1. Khamis 18.7.2019
Latihan
a. (i) sulalatus salatin
(ii) hikayat hang tuah
b.Kepentingan karya persuratan kepada
sesebuah negara adalah dapat
memperkayakan bidang ilmu kepada
rakyat. Apabila rakyat kaya dengan ilmu
maka negara akan mempunyai rakyat yang
berkualiti dan menguntungkan negara.
Meningkatkan imej negara di mata dunia.
Negara akan terkenal dan menjadi pusat
perkembangan bidang persuratan dunia.
Apabila negara terkenal dalam bidang
persuratan maka negara akan menjadi
sumber rujukan negara – negara lain.
2. c. Langkah –langkah yang perlu dilakukan
untuk memartabatkan karya-karya melayu
ke peringkat antarabangsa antaranya ialah
menghantar pasukan atau individu
menyertai pertandingan mencipta karya
pada peringkat antarabangsa. Dengan
menyertai pertandingan ini akan dapat
melahirkan pakar dalam bidang ini.
Kerajaan dan pihak swasta juga perlu
membanyakkan anjuran bengkel penulisan
supaya dapat mencungkil bakat bakat baru
dalam bidang persuratan. Selain bengkel
yang dianjurkan di peringkat kebangsaan
bakat bakat baru dan lama ditaja untuk
menghadiri seminar karya persuratan
peringkat antarabangsa.