SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
POLITIK DALAM ISLAM
ADMIN PMW P 08 OGOS 2019 J UMLAH PAPARAN: 9186 1
Mukadimah
Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan
salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda
SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW
hingga ke hari akhirat.
Mutakhir ini kita melihat umat Islam semakin berminat mengambil berat
berkenaan isu-isu politik. Pada asasnya, keperluan dalam mengetahui dan
memahami politik semasa adalah satu tanggungjawab yang sewajarnya
diambil berat bagi mereka yang mengaku sayang akan tanah tumpah
darahnya. Pada hari ini kita amat memerlukan sebuah kefahaman yang
sebenarnya bersumberkan kepada rujukan al-Quran dan al-Sunnah
berkenaan dengan politik dalam Islam.
Hasil gambaran dan lakonan mereka yang berpolitik dengan cara yang
tidak beretika dan tidak menurut lunas-lunas syarak menyebabkan
sebahagian pemikir-pemikir Islam menganggap politik amat kotor dan hina
seperti kata Badiuzzaman Said al-Nursi[1]: “Aku berlindung daripada
syaitan dan siyasah.”
Walaupun begitu, Syeikh al-Islam yang terakhir bagi khalifah
Uthmaniyyah, Syeikh Mustafa Sabri[2] menganggap wajib dan perlu bagi
umat Islam memahami politik dan menempatkan diri di persadanya jika
berkelayakan dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Ini kerana ia
termasuk dalam urusan menegakkan syariat dan Daulah
Islamiyyah sebagaimana Baginda SAW mengasaskan Negara Islam
Madinah.
Justeru itu, bertitik tolak dari itu, suka untuk kami memberi pencerahan
serta penjelasan berkaitan politik berdasarkan kepada ajaran agama Islam
yang kami tajukkan artikel ini dengan tajuk “Politik di dalam
Islam.” Semoga penjelasan ini membuka minda kita serta memberi
kefahaman secara menyeluruh perihal politik mengikut landasan syariat
Islam yang sebenar. Amin.
Definisi Politik
Politik dalam Kamus Dewan ditakrifkan kepada beberapa takrif:
Pertama: Ia merupakan ilmu, ilmu (pengetahuan) berkenaan cara
pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siyasah dan
ilmu kenegaraan.
Kedua: Segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau
hubungannya dengan negara lain.
Ketiga: Kelicikan, muslihat, tipu muslihat. Berpolitik pula ditakrifkan
sebagai mengambil bahagian dalam politik, menjalankan (mengamalkan)
politik.
Mempolitikkan pula ditakrifkan sebagai memasukkan ke dalam urusan
politik, menjadikan sebagai urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan
ada kaitannya dengan politik. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm.
1223)
Perkataan politik berasal daripada kata akar polis dari Bahasa Greek,
yang bererti negara, kota, dan kemajuan. Istilah politik dipopularkan oleh
Plato dalam bukunya Politea dan Aristotle dalam bukunya Politicia. Politik
merupakan istilah yang digunakan untuk membincangkan konsep
pengaturan masyarakat.
Dalam bahasa arab, politik juga dikenali sebagai siasah daripada
perkataan (‫ة‬َ‫س‬‫ا‬َ‫ي‬ ِ‫س‬ ُ‫س‬ ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ي‬ َ‫اس‬َ‫س‬) yang memberi maksud cara mengurus tadbir
dan memerintah, mengurus atau mengatur perkara mengikut syariat Islam.
Antara perkataan yang hampir seerti dengannya ialah:
 Al-Khilafah (‫)الخالفة‬
 Al-Imamah (‫)اإلمامة‬
 Al-Siyadah (‫)السيادة‬
 Al-Riyasah (‫)الرياسة‬
 Al-Qiyadah (‫[)القيادة‬3]
Berdasarkan disiplin ilmu-ilmu Islam, perbahasan politik dibincangkan di
bawah bidang fiqh dan bukan di bawah perbahasan aqidah. Justeru,
politik Islam sering dikenali sebagai al-Siyasah al-Syar’iyyah, Fiqh al-
Siyasah al-Syar’iyyah, al-Ahkam al-Sultaniyyah, dan lain-lain lagi.
Keperluan Kepada Kepimpinan
Kami memulakan artikel ini juga dengan sabda Nabi SAW:
َ‫ل‬‫ي‬ِ‫ئ‬‫ا‬ َ‫ر‬ْ‫س‬ِ‫إ‬ ‫و‬ُ‫ن‬َ‫ب‬ ْ‫َت‬‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬
ِ‫ب‬َ‫ن‬ ُ‫ه‬َ‫ف‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ٌّ‫ي‬ِ‫ب‬َ‫ن‬ َ‫ك‬َ‫ل‬َ‫ه‬ ‫ا‬َ‫م‬َّ‫ل‬ُ‫ك‬ ُ‫ء‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫ب‬ْ‫ن‬َ‫أل‬‫ا‬ ُ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫س‬‫و‬ُ‫س‬َ‫ت‬
َ
َ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ,‫ي‬
‫ر‬ُ‫ث‬ْ‫ك‬َ‫ت‬ ُ‫ء‬‫ا‬َ‫ف‬َ‫ل‬ُ‫خ‬ ُ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ت‬َ‫س‬ َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫ي‬ِ‫ب‬َ‫ن‬
Maksudnya: “Adalah bagi Bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh
para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain
datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada ramai
para khilafah.”
Riwayat Bukhari (3455) dan Muslim (1842)
Imam Nawawi menyebut dalam syarahnya terhadap Sahih Muslim antara
lain berkata: “Bani Israil yang dipimpin oleh para nabi apabila wafatnya
seorang nabi, akan diganti dengan nabi yang lain, yang menguruskan
urusan mereka, bagi segala maslahah untuk mereka”. (Lihat Syarh al-
Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 12/231)
Jawatan pemerintah tertinggi sangat penting untuk merealisasikan
kewujudan sebenar umat Islam. Oleh itu, pemerintah mesti diwujudkan
dan dilantik untuk memimpin umat Islam kerana sebab-sebab berikut:
 Antara tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah
kepada hamba-hamba-Nya yang muslim adalah supaya mereka
bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah SWT dan tidak
berpecah atau bertelagah sesama sendiri. Kedudukan pemerintah di
kalangan semua individu umat pula adalah umpama paksi pada
sesuatu bulatan. Dialah yang akan merealisasikan perpaduan dan
menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinannya. Jawatan tersebut
amat perlu demi kestabilan undang-undang dan keharmoniaan
keadaan. Ia turut dirasai oleh spesis haiwan dan ternakan.
 Sebahagian besar pelaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam
tertakluk kepada kuasa pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin
dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah,
seperti menghakimi kes-kes mahkamah, melantik para penjaga,
mengisytiharkan halangan (al-hajr) dan perang, memeterai
perdamaian dan sebagainya. Oleh itu, bagi membolehkan hukum-
hakam syarak dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul
dan diterima oleh Allah SWT, mestilah ada pemerintah yang akan
melaksanakan hukum-hakam itu dan memantau perlaksanaannya.
 Dalam syariat Islam, terdapat satu kategori hukum yang disebut
sebagai hukum-hakam imamah (pemerintahan) atau hukum-
hakam siyasah syar'iyyah (politik Islam). Hukum-hakam dalam
kategori ini bersifat fleksibel dan syara’ tidak memutuskannya
secara terperinci. Sebaliknya hukum hakam dalam kategori ini
diserahkan kepada pendapat dan ijtihad pemerintah berdasarkan
kepentingan dan keadaan umat Islam. Contohnya, sebahagian besar
hukum hakam berkaitan sistem pengurusan kewangan, gerakan
ketenteraan dan pengurusan tawanan. Jika tiada pemerintah yang
berkemampuan dan berwibawa untuk menduduki jawatan ini, sudah
tentu segala hukum-hakam ini akan terus tergantung tanpa dapat
dilaksanakan.
 Umat Islam sentiasa terdedah kepada kemunculan kumpulan
pelampau di kalangan mereka yang menimbulkan ketidakstabilan
dalam masyarakat Islam. Mereka didorong oleh hawa nafsu atau
fahaman-fahaman sesat yang berselindung di sebalik nama agama
atau pemulihan masyarakat.
Dalil Kewajipan Melantik Pemimpin
Sabda Baginda Nabi SAW:
ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫د‬َ‫ح‬َ‫أ‬ ‫وا‬ ُ‫ر‬َّ‫م‬َ‫أ‬ َّ
َِ‫إ‬ ِ
‫ض‬ ْ‫ر‬َ ْ
‫األ‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ٍ‫ة‬ َ
‫ال‬َ‫ف‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ٍ‫ة‬َ‫ث‬ َ
‫ال‬َ‫ث‬ِ‫ل‬ ,‫ل‬ ِ‫ح‬َ‫ي‬ ََ
Maksudnya: “Tidak harus bagi tiga orang yang berada di tengah-tengah
bumi yang lapang (bermusafir), melainkan mereka mesti melantik salah
seorang mereka sebagai pemimpin.”
Riwayat Ahmad (2/177) dan Abu Daud (2608, 2609)
Ibn Taimiyah berkata: “Kalaulah diwajibkan memilih salah seorang
sebagai pemimpin dalam jemaah yang paling sedikit (tiga orang) dan
dalam kumpulan yang paling kecil, maka ini adalah peringatan tentang
kewajipan tersebut bagi kumpulan yang lebih ramai.” (Lihat Kitab al-
Hisbah, hlm. 11)
Telah ijmak para ulama tentang kewajipan melantik imam (pemimpin)
sepertimana kata Imam al-Nawawi rahimahullah: “Telah ijmak para ulama
bahawa wajib atas orang Islam melantik khalifah.” (Lihat al-Minhaj
Syarah Sahih Muslim, 12/205)
Ibn Khaldun berkata: “Melantik pemimpin adalah wajib dan kewajipan
tersebut dapat diketahui dalam syarak dengan ijmak para sahabat dan
tabiin kerana para sahabat Rasulullah SAW ketika wafatnya Baginda,
mereka bersegera memberi taat setia kepada Abu Bakar RA dan
menyerahkan kepadanya urusan mereka. Demikianlah pada setiap zaman
dan perkara ini telah tetap sebagai ijmak yang menunjukkan kewajipan
melantik pemimpin.” (Lihat al-Muqaddimah, hlm. 191)
Imam al-Ghazali[4] berkata:
ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ط‬ْ‫ل‬,‫س‬‫وال‬ ٌّ‫س‬ُ‫أ‬ ُ‫ن‬‫ي‬ِ‫الد‬
ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫س‬ ِ‫ار‬َ‫ح‬ َ
َ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫و‬ ٌ‫م‬‫ُو‬‫د‬ْ‫ه‬َ‫م‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ َّ‫س‬ُ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫و‬ ٌ‫س‬ ِ‫ار‬َ‫ح‬
ٌ‫ع‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫ض‬َ‫ف‬
Maksudnya: “Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai
pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa
keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi
hilang.” (Rujuk al-Iqtisad fi al-I’tiqad, hlm. 128)
Imam Mawardi[5] pula menyebut:
‫ي‬ِ‫ف‬ ِ‫ة‬ َّ‫و‬ُ‫ب‬,‫ن‬‫ال‬ ِ‫ة‬َ‫ف‬ َ
‫خال‬ِ‫ل‬ ‫ة‬َ‫ع‬‫و‬ُ‫ض‬‫و‬َ‫م‬ ُ‫ة‬َ‫م‬‫ا‬َ‫م‬‫اإل‬
‫ا‬َ‫ي‬ْ‫ن‬,‫د‬‫ال‬ ُ‫ة‬َ‫س‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫س‬ َ‫و‬ ِ‫ن‬‫ي‬ِ‫الد‬ ِ‫ة‬َ‫س‬‫ا‬ َ‫ر‬ ِ‫ح‬
‫ه‬ِ‫ب‬
Maksudnya: “Imamah atau pemimpin utama adalah menjadi pengganti
kenabian dalam mengawal agama dan bersiyasah dunia dengan
agama.” (Lihat al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 5)
Imam al-Haramain al-Juwaini[6] juga pernah berkata:
‫ي‬ِ‫الد‬ ِ‫ت‬‫مهما‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ِ‫ة‬َّ‫م‬‫ا‬َ‫ع‬‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ة‬َّ‫ص‬‫ا‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ‫ق‬َّ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ت‬َ‫ت‬ ٌ‫ة‬َ‫م‬‫وزعا‬ ٌ‫ة‬َّ‫م‬‫ا‬َ‫ت‬ ٌ‫ة‬َ‫س‬‫ريا‬ ُ‫ة‬َ‫م‬‫ا‬َ‫م‬‫اإل‬
‫ن‬
‫ا‬َ‫ي‬ْ‫ن‬,‫د‬‫ال‬ َ‫و‬
Maksudnya: “Pemimpin utama adalah pemerintah yang sempurna dan
kepimpinan berkaitan dengan khusus dan umum pada semua kepentingan
agama dan dunia.” (Lihat Ghiyath al-Umam fi al-Tayas al-Zulam, hlm.
15)
Kewajipan melantik pemimpin juga dibuktikan dengan satu kaedah Syarak
iaitu:
ٌ‫ب‬ ِ‫اج‬ َ‫و‬ َ‫و‬ُ‫ه‬َ‫ف‬ ، ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َّ
َِ‫إ‬ ْ‫ب‬ ِ‫اج‬ َ‫و‬ْ‫ل‬َ‫ا‬ ,‫م‬ِ‫ت‬َ‫ي‬ َ
َ ‫ا‬َ‫م‬
Maksudnya: “Perkara yang tidak akan sempurna suatu kewajipan
melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.”[7]
Dalam menetapkan perkara ini, Saidina Ali bin Abi Talib RA
berkata: “Manusia mesti mempunyai pemerintahan sama ada yang baik
atau jahat.” Lalu ditanya kepada beliau: “Wahai Amirul Mukminin, yang
baik telah sedia kami ketahui. Bagaimana pula dengan yang jahat
itu?” Beliau menjawab: “Dengannya dapat dijalankan hudud, dengannya
jalan-jalan juga akan aman, dengannya juga dapat berjihad menentang
musuh dan dengannya juga dapat dibahagikan harta
rampasan.” (Lihat Minhaj al-Sunnah, 1/548)
Imam Ahmad berkata: “Fitnah (berleluasa) apabila tiada pemimpin yang
mengendalikan urusan manusia.” (Lihat al-Khallah, al-Sunnah 1/81, Kata
muhaqqiq: Sanadnya Sahih)
Menolak Tohmahan Terhadap Sistem Politik Islam
Di sini dinyatakan sebahagian daripada salah faham terhadap politik
dalam Islam.
 Sistem pemerintahan tiada dalam Islam
Ada sebahagian tokoh Islam telah mengemukakan pendapat yang
songsang dan menafikan sistem politik Islam dengan pelbagai hujahan
yang amat lemah dan telah disanggah oleh sekian ramai para ulama.
Orang yang pertama menolak sistem politik Islam secara total dan cuba
membuktikan bahawa syariat Islam adalah syariat yang bersifat spiritual
semata-mata, yang datang untuk mengatur hubungan antara manusia dan
Tuhan-Nya sahaja, tiada hubungan antara hukum dan politik, tugas Nabi
Muhammad SAW tiada kaitan dengan pemerintahan serta
perlaksanaannya dan tidak melebihi batasan penyampaian (dakwah),
membawa berita gembira dan memberi amaran ialah Ali Abdul Raziq
melalui bukunya “Islam dan Dasar Pemerintahan” yang dicetak pada awal
April tahun 1925. Beliau mendapat tentangan yang hebat kerana ia
bertentangan dengan dasar-dasar Islam, sebaliknya secocok dengan
tujuan penjajahan Barat ketika itu.
Kemudian muncul pula Khalid Muhammad Khalid yang mengikut jejak Ali
Abdul Raziq dalam meolak sistem politik Islam dalam bukunya “Dari Sini
Kita Bermula”, tetapi kemudian dia menarik semula pendapatnya yang
salah itu beberapa tahun kemudian dalam bukunya Negara dalam Islam.
Walaupun begitu dikatakan Syeikh Muhammad al-Ghazali telah menolak
buku tersebut dengan penghujahan yang begitu kuat.
Ali Abdul Raziq juga telah mengisytiharkan penarikan semula
pendapatnya dalam majalah Risalah Islam dalam keluaran Mei 1951.
Kedua-dua buku ini telah dijawab oleh sebahagian besar ulama.
(Lihat Kitab al-Azhar Radd Hai’at Kibar al-Ulama ala Kitab al-Islam wa
Usul al-Hukm)
 Fahaman pemisahan politik dengan agama
Pemisahan politik dari Islam mula berlaku apabila kenyataan “biarkan
urusan politik bagi maharaja dan urusan agama bagi Allah” diperkenalkan
dalam masyarakat Kristian pada zaman kegelapan di Barat. Pemisahan ini
dinamakan sekularisme.
Dunia barat memisahkan politik dari agama Kristian ketika itu sebagai
protes terhadap penguasaan melampau pihak gereja dalam kedudukan
harian masyarakat feudal. Apabila masyarakat Islam dijajah dan diresapi
dengan pengaruh Barat serta merebaknya fahaman kebendaan, fikiran
mereka mulai diracuni oleh fahaman sekular tersebut. Islam melarang
keras umatnya berpegang kepada fahaman tersebut kerana bagi Islam,
politik adalah suatu perkara yang perlu bagi menegakkan agama sebagai
satu cara hidup yang sempurna.
Syarat dan Ciri Pemimpin Utama
Bagi individu yang menduduki jawatan pemerintah tertinggi, mereka
mestilah memiliki sifat-sifat berikut:
 Islam: Tidak sah melantik orang bukan Islam sebagai pemerintah.
Ini kerana urusan pemerintahan adalah salah satu hukum syarak
yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal umat Islam. Oleh itu,
ia tidak boleh diserahkan kepada orang yang tidak meyakini hukum-
hakam ini.
 Matang: Oleh itu, tidak sah melantik kanak-kanak, orang bodoh dan
yang seumpama dengan mereka sebagai pemerintah, walaupun
mereka dikelilingi oleh para penasihat. Nabi SAW bersabda:
ِ‫ة‬ َ‫ار‬َ‫م‬ِ‫إ‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ِ َّ
‫اَّلل‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ُ‫ذ‬ َّ‫و‬َ‫ع‬َ‫ت‬
ِ‫ن‬‫ا‬َ‫ي‬ْ‫ب‬ ِ
‫الص‬
Maksudnya: “Pohonlah perlindungan Allah daripada diperintah oleh
kanak-kanak.”
Riwayat Imam Ahmad (2/326)
 Bersifat adil: Orang yang bersifat adil ialah orang yang tidak
melakukan dosa besar seperti membunuh, berzina dan memakan
riba. Dia juga tidak berterusan melakukan dosa kecil. Oleh itu
pelantikan orang fasik adalah tidak sah. Orang fasik ialah orang
yang tidak memenuhi syarat-syarat adil.[8] Bacalah sejarah Umar
bin al-Khattab yang sanggup menghukum Muhammad bin Amru Ibn
al-‘As (Anak gabenor Mesir) ketika mana beliau berlumba kuda
dengan seorang qibti dan beliau kalah yang menyebabkan beliau
menampar muka qibti tersebut seraya mendakwa, “aku anak orang
yang mulia dan bangsawan”. Saidina Umar memanggil mereka
berdua ke Kota Madinah dan melaksanakan hukuman kepada anak
gabenor tersebut, seraya berkata: “Sejak bila kamu
memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan
mereka dalam keadaan merdeka dan bebas.” (Lihat Futuh Misr wa
al-Maghrib oleh Ibn Abd al-Hakam, hlm. 195)
 Mempunyai pengetahuan tentang hukum agama dan dalilnya.
Pemerintah mestilah mengetahui hukum-hakam syarak dan dalil-
dalilnya. Pengetahuan ini akan membolehkannya berijtihad ketika
perlu. Ini kerana dalam syariat Islam terdapat banyak kes yang
berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW dan hanya pemerintah
Islam yang dapat memutuskan hukumnya. Benarlah kata Sayidina
Umar R.A:
ُ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫ا‬ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ ‫ا‬ ْ‫و‬ُ‫ه‬َّ‫ق‬َ‫ف‬َ‫ت‬
‫ا‬ ْ‫ُو‬‫د‬‫و‬َ‫س‬
Maksudnya: “Hendaklah kamu belajar dan mendalami ilmu sebelum kamu
diangkat menjadi ketua atau pemimpin.”
Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (5/284)
dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1669)
Imam al-Bukhari menambah dengan katanya:
