BINCANGKAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PENGENALAN

Sesebuah negara boleh dikatakan sebagai n...
DEFINISI POLITIK

³Politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsipprinsip dan disiplin-di...
realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan
undang-undang yang bersifat teori dan tidak...
Dari sudut pandangan Islam, politik ialah menjaga urusan umat di dalam dan
di luar negara dengan cara yang tidak menyalahi...
Oleh itu, Perlembagaan negara Islam mesti menyatakan bahawa mana-mana
undang-undang pentadbiran terbatal apabila ia berten...
Kepimpinan (leadership) Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh ideal dan
praktikal semestinya diikuti oleh umat manusia. Kerana...
yang bijaksana dan kaedah-kaedah yang teliti bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah
dan Al-Ijmak¶ serta Ijtihad.

Mana-mana agen...
Maksudnya:
³Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan jangan...
menyusun dan menentukan segala dasar-dasar dan kaedah-kaedah terperinci
mengenai pemerintahan negaranya mengikut kesesuaia...
Hukum dalam Islam adalah hak Allah s.w.t sahaja yang tiada kompromi.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:
Katakanlah: "Sesung...
Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:
³Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana
bahagian dari agama ...
Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:
³Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan...
memberi pengajaran kepada orang lain serta sesuai dengan kesalahan yang
dilakukan.

Berkenaan dengan undang-undang muamala...
Al-Sunnah ( Hadis syarif dan sirah Nabi )

Sumber kedua dalam pemerintahan Islam ialah Al-Sunnah. Di dalam al-Quran telah
...
Firman-Nya lagi:

Maksudnya:
³Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka
terimalah serta am...
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

³Hendaklah kamu berpegang dengan jemaah. Sesungguhnya Allah tidak akan
mengumpulkan um...
Ijtihad

Sumber keempat dalam pemerintahan Islam ialah Ijtihad. Ijtihad didefinisikan sebagai
berusaha mengkaji dalil-dali...
Ijtihad dalam siasah syar¶iyyah ialah termasuk mengambil manfaat daripada
pengalaman orang bukan Islam dalam sistem dan pe...
Aqidah
Politik dan pemerintahan Islam adalah berlandaskan kepada akidah tauhid (Allah
yang satu) dan menolak syirik (menye...
dalam perkara politik. Bagi mereka, kesalahan seperti rasuah dan lain-lain adalah di
dalam urusan pemerintahan yang hanya ...
Ayat ini bermaksud, pemimpin secara individu atau kerajaan yang berkuasa
mengadakan undang-undang dan peraturan di dalam p...
Dalam dunia moden, ada golongan menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh
rakyat dengan nama demokrasi iaitu mereka yang meni...
Firman Allah swt:

Maksudnya:
³Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu
menamakannya, kamu...
³Dan sesungguhnya apa-apa perkara yang berlaku di kalangan mereka yang terlibat
di dalam perjanjian ini, yang dibimbangi b...
Mari kita kaitkan pernyataan di atas dengan apa yang berlaku di negara kita
masa kini. Hukum hudud tidak dapat dilaksanaka...
Sistem Rabbani

³Sistem politik Islam itu ialah sistem Rabbani yang mana asas-asas, peraturanperaturan dan hukum-hukumnya ...
Sistem Akhlak

Sistem politik Islam tegak di atas kemurnian akhlak serta menghormati hak-hak asasi
manusia. Sistem ini men...
Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
³Allah tidak melarang kamu daripada berlaku adil kepada orang yang tidak
memerangi kamu ke...
Sistem Yang Lengkap dan Menyeluruh

Sistem pemerintahan Islam merupakan sistem yang lengkap dan menyeluruh. Ini
dinyatakan...
Selain itu ia juga meliputi peraturan hubungan antarabangsa yang perlu diikuti
samada dalam peperangan mahupun perdamaian....
Islam sehingga menjadi Istimewa jika dibandingkan dengan ideologi atau sistem
politik lain.22

Prinsip utama politik Islam...
kebenaran. Melalui musyawarah, akan berlakulah perbincangan dan percambahan
buah fikiran seterusnya pemerintah akan mendap...
Nabi Muhammad s.a.w. dikelilingi oleh para sahabat yang berwibawa menjadi
ahli mesyuarat dan menerima pandangan rakyat bia...
Dalam konteks sebuah negara, sumber kedaulatan dalam politik Islam tidak
terletak samada kepada pemerintahan (pemimpin) da...
logik akal. Perkara yang sudah jelas hukumnya haram dan dinyatakan di dalam al
Quran dan hadis, masih mahu dibincangkan. K...
Maksudnya:
³Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimany...
³Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
(Islam) daripada kesesatan (kufur).´

(Surah...
Persamaan

Dalam kontek politik Islam, persamaan bermaksud semua orang dalam kerajaan
mempunyai tanggungjawab serta hak-ha...
Dalam pentadbiran kerajaan Islam, rakyat bukan Islam juga mempunyai hak
yang sama sebagaimana mereka yang beragama Islam. ...
DEMOKRASI DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang
dan stru...
sejarah akibat kedangkalan ilmu atau perbuatan mereka yang tidak ikhlas serta
mengejar dunia kerana nafsu.

Antara perkara...
Politik dan pemerintahan Islam adalah bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan
Ijmak. Ijmak ditakrifkan sebagai persepakatan a...
mempunyai hak untuk bersuara secara langsung dalam sidang tersebut, suara
mereka diwakili oleh ahli perwakilan yang dikena...
belakang agama yang mantap. Satu cara pengukuran mesti ditentukan untuk
mengukur sejauh mana populariti seseorang calon ke...
rakyat hanya akan dipenuhi selagi kehendak mereka itu tidak terkeluar dari landasan
hukum yang ditentukan Tuhan dan bukan ...
mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan keadilan, kesamarataan, penyatuan
dan syura berdasarkan kepada Al-Quran dan Sun...
Jika kita lihat dari sudut politik dan pemerintahan negara kita Malaysia,
undang-undang Islam merupakan undang-undang temp...
Namun begitu Pemerintahan Malaysia mewarisi Negara Islam kerana ketua negara ini
beragama Islam, Islam sebagai agama rasmi...
Pemimpin juga perlu bersedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu
pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama ...
BIBLIOGRAFI
1. Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian
Berhad, 2008.ms 2
2. Ibid. ms 2...
20. Dr. Khalid b Alia b Muhammad al-µAnbary, Sistem Politik Islam, Telaga Biru
Sendirian Berhad, 2008: ms 34
21. Ibid.ms40...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

51680580 bincangkan-politik-dan-pemerintahan-negara-menurut-perspek tif-islam-edit

1,434 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,434
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
34
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

51680580 bincangkan-politik-dan-pemerintahan-negara-menurut-perspek tif-islam-edit

