SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
1
Tajuk 10 LINGUISTIK KONTEKSTUAL
10.1 Sosiolinguistik
10.2 Antropologi Linguistik
10.3 Linguistik Antropologikal
Sinopsis
Menurut J.Lyons, 1968, linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005
Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi
dapat merencanakan perkembangan sastera. Maka, linguistik kontekstual ialah bidang yang
melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.
Hasil Pembelajaran:
(i) Selepas perbincangan, pelajar dapat menyatakan konsep linguistik kontekstual.
(ii) Pelajar juga mampu membandingkan ketiga-tiga subbidang dalam ilmu linguistik
kontekstual dengan memberikan contoh-contoh yang betul.
Linguistik kontekstual terbahagi kepada tiga subbidang sebagaimana Rajah 1, iaitu:
1. Sosiolinguistik
2. Antropologi Linguistik
3. Linguistik Antropologikal
10.1 Sosiolinguistik
1. Bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat
2. Berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang dipengaruhi oleh
stratifikasi sosial dalam masyarakat.
3. Merupakan kajian yang sangat luas, seperti fungsi bahasa, peranan bahasa,
penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan dari perpaduan
sosial dan jarak sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan bahasa dan
lain-lain.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
2
4. Pada prinsipnya ia mengkaji mengenai aspek linguistik yang melihat aspek bahasa,
struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan
dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat.
5. Bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dan masyarakat.
6. Fungsi linguistik memperkatakan perkara-perkara seperti perbandingan bahasa resmi
dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi.
7. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung
dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan
dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk
gaya yang dibezakan oleh taraf pemakainya.
Rajah 1: Subbidang Linguistik Kontekstual
10.2 Antropologi Linguistik
1. Mengkaji tentang hubungan antara bahasa dan budaya, untuk mengamati bagaimana
bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
KONTEKSTUAL
UAL
Sosiolinguistik
Antropologi
Linguistik
Linguistik
Antropologi
kal
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
3
2. Adakala disebut sebagai etnolinguistik iaitu bidang yang memberi tumpuan kepada
perhubungan antara bahas dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan
penyelidikan primitif, pertalian bahas dengan kumpulan-kumpulan.
3. Kaedah participant observation digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam
konteks sosial budaya.
4. Participant observation merujuk kepada seseorang yang di hantar kepada sesuatu
etnik, menetap dan bergaul hingga kadang- kadang membawa kepada perkahwinan
dalam jangka masa yang lama.
10.3 Linguistik Antropologikal
1. Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek suasana kehidupan dan
sistem nilai yang dipegang oleh penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.
Perkaitan ini juga merujuk pemahaman fenomena komunikasi masyarakat primitif.
2. Bidang linguistik antropologikal dibuktikan dengan perkembangan ilmu filologi dan
nahuan terutama bagi bahasa Indo-Eropah pada abad ke-19.
3. Bidang ini juga cuba menghuraikan struktur bahasa tertua di Amerika, Asia Tenggara
dan Pasifik dengan menggunakan kaedah analisis linguistik yang lebih berkesan
terutama strukturalisme.
4. Kini, bidang ini semakin kurang popular kerana perubahan sistem sosial masyarakat
daripada primitif kepada moden yang menghasilkan bidang sosiolinguistik pula.
5. Bidang sosiolinguistik lebih sesuai bagi mengkaji penggunaan bahasa dalam
perkembangan masyarakat yang moden.
Aktiviti:
Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik
kontekstual bagi perkembangan ilmu linguistik moden.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
4
Tajuk 11 Linguistik Gunaan
11.1 Sintesis Ujaran
11.2 Linguistik Tiruan
Sinopsis
Tajuk 11 akan memaparkan bidang linguistik gunaan yang mengutamakan pengaplikasian
ilmu linguistik dalam bidang pendidikan, iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Hasil Pembelajaran:
(i) Pelajar dapat membandingkan aspek sintesis ujaran dengan aspek linguistik tiruan
dalam bahasa Melayu.
11. Linguistik Gunaan
Linguistik gunaan juga dinamakan linguistik terapan. Linguistik gunaan muncul apabila bidang
liguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Huraian bahasa seperti sistem
sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat, dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa
kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Keadaan ini telah menghasilkan kaedah-
kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan pembelajarannya. Antara kaedah yang
dihasilkan ialah Kaedah Terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa
asli pelajarnya.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks.
Terdapat aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan
dan perkamusan tetapi untuk tujuan modul ini kita hanya menyentuh penggunaan linguistik
dalam pengajaran bahasa sahaja yang meliputi sintesis ujaran dan linguistik tiruan.
11.1 Sintesis Ujaran
Sintesis ujaran meliputi pembuatan selari serupa menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi
ujaran, sebagai ujaran yang berdasarkan semantik, misalnya kata kerja, kata adjektif dan
sebagainya.Ujaran merupakan sintesis dari proses perubahan konsep menjadi kod,
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
5
sedangkan pemahaman pesananan tersbut hasil analisis kod. Huruf-huruf adalah simbol
daripada suara ujaran.
Sintesis yang dilakukan menghasilkan pelbagai jenis ujaran yang tidak terbatas
jumlahnya. Penghasilan ujaran itu dapat dimanfaatkan bagi tujuan khusus dan tidak khusus.
Dengan ujaran inilah manusia mengungkapkan hal yang nyata atau tidak. Untuk mengetahui