َ‫س‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫هللا‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ِ‫ي‬ِ‫ب‬َّ‫ن‬‫ال‬ ُ‫ب‬‫ا‬َ‫ح‬ْ‫ص‬َ‫أ‬ َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ت‬ ْ‫د‬َ‫ق‬ َ‫و‬ ، ‫ُوا‬‫د‬ َّ‫و‬َ‫س‬ُ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫و‬
‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫م‬َّ‫ل‬
ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ن‬ِ‫س‬ ِ‫ر‬َ‫ب‬ِ‫ك‬
Maksudnya: “Dan juga setelah kamu diangkat menjadi ketua dan
pemimpin. Sungguh, para Sahabat Nabi SAW tetap belajar di usia tua
mereka." (Lihat Sahih al-Bukhari, hlm. 52)
 Bijaksana dan berkefahaman menyeluruh. Sifat ini membolehkan
seseorang pemerintah mampu mentadbir dan menjaga keselamatan
negara dan rakyat daripada sebarang ancaman. Kebijaksanaan ini
hanya dapat dikesan dan dinilai oleh mereka yang berpengalaman,
ahli syura dan mereka yang pernah menjalankan tugas-tugas ini.
 Ini kerana pemimpin yang bersabar sahaja dapat menyelesaikan
masalah ummah dan layak menjadi ketua, benarlah firman Allah
SWT:
َ‫ن‬‫ُو‬‫د‬ْ‫ه‬َ‫ي‬ ‫ة‬َّ‫م‬ِ‫ئ‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ج‬ َ‫و‬
ِ‫ق‬‫و‬ُ‫ي‬ ‫َا‬‫ن‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫آ‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ َ‫و‬ ۖ ‫وا‬ ُ‫ر‬َ‫ب‬َ‫ص‬ ‫ا‬َّ‫م‬َ‫ل‬ ‫َا‬‫ن‬ ِ‫ر‬ ْ‫م‬َ‫أ‬ِ‫ب‬
َ‫ن‬‫و‬ُ‫ن‬
Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin,
yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami,
selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta
mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami.
(Surah al-Sajdah: 24)
Ibn Kathir berkata: Iaitu tatkala mereka sabar dalam melaksanakan
perintah-perintah Allah dan dalam menjauhkan larangan-larangan-Nya,
membenarkan para Rasul-Nya dan mengikuti risalah yang diberikan
kepada mereka, nescaya mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang
memberi petunjuk kepada kebenaran dengan perintah kami, mengajak
kepada kebaikan, memerintahkan yang makruf dan melarang
kemungkaran. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/430)
 Melaksanakan Syariah Islamiyah
Kami nukilkan pendapat Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya Apa Ertinya
Saya Menganut Islam yang berkata: Beramal untuk Islam adalah wajib
dari sudut hukum kerana tidak berjalannya syariat Allah di atas muka bumi
dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas
masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam dan mengembalikan
cara hidup Islam. Umat Islam juga wajib bekerja supaya manusia tunduk
mengabdikan diri kepada Allah dari sudut keyakinan, akhlak dan sistem
hidup mereka berdasarkan dalil dari al-Quran yang menyebut:
َ‫م‬‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ك‬‫و‬ُ‫م‬ ِ‫ك‬َ‫ح‬ُ‫ي‬ ٰ
‫ى‬َّ‫ت‬َ‫ح‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ
َ َ‫ك‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ َ‫و‬ َ
‫ال‬َ‫ف‬
ِ‫ج‬َ‫ي‬ َ
َ َّ‫م‬ُ‫ث‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ب‬ َ‫ر‬َ‫ج‬َ‫ش‬ ‫ا‬
‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ُوا‬‫د‬
‫ا‬‫يم‬ِ‫ل‬ْ‫س‬َ‫ت‬ ‫وا‬ُ‫م‬ِ‫ل‬َ‫س‬ُ‫ي‬ َ‫و‬ َ‫ْت‬‫ي‬َ‫ض‬َ‫ق‬ ‫ا‬َّ‫م‬ ِ‫م‬ ‫ا‬‫ج‬ َ‫ر‬َ‫ح‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬
Maksudnya: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak
beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang
mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka
sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka
menerima dengan sepenuhnya”.
(Surah al-Nisa’: 65)
Apabila menegakkan masyarakat Islam dan melaksanakan hukum-hakam
yang diturunkan oleh Allah itu hukumnya wajib, maka kerja-kerja yang
membawa kepada kewujudan masyarakat Islam dan terlaksanakanya
hukum Allah turut menjadi wajib.
Selain dari itu banyak kewajipan-kewajipan syariah yang pelaksanaan dan
amalan bergantung kepada adanya Khalifah (Imam) sedangkan
perlantikan khalifah itu sendiri sangat bergantung kepada wujudnya
kekuasaan Islam. Oleh itu seluruh undang-undang yang berhubung
dengan sistem-sistem Islam sama ada dalam bidang kemasyarakatan,
ekonomi, siasah, malahan semua undang-undang yang berhubung dengan
hukum, kanun keseksaan, damai, peperangan, jihad, genjatan senjata,
perjanjian damai, muamalah, kemasyarakatan, ekonomi, semuanya ini dan
lain-lain lagi adalah antara bidang-bidang Syariat Islam yang tidak
mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara yang teguh di atas
dasar-dasar Islam.
Sahifah Madinah Sebagai Asas Perlembagaan
Kami sengaja mengemukakan isu perlembagaan Madinah supaya ianya
difahami oleh umat Islam khususnya bagi mereka yang berkecimpung
dalam bidang politik dan kepimpinan.
Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Kota Madinah, baginda SAW telah
melakarkan sebuah piagam atau mithaq Madinah. Penggubalan ini
sebagai lambang masyarakat madani dan bertamadun. Ia merupakan
perlembagaan yang pertama dicatatkan secara lengkap dalam sejarah. Ia
dirangka oleh nabi dengan petunjuk wahyu. Ia mengandungi sepuluh bab
yang terdiri daripada 47 fasal, 23 daripada fasal tersebut adalah mengenai
orang-orang Islam dan 24 lagi mengenai orang-orang yahudi.
 Kandungan perlembagaan
Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi Negara Islam Madinah. Nabi
Muhammad SAW diakui sebagai ketua Negara yang mesti dipatuhi dan
dihormati. Tidak boleh bermusuhan diantara sesama Islam dan tidak boleh
membantu orang bukan Islam membunuh orang Islam. Orang-orang Islam
mestilah menganggap orang-orang Islam yang lain sebagai saudara
mereka. Kebebasan beragama diberi kepada orang bukan Islam. Orang
Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat resam mereka. Mereka
akan menerima layanan yang saksama tetapi mereka bertanggungjawab
keatas keselamatan Madinah. Keadilan adalah diberi kepada semua
pihak. Dalam sesetengah kes, ketua suku diberi hak untuk menyelesaikan
masalah dalam suku mereka. Tetapi beberapa kes jenayah perlu dirujuk
kepada nabi. Semua penduduk Madinah tanpa mengira agama dan bangsa
adalah bertanggungjawab mempertahankan Madinah walaupun ia diancam
oleh kaum sendiri.
 Kepentingan Perlembagaan Madinah
Perlembagaan ini menjadi bukti bahawa Islam adalah agama dan politik.
Dengan adanya perlembagaan ini dan tertubuhnya Negara Islam Madinah,
maka lengkaplah Islam sebagai Ad-Din. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
nabi bukan sahaja seorang nabi dan rasul, tetapi seorang pemimpin yang
unggul. Negara Islam yang ditegakkan oleh nabi merupakan Negara
contoh dan usaha ini kemudiannya diperkukuhkan oleh sahabat nabi
sehingga Madinah mungcul sebagai kuasa terulung di dunia.
Perlembagaan ini telah Berjaya menyatukan Madinah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan kaum. Ia telah mengatur hubungan antara mereka
supaya mereka hidup dalam keadaan hormat menghormati dan
bertanggungjawab. Oleh itu, mereka dapat hidup dalam suasana aman
dan semua gejala buruk dapat dihapuskan.
Wasiat Pemimpin Dan Nasihat Ulama Berkenaan Kepimpinan
Kita dapati terlalu banyak mereka yang mewasiatkan kepada orang
bawahan mereka untuk melaksanakan segala perintah Allah dan mentaati
kepada mereka selama mana mentaati perintah Allah. Di sini kami
mengemukakan dua bahagian:
Pertama: Wasiat Pemimpin
Antara nasihat mereka ialah:
 Arahan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda:
ْ‫ر‬َ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫م‬ ،َ‫ه‬ ِ‫ر‬َ‫ك‬ َ‫و‬ َّ‫ب‬َ‫ح‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬‫ي‬ِ‫ف‬ ،ُ‫ة‬َ‫ع‬‫ا‬َّ‫الط‬ َ‫و‬ ُ‫ع‬ْ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ ِ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ِ‫ء‬ ْ‫ر‬َ‫م‬ْ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬
َ‫ة‬َ‫ع‬‫ا‬َ‫ط‬ ََ َ‫و‬ َ‫ع‬ْ‫م‬َ‫س‬ َ‫ال‬َ‫ف‬ ٍ‫ة‬َ‫ي‬ ِ
‫ص‬ْ‫ع‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ ِ‫م‬ُ‫أ‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬َ‫ف‬ ،ٍ‫ة‬َ‫ي‬ ِ
‫ص‬ْ‫ع‬َ‫م‬ِ‫ب‬
Maksudnya: “Setiap orang Islam wajib mendengar dan mentaati dalam
perkara yang dia sukai dan perkara yang dia benci, kecuali dia diperintah
melakukan maksiat. Maka dia tidak boleh mendengar atau mentaati.”
Riwayat al-Bukhari (6725) Muslim (1839)
Imam al-Nawawi berkata: “Para ulama telah berijma’ bahawa wajib
mentaati pemerintah dalam perkara yang bukan maksiat, dan haram
mentaatinya dalam perkara maksiat.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih
Muslim, 12/224)
 Ucapan sulung Khalifah Abu Bakar RA
Antara lain apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau berkata: “Hai
manusia. Sesungguhnya aku dilantik pemimpin di kalangan kamu dan aku
bukanlah orang yang terbaik. Jika aku mentaati Allah, maka taatilah aku.
Sebaliknya jika sekiranya aku derhaka, maka tiada ketaatan bagimu.”
Sheikh Muhammad al-Ghazali berkata, ucapan ini menggambarkan betapa
tawaduknya Abu Bakar RA dan akan melemahkan golongan yang angkuh
dan sombong.
 Ucapan sulung Khalifah Umar bin al-Khattab RA
Dalam ucapannya selepas menjadi khalifah antara lain menyebut: “Aku
menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya
menggantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu
Bakar RA). Sesiapa yang hadir, maka kita akan memberi khabar gembira
dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya
adalah tanggungjawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah.
Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa
yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi
ampun kepada aku dan kamu semua.”
Umar RA terkenal kerana ketegasan dan kekuatannya. Beliau juga
merasakan perkara itu, lalu beliau berdoa: “Ya Allah, aku ini sangat keras,
lembutkanlah. Aku lemah, berilah kekuatan. Aku bakhil, berikanlah sifat
murah kepadaku.”
Beliau juga berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Jangan kamu
menyangka aku ini keras seperti pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ini
kerana aku adalah pengawal ke atas Baginda SAW dan pada masa Abu
Bakar pula, aku juga pengawal kepadanya. Sekarang ini, aku memimpin
dan aku adalah orang yang paling lemah di hadapan kebenaran.”
Kedua: Nasihat Ulama
Daripada Abi Ruqayyah bin Aus al- Dariy R.A, bahawa Nabi SAW
bersabda:
‫ال‬ ِ‫ة‬َّ‫م‬ِ‫ئ‬َ ِ
‫أل‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬‫و‬ُ‫س‬ َ‫ر‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ت‬َ‫ك‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ ِ َّ ِ
‫َّلل‬ ‫؟‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ِ‫ل‬ :‫َا‬‫ن‬‫ل‬ُ‫ق‬ ُ‫ة‬َ‫ح‬‫ي‬ ِ
‫َص‬‫ن‬‫ال‬ ُ‫ن‬‫ي‬ِ‫د‬‫ال‬
َ‫ن‬‫ي‬ِ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬
‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ت‬َّ‫م‬‫ا‬َ‫ع‬ َ‫و‬
Maksudnya: “Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: “Untuk
siapa?” Sabda Baginda, “Bagi Allah, Kitab-Kitabnya, Rasul-Nya,
pemimpin-pemimpin orang Islam dan Masyarakat semuanya.
Riwayat Muslim (55), Abu Daud (4994) dan Nasa’ie (7/ 156)
Pemimpin hendaklah mengerjakan apa yang telah dianjurkan supaya tidak
dikeji orang atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk seperti
yang telah difirmankan oleh Allah SWT:
ۚ َ‫اب‬َ‫ت‬ِ‫ك‬ْ‫ال‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ل‬ْ‫ت‬َ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬َ‫س‬‫ن‬َ‫ت‬ َ‫و‬ ِ‫ر‬ِ‫ب‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ َ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ن‬‫و‬ ُ‫ر‬ُ‫م‬ْ‫أ‬َ‫ت‬َ‫أ‬
َ
‫ال‬َ‫ف‬َ‫أ‬
ُ‫ل‬ِ‫ق‬ْ‫ع‬َ‫ت‬
َ‫ن‬‫و‬
Maksudnya: “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian,
sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu
membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?”
Surah al-Baqarah (44)
Dinyatakan dalam kitab al-Durrat al Gharra’ oleh al-Khirbiti; “Seseorang
sultan, pertamanya mestilah mengetahui kadar kekuasaannya dan
memahami bahayanya. Sesungguhnya kekuasaan itu merupakan
sebahagian daripada nikmat Allah SWT. Sesiapa yang menunaikan
haknya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan abadi yang tiada
tandingannya. Tetapi barang siapa yang gagal melaksanakan haknya, dia
akan memperoleh kesengsaraan yang tiada toloknya melainkan kekufuran
kepada Allah SWT. Sekiranya demikian, maka tiada nikmat yang lebih
tinggi daripada pemberian darjat sultan kepada seseorang hamba yang
menjadikan satu saat daripada hidupnya seumpama keseluruhan hidup
orang lain. Sesiapa yang tidak menyedari kebesaran nikmat tersebut akan
menggunakannya dengan penuh kezaliman dan memuaskan hawa
nafsunya. Mereka ini dibimbangi akan menjadi sebahagian daripada
musuh Allah sebagaimana sabda Nabi SAW:
َّ‫ي‬ِ‫ع‬ َ‫ر‬ِ‫ل‬ ٌّ‫َاش‬‫غ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ُ‫ت‬‫و‬ُ‫م‬َ‫ي‬ َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ ُ‫ت‬‫و‬ُ‫م‬َ‫ي‬ ، ‫َّة‬‫ي‬ِ‫ع‬ َ‫ر‬ ُ َّ
‫َّللا‬ ِ‫ه‬‫ي‬ِ‫ع‬ ْ‫ر‬َ‫ت‬ْ‫س‬َ‫ي‬ ٍ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬َ‫م‬
ِ‫ه‬ِ‫ت‬
َ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫ج‬ْ‫ال‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ َّ
‫َّللا‬ َ‫م‬ َّ‫ر‬َ‫ح‬ ََِّ‫إ‬ ،
Maksudnya: “Tiada di kalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk
memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di
bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.”
Riwayat Imam al-Bukhari (7150) dan Muslim (142)
Allah SWT befirman kepada Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS apabila
berdepan dengan Firaun:
ٰ
‫َى‬‫ش‬ ْ‫خ‬َ‫ي‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ُ‫ر‬َّ‫ك‬َ‫ذ‬َ‫ت‬َ‫ي‬ ُ‫ه‬َّ‫ل‬َ‫ع‬َّ‫ل‬ ‫ا‬‫ن‬ِ‫ي‬َّ‫ل‬ َ ْ‫و‬َ‫ق‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ
َ‫و‬ُ‫ق‬َ‫ف‬
Maksudnya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-
kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut."
(Surah Taha: 44)
Allah SWT berfirman:
ِ‫ه‬ ‫ي‬ِ‫ت‬َّ‫ال‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ل‬ِ‫د‬‫ا‬َ‫ج‬ َ‫و‬ ۖ ِ‫ة‬َ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ْ‫ال‬ ِ‫ة‬َ‫ظ‬ِ‫ع‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ة‬َ‫م‬ْ‫ك‬ ِ‫ح‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ َ‫ك‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ٰ
‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ُ‫ع‬ْ‫د‬‫ا‬
َ‫ي‬
‫ي‬ِ‫د‬َ‫ت‬ْ‫ه‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫أ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ۖ ِ‫ه‬ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ن‬َ‫ع‬ َّ‫ل‬َ‫ض‬ ‫ن‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫أ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫ك‬َّ‫ب‬ َ‫ر‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ ُ‫ن‬َ‫س‬ ْ‫ح‬َ‫أ‬
َ‫ن‬
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah
dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang
yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Nahl: 125)
Kekerasan akan dibalas dengan kekerasan dan ia tidak akan memberi
manfaat, malah yang disebaliknya akan berlaku. Ia akan memberi kesan
yang lebih buruk kepada umat Islam.
Antara Contoh Nasihat Ulama
 Nasihat Ibn al-Wasiti
Di dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah, jilid ke-12, Imam Ibn Kathir
meriwayatkan bahawa Sultan Nuruddin Mahmud, salah seorang sultan
Islam yang sentiasa melakukan qiyamullail pada malam hari dan berpuasa
pada siang hari. Bahkan Imam Ibn Taimiyah pernah mengatakan tentang
sultan ini; “Semoga Allah merahmati sultan yang satu ini.”
Sultan Nuruddin ini ditimpa oleh masa-masa kritis dan kelalaian, tatkala
dia meminta kehadiran bala tenteranya di Damsyiq dan telah
dilaksanakanlah pesta secara besar-besaran yang dihadiri oleh para amir
(gabenor), para menteri, dan para panglima, serta khalayak ramai dan
penduduk Damsyiq dalam suasana yang sangat ramai dan pesta yang
sangat meriah. Ketika perayaan ini selesai, salah seorang ulama Islam
yang bernama Ibn al-Wasiti masuk dengan pakaian sederhananya. Dia
berdiri di hadapan sultan, lalu ia berkata: “Wahai sultan yang agung,
dengarkanlah dengan baik terhadap janji Allah, Maha Raja Langit dan
bumi.” Tiba-tiba orang ramai terdiam dan berhenti berpesta, mereka
menunggu apa yang akan di ucapkan syeikh besar ini. Tuan syeikh itu
berbicara kepada sultan ketika dia berada di atas singgahsana
kerajaannya:
Wahai manusia yang tertipu, anggaplah dirimu,
Kini berada pada hari kiamat dan langit bergoncang,
Jika dikatakan: Nuruddin datang berserah diri,
Hati-hatilah engkau datang tanpa memiliki nur (cahaya).
Rakyat Cerminan Pemimpin
Hal ini sepertimana yang dinyatakan oleh Saidina Umar:
ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ك‬‫و‬ُ‫ل‬ُ‫م‬ ِ‫ن‬‫ي‬ِ‫د‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫َاس‬‫ن‬‫ال‬
Maksudnya: “Manusia adalah berdasarkan agama (cara hidup)
pemimpinnya.”
Ucapan ini adalah menepati realiti kemasyarakatan dan inilah yang
berlaku dalam kebanyakan kehidupan manusia. Justeru, dengan baiknya,