  1. 1. BINCANGKAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PENGENALAN Sesebuah negara boleh dikatakan sebagai negara Islam apabila rakyat negara itu mengamalkan ajaran Islam dan melaksanakan semua tuntutan Islam tanpa berbelah bagi. Pemerintah dan rakyat negara Islam hendaklah menjatuhkan hukuman berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. serta berlaku adil dalam setiap perkara tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. Oleh itu, negara Islam haruslah mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam. Terdapat tiga ciri penting dalam menegakkan negara Islam. Ciri-ciri tersebut ialah syariat Islam yang mesti dipatuhi, rakyat yang melaksanakan syariat Islam tersebut dan pemerintah Islam yang menaunginya. Dalam membincangkan tajuk Politik dan Pemerintahan Negara Menurut Perspektif Islam, kita akan cuba memahami definisi politik dan pemerintahan terlebih dahulu. Seterusnya kita akan membincangkannya mengikut tajuk-tajuk kecil seperti Pengertian Politik Menurut Islam, Sumber-sumber Pemerintahan Islam, Asas-asas Pemerintahan Islam, Prinsip-prinsip Pemerintahan Islam dan Demokrasi Dari Sudut Pandangan Islam. 1
  2. 2. DEFINISI POLITIK ³Politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsipprinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk µilmu politik¶.´1 Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan. Politik Islam dikenali sebagai siasah syar¶iyyah yang membawa maksud mengurusi atau mengatur perkara mengikut syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Jadi, siasah (politik) tersebut bermaksud pengurusan dan pentadbiran orang yang diurus. Lalu, kata tersebut digunakan dalam pengurusan urusan-urusan manusia. Pihak yang melaksanakan urusan-urusan manusia tersebut dinamakan ahli politik (siasiyun). Dalam bahasa Arab, politik disebut Al-siasah yang bermaksud menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Al-siasah atau politik dari sudut istilah pula mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertiannya ialah mentadbir urusan negara. Politik merupakan satu ilmu atau kemahiran untuk memerintah negara. Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk ³ilmu politik´. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana dalam 1 Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008.ms 2 2
  3. 3. realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga pada pelaksanaan sebenar kekuasaan atau kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperoleh melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal yang tertentu.2 Pemimpin pula disebut sebagai ulil amri yang bertindak sebagai pengurus, pengatur dan penjaga kepada rakyatnya. Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan. Sistem politik terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan. PENGERTIAN POLITIK MENURUT ISLAM Rasulullah s.a.w menggunakan kata politik (siasah) dalam sabdanya yang bermaksud: ³Adalah Bani Ismail, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah, ³(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)3 2 3 Ibid. ms 2 Ibid. ms viii 3
  4. 4. Dari sudut pandangan Islam, politik ialah menjaga urusan umat di dalam dan di luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syar¶iyyah tidak hanya terhad kepada apa yang disebut oleh syarak, tetapi disyaratkan agar tidak menyalahi teks al-Quran, sunah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasardasar amnya. Ini bermakna sesiapa yang menyatakan bahawa politik ialah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan bertentangan dengan pandangan Islam. Kita perlu membina dan menambah undang-undang yang sesuai dengan zaman kita. Namun begitu, perlu diingatkan agar kita tidak mencipta undang-undang yang bertentangan dengan syariat Islam. Allah s.w.t berfirman : Maksudnya: ³Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.´ ( Surah al-Ahzab: Ayat 36 )4 4 http://quran.com/5 4
  5. 5. Oleh itu, Perlembagaan negara Islam mesti menyatakan bahawa mana-mana undang-undang pentadbiran terbatal apabila ia bertentangan dengan mana-mana teks syariat.5 PEMERINTAHAN ISLAM Dalam pemerintahan Islam, tujuan dan matlamat yang dicari adalah untuk menegakkan kebenaran antara rakyat dengan pihak pemimpin dan antara rakyat sesama rakyat hatta antara umat Islam dengan yang bukan Islam. Pada asasnya, seorang pemimpin itu hendaklah memainkan peranan penting dalam mendukung keadilan. Dengan itu orang awam akan menikmati hidup selesa di bawah payung kebenaran yang betul menepati teori dan amalan Islam.6 Ulil Amri ialah pemimpin tertinggi negara yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk mentadbir negara dengan adil dan saksama. Kuasa yang dimiliki oleh pemerintah merupakan satu amanah daripada Allah s.w.t yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya mengikut prinsip-prinsip pemerintahan Islam yang bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak serta Ijtihad. Pemimpin dalam pemerintahan Islam perlu mengetahui, memahami dan mengamalkan segala dasar ajaran Islam pada setiap masa dan tempat. 5 Minhaj al-Islam fi al-Hukm, ms. 75 Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil Amri di Malaysia, Institut kefahaman Islam Malaysia, ms xiv 6 5
  6. 6. Kepimpinan (leadership) Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh ideal dan praktikal semestinya diikuti oleh umat manusia. Kerana Nabi Muhammad s.a.w. adalah diutuskan untuk membimbing seluruh manusia, wilayah kepimpinann baginda meliputi alam sejagat seluruh dunia tidak dibatasi oleh sempadan ³geography´ atau sempadan peta, serta tidak pula dikhusus oleh satu-satu bangsa, kebangsaan dan Negara. Dengan demikian kepimpinan Rasulullah s.s.w. itu sifatnya sejagat. Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. ialah untuk seluruh umat manusia dan makhluk selain daripada manusia yang mempunyai tanggungjawab kerohanian dan berlaku untuk seluruh alam sejagat.7 SUMBER-SUMBER PEMERINTAHAN ISLAM Negara dan kerajaan ialah dua elemen pemerintahan yang berbeza tetapi saling bantu membantu antara satu sama lain. Tanpa satu daripadanya maka tidak akan wujudlah sebuah negara atau kerajaan. Terdapat berbagai sistem pemerintahan negara selain Islam iaitu sistem pemerintahan Barat atau demokrasi, Sistem pemerintahan Timur yang berasaskan kepada falsafah Mark dan Sistem pemerintahan diktator yang terletak di bawah kuasa individu tanpa apa-apa pengawasan ke atasnya. Namun sistem politik Islam sangat berbeza dengan semua itu. Sistem politik Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berasaskan dasar-dasar 7 Mohd Afandi Hassan, Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dabn Amalan Islam, Institut Tadbiran Awam Negara, 1992.ms 101 6
  7. 7. yang bijaksana dan kaedah-kaedah yang teliti bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah dan Al-Ijmak¶ serta Ijtihad. Mana-mana agensi manusia yang dibentuk untuk menguatkuasakan suatu sistem politik di sebuah negara Islam, tidak akan mempunyai kekuasaan atau kedaulatan sebenar, samada dalam pengertian undang-undang atau politik. Ini disebabkan agensi manusia sedemikian tidak mempunyai kedaulatan de jure dan kuasa mereka terhad dan dibatasi oleh undang-undang tertinggi, iaitu al-Quran dan sunnah yang tidak boleh diubah atau dihalang daripada dikuatkuasakan.8 Al-Quran Sumber utama dalam pemerintahan Islam ialah Kitab Allah s.w.t iaitu al-Quran alKarim. Namun begitu al-Quran hanyalah menyatakan dasar-dasar tetap dan kaedahkaedah umum tentang urusan-urusan negara. Firman Allah s.w.t 8 Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil amri di Malaysia,Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2004.ms105 7
  8. 8. Maksudnya: ³Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.´ ( Surah al-Ma¶idah: 49)9 Firman-Nya juga: Maksudnya: ³Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.´ ( Surah al-Nisa¶:105) Al-Quran tidak membincangkan secara terperinci semua cabang pemerintahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah sesebuah negara untuk 9 http://quran.com/5 8
