijemput masuk ke dalam untuk mendengar taklimat berkenaan kawasan tersebut.
Pada pukul 12 tengah hari, kami dijemput oleh pengurus ladang untuk melawat kawasan ladang
dengan ladang dengan keluasan 200 hektar.
Semasa kami melawat lading ternakan tersebut, saya dapat melihat kawanan-kawanan rusa
sedang berehat dibawah naungan pokok-pokok yang terdapat disitu. Hal ini kerana, kami
sampai pada waktu tengah hari. Kebiasaannya, rusa hanya akan aktif atau bermain pada waktu
pagi dan petang ketika keadaan redup.
Seterusnya kami dibawa melawat ke rumah gelap. Rumah gelap ini bertujuan untuk
mengasingkan rusa bagi tujuan untuk mengambil sampel darah, suntikan atau tujuan untuk
penyembelihan. Selepas melawat rumah gelap, kami pun bergerak untuk menikmati makanan
tengah hari yang disediakan beserta solat zohor.
Setelah itu, sebelum pulang kami bersalam-salaman dengan para pegawai disitu dan
mngucapkan jutaan terima kasih kepada mereka. Tepat jam 3 petang, kami pun bertolak pulang
ke Tanjung Malim.
Walaupun lawatan ini hanya dalam tempoh yang singkat, namun banyak pengalaman yang
dapat dikutip berkenaan penjagaan haiwan terutamanya rusa. Rusa merupakan haiwan yang
unik dan menarik untuk dipelihara. Selain itu, rusa baka dari Negara kita juga merupakan
haiwan yang mempunyai populasi yang rendah. Oleh itu, pendedahan larangan pemburuan
terhadap rusa ini harus dipertingkatkan bagi melindungi khazanah negara kita ini.