pemimpin yang menjadi suri teladan, maka sudah barang tentu akan
memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat dan orang
bawahannya.
Pernah terjadi, rakyat di zaman Umar bin Abdul Aziz begitu kuat taat dan
Qiamullail. Ini kerana kesan daripada beliau sendiri yang cintakan
Qiamullail. Justeru, sesungguhnya pemimpin benar-benar dapat
mempengaruhi rakyat dan mereka begitu gembira melakukan amalan
mengikut apa yang dilakukan oleh ketua mereka.
Dalam satu kisah seorang pengembara melalui kawasan lereng bukit dan
mendapati banyak anjing yang menjaga kambing-kambing. Kemudian
diberitahukan kepadanya, bukannya anjing tetapi serigala yang bermain
dengan sekumpulan kambing. Lantas beliau berkata: “Alangkah ajaibnya
dan ini sudah pasti menunjukkan yang pemerintah negeri ini seorang yang
adil sehingga serigala merasa kenyang dengan rezekinya dan kambing
merasa selamat walaupun berhampiran dengan serigala.”
Pada ketika itu, negara Islam diperintah oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz
yang sememangnya terkenal dengan keadilan dan kewibawaan beliau.
Perkara yang Wajib Dijauhi oleh Pemimpin
Antara perkara yang semestinya dijauhi ialah:
 Zalim
Ia bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempat. Lebih parah
daripada itu menzalimi dan menganiayai rakyat jelata dan orang bawahan
mereka. Diriwayatkan bahawa Ibnu Taimiyyah pernah menyebut: Keadilan
adalah asas kerajaan dan sesungguhnya Allah menegakkan negara yang
adil sekalipun kafir dan tidak menegakkan negara yang zalim sekalipun
Islam. Hal ini, dapat dilihat apabila negara barat yang cuba mengamalkan
demokrasi tulen dapat menegakkan keadilan, boleh bertahan begitu lama.
Sebaliknya, pemerintah yang zalim tumbang satu persatu kurang daripada
50 tahun seperti yang berlaku di negara-negara Arab pada masa kini.
 Khianat
Allah amat membenci pemimpin yang mengkhianati hak rakyat kerana
sudah pasti berlaku kepincangan dan keadilan dalam pemerintahan.
Golongan pengkhianat biasanya akan mengundang pelbagai natijah buruk
dan tidak baik. Hal ini berlaku di dunia lagi dan kadang-kadang sebelum
menuju ke usia tua. Biasanya pengkhianatan berlaku kerana sedikit
kepentingan duniawi yang dirasakan miliknya dan dia berhak untuk
memperolehi kerana peluang terbuka dengan luas. Sesungguhnya
ancaman Allah serta amarannya kepada pemerintah yang khianat melalui
lisan Rasul-Nya begitu tegas.
 Tamak
Perpatah arab menyebut sifat tamak adalah tidak kenyang dan sentiasa
mahukan hak dan harta benda, sekalipun telah mendapat gaji yang besar
dan lumayan. Termasuklah aktiviti perniagaan. Justeru, Umar Ibn Abdul
Aziz menegah gabenor dan pegawai kerajaan daripada terlibat dengan
aktiviti perniagaan.
Beliau menghantar surat kepada gabenornya dengan menegaskan bahawa
pemimpin, gabenor atau pegawai kerajaan tidak boleh sama sekali
melakukan sebarang aktiviti perniagaan. Ini kerana akiviti tersebut akan
menyebabkan mereka sibuk dengan perniagaan dan akan berlakunya pilih
kasih serta mendapat habuan daripada sumber yang kurang elok.
Beliau menganggap hal ini sebagai suatu tindakan yang paling besar dan
jika dibiarkan akan boleh membawa kepada rosaknya pentadbiran dan
pelbagai implikasi yang malang akan timbul. Hal ini diakui oleh Ibn
Khaldun selepas lapan kurun melalui kenyataan yang benar dan hikmah
yang tinggi nilainya, iaitu: “Sesungguhnya perniagaan daripada
pemerintah boleh membawa mudharat terhadap rakyat dan menyukarkan
berkenaan dengan hasil atau percukaian.” (Lihat Tarikh Ibn Khaldun,
1/346)
Sepuluh Asas Menjaga Kepentingan Rakyat
Dinyatakan di sini dari buku Sistem Politik Islam oleh Khalid Ali
Muhammad Al-Anbary:
 Apabila sesuatu perkara berlaku kepada orang ramai, dia hendaklah
menganggap dirinya sebagai rakyat dan pemerintah ialah orang lain.
Setiap sesuatu yang tidak disukai untuk diri sendiri juga mesti
dielakkan daripada orang lain.
 Jangan menganggap penantian seseorang yang memerlukan untuk
mendapatkan pertolongan daripadanya sebagai satu kehinaan
kerana Allah SWT telah memerintahkannya menyegerakan bantuan
kepada yang memerlukan.
 Jangan menghabiskan waktunya untuk kepuasan syahwat dan mesti
berusaha agar sebahagian besar waktunya adalah untuk mentadbir
hal ehwal kerajaan serta rakyat.
 Berusaha sedaya upaya agar sesuatu perkara itu diperolehi dengan
mudah dan penuh kemesraan. Rasulullah SAW telah berdoa untuk
para umara’ dengan bersabda: “Ya Allah! Barang sesiapa yang
dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umatku dan dia
menyusahkan mereka maka engkau sukarkanlah urusan mereka
tetapi sesiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk
umat ku dan dia memudahkan mereka maka Engkau mudahkanlah
urusannya.”
 Berusaha sekadar tenaga dan kemampuannya untuk memperolehi
kepercayaan dan restu rakyat terhadapnya berteraskan nilai-nilai
syarak.
 Jangan berusaha mendapat restu seseorang sehingga melanggar
keredaan Allah SWT dan hendaklah mendahului tuntutan syarak
terhadap kepentingan dirinya.
 Sekiranya rakyat memerlukan hukuman, maka hendaklah berlaku
adil tetapi sekiranya mereka memohon simpati maka hendaklah
mengampunkan mereka dan tidak mengingkari sekiranya berjanji
kepada mereka.
 Berusaha merapati para ulama yang muttaqin (bertakwa) dan soleh
untuk mendengar peringatan serta nasihat mereka.
 Bersungguh meninggalkan sifat bermegah, bongkak dan garang.
 Memastikan bukan sahaja dirinya tidak melakukan kezaliman tetapi
juga perwakilan, anggota tenteranya serta semua yang dibawah
pentadbirannya kerana kesan daripada kezaliman akan
mempercepatkan keruntuhan sesebuah kerajaan.
 Kemudian beliau berkata: Para raja mestilah memuliakan serta
didekati oleh para pemikir dan pentadbir yang beragama, menerima
nasihat serta syafaat mereka melalui mesyuarat dan perbincangan
bersama mereka kerana ia boleh mengukuhkan kedudukan negara.
Selagi mana sepuluh asas tersebut dipelihara dalam pemerintahan, maka
kekuatan kerajaan, kemakmuran serta keamanan akan semakin
bertambah dan menghasilkan kesan yang positif serta keadilan yang boleh
menundukkan hati-hati manusia.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Pada kesempatan ini suka kami tegaskan bahawa politik baru memerlukan
satu tajdid siyasi yang lebih munasabah, bertanggungjawab, amanah, dan
utamanya tuntutan Allah.
Pernah suatu ketika Fatimah, isteri Umar bin Abdul Aziz ditanya apakah
kelebihan Khalifah Umar bin Abdul Aziz? Dia menjawab: “Beliau bukanlah
lebih kuat daripadamu bangkit di tengah malam dan banyak berpuasa
tetapi sebenarnya dia lebih takut kepada Allah daripadamu.” Inilah yang
kita cari, pemimpin yang takut kepada Allah, bukan takut kehilangan
kuasa dan jawatan.
Sudah sampai masanya kita meninggalkan politik balas dendam, seperti
anjuran Baginda SAW saat kota Mekah dibuka pada tahun 8H. Baginda
SAW bertanya kepada mereka: “Apakah yang kamu sangka aku lakukan
kepada kamu?” Jawab mereka: “Saudara yang mulia daripada anak
saudara yang mulia.” Lantas Baginda bersabda: “Pergilah kamu semua
dalam keadaan yang bebas.”
Inilah pemimpin yang berjiwa besar tanpa berasa hati dan dendam
kesumat. Dan inilah sejarah yang patut ditulis dengan tinta emas, sikap
dan sifat yang dipamerkan oleh manusia agung seperti Rasulullah SAW
ini.
Para ulama yang benar-benar ikhlas tanpa melihat kepada kepentingan
diri, sedikit habuan dunia untuk diperolehinya perlu ada dalam
mengimbangi politik suci dan bersih. Sebagai contoh zaman salaf al-soleh
terlalu ramai tokoh yang benar-benar ikhlas menasihatkan kepada
pemerintah seperti yang dilakukan oleh Raja’ bin Haiwah, Abu Hazim al-
A’raji, Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud, Ata’ bin Abi Rabah,
Tawus bin Kaisan dan ramai lagi.
Sudah sampai masanya pemilihan calon yang akan meneraju kepimpinan
adalah dari kalangan yang benar-benar menepati syarat yang telah
ditetapkan oleh Islam antaranya kuat, berilmu, dan beramanah. Inilah
yang disebut oleh seorang anak perempuan kepada bapanya:
ُ‫ن‬‫ي‬ِ‫م‬َ ْ
‫األ‬ ,‫ي‬ِ‫و‬َ‫ق‬ْ‫ال‬ َ‫ت‬ ْ‫ر‬َ‫ج‬ْ‫أ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬ ِ‫ن‬َ‫م‬ َ‫ْر‬‫ي‬َ‫خ‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja
ialah orang yang kuat, lagi amanah".
(Surah al-Qasas: 26)
Al-Maraghi berkata: “Tidak syak lagi, dakwaan wanita itu merupakan
dakwaan yang padu dan mengandungi hikmah. Ini disebabkan kedua-dua
sifat ini, iaitu kepercayaan dan kekuatan, jika ada pada setiap pekerja,
maka dia akan mendapat keuntungan dan keberhasilan.” (Lihat Tafsir al-
Maraghi, 10/5127)
Dalam istilah kontemporari, al-Amin juga boleh di rujuk sebagai integriti.
Manakala al-Qawiy sebagai kompetensi. Dengan sifat profesional,
seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam
melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan
dalam bidang-bidang pengurusan, pentadbiran, pendidikan, dan lain-lain.
Ketika itu, insha Allah akan tertegaklah negara yang diturunkan berkat
oleh Allah dari langit dan bumi. Seterusnya ia layak mendapat
gelaran ‘Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.’
Penutup
Pernah suatu ketika rakyat Saidina Ali bertanya: Wahai Amirul Mukminin,
kenapa zaman kamu tidak sepertimana zaman Umar R.A, di mana rakyat
hidup dalam keadaan aman dan damai penuh ketaatan kepada Allah
SWT?” Jawab Saidina Ali: “Zaman Umar, rakyatnya adalah seperti aku.
Sedangkan zaman aku, rakyatnya seperti kamu.”
Hubungan rakyat dengan pemerintah adalah hubungan dua hala;
kewajipan pemerintah ke atas rakyat adalah berlaku adil ke atas mereka
dan memelihara hak-hak mereka, manakala rakyat pula wajib memberikan
kerjasama yang baik dalam sama-sama membangunkan negara dengan
mentaati peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Semoga kita semua beroleh kefahaman berkenaan dengan isu sistem
politik dalam Islam dan kita dikurniakan ilmu dan kefahaman yang jelas
dalam menjalan titah perintah-Nya sebagai khalifah di atas muka bumi ini.
Amin.
Nota Hujung:
[1] Beliau ialah Badiuzzaman Said Nursi bin Mirza. Beliau dilahirkan pada
tahun 1877 Masihi bersamaan 1294 Hijrah di sebuah kampung bernama
Nurs, sebuah perkampungan kecil di daerah Khizan (Hizan) dalam wilayah
Bitlis di Timur Turki. Beliau juga terkenal dengan panggilan ‘Said al-Nursi’
merujuk kepada tempat kelahirannya (desa Nurs). “Badiuzzaman” merujuk
kepada panggilan atau gelaran terhormat yang diberikan oleh syeikh
muktabar kepada beliau atas keupayaan luar biasa beliau dalam
menghafal dan mengingati sesebuah buku dalam masa yang singkat, di
samping kemahiran berfikir serta kekayaan ilmu yang ada pada diri beliau.
[2] Syeikh Mustafa Sabri dilahirkan pada tahun 1869 di bandar Tokat yang
terletak di kawasan Anatolia Laut Hitam. Zaman kelahiran beliau adalah
zaman yang menyaksikan Khilafah Othmaniyyah sedang merudum runtuh
oleh seribu satu sebab yang ada pada masa itu. Pada tahun 1908, Syeikh
Mustafa Sabri telah menjadi wakil rakyat bagi bandar Tokat di Meclis-i
Mebusan iaitu Parlimen Kerajaan Othmaniyyah. Jawatan ini terhasil
selepas kelantangan beliau menyuarakan pendapatnya di Majlis Tempatan
Tokat, kampung halaman kelahiran beliau.
Apabila Parti Hürriyet ve İtilaf memperolehi kuasa pemerintahan pada
tahun 1919, kerajaan telah dibentuk di bawah kepimpinan Damad Farid
Pasha. Syeikh Mustafa Sabri telah dilantik pada tahun 1920 menjadi
Syeikh al-Islam. Mustafa Sabri kemudiannya dikenali sebagai Syeikh al-
Islam Mustafa Sabri Efendi (gelaran Efendi diberikan mengikut tradisi
kerajaan Othmaniyyah kepada ilmuan agama).
Semasa Perdana Menteri ketika itu melawat Paris bagi menghadiri suatu
perhimpunan di sana, Mustafa Sabri telah dilantik sebagai pemangku yang
mempengerusikan kerajaan. Semasa inilah pertembungan pendapat dan
perbezaan fahaman telah meruncing di antara Mustafa Sabri dengan
menteri-menteri yang lain sehingga beliau mengambil keputusan untuk
meletakkan jawatan sebagai Syeikh al-Islam dan kemudiannya
menubuhkan partinya sendiri yang juga dikenali sebagai Parti Hürriyet ve
Itilaf tetapi Mu’tadil iaitu yang sederhana dan adil. (Lihat Pedang Ummah
di Ambang Jatuhnya Khilafah: Mustafa Sabri oleh Hasrizal Abdul Jamil)
[3] Menurut pendakwah terkenal masa kini, Dr Tariq Suwaidan,
kepimpinan adalah kebolehan dalam menggerakkan orang lain ke arah
matlamat (yang ditetapkan). Menurut beliau, terdapat lima cara utama
untuk menggerakkan mereka, iaitu:
 Beri dorongan (seperti dengan kedudukan, wang, syurga dan
sebagainya).
 Gunakan ancaman (seperti jika tidak melakukan sesuatu perkara ini,
kamu akan didenda). Pekerja akan memberi respon terhadap
ancaman.
 Gunakan teknik pengucapan yang baik.
 Kebolehan untuk mempengaruhi dan meyakinkan.
 Dengan menjadi contoh ikutan yang baik. (Lihat What Is
Leadership? oleh Dr Tareq al-Suwaidan)
[4] Abu Hamid al-Ghazali yang juga dikenali sebagai Algazel di Dunia
Barat, adalah salah seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan
seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang
tokoh pemikir Islam serta disepakati oleh para ulama' sebagai al-mujaddid
untuk kurunnya. Nama penuhnya Muhammad ibn Muhammad ibn
Muhammad ibn Ahmad, dan nama gelaran nisbahnya al-Ghazali al-Tusi.
Nama panggilannya (kunyah) pula Abu Hamid. Di antara nama-nama
gelaran lain yang telah diberikan kepadanya ialah Hujjatul-Islam, Siraj al-
Mujtahidin dan Zain al-'Abidin. (Lihat Wikipedia Ensiklopedia Bebas)
[5] Imam al-Mawardi dilahirkan di Basrah pada tahun 364 Hijrah. Beliau
dibesarkan dalam keluarga yang sememangnya cinta kepada ilmu
pengetahuan. Sejarah telah menunjukkan bahawa al-Mawardi pernah
dilantik memegang jawatan kadi di beberapa buah negeri seperti di Kurat,
di negeri Naisaburi sehingga beliau digelar Qadi al-Qudha. Al-Mawardi
merupakan seorang ulama yang terulung dan faqih bermazhab Syafie.
Beliau dianggap sebagai pemikir dan tokoh politik kenegaraan yang paling
menonjol semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Beliau juga alim
dalam bidang tafsir, usul fiqh dan ilmu kemasyarakatan. Al-Subki telah
menyifatkannya dalam Tabaqat al-Syafieyah al-Kubra sebagai seorang
ulama yang telah mencapai tahap keilmuan yang tinggi, merupakan tokoh
mazhab yang terkenal dan pakar dalam segala bidang ilmu.
[6] Nama beliau Abd al-Malik ibn Abi Muhammad Abdillah bin Yusuf bin
Abdillah bin Yusuf bin Muhammad bin Hayyawiyyah al-Juwainiy dan
kunniyah beliau adalah Abu Ma’aliy. Al-Juwainiy adalah nisbah kepada
Juwain iaitu salah sebuah kampung yang terletak di Naisabur. Beliau telah
lahir pada awal tahun 419 Hijrah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam
al-Zahabi. Tambahan pula, beliau bermazhab al-Syafi’e dan beraqidah ahli
sunnah. Adapun, antara gelaran beliau yang masyhur adalah al-Faqih al-
Syafi’e, Dhiya’ al-Din dan beliau juga dikenali sebagai Imam al-Haramain
iaitu imam dua tanah haram (Makkah dan Madinah). Ini kerana, beliau
menetap di Haramain ketika keluar dari kampung halamannya ke al-Hijaz
iaitu di Makkah dan Madinah selama empat tahun mengajar dan memberi
fatwa. (Lihat Siyar a’lam al-Nubala’, 14/17)
Antara pujian yang diberikan kepada Imam al-Haramain ialah daripada Al-
Qadhi Abu Said al-Tabari yang berkata: “Beliau adalah imam di Khurasan
dan Iraq, disebabkan kelebihannya dan terkehadapannya dalam
bermacam-macam jenis cabang ilmu.” Syeikh Abu Ishak al-Syirazi
memujinya dengan menyebut: “Wahai pemberi manfaat terhadap orang-
orang di timur dan barat. Telah mendapat manfaat daripada ilmumu
generasi terawal dan kemudian.”
[7] Sebenarnya wajib tersebut tertawaqquf berdasarkan syarat, jika
terhasilnya syarat maka wajiblah. Jika tidak, maka tiada suatu pun yang
akan diwajibkan ke atas mukallaf seperti firman Alah SWT, yang
mafhumnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji
dengan mengunjungi Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu sampai
kepadanya.” Maka wujudnya haji disyaratkan dengan kemampuan iaitu
cukup bekalan dan kenderaan yang menyampaikan ke Mekah dengan
selamat. Siapa yang tertahqiq syarat tersebut maka wajiblah haji.
Sebaliknya siapa yang tidak mampu, maka tidak wajib ke atasnya. Maka
jadilah ia seperti mukaddimah atau permulaan kewajiban bukan sebagai
kewajiban. (Lihat al-Bahr al-Muhit, 1/223)
[8] Dr. Khalid Ali Muhammad al-Anbari di dalam kitabnya Sistem Politik
Islam berkata: Sesiapa yang tidak memiliki sifat tersebut akan jatuh ke
dalam gaung kesesatan dan kejahilan serta mengikut hawa nafsu mereka
dan ini akan memberi kesan terhadap perintah Allah SWT dan hamba-
Nya. Ini kerana orang yang tidak bersifat adil dan wara’ tidak akan
mempedulikan arahan al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga dia tidak akan
menghiraukan urusan orang ramai kerana dia telah dilantik untuk
menguruskan hal ehwal mereka, serta melaksanakan hukum amar
ma’ruf dan nahi munkar kepada mereka.