  9. 9. menyusun dan menentukan segala dasar-dasar dan kaedah-kaedah terperinci mengenai pemerintahan negaranya mengikut kesesuaian semasa. Ini adalah untuk memberi peluang setiap umat menyesuaikan perincian dasar dan kaedah pemerintahan mengikut keadaan dan keperluan serta masalah masyarakat dan negara masing-masing berlandaskan dasar-dasar tetap dan kaedah-kaedah umum yang ditentukan oleh al-Quran. Kerajaan yang adil yang ditetapkan melalui dasardasar al-Quran, tidak akan membezakan antara rakyatnya. Firman Allah s.w.t yang menegaskan tentang keadilan antara lain ialah: Maksudnya: ³Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.´ (Surah al-Nisa¶:58) 9
  10. 10. Hukum dalam Islam adalah hak Allah s.w.t sahaja yang tiada kompromi. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan". ( Surah al An¶am:57 ) Dalam membuat undang-undang dan mengatur perundangan, pemimpin juga wajib berpandu kepada al-Quran. Perkara atau apa sahaja yang halal ialah apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Sementara apa yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Tidak ada sesiapapun boleh menukar atau memindanya dengan sebarang peraturan yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t.. 10
  11. 11. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: ³Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orangorang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.´ ( Surah al-Syura:21 ) Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: ³Sesungguhnya Kami telah turunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran, supaya kamu dapat menghukum antara manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepadamu.´ ( Surah al-Nisa¶:105 ) 11
  12. 12. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: ³Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.´ ( Surah al-Ma¶idah: 49 ) Dalam undang-undang jenayah, al-Quran tidak menentukan hukuman yang tertentu kecuali kepada lima jenis orang yang melakukan kesalahan, iaitu orang yang memerangi Allah dan rasulNya serta melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, orang yang membunuh tanpa hak, orang yang menuduh wanita-wanita yang suci dan baik sebagai penzina sama ada lelaki ataupun perempuan dan pencuri sama ada lelaki ataupun perempuan. Kesalahan-kesalahan lain diserahkan kepada pemimpin untuk menentukan hukumannya sesuai dengan persekitaran, menakutkan pesalah, 12
  13. 13. memberi pengajaran kepada orang lain serta sesuai dengan kesalahan yang dilakukan. Berkenaan dengan undang-undang muamalat pula, al-Quran menghalalkan jual beli, gadaian dan sewaan asalkan semua pihak yang terlibat saling reda-meredai. Al-Quran juga telah menyatakan tentang larangan muamalat yang boleh membawa kepada pergaduhan, Bagaimanapun persengketaan perincian tentang dan kebencian undang-undang seperti riba muamalat ini dan judi. menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menentukannya agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: ³Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.´ ( Surah al:Nisa¶:29 ) 13
  14. 14. Al-Sunnah ( Hadis syarif dan sirah Nabi ) Sumber kedua dalam pemerintahan Islam ialah Al-Sunnah. Di dalam al-Quran telah dinyatakan dengan jelas di dalam beberapa ayat. Firman Allah s.w.t.; Maksudnya: ³Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.´ ( Surah al-Nisa¶: 65 ) Firman-Nya juga: Maksudnya: ³Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah, supaya kamu beroleh rahmat.´ ( surah al-Nur : 56 ) 14
  15. 15. Firman-Nya lagi: Maksudnya: ³Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.´ ( Surah al-Hasyr: 7 ) Firman-firmanNya di atas menegaskan betapa perlunya merujuk kepada al-Sunnah. Apa yang dinyatakan di dalam al-Quran akan lebih jelas apabila kita mempelajari alSunnah. Sunnah menyebut banyak hukum yang tidak disebut dalam al-Quran. Kita tidak dapat memahami al-Quran melainkan kita memahami Sunnah kerana Sunnah yang suci adalah perincian bagi peraturan asas yang dinyatakan di dalam al-Quran. Kita perlu mengambil pengajaran daripada sirah Nabi kerana ia penuh dengan hukum-hukum keamanan, peperangan, politik, pemerintahan dan sebagainya. Al-Ijma¶ Sumber ketiga dalam pemerintahan Islam ialah Ijmak. Ijmak ditakrifkan sebagai persepakatan ahli-ahli mujtahid daripada kalangan umat Islam dalam sesuatu masa mengenai sesuatu hukum syarak tentang sesuatu perkara. 15
  16. 16. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: ³Hendaklah kamu berpegang dengan jemaah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umat Muhammad di atas kesesatan.´ Sabdanya lagi yang bermaksud: ³Segolongan daripada umatku sentiasa berada dan jelas di atas kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudaratkan oleh orang yang ingin merosakkan mereka dan tidak juga oleh orang yang menyalahi mereka sehingga hari kiamat.´ Berdasarkan hadis-hadis yang telah dinyatakan tadi maka menjadi kewajipan kepada orang yang mempunyai kuasa perundangan dalam negara Islam untuk membuat hukum, undang-undang dan sistem, berpandukan al-Quran, Sunnah dan ijmak umat terutamanya apa yang disepakati oleh Khulafa¶ al-Rasyidin dalam pelbagai isu perlembagaan dan undang-undang, kerana ia menggambarkan pelaksanaan Islam yang tepat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Irbad bin Sariah yang bermaksud: ³Hendaklah kamu berpegang dengan sunahku dan sunah Khulafa¶ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku. Peganglah ia sekuat-kuatnya.´ 16
  17. 17. Ijtihad Sumber keempat dalam pemerintahan Islam ialah Ijtihad. Ijtihad didefinisikan sebagai berusaha mengkaji dalil-dalil syarak untuk mengeluarkan hukum syarak mengenai perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang tidak ada nas dan ijmak mengenainya. Namun penggunaan sumber ijtihad adalah bersyarat. Antara syaratnya ialah hendaklah menguasai apa yang berkaitan dengan hukum hakam dalam al-Quran dan sunnah, mengetahui ilmu usul fiqh dan perkara-perkara yang diijmakkan dan ikhtilaf, hadis sahih dan daif, mengetahui maqasid syariah (matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu)10, menguasai bahasa Arab dan cara-cara qias yang banyak, antaranya qias, istishab (Mengukuhkan/menetapkan apa yang pernah ditetapkan dan meniadakan apa yang sebelumnya tiada)11, masalih mursalah dan sebagainya. Mashalih Mursalah - kemaslahatan-kemaslahatan yang terlepas dari dalil (tidak ada dalil mengakui dan menolaknya) : adalah kemasalahatan-kemaslahatan yang tidak disebut oleh nas syarak secara khusus ataupun disebut terhadap yang sejenisnya, tetapi nash-nash syarak secara umum menujukkan adanya kemaslahatan, kerana syarak datang untuk mendatangkan kemaslahatan dan menyingkirkan kerosakan. Dan inilah yang dijadikan dalil ketika tidak ditemukan dalil secara khusus menghukumi suatu permasalahan. Hanya saja ulama yang mengambil Mashalih al-Mursalah sebagai dalil, membatasi pada maslahat yang sesuai dengan Maqasid syar¶ie[ tujuan-tujuan syara' ] sahaja12. 10 http://fikqrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm 11 http://kcpkiainws.wordpress.com/2009/06/05/istishab http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-mursalah.html 12 17