bunyi-bunyi yang terlibat semasa pertuturan sintesis ujaran akan dilakukan, namun hasilnya
tidak tepat seratus peratus.
11.2 Linguistik Tiruan
Linguistik tiruan ialah satu komponen daripada linguistik gunaan merupakan bahasa yang
digunakan dalam pengajaran bahasa dan diguna pakai oleh ahli linguistik Linguistik ini saling
berhubungan antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur tentang bahasa yang telah
dipelajarinya. Linguistik ini juga merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam
pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk
banyak bidang yang lain. Oleh hal yang demikian linguistik tiruan mempunyai cabang di
bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.
Linguistik tiruan mengambil dapatan dari bahasa-bahasa tertentu dan menghuraikan
gambaran-gambaran umum tentang bahasa tersebut dan menggunakannya untuk bidang-
bidang yang lain, merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran
bahasa.
Aktiviti
Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik gunaan
bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
6
Tajuk 12 Linguistik Diakronik
12.1 Perubahan Bahasa
12.2 Saussure
12.3 Noam Chomsky
Sinopsis
Bidang linguistik yang akan dihuraikan dalam tajuk ini ialah linguistik diakronik. Bidang ini
merangkumi konsep perubahan bahasa dan diskusi tentang tokoh seperti Saussure serta
Noam Chomsky.
Hasil Pembelajaran:
(i) Pelajar dapat membincangkan konsep linguistik diakronik secara mendalam
berdasarkan penulisan tokoh-tokoh bahasa de Saussure dan Chomsky.
Kerangka Tajuk: Linguistik Diakronik
12.1 Perubahan Bahasa
12.2 Ferdinand de Saussure
12.2 Noam Chomsky
12.1 Perubahan Bahasa
Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan bahan-bahan sejarah merupakan bidang
linguistik diakronis yang mengkaji perubahan bahasa yang dilalui oleh masa. Perubahan
bahasa dan perkembangan bahasa yang dilalui bahasa dalam masa yang lampau adalah
sebahagian daripada linguistik diakronis.
12.2 Ferdinand de Saussure
Beliau ialah orang yang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau
sebagai ‘bapa ilmu linguistik moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan
pendekatan baharu dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Beliau seorang ahli
linguis yang terkemuka yang telah meletakkan dasar-dasar yang kuat pada ilmu linguistik
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
7
moden dan merupakan ahli bahasa yang pertama yang menekankan bahawa bahasa
bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang pukang susunannya tetapi adalah seabaliknya unit-
unit itu tersususn menurut stuktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri. De
Saussure menerangkan laku ucapan (speech-act) adalah sebagai satu rantai hubungan antara
setidak-tidaknya dua orang penutur.Laku ucapan ini terdiri daripada bahagian luar (fizikal)
yang dibatasi oleh mulut dan telinga dan bahagian dalam iaitu bahagian jiwa yang terdapat
dalam otak yang juga dinamai pusat perhubungan. Jika A bertutur maka B akan mendengar
dan jika B bertutur A mendengar.
De saussure telah memisahkan bahasa (langue) daripada ucapan manusia (langage).
Menurut beliau, ucapan manusia adalah gabungan daripada langue dan parole (bertutur).
Bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan
daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya ini (erti dan bayangan bunyi) adalah
bersifat psikologi. Beliau menekankan gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian
ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa.
12.3 Noam Chomsky
Chompsky menegaskan bahawa kematangan saraf, kematangan berfikir dan bertindak adalah
penting dalam proses mempelajari bahasa. Menurut beliau , setiap manusia yang dilahirkan
ke dunia sudah dibekalkan dengan satu kapasiti untuk membolehkan dia berbahasa apabila
sampai masanya. Potensi berbahasa ini sebenarnya adalah sifat akal atau mental
characteristics bukan biological characteristics. Menurut beliau lagi, peringkat permulaan
belajar tidak semata-mata bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja
tetapi juga melibatkan proses kognitif.
Chomsky juga menegaskan bahawa bahasa adalah kreatif. Penghasilan sesuatu
bahasa itu tidak terbatas kepada objek-objek dan peristiwa-peristiwa atau pengalaman-
pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Beliau juga menerangkan
bahawa bahasa yang dipelajari itu adalah melalui pembentukan satu set rumus-rumus yang
digunakan untuk menerbitkan kalimat-kalimat baharu itu.
Menurut Chomsky lagi, setiap penutur dan pendengar mempunyai kemampuan dan
prestasi. Kemampuan dapat diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu
menghasilkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain kemampuan itu adalah
pengetahuan penutur mengenai bahasanya.Chomsky menegaskan lagi bahawa tatabahasa
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
8
generatif dalam otak penutur diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri, kerana penutur
telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Kemampuan
seumpama inilah yang menghasilkan prestasi, dan prestasi ini pula menghasilkan elemen-
elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar- dari telinga ke otak dan mengulangi
pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.
Aktiviti:
Terdapat banyak tokoh terkenal dalam bidang linguistik semenjak zaman awal perkembangan
linguistik dari zaman Yunani hinggalah ke zaman moden.Bincangkan tiga tokoh linguistik
pada abad ke-19 serta sumbangannya kepada perkembangan linguistik moden.
Rujukan:
Abdullah Hassan, Prof., 2006, Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu, Selangor, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan
Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim dan Norlidza shamsuddin (2008). Bahasa Malaysia kertas 1 & 2. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistiktaylor
 
