SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
(CLO1) – 20% TARIKH: 19 MEI 2023 [JUMAAT
1. Kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan
teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar .
Berdasarkan petikan di atas, pilih penyataan yang benar.
A. Proses P&P; tidak akan mencapai objktif yang telah ditetapkan berikutan
terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan.
B. Proses PdP akan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
C. Proses PdP akan dilaksanakan dengan berkesan kerana teknik yang
digunakan guru amat sesuai.
D. Proses PdP akan dilaksanakan dengan tidak berkesan dan objektif tidak
tercapai.
2. Guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari
aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi.
Jelaskan mengapa guru perlu sedar dan faham akan perbezaan dalam kalangan
pelajarnya.
A. Bagi memudahkan guru mengenali pelajarnya dengan mendalam
B. Sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran guru
C. Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab guru
D. Bagi memudahkan guru berbincang dan bergaul dengan murid
3. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan
contohnya dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga
dalam pencapaian akademik.
Bagaimana anda menangani perbezaan jantina di dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
A. Pendekatan berkumpulan
B. Strategi berpusatkan guru
C. Strategi berpusatkan bahan
D. Strategi berpusatkan aktiviti
4. Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta
difahami iaitu:
A. Pelajar Visual, Pelajar Audio dan linguistik
B. Pelajar Visual, Pelajar Audio dan Pelajar Interpersonal
C. Pelajar Visual, Pelajar Audio dan Pelajar Intrapersonal
D. Pelajar Visual, Pelajar Audio dan Pelajar kinestetik
5. Bagaimana guru menangani gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam
kalangan pelajar?
A. Menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP.
B. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan terhadap pelajar yang bijak
dan lembab.
C. Bersikap tegas terhadap pelajar
D. Membina hubungan yang baik dan mesra dengan ibu bapa murid
6. Guru memberikan tugasan kepada pelajar berlainan agama dan kepercayaan
berkaitan dengan sambutan perayaan masing-masing.
Maklumat berikut adalah TIDAK BENAR iaitu:
A. Guru memahami kepelbagaian latar belakang dalam kalangan pelajarnya.
B. Guru berusaha mewujudkan pengajaran dan kelas mesra budaya.
C. Guru 'bias' dengan pelajarnya.
D. Guru menerapkan unsur negara bangsa dalam aktiviti PdPnya.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio budaya?
A. Sosio budaya merupakan cara hidup pelbagai bangsa, kaum dan agama di
sesuatu tempat
B. Sosiobudaya ia merupakan amalan yang berupaya gaya hidup dan peradaban
bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan agama dan kecenderungan
diri masyarakat
C. Sosio budaya ialah hubungan antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial
yang melibatkan pelbagai disiplin, menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi.
D. Sosiobudaya merupakan satu disiplin yang berkaitan dengan mengkaji dan
menganalisis hubungan sosial manusia dan institusi
8. Apakah yang dimaksudkan dengan gaya asuhan ibu bapa permisif?
A. Corak didikan menggalakkan berdikari kepada anak-anak mereka
B. Corak didikan yang diberikan tegas tapi prihatin kepada anak-anak mereka
C. Corak didikan menekan peraturan dan hukuman kepada anak-anak mereka
D. Corak didikan yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak
mereka
9. Proses Pembelajaran Teori Pembelajaran Piaget terdiri daripada:-
A. Skema
B. Asimilasi
C. Akomodasi
D. Ekuilibrasi
E. Semua di atas
10. Seorang guru menghadapi masalah dengan pelajarnya yang tidak bersedia
untuk belajar . Mereka tidak fokus ketika guru mengajar.
Berdasarkan teori kesediaan belajar, pernyataan berikut merupakan resolusi