  18. 18. Ijtihad dalam siasah syar¶iyyah ialah termasuk mengambil manfaat daripada pengalaman orang bukan Islam dalam sistem dan pentadbiran, sekiranya ia memberi keadilan kepada manusia, memperolehi kebaikan dan tidak bertentangan dengan teks syarak. Contohnya adalah seperti penubuhan jabatan-jabatan, mengenakan Kharaj (cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam)13 dan mengenakan hukuman penjara oleh Sayidina Omar. Hukum mengenai negara Islam dan perlembagaan Islam adalah Ijtihad para ulama. Hukum kedua-duanya: Bentuk rupa dan sifat negara Islam dan perlembagaan Islam bagi mana-mana negeri bukanlah hukum qat¶i yang ada nas yang jelas dan khusus mengenainya hukum wajib seperti solat, puasa dan haji serta lain-lain. Perkara Ijtihad yang diputuskan oleh mana-mana ulama mengenai perkara ini boleh diguna pakai dan tidak menyalahi hukum.14 ASAS-ASAS PEMERINTAHAN ISLAM Pemerintahan Islam ditegakkan berasaskan dua asas utama iaitu aqidah dan syariah. Kita akan membincangkannya secara berasingan berdasarkan dua asas tersebut. 13 14 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kharaj Abd. Manaf bin Hj Ahmad, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, Yayasan Dakwah Islamiah.ms 116 18
  19. 19. Aqidah Politik dan pemerintahan Islam adalah berlandaskan kepada akidah tauhid (Allah yang satu) dan menolak syirik (menyekutukan Allah). Ini bermakna kepercayaan kepada rukun iman adalah bermula daripada beriman kepada Allah Yang Maha Esa sehinggalah hari akhirat. Iman bermaksud kepercayaan kepada semua yang datang daripada Allah dan rasulNya. Iman mengikat antara roh dan jasad supaya pemimpin dapat mengendalikan tanggungjawab kepimpinannya sebagai ibadah yang mewajibkannya tunduk dan patuh kepada Allah dan rasul serta menggunakan kebijaksanaan menangani perubahan dengan cara yang betul. Aqidah Islam menegakkan tauhid (Allah yang satu) dan menolak syirik (menyekutukan Allah) menjadi prinsip pertama kepada seluruh ajaran Islam. Akidah Islam menjadi syarat pertama sahnya sesuatu amalan bagi diterima oleh Allah menjadi amal salleh yang dijanjikan ganjaran pahala dan kurnia di Hari Kiamat. Akidah Islam menjadi prinsip kepada sesebuah negara itu apabila didirikan, kerana urusan politik juga berada di bawah senarai perintah Allah yang wajib diimani dan diamal mengikut hukum Allah dan dihisab pada hari kiamat.15 Akidah tauhid mewajibkan ibadah dalam aspek hukum yang berkait dengan urusan pemerintahan dan pemerintahan negara. Segala pelanggaran akidah akan mendapat balasan dosa. Ini berbeza dengan prinsip pentadbiran selain Islam contohnya negara sekular ala-Barat yang tidak ada perhitungan dosa atau pahala 15 Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008. ms 22 19
  20. 20. dalam perkara politik. Bagi mereka, kesalahan seperti rasuah dan lain-lain adalah di dalam urusan pemerintahan yang hanya kesalahan undang-undang manusia sahaja, melibatkan hukuman dunia dan bukannya hukum Allah serta tidak diadili semula di akhirat kelak. Firman Allah: Maksudnya: ³Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orangorang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.´ ( Surah al-Syura:21 ) 20
  21. 21. Ayat ini bermaksud, pemimpin secara individu atau kerajaan yang berkuasa mengadakan undang-undang dan peraturan di dalam perkara dan urusan yang tidak diizin oleh Allah. Dalam erti kata lain, memberi kuasa kepada mereka dengan mutlak adalah juga amalan syirik (menyengutukan Allah) yang besar dosanya dan membatalkan iman serta amalannya tidak sah.16 Jika kita fahami maksud ayat di atas dan kita bandingkan dengan isu semasa yang berlaku di negara kita iaitu pengeluaran lesen penjualan arak dan perjudian secara berleluasa oleh kerajaan yang memerintah negara ini yang kononnya sebuah negara Islam adalah jelas bertentangan dengan sistem pemerintahan Islam. Sesungguhnya sistem Islam ini tegak berasaskan akidah. Akidahlah yang merupakan sumber ke arah penglihatan dunia dan kehidupan ini. Sistem politik Islam tidak dapat menerima bila sesebuah negara itu ditegakkan berdasarkan bangsa tertentu, warna kulit mahupun kedudukan geografi, kerana penerimaan terhadap pengelasan yang sedemikian itu bertentangan dengan konsep global dan keluasan serta kesyumulan risalah Islam itu sendiri. Ikatan yang dapat mengumpul kesemua anak watan dan penduduk sesuatu negara adalah akidah tanpa memandang kepada asal keturunan dan etnik, bangsa dan warna kulit. Hubungan melalui ikatan inilah yang bersesuaian dengan kemuliaan manusia itu sendiri dan ikatan yang seumpama inilah perlu diperkukuhkan berbanding dengan ikatan-ikatan lain seperti ikatan keturunan dan kekeluargaan. 16 Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, Pts Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2007.ms 23 21
  22. 22. Dalam dunia moden, ada golongan menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh rakyat dengan nama demokrasi iaitu mereka yang menipu rakyat dan menggunakan wang rasuah bagi mendapat kuasa dan menunjukkan mereka berkuasa. Apabila berkuasa, mereka menindas dengan menggunakan nama undang-undang yang diluluskan di parlimen serta alasan kuasa yang diberi oleh rakyat. Akibatnya timbullah perasaan tidak puas hati rakyat yang merasa tertindas dan lahirlah puak-puak atau parti-parti politik yang digelar pembangkang. Dalam kontek negara Malaysia, umat Islam di Malaysia percaya kepada Rukun Iman yang enam dan melaksanakan amal ibadat yang difardukan di dalam Rukun Islam yang lima, malah menunai dan melaksanakannya mengikut peredaran masa dan keperluan ummah selari dengan tamadun Islam dari zaman berzaman.17 Syari¶ah Ketinggian syari¶ah Islam menjadi perlembagaan dan sumber perundangan yang berkuasa kepada pihak pemerintah. Ia juga adalah rukun penting kepada dasar dan objektif politik Islam. 17 Abd. Manaf bin Haji Ahmad, Negara Islam Satu Analisa Perbandingan,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.2004.ms 34 22
  23. 23. Firman Allah swt: Maksudnya: ³Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.´ (Surah Yusuf : 40) Apabila Nabi Muhammad mengistiharkan kerajaan Islam di Madinah, dinyatakan dengan jelas di dalam Sofihah Madinah (Piagam Madinah)18 yang bertulis dan diterima oleh masyarakat majmuk yang menetap di dalamnya. Turut serta adalah masyarakat Yahudi dan musuh-musuh Islam yang pada awalnya bermusuh dengan orang-orang Islam tetapi akhirnya mereka menerima kewujudan kuasa pemerintahan Islam. Antaranya dinyatakan dalam hadis yang bermaksud: 18 http://tanbihun.com/kajian/analisis/piagam-madinah/ 23
  24. 24. ³Dan sesungguhnya apa-apa perkara yang berlaku di kalangan mereka yang terlibat di dalam perjanjian ini, yang dibimbangi boleh merosakkannya maka hendaklah dirujukkan kepada Allah (al-Quran) dan Nabi Muhammad saw.´ Kuasa tertinggi syariat Islam yang menjadi prinsip politik ialah yang teguh bagi menjamin tertegaknya keadilan tanpa mengongkong akal dan pengalaman manusia dalam perkara yang baik serta memberi maslahat. Ia tidak boleh dihanyutkan oleh kerajaan yang zalim atau pemimpin yang jahil. Syariat memelihara rukun penting bagi kehidupan manusia seperti agama, nyawa, maruah, keturunan dan harta. Ini selaras dengan fitrah ciptaan Allah bagi manusia itu dengan menyeluruh yang merangkumi aspek jasad, roh, individu, masyarakat dan hubungan mereka dengan makhluk yang lain. Perkara yang hanya boleh dipenuhi oleh ilmu Allah yang tidak terhingga dan tidak mampu ditanggung oleh ilmu manusia yang terbatas. Dalam urusan kehidupan manusia, Allah menegaskan hukum seperti halal dan haram, hukuman deraan qisas dan hudud dalam perkara jinayah dengan kawalan menjamin keadilan dan hak semua pihak. Dalam dunia hari ini kebenaran kuasa Allah terbukti apabila terbongkarnya kelemahan undang-undang ciptaan manusia dengan menolak hukum Allah. Ini termasuklah cara mengatasi masalah sosial, maksiat dan jenayah berat sehingga keadaan semakin parah.19 19 Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, PTS PUBLICATION SDN BHD.2007. ms 24-27. 24