More Related Content

Similar to POLITIK DALAM ISLAM.docx

Sistem Politik Islam dan Demokrasii
Sistem Politik Islam dan DemokrasiiSistem Politik Islam dan Demokrasii
Sistem Politik Islam dan Demokrasiiatuulll
 
Khilafah Islamiyah dalam Lintasan Sejarah
Khilafah Islamiyah dalam Lintasan SejarahKhilafah Islamiyah dalam Lintasan Sejarah
Khilafah Islamiyah dalam Lintasan SejarahRajabul Gufron
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamImanina Baim
 
Presentasi Fiqh Siyasah 2
Presentasi Fiqh Siyasah 2Presentasi Fiqh Siyasah 2
Presentasi Fiqh Siyasah 2Marhamah Saleh
 
Presentasi Fiqh Siyasah 5
Presentasi Fiqh Siyasah 5Presentasi Fiqh Siyasah 5
Presentasi Fiqh Siyasah 5Marhamah Saleh
 
KB 4-Konsep Pemerintahan dlm Islam.pdf
KB 4-Konsep Pemerintahan dlm Islam.pdfKB 4-Konsep Pemerintahan dlm Islam.pdf
KB 4-Konsep Pemerintahan dlm Islam.pdfmuhamadizlis
 
Tamadun 5 dan 6 pemerintahan pentadbiran islam
Tamadun 5 dan 6    pemerintahan  pentadbiran islamTamadun 5 dan 6    pemerintahan  pentadbiran islam
Tamadun 5 dan 6 pemerintahan pentadbiran islamAl-Maahadi
 