yang sesuai.
A. Menyediakan aktiviti yang merangkumi domain kognitif, psikomotor dan
afektif
B. Menyediakan ABM yang sesuai dengan keperluan murid.
C. Menggunakan strategi berpusatkan murid
D. Guru menggunakan pendekatan belajar sambil bermain.
11. Berikut adalah perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan kecuali
A. Pelajar perempuan lebih fokus dan teliti dalam membust sesuatu experiment
di makmal sains
B. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada subjek fizik berbanding biologi
C. Pelajar perempuan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal ketika
subjek pendidikan jasmani
D. Pelajar lelaki lebih berpontensi dari segi kognitif ketika mereka di peringkat
menengah
12. Pilih pernyataan yang betul
I. Autoritatif adalah ibu bapa yang tegas tetapi bersedia mendengar pandangan
anak-anaknya
II. Autoritarian adalah ibu bapa yang mengamalkan peraturan dan tidak
membenarkan mempertikaikannya
III. Permisif adalah ibu bapa bertindak terlalu lembut serta memenuhi kehendak
anak tanpa kawalan
IV Permisif adalah ibu bapa yang memberi kebebasan secara tidak menyeluruh
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II,III dan IV
D. I,II,III dan IV
13. Antara pilihan berikut, yang manakah cara guru menangani masalah
ketidaksamaan sosio budaya dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya?
I. Analisis latar belakang pelajar dari aspek kebolehan kognitif pelajar
II. Analisis latar belakang pelajar dari aspek jantina dan etnik
III. Bertindak sebagai penyelesai masalah dan penasihat kepada pelajar
IV.Menghormati dan bersikap adil kepada semua pelajar
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
14. Apakah kesan gaya asuhan ibu bapa autoritarian ke atas pelajar?
A. melahirkan pelajar yang impulsif
B. kurang kemahiran dalam komunikasi
C. membentuk pelajar yg bertanggungjawab
D. mempamerkan kecenderungan untuk bersifat bebas
15. Seorang guru baru telah dihantar untuk berkhidmat ke sekolah yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Semasa bertugas guru tersebut menghadapi situasi di
mana sekumpulan pelajar bergaduh disebabkan oleh isu perkauman. Apakah
tindakan guru untuk menyelesaikan masalah tersebut
A. Guru membiarkan pelajar menyelesaikan masalah mereka sendiri
B. Guru cuba meleraikan pergaduhan tanpa memberi kesedaran kepada pelajar
C. Guru mendekati dan menasihati mereka supaya menghormati satu sama lain
serta memahami kepelbagaian antara kaum
D. Guru memarahi pelajar tanpa usul periksa
16. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Kebolehan Kognitif’?
A. Keupayaan seseorang berfikir
B. Keupayaan seseorang individu mengumpul maklumat dan menyelesaikan
masalah
C. Kebolehan memahami
D. Kecekapan memahami dan menyelesaikan masalah
17. Di antara berikut yang manakah tindakan yang paling wajar diambil oleh
seorang guru untuk meningkatkan kelajuan penerimaan pelajar dalam suatu
matapelajaran?
A. Sentiasa mengulang setiap topik yang diajar dan mengadakan kelas
tambahan
B. Merotan pelajar yang kurang memahami topik yang diajar
C. Memberi dorongan dan nasihat kepada pelajar
D. Melaporkan kepada ibu bapa
18. Kesediaan belajar dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kesediaan kognitif,
kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Berikut menunjukkan ciri-ciri
kesediaan kognitif bagi pelajar kecuali ...
A. Memahami pelajaran yang diajar
B. Berfikir tentang masalah matematik yang perlu diselesaikan
C. Menggunakan kekuatan kaki untuk menendang bola
D. Menentukan radas yang perlu digunakan untuk sesuatu eksperimen
19. Perbezaan individu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian
tingkahlaku dalam bilik darjah. Antara peranan guru dalam menghadapi
perbezaan individu ketika bilik darjah ialah ...
I. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
