SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
TUGASAN 2
Impak produk bioteknologi terhadap kemandirian sepsis
Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-
buahan
Kemandirian merupakan satu kebolehan untuk tumbuh-tumbuhan untuk
kekal hidup walaupun berada dalam persekitaran yang mencabar baik dari segi
iklim mahupun campur tangan daripada pihak lain seperti manusia yang
menjalankan proses penghibridan.Tumbuhan hibrid merupakan tumbuhan
yang tehasil daripada pendebungaan silang antara dua spesis pokok yang
berlainan tetapi mempunyai genus yang sama bagi menghasilkan satu kualiti
tumbuhan yang lebih bagus daripada induknya. Tumbuhan yang tumbuh
daripada hasil pendebungaan silang itulah yang dikatakan tumbuhan hibrid.
Proses hibrid ini sebenarnya bermula pada sekitar tahun 1900 ketika biologis
mengkaji semula kajian Gregor Mendel tentang genetik kacang pis. Menurut
Watson (1999), Dr. D. F. Jones dari Stesen Eksperimen Agrikultur Connecticut
di New Haven telah mempelajari bahawa beliau boleh mengambil dua biji
jagung yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza, lalu dikacukkan untuk
mendapatkan hasil tret yang lebih baik dan tidak menyerupai tret induknya.
Maka berdasarkan situasi tersebut, proses penghibridan komersial buah-
buahan boleh dilakukan terhadap pokok yang berbuah itu bagi mendapatkan
beberapa ciri daripada mereka seperti kerintangan terhadap penyakit, saiz
buah, jumlah penghasilan buah yang banyak, rasa, warna bau atau mana-
mana ciri-ciri yang dianggap istimewa untuk nilai komersial. Oleh sebab itulah,
kebanyakan tumbuhan moden yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk
hibrid. Contohnya, buah kelapa, durian, nanas dan betik.
Rajah 1: Hibrid Pokok Kelapa MATAG
Buah kelapa di Malaysia merupakan salah satu daripada buah-buahan
yang mengalami proses penghibridan. Sebagai contoh, hibrid pokok Kelapa
MATAG. Proses hibrid ini berlaku dengan menyekat pendebungaan terbuka
supaya hanya Pokok Kelapa Tagnanan dan Pokok Kelapa Rendah Malaya iaitu
pokok induknya sahaja yang terlibat dalam proses ini. Hibrid Kelapa MAWA
iaitu hibrid yang dihasilkan melalui pendebungaan silang Kelapa Rendah
Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat tidak menghasilkan purata buah yang
banyak iaitu hanya 14 hingga 16 biji buah kelapa dalam satu tandan. Maka,
hibrid yang kedua dijalankan iaitu hibrid Kelapa MATAG ini mampu
menghasilkan purata buah dalam satu tandan yang lebih banyak daripada
Kelapa MAWA. Jadi, antara impak yang dapat dikesan akibat penghibridan
ialah proses ini tidak menggalakan pendebungaan secara terbuka dan rawak.
Hal ini demikian kerana, kemandiriannya masih bergantung kepada manusia
dan manusia perlu mengawal pendebungaan mereka untuk memastikan
bahawa induk yang betul sahaja yang terlibat dalam proses pendebungaan ini
seperti Pokok Kelapa Tagnanan dan Pokok Kelapa Rendah Malaya. Jadi,
kaedah penghibridan ini masih memerlukan pertolongan manusia kerana
sekiranya tumbuhan ni dibiarkan begitu sahaja, terdapat peratusan yang
rendah bahawa hasil pendebungaannya adalah tidak seperti yang kita inginkan.
Benih daripada tanaman hibrid pula mandul iaitu tidak tumbuh langsung
selepas ditanam. Maka kita perlu memastikan buah yang terhasil adalah hasil
daripada pendebungaan silang antara spesis pokok kelapa yang berlainan dan
bukannya bii benih daripada hibrid yang terhasil.