  25. 25. Mari kita kaitkan pernyataan di atas dengan apa yang berlaku di negara kita masa kini. Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana tidak diluluskan oleh kerajaan yang memerintah yang mengaku kerajaan Islam. Kerajaan teragak-agak dalam melaksanakan hukuman terhadap penzina dan peminum arak yang jelas haram hukumnya. Pelaku kesalahan-kesalahan ini malah diberi pembelaan dan perlindungan. Contohnya, cadangan mewujudkan pusat perlindungan untuk anakanak luar nikah di negeri Melaka. Tidakkah kita terfikir bahawa perkara ini akan menggalakkan perlakuan zina dan kelahiran anak-anak luar nikah yang akan merosakkan nasab keturunan pada masa hadapan. Bukankah ini akan menyebabkan gejala sosial menjadi semakin parah. SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM Terdapat enam ciri asas atau sistem dalam pemerintahan Islam. Ciri-ciri tersebut ialah: i) sistem Rabbani, ii) sistem akhlak, iii) sistem akidah, iv) sistem yang lengkap dan menyeluruh, v) sistem keadilan dan persamaan dan vi) sistem global. 25
  26. 26. Sistem Rabbani ³Sistem politik Islam itu ialah sistem Rabbani yang mana asas-asas, peraturanperaturan dan hukum-hukumnya bukanlah ciptaan manusia yang dibelenggu oleh kelemahan dan kekurangan, selain ia dipengaruhi oleh hawa nafsu dan naluri.´20 Peraturan-peraturan dalam sistem Rabbani diatur oleh Tuhan Pencipta sekalian manusia. Dialah yang Maha mengetahui segala apa yang memberi kebaikan atau keburukan kepada manusia. Hukum Allah bersifat adil sepenuhnya. Ia tidak memihak kepada mana-mana pihak atau golongan tertentu. Hukum Allah juga tidak memberat atau membebankan. Manusia sewajarnya tidak mengambil hukum yang lain selain daripada hukum Allah. Para pemerintah dan rakyat yang diperintah di dalam negara Islam sewajarnya melaksanakan syariat Allah dan beramal dengan hukum-hukumNya. Sistem politik Islam mempunyai keistimewaan dengan bersumberkan Rabbani. Sistem ini berusaha menghubungkan antara manusia dengan Allah s.w.t. supaya dapat mengenali Tuhannya dengan erti kata yang sebenarnya, seterusnya bertakwa kepadaNya dengan sebenar-benar ketakwaan serta membebaskan diri daripada yang selain Allah s.w.t. 20 Khalid b Alia b Muhammad al-͚Anbary, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008: ms 34 26
  27. 27. Sistem Akhlak Sistem politik Islam tegak di atas kemurnian akhlak serta menghormati hak-hak asasi manusia. Sistem ini menyeru ke arah pemeliharaan dan kesetiaan terhadap perjanjian dan piagam serta memelihara hak-hak asasi manusia dan melindunginya daripada sebarang fitnah dan keterlaluan. Bantuan diberi kepada mereka yang memerlukan termasuklah tawanan perang. ³Firman Allah s.w.t. Maksudnya: ³Mereka juga memberi makan makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.´ (Surah al-Insan: ayat 8) Sistem politik Islam merupakan sistem yang unggul dalam sejarah manusia, yang mana ia telah menghormati pengikut-pengikut agama lain. Islam tidak memerangi mereka kerana mereka itu manganut agama lain. Islam telah melakukan kebaikan terhadap penganut agama lain dengan syarat mereka tidak memusuhi Islam. Ini dijelaskan melalui firman Allah s.w.t.: 27
  28. 28. Firman Allah s.w.t: Maksudnya: ³Allah tidak melarang kamu daripada berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu: Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.´ (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8) Islam bukan hanya menggalakkan akhlak mulia terhadap sesama manusia bahkan juga terhadap haiwan. Sistem Akidah Sistem Islam tegak berasaskan akidah. Akidah Islam merupakan sumber ke arah penglihatan dunia dan kehidupan ini. Perbincangan tentang aqidah Islam ini telah dibincangkan sebelum ini dalam membincangkan tentang asas pemerintahan Islam. Aqidah Islam merupakan salah satu daripada asas bagi pemerintahan Islam. 28
  29. 29. Sistem Yang Lengkap dan Menyeluruh Sistem pemerintahan Islam merupakan sistem yang lengkap dan menyeluruh. Ini dinyatakan melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ³Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu.´ (Surah al-Ma¶idah: ayat 3) Kesempurnaan ini disertai oleh kesyumulan yang bermaksud meliputi segala segi dan aspek. Ini menunjukkan kepada kesempurnaan syariah dengan segala yang diperlukan oleh manusia. Sesuatu peristiwa dan kejadian tidak akan terpisah daripada syariah, tidak kira bila, di mana dan bagaimanakah ia berlaku dan terjadi. Syariah Allah merupakan syariah yang syumul kepada individu, peraturan kekeluargaan dan peraturan serta keperluan kemasyarakatan. Undang-undang syariah juga syumul atau meliputi segala perkara dan aspek yang berkaitan dengan kewajipan pihak pemerintah dalam menjalankan tugasnya terhadap rakyat yang dipimpin dan diperintah. Ia juga mengadakan satu peraturan yang menghubungkan antara kedua-dua belah pihak, iaitu kerajaan dan rakyat. 29
  30. 30. Selain itu ia juga meliputi peraturan hubungan antarabangsa yang perlu diikuti samada dalam peperangan mahupun perdamaian.21 Sistem Keadilan dan Persamaan Keadilan dan Persamaan merupakan salah satu ciri utama yang terkandung dalam sitem pemerintahan Islam. Allah menyuruh kita berlaku adil kepada sesiapa sahaja, tidak kira dengan bangsa mana sekalipun, dengan etnik mana sekalipun dan tidak kira apa warna kulit sekalipun. Ciri Keadilan dan Persamaan dalam sitem pemerintahan Islam ini akan kita bincangkan dengan lebih lanjut dalam perbincangan tentang prinsip-prinsip pemerintahan Islam selepas ini nanti. PRINSIP-PRINSIP PEMERINTAHAN ISLAM Terdapat beberapa prinsip utama yang mendukung konsep politik Islam iaitu alsiyadah atau al-hakimiah, keadilan, kebebasan, persamaan, syura dan kesatuan. Masing-masing memainkan peranan penting dalam meneguhkan kedudukan politik 21 Ibid.ms40 30
  31. 31. Islam sehingga menjadi Istimewa jika dibandingkan dengan ideologi atau sistem politik lain.22 Prinsip utama politik Islam ini meletakkan kekuasaan perundangan dan kedaulatan hukum yang tertinggi hanya milik mutlak Allah. Sumber kedaulatan dan kekuasan politik Islam hanyalah Allah yang mencipta perlembagaan untuk umat Islam. Perlembagaan tersebut adalah abadi dan kekal hingga hari kiamat. Maka segala polisi dan keputusan yang dibuat hendaklah selaras dengan kehendak syarak. Menurut Abdul Hadi Awang di dalam bukunya berjudul Islam dan Demokrasi, terdapat sepuluh prinsip dalam politik Islam. Prinsip-prinsip tersebut ialah Akidah Islam, Syariah yang Berkuasa, Amanah, Keadilan, Mesyuarat, Keamanan dan Keselamatan, Kebebasan, Kepimpinan yang Berwibawa, Kepatuhan dan Kesamaan.23 Namun kali ini kita hanya akan membincangkan empat prinsip sahaja iaitu Musyawarah, Keadilan, Kebebasan dan Persamaan. Musyawarah/ Mesyuarat/ Syura Musyawarah sangat penting dalam politik Islam. Keberkesanan atau kejayaan pentadbiran politik dan kerajaan Islam adalah hasil dari musyawarah. Musyawarah merupakan medan perbincangan untuk mendapatkan keputusan terbaik atau 22 23 Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaya.2007.ms 12 Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi. Pts Publication Sdn Bhd.2007.ms19-41 31
  32. 32. kebenaran. Melalui musyawarah, akan berlakulah perbincangan dan percambahan buah fikiran seterusnya pemerintah akan mendapatkan buah fikiran terbaik ke arah pencapaian sesuatu rumusan. Islam mewajibkan musyawarah. Firman Allah yang bermaksud: ³Dan orang-orang yang menyahut perintah Tuhan mereka, lalu mereka mendirikan sembahyang dan urusan mereka dikendalikan dengan bermesyuarat di kalangan mereka dan mereka membelanjakan dari apa yang kami rezekikan bagi mereka.´ (Surah asy-Syura, ayat 38) Firman Allah yang bermaksud: ³Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.´ Ayat-ayat ini menyatakan mesyuarat bersama dengan sembahyang dan membelanjakan harta. Ayat itu juga melarang sikap diktator atau kuku besi pemimpin yang suka memaksa. Diwajibkan bermesyuarat bagi menunjukkan pemimpin tidak berkuasa penuh dan konsep ini tidak mengongkong kebijaksanaan seseorang pemimpin. Mesyuarat juga dapat mengelakkan pemimpin menggunakan kebijaksanaan untuk menipu serta mengawalnya kerana walaubagaimana bijak sekalipun serta tinggi ilmunya namun sebagai manusia seseorang itu tetap ada kelemahannya. 32