Bahasa bersifat sejagat
Bahasa bersifat sejagatBahasa bersifat sejagat
Bahasa bersifat sejagatBoon Yin Tan
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabAMATKAMIL91
 
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063FaFai S.
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeeWatak Bulat
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaShamimi Jamudin
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanShila Melisha
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaPAKLONG CIKGU
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docxWan Noryatini Mahmood
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 

What's hot (20)

Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
Bahasa bersifat sejagat
Bahasa bersifat sejagatBahasa bersifat sejagat
Bahasa bersifat sejagat
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arab
 
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
 
Bmm3107 linguistik
Bmm3107 linguistikBmm3107 linguistik
Bmm3107 linguistik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat Kelantan
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Sejarah perkembangan linguistik
Sejarah perkembangan linguistikSejarah perkembangan linguistik
Sejarah perkembangan linguistik
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasa
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 

Similar to 08disi pelajaran -interaksi-4

Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Norhayati Muhamad
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Ryabbi Imp
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)Khairul Amin Ishak
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Oh Jenny
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Fei Yee
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)Laila Mohd Sarjan
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Laila Mohd Sarjan
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausureXeri Ee
 
Tajuk 2 sifat bahasa
Tajuk 2  sifat bahasaTajuk 2  sifat bahasa
Tajuk 2 sifat bahasaNurulita Amat
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayuZubir Ismail
 
Teori struktural pp
Teori struktural ppTeori struktural pp
Teori struktural ppUmi Jauhar
 
Gema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiGema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiMohd Rasdi
 

Similar to 08disi pelajaran -interaksi-4 (20)

Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
BMM3107 2
BMM3107 2BMM3107 2
BMM3107 2
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
 
Tajuk 2 sifat bahasa
Tajuk 2  sifat bahasaTajuk 2  sifat bahasa
Tajuk 2 sifat bahasa
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu
 
Teori struktural pp
Teori struktural ppTeori struktural pp
Teori struktural pp
 
09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)
 
Gema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiGema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semai
 