Rajah 2: Durian Hibrid MDUR 88
Selain itu, antara buah lain yang melalui proses hibrid ialah buah durian.
Buah durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus merupakan antara buah
tropika yang terkenal di seluruh Asia Tenggara terutamanya Thailand,
Indonesia dan juga Malaysia. Buah durian mempunyai nutrisi yang tinggi dan
menjadi kegemaran ramai kerana rasa yang unik dan baunya yang ketara.
Antara jenis durian yang mendapat sambutan ramai ialah durian jenis D24 iaitu
klon yang berjaya dihasilkan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI dan berasal
daripada Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan pada 30 November 1937.
Semenjak pengenalan klon D24 pada awal tahun 1930-an, Malaysia masih
belum menemui klon durian yang setandingnya. Namun ada tahun sekitar 1991
– 1992, hibrid MDUR 88 telah dihasilkan oleh MARDI iaitu hasil pendebungaan
antara D24 dan D10 yang merupakan antara durian yang terbaik. Jadi, antara
impak daripada proses penghibridan ialah mewujudkan kepelbagaian spesis
durian yang baharu bagi tujuan pemilihan klon durian yang berkualiti (Mohd
Asrul, Hartinee, Ahmad Hafiz, Moh Fairuz et. al, 2015). Maka, secara tidak
langsung akan wujudlah spesis-spesis durian yang pelbagai dan bukannya
terdiri daripada spesis yang sama sahaja tanpa variasi. Kesan daripada
kepelbagaian spesis ini pula akan menyebabkan sesuatu komuniti itu kaya
dengan kepelbagaian diversiti yang menjadi asas kepada kestabilan
ekosistem.
Rajah 3: Hibrid Nanas MARDI Sweet 16
Dalam pada itu, buah nanas di Malaysia juga turut mengalami penghibridan
iaitu spesis nanas MARDI Sweet 16 yang sesuai untuk dimakan segar. Di
Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Sarawak, Selangor, Kelantan
dan Pulau Pinang kerana nanas hidup subur dengan tanah jenis gambut.
Nanas MARDI Sweet 16 ini merupakan hibrid daripada induk spesis Nanas
Gandul dan juga N36. Nanas N36 dpilih sebagai induk kerana selain Nanas
Josapine, hanya nanas N36 sahaja yang berjaya menembusi pasaran eksport
antaranya ke Singapura dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) kerana mempunyai
daya tahan yang tinggi (Abu Kasim, et al., 2010) Oleh itu, berdasarkan situasi
di atas, hibrid juga memberi kesan kepada kualiti nanas spesis baru yang akan
dihasilkan terutamanya dari aspek kemanisan, kerangupan, jus dan rasa lidas.
Maka secara tidak langsung proses penghibridan akan menghasilkan mutu
buah nanas yang lebih sedap dan menepati kehendak masyarakat dalam
tuntutan komersial. Sebagai contoh, berdasarkan kajian yang telah dijalankan
oleh MARDI terhadap penduduk di sekitar Klang, MARDI Sweet 16 lebih
digemari oleh mereka berbanding dengan nanas Josapine dan nanas MD2.
MARDI Sweet 16 lebih digemari kerana rasa lidas, jus, kerangupan serta
kemanisan yang dimiliki oleh nanas hibrid tersebut berbanding dengan sampel
nanas spesis yang lain. (Noorlidawati, Rozita, Nur Fazliana dan Nurul Shamimi,
2016)
Rajah 4: Betik Eksotika II
Buah yang terakhir yang melalui proses penghibridan ialah Betik Eksotika
II. Betik ini diperoleh daripada hasil kacukan antara Betik Line 19 dan Betik
Eksotika. Betik merupakan tanaman komoditi yang utama di Malaysia dan
Eksotika II merupakan antara varieti utama MARDI yang mempunyai nilai
eksport yang sangat tinggi pada tahun 2002 hingga 2007. Para petani gemar