Sistem Politik Islam
Sistem Politik IslamSistem Politik Islam
Sistem Politik IslamDNA25
 
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut IslamKelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut IslamAr Rayyan
 
Khilafah bukan sekadar romantisme sejarah
Khilafah bukan sekadar romantisme sejarahKhilafah bukan sekadar romantisme sejarah
Khilafah bukan sekadar romantisme sejarahRizky Faisal
 
Power fiqh siyasah (2)
Power fiqh siyasah (2)Power fiqh siyasah (2)
Power fiqh siyasah (2)BahRum Subagia
 
Ulama ahlus sunnah mewajibkan khilafah
Ulama ahlus sunnah mewajibkan khilafahUlama ahlus sunnah mewajibkan khilafah
Ulama ahlus sunnah mewajibkan khilafahFlamencoRizky
 
BAB 9 Demokrasi Dan Politil Islam.docx
BAB 9 Demokrasi Dan Politil Islam.docxBAB 9 Demokrasi Dan Politil Islam.docx
BAB 9 Demokrasi Dan Politil Islam.docxMAshariBasri1
 
Pemimpin dalam-islam
Pemimpin    dalam-islamPemimpin    dalam-islam
Pemimpin dalam-islamHelmon Chan
 
Wajibkah mengangkat penguasa di negara sekular
Wajibkah mengangkat penguasa di negara sekular Wajibkah mengangkat penguasa di negara sekular
Wajibkah mengangkat penguasa di negara sekular FlamencoRizky
 

Similar to POLITIK DALAM ISLAM.docx (20)

LK4- RESUME .docx
LK4- RESUME .docxLK4- RESUME .docx
LK4- RESUME .docx
 
Sistem Politik Islam dan Demokrasii
Sistem Politik Islam dan DemokrasiiSistem Politik Islam dan Demokrasii
Sistem Politik Islam dan Demokrasii
 
Khilafah Islamiyah dalam Lintasan Sejarah
Khilafah Islamiyah dalam Lintasan SejarahKhilafah Islamiyah dalam Lintasan Sejarah
Khilafah Islamiyah dalam Lintasan Sejarah
 
Kel 5
Kel 5Kel 5
Kel 5
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islam
 
Presentasi Fiqh Siyasah 2
Presentasi Fiqh Siyasah 2Presentasi Fiqh Siyasah 2
Presentasi Fiqh Siyasah 2
 
Presentasi Fiqh Siyasah 5
Presentasi Fiqh Siyasah 5Presentasi Fiqh Siyasah 5
Presentasi Fiqh Siyasah 5
 
KB 4-Konsep Pemerintahan dlm Islam.pdf
KB 4-Konsep Pemerintahan dlm Islam.pdfKB 4-Konsep Pemerintahan dlm Islam.pdf
KB 4-Konsep Pemerintahan dlm Islam.pdf
 
Tamadun 5 dan 6 pemerintahan pentadbiran islam
Tamadun 5 dan 6    pemerintahan  pentadbiran islamTamadun 5 dan 6    pemerintahan  pentadbiran islam
Tamadun 5 dan 6 pemerintahan pentadbiran islam
 
Sistem Politik Islam
Sistem Politik IslamSistem Politik Islam
Sistem Politik Islam
 
Institusi siasah
Institusi siasahInstitusi siasah
Institusi siasah
 
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut IslamKelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
 
Absf4103 qawaid fiqhiyyah
Absf4103 qawaid fiqhiyyahAbsf4103 qawaid fiqhiyyah
Absf4103 qawaid fiqhiyyah
 
Khilafah bukan sekadar romantisme sejarah
Khilafah bukan sekadar romantisme sejarahKhilafah bukan sekadar romantisme sejarah
Khilafah bukan sekadar romantisme sejarah
 
Power fiqh siyasah (2)
Power fiqh siyasah (2)Power fiqh siyasah (2)
Power fiqh siyasah (2)
 
Ulama ahlus sunnah mewajibkan khilafah
Ulama ahlus sunnah mewajibkan khilafahUlama ahlus sunnah mewajibkan khilafah
Ulama ahlus sunnah mewajibkan khilafah
 
BAB 9 Demokrasi Dan Politil Islam.docx
BAB 9 Demokrasi Dan Politil Islam.docxBAB 9 Demokrasi Dan Politil Islam.docx
BAB 9 Demokrasi Dan Politil Islam.docx
 
Pemimpin dalam-islam
Pemimpin    dalam-islamPemimpin    dalam-islam
Pemimpin dalam-islam
 
Wajibkah mengangkat penguasa di negara sekular
Wajibkah mengangkat penguasa di negara sekular Wajibkah mengangkat penguasa di negara sekular
Wajibkah mengangkat penguasa di negara sekular
 
