SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
MASYARAKAT CINA
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan
China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada
zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka
daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan
pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing
dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina
ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti
merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir
dengan Asia Tenggara.
Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang
menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh
dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk
memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli
keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga
secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.
Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha.
Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada
masyarakat Cina.
Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the
preservation of the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat
daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh
kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk
mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini
perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.
Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada
yang wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”.
Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas
mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha,
kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang
salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan
keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh
Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan
sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai
kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia
akan terus lahir, mati dan lahir semula.
Lawatan dan Kunjungan
Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di
sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.
Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh.
Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan
oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah
keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh
sebab – sebab yang sangat penting.
Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya
di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah
tidak dibernarkan sama sekali.
Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda –
benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas
bersalin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata
pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara
dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu
dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila
anak itu berumur satu tahun.
Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun
keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi
seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk
mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung
zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki
akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang
bapa kemudiannya.
Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila
kanak – kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi
dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.
Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi
keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih
mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun
kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih
dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan
tarikh untuk perkahwinan juga penting.
Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa
sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :
 Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai
suami isteri yang sah dari segi undang – undang.
 Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana
pengantin baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk
minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
 Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan
akan dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk
dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman
perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan
mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan
seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah
memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah
dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna
– warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah
mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut
perkataan – perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila
bertutur dengan kedua pengantin itu.
Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana
itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna
merah.
Kematian
Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu
pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna
muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.
Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin
putih “ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si
mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau
menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau
sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian
kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah
atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu
warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau.
Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.

More Related Content

What's hot (8)

Hukum menyambut valentine day
Hukum menyambut valentine dayHukum menyambut valentine day
Hukum menyambut valentine day
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu
 
Adeliya
AdeliyaAdeliya
Adeliya
 
Kajian tentang perayaan tahun baru cina
Kajian tentang perayaan tahun baru cinaKajian tentang perayaan tahun baru cina
Kajian tentang perayaan tahun baru cina
 
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang  larang masyarakat cinaAdat resam dan pantang  larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
 
Tugas uas antropologi new
Tugas uas antropologi newTugas uas antropologi new
Tugas uas antropologi new
 

Similar to Masyarakat cina

(Sadn1013 h) kump 24
(Sadn1013 h) kump 24(Sadn1013 h) kump 24
(Sadn1013 h) kump 24
sadn1013
 
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum MalaysiaMasyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Myong Dae Lee
 
masyarakat pluraliti di alam melayu
 masyarakat pluraliti di alam melayu masyarakat pluraliti di alam melayu
masyarakat pluraliti di alam melayu
Nor Rishah Bakar
 
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
inferno92
 

Similar to Masyarakat cina (16)

Etnik chinesse
Etnik chinesseEtnik chinesse
Etnik chinesse
 
(Sadn1013 h) kump 24
(Sadn1013 h) kump 24(Sadn1013 h) kump 24
(Sadn1013 h) kump 24
 
Agama dan kebudayaan tamadun cina
Agama dan kebudayaan tamadun cinaAgama dan kebudayaan tamadun cina
Agama dan kebudayaan tamadun cina
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum MalaysiaMasyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
 
Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2
 
Kondisi Umat Hindu
Kondisi Umat HinduKondisi Umat Hindu
Kondisi Umat Hindu
 
Antropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptxAntropologi dan Budaya.pptx
Antropologi dan Budaya.pptx
 
kepercayaan nenek moyng tionghua
kepercayaan nenek moyng tionghuakepercayaan nenek moyng tionghua
kepercayaan nenek moyng tionghua
 
Fitnah valentine's day
Fitnah valentine's dayFitnah valentine's day
Fitnah valentine's day
 
Agama di malaysia
Agama di malaysiaAgama di malaysia
Agama di malaysia
 
Assigment etnik
Assigment etnikAssigment etnik
Assigment etnik
 
masyarakat pluraliti di alam melayu
 masyarakat pluraliti di alam melayu masyarakat pluraliti di alam melayu
masyarakat pluraliti di alam melayu
 
Wawancara iv
Wawancara ivWawancara iv
Wawancara iv
 
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
 
Menghubung kait intergrasi budaya dalam perayaan
Menghubung kait intergrasi budaya dalam perayaanMenghubung kait intergrasi budaya dalam perayaan
Menghubung kait intergrasi budaya dalam perayaan
 

Recently uploaded

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 

Recently uploaded (20)

Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 

Masyarakat cina

  • 1. MASYARAKAT CINA Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara. Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka. Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina. Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the preservation of the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah. Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”. Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati. Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula. Lawatan dan Kunjungan
  • 2. Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting. Kelahiran Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun. Perkahwinan Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya. Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak – kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin. Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih
  • 3. dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting. Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :  Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang – undang.  Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.  Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput. Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina. Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu. Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah. Kematian Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati.
  • 4. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.