  33. 33. Nabi Muhammad s.a.w. dikelilingi oleh para sahabat yang berwibawa menjadi ahli mesyuarat dan menerima pandangan rakyat biasa yang bernas mengkritik atau memberi pandangan dalam perkara urusan kehidupan yang tidak ada petikan jelas di dalam al-Quran. Apabila nabi Muhammad s.a.w. wafat, mesyuarat telah dijalankan bagi mencari pengganti baginda untuk mengendalikan urusan politik negara. Kewajipan bermesyuarat ini diteruskan di zaman Khulafa Ar Rasyidin. Mereka akan bermesyuarat apabila timbul masalah yang tidak ada rujukan dalam al-Quran dan hadis. Melalui mesyuarat mereka akan menemukan seseorang yang boleh memahami dan menjelaskan tentang petikan umum dari al-Quran yang tidak jelas. Tidak ada dalil samada dari al-Quran atau Hadis dalam menentukan anggota atau ahli mesyuarat. Perkara yang penting dalam menentukan ahli mesyuarat itu ialah mereka hendaklah terdiri daripada oprang Islam yang adil dan bukanlah daripada kalangan yang sebaliknya. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan. Islam memberikan peluang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk menetapkan cara masing-masing dalam menjalankan dasar yang telah ditentukan itu, iaitu suatu cara yang boleh menjamin dan memelihara kepentingan mereka serta bersesuaian dengan keadaan mereka di samping tidak bertentangan dengan nas-nas syariah. 33
  34. 34. Dalam konteks sebuah negara, sumber kedaulatan dalam politik Islam tidak terletak samada kepada pemerintahan (pemimpin) dan rakyat, tetapi hanya pada Allah semata-mata. Sesiapapun pemimpin itu ia memerlukan petunjuk daripada Allah dan tidak boleh memimpin tanpa hidayahNya. Rasulullah s.a.w misalnya, sentiasa memerlukan petunjuk daripada Allah kerana baginda bergantung kepada wahyuwahyu yang diturunkan kepadanya. Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a. mengakui sebagai seorang pemimpin, beliau tidak mempunyai kuasa mutlak, sebaliknya kuasa itu dimiliki hanya oleh Allah Taala. Dalam ucapannya selepas dilantik menjadi khalifah yang pertama: ³Wahai manusia, aku telah dilantik untuk menguruskan urusan kamu. Aku bukanlah orang terbaik di antara kamu, tetapi al-Quran telah turun dan Nabi s.a.w telah meletakkan sunah-sunahnya dan dengan demikian kita boleh mempelajarinya. Wahai manusia sesungguhnya aku ini adalah pengikut bukan pembawa, jika aku melakukan kebaikan, maka berilah pertolongan kepada aku, tetapi perbetulkanlah aku. Taatlah kepada aku selama aku mentaati Allah dan RasulNya. Jika aku mengingkari Allah dan RasulNya, maka kamu tidak berkewajipan lagi untuk mentaati aku.´24 Apabila pemimpin dilantik dari kalangan mereka yang tidak memenuhi syarat sebagai seorang pemimpin, akibatnya berlakulah pembuatan keputusan yang tidak selaras dengan syariah Islam. Keputusan dibuat tanpa ilmu dan hanya menggunakan 24 Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaya, 2007.ms14 34
  35. 35. logik akal. Perkara yang sudah jelas hukumnya haram dan dinyatakan di dalam al Quran dan hadis, masih mahu dibincangkan. Kerana kedangkalan ilmu mereka tidak tahu apakah perkara yang boleh dibincangkan dan apa pula perkara yang tidak boleh dibincangkan. Perkara yang sudah jelas hukumnya termaktub di dalam Al Quran dan hadis sewajarnya hanya perlu dibincangkan bagaimana cara pelaksaannya dan bukan bagaimana menghukumnya. Keadilan Keadilan juga merupakan prinsip penting dalam konteks politik Islam. Keadilan bermaksud tidak tersasar dari dasar yang telah ditetapkan dalam sistem politik, iaitu menunaikan tanggungjawab dan hak kepada mereka yang berhak dan tidak merampas hak orang lain. Kalimat keadilan disebut berulang kali di dalam al-Quran, antaranya: Firman Allah: 35
  36. 36. Maksudnya: ³Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.´ (Surah al-Nisa¶:58) Ayat ini menyuruh manusia berlaku adil tidak kira dengan bangsa mana sekalipun, dengan etnik mana sekalipun dan tidak kira apa warna kulit sekalipun. Keadilan bukan hanya untuk orang Islam semata-mata, tetapi turut melibatkan orang bukan Islam. Ini sejajar dengan perlindungan yang diberikan oleh umat Islam kepada kaum Yahudi dalam Piagam Madinah atau Declaration of Medina. Namun mereka perlu patuh kepada undang-undang kerajaan Islam. Kebebasan Kebebasan dalam Islam ialah untuk menjamin hak individu dan memeliharanya daripada pelanggaran hak asasi manusia. Kebebasan dalam politik Islam ini termasuklah hak kebebasan dalam beragama dan mengamalkan fahaman tertentu selagi tidak menjejaskan hak kebebasan individu lain. Islam telah mengistiharkan hak kebebasan beragama ini dalam satu ayat dengan terang dan jelas yang bermaksud: 36
  37. 37. ³Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur).´ (Surah Al-Baqarah: 256) Dari dahulu hingga kini kita tidak pernah mendengar ada konspirasi untuk memaksa golongan-golongan bukan Islam memeluk Islam, atau ada apa-apa perancangan yang berniat untuk pembasmian ajaran-ajaran Kristian atau agamaagama lain di dunia. Andai para Khalifah Islam dahulu telah memilih cara tersebut nescaya akan lenyaplah agama Kristian seperti mana yang dilakukan oleh Ferdinand dan Isabella terhadap agama Islam di Sepanyol. Kewujudan gereja-gereja di negaranegara Islam sampai sekarang sudah cukup untuk membuktikan sikap toleransi yang menyeluruh dan bagaimana kebebasan beragama diamalkan oleh kerajaan-kerajaan Islam sejak dahulu lagi. Abdul Manaf bin Haji Ahmad dalam bukunya berjudul ³Islam hadhari Dalam Negara Islam´, telah menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu contoh negara Islam. Kebebasan beragama yang dianjurkan oleh Islam itulah yang termaktub di dalam perlembagaan kita di dalam perkara 3(1):´Agama Islam adalah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan:.25 25 Abd. Manaf bin Haji Ahmad, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.ms 115 37
  38. 38. Persamaan Dalam kontek politik Islam, persamaan bermaksud semua orang dalam kerajaan mempunyai tanggungjawab serta hak-hak atau layanan yang sama tanpa membezakan bangsa, keturunan, bahasa dan sebagainya. Dalam Islam semua manusia sama di sisi Allah. Islam tidak membenarkan umatNya memperhambakan diri atau melakukan penindasan sesama manusia. Di sisi Allah S.W.T semua manusia adalah sama. Manusia hanya dibezakan melalui ketakwaan kepada Tuhan sebagaimana firmanNya: Maksudnya: ³Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).´ (Surah Al-hujurut: 13) 38
  39. 39. Dalam pentadbiran kerajaan Islam, rakyat bukan Islam juga mempunyai hak yang sama sebagaimana mereka yang beragama Islam. Selain mendapat hak yang sama, mereka bertanggungjawab juga dikehendaki dalam melaksanakan mempertahan dan tugas dan membangunkan sama-sama negara Islam. Kedudukan orang bukan Islam tidak diabaikan. Mereka juga diberi kedudukan dalam politik dengan mewujudkan perwakilan dari kalangan mereka. Mereka diberi kebebasan untuk mengeluarkan pendapat, mendapat pendidikan, menerima perkhidmatan kerajaan serta menceburkan diri dalam perniagaan dan bidang profesional. Merujuk kepada pentadbiran kerajaan negara kita, perkara di atas jelas telah dilaksanakan. Semua rakyat mendapat hak-hak mereka sebagai rakyat dan warganegara Malaysia. Semua warganegara Malaysia tidak kira bangsa, agama atau keturunan telah mendapat hak yang sama kecuali dalam perkara unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan. Unsur-unsur tersebut ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan (bangsa lain bebas mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing), Agama Islam sebagai agama rasmi (penganut agama lain bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tetapi dilarang menyebarkan agama lain di kalangan penganut Islam), hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta Kedaulatan Raja-raja Melayu. 39