Islam & politik
Islam & politikIslam & politik
Islam & politik
 

POLITIK DALAM ISLAM.docx

  • 1. POLITIK DALAM ISLAM ADMIN PMW P 08 OGOS 2019 J UMLAH PAPARAN: 9186 1 Mukadimah Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat. Mutakhir ini kita melihat umat Islam semakin berminat mengambil berat berkenaan isu-isu politik. Pada asasnya, keperluan dalam mengetahui dan memahami politik semasa adalah satu tanggungjawab yang sewajarnya diambil berat bagi mereka yang mengaku sayang akan tanah tumpah darahnya. Pada hari ini kita amat memerlukan sebuah kefahaman yang sebenarnya bersumberkan kepada rujukan al-Quran dan al-Sunnah berkenaan dengan politik dalam Islam. Hasil gambaran dan lakonan mereka yang berpolitik dengan cara yang tidak beretika dan tidak menurut lunas-lunas syarak menyebabkan sebahagian pemikir-pemikir Islam menganggap politik amat kotor dan hina seperti kata Badiuzzaman Said al-Nursi[1]: “Aku berlindung daripada syaitan dan siyasah.” Walaupun begitu, Syeikh al-Islam yang terakhir bagi khalifah Uthmaniyyah, Syeikh Mustafa Sabri[2] menganggap wajib dan perlu bagi umat Islam memahami politik dan menempatkan diri di persadanya jika berkelayakan dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Ini kerana ia termasuk dalam urusan menegakkan syariat dan Daulah Islamiyyah sebagaimana Baginda SAW mengasaskan Negara Islam Madinah.
  • 2. Justeru itu, bertitik tolak dari itu, suka untuk kami memberi pencerahan serta penjelasan berkaitan politik berdasarkan kepada ajaran agama Islam yang kami tajukkan artikel ini dengan tajuk “Politik di dalam Islam.” Semoga penjelasan ini membuka minda kita serta memberi kefahaman secara menyeluruh perihal politik mengikut landasan syariat Islam yang sebenar. Amin. Definisi Politik Politik dalam Kamus Dewan ditakrifkan kepada beberapa takrif: Pertama: Ia merupakan ilmu, ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siyasah dan ilmu kenegaraan. Kedua: Segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. Ketiga: Kelicikan, muslihat, tipu muslihat. Berpolitik pula ditakrifkan sebagai mengambil bahagian dalam politik, menjalankan (mengamalkan) politik. Mempolitikkan pula ditakrifkan sebagai memasukkan ke dalam urusan politik, menjadikan sebagai urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dengan politik. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 1223) Perkataan politik berasal daripada kata akar polis dari Bahasa Greek, yang bererti negara, kota, dan kemajuan. Istilah politik dipopularkan oleh Plato dalam bukunya Politea dan Aristotle dalam bukunya Politicia. Politik merupakan istilah yang digunakan untuk membincangkan konsep pengaturan masyarakat.
  • 3. Dalam bahasa arab, politik juga dikenali sebagai siasah daripada perkataan (‫ة‬َ‫س‬‫ا‬َ‫ي‬ ِ‫س‬ ُ‫س‬ ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ي‬ َ‫اس‬َ‫س‬) yang memberi maksud cara mengurus tadbir dan memerintah, mengurus atau mengatur perkara mengikut syariat Islam. Antara perkataan yang hampir seerti dengannya ialah:  Al-Khilafah (‫)الخالفة‬  Al-Imamah (‫)اإلمامة‬  Al-Siyadah (‫)السيادة‬  Al-Riyasah (‫)الرياسة‬  Al-Qiyadah (‫[)القيادة‬3] Berdasarkan disiplin ilmu-ilmu Islam, perbahasan politik dibincangkan di bawah bidang fiqh dan bukan di bawah perbahasan aqidah. Justeru, politik Islam sering dikenali sebagai al-Siyasah al-Syar’iyyah, Fiqh al- Siyasah al-Syar’iyyah, al-Ahkam al-Sultaniyyah, dan lain-lain lagi. Keperluan Kepada Kepimpinan Kami memulakan artikel ini juga dengan sabda Nabi SAW: َ‫ل‬‫ي‬ِ‫ئ‬‫ا‬ َ‫ر‬ْ‫س‬ِ‫إ‬ ‫و‬ُ‫ن‬َ‫ب‬ ْ‫َت‬‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ِ‫ب‬َ‫ن‬ ُ‫ه‬َ‫ف‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ٌّ‫ي‬ِ‫ب‬َ‫ن‬ َ‫ك‬َ‫ل‬َ‫ه‬ ‫ا‬َ‫م‬َّ‫ل‬ُ‫ك‬ ُ‫ء‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫ب‬ْ‫ن‬َ‫أل‬‫ا‬ ُ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫س‬‫و‬ُ‫س‬َ‫ت‬ َ َ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ,‫ي‬ ‫ر‬ُ‫ث‬ْ‫ك‬َ‫ت‬ ُ‫ء‬‫ا‬َ‫ف‬َ‫ل‬ُ‫خ‬ ُ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ت‬َ‫س‬ َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫ي‬ِ‫ب‬َ‫ن‬ Maksudnya: “Adalah bagi Bani Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada ramai para khilafah.” Riwayat Bukhari (3455) dan Muslim (1842) Imam Nawawi menyebut dalam syarahnya terhadap Sahih Muslim antara lain berkata: “Bani Israil yang dipimpin oleh para nabi apabila wafatnya seorang nabi, akan diganti dengan nabi yang lain, yang menguruskan
  • 4. urusan mereka, bagi segala maslahah untuk mereka”. (Lihat Syarh al- Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 12/231) Jawatan pemerintah tertinggi sangat penting untuk merealisasikan kewujudan sebenar umat Islam. Oleh itu, pemerintah mesti diwujudkan dan dilantik untuk memimpin umat Islam kerana sebab-sebab berikut:  Antara tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang muslim adalah supaya mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah SWT dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri. Kedudukan pemerintah di kalangan semua individu umat pula adalah umpama paksi pada sesuatu bulatan. Dialah yang akan merealisasikan perpaduan dan menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinannya. Jawatan tersebut amat perlu demi kestabilan undang-undang dan keharmoniaan keadaan. Ia turut dirasai oleh spesis haiwan dan ternakan.  Sebahagian besar pelaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti menghakimi kes-kes mahkamah, melantik para penjaga, mengisytiharkan halangan (al-hajr) dan perang, memeterai perdamaian dan sebagainya. Oleh itu, bagi membolehkan hukum- hakam syarak dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul dan diterima oleh Allah SWT, mestilah ada pemerintah yang akan melaksanakan hukum-hakam itu dan memantau perlaksanaannya.  Dalam syariat Islam, terdapat satu kategori hukum yang disebut sebagai hukum-hakam imamah (pemerintahan) atau hukum- hakam siyasah syar'iyyah (politik Islam). Hukum-hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syara’ tidak memutuskannya secara terperinci. Sebaliknya hukum hakam dalam kategori ini diserahkan kepada pendapat dan ijtihad pemerintah berdasarkan kepentingan dan keadaan umat Islam. Contohnya, sebahagian besar
  • 5. hukum hakam berkaitan sistem pengurusan kewangan, gerakan ketenteraan dan pengurusan tawanan. Jika tiada pemerintah yang berkemampuan dan berwibawa untuk menduduki jawatan ini, sudah tentu segala hukum-hakam ini akan terus tergantung tanpa dapat dilaksanakan.  Umat Islam sentiasa terdedah kepada kemunculan kumpulan pelampau di kalangan mereka yang menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat Islam. Mereka didorong oleh hawa nafsu atau fahaman-fahaman sesat yang berselindung di sebalik nama agama atau pemulihan masyarakat. Dalil Kewajipan Melantik Pemimpin Sabda Baginda Nabi SAW: ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫د‬َ‫ح‬َ‫أ‬ ‫وا‬ ُ‫ر‬َّ‫م‬َ‫أ‬ َّ َِ‫إ‬ ِ ‫ض‬ ْ‫ر‬َ ْ ‫األ‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ٍ‫ة‬ َ ‫ال‬َ‫ف‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ٍ‫ة‬َ‫ث‬ َ ‫ال‬َ‫ث‬ِ‫ل‬ ,‫ل‬ ِ‫ح‬َ‫ي‬ ََ Maksudnya: “Tidak harus bagi tiga orang yang berada di tengah-tengah bumi yang lapang (bermusafir), melainkan mereka mesti melantik salah seorang mereka sebagai pemimpin.” Riwayat Ahmad (2/177) dan Abu Daud (2608, 2609) Ibn Taimiyah berkata: “Kalaulah diwajibkan memilih salah seorang sebagai pemimpin dalam jemaah yang paling sedikit (tiga orang) dan dalam kumpulan yang paling kecil, maka ini adalah peringatan tentang kewajipan tersebut bagi kumpulan yang lebih ramai.” (Lihat Kitab al- Hisbah, hlm. 11) Telah ijmak para ulama tentang kewajipan melantik imam (pemimpin) sepertimana kata Imam al-Nawawi rahimahullah: “Telah ijmak para ulama bahawa wajib atas orang Islam melantik khalifah.” (Lihat al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 12/205)
  • 6. Ibn Khaldun berkata: “Melantik pemimpin adalah wajib dan kewajipan tersebut dapat diketahui dalam syarak dengan ijmak para sahabat dan tabiin kerana para sahabat Rasulullah SAW ketika wafatnya Baginda, mereka bersegera memberi taat setia kepada Abu Bakar RA dan menyerahkan kepadanya urusan mereka. Demikianlah pada setiap zaman dan perkara ini telah tetap sebagai ijmak yang menunjukkan kewajipan melantik pemimpin.” (Lihat al-Muqaddimah, hlm. 191) Imam al-Ghazali[4] berkata: ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ط‬ْ‫ل‬,‫س‬‫وال‬ ٌّ‫س‬ُ‫أ‬ ُ‫ن‬‫ي‬ِ‫الد‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫س‬ ِ‫ار‬َ‫ح‬ َ َ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫و‬ ٌ‫م‬‫ُو‬‫د‬ْ‫ه‬َ‫م‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ َّ‫س‬ُ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫و‬ ٌ‫س‬ ِ‫ار‬َ‫ح‬ ٌ‫ع‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫ض‬َ‫ف‬ Maksudnya: “Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang.” (Rujuk al-Iqtisad fi al-I’tiqad, hlm. 128) Imam Mawardi[5] pula menyebut: ‫ي‬ِ‫ف‬ ِ‫ة‬ َّ‫و‬ُ‫ب‬,‫ن‬‫ال‬ ِ‫ة‬َ‫ف‬ َ ‫خال‬ِ‫ل‬ ‫ة‬َ‫ع‬‫و‬ُ‫ض‬‫و‬َ‫م‬ ُ‫ة‬َ‫م‬‫ا‬َ‫م‬‫اإل‬ ‫ا‬َ‫ي‬ْ‫ن‬,‫د‬‫ال‬ ُ‫ة‬َ‫س‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫س‬ َ‫و‬ ِ‫ن‬‫ي‬ِ‫الد‬ ِ‫ة‬َ‫س‬‫ا‬ َ‫ر‬ ِ‫ح‬ ‫ه‬ِ‫ب‬ Maksudnya: “Imamah atau pemimpin utama adalah menjadi pengganti kenabian dalam mengawal agama dan bersiyasah dunia dengan agama.” (Lihat al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 5) Imam al-Haramain al-Juwaini[6] juga pernah berkata: ‫ي‬ِ‫الد‬ ِ‫ت‬‫مهما‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ِ‫ة‬َّ‫م‬‫ا‬َ‫ع‬‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ة‬َّ‫ص‬‫ا‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ‫ق‬َّ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ت‬َ‫ت‬ ٌ‫ة‬َ‫م‬‫وزعا‬ ٌ‫ة‬َّ‫م‬‫ا‬َ‫ت‬ ٌ‫ة‬َ‫س‬‫ريا‬ ُ‫ة‬َ‫م‬‫ا‬َ‫م‬‫اإل‬ ‫ن‬ ‫ا‬َ‫ي‬ْ‫ن‬,‫د‬‫ال‬ َ‫و‬ Maksudnya: “Pemimpin utama adalah pemerintah yang sempurna dan kepimpinan berkaitan dengan khusus dan umum pada semua kepentingan agama dan dunia.” (Lihat Ghiyath al-Umam fi al-Tayas al-Zulam, hlm. 15)
  • 7. Kewajipan melantik pemimpin juga dibuktikan dengan satu kaedah Syarak iaitu: ٌ‫ب‬ ِ‫اج‬ َ‫و‬ َ‫و‬ُ‫ه‬َ‫ف‬ ، ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َّ َِ‫إ‬ ْ‫ب‬ ِ‫اج‬ َ‫و‬ْ‫ل‬َ‫ا‬ ,‫م‬ِ‫ت‬َ‫ي‬ َ َ ‫ا‬َ‫م‬ Maksudnya: “Perkara yang tidak akan sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.”[7] Dalam menetapkan perkara ini, Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata: “Manusia mesti mempunyai pemerintahan sama ada yang baik atau jahat.” Lalu ditanya kepada beliau: “Wahai Amirul Mukminin, yang baik telah sedia kami ketahui. Bagaimana pula dengan yang jahat itu?” Beliau menjawab: “Dengannya dapat dijalankan hudud, dengannya jalan-jalan juga akan aman, dengannya juga dapat berjihad menentang musuh dan dengannya juga dapat dibahagikan harta rampasan.” (Lihat Minhaj al-Sunnah, 1/548) Imam Ahmad berkata: “Fitnah (berleluasa) apabila tiada pemimpin yang mengendalikan urusan manusia.” (Lihat al-Khallah, al-Sunnah 1/81, Kata muhaqqiq: Sanadnya Sahih) Menolak Tohmahan Terhadap Sistem Politik Islam Di sini dinyatakan sebahagian daripada salah faham terhadap politik dalam Islam.  Sistem pemerintahan tiada dalam Islam Ada sebahagian tokoh Islam telah mengemukakan pendapat yang songsang dan menafikan sistem politik Islam dengan pelbagai hujahan yang amat lemah dan telah disanggah oleh sekian ramai para ulama. Orang yang pertama menolak sistem politik Islam secara total dan cuba membuktikan bahawa syariat Islam adalah syariat yang bersifat spiritual
  • 8. semata-mata, yang datang untuk mengatur hubungan antara manusia dan Tuhan-Nya sahaja, tiada hubungan antara hukum dan politik, tugas Nabi Muhammad SAW tiada kaitan dengan pemerintahan serta perlaksanaannya dan tidak melebihi batasan penyampaian (dakwah), membawa berita gembira dan memberi amaran ialah Ali Abdul Raziq melalui bukunya “Islam dan Dasar Pemerintahan” yang dicetak pada awal April tahun 1925. Beliau mendapat tentangan yang hebat kerana ia bertentangan dengan dasar-dasar Islam, sebaliknya secocok dengan tujuan penjajahan Barat ketika itu. Kemudian muncul pula Khalid Muhammad Khalid yang mengikut jejak Ali Abdul Raziq dalam meolak sistem politik Islam dalam bukunya “Dari Sini Kita Bermula”, tetapi kemudian dia menarik semula pendapatnya yang salah itu beberapa tahun kemudian dalam bukunya Negara dalam Islam. Walaupun begitu dikatakan Syeikh Muhammad al-Ghazali telah menolak buku tersebut dengan penghujahan yang begitu kuat. Ali Abdul Raziq juga telah mengisytiharkan penarikan semula pendapatnya dalam majalah Risalah Islam dalam keluaran Mei 1951. Kedua-dua buku ini telah dijawab oleh sebahagian besar ulama. (Lihat Kitab al-Azhar Radd Hai’at Kibar al-Ulama ala Kitab al-Islam wa Usul al-Hukm)  Fahaman pemisahan politik dengan agama Pemisahan politik dari Islam mula berlaku apabila kenyataan “biarkan urusan politik bagi maharaja dan urusan agama bagi Allah” diperkenalkan dalam masyarakat Kristian pada zaman kegelapan di Barat. Pemisahan ini dinamakan sekularisme. Dunia barat memisahkan politik dari agama Kristian ketika itu sebagai protes terhadap penguasaan melampau pihak gereja dalam kedudukan harian masyarakat feudal. Apabila masyarakat Islam dijajah dan diresapi
  • 9. dengan pengaruh Barat serta merebaknya fahaman kebendaan, fikiran mereka mulai diracuni oleh fahaman sekular tersebut. Islam melarang keras umatnya berpegang kepada fahaman tersebut kerana bagi Islam, politik adalah suatu perkara yang perlu bagi menegakkan agama sebagai satu cara hidup yang sempurna. Syarat dan Ciri Pemimpin Utama Bagi individu yang menduduki jawatan pemerintah tertinggi, mereka mestilah memiliki sifat-sifat berikut:  Islam: Tidak sah melantik orang bukan Islam sebagai pemerintah. Ini kerana urusan pemerintahan adalah salah satu hukum syarak yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal umat Islam. Oleh itu, ia tidak boleh diserahkan kepada orang yang tidak meyakini hukum- hakam ini.  Matang: Oleh itu, tidak sah melantik kanak-kanak, orang bodoh dan yang seumpama dengan mereka sebagai pemerintah, walaupun mereka dikelilingi oleh para penasihat. Nabi SAW bersabda: ِ‫ة‬ َ‫ار‬َ‫م‬ِ‫إ‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ِ َّ ‫اَّلل‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ُ‫ذ‬ َّ‫و‬َ‫ع‬َ‫ت‬ ِ‫ن‬‫ا‬َ‫ي‬ْ‫ب‬ ِ ‫الص‬ Maksudnya: “Pohonlah perlindungan Allah daripada diperintah oleh kanak-kanak.” Riwayat Imam Ahmad (2/326)  Bersifat adil: Orang yang bersifat adil ialah orang yang tidak melakukan dosa besar seperti membunuh, berzina dan memakan riba. Dia juga tidak berterusan melakukan dosa kecil. Oleh itu pelantikan orang fasik adalah tidak sah. Orang fasik ialah orang yang tidak memenuhi syarat-syarat adil.[8] Bacalah sejarah Umar bin al-Khattab yang sanggup menghukum Muhammad bin Amru Ibn
  • 10. al-‘As (Anak gabenor Mesir) ketika mana beliau berlumba kuda dengan seorang qibti dan beliau kalah yang menyebabkan beliau menampar muka qibti tersebut seraya mendakwa, “aku anak orang yang mulia dan bangsawan”. Saidina Umar memanggil mereka berdua ke Kota Madinah dan melaksanakan hukuman kepada anak gabenor tersebut, seraya berkata: “Sejak bila kamu memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka dan bebas.” (Lihat Futuh Misr wa al-Maghrib oleh Ibn Abd al-Hakam, hlm. 195)  Mempunyai pengetahuan tentang hukum agama dan dalilnya. Pemerintah mestilah mengetahui hukum-hakam syarak dan dalil- dalilnya. Pengetahuan ini akan membolehkannya berijtihad ketika perlu. Ini kerana dalam syariat Islam terdapat banyak kes yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW dan hanya pemerintah Islam yang dapat memutuskan hukumnya. Benarlah kata Sayidina Umar R.A: ُ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫ا‬ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ ‫ا‬ ْ‫و‬ُ‫ه‬َّ‫ق‬َ‫ف‬َ‫ت‬ ‫ا‬ ْ‫ُو‬‫د‬‫و‬َ‫س‬ Maksudnya: “Hendaklah kamu belajar dan mendalami ilmu sebelum kamu diangkat menjadi ketua atau pemimpin.” Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (5/284) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1669) Imam al-Bukhari menambah dengan katanya: َ‫س‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫هللا‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ِ‫ي‬ِ‫ب‬َّ‫ن‬‫ال‬ ُ‫ب‬‫ا‬َ‫ح‬ْ‫ص‬َ‫أ‬ َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ت‬ ْ‫د‬َ‫ق‬ َ‫و‬ ، ‫ُوا‬‫د‬ َّ‫و‬َ‫س‬ُ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫م‬َّ‫ل‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ن‬ِ‫س‬ ِ‫ر‬َ‫ب‬ِ‫ك‬ Maksudnya: “Dan juga setelah kamu diangkat menjadi ketua dan pemimpin. Sungguh, para Sahabat Nabi SAW tetap belajar di usia tua mereka." (Lihat Sahih al-Bukhari, hlm. 52)