menanam Eksotika II kerana ia mempunyai ciri yang lebih baik berbanding
dengan Eksotika. Eksotika II mendapat permintaan yang tinggi disebabkanciri-
ciri buahnya yang mempunyai bentuk piriform iaitu hermafrodit, tidak beralur
dan seragam sekali gus memudahkan proses pembungkusan. Buahnya agak
besar berbanding dengan Eksotika dan isinya yang lebih tebal dapat
memanjangkan tempoh penyimpanan. Berdasarkan ciri-ciri ini jelaslah bahawa
populasi betik Eksotika II kian mendapat sambutan dan permintaan baik
daripada golongan petani mahupun masyarakat. Jadi secara tidak langsung,
populasi Betik Eksotika II yang semakin meningkat ini menenggelamkan
populasi spesis betik yang lain seperti Betik Sunrise Solo, Betik Sitiawan, Betik
Sekaki dan juga Betik Sekaki. Sekiranya keadaan ini berlangung buat masa
yang lama, terdapat kemungkinan yang besar bahawa populasi spesis betik
yang lain pula akan semakin kecil dan mengalami kepupusan kerana spesis
hibrid betik yang baru itu adalah lebih bagus dan berkualiti daripada betik yang
sedia ada.
Sama ada secara disedari atau tidak, orang-orang kita termasuk
masyarakat zaman dahulu telah pun mengamalkan bioteknologi meskipun
kaedahnya hanya pada tahap yang rendah dan biasa sahaja. Antaranya ialah
penghibridan yang dapat dilihat dengan lebih jelas lagi dalam pendebungaan
Proses penghibridan juga boleh berlaku dengan sendirinya di dalam habita
mereka sendiri, namun ia mengambil masa yang lama untuk memastikan
supaya benih yang terhasil daripada penghibridan mempunyai kadar 'fitness'
yang tinggi. Walaupun kaedah hibrid merupakan satu teknik bioteknologi yang
canggih dan mampu meningkatkan satu generasi kualiti tumbuhan yang
dihasilkan, namun proses penghibridan yang perlu dikawal selia selalu ini akan
menyebabkan biii benih hibrid selalu dijual dengan harga yang lebih tinggi
daripada harga biji benih biasa. Jadi, oleh sebab itu, kita sering melihat buah-
buahan yang dilabel dengan F1 sering mempunyai harga yang lebih tinggi
daripada buah-buahan biasa. Maka, jelaslah bahawa bioteknologi merupakan
satu bidang yang mencakupi pelbagai teknik dan aplikasi yang mampu
mengubah dan meningkatkan kualiti tanaman dan tumbuhan dan salah satu
daripada tekniknya adalah dengan menggunakan cara penghibridan.
(1200 patah perkataan)
RUJUKAN
Abu Kasim, A., Rozhan, A., Noorlidawati, A., Mohd Hafizudin, Z., Normah, A.,
Rawaida, R., Noor Auni, H. (2010). Potensi dan strategi pemasaran
buah-buahan tempatan. Serdang: MARDI.
Kementerian Pertanian dan Idustri Asas Tani Malaysia. (2009). Profil Kelapa.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. (2009). Profil Betik.
Luders, L., & Lim, T. K. (2009). Boosting Durian Productivity. Canberra: Rural
Industries Research and Development Corporation.
Mohd Asrul, S., Hartinee, A., & Ahmad Hafiz, B. (2015). Potensi durian hibrid
MARDI: MDUR 88. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 8, 71 – 79.
Muhamad Hafiz, M. H., & Ab Kahar, S. (2014). Pembiakan betik Eksotika II
menggunakan teknik keratan mikro. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 6,
39 – 44.
Noorlidawati, A. H., Rozita, M. Y., Nur Fazliana, M. N., & Nurul Shamimi, A.
G. (2016). Potensi pasaran nanas MARDI Sweet 16: Kajian
perbandingan . Economic and Technology. Management Review ,Vol
11, 9– 17.
Sivapragasam. (2009). Current Developments and Potential for Re-vitalizaton.
Coconut in Malaysia, 1-9.