  40. 40. DEMOKRASI DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.26 Demokrasi adalah sebuah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat.27 Sistem politik Islam cukup mantap dan sesuai di sepanjang zaman. Sistem politik Islam juga mampu menghadapi perubahan yang berlaku dari masa ke semasa serta memenuhi keperluan yang berbeza di alam ini. Namun tanpa pengetahuan dan kefahaman yang mantap tentang sistem politik Islam, demokrasi telah menjadi fahaman yang dijaja ke seluruh dunia. Banyak pihak di seluruh dunia mengaku menjadi pendukung demokrasi kerana mereka tidak menemui ideologi yang lain. Oleh itu Islam yang datang lebih awal daripada demokrasi mempunyai pertimbangannya sendiri bagi menyelamatkan manusia dari kancah perubahan di sepanjang sejarah. Islam tidak menolak sistem yang baik walau di mana dan bila sistem itu dilahir atau ditemui. Islam menentang kemungkaran di mana sahaja kemungkaran itu berlaku samada dalam diri orang-orang Islam akibat kelalaian orang Islam itu sendiri. Malangnya, peranan Islam disembunyikan dalam lipatan 26 27 http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi http://id.wikipedia.org/wiki/Demokrasi 40
  41. 41. sejarah akibat kedangkalan ilmu atau perbuatan mereka yang tidak ikhlas serta mengejar dunia kerana nafsu. Antara perkara penting dalam amalan demokrasi Barat adalah pengasingan kuasa di antara badan perundangan yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat yang dianggotai kementerian dan jabatan serta badan kehakiman. Islam dan demokrasi mempunyai persamaan melalui beberapa prinsip tertentu seperti syura, kebebasan, keadilan dan persamaan. Persamaan sebenarnya telah mewujudkan konsep demokrasi Islam. Ini menunjukkan Islam sudah sedia mengandungi unsur-unsur demokrasi di dalamnya namun bukan bermakna Islam itu sama dengan demokrasi. Islam merupakan cara hidup yang sempurna daripada Allah Taala. Demokrasi pula satu sistem sosial dan ekonomi ciptaan manusia yang mempunyai berbagai kelemahan yang perlu diubah dari masa ke semasa. Ada waktunya perubahan dilakukan untuk disesuaikan dengan kehendak pihak tertentu terutama mereka yang mendapat kuasa memerintah. Ada pihak mengatakan bahawa Islam sebenarnya merupakan agama separa demokrasi. Nabi Muhammad s.a.w. semasa hayatnya telah tidak mencalonkan penggantinya. Ini mungkin merupakan isyarat bahawa baginda mahu para sahabat berbincang untuk mencalon dan melantik pemimpin melalui suara ramai atau majlis mesyuarat sebagaimana cara demokrasi. 41
  42. 42. Politik dan pemerintahan Islam adalah bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak. Ijmak ditakrifkan sebagai persepakatan ahli-ahli mujtahid daripada kalangan umat Islam dalam satu masa mengenai sesuatu hukum syarak tentang sesuatu perkara. Ini adalah kerana al-Quran tidak membincangkan secara terperinci semua cabang pemerintahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah sesebuah negara untuk menyusun dan menentukan segala dasar-dasar dan kaedah-kaedah terperinci mengenai pemerintahan negaranya mengikut kesesuaian semasa. Ia juga untuk memberi peluang setiap umat menyesuaikan perincian dasar dan kaedah pemerintahan mengikut keadaan dan keperluan serta masalah masyarakat dan negara masing-masing berlandaskan dasar-dasar tetap dan kaedah-kaedah umum yang ditentukan oleh al-Quran. Ini hampir menyamai ciri-ciri demokrasi. Dalam memillih pemimpin yang akan menerajui pentadbiran, konsep syura diperkenalkan. Konsep syura adalah salah satu ciri demokrasi dan ianya merupakan ciri pertama kepada demokrasi Islam. Konsep syura yang mengutamakan mesyuarat, perbincangan dan perbahasan boleh menentukan calon terbaik untuk dilantik sebagai pemimpin. Rakyat juga diberi peluang untuk memberikan pandangan dan menyatakan pendirian mereka. Rakyat juga mempunyai hak dan kebebasan untuk menggugurkan pemimpin jika didapati kepimpinannya tidak berkesan. Dalam konteks Malaysia, konsep syura, iaitu perbincangan dan budaya musyawarah antara pemerintah dengan rakyat dapat dilihat menerusi sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dan sidang Dewan Undangan Negeri. Meskipun rakyat tidak 42
  43. 43. mempunyai hak untuk bersuara secara langsung dalam sidang tersebut, suara mereka diwakili oleh ahli perwakilan yang dikenali sebagai ³wakil rakyat´. Wakil-wakil rakyat akan menyampaikan mesej rakyat yang diwakilinya dalam usaha menegakkan keadilan dan kebenaran mereka.28 Dalam demokrasi Islam, rakyat berbagai-bagai keturunan dan pangkat kedudukan semuanya dianggap setaraf antara satu sama lain. Semuanya diberi kebebasan untuk bersuara, menubuhkan parti politik, menyertai pertubuhan dan seumpamanya. Terdapat wakil daripada kalangan bukan Islam menganggotai pentadbiran kerajaan Islam. Tidak ada konsep satu parti dalam demokrasi Islam kerana pelbagai parti melambangkan pelbagai pemikiran dan idea. Parti merupakan wadah bagi menyampaikan hasrat dan keinginan serta idea pelbagai pihak. Pelbagai parti juga dapat mengelakkan dominasi pihak tertentu serta mengekang penyalahgunaan kuasa. Pelbagai parti akan menggalakkan persaingan sihat dalam pilihan raya. Dalam Demokrasi Islam, pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin yang terbaik. Walau bagaimanapun, pilihan raya menurut konsep demokrasi Islam mempunyai disiplin tertentu. Perjalanan pilihan raya yang mahu dijalankan hendaklah prihatin dan sensitif dengan hak dan tanggungjawab seperti yang digariskan dalam undang-undang Islam. Hanya parti politik yang beridealismakan Islam dibenarkan bertanding, manakala calon-calon yang bertanding mestilah mempunyai latar 28 Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaysa, 2007. ms 23. 43
  44. 44. belakang agama yang mantap. Satu cara pengukuran mesti ditentukan untuk mengukur sejauh mana populariti seseorang calon kepada pengundi. Manakala pengundi iaitu rakyat, perlulah diberi pendidikan yang secukupnya agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin mereka. Ini akan memastikan pilihan raya yang adil, bebas dan bersih dapat diadakan. Ini menunjukkan bahawa Islam mengamalkan konsep kebebasan dan persamaan politik di kalangan umat Islam dalam memilih pemimpin. Konsep Demokrasi Islam yang seterusnya ialah Ijmak dan Ijtihad. Ijmak dan Ijtihad telah dijelaskan terlebih dahulu dalam perbincangan tentang sumber pemerintahan Islam. Ijmak ialah persepakatan ahli-ahli mujtahid daripada kalangan umat Islam dalam sesuatu masa, mengenai sesuatu hukum syarak tentang sesuatu perkara. Manakala Ijtihad pula ialah usaha mengkaji dalil-dalil syarak untuk mengeluarkan hukum syarak tentang perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang tidak ada nas dan ijmak mengenainya. Ijmak dan ijtihad ini memperlihatkan persamaan antara Islam dan demokrasi atau yang disebut oleh sesetengah pemikir Islam sebagai Islam agama separa demokrasi kerana umat Islam bertindak sebagai pembuat keputusan. Namun begitu Islam sebagai agama yang bersumberkan wahyu, tidak semudahnya membiarkan umatnya bebas secara mutlak tanpa kekangan. Dalam Demokrasi Islam, kehendak 44
  45. 45. rakyat hanya akan dipenuhi selagi kehendak mereka itu tidak terkeluar dari landasan hukum yang ditentukan Tuhan dan bukan melalui logik akal. Ini berbeza dengan demokrasi moden yang menjadikan kemahuan manusia sebagai kayu ukur kepada penciptaan undang-undang. Kesimpulannya, Islam menerima demokrasi kerana ciri-ciri persamaan antara sistem demokrasi dan sistem pentadbiran negara menurut Islam. Ciri-ciri persamaan tersebut antara lain ialah keadilan, kebebasan dan persamaan. zaman moden ini demokrasi merupakan sistem perintahan semasa dan sistem ini boleh disesuaikan dengan tuntutan dan pemerintahan Islam. Namun ada pihak dalam Islam yang tetap menentang demokrasi kerana percanggahan antara keduanya iaitu undang-undang Islam adalah ciptaan Tuhan, tetap dan berkekalan hingga hari kiamat, sedangkan undang-undang ciptaan manusia adalah sementara, tidak kekal lama dan boleh ditukar ganti apabila tidak sesuai dengan peredaran zaman atau kehendak manusia itu sendiri. PEMERINTAHAN ISLAM DI MALAYSIA Telah kita bincangkan secara panjang lebar tentang politik dan pemerintahan negara menurut Islam. Kita sudah jelas tentang Pengertian Politik Menurut Islam, Sumber-sumber Pemerintahan Islam, Asas-asas Pemerintahan Islam, Prinsip-prinsip Pemerintahan Islam dan Demokrasi Dari Sudut Pandangan Islam. Negara Islam 45