II. Merancang variasi penyampaian
III. Teknik motivasi
IV. Memberi peneguhan yang negatif kepada pelajar
A. I, II, III, IV
B. I, II, III
C. II, III, IV
D. I dan II
20. Kesediaan psikomotor dalam proses pembelajaran dan pengajaran ialah ...
A. kesediaan mental seseorang untuk memahami, memikir dan menaakul dalam
keadaan pembelajaran yang baru.
B. kesediaan seseorang yang mempunyai potensi dan bersedia untuk melakukan
tindakan fizikal dalam suatu proses pembelajaran yang baru.
C. semangat untuk melakukan aktiviti dalam proses pembelajaran
D. proses pergerakan anggota badan semasa melakukan aktiviti
21. Peranan guru dengan menyediakan program pengayaan dapat menangani
masalah perbezaan latar belakang psikologi. Jelaskan konsep pengayaan.
A. Melatih murid membuat aktiviti sama ada secara persendirian atau
berkumpulan.
B. Pelajar digerakkan terlebih dahulu tentang apa yang patut dilakukan. Mereka
juga bebas untuk memilih aktiviti pembelajaran yang disukai.
C. Penggerak untuk memandu tingkah laku murid ke arah yang lebih dinamik
D. Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama
ada di dalam atau di luar waktu sekolah dan mengandungi unsur-unsur untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari.
22. “ Pembawaan seseorang mendorongnya berkelakuan secara konsisten dalam
pelbagai situasi”.
Antara berikut, aspek manakah yang mempengaruhi seseorang dalam sikap
demikian?
A. Tret
B. Personaliti
C. Konsep kendiri
D. Konsep tingkah laku
23. Cadangkan langkah-langkah yang guru dapat lakukan untuk membantu
pelajar yang suka belajar secara visual?
A. Guru mengulangi pembelajaran yang lepas.
B. Guru mengajar secara tersusun dan sistematik
C. Guru menggunakan banyak persembahan grafik
D. Guru menjelaskan secara bertulis
24. Apakah yang akan berlaku dengan motivasi yang sedia ada dalam diri pelajar
apabila sentiasa diberi peneguhan negatif walaupun ia bertujuan untuk memberi
pengajaran kepada pelajar?
A. Pelajar akan lebih terkawal dari segi perlakuan serta dapat mengekalkan
tingkah laku positif.
B. Motivasi pelajar akan lebih meningkat dan bersemangat untuk belajar.
C. Memberi kesan buruk kepada emosi pelajar kerana sentiasa mendapat
rangsangan yang negatif.
D. Pelajar akan malas belajar dan bertindak diluar jangkaan guru.
25. Menurut Carol lagi, tahap kesediaan mental juga memainkan peranan
berdasarkan situasi tertentu. Berikut merupakan aspek yang diukur melalui
‘Psychological Well being Scale’ bagi mengenalpasti tahap kesedian dari sudut
emosi.
Senaraikan aspek yang tepat dan boleh diukur dengan pengukuran diatas.
I. Penguasaan alam sekitar
II. Tujuan hidup
III. Hubungan negatif dengan orang lain
IV. Penerimaan diri
V autonomi
A. I, II, III & IV
B. I,II,IV & V
C. I,III, IV & V
D. II, III, IV & V
26. Apakah perbezaan yang mempengaruhi kelajuan penerimaan?
i. pengalaman
ii. umur
iii. kematangan
iv. ketinggian
A. ii dan iii
B. iv sahaja
C. i dan iii
D. i, ii dan iii
27. Suasana di dalam bilik darjah memberi kesan motivasi yang mendalam.
Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan
suasana di dalam bilik darjah?
A. Pelajar berusaha untuk mencapai matlamat secara berpasukan.
B. Pelajar berusaha tanpa bermuafakat semasa menerima tugasan daripada
guru.
C. Aktiviti-aktiviti pelajar ditentukan bersama pelajar-pelajar yang lain di dalam
bilik darjah.
D. Aktiviti-aktiviti pelajar tidak berhubung antara satu sama lain apabila
berusaha untuk mencapai matlamat.
28. 'Gaya asuhan ini membuka peluang kepada pelajar untuk membuat
keputusan dan tindakan yang bakal diambil. Ibu bapa tidak bertanggungjawab
dengan keputusan yang dibuat oleh pelajar'.
Apakah gaya asuhan di atas?
A. Permisif
B. Autoritarian
C. Autokratik
D. Demokratik
29. Di sekolah, Gopal sentiasa menggunakan bahasa tamil untuk berkomunikasi
dengan rakan-rakan, ini menyebabkan pelajar-pelajar lain sukar memahami dan