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Kertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongKertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royong
 
Sajak warkah kepada generasi
Sajak warkah kepada generasiSajak warkah kepada generasi
Sajak warkah kepada generasi
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakKomsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 
Bahasa melayu kertas 1
Bahasa melayu kertas 1Bahasa melayu kertas 1
Bahasa melayu kertas 1
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Teks penggulungan
Teks penggulunganTeks penggulungan
Teks penggulungan
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Kata Ganda
 Kata Ganda  Kata Ganda
Kata Ganda
 
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAKSINOPSIS JALAN KE PUNCAK
SINOPSIS JALAN KE PUNCAK
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Senarai peribahasa-dalam-buku-teks-tingkatan-4-dan-5
Senarai peribahasa-dalam-buku-teks-tingkatan-4-dan-5Senarai peribahasa-dalam-buku-teks-tingkatan-4-dan-5
Senarai peribahasa-dalam-buku-teks-tingkatan-4-dan-5
 
Pantun kanak kanak
Pantun kanak kanakPantun kanak kanak
Pantun kanak kanak
 
Latihan khat-nasakh1
Latihan khat-nasakh1Latihan khat-nasakh1
Latihan khat-nasakh1
 
Contoh surat permohonan asrama
Contoh surat permohonan asramaContoh surat permohonan asrama
Contoh surat permohonan asrama
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Ayat Tanya
Ayat TanyaAyat Tanya
Ayat Tanya
 

More from Fatin Nabilah Norzaidi

More from Fatin Nabilah Norzaidi (20)

Laporan kajian kes basikal klasik
Laporan kajian kes basikal klasikLaporan kajian kes basikal klasik
Laporan kajian kes basikal klasik
 
Perlembagaan Kelab Eko-Renjer
Perlembagaan Kelab Eko-RenjerPerlembagaan Kelab Eko-Renjer
Perlembagaan Kelab Eko-Renjer
 
Kertas Kerja Penubuhan Eko-Renjer
Kertas Kerja Penubuhan Eko-RenjerKertas Kerja Penubuhan Eko-Renjer
Kertas Kerja Penubuhan Eko-Renjer
 
Permainan Mesra Budaya
Permainan Mesra BudayaPermainan Mesra Budaya
Permainan Mesra Budaya
 
Analisis Soalan Sains Tahun 5
Analisis Soalan Sains Tahun 5Analisis Soalan Sains Tahun 5
Analisis Soalan Sains Tahun 5
 
Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit Kuda
Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit KudaPerancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit Kuda
Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit Kuda
 
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cedera
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cederaPertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cedera
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cedera
 
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...
 
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu KerohanianKertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian
 
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran Simulasi
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran SimulasiAdvance Organiser bagi Kaedah Pengajaran Simulasi
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran Simulasi
 
Hanyutan Genetik // Genetic Drift
Hanyutan Genetik // Genetic DriftHanyutan Genetik // Genetic Drift
Hanyutan Genetik // Genetic Drift
 
Kepentingan Seni dalam Pendidikan
Kepentingan Seni dalam PendidikanKepentingan Seni dalam Pendidikan
Kepentingan Seni dalam Pendidikan
 
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan Remaja
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan RemajaAmalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan Remaja
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan Remaja
 
Pembenihan Awan
Pembenihan AwanPembenihan Awan
Pembenihan Awan
 
Anak Menjadi Habuan Bapa
Anak Menjadi Habuan BapaAnak Menjadi Habuan Bapa
Anak Menjadi Habuan Bapa
 
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG
 
Living Organism, Soil Profile
Living Organism, Soil Profile Living Organism, Soil Profile
Living Organism, Soil Profile
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
 
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor) - LED
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor)  - LED Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor)  - LED
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor) - LED
 