  • 11.  Bijaksana dan berkefahaman menyeluruh. Sifat ini membolehkan seseorang pemerintah mampu mentadbir dan menjaga keselamatan negara dan rakyat daripada sebarang ancaman. Kebijaksanaan ini hanya dapat dikesan dan dinilai oleh mereka yang berpengalaman, ahli syura dan mereka yang pernah menjalankan tugas-tugas ini.  Ini kerana pemimpin yang bersabar sahaja dapat menyelesaikan masalah ummah dan layak menjadi ketua, benarlah firman Allah SWT: َ‫ن‬‫ُو‬‫د‬ْ‫ه‬َ‫ي‬ ‫ة‬َّ‫م‬ِ‫ئ‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ج‬ َ‫و‬ ِ‫ق‬‫و‬ُ‫ي‬ ‫َا‬‫ن‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫آ‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ َ‫و‬ ۖ ‫وا‬ ُ‫ر‬َ‫ب‬َ‫ص‬ ‫ا‬َّ‫م‬َ‫ل‬ ‫َا‬‫ن‬ ِ‫ر‬ ْ‫م‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ن‬ Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami. (Surah al-Sajdah: 24) Ibn Kathir berkata: Iaitu tatkala mereka sabar dalam melaksanakan perintah-perintah Allah dan dalam menjauhkan larangan-larangan-Nya, membenarkan para Rasul-Nya dan mengikuti risalah yang diberikan kepada mereka, nescaya mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk kepada kebenaran dengan perintah kami, mengajak kepada kebaikan, memerintahkan yang makruf dan melarang kemungkaran. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/430)  Melaksanakan Syariah Islamiyah Kami nukilkan pendapat Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya Apa Ertinya Saya Menganut Islam yang berkata: Beramal untuk Islam adalah wajib dari sudut hukum kerana tidak berjalannya syariat Allah di atas muka bumi dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam. Umat Islam juga wajib bekerja supaya manusia tunduk
  • 12. mengabdikan diri kepada Allah dari sudut keyakinan, akhlak dan sistem hidup mereka berdasarkan dalil dari al-Quran yang menyebut: َ‫م‬‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ك‬‫و‬ُ‫م‬ ِ‫ك‬َ‫ح‬ُ‫ي‬ ٰ ‫ى‬َّ‫ت‬َ‫ح‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ َ َ‫ك‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ َ‫و‬ َ ‫ال‬َ‫ف‬ ِ‫ج‬َ‫ي‬ َ َ َّ‫م‬ُ‫ث‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ب‬ َ‫ر‬َ‫ج‬َ‫ش‬ ‫ا‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ُوا‬‫د‬ ‫ا‬‫يم‬ِ‫ل‬ْ‫س‬َ‫ت‬ ‫وا‬ُ‫م‬ِ‫ل‬َ‫س‬ُ‫ي‬ َ‫و‬ َ‫ْت‬‫ي‬َ‫ض‬َ‫ق‬ ‫ا‬َّ‫م‬ ِ‫م‬ ‫ا‬‫ج‬ َ‫ر‬َ‫ح‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ Maksudnya: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (Surah al-Nisa’: 65) Apabila menegakkan masyarakat Islam dan melaksanakan hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah itu hukumnya wajib, maka kerja-kerja yang membawa kepada kewujudan masyarakat Islam dan terlaksanakanya hukum Allah turut menjadi wajib. Selain dari itu banyak kewajipan-kewajipan syariah yang pelaksanaan dan amalan bergantung kepada adanya Khalifah (Imam) sedangkan perlantikan khalifah itu sendiri sangat bergantung kepada wujudnya kekuasaan Islam. Oleh itu seluruh undang-undang yang berhubung dengan sistem-sistem Islam sama ada dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi, siasah, malahan semua undang-undang yang berhubung dengan hukum, kanun keseksaan, damai, peperangan, jihad, genjatan senjata, perjanjian damai, muamalah, kemasyarakatan, ekonomi, semuanya ini dan lain-lain lagi adalah antara bidang-bidang Syariat Islam yang tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara yang teguh di atas dasar-dasar Islam. Sahifah Madinah Sebagai Asas Perlembagaan
  • 13. Kami sengaja mengemukakan isu perlembagaan Madinah supaya ianya difahami oleh umat Islam khususnya bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang politik dan kepimpinan. Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Kota Madinah, baginda SAW telah melakarkan sebuah piagam atau mithaq Madinah. Penggubalan ini sebagai lambang masyarakat madani dan bertamadun. Ia merupakan perlembagaan yang pertama dicatatkan secara lengkap dalam sejarah. Ia dirangka oleh nabi dengan petunjuk wahyu. Ia mengandungi sepuluh bab yang terdiri daripada 47 fasal, 23 daripada fasal tersebut adalah mengenai orang-orang Islam dan 24 lagi mengenai orang-orang yahudi.  Kandungan perlembagaan Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi Negara Islam Madinah. Nabi Muhammad SAW diakui sebagai ketua Negara yang mesti dipatuhi dan dihormati. Tidak boleh bermusuhan diantara sesama Islam dan tidak boleh membantu orang bukan Islam membunuh orang Islam. Orang-orang Islam mestilah menganggap orang-orang Islam yang lain sebagai saudara mereka. Kebebasan beragama diberi kepada orang bukan Islam. Orang Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat resam mereka. Mereka akan menerima layanan yang saksama tetapi mereka bertanggungjawab keatas keselamatan Madinah. Keadilan adalah diberi kepada semua pihak. Dalam sesetengah kes, ketua suku diberi hak untuk menyelesaikan masalah dalam suku mereka. Tetapi beberapa kes jenayah perlu dirujuk kepada nabi. Semua penduduk Madinah tanpa mengira agama dan bangsa adalah bertanggungjawab mempertahankan Madinah walaupun ia diancam oleh kaum sendiri.  Kepentingan Perlembagaan Madinah Perlembagaan ini menjadi bukti bahawa Islam adalah agama dan politik. Dengan adanya perlembagaan ini dan tertubuhnya Negara Islam Madinah, maka lengkaplah Islam sebagai Ad-Din. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
  • 14. nabi bukan sahaja seorang nabi dan rasul, tetapi seorang pemimpin yang unggul. Negara Islam yang ditegakkan oleh nabi merupakan Negara contoh dan usaha ini kemudiannya diperkukuhkan oleh sahabat nabi sehingga Madinah mungcul sebagai kuasa terulung di dunia. Perlembagaan ini telah Berjaya menyatukan Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Ia telah mengatur hubungan antara mereka supaya mereka hidup dalam keadaan hormat menghormati dan bertanggungjawab. Oleh itu, mereka dapat hidup dalam suasana aman dan semua gejala buruk dapat dihapuskan. Wasiat Pemimpin Dan Nasihat Ulama Berkenaan Kepimpinan Kita dapati terlalu banyak mereka yang mewasiatkan kepada orang bawahan mereka untuk melaksanakan segala perintah Allah dan mentaati kepada mereka selama mana mentaati perintah Allah. Di sini kami mengemukakan dua bahagian: Pertama: Wasiat Pemimpin Antara nasihat mereka ialah:  Arahan Rasulullah SAW Rasulullah SAW bersabda: ْ‫ر‬َ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫م‬ ،َ‫ه‬ ِ‫ر‬َ‫ك‬ َ‫و‬ َّ‫ب‬َ‫ح‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬‫ي‬ِ‫ف‬ ،ُ‫ة‬َ‫ع‬‫ا‬َّ‫الط‬ َ‫و‬ ُ‫ع‬ْ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ ِ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ِ‫ء‬ ْ‫ر‬َ‫م‬ْ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫ة‬َ‫ع‬‫ا‬َ‫ط‬ ََ َ‫و‬ َ‫ع‬ْ‫م‬َ‫س‬ َ‫ال‬َ‫ف‬ ٍ‫ة‬َ‫ي‬ ِ ‫ص‬ْ‫ع‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ ِ‫م‬ُ‫أ‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬َ‫ف‬ ،ٍ‫ة‬َ‫ي‬ ِ ‫ص‬ْ‫ع‬َ‫م‬ِ‫ب‬ Maksudnya: “Setiap orang Islam wajib mendengar dan mentaati dalam perkara yang dia sukai dan perkara yang dia benci, kecuali dia diperintah melakukan maksiat. Maka dia tidak boleh mendengar atau mentaati.” Riwayat al-Bukhari (6725) Muslim (1839)
  • 15. Imam al-Nawawi berkata: “Para ulama telah berijma’ bahawa wajib mentaati pemerintah dalam perkara yang bukan maksiat, dan haram mentaatinya dalam perkara maksiat.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 12/224)  Ucapan sulung Khalifah Abu Bakar RA Antara lain apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau berkata: “Hai manusia. Sesungguhnya aku dilantik pemimpin di kalangan kamu dan aku bukanlah orang yang terbaik. Jika aku mentaati Allah, maka taatilah aku. Sebaliknya jika sekiranya aku derhaka, maka tiada ketaatan bagimu.” Sheikh Muhammad al-Ghazali berkata, ucapan ini menggambarkan betapa tawaduknya Abu Bakar RA dan akan melemahkan golongan yang angkuh dan sombong.  Ucapan sulung Khalifah Umar bin al-Khattab RA Dalam ucapannya selepas menjadi khalifah antara lain menyebut: “Aku menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya menggantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu Bakar RA). Sesiapa yang hadir, maka kita akan memberi khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggungjawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada aku dan kamu semua.” Umar RA terkenal kerana ketegasan dan kekuatannya. Beliau juga merasakan perkara itu, lalu beliau berdoa: “Ya Allah, aku ini sangat keras, lembutkanlah. Aku lemah, berilah kekuatan. Aku bakhil, berikanlah sifat murah kepadaku.” Beliau juga berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Jangan kamu menyangka aku ini keras seperti pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ini
  • 16. kerana aku adalah pengawal ke atas Baginda SAW dan pada masa Abu Bakar pula, aku juga pengawal kepadanya. Sekarang ini, aku memimpin dan aku adalah orang yang paling lemah di hadapan kebenaran.” Kedua: Nasihat Ulama Daripada Abi Ruqayyah bin Aus al- Dariy R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: ‫ال‬ ِ‫ة‬َّ‫م‬ِ‫ئ‬َ ِ ‫أل‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬‫و‬ُ‫س‬ َ‫ر‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ت‬َ‫ك‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ ِ َّ ِ ‫َّلل‬ ‫؟‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ِ‫ل‬ :‫َا‬‫ن‬‫ل‬ُ‫ق‬ ُ‫ة‬َ‫ح‬‫ي‬ ِ ‫َص‬‫ن‬‫ال‬ ُ‫ن‬‫ي‬ِ‫د‬‫ال‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ت‬َّ‫م‬‫ا‬َ‫ع‬ َ‫و‬ Maksudnya: “Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: “Untuk siapa?” Sabda Baginda, “Bagi Allah, Kitab-Kitabnya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan Masyarakat semuanya. Riwayat Muslim (55), Abu Daud (4994) dan Nasa’ie (7/ 156) Pemimpin hendaklah mengerjakan apa yang telah dianjurkan supaya tidak dikeji orang atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT: ۚ َ‫اب‬َ‫ت‬ِ‫ك‬ْ‫ال‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ل‬ْ‫ت‬َ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬َ‫س‬‫ن‬َ‫ت‬ َ‫و‬ ِ‫ر‬ِ‫ب‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ َ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ن‬‫و‬ ُ‫ر‬ُ‫م‬ْ‫أ‬َ‫ت‬َ‫أ‬ َ ‫ال‬َ‫ف‬َ‫أ‬ ُ‫ل‬ِ‫ق‬ْ‫ع‬َ‫ت‬ َ‫ن‬‫و‬ Maksudnya: “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?” Surah al-Baqarah (44) Dinyatakan dalam kitab al-Durrat al Gharra’ oleh al-Khirbiti; “Seseorang sultan, pertamanya mestilah mengetahui kadar kekuasaannya dan memahami bahayanya. Sesungguhnya kekuasaan itu merupakan
  • 17. sebahagian daripada nikmat Allah SWT. Sesiapa yang menunaikan haknya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan abadi yang tiada tandingannya. Tetapi barang siapa yang gagal melaksanakan haknya, dia akan memperoleh kesengsaraan yang tiada toloknya melainkan kekufuran kepada Allah SWT. Sekiranya demikian, maka tiada nikmat yang lebih tinggi daripada pemberian darjat sultan kepada seseorang hamba yang menjadikan satu saat daripada hidupnya seumpama keseluruhan hidup orang lain. Sesiapa yang tidak menyedari kebesaran nikmat tersebut akan menggunakannya dengan penuh kezaliman dan memuaskan hawa nafsunya. Mereka ini dibimbangi akan menjadi sebahagian daripada musuh Allah sebagaimana sabda Nabi SAW: َّ‫ي‬ِ‫ع‬ َ‫ر‬ِ‫ل‬ ٌّ‫َاش‬‫غ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ُ‫ت‬‫و‬ُ‫م‬َ‫ي‬ َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ ُ‫ت‬‫و‬ُ‫م‬َ‫ي‬ ، ‫َّة‬‫ي‬ِ‫ع‬ َ‫ر‬ ُ َّ ‫َّللا‬ ِ‫ه‬‫ي‬ِ‫ع‬ ْ‫ر‬َ‫ت‬ْ‫س‬َ‫ي‬ ٍ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬َ‫م‬ ِ‫ه‬ِ‫ت‬ َ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫ج‬ْ‫ال‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ َّ ‫َّللا‬ َ‫م‬ َّ‫ر‬َ‫ح‬ ََِّ‫إ‬ ، Maksudnya: “Tiada di kalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.” Riwayat Imam al-Bukhari (7150) dan Muslim (142) Allah SWT befirman kepada Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS apabila berdepan dengan Firaun: ٰ ‫َى‬‫ش‬ ْ‫خ‬َ‫ي‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ُ‫ر‬َّ‫ك‬َ‫ذ‬َ‫ت‬َ‫ي‬ ُ‫ه‬َّ‫ل‬َ‫ع‬َّ‫ل‬ ‫ا‬‫ن‬ِ‫ي‬َّ‫ل‬ َ ْ‫و‬َ‫ق‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ َ‫و‬ُ‫ق‬َ‫ف‬ Maksudnya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata- kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Surah Taha: 44) Allah SWT berfirman: ِ‫ه‬ ‫ي‬ِ‫ت‬َّ‫ال‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ل‬ِ‫د‬‫ا‬َ‫ج‬ َ‫و‬ ۖ ِ‫ة‬َ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ْ‫ال‬ ِ‫ة‬َ‫ظ‬ِ‫ع‬ ْ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ة‬َ‫م‬ْ‫ك‬ ِ‫ح‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ َ‫ك‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ٰ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ُ‫ع‬ْ‫د‬‫ا‬ َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫د‬َ‫ت‬ْ‫ه‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫أ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ۖ ِ‫ه‬ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ن‬َ‫ع‬ َّ‫ل‬َ‫ض‬ ‫ن‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫أ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫ك‬َّ‫ب‬ َ‫ر‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ ُ‫ن‬َ‫س‬ ْ‫ح‬َ‫أ‬ َ‫ن‬
  • 18. Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Nahl: 125) Kekerasan akan dibalas dengan kekerasan dan ia tidak akan memberi manfaat, malah yang disebaliknya akan berlaku. Ia akan memberi kesan yang lebih buruk kepada umat Islam. Antara Contoh Nasihat Ulama  Nasihat Ibn al-Wasiti Di dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah, jilid ke-12, Imam Ibn Kathir meriwayatkan bahawa Sultan Nuruddin Mahmud, salah seorang sultan Islam yang sentiasa melakukan qiyamullail pada malam hari dan berpuasa pada siang hari. Bahkan Imam Ibn Taimiyah pernah mengatakan tentang sultan ini; “Semoga Allah merahmati sultan yang satu ini.” Sultan Nuruddin ini ditimpa oleh masa-masa kritis dan kelalaian, tatkala dia meminta kehadiran bala tenteranya di Damsyiq dan telah dilaksanakanlah pesta secara besar-besaran yang dihadiri oleh para amir (gabenor), para menteri, dan para panglima, serta khalayak ramai dan penduduk Damsyiq dalam suasana yang sangat ramai dan pesta yang sangat meriah. Ketika perayaan ini selesai, salah seorang ulama Islam yang bernama Ibn al-Wasiti masuk dengan pakaian sederhananya. Dia berdiri di hadapan sultan, lalu ia berkata: “Wahai sultan yang agung, dengarkanlah dengan baik terhadap janji Allah, Maha Raja Langit dan bumi.” Tiba-tiba orang ramai terdiam dan berhenti berpesta, mereka menunggu apa yang akan di ucapkan syeikh besar ini. Tuan syeikh itu
  • 19. berbicara kepada sultan ketika dia berada di atas singgahsana kerajaannya: Wahai manusia yang tertipu, anggaplah dirimu, Kini berada pada hari kiamat dan langit bergoncang, Jika dikatakan: Nuruddin datang berserah diri, Hati-hatilah engkau datang tanpa memiliki nur (cahaya). Rakyat Cerminan Pemimpin Hal ini sepertimana yang dinyatakan oleh Saidina Umar: ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ك‬‫و‬ُ‫ل‬ُ‫م‬ ِ‫ن‬‫ي‬ِ‫د‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫َاس‬‫ن‬‫ال‬ Maksudnya: “Manusia adalah berdasarkan agama (cara hidup) pemimpinnya.” Ucapan ini adalah menepati realiti kemasyarakatan dan inilah yang berlaku dalam kebanyakan kehidupan manusia. Justeru, dengan baiknya, pemimpin yang menjadi suri teladan, maka sudah barang tentu akan memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat dan orang bawahannya. Pernah terjadi, rakyat di zaman Umar bin Abdul Aziz begitu kuat taat dan Qiamullail. Ini kerana kesan daripada beliau sendiri yang cintakan Qiamullail. Justeru, sesungguhnya pemimpin benar-benar dapat mempengaruhi rakyat dan mereka begitu gembira melakukan amalan mengikut apa yang dilakukan oleh ketua mereka. Dalam satu kisah seorang pengembara melalui kawasan lereng bukit dan mendapati banyak anjing yang menjaga kambing-kambing. Kemudian diberitahukan kepadanya, bukannya anjing tetapi serigala yang bermain