kurang berinteraksi dengannya.
Situasi di atas menunjukkan perbezaan sosiobudaya dari sudut ...
A. Penempatan
B. Etnik
C. Ciri budaya
D. Kemahiran dan penguasaan bahasa
30. Ali sentiasa diarahkan untuk duduk di hadapan dalam barisan perhimpunan
atau kedudukan di dalam kelas kerana saiz badannya yang lebih kecil berbanding
dengan rakan-rakan sebaya yang lain.
Antara faktor yang mempengaruhi perbezaan Ali dengan rakan-rakan yang lain
ialah:
A. pengaruh persekitaran dari sudut keluarga
B. pengaruh genetik dari sudut fizikal
C. pengaruh rakan sebaya
D. pengaruh emosi
31. Hassan dan Hussin merupakan pelajar kembar di sekolah dan ditempatkan di
dalam kelas yang sama, walaubagaimanapun Hussin lebih aktif dalam sesi
pembelajaran di dalam kelas berbanding Hassan yang lebih pendiam dan pemalu.
Situasi Hassan dan Hussin ini menunjukkan perbezaan individu dari sudut
A. Kognitif
B. Emosi
C. Personaliti
D. Tenaga
32. Antara sebab guru perlu mengenali latar belakang sosial budaya pelajar
ialah...
i. Dapat menyentuh kepercayaan yang diamalkan oleh setiap pelajar
ii. Dapat memberikan layanan yang lebih adil kepada semua pelajar
iii. Dapat memahami tingkah laku dan kekuatan diri pelajar
iv. Dapat menggunakan bahasa yang sesuai dengan pelajar
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv
33. Pergerakan adalah salah satu jenis gaya pembelajaran yang disukai
kebanyakan pelajar.
Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah seorang guru berhadapan dengan
pelajar yang lebih suka belajar melalui pergerakan ?
A. Belajar sambil bermain sepenuhnya
B. Menvariasikan kaedah penyampaian PDPC
C. Mengadakan PDPC di luar kelas sahaja
D. Melakukan senaman sebelum kelas bermula
34. Andaikan anda seorang guru, apakah tindakan yang akan anda lakukan
sekiranya pelajar mempunyai tahap penerimaan yang berbeza-beza?
A. Menvariasikan cara penyampaian.
B. Mempelbagaikan kaedah dan strategi pembelajaran.
C. Melakukan ujian untuk menentukan tahap penerimaan.
D. Memberi fokus terhadap pelajar yang mempunyai tahap penerimaan yang
pantas.
35. Pemilihan strategi pengajaran-pembelajaran haruslah berdasarkan kepada
kebolehan pelajar. Pilih perkataan yang betul bagi taraf pencapaian kelas yang
menunjukkan aktiviti kumpulan adalah lebih sesuai digunakan.
A. Homogeneous
B. Heterogeneous
C. Bersepadu
D. Kendiri
36. Kelas mesra budaya amat memerlukan perhatian yang lebih dari guru yang
terlibat. Guru perlu bersikap adil kepada para pelajar yang berlainan budaya
dengan mengambil kira susun atur kedudukan murid dan menggunakan alat
bantu mengajar yang sesuai.
A. Prosedur penilaian pelajar mesra budaya
B. Pengurusan bilik darjah mesra budaya
C. Penglibatan pelajar secara berkumpulan
D. Penerapan nilai kepelbagaian budaya
37. Guru biasanya dilabel dan diberi tanggungjawab sebagai agen mesra budaya.
Mereka perlu membawa pembaharuan atau pengekalan melibatkan pengaruh
sesuatu budaya. Antara berikut, yang manakah peranan tepat, guru sebagai agen
mesra budaya?
I. menganjurkan aktiviti perkongsian budaya dalam kelas biasa
II. menyediakan peraturan bilik darjah seiring dengan budaya
III. menggunakan sumber sesuai budaya dengan kefahaman tinggi
IV. mengaplikasi pedagogi sesuai dengan budaya satu kaum sahaja
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
38. Ciri-ciri motivasi adalah diwujudkan akibat keperluan fisiologi dan psikologi
dan aras bagi motivasi tersebut berkadar terus mengikut kadar keinginan. Berikut
menunjukkan motivasi intrinsik kecuali:
A. Dibentuk kepada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan
B. Dorongan dan minat individu melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap
ganjaran
C. Secara semulajadi daripada rangsangan dalaman
D. Ransangan luaran yang bertujuan untuk mengerakkan individu supaya
melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah

More Related Content

Similar to UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docx

Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...KaNa RaJan
 
Bab5 pengurusan murid
Bab5 pengurusan  muridBab5 pengurusan  murid
Bab5 pengurusan muridzuraidanasri
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
soalan teacher and current challenges
soalan teacher and current challengessoalan teacher and current challenges
soalan teacher and current challengesAbdul Halim
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaSalmah Md Amin
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariL Adul Lalut Adul
 
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
Kumpulan 10   isu-kualiti-guruKumpulan 10   isu-kualiti-guru
Kumpulan 10 isu-kualiti-guruIrma Gurlz
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruRain_Ain
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).pptPOWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).pptANGAMALAPPALANESAMYM
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualfitri norlida
 

Similar to UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docx (20)

Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
 
Bab5 pengurusan murid
Bab5 pengurusan  muridBab5 pengurusan  murid
Bab5 pengurusan murid
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
soalan teacher and current challenges
soalan teacher and current challengessoalan teacher and current challenges
soalan teacher and current challenges
 
Falsafah
FalsafahFalsafah
Falsafah
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
Kumpulan 10   isu-kualiti-guruKumpulan 10   isu-kualiti-guru
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti Guru
 
Isu kualiti-guru
Isu kualiti-guruIsu kualiti-guru
Isu kualiti-guru
 
Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi dan PembelajaranInteraksi dan Pembelajaran
Interaksi dan Pembelajaran
 
Kuiz2
Kuiz2Kuiz2
Kuiz2
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).pptPOWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visual
 
Pembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadiPembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadi
 

UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docx

  • 1. UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR (CLO1) – 20% TARIKH: 19 MEI 2023 [JUMAAT 1. Kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar . Berdasarkan petikan di atas, pilih penyataan yang benar. A. Proses P&P; tidak akan mencapai objktif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. B. Proses PdP akan mencapai objektif yang telah ditetapkan. C. Proses PdP akan dilaksanakan dengan berkesan kerana teknik yang digunakan guru amat sesuai. D. Proses PdP akan dilaksanakan dengan tidak berkesan dan objektif tidak tercapai. 2. Guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi. Jelaskan mengapa guru perlu sedar dan faham akan perbezaan dalam kalangan pelajarnya. A. Bagi memudahkan guru mengenali pelajarnya dengan mendalam B. Sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran guru C. Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab guru D. Bagi memudahkan guru berbincang dan bergaul dengan murid 3. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian akademik. Bagaimana anda menangani perbezaan jantina di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. A. Pendekatan berkumpulan B. Strategi berpusatkan guru C. Strategi berpusatkan bahan
  • 2. D. Strategi berpusatkan aktiviti 4. Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta difahami iaitu: A. Pelajar Visual, Pelajar Audio dan linguistik B. Pelajar Visual, Pelajar Audio dan Pelajar Interpersonal C. Pelajar Visual, Pelajar Audio dan Pelajar Intrapersonal D. Pelajar Visual, Pelajar Audio dan Pelajar kinestetik 5. Bagaimana guru menangani gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam kalangan pelajar? A. Menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP. B. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan terhadap pelajar yang bijak dan lembab. C. Bersikap tegas terhadap pelajar D. Membina hubungan yang baik dan mesra dengan ibu bapa murid 6. Guru memberikan tugasan kepada pelajar berlainan agama dan kepercayaan berkaitan dengan sambutan perayaan masing-masing. Maklumat berikut adalah TIDAK BENAR iaitu: A. Guru memahami kepelbagaian latar belakang dalam kalangan pelajarnya. B. Guru berusaha mewujudkan pengajaran dan kelas mesra budaya. C. Guru 'bias' dengan pelajarnya. D. Guru menerapkan unsur negara bangsa dalam aktiviti PdPnya. 7. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio budaya? A. Sosio budaya merupakan cara hidup pelbagai bangsa, kaum dan agama di sesuatu tempat B. Sosiobudaya ia merupakan amalan yang berupaya gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan agama dan kecenderungan diri masyarakat C. Sosio budaya ialah hubungan antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial yang melibatkan pelbagai disiplin, menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi.
  • 3. D. Sosiobudaya merupakan satu disiplin yang berkaitan dengan mengkaji dan menganalisis hubungan sosial manusia dan institusi 8. Apakah yang dimaksudkan dengan gaya asuhan ibu bapa permisif? A. Corak didikan menggalakkan berdikari kepada anak-anak mereka B. Corak didikan yang diberikan tegas tapi prihatin kepada anak-anak mereka C. Corak didikan menekan peraturan dan hukuman kepada anak-anak mereka D. Corak didikan yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka 9. Proses Pembelajaran Teori Pembelajaran Piaget terdiri daripada:- A. Skema B. Asimilasi C. Akomodasi D. Ekuilibrasi E. Semua di atas 10. Seorang guru menghadapi masalah dengan pelajarnya yang tidak bersedia untuk belajar . Mereka tidak fokus ketika guru mengajar. Berdasarkan teori kesediaan belajar, pernyataan berikut merupakan resolusi yang sesuai. A. Menyediakan aktiviti yang merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif B. Menyediakan ABM yang sesuai dengan keperluan murid. C. Menggunakan strategi berpusatkan murid D. Guru menggunakan pendekatan belajar sambil bermain. 11. Berikut adalah perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan kecuali A. Pelajar perempuan lebih fokus dan teliti dalam membust sesuatu experiment di makmal sains B. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada subjek fizik berbanding biologi
  • 4. C. Pelajar perempuan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal ketika subjek pendidikan jasmani D. Pelajar lelaki lebih berpontensi dari segi kognitif ketika mereka di peringkat menengah 12. Pilih pernyataan yang betul I. Autoritatif adalah ibu bapa yang tegas tetapi bersedia mendengar pandangan anak-anaknya II. Autoritarian adalah ibu bapa yang mengamalkan peraturan dan tidak membenarkan mempertikaikannya III. Permisif adalah ibu bapa bertindak terlalu lembut serta memenuhi kehendak anak tanpa kawalan IV Permisif adalah ibu bapa yang memberi kebebasan secara tidak menyeluruh A. I dan II B. I, II dan III C. II,III dan IV D. I,II,III dan IV 13. Antara pilihan berikut, yang manakah cara guru menangani masalah ketidaksamaan sosio budaya dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya? I. Analisis latar belakang pelajar dari aspek kebolehan kognitif pelajar II. Analisis latar belakang pelajar dari aspek jantina dan etnik III. Bertindak sebagai penyelesai masalah dan penasihat kepada pelajar IV.Menghormati dan bersikap adil kepada semua pelajar A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 14. Apakah kesan gaya asuhan ibu bapa autoritarian ke atas pelajar? A. melahirkan pelajar yang impulsif