Kimia Bukan Organik - Semikonduktor
Kimia Bukan Organik - SemikonduktorKimia Bukan Organik - Semikonduktor
Kimia Bukan Organik - Semikonduktor
 

Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahan

  • 1. TUGASAN 2 Impak produk bioteknologi terhadap kemandirian sepsis Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah- buahan Kemandirian merupakan satu kebolehan untuk tumbuh-tumbuhan untuk kekal hidup walaupun berada dalam persekitaran yang mencabar baik dari segi iklim mahupun campur tangan daripada pihak lain seperti manusia yang menjalankan proses penghibridan.Tumbuhan hibrid merupakan tumbuhan yang tehasil daripada pendebungaan silang antara dua spesis pokok yang berlainan tetapi mempunyai genus yang sama bagi menghasilkan satu kualiti tumbuhan yang lebih bagus daripada induknya. Tumbuhan yang tumbuh daripada hasil pendebungaan silang itulah yang dikatakan tumbuhan hibrid. Proses hibrid ini sebenarnya bermula pada sekitar tahun 1900 ketika biologis mengkaji semula kajian Gregor Mendel tentang genetik kacang pis. Menurut Watson (1999), Dr. D. F. Jones dari Stesen Eksperimen Agrikultur Connecticut di New Haven telah mempelajari bahawa beliau boleh mengambil dua biji jagung yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza, lalu dikacukkan untuk mendapatkan hasil tret yang lebih baik dan tidak menyerupai tret induknya. Maka berdasarkan situasi tersebut, proses penghibridan komersial buah- buahan boleh dilakukan terhadap pokok yang berbuah itu bagi mendapatkan beberapa ciri daripada mereka seperti kerintangan terhadap penyakit, saiz buah, jumlah penghasilan buah yang banyak, rasa, warna bau atau mana- mana ciri-ciri yang dianggap istimewa untuk nilai komersial. Oleh sebab itulah, kebanyakan tumbuhan moden yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk hibrid. Contohnya, buah kelapa, durian, nanas dan betik.
  • 2. Rajah 1: Hibrid Pokok Kelapa MATAG Buah kelapa di Malaysia merupakan salah satu daripada buah-buahan yang mengalami proses penghibridan. Sebagai contoh, hibrid pokok Kelapa MATAG. Proses hibrid ini berlaku dengan menyekat pendebungaan terbuka supaya hanya Pokok Kelapa Tagnanan dan Pokok Kelapa Rendah Malaya iaitu pokok induknya sahaja yang terlibat dalam proses ini. Hibrid Kelapa MAWA iaitu hibrid yang dihasilkan melalui pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat tidak menghasilkan purata buah yang banyak iaitu hanya 14 hingga 16 biji buah kelapa dalam satu tandan. Maka, hibrid yang kedua dijalankan iaitu hibrid Kelapa MATAG ini mampu menghasilkan purata buah dalam satu tandan yang lebih banyak daripada Kelapa MAWA. Jadi, antara impak yang dapat dikesan akibat penghibridan ialah proses ini tidak menggalakan pendebungaan secara terbuka dan rawak. Hal ini demikian kerana, kemandiriannya masih bergantung kepada manusia dan manusia perlu mengawal pendebungaan mereka untuk memastikan bahawa induk yang betul sahaja yang terlibat dalam proses pendebungaan ini seperti Pokok Kelapa Tagnanan dan Pokok Kelapa Rendah Malaya. Jadi, kaedah penghibridan ini masih memerlukan pertolongan manusia kerana sekiranya tumbuhan ni dibiarkan begitu sahaja, terdapat peratusan yang rendah bahawa hasil pendebungaannya adalah tidak seperti yang kita inginkan. Benih daripada tanaman hibrid pula mandul iaitu tidak tumbuh langsung selepas ditanam. Maka kita perlu memastikan buah yang terhasil adalah hasil daripada pendebungaan silang antara spesis pokok kelapa yang berlainan dan bukannya bii benih daripada hibrid yang terhasil.