  • 20. dengan sekumpulan kambing. Lantas beliau berkata: “Alangkah ajaibnya dan ini sudah pasti menunjukkan yang pemerintah negeri ini seorang yang adil sehingga serigala merasa kenyang dengan rezekinya dan kambing merasa selamat walaupun berhampiran dengan serigala.” Pada ketika itu, negara Islam diperintah oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sememangnya terkenal dengan keadilan dan kewibawaan beliau. Perkara yang Wajib Dijauhi oleh Pemimpin Antara perkara yang semestinya dijauhi ialah:  Zalim Ia bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempat. Lebih parah daripada itu menzalimi dan menganiayai rakyat jelata dan orang bawahan mereka. Diriwayatkan bahawa Ibnu Taimiyyah pernah menyebut: Keadilan adalah asas kerajaan dan sesungguhnya Allah menegakkan negara yang adil sekalipun kafir dan tidak menegakkan negara yang zalim sekalipun Islam. Hal ini, dapat dilihat apabila negara barat yang cuba mengamalkan demokrasi tulen dapat menegakkan keadilan, boleh bertahan begitu lama. Sebaliknya, pemerintah yang zalim tumbang satu persatu kurang daripada 50 tahun seperti yang berlaku di negara-negara Arab pada masa kini.  Khianat Allah amat membenci pemimpin yang mengkhianati hak rakyat kerana sudah pasti berlaku kepincangan dan keadilan dalam pemerintahan. Golongan pengkhianat biasanya akan mengundang pelbagai natijah buruk dan tidak baik. Hal ini berlaku di dunia lagi dan kadang-kadang sebelum menuju ke usia tua. Biasanya pengkhianatan berlaku kerana sedikit kepentingan duniawi yang dirasakan miliknya dan dia berhak untuk memperolehi kerana peluang terbuka dengan luas. Sesungguhnya
  • 21. ancaman Allah serta amarannya kepada pemerintah yang khianat melalui lisan Rasul-Nya begitu tegas.  Tamak Perpatah arab menyebut sifat tamak adalah tidak kenyang dan sentiasa mahukan hak dan harta benda, sekalipun telah mendapat gaji yang besar dan lumayan. Termasuklah aktiviti perniagaan. Justeru, Umar Ibn Abdul Aziz menegah gabenor dan pegawai kerajaan daripada terlibat dengan aktiviti perniagaan. Beliau menghantar surat kepada gabenornya dengan menegaskan bahawa pemimpin, gabenor atau pegawai kerajaan tidak boleh sama sekali melakukan sebarang aktiviti perniagaan. Ini kerana akiviti tersebut akan menyebabkan mereka sibuk dengan perniagaan dan akan berlakunya pilih kasih serta mendapat habuan daripada sumber yang kurang elok. Beliau menganggap hal ini sebagai suatu tindakan yang paling besar dan jika dibiarkan akan boleh membawa kepada rosaknya pentadbiran dan pelbagai implikasi yang malang akan timbul. Hal ini diakui oleh Ibn Khaldun selepas lapan kurun melalui kenyataan yang benar dan hikmah yang tinggi nilainya, iaitu: “Sesungguhnya perniagaan daripada pemerintah boleh membawa mudharat terhadap rakyat dan menyukarkan berkenaan dengan hasil atau percukaian.” (Lihat Tarikh Ibn Khaldun, 1/346) Sepuluh Asas Menjaga Kepentingan Rakyat Dinyatakan di sini dari buku Sistem Politik Islam oleh Khalid Ali Muhammad Al-Anbary:  Apabila sesuatu perkara berlaku kepada orang ramai, dia hendaklah menganggap dirinya sebagai rakyat dan pemerintah ialah orang lain.
  • 22. Setiap sesuatu yang tidak disukai untuk diri sendiri juga mesti dielakkan daripada orang lain.  Jangan menganggap penantian seseorang yang memerlukan untuk mendapatkan pertolongan daripadanya sebagai satu kehinaan kerana Allah SWT telah memerintahkannya menyegerakan bantuan kepada yang memerlukan.  Jangan menghabiskan waktunya untuk kepuasan syahwat dan mesti berusaha agar sebahagian besar waktunya adalah untuk mentadbir hal ehwal kerajaan serta rakyat.  Berusaha sedaya upaya agar sesuatu perkara itu diperolehi dengan mudah dan penuh kemesraan. Rasulullah SAW telah berdoa untuk para umara’ dengan bersabda: “Ya Allah! Barang sesiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umatku dan dia menyusahkan mereka maka engkau sukarkanlah urusan mereka tetapi sesiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umat ku dan dia memudahkan mereka maka Engkau mudahkanlah urusannya.”  Berusaha sekadar tenaga dan kemampuannya untuk memperolehi kepercayaan dan restu rakyat terhadapnya berteraskan nilai-nilai syarak.  Jangan berusaha mendapat restu seseorang sehingga melanggar keredaan Allah SWT dan hendaklah mendahului tuntutan syarak terhadap kepentingan dirinya.  Sekiranya rakyat memerlukan hukuman, maka hendaklah berlaku adil tetapi sekiranya mereka memohon simpati maka hendaklah mengampunkan mereka dan tidak mengingkari sekiranya berjanji kepada mereka.  Berusaha merapati para ulama yang muttaqin (bertakwa) dan soleh untuk mendengar peringatan serta nasihat mereka.  Bersungguh meninggalkan sifat bermegah, bongkak dan garang.  Memastikan bukan sahaja dirinya tidak melakukan kezaliman tetapi juga perwakilan, anggota tenteranya serta semua yang dibawah
  • 23. pentadbirannya kerana kesan daripada kezaliman akan mempercepatkan keruntuhan sesebuah kerajaan.  Kemudian beliau berkata: Para raja mestilah memuliakan serta didekati oleh para pemikir dan pentadbir yang beragama, menerima nasihat serta syafaat mereka melalui mesyuarat dan perbincangan bersama mereka kerana ia boleh mengukuhkan kedudukan negara. Selagi mana sepuluh asas tersebut dipelihara dalam pemerintahan, maka kekuatan kerajaan, kemakmuran serta keamanan akan semakin bertambah dan menghasilkan kesan yang positif serta keadilan yang boleh menundukkan hati-hati manusia. Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Pada kesempatan ini suka kami tegaskan bahawa politik baru memerlukan satu tajdid siyasi yang lebih munasabah, bertanggungjawab, amanah, dan utamanya tuntutan Allah. Pernah suatu ketika Fatimah, isteri Umar bin Abdul Aziz ditanya apakah kelebihan Khalifah Umar bin Abdul Aziz? Dia menjawab: “Beliau bukanlah lebih kuat daripadamu bangkit di tengah malam dan banyak berpuasa tetapi sebenarnya dia lebih takut kepada Allah daripadamu.” Inilah yang kita cari, pemimpin yang takut kepada Allah, bukan takut kehilangan kuasa dan jawatan. Sudah sampai masanya kita meninggalkan politik balas dendam, seperti anjuran Baginda SAW saat kota Mekah dibuka pada tahun 8H. Baginda SAW bertanya kepada mereka: “Apakah yang kamu sangka aku lakukan kepada kamu?” Jawab mereka: “Saudara yang mulia daripada anak saudara yang mulia.” Lantas Baginda bersabda: “Pergilah kamu semua dalam keadaan yang bebas.”
  • 24. Inilah pemimpin yang berjiwa besar tanpa berasa hati dan dendam kesumat. Dan inilah sejarah yang patut ditulis dengan tinta emas, sikap dan sifat yang dipamerkan oleh manusia agung seperti Rasulullah SAW ini. Para ulama yang benar-benar ikhlas tanpa melihat kepada kepentingan diri, sedikit habuan dunia untuk diperolehinya perlu ada dalam mengimbangi politik suci dan bersih. Sebagai contoh zaman salaf al-soleh terlalu ramai tokoh yang benar-benar ikhlas menasihatkan kepada pemerintah seperti yang dilakukan oleh Raja’ bin Haiwah, Abu Hazim al- A’raji, Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud, Ata’ bin Abi Rabah, Tawus bin Kaisan dan ramai lagi. Sudah sampai masanya pemilihan calon yang akan meneraju kepimpinan adalah dari kalangan yang benar-benar menepati syarat yang telah ditetapkan oleh Islam antaranya kuat, berilmu, dan beramanah. Inilah yang disebut oleh seorang anak perempuan kepada bapanya: ُ‫ن‬‫ي‬ِ‫م‬َ ْ ‫األ‬ ,‫ي‬ِ‫و‬َ‫ق‬ْ‫ال‬ َ‫ت‬ ْ‫ر‬َ‫ج‬ْ‫أ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬ ِ‫ن‬َ‫م‬ َ‫ْر‬‫ي‬َ‫خ‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". (Surah al-Qasas: 26) Al-Maraghi berkata: “Tidak syak lagi, dakwaan wanita itu merupakan dakwaan yang padu dan mengandungi hikmah. Ini disebabkan kedua-dua sifat ini, iaitu kepercayaan dan kekuatan, jika ada pada setiap pekerja, maka dia akan mendapat keuntungan dan keberhasilan.” (Lihat Tafsir al- Maraghi, 10/5127) Dalam istilah kontemporari, al-Amin juga boleh di rujuk sebagai integriti. Manakala al-Qawiy sebagai kompetensi. Dengan sifat profesional, seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam
  • 25. melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang-bidang pengurusan, pentadbiran, pendidikan, dan lain-lain. Ketika itu, insha Allah akan tertegaklah negara yang diturunkan berkat oleh Allah dari langit dan bumi. Seterusnya ia layak mendapat gelaran ‘Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.’ Penutup Pernah suatu ketika rakyat Saidina Ali bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kenapa zaman kamu tidak sepertimana zaman Umar R.A, di mana rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai penuh ketaatan kepada Allah SWT?” Jawab Saidina Ali: “Zaman Umar, rakyatnya adalah seperti aku. Sedangkan zaman aku, rakyatnya seperti kamu.” Hubungan rakyat dengan pemerintah adalah hubungan dua hala; kewajipan pemerintah ke atas rakyat adalah berlaku adil ke atas mereka dan memelihara hak-hak mereka, manakala rakyat pula wajib memberikan kerjasama yang baik dalam sama-sama membangunkan negara dengan mentaati peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Semoga kita semua beroleh kefahaman berkenaan dengan isu sistem politik dalam Islam dan kita dikurniakan ilmu dan kefahaman yang jelas dalam menjalan titah perintah-Nya sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Amin. Nota Hujung: [1] Beliau ialah Badiuzzaman Said Nursi bin Mirza. Beliau dilahirkan pada tahun 1877 Masihi bersamaan 1294 Hijrah di sebuah kampung bernama Nurs, sebuah perkampungan kecil di daerah Khizan (Hizan) dalam wilayah Bitlis di Timur Turki. Beliau juga terkenal dengan panggilan ‘Said al-Nursi’
  • 26. merujuk kepada tempat kelahirannya (desa Nurs). “Badiuzzaman” merujuk kepada panggilan atau gelaran terhormat yang diberikan oleh syeikh muktabar kepada beliau atas keupayaan luar biasa beliau dalam menghafal dan mengingati sesebuah buku dalam masa yang singkat, di samping kemahiran berfikir serta kekayaan ilmu yang ada pada diri beliau. [2] Syeikh Mustafa Sabri dilahirkan pada tahun 1869 di bandar Tokat yang terletak di kawasan Anatolia Laut Hitam. Zaman kelahiran beliau adalah zaman yang menyaksikan Khilafah Othmaniyyah sedang merudum runtuh oleh seribu satu sebab yang ada pada masa itu. Pada tahun 1908, Syeikh Mustafa Sabri telah menjadi wakil rakyat bagi bandar Tokat di Meclis-i Mebusan iaitu Parlimen Kerajaan Othmaniyyah. Jawatan ini terhasil selepas kelantangan beliau menyuarakan pendapatnya di Majlis Tempatan Tokat, kampung halaman kelahiran beliau. Apabila Parti Hürriyet ve İtilaf memperolehi kuasa pemerintahan pada tahun 1919, kerajaan telah dibentuk di bawah kepimpinan Damad Farid Pasha. Syeikh Mustafa Sabri telah dilantik pada tahun 1920 menjadi Syeikh al-Islam. Mustafa Sabri kemudiannya dikenali sebagai Syeikh al- Islam Mustafa Sabri Efendi (gelaran Efendi diberikan mengikut tradisi kerajaan Othmaniyyah kepada ilmuan agama). Semasa Perdana Menteri ketika itu melawat Paris bagi menghadiri suatu perhimpunan di sana, Mustafa Sabri telah dilantik sebagai pemangku yang mempengerusikan kerajaan. Semasa inilah pertembungan pendapat dan perbezaan fahaman telah meruncing di antara Mustafa Sabri dengan menteri-menteri yang lain sehingga beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Syeikh al-Islam dan kemudiannya menubuhkan partinya sendiri yang juga dikenali sebagai Parti Hürriyet ve Itilaf tetapi Mu’tadil iaitu yang sederhana dan adil. (Lihat Pedang Ummah di Ambang Jatuhnya Khilafah: Mustafa Sabri oleh Hasrizal Abdul Jamil) [3] Menurut pendakwah terkenal masa kini, Dr Tariq Suwaidan, kepimpinan adalah kebolehan dalam menggerakkan orang lain ke arah
  • 27. matlamat (yang ditetapkan). Menurut beliau, terdapat lima cara utama untuk menggerakkan mereka, iaitu:  Beri dorongan (seperti dengan kedudukan, wang, syurga dan sebagainya).  Gunakan ancaman (seperti jika tidak melakukan sesuatu perkara ini, kamu akan didenda). Pekerja akan memberi respon terhadap ancaman.  Gunakan teknik pengucapan yang baik.  Kebolehan untuk mempengaruhi dan meyakinkan.  Dengan menjadi contoh ikutan yang baik. (Lihat What Is Leadership? oleh Dr Tareq al-Suwaidan) [4] Abu Hamid al-Ghazali yang juga dikenali sebagai Algazel di Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta disepakati oleh para ulama' sebagai al-mujaddid untuk kurunnya. Nama penuhnya Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad, dan nama gelaran nisbahnya al-Ghazali al-Tusi. Nama panggilannya (kunyah) pula Abu Hamid. Di antara nama-nama gelaran lain yang telah diberikan kepadanya ialah Hujjatul-Islam, Siraj al- Mujtahidin dan Zain al-'Abidin. (Lihat Wikipedia Ensiklopedia Bebas) [5] Imam al-Mawardi dilahirkan di Basrah pada tahun 364 Hijrah. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sememangnya cinta kepada ilmu pengetahuan. Sejarah telah menunjukkan bahawa al-Mawardi pernah dilantik memegang jawatan kadi di beberapa buah negeri seperti di Kurat, di negeri Naisaburi sehingga beliau digelar Qadi al-Qudha. Al-Mawardi merupakan seorang ulama yang terulung dan faqih bermazhab Syafie. Beliau dianggap sebagai pemikir dan tokoh politik kenegaraan yang paling menonjol semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Beliau juga alim dalam bidang tafsir, usul fiqh dan ilmu kemasyarakatan. Al-Subki telah menyifatkannya dalam Tabaqat al-Syafieyah al-Kubra sebagai seorang
  • 28. ulama yang telah mencapai tahap keilmuan yang tinggi, merupakan tokoh mazhab yang terkenal dan pakar dalam segala bidang ilmu. [6] Nama beliau Abd al-Malik ibn Abi Muhammad Abdillah bin Yusuf bin Abdillah bin Yusuf bin Muhammad bin Hayyawiyyah al-Juwainiy dan kunniyah beliau adalah Abu Ma’aliy. Al-Juwainiy adalah nisbah kepada Juwain iaitu salah sebuah kampung yang terletak di Naisabur. Beliau telah lahir pada awal tahun 419 Hijrah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi. Tambahan pula, beliau bermazhab al-Syafi’e dan beraqidah ahli sunnah. Adapun, antara gelaran beliau yang masyhur adalah al-Faqih al- Syafi’e, Dhiya’ al-Din dan beliau juga dikenali sebagai Imam al-Haramain iaitu imam dua tanah haram (Makkah dan Madinah). Ini kerana, beliau menetap di Haramain ketika keluar dari kampung halamannya ke al-Hijaz iaitu di Makkah dan Madinah selama empat tahun mengajar dan memberi fatwa. (Lihat Siyar a’lam al-Nubala’, 14/17) Antara pujian yang diberikan kepada Imam al-Haramain ialah daripada Al- Qadhi Abu Said al-Tabari yang berkata: “Beliau adalah imam di Khurasan dan Iraq, disebabkan kelebihannya dan terkehadapannya dalam bermacam-macam jenis cabang ilmu.” Syeikh Abu Ishak al-Syirazi memujinya dengan menyebut: “Wahai pemberi manfaat terhadap orang- orang di timur dan barat. Telah mendapat manfaat daripada ilmumu generasi terawal dan kemudian.” [7] Sebenarnya wajib tersebut tertawaqquf berdasarkan syarat, jika terhasilnya syarat maka wajiblah. Jika tidak, maka tiada suatu pun yang akan diwajibkan ke atas mukallaf seperti firman Alah SWT, yang mafhumnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” Maka wujudnya haji disyaratkan dengan kemampuan iaitu cukup bekalan dan kenderaan yang menyampaikan ke Mekah dengan selamat. Siapa yang tertahqiq syarat tersebut maka wajiblah haji. Sebaliknya siapa yang tidak mampu, maka tidak wajib ke atasnya. Maka
  • 29. jadilah ia seperti mukaddimah atau permulaan kewajiban bukan sebagai kewajiban. (Lihat al-Bahr al-Muhit, 1/223) [8] Dr. Khalid Ali Muhammad al-Anbari di dalam kitabnya Sistem Politik Islam berkata: Sesiapa yang tidak memiliki sifat tersebut akan jatuh ke dalam gaung kesesatan dan kejahilan serta mengikut hawa nafsu mereka dan ini akan memberi kesan terhadap perintah Allah SWT dan hamba- Nya. Ini kerana orang yang tidak bersifat adil dan wara’ tidak akan mempedulikan arahan al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga dia tidak akan menghiraukan urusan orang ramai kerana dia telah dilantik untuk menguruskan hal ehwal mereka, serta melaksanakan hukum amar ma’ruf dan nahi munkar kepada mereka.