104367785 adat-resam-dan-kepercayaan

19,680 views

Published on

Published in: Education
3 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Setiap kaum atau bangsa yang ada didalam dunia ini mempunyai adat dan tradisi atau istiadat perkahwinan yang berbeza diantara satu sama lain. Di Malaysia terdapat tiga kaum yang utama dan beberapa komuniti lain. Setiap kaum mempunyai pelbagai kebudayaan dan corak hidup yang berbeza-beza.Hal ini amat jelas kerana pada masa kini kita semua dapat lihat perkara ini dengan nyata sekali. Kita tidak perlu lihat ke tempat yang lebih jauh kerana didalam negara kita sendiri terdapat pelbagai jenis bangsa yang masing-masingmempunyai adat istiadat perkahwinan yang berbeza.Sebagai contoh, kaum Cina mempunyai adat istiadat perkahwinannya yang tersendiri. Begitu juga dengan kaum Melayu,India dan sebagainya yang terdapat di negara kita.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa penduduk di negara kita adalah terdiri oleh pelbagai kaum, bangsa, etnik yang mana telah mewujudkan satu masyarakat majmuk di negara kita yang tercinta ini.
    Itulah dia keunikan dan keistimewaan yang terdapat di negara kita dan antara sedar atau tidak, kitalah warganya yang sebenarnya melakari dan mewarnai negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan keunikan masyarakatnya yang berbilang bangsa.
    Bila kita sebut, berbilang kaum dan bangsa, ia tidak dapat lari dari satu hakikat bahawa kita juga dikelilingi dan diapungi dengan kepelbagaian kepercayaan, adat resam, budaya dan agama yang berbeza. Dan yang pastinya, jika kita pelajari, fahami dan selami tiga elemenpenting setiap masyarakat dan kaum yang ada di Malaysia, kita akan dapati walaupun setiap antara satunya adalah berbeza, namun terdapat kesinambungan dan menjadikan masyarakat kita lebih istimewa di mata dunia.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
19,680
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
51
Actions
Shares
0
Downloads
691
Comments
3
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