  • 3. Rajah 2: Durian Hibrid MDUR 88 Selain itu, antara buah lain yang melalui proses hibrid ialah buah durian. Buah durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus merupakan antara buah tropika yang terkenal di seluruh Asia Tenggara terutamanya Thailand, Indonesia dan juga Malaysia. Buah durian mempunyai nutrisi yang tinggi dan menjadi kegemaran ramai kerana rasa yang unik dan baunya yang ketara. Antara jenis durian yang mendapat sambutan ramai ialah durian jenis D24 iaitu klon yang berjaya dihasilkan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI dan berasal daripada Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan pada 30 November 1937. Semenjak pengenalan klon D24 pada awal tahun 1930-an, Malaysia masih belum menemui klon durian yang setandingnya. Namun ada tahun sekitar 1991 – 1992, hibrid MDUR 88 telah dihasilkan oleh MARDI iaitu hasil pendebungaan antara D24 dan D10 yang merupakan antara durian yang terbaik. Jadi, antara impak daripada proses penghibridan ialah mewujudkan kepelbagaian spesis durian yang baharu bagi tujuan pemilihan klon durian yang berkualiti (Mohd Asrul, Hartinee, Ahmad Hafiz, Moh Fairuz et. al, 2015). Maka, secara tidak langsung akan wujudlah spesis-spesis durian yang pelbagai dan bukannya terdiri daripada spesis yang sama sahaja tanpa variasi. Kesan daripada kepelbagaian spesis ini pula akan menyebabkan sesuatu komuniti itu kaya dengan kepelbagaian diversiti yang menjadi asas kepada kestabilan ekosistem.
  • 4. Rajah 3: Hibrid Nanas MARDI Sweet 16 Dalam pada itu, buah nanas di Malaysia juga turut mengalami penghibridan iaitu spesis nanas MARDI Sweet 16 yang sesuai untuk dimakan segar. Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Sarawak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kerana nanas hidup subur dengan tanah jenis gambut. Nanas MARDI Sweet 16 ini merupakan hibrid daripada induk spesis Nanas Gandul dan juga N36. Nanas N36 dpilih sebagai induk kerana selain Nanas Josapine, hanya nanas N36 sahaja yang berjaya menembusi pasaran eksport antaranya ke Singapura dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) kerana mempunyai daya tahan yang tinggi (Abu Kasim, et al., 2010) Oleh itu, berdasarkan situasi di atas, hibrid juga memberi kesan kepada kualiti nanas spesis baru yang akan dihasilkan terutamanya dari aspek kemanisan, kerangupan, jus dan rasa lidas. Maka secara tidak langsung proses penghibridan akan menghasilkan mutu buah nanas yang lebih sedap dan menepati kehendak masyarakat dalam tuntutan komersial. Sebagai contoh, berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh MARDI terhadap penduduk di sekitar Klang, MARDI Sweet 16 lebih digemari oleh mereka berbanding dengan nanas Josapine dan nanas MD2. MARDI Sweet 16 lebih digemari kerana rasa lidas, jus, kerangupan serta kemanisan yang dimiliki oleh nanas hibrid tersebut berbanding dengan sampel nanas spesis yang lain. (Noorlidawati, Rozita, Nur Fazliana dan Nurul Shamimi, 2016)