  • 5. B. kurang kemahiran dalam komunikasi C. membentuk pelajar yg bertanggungjawab D. mempamerkan kecenderungan untuk bersifat bebas 15. Seorang guru baru telah dihantar untuk berkhidmat ke sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semasa bertugas guru tersebut menghadapi situasi di mana sekumpulan pelajar bergaduh disebabkan oleh isu perkauman. Apakah tindakan guru untuk menyelesaikan masalah tersebut A. Guru membiarkan pelajar menyelesaikan masalah mereka sendiri B. Guru cuba meleraikan pergaduhan tanpa memberi kesedaran kepada pelajar C. Guru mendekati dan menasihati mereka supaya menghormati satu sama lain serta memahami kepelbagaian antara kaum D. Guru memarahi pelajar tanpa usul periksa 16. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Kebolehan Kognitif’? A. Keupayaan seseorang berfikir B. Keupayaan seseorang individu mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah C. Kebolehan memahami D. Kecekapan memahami dan menyelesaikan masalah 17. Di antara berikut yang manakah tindakan yang paling wajar diambil oleh seorang guru untuk meningkatkan kelajuan penerimaan pelajar dalam suatu matapelajaran? A. Sentiasa mengulang setiap topik yang diajar dan mengadakan kelas tambahan B. Merotan pelajar yang kurang memahami topik yang diajar C. Memberi dorongan dan nasihat kepada pelajar D. Melaporkan kepada ibu bapa
  • 6. 18. Kesediaan belajar dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Berikut menunjukkan ciri-ciri kesediaan kognitif bagi pelajar kecuali ... A. Memahami pelajaran yang diajar B. Berfikir tentang masalah matematik yang perlu diselesaikan C. Menggunakan kekuatan kaki untuk menendang bola D. Menentukan radas yang perlu digunakan untuk sesuatu eksperimen 19. Perbezaan individu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkahlaku dalam bilik darjah. Antara peranan guru dalam menghadapi perbezaan individu ketika bilik darjah ialah ... I. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran II. Merancang variasi penyampaian III. Teknik motivasi IV. Memberi peneguhan yang negatif kepada pelajar A. I, II, III, IV B. I, II, III C. II, III, IV D. I dan II 20. Kesediaan psikomotor dalam proses pembelajaran dan pengajaran ialah ... A. kesediaan mental seseorang untuk memahami, memikir dan menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru. B. kesediaan seseorang yang mempunyai potensi dan bersedia untuk melakukan tindakan fizikal dalam suatu proses pembelajaran yang baru. C. semangat untuk melakukan aktiviti dalam proses pembelajaran D. proses pergerakan anggota badan semasa melakukan aktiviti 21. Peranan guru dengan menyediakan program pengayaan dapat menangani masalah perbezaan latar belakang psikologi. Jelaskan konsep pengayaan. A. Melatih murid membuat aktiviti sama ada secara persendirian atau berkumpulan.
  • 7. B. Pelajar digerakkan terlebih dahulu tentang apa yang patut dilakukan. Mereka juga bebas untuk memilih aktiviti pembelajaran yang disukai. C. Penggerak untuk memandu tingkah laku murid ke arah yang lebih dinamik D. Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah dan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. 22. “ Pembawaan seseorang mendorongnya berkelakuan secara konsisten dalam pelbagai situasi”. Antara berikut, aspek manakah yang mempengaruhi seseorang dalam sikap demikian? A. Tret B. Personaliti C. Konsep kendiri D. Konsep tingkah laku 23. Cadangkan langkah-langkah yang guru dapat lakukan untuk membantu pelajar yang suka belajar secara visual? A. Guru mengulangi pembelajaran yang lepas. B. Guru mengajar secara tersusun dan sistematik C. Guru menggunakan banyak persembahan grafik D. Guru menjelaskan secara bertulis 24. Apakah yang akan berlaku dengan motivasi yang sedia ada dalam diri pelajar apabila sentiasa diberi peneguhan negatif walaupun ia bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pelajar? A. Pelajar akan lebih terkawal dari segi perlakuan serta dapat mengekalkan tingkah laku positif. B. Motivasi pelajar akan lebih meningkat dan bersemangat untuk belajar. C. Memberi kesan buruk kepada emosi pelajar kerana sentiasa mendapat rangsangan yang negatif. D. Pelajar akan malas belajar dan bertindak diluar jangkaan guru.