104367785 adat-resam-dan-kepercayaan

  1. 1. ADAT RESAM KAUM DI MALAYSIA Oleh : Azarina bt Arsat
  2. 2. Pengenalan Perkahwinan Perayaan KelahiranSebab perlu dikekalkan
  3. 3. ADAT cara hidup/tingkah laku/kepercayaan  Aturan dan  Bersifat maya – tidak dapat dilihat. • Timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan.  Apabila dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya – akan menjadi satu budaya.  Adat resam ialah adat yang diwarisi secara turun- temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum.  Adalah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah.
  4. 4. KEPERCAYAAN  Satu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat  Bersifat tidak tetap- boleh diubah.  Wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden.
  5. 5. PERKAHWINAN MELAYU CINA INDIA KADAZANDUSUN
  6. 6. Melayu1) Merisik Juga dipanggil meninjau atau menengok. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Tujuan:- a) untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. b) untuk pastikan si gadis belum berpunya Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. diberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.
  7. 7. 2) Pertunangan Hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Juga dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Jika putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.
  8. 8. 3) PernikahanAkad nikah Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.Berinai besar Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.
  9. 9. HARI PERSANDINGAN Jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.JEMPUT MENANTU Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan
  10. 10. merisik bertunang akad nikahmas kahwin bersanding hantaran
  11. 11. CINA1) Merisik untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik - lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain- dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.
  12. 12. 2) Pertunangan Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina - bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan. Khidmat tukang tilik - penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su - penting takut akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin. Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Membuktikan gadis bersetuju - menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
  13. 13.  Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Hantaran: sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Jika tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
  14. 14. 3) Pernikahan Hari perkahwinan pengantin dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Baju - bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
  15. 15.  Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing- masing. Untuk memohon restu. Upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
  16. 16. perkahwinan pengantin Mohon restu Pemberian teh angpau
  17. 17. INDIA1) Merisik• Diberi perhatian : faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama.• Juga : status ekonomi dan sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga.• Maklumat diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara.• Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik.
  18. 18. 2) Parisam• adalah suatu adat seumpama pertunangan.• Adat memberi hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan udan parisam.• Diadakan setelah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki.• Ketibaan rombungan disambut bunyian alat-alat muzik tradisional. Selepas upacara sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan membawa parisam (sari) kepada anaknya.• Setelah memakai sari tersebut, bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara mara akan mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama kad jemputan akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.
  19. 19. Kad jemputan• memainkan peranan yang penting. Ia akan dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan dipasti tidak berlaku sebarang kesilapan.• Kad yang telah siap - menjalani beberapa upacara keagamaan seperti disapukan dengan cecair kunyit dan dibawa ke kuil, kemudian barulah dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan kepadanya.
  20. 20. 3) Pernikahan• Thaali atau Tjrumaanggalyam - kalungan berupa rantai leher yang dikalungkan ke leher kedua-dua pengantin semasa upacara perkahwinan lambang suci sesuatu perkahwinan itu.•  mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin).• Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk.• Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama.• Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.
  21. 21. Adat perkahwinan kaum India
  22. 22. KADAZANDUSUN1) Merisik Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan : pihak lelaki melantik seorang tua( bukan keluarga terdekat ) . Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Risikan berlaku berulang kali untuk mengetahui susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.
  23. 23. 2) Meminang Cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Juga digelar cincin menanti mimpi. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Ibu bapa terima cincin- bersihkan diri-tidak mabuk. Cincin diletakkkan bawah bantal ibu bapa. Akan mendapat mimpi. Esoknya akan berbincang tentang mimpi dengan keluarga terdekat- putuskan firasat mimpi. Peminangan akan diterima jika mendapat mimpi yang baik.
  24. 24. 3) Pertunangancincin menanti mimpi’ akan dipulangkan tanda dan menyatakan keputusan.Akan menentukan syarat hantaran, tarikh perkahwinan, kadar atau lamanya pesta perkahwinan.Tidak boleh ingkari pertunangan- jika ingkar perlu bayar seluruh atau separuh hantaran yang telah dipersetujui akan dibuat dihadapan pengadilan adat.
  25. 25. 3) Pernikahan• Barang hantaran – makanan (babi atau kerbau) , alat istiadat (tinokol) dan barang perteguhkan semangat/bekas pinang daripada tembaga atau perak (tastor) – dibawa pengantin pada hari perkahwinan.• Linang (arak tapai) mesti dibawa pada hari perkahwinan- akan diminum beramai-ramai.• Pasangan pengantin hanya boleh disatukan setelah upacara khas dibuat-makan didalam pinggan dan mangkuk yang sama.• Upacara paling penting ialah miohon pinisi (upacara tukar gumpalan nasi) – pengantin duduk ditengah bulatan gadis sambil makan gumpalan nasi.
  26. 26. miohon pinisi Pasangan pengantin Upacara minum arak tapai
  27. 27. Perayaan MELAYU CINA INDIA KADAZANDUSUN
  28. 28. MELAYU Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.
  29. 29. berpuasa tarawih Zakat fitrahsembahyang mengunjungi menziarahi bermaafan
  30. 30. CINA Percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri. Pada malam Tahun Baru ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama. Tujuannya untuk mengeratkan jalinan hubungan . Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi angpau kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. Angpau = kesejahteraan yang berpanjangan. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina. Tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
  31. 31. Makan besar Pemberian ang pau kalendar Limau angpau Tarian singa
  32. 32. INDIA Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’ - percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. - Juga percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu Di pagi hari, akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.- simbol membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. - akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga
  33. 33.  Selepas bersembahyang, berkunjung ke rumah kaum keluarga. Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah. - tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan.
  34. 34. pelita rangoli sembahyangjuadah Thaipusam – pembersihan dosa
  35. 35. Kadazandusun Pesta Kaamatan /Tadau Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Akan menyapa sesama mereka dengan ucapan Kopivosian Tadau Kaamatan atau Selamat Hari Menuai. Arak tapai akan diminum beramai-ramai sebagai meraikan pesta.
  36. 36. Semangat padi Minum tapaiTarian Sumazau Pakaian tradisi
  37. 37. KELAHIRAN MELAYU CINA INDIA KADAZANDUSUN
  38. 38. YU1. Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung) -Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.2. Azan/Qamat -merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia.3. Adat membelah mulut -menjadi (tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan4.Cukur Rambut/ Potong Jambul -dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut
  39. 39. 5. Naik Buai  - bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan6. JejakTanah/TurunTanah - Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan sebagai lambang meneruskan kehidupannya7. Berpantang - Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.8. Bersunat / Berkhatan - Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin
  40. 40. MELAYUAzan/iqamat Belah mulut Cukur jambulNaik buai Pijak tanah Berkhatan
  41. 41. CINA1. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung.2. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya.3. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah.4. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran).
  42. 42. INDIA1. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi.2. Pantang larang , Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama.3. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara tersebut.4. Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya.5. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka.
  43. 43. USUN1. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.2. Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.3. Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan.4. Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.
  44. 44. KEMATIAN MELAYU CINA INDIA KADAZAN
  45. 45. MELAYU Tidak boleh masak dan diadakan jamuan. Kucing hitam dilarang melangkah mayat. Semasa seseorang meninggal dunia Tok Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Selepas kematian pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih ). Kenduri 40 hari sebagai tanda roh berpisah dari waris. Kenduri 100hari sebagai kenduri turun batu nisan dan roh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.
  46. 46. CINA Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.
  47. 47. INDIA gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik. barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruangtamu. ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.(Vaaikkarisi)
  48. 48. KADAZAND USUN ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yang bertujuan memberitahu ada kematian - disertai turun dari rumah atau "menuhon“ . bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui benda- benda yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula. Semasa si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas letak si mati. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk "megoit- megoit" atau membawa dan mengambil barang-barang milik si mati
  49. 49. SEBAB PERLUDIKEKALKAN….
  50. 50. 1. Sebagai teras identiti bangsa dan keperibadian Negara.2. Sebagai perlambangan identiti sesuatu kaum.3. Menghargai adat yang di tinggalkan oleh nenek moyang4. Mempunyai nilai-nilai murni tersendiri5. Mengekalkan adat resam dari satu generasi ke satu generasi6. Tarikan kepada pelancong
  51. 51. RUJUKAN www.zanas.wordpress.com/...dan.../adat-dalam-masyara www.jkkn.gov.my/.../index.php?...india...66%3Aadat-resam www.cikguyatieishere.blogspot.com/.../sej-9402-bhg-tri http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php? option=com_content&view=category&layout=blog&id=66&Ite mid=105&lang=bm http://myvoiceeheart.blogspot.com/2010/06/adat-resam-suku- kaum-kadazan.html http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan- kaum-kadazan-dusun.html http://www.scribd.com/doc/17486353/Adat-Resam- Masyarakat-Majmuk-di-Malaysia http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara- malaysia-yang-berdaulat/adat-dalam-masyarakat-malaysia- dan-kepentinganya/

×