08disi pelajaran -interaksi-4

  • 1. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 1 Tajuk 10 LINGUISTIK KONTEKSTUAL 10.1 Sosiolinguistik 10.2 Antropologi Linguistik 10.3 Linguistik Antropologikal Sinopsis Menurut J.Lyons, 1968, linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005 Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Maka, linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Hasil Pembelajaran: (i) Selepas perbincangan, pelajar dapat menyatakan konsep linguistik kontekstual. (ii) Pelajar juga mampu membandingkan ketiga-tiga subbidang dalam ilmu linguistik kontekstual dengan memberikan contoh-contoh yang betul. Linguistik kontekstual terbahagi kepada tiga subbidang sebagaimana Rajah 1, iaitu: 1. Sosiolinguistik 2. Antropologi Linguistik 3. Linguistik Antropologikal 10.1 Sosiolinguistik 1. Bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat 2. Berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. 3. Merupakan kajian yang sangat luas, seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan dari perpaduan sosial dan jarak sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan bahasa dan lain-lain.
  • 2. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 2 4. Pada prinsipnya ia mengkaji mengenai aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat. 5. Bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dan masyarakat. 6. Fungsi linguistik memperkatakan perkara-perkara seperti perbandingan bahasa resmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi. 7. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh taraf pemakainya. Rajah 1: Subbidang Linguistik Kontekstual 10.2 Antropologi Linguistik 1. Mengkaji tentang hubungan antara bahasa dan budaya, untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. KONTEKSTUAL UAL Sosiolinguistik Antropologi Linguistik Linguistik Antropologi kal
  • 3. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 3 2. Adakala disebut sebagai etnolinguistik iaitu bidang yang memberi tumpuan kepada perhubungan antara bahas dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahas dengan kumpulan-kumpulan. 3. Kaedah participant observation digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya. 4. Participant observation merujuk kepada seseorang yang di hantar kepada sesuatu etnik, menetap dan bergaul hingga kadang- kadang membawa kepada perkahwinan dalam jangka masa yang lama. 10.3 Linguistik Antropologikal 1. Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Perkaitan ini juga merujuk pemahaman fenomena komunikasi masyarakat primitif. 2. Bidang linguistik antropologikal dibuktikan dengan perkembangan ilmu filologi dan nahuan terutama bagi bahasa Indo-Eropah pada abad ke-19. 3. Bidang ini juga cuba menghuraikan struktur bahasa tertua di Amerika, Asia Tenggara dan Pasifik dengan menggunakan kaedah analisis linguistik yang lebih berkesan terutama strukturalisme. 4. Kini, bidang ini semakin kurang popular kerana perubahan sistem sosial masyarakat daripada primitif kepada moden yang menghasilkan bidang sosiolinguistik pula. 5. Bidang sosiolinguistik lebih sesuai bagi mengkaji penggunaan bahasa dalam perkembangan masyarakat yang moden. Aktiviti: Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik kontekstual bagi perkembangan ilmu linguistik moden.
  • 4. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 4 Tajuk 11 Linguistik Gunaan 11.1 Sintesis Ujaran 11.2 Linguistik Tiruan Sinopsis Tajuk 11 akan memaparkan bidang linguistik gunaan yang mengutamakan pengaplikasian ilmu linguistik dalam bidang pendidikan, iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Hasil Pembelajaran: (i) Pelajar dapat membandingkan aspek sintesis ujaran dengan aspek linguistik tiruan dalam bahasa Melayu. 11. Linguistik Gunaan Linguistik gunaan juga dinamakan linguistik terapan. Linguistik gunaan muncul apabila bidang liguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Huraian bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat, dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Keadaan ini telah menghasilkan kaedah- kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan pembelajarannya. Antara kaedah yang dihasilkan ialah Kaedah Terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks. Terdapat aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan tetapi untuk tujuan modul ini kita hanya menyentuh penggunaan linguistik dalam pengajaran bahasa sahaja yang meliputi sintesis ujaran dan linguistik tiruan. 11.1 Sintesis Ujaran Sintesis ujaran meliputi pembuatan selari serupa menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi ujaran, sebagai ujaran yang berdasarkan semantik, misalnya kata kerja, kata adjektif dan sebagainya.Ujaran merupakan sintesis dari proses perubahan konsep menjadi kod,