  • 8. 25. Menurut Carol lagi, tahap kesediaan mental juga memainkan peranan berdasarkan situasi tertentu. Berikut merupakan aspek yang diukur melalui ‘Psychological Well being Scale’ bagi mengenalpasti tahap kesedian dari sudut emosi. Senaraikan aspek yang tepat dan boleh diukur dengan pengukuran diatas. I. Penguasaan alam sekitar II. Tujuan hidup III. Hubungan negatif dengan orang lain IV. Penerimaan diri V autonomi A. I, II, III & IV B. I,II,IV & V C. I,III, IV & V D. II, III, IV & V 26. Apakah perbezaan yang mempengaruhi kelajuan penerimaan? i. pengalaman ii. umur iii. kematangan iv. ketinggian A. ii dan iii B. iv sahaja C. i dan iii D. i, ii dan iii 27. Suasana di dalam bilik darjah memberi kesan motivasi yang mendalam. Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan suasana di dalam bilik darjah? A. Pelajar berusaha untuk mencapai matlamat secara berpasukan.
  • 9. B. Pelajar berusaha tanpa bermuafakat semasa menerima tugasan daripada guru. C. Aktiviti-aktiviti pelajar ditentukan bersama pelajar-pelajar yang lain di dalam bilik darjah. D. Aktiviti-aktiviti pelajar tidak berhubung antara satu sama lain apabila berusaha untuk mencapai matlamat. 28. 'Gaya asuhan ini membuka peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan dan tindakan yang bakal diambil. Ibu bapa tidak bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh pelajar'. Apakah gaya asuhan di atas? A. Permisif B. Autoritarian C. Autokratik D. Demokratik 29. Di sekolah, Gopal sentiasa menggunakan bahasa tamil untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, ini menyebabkan pelajar-pelajar lain sukar memahami dan kurang berinteraksi dengannya. Situasi di atas menunjukkan perbezaan sosiobudaya dari sudut ... A. Penempatan B. Etnik C. Ciri budaya D. Kemahiran dan penguasaan bahasa 30. Ali sentiasa diarahkan untuk duduk di hadapan dalam barisan perhimpunan atau kedudukan di dalam kelas kerana saiz badannya yang lebih kecil berbanding dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Antara faktor yang mempengaruhi perbezaan Ali dengan rakan-rakan yang lain ialah: A. pengaruh persekitaran dari sudut keluarga B. pengaruh genetik dari sudut fizikal
  • 10. C. pengaruh rakan sebaya D. pengaruh emosi 31. Hassan dan Hussin merupakan pelajar kembar di sekolah dan ditempatkan di dalam kelas yang sama, walaubagaimanapun Hussin lebih aktif dalam sesi pembelajaran di dalam kelas berbanding Hassan yang lebih pendiam dan pemalu. Situasi Hassan dan Hussin ini menunjukkan perbezaan individu dari sudut A. Kognitif B. Emosi C. Personaliti D. Tenaga 32. Antara sebab guru perlu mengenali latar belakang sosial budaya pelajar ialah... i. Dapat menyentuh kepercayaan yang diamalkan oleh setiap pelajar ii. Dapat memberikan layanan yang lebih adil kepada semua pelajar iii. Dapat memahami tingkah laku dan kekuatan diri pelajar iv. Dapat menggunakan bahasa yang sesuai dengan pelajar A. i dan ii B. ii dan iii C. iii dan iv D. i dan iv 33. Pergerakan adalah salah satu jenis gaya pembelajaran yang disukai kebanyakan pelajar. Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah seorang guru berhadapan dengan pelajar yang lebih suka belajar melalui pergerakan ? A. Belajar sambil bermain sepenuhnya B. Menvariasikan kaedah penyampaian PDPC C. Mengadakan PDPC di luar kelas sahaja D. Melakukan senaman sebelum kelas bermula
  • 11. 34. Andaikan anda seorang guru, apakah tindakan yang akan anda lakukan sekiranya pelajar mempunyai tahap penerimaan yang berbeza-beza? A. Menvariasikan cara penyampaian. B. Mempelbagaikan kaedah dan strategi pembelajaran. C. Melakukan ujian untuk menentukan tahap penerimaan. D. Memberi fokus terhadap pelajar yang mempunyai tahap penerimaan yang pantas. 35. Pemilihan strategi pengajaran-pembelajaran haruslah berdasarkan kepada kebolehan pelajar. Pilih perkataan yang betul bagi taraf pencapaian kelas yang menunjukkan aktiviti kumpulan adalah lebih sesuai digunakan. A. Homogeneous B. Heterogeneous C. Bersepadu D. Kendiri 36. Kelas mesra budaya amat memerlukan perhatian yang lebih dari guru yang terlibat. Guru perlu bersikap adil kepada para pelajar yang berlainan budaya dengan mengambil kira susun atur kedudukan murid dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. A. Prosedur penilaian pelajar mesra budaya B. Pengurusan bilik darjah mesra budaya C. Penglibatan pelajar secara berkumpulan D. Penerapan nilai kepelbagaian budaya 37. Guru biasanya dilabel dan diberi tanggungjawab sebagai agen mesra budaya. Mereka perlu membawa pembaharuan atau pengekalan melibatkan pengaruh sesuatu budaya. Antara berikut, yang manakah peranan tepat, guru sebagai agen mesra budaya? I. menganjurkan aktiviti perkongsian budaya dalam kelas biasa II. menyediakan peraturan bilik darjah seiring dengan budaya III. menggunakan sumber sesuai budaya dengan kefahaman tinggi
  • 12. IV. mengaplikasi pedagogi sesuai dengan budaya satu kaum sahaja A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV 38. Ciri-ciri motivasi adalah diwujudkan akibat keperluan fisiologi dan psikologi dan aras bagi motivasi tersebut berkadar terus mengikut kadar keinginan. Berikut menunjukkan motivasi intrinsik kecuali: A. Dibentuk kepada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan B. Dorongan dan minat individu melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ganjaran C. Secara semulajadi daripada rangsangan dalaman D. Ransangan luaran yang bertujuan untuk mengerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah