1. ISLAM DAN PEMBANGUNAN (IDA152)
KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
(PROF.MADYA DR. SUWAID BIN TAPAH)
JEINORVAY VITALIS 2010784341 ______________________
KEVIN GEORGE 2010737353 ______________________
JUDITH LEKU LISA 2010924329 ______________________
@ DONNEY
MEKLONIA PHILIP 2010996079 ______________________
1
2. ISI KANDUNGAN
Perlembagaan Malaysia--------------------------------------- 3
Islam menjadi identiti dan budaya Melayu------------- 5
Perkembagan Pendidikan Islam---------------------------- 6
Islam menjadi unsur penting dalam Pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan------------------------------------ 9
2
3. Perlembagaan Malaysia
Kedudukan Islam di Malaysia dapat dilihat dalam sudut Perlembagaan
Malaysia iaitu:
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat
yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada
Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati
olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-
apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja
telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh
Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam
membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong
kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam
Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang
membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi
menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
3
4. Agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Agama Islam sudah ditetapkan sebagai agama rasmi Persekutuan seperti
yang tertulis dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia.
Agama Islam dan Negeri-Negeri
Yang di-Pertuan Agong akan menjadi Ketua agama Islam dalam Negara. Tiap-tiap
Negeri mempunyai Raja yang menjadi ketua agama Islam mengikut cara dan setakat
yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu. (Perkara 3 fasal 2)
Agama Islam dan Kebebasan beragama
Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau
masyarakat, untuk mengamalkan agama atau kepercayaan dalam ruang peribadi atau
umum. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak
mengikut mana-mana agama.
Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan, “Tiap-
tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga
memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan
orang yang menganuti agama Islam.” Perkara 3 dalam Perlembagaan menyatakan
bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen boleh melalui undang-
undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.”
Perkara 160 dalam Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang
menganuti agama Islam.
4
5. ISLAM MENJADI IDENTITI DAN BUDAYA MELAYU
Islam Menjadi Identiti
Dalam perkara 3(1) dalam perlembagaan persekutuan, Islam dinyatakan sebagai
agama rasmi persekutuan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama-agama yang lain
juga bebas di amalkan. Islam menjadi identiti kepada Negara dapat kita lihat dalam
Jalur Gemilang dan juga Jata Malaysia di mana bintang dan bulan melambangkan
Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Selain itu, Islam juga menjadi identiti dalam
tamadun melayu. Sebelum kedatangan agama Islam, tamadun melayu masih lagi
mengamalkan amalan aninisme iaitu kepercayaan kepada semangat alam. Tetapi
setelah datangnya ajaran Islam dalam tamadun melayu, masyarakat melayu telah
meninggalkan amalan aninisme tersebut. Zaman kegemilangan tamadun melayu ini
telah diangkat melalui sebaran atau datangnya agama Islam melalui perdagangan oleh
para pedagang dari tanah Arab, China, dan India.
Islam Dalam Budaya Melayu
Melayu bermaksud penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa melayu,
beragama Islam, dan menjalani adat istiadat melayu. Dalam budaya melayu, Islam
menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun melayu. Nilai-nilai murni yang
terdapat dalam Islam juga terdapat dalam budaya melayu. Sebagai contohnya nilai
kesabaran, nilai budi, nilai rendah diri dan lain-lain. Selain itu, Islam juga terdapat dalam
adat-istiadat orang melayu. Ia telah menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan
dalam pembentukan kehidupan masyarakat melayu. Islam dan adat melayu merupakan
struktur yang saling memperlengkapi dan berinteraksi ke dalam wadah kemelayuan.
Dari aspek ini, kita dapat melihat bahawa orang melayu sebagai bangsa yang beradab
dan berdaulat serta mempunyai nilai tamadun yang tinggidalam kehidupan. Sebagai
contohnya, perlantikan sultan sebagai ketua agama Islam bagi negara Malaysia.
5
6. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu.
Pendidikan yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh
mubaligh-mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid, surau dan
rumah-rumah tok guru adalah menjadi tempat di mana ilmu agama ini diajar.
Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan
sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah dan
Hadith. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). sistem pendidikan agama di Malaysia
terbahagi kepada 4 tahap iaitu, Sistem belajar di rumah guru,Sistem Pondok,
sistem Madrasah, dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kehadiran Islam telah merubah
sistem kehidupan masyarakat masa itu dari Hindu kepada Islam. Oleh sebab itu, Islam
diterima sebagai membawa perubahan sosiologi kanak-kanak Islam dalam keluarga
Melayu. Hikayat Abdullah Munshi pernah menulis, sesudah boleh membaca dan
menulis barulah disuruh mengaji Ilmu Tauhid dan Fiqh. Pendidikan pada awalnya ialah
dengan pelajar datang ke rumah guru. Apabila bilangan pelajar makin bertambah,
timbullah idea baru dengan membina surau berdekatan rumah guru. Ianya dipelopor
oleh ulama yang mendapat pendidikan di Patani. Bilangan pelajar yang ramai dan
datang dari beberapa tempat menyebabkan pondok-pondok kecil pula dibina
berdekatan dengan rumah guru. Ini bagi memudahkan pengajaran bagi pelajar-pelajar
yang datang dari luar daerah. Apabila pendidikan sistem madrasah ini semakin
berkembang, tumpuannya lebih daripada sekadar kepada ibadah dan tauhid tetapi juga
bahasa Arab, Hisab, Geografi dan lain-lain. Jadi, sistem madrasah pula dibentuk. Pada
awalnya, madrasah ini adalah yang dibiayai oleh penduduk setempat. Madrasah telah
lumpuh apabila Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) diperkenalkan. DPK
diperkenalkan melalui Penyata Pelajaran Razak 1956 dan Penyata Pelajaran Abdul
Rahman Talib 1960. Ibu-bapa banyak menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan
memandangkan peluang untuk mengikuti pendidikan yang lebih tinggi adalah lebih luas.
DPK dibahagikan kepada:
6
7. 1. Sekolah agama dan madrasah rakyat yang didirikan oleh rakyat dan ditadbir sendiri.
2. Sekolah agama oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri.
3. Sekolah agama oleh Majlis Agama.
4. Sekolah Agama dibawah Kementerian Pendidikan (SMKA)
Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan sistem persekolahan
di Malaysia dipisahkan mengikut 3 kelompok utama iaitu, Sekolah Harian (Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan), Sekolah Teknik dan Vokasional dan Sekolah
Kebangsaan Agama. Sistem ini melahirkan empat kelompok besar yang lain iaitu dari
jurusan sains, agama, sastera dan teknik. Calon SPM, mengambil sekurang-kurangnya
lapan matapelajaran dan tidak melebihi sepuluh. Enam matapelajaran teras
termasuklah Pendidikan Islam dan empat matapelajaran elektif. Bagi mendapat pangkat
1, calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat kepujian bagi enam matapelajaran
termasuk Bahasa Melayu dan dua subjek elektif. .Namun begitu, matapelajaran
Pendidikan Islam bukanlah menjadi matapelajaran yang banyak membantu dalam
kriteria pemilihan untuk ke IPT jika pelajar ingin mengikuti jurusan sains dan teknologi.
Ini berikutan pandangan Presiden ABIM, Prof. Madya Dr Muhammad Nur Manuty
(Berita Harian, 23 Jun 1997) bahawa pelajar agama tidak dibenarkan mengambil
jurusan sains dan sains sosial memandangkan mereka tidak mempunyai komponen
mata pelajaran Sains yang melayakkan mereka ke IPT. Beliau juga menyatakan
bahawa, polisi baru yang menetapkan 60% kemasukkan pelajar dalam bidang sains ke
IPT boleh menyebabkan pelajar aliran agama akan tercicir sungguhpun mendapat
keputusan yang baik.
Didalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam, satu resolusi mendesak
supaya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mengadakan garis panduan untuk
mewujudkan pula guru pakar dalam bidang pendidikan Islam. Ini bagi memperbaiki
kelemahan dan kekurangan dalam meningkatkan kualiti guru pendidikan Islam. Juga,
7
8. dicadangkan supaya maktab perguruan dan Jabatan Pendidikan IPT menubuhkan
Jabatan Perkaedahan Pendidikan Islam dalam melahirkan dan melatih guru. (Berita
Harian, Mei 19. 1997). Menurut Perangkaan Pendidikan 1995, bilangan guru di sekolah
agama seperti berikut:
Jenis Sekolah Guru Guru Tidak
Terlatih Terlatih
SM (A) Negeri 1530 1592
SM (A) Rakyat 231 2456
SM (Arab) 21 18
Negeri
SM (Arab) 60 403
Rakyat
Perangkaan tersebut menunjukkan jumlah yang tinggi dikalangan guru tidak terlatih. Ini
seharusnya diambil perhatian memandangkan guru adalah merupakan nadi kepada
pendidikan. Dalam satu kajian "Pengajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah rendah
di Semenanjung Malaysia" (1989), didapati guru-guru pendidikan Agama Islam lemah
dalam kemahiran menulis dan bertutur dalam bahasa Arab. 50% sahaja guru yang
menyediakan sendiri alat bantuan mengajar, mengadakan latihan amali dalam aspek
ibadah dan pemulihan. Lebih dari 90% guru-guru jarang melatih murid-murid merujuk
buku-buku agama di perpustakaan atau sumber-sumber lain. (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1997). Perkara ini seharusnya dipandang serius kerana kualiti pengajaran
akan menjadi persoalan yang perlu dijawab.
8
9. ISLAM MENJADI UNSUR PENTING DALAM PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu
proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu
kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang
bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi
akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan
hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala
penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat
atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk
membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang
lain.
Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan kerana
berdasarkan fakta sejarah dan nilai islam yamg didukung oleh sebahagian besar rakyat
di Negara ini.Sebagai contoh,masyarakat pada zaman Jahiliah sangat tidak
bermoral.Dimana ada diantara mereka yang membunuh bayi
perempuan,berzina,meminum arak,mencuri dan sebagainya.Tetapi sewaktu
kedatangan islam,islam telah mengubah cara hidup masyarakat Jahiliah.Islam menjadi
unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan juga kerana islam unsur
penting berasaskan kedudukannya diiktiraf sebagai agama rasmi sebagaimana
termaktub dalam perlembagaan.Selain itu,nilai serta ajarannya meliputi keperluan
rohani dan jasmani manusia sejagat dan tidak terhad kepada soal ibadah semata-mata.
Walaupun identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-
agama lain bebas untuk dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak
akan menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama utama di Malaysia.
9