  • 5. Rajah 4: Betik Eksotika II Buah yang terakhir yang melalui proses penghibridan ialah Betik Eksotika II. Betik ini diperoleh daripada hasil kacukan antara Betik Line 19 dan Betik Eksotika. Betik merupakan tanaman komoditi yang utama di Malaysia dan Eksotika II merupakan antara varieti utama MARDI yang mempunyai nilai eksport yang sangat tinggi pada tahun 2002 hingga 2007. Para petani gemar menanam Eksotika II kerana ia mempunyai ciri yang lebih baik berbanding dengan Eksotika. Eksotika II mendapat permintaan yang tinggi disebabkanciri- ciri buahnya yang mempunyai bentuk piriform iaitu hermafrodit, tidak beralur dan seragam sekali gus memudahkan proses pembungkusan. Buahnya agak besar berbanding dengan Eksotika dan isinya yang lebih tebal dapat memanjangkan tempoh penyimpanan. Berdasarkan ciri-ciri ini jelaslah bahawa populasi betik Eksotika II kian mendapat sambutan dan permintaan baik daripada golongan petani mahupun masyarakat. Jadi secara tidak langsung, populasi Betik Eksotika II yang semakin meningkat ini menenggelamkan populasi spesis betik yang lain seperti Betik Sunrise Solo, Betik Sitiawan, Betik Sekaki dan juga Betik Sekaki. Sekiranya keadaan ini berlangung buat masa yang lama, terdapat kemungkinan yang besar bahawa populasi spesis betik yang lain pula akan semakin kecil dan mengalami kepupusan kerana spesis hibrid betik yang baru itu adalah lebih bagus dan berkualiti daripada betik yang sedia ada. Sama ada secara disedari atau tidak, orang-orang kita termasuk masyarakat zaman dahulu telah pun mengamalkan bioteknologi meskipun kaedahnya hanya pada tahap yang rendah dan biasa sahaja. Antaranya ialah penghibridan yang dapat dilihat dengan lebih jelas lagi dalam pendebungaan
  • 6. Proses penghibridan juga boleh berlaku dengan sendirinya di dalam habita mereka sendiri, namun ia mengambil masa yang lama untuk memastikan supaya benih yang terhasil daripada penghibridan mempunyai kadar 'fitness' yang tinggi. Walaupun kaedah hibrid merupakan satu teknik bioteknologi yang canggih dan mampu meningkatkan satu generasi kualiti tumbuhan yang dihasilkan, namun proses penghibridan yang perlu dikawal selia selalu ini akan menyebabkan biii benih hibrid selalu dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga biji benih biasa. Jadi, oleh sebab itu, kita sering melihat buah- buahan yang dilabel dengan F1 sering mempunyai harga yang lebih tinggi daripada buah-buahan biasa. Maka, jelaslah bahawa bioteknologi merupakan satu bidang yang mencakupi pelbagai teknik dan aplikasi yang mampu mengubah dan meningkatkan kualiti tanaman dan tumbuhan dan salah satu daripada tekniknya adalah dengan menggunakan cara penghibridan. (1200 patah perkataan)
  • 7. RUJUKAN Abu Kasim, A., Rozhan, A., Noorlidawati, A., Mohd Hafizudin, Z., Normah, A., Rawaida, R., Noor Auni, H. (2010). Potensi dan strategi pemasaran buah-buahan tempatan. Serdang: MARDI. Kementerian Pertanian dan Idustri Asas Tani Malaysia. (2009). Profil Kelapa. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. (2009). Profil Betik. Luders, L., & Lim, T. K. (2009). Boosting Durian Productivity. Canberra: Rural Industries Research and Development Corporation. Mohd Asrul, S., Hartinee, A., & Ahmad Hafiz, B. (2015). Potensi durian hibrid MARDI: MDUR 88. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 8, 71 – 79. Muhamad Hafiz, M. H., & Ab Kahar, S. (2014). Pembiakan betik Eksotika II menggunakan teknik keratan mikro. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 6, 39 – 44. Noorlidawati, A. H., Rozita, M. Y., Nur Fazliana, M. N., & Nurul Shamimi, A. G. (2016). Potensi pasaran nanas MARDI Sweet 16: Kajian perbandingan . Economic and Technology. Management Review ,Vol 11, 9– 17. Sivapragasam. (2009). Current Developments and Potential for Re-vitalizaton. Coconut in Malaysia, 1-9.