  • 5. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 5 sedangkan pemahaman pesananan tersbut hasil analisis kod. Huruf-huruf adalah simbol daripada suara ujaran. Sintesis yang dilakukan menghasilkan pelbagai jenis ujaran yang tidak terbatas jumlahnya. Penghasilan ujaran itu dapat dimanfaatkan bagi tujuan khusus dan tidak khusus. Dengan ujaran inilah manusia mengungkapkan hal yang nyata atau tidak. Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat semasa pertuturan sintesis ujaran akan dilakukan, namun hasilnya tidak tepat seratus peratus. 11.2 Linguistik Tiruan Linguistik tiruan ialah satu komponen daripada linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan diguna pakai oleh ahli linguistik Linguistik ini saling berhubungan antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur tentang bahasa yang telah dipelajarinya. Linguistik ini juga merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Oleh hal yang demikian linguistik tiruan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik. Linguistik tiruan mengambil dapatan dari bahasa-bahasa tertentu dan menghuraikan gambaran-gambaran umum tentang bahasa tersebut dan menggunakannya untuk bidang- bidang yang lain, merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa. Aktiviti Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik gunaan bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
  • 6. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 6 Tajuk 12 Linguistik Diakronik 12.1 Perubahan Bahasa 12.2 Saussure 12.3 Noam Chomsky Sinopsis Bidang linguistik yang akan dihuraikan dalam tajuk ini ialah linguistik diakronik. Bidang ini merangkumi konsep perubahan bahasa dan diskusi tentang tokoh seperti Saussure serta Noam Chomsky. Hasil Pembelajaran: (i) Pelajar dapat membincangkan konsep linguistik diakronik secara mendalam berdasarkan penulisan tokoh-tokoh bahasa de Saussure dan Chomsky. Kerangka Tajuk: Linguistik Diakronik 12.1 Perubahan Bahasa 12.2 Ferdinand de Saussure 12.2 Noam Chomsky 12.1 Perubahan Bahasa Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan bahan-bahan sejarah merupakan bidang linguistik diakronis yang mengkaji perubahan bahasa yang dilalui oleh masa. Perubahan bahasa dan perkembangan bahasa yang dilalui bahasa dalam masa yang lampau adalah sebahagian daripada linguistik diakronis. 12.2 Ferdinand de Saussure Beliau ialah orang yang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘bapa ilmu linguistik moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Beliau seorang ahli linguis yang terkemuka yang telah meletakkan dasar-dasar yang kuat pada ilmu linguistik
  • 7. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 7 moden dan merupakan ahli bahasa yang pertama yang menekankan bahawa bahasa bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang pukang susunannya tetapi adalah seabaliknya unit- unit itu tersususn menurut stuktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri. De Saussure menerangkan laku ucapan (speech-act) adalah sebagai satu rantai hubungan antara setidak-tidaknya dua orang penutur.Laku ucapan ini terdiri daripada bahagian luar (fizikal) yang dibatasi oleh mulut dan telinga dan bahagian dalam iaitu bahagian jiwa yang terdapat dalam otak yang juga dinamai pusat perhubungan. Jika A bertutur maka B akan mendengar dan jika B bertutur A mendengar. De saussure telah memisahkan bahasa (langue) daripada ucapan manusia (langage). Menurut beliau, ucapan manusia adalah gabungan daripada langue dan parole (bertutur). Bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya ini (erti dan bayangan bunyi) adalah bersifat psikologi. Beliau menekankan gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa. 12.3 Noam Chomsky Chompsky menegaskan bahawa kematangan saraf, kematangan berfikir dan bertindak adalah penting dalam proses mempelajari bahasa. Menurut beliau , setiap manusia yang dilahirkan ke dunia sudah dibekalkan dengan satu kapasiti untuk membolehkan dia berbahasa apabila sampai masanya. Potensi berbahasa ini sebenarnya adalah sifat akal atau mental characteristics bukan biological characteristics. Menurut beliau lagi, peringkat permulaan belajar tidak semata-mata bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja tetapi juga melibatkan proses kognitif. Chomsky juga menegaskan bahawa bahasa adalah kreatif. Penghasilan sesuatu bahasa itu tidak terbatas kepada objek-objek dan peristiwa-peristiwa atau pengalaman- pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Beliau juga menerangkan bahawa bahasa yang dipelajari itu adalah melalui pembentukan satu set rumus-rumus yang digunakan untuk menerbitkan kalimat-kalimat baharu itu. Menurut Chomsky lagi, setiap penutur dan pendengar mempunyai kemampuan dan prestasi. Kemampuan dapat diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu menghasilkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain kemampuan itu adalah pengetahuan penutur mengenai bahasanya.Chomsky menegaskan lagi bahawa tatabahasa
  • 8. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 8 generatif dalam otak penutur diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri, kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Kemampuan seumpama inilah yang menghasilkan prestasi, dan prestasi ini pula menghasilkan elemen- elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar- dari telinga ke otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur. Aktiviti: Terdapat banyak tokoh terkenal dalam bidang linguistik semenjak zaman awal perkembangan linguistik dari zaman Yunani hinggalah ke zaman moden.Bincangkan tiga tokoh linguistik pada abad ke-19 serta sumbangannya kepada perkembangan linguistik moden. Rujukan: Abdullah Hassan, Prof., 2006, Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Selangor, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim dan Norlidza shamsuddin (2008). Bahasa Malaysia kertas 1 & 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.