  46. 46. mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan keadilan, kesamarataan, penyatuan dan syura berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Sebenarnya Istilah µNegara Islam¶ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf µkampung halaman Islam atau hak umat Islam¶ atau µkampung halaman kafir harbi¶ yang memerangi umat Islam. Namun begitu marilah kita lihat beberapa definisi negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdik pandai Islam seperti berikut; i. Muhammad bin Hasan As Syaibani: ³Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya´. ii. Muhammad Abu Zuhrah: ³Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim´.29 29 http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html 46
  47. 47. Jika kita lihat dari sudut politik dan pemerintahan negara kita Malaysia, undang-undang Islam merupakan undang-undang tempatan bagi negara ini sejak dahulu lagi. Bagaimanapun pihak penjajah Inggeris telah mengubah kedudukan dan peranan undang-undang Islam. Inggeris telah menyempitkan skop undang-undang Islam yang ditadbir ke atas orang Islam khususnya kepada perkara-perkara berhubung hal ehwal perkahwinan dan perceraian sahaja. Minda rakyat negara ini telah ditanam dengan kepercayaan bahawa sistem pentadbiran kerajaan secara demokrasi adalah terbaik biarpun sebenarnya ciri-ciri demokrasi itu sudah lama ada dalam sistem pentadbiran Islam. Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa politik dan pemerintahan negara ini adalah berbentuk demokrasi Islam walaupun dalam banyak hal ianya kelihatan bertentangan dengan Islam, contohnya kerajaan tidak menjatuhkan hukuman kepada kesalahan mengikut apa yang jelas dinyatakan di dalam al-Quran. Ini mungkin berikutan penegasan oleh Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada awal tahun 1958 yang berbunyi: ³Saya suka menjelaskan di sini bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya. Kita cuma ingin memperuntukkan Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi persekutuan.´30 30 Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia, Utusan Publication & Distributors.2004. ms81 47
  48. 48. Namun begitu Pemerintahan Malaysia mewarisi Negara Islam kerana ketua negara ini beragama Islam, Islam sebagai agama rasmi, pemerintahan berasaskan syura berparlimen, kebebasan beragama dan beribadat di kalangan semua rakyat berbilang bangsa dan negara, perlembagaan disusun bercirikan Islam dan syariat Islam damalkan di dalam banyak perkara. PENUTUP Pemerintahan Islam merupakan amanah Allah s.w.t. kepada umat manusia kerana ia merupakan perkara asas untuk memakmurkan dunia. Pemerintah Islam dianggap KHALIFAH iaitu wakil pemerintahan yang bertanggungjawab menunaikan tuntutan Islam dalam pemerintahan. Pengagihan kuasa pemerintahan atau pentadbiran negara Islam perlu dilakukan dengan baik dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Hanya individu Islam yang amanah dan berkemampuan untuk menjalankan tugas berhak mendapat kuasa pemerintahan. Individu yang layak dan berilmu pengetahuan serta mempunyai pelbagai kebolehan perlu diutamakan dalam pemilihan anggota pentadbiran dan perwakilan. Perwakilan perlu bersifat menyeluruh atau mewakili seluruh kawasan pelantikan. Tanggungjawabnya bermula apabila seseorang itu diistiharkan sebagai pemimpin setelah dilantik di dalam majlis syura atau memenangi pilihanraya. Dalam memilih pemimpin negara Islam beberapa ciri utama individu perlu diambil perhatian. Seorang pemimpin perlu mampu menunaikan tanggungjawab kepimpinannya dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik. 48
  49. 49. Pemimpin juga perlu bersedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama merupakan rujukan penting bagi umat Islam terhadap segala permasalahan. Di samping itu pemimpin juga perlu menguasai pelbagai bidang ilmu keduniaan kerana apabila berlaku masalah keduniaan seperti kejadian kemarau, kebuluran atau wabak penyakit, pemimpin perlu bertindak dengan cepat dan cekap. Ketidakcekapan dan kegagalan kepimpinan menghadapi isu globalisasi akan menyebabkan pengaliran modal dengan cepat dan boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara. Hubungan diplomatik dengan pelbagai negara juga merupakan tuntutan dalam Islam kerana boleh mendatangakan manfaat kepada negara Islam dari segi pembangunan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan tuntutan semasa. Kesempurnaan fizikal juga diperlukan oleh seorang bakal pemimpin kerana ia merupakan sumber tarikan atau karisma di samping kepetahan bercakap dalam menyampaikan mesej. Pemerintahan negara menurut perspektif Islam hampir menyerupai pemerintahan demokrasi kerana beberapa ciri persamaan seperti kebebasan memilih pemerintahan yang adil untuk menerajui sesebuah negara. Di dalam pemerintahan negara Islam, keputusan diambil bukan keputusan individu tetapi berdasarkan syura, bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Ijtihad Ulamak berasaskan Aqidah dan Syariah Islam yang Syumul. Sistem pemerintahan Islam adalah universal dan sesuai untuk diselaraskan dengan keperluan zaman yang mempunyai perbezaan dari segi tuntutan atau keperluan. 49
  50. 50. BIBLIOGRAFI 1. Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008.ms 2 2. Ibid. ms 2 3. Ibid. ms viii 4. http://quran.com/5 5. Minhaj al-Islam fi al-Hukm, ms. 75 6. Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil Amri di Malaysia, Institut kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, ms xiv 7. Mohd Afandi Hassan, Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dabn Amalan Islam, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur,1992.ms 101 8. Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil Amri di Malaysia,Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 2004.ms105 9. http://quran.com/5 10. http://fikqrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm 11. http://kcpkiainws.wordpress.com/2009/06/05/istishab 12. http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-mursalah.html 13. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kharaj 14. Manaf bin Hj Ahmad, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, Yayasan Dakwah Islamiah.ms 116 15. Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008. ms 22 16. Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, Pts Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2007.ms 23 17. Abd. Manaf bin Haji Ahmad, Negara Islam Satu Analisa Perbandingan,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.2004.ms 34 18. http://tanbihun.com/kajian/analisis/piagam-madinah/ 19. Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, Pts Publication Sdn Bhd.2007. ms 24-27. 50
  51. 51. 20. Dr. Khalid b Alia b Muhammad al-µAnbary, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008: ms 34 21. Ibid.ms40 22. Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaya.2007.ms 12 23. Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi. Pts Publication Sdn Bhd.2007.ms19-41 24. Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaya, 2007.ms14 25. Abd. Manaf bin Haji Ahmad, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.ms 115 26. http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi 27. http://id.wikipedia.org/wiki/Demokrasi 28. Mohd Izani Mohd Zain, Islam Dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaysa, 2007. ms 23. 29. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html 30. Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia, Utusan Publication & Distributors.2004.ms